You are on page 1of 12

SULIT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


BANDAR BINTULU

UJIAN PENILAIAN TINGKATAN 4 2021


BAHASA MELAYU 1103/2
Kertas 2
Oktober
1
22 jam Dua jam tiga puluh minit

SKEMA JAWAPAN

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

( ) (RIDA LINGGI) (MARIA BEGELIN) (VALERIE SOON LAI MENG)


Penyelaras soalan Ketua Penitia Ketua Bidang PEN. KANAN PENTADBIRAN

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT
SULIT 2 1103/2

BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


[35 markah]
[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT
SULIT 3 1103/2
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 markah]
[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

SOALAN 6: PETIKAN UMUM

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan satu daripada mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur,
ibu negara Malaysia. Bangunan ini terletak di hadapan Dataran Merdeka. Bangunan ini dinamakan
bersempena dengan nama Sultan Selangor pada ketika itu, iaitu Sultan Abdul Samad. Bangunan ini
mula dibina pada tahun 1893 tetapi peletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober
1894 oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Sir Charles B.H. Mitchell. Bangunan ini siap sepenuhnya
pada tahun 1897.

Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad direka bentuk oleh arkitek British yang bernama A.C.
Norman dan dibantu oleh seorang jurutera, iaitu C. E. Spooner. Reka bentuk Bangunan Sultan Abdul
Samad sangat unik dan merupakan antara bangunan yang amat tersohor pada ketika itu. Bangunan ini
mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam. Di tengah-tengah bangunan ini
terdapat satu dataran tinggi yang berbentuk segi empat. Selain itu, terdapat tiga buah kubah, satu
menara jam besar, dan sebuah arked. Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang
merupakan elemen penting dalam reka bentuknya.

Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan Pusat Pentadbiran Negeri-negeri
Melayu Bersekutu, Pejabat Residen-Jeneral, dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan, bangunan
ini dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri, dan
Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung
Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-Mahkamah Tinggi Malaya, dan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Sumber: Internet

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT
SULIT 4 1103/2
Bahan 2

Istana Lama Seri Menanti merupakan antara bangunan bersejarah yang popular di negara kita. Istana
ini terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Istana ini menjadi kediaman rasmi Yang di-
Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900. Kini, istana ini berubah peranannya menjadi
muzium.

Istana Lama Seri Menanti dibina pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1908. Istana ini dibina
kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris sewaktu perang Bukit Putus. Istiadat
perasmian istana ini telah dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Muhammad Ibni
Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931. Selepas itu,
baginda berpindah pula ke istana baharu yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Reka bentuk Istana Lama Seri Menanti unik sekali. Istana yang dibuat daripada kayu ini
mempunyai empat tingkat. Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri
yang panjangnya 67 kaki. Istana ini tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya dibuat
daripada kayu yang dipanggil pasak. Pasak kayu keras digunakan untuk menyambungkan papan. Di
tengah-tengah bangunan istana didirikanmenara yang dinamakan "Tingkat Gunung”. Bumbung istana
ini berbentuk tanduk kerbau.

Dipetik dan diubah suai daripada


en.m.wikipedia.org/wiki/istana_Seri_Menanti

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud amat tersohor. [2 markah]

Berdasarkan Bahan 1, maksud amat tersohor ialah sangat terkenal.


(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, mengapakah reka bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad dan
Istana Lama Seri Menanti dikatakan unik? [3 markah]

Merujuk Bahan 1, reka bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad dan Istana Lama Seri Mananti
dikatakan unik kerana bangunan ini mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk
ladam. Selain itu, di tengah-tengah bangunan ini terdapat satu dataran tinggi yang
berbentuk srgi empat.

Bagi Bahan 2 pula, Istana Lama Seri Menanti dikatakan unik kerana istana yang dibuat daripada
kayu ini mempunyai empat tingkat. Istana ini juga mempunyai 99 batang tiang termasuk
empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki.

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT
SULIT 5 1103/2

(iii) Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun, namun di celah-celah arus
pembangunan ini terdapat bangunan bersejarah yang masih indah dan kukuh.

Pada pendapat anda, apakah caburan-cabaran dalam memelihara bangunan bersejarah di negara
kita? [3 markah]

Pada pendapat saya, cabaran dalam memelihara bangunan bersejarah di negara kita ialah...
- sumber kewangan yang terhad
- tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan memelihara bangunan bersejarah sangat
rendah
- pelibatan syarikat swasta dalam usaha memelihara bangunan bersejarah amat kurang

(iv) Kumpulan anda ditugaskan oleh guru mata pelajaran Sejarah untuk membuat buku skrap tentang
bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia. Namun, tugasan tersebut gagal
diselesaikan.

Sekiranya anda diberi peluang kedua untuk menyiapkan tugasan yang sama dalam masa yang
ditetapkan, cadangkan langkah-langkah untuk memastikan tugasan tersebut dapat disiapkan?
[4 markah]

Sekiranya saya diberi peluang kedua untuk menyiapkan tugasan yang sama dalam masa yang
ditetapkan, langkah untuk memastikan tugasan tersebut dapat disiapkan ialah...
- saya akan mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan sekumpulan tentang perkara-perkara
yang perlu dilakukan
- saya akan membuat pembahagian tugas, iaitu setiap ahli kumpulan diberi tugas tertentu
- saya perlu mengumpulkan seberapa banyak maklumat dan gambar tentang bangunan
bersejarah di Malaysia
- Saya juga wajar bekerjasama dengan rakan-rakan bermula dengan menyediakan bahan-bahan
sehinggalah buku skrap tersebut siap sepenuhnya

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT
SULIT 6 1103/2

SOALAN 7: PETIKAN SASTERA

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Kau kenal Kaduk bukan? Ya, Kaduk itulah. Kaduk yang mana lagi. Kaduk yang kau ejek siang dan
malam dari tahun ke tahun, dari zaman ke zaman. Kau kata dia bodoh kerana bertukar ayam dengan
raja. Kau ejek dia kerana ayamnya menang tetapi kampungnya tergadai.

Tapi kau tidak pernah marah kepada raja yang sanggup mengambil tanah Kaduk. Raja sanggup
mengambil tanah rakyatnya yang miskin. Bukan hanya tanah Kaduk malah ramai lagi rakyat yang
ditipu dan dirompak pada siang hari. Kau tahu apa terjadi kepada Kaduk selepas tanahnya diambil?
Dia dan isteri serta seorang anak lelaki, hidup merempat dan menumpang di atas tanah yang
sebenarnya tanahnya sendiri. Dari miskin menjadi bertambah miskin. Dari susah menjadi lebih susah.
Masa berganti masa, anak lelakinya pun dewasa dan berumah tangga. Kaduk sudah bercucu, seorang
lelaki juga.

Zaman sudah berubah. Si Kaduk telah meninggal dunia. Raja yang zalim itu pun sudah mati,
eh, silap, sudah mangkat! Anak dan cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka dan sempat mengecapi
kemajuan negara. Kota raya semakin megah dengan bangunan-bangunan yang tinggi menjulang. Ya,
mereka hidup pada zaman kita yang serba maju. Pada zaman ini, tiada lagi raja yang pergi ke
kampung- kampung mengajak rakyat menyabung ayam.

Dipetik daripada cerpen 'Kaduk, Ayam, dan Raja'


oleh Zurinah Hassan
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT
SULIT 7 1103/2
Bahan 2

Sekukuh Tembok Besar China

Tatkala matahari bersinar garang Api amarah yang menyesakkan dada


panasnya membahang dipadamkan seberapa segera
pasir-pasir menjerit sakit tiang sabar dipasakkan dalam jiwa
daun-daun menangis perit demi mencari sesuap nasi
seorang lelaki masih setia memerah keringat buat anak dan isteri
mengerah segala kudrat yang setia menanti kepulangannya saban hari.
memikul satu demi satu guni simen
yang beratnya bukan kepalang Dia memang lelaki berhati waja
di sebuah tapak pembinaan semangatnya sekukuh Tembok Besar China
di pinggir kota metropolitan. dihempas badai, dilanda taufan
tidak akan goyah
Walau kadangkala lelah apatah lagi rebah.
lelaki itu terus melangkah
tanpa menghiraukan suara sumbang si ketua Nita Che Zin
yang lagaknya seperti raja Sungai Buloh
berkiblatkan nafsu semata-mata
pantang silap sedikit dia diherdik
pantang duduk sekejap dia dituduh curi tulang.

Bahan 3

Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasa dia melempar muslihat


dengan cemeti keberanian di tangan aku penyelamat maruah
rembat angkuhnya memacu takut berjuang atas dasar kebenaran
menghalau kuda-kuda di padang menentang semua kebobrokan.
berebutan memburu kandang.
Dia lelaki sang gembala kuda
Rumput dan jerami yang terhidang hanya mengenal pantas tunggangan
adalah kanun janji kesetiaan tanpa membaca keletihannya
dimamah rakus kala lapar dia lelaki sang gembala kuda
tak peduli nasib diri setelah kenyang hanya tahu mengejar kehebatan
jadi tunggangan memburu rakan. tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
Dia lelaki punya kuasa ditunggangi dan ditunggangi!
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang Mohd Hashim Othman
pacuannya diiring seribu keberanian Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
meredah onak di rimba perburuan Kementerian Pendidikan Malaysia.
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT
SULIT 8 1103/2

(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud berebutan memburu kandang. [2 markah]

Berdasarkan Bahan 3, maksud berebutan memburu kandang ialah berlumba-lumba menuju


ke kandang.
(ii) Berdasarkan semua bahan, apakah bukti-bukti yang menunjukkan golongan yang berkuasa
telah menindas golongan yang lemah? [4 markah]

Bukti yang menunjukkan golongan yang berkuasa telah menindas golongan lemah yang
terdapat pada semua bahan ialah raja sanggup mengambil tanah kaduk. Selain itu, si ketua
akan mengherdik lelaki itu jika dia melakukan sedikit kesilapan. Di samping itu, penjaga
kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencangnya tanpa mempedulikan kepenatan
kuda yang ditunggangnya itu.

Jawapan setiap bahan


Bahan 1
- raja sanggup mengambil tanah rakyatnya yang miskin
- bukan hanya Kaduk malah ramai lagi rakyat yang ditipu dan dirompak pada siang hari

Bahan 2
- si ketua akan mengherdik lelaki itu jika dia melakukan sedikit kesilapan
- si ketua menuduh lelaki itu curi tulang jika dia duduk sekejap

Bahan 3
- penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencangnya tanpa mempedulikan
kepenatan kuda yang ditunggangnya itu
- penjaga kuda hanya mahu kuda yang dapat membawa kemenangan tanpa mengambil kira
kesengsaraan kuda yang ditunggangnya itu
- penjaga kuda hanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangnya tanpa
belas kasihan

(Jika calon menjawab dengan jawapan lengkap melibatkan ketiga-tiga bahan, calon
layak mendapat 4 markah – 3 markah isi + 1 markah bahasa)

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT
SULIT 9 1103/2

(iii) Orang yang berkuasa seperti raja, ketua, dan pemimpin tidak sepatutnya menzalimi mereka
yang lebih rendah kedudukannya.

Pada pendapat anda, mengapakah kezaliman terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita?
[3 markah]

Pada pendapat saya, kezaliman terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita kerana...
- masyarakat kurang pendidikan agama sehingga tidak berasa bersalah apabila menzalimi
orang lain
- masyarakat yang mempunyai kedudukan yang tinggi terlalu taaasub akan kedudukan
mereka sehingga sanggup mengasari golongan yang lebih rendah kedudukannya
- pengaruh media massa, misalnya cerita yang memaparkan unsur-unsur keganasan

(iv) Pada suatu petang, anda berjalan kaki menuju ke perpustakaan. Dalam perjalanan ke
perpustakaan, anda ternampak ketua pengawas sekolah anda sedang mendenda seorang murid
lelaki mengutip sampah di padang. Cuaca ketika itu panas terik. Murid lelaki itu kelihatan tidak
bermaya. Bajunya pula dibasahi peluh. Sebenarnya sudah kerap kali anda mendengar rungutan
tentang sikap ketua pengawas yang baru dilantik itu. Dia sering mengenakan hukuman yang
tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh murid. Bukan itu sahaja, dia juga suka
mengambil tindakan sendiri tanpa berbincang dengan guru disiplin.

Sebagai murid yang prihatin, bagaimanakah anda dapat membantu untuk mengatasi masalah
ini? [4 markah]

Sebagai murid yang prithati, cara saya dapat membantu untuk mengatasi masalah ini ialah...
- menasihati ketua pengawas itu agar tidak bertindak sesuka hati
- melaporkan kesalahn ketua pengawas itu kepada guru disiplin
- meminta guru disiplin menyiasat rungutan murid-murid tentang sikap buruk ketua
pengawas itu
- mengenal pasti mana-mana murid yang telah menerima nasib yang sama untuk membuat
laporan kepada guru disiplin agar perkara tersebut tidak berulang lagi

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT
SULIT 10 1103/2
SOALAN 8 : NOVEL
(i) Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

"Yalah, sudah pasti masakan asli Sarawak," sambut Raidah sambil dalam hati terbetik
pesanan daripada Pengurus Pusat Pertumbuhan Desa agar perkhidmatan pelancongan sentiasa
mesra pelanggan, memberikan layanan sebaiknya, serta mengetengahkan produk yang unik
yang tidak terdapat di tempat lain.
"Kita mempunyai satu pakej lengkap," teruja Waheeda semasa menyarankan ayahnya
menjadi pemandu pelancong, ibunya sebagai pengurus dapur, emak saudaranya sebagai ketua
tukang masak, dan lain di belakang tabir, selain Fatimah yang menjadi akauntan bagi menjaga
kewangan Tajau Emas.
Dipetik daripada Novel Tirani Karya Beb Sabariah,
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan perkara yang perlu dipraktikkan sekiranya anda ingin mengusahakan sesuatu produk
pelancongan. [4 markah]

Persediaan yang perlu dilakukan sekiranya saya ingin mengusahakan sesuatu produk
pelancongan ialah...
- menjadi seorang penguasaha yang mesra pelanggan
- Memberi layanan yang sebaiknya kepada para pelanggan
- Mengetengahkan produk yang unik yang tidak terdapat di tempat lain

(ii) Jawab soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel yang berikut:


(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b). Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
(c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang memaparkan
rasa sedih pembaca terhadap watak-watak yang terlibat. [6 markah]

- Peristiwa Farisha yang datang melawat Karl yang sedang nazak kerana melawan penykit
barah ususnya. Perisrtiwa ini menyedikan dan menyayat hati saya kerana inilah kali
pertama dan terakhir Farisha dapat menatap wajah lelaki yang merupakan ayah
kandungnya.
- Peristiwa Farisha menangis akibat terkejut apabila doktor mengesahkan bahawa Azraai
menghadapi masalah jantung. Lebih-lebih lagi Azraailah yang selama ini banyak menjaga
dan mengambil berat tentang dirinya. Peristiwa ini menyedihkan dan menyayat hati saya
tatkali saya dapat merasai reaksi Farisha yang menangis teresak-esak kerana di terlalu
sayangkan Azraai.

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT
SULIT 11 1103/2

BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 markah]
[Masa yang dicadangkan: 45 minit]

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT
SULIT 12 1103/2

[Lihat halaman sebelah


1103/2 SULIT

You might also like