You are on page 1of 21

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/260691925

Masalah Pembangunan Tanah Tinggi dan Pengurusannya di Malaysia

Conference Paper · April 2013

CITATIONS READS
0 77,766

4 authors, including:

Ngai Weng Chan Asyirah Abdul Rahim


Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia
257 PUBLICATIONS   3,074 CITATIONS    29 PUBLICATIONS   68 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Narimah Samat
Universiti Sains Malaysia
118 PUBLICATIONS   1,005 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Sustainable Urban Development Course Project View project

Heritage Conservation of Northern Peninsular Malaysia View project

All content following this page was uploaded by Ngai Weng Chan on 12 March 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Seminar Serantau Ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu

Masalah Pembangunan Tanah Tinggi dan Pengurusannya di Malaysia

CHAN NGAI WENG1, ASYIRAH ABDUL RAHIM1, NARIMAH SAMAT1 &


JAMALUDDIN MD JAHI2
1
Universiti Sains Malaysia
11800 USM, Minden, Pulau Pinang, Malaysia.
2
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor, Malaysia.
E-mail: nwchan@usm.my

ABSTRAK

Di negara tropika, kawasan tanah tinggi merupakan kawasan utama pelancongan, pertanian
dan petempatan. Di Malaysia, banyak kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands,
Genting Highlands, Fraser’s Hill, Bukit Larut dan Bukit Bendera merupakan destinasi
pelancongan utama. Selain itu, tanah tinggi juga merupakan kawasan pertanian utama,
khasnya untuk buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Namun, kawasan tanah
tinggi di Malaysia juga merupakan kawasan sensitif dari segi alam sekitar dan ekologi. Tanah
tinggi mempunyai cerun curam, punck bukit, flora dan fauna endemik yang terancam, dan
komuniti tempatan yang kaya dalam budaya. Antara tarikan utama tanah tinggi ialah iklim
yang lebih sejuk berbanding dengan tanah dataran rendah. Akibat pembangunan pesat dan
perancangan serta pengurusan yang kurang efektif, kawasan-kawasan tanah tinggi telah
mengalami perubahan persekitaran yang negatif. Antara perubahan besar ialah perubahan
guna tanah dari hutan ke bandar dan ladang, perubahan unsur iklim, pembandaran dan
peningkatan bencana alam.Walaupun banyak perubahan fizikal ini menggambarkan kemajuan
dan membawa faedah ekonomi, ianya juga telah membawa impak negatif seperti bahaya dan
bencana persekitaran. Antaranya ialah hakisan tanah, tanah runtuh, penyahhutanan,
pemusnahan tadahan air, pencemaran alam sekitar, pengenapan sungai dan empangan, dan
banjir di kawasan hilir sungai. Pengurusan persekitaran di kawasan tanah tinggi adalah
mustahak untuk mengawal kemerosotan persekitaran demi menjaminkan kelestarian. Kertas
kerja ini mengkaji isu dan cabaran alam sekitar utama di kawasan tanah tinggi di Malaysia
dan cara-cara efektif pengurusannya mengikut model pembangunan lestari.

Kata kunci: tanah tinggi, tanah runtuh, pelancongan, pertanian, tadahan air, pengurusan
persekitaran

PENGENALAN

Di merata negara di dunia, tanah tinggi merupakan kawasan yang menarik untuk pelancongan,
petempatan, pertanian dan rekreasi (Asian Development Bank, 1998; Lonely Planet, 2013). Di
negara tropika panas, iklim sejuk di tanah tinggi telah menarik pembangunan dari segi
pelancongan dan pertanian. Ini telah menyebabkan banyak resort telah dibina di tanah tinggi di
negara tropika. Di Malaysia, Nurul Amirah binti Zainol (2009) merumuskan bahawa tanah
tinggi menjadi salah satu destinasi pelancongan utama yang mempunyai imej unik yang
menarik, di mana tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Fraser’s Hill dan Genting Highlands
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 2
mempunyai enam faktor yang menarik mereka seperti perkhidmatan dan infrastruktur, tarikan
tempatan dan kemudahan, atmosfera pelancongan, aktiviti rekreasi, persekitaran semula jadi,
dan pelancongan tumpuan-keluarga. Selain tiga tanah tinggi tersebut, Malaysia juga
mempunyai destinasi tanah tinggi lain seperti Bukit Fraser (Pahang), Bukit Larut (Perak), Bukit
Bendera (Pulau Pinang), Taman Nasional Kinabalu dan Kundasang (Sabah) dan lain-lain
(Salleh Mohd. Nor, 1982; Chan, 1991a; Lim dan Lee, 1992; Chan, 2010; Suriati et. al., 2006).
Sejarah pembangunan tanah tinggi di Malaysia barangkali bermula dengan penjajah British
yang tidak tahan kepanasan dataran rendah yang beriklim khatulistiwa panas dan lembap
sepanjang tahun. Penjajah British telah membangunan kawasan tanah tinggi seperti Cameron
Highlands, Bukit Frasers dan Bukit Bendera sebagai tempat rawatan dan rehat. Misalnya,
Cameron Highlands telah sering digambarkan sebagai tapak sesuai untuk pemulihan pesakit
(Khor, 2003). Cameron Highlands kemudian dimajukan sebagai tempat pelancongan yang
popular untuk pelancong asing dari Eropah dan juga pelancong tempatan (Barrow et al., 2005).
Disebabkan pembangunan adalah perlahan dalam kawasan tanah tinggi, pada masa dahulu,
pembangunan resort tanah tinggi seperti di Cameron Highlands dan Bukit Frasers tidak
membawa kesan negatif yang ketara. Walau bagaimanapun, sejak kemerdekaan pada tahun
1957 dan seterusnya pembangunan ekonomi pesat antara tahun 1970an hingga 1990an, tanah
tinggi di Malaysia telah mengalami pelbagai pembangunan pesat seperti pembinaan lebuh raya
baru, empangan, pembalakan, perlombongan, pertanian, pelancongan, petempatan dan
pembangunan yang lain. Dekad-dekad kebelakangan ini menyaksikan impak negatif terhadap
persekitaran fizikal dan budaya yang ketara akibat pembangunan pesat tidak terkawal dan
pengurusannya yang kurang efektif (Chan, 1997a). Pembangunan yang tidak seimbang yang
berat sebelah kepada ekonomi samping memingkirkan alam sekitar didapati membawa kepada
kemerosotan alam sekitar secara mendadak (Sham Sani, 1998; Jamaluddin Md Jahi, 1999;
Chiew, 2002); Chan, 2006a; Jamaluddin Md. Jahi et. al., 2009).
Sememangnya, tanah tinggi merupakan kawasan sensitif alam akibat cerun dan puncak
bukit yang curam, hujan yang lebat, dan flora dan fauna yang terancam. Pembangunan tanah
tinggi mengubah ciri tanah yang sensitif tersebut. Di Malaysia, beberapa kajian telah
menunjukkan kesan-kesan negatif pembangunan tidak terkawal terhadap persekitaran tanah
tinggi. Lim dan Lee (1992) telah mengkaji pembangunan tanah tinggi di Malaysia dan
merumuskan bahawa pembangunan pesat yang tidak terkawal telah membawa kepada
degradasi persekitaran sehingga berlakunya bencana persekitaran. Pada tempoh pembangunan
pesat di Malaysia sejak 1970an hingga 1990an, banyak peristiwa dahsyat telah berlaku
termasuk berikut: runtuhan kondominium Highland Towers pada tahun 1993 (49 kematian);
tanah runtuh Genting Highlandspada Julai 1995 (20 kematian); tragedi Pos Dipang (40
kematian); kejadian 60 tanah runtuh di Pulau Pinang pada bulan September 1995; runtuhan
cerun di lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung pada bulan Januari 1996 (1 kematian);
tanah runtuh dan aliran lumpur Pos Dipang (39 kematian dan 5 orang hilang) pada bulan Ogos
1996; dan tanah runtuh pada bulan Oktober 1996 di Cameron Highlands (1 kematian). Baru-
baru ini pembangunan tanah tinggi telah membawa maut seperti tanah runtuh pada 15 Mei
1999 di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang (beratus penghuni terperangkap), tanah runtuh di
Taman Hillview yang memusnahkan beberap buah rumah pada 20 November 2002, batu jatuh
di lebuhraya Lembah kelang (NKVE) pada bulan Disember 2003 yang menutupkan lebuhraya
itu untuk enam bulan, tanah runtuh pada 31 Mei 2006 di Kampung Pasir Ulu Kelang (4
kematian),tanah runtuh pada 26 Disember 2007 yang memusnahkan sembilan rumah di
Kampung Baru Cina, Kapit (2 kematian), tanah runtuh di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur pada 12
Februari 2009 (1 kematian), dan tanah runtuh pada 21 Mei 2011 yang memusnahkan rumah
anak yatim Hidayah Madrasah Al-Taqwa di FELCRA Semungkis, Hulu Langat (16 kematian).
Kejadian tanah runtuh di seluruh negara telah begitu serius sehingga Perdana Menteri memberi
arahan memberhentikan projek-projek pembangunan di kawasan tanah tinggi Bukit
Antarabangsa (Singh et. al., 2008). Selain dari tanah runtuh, pembangunan tanah tinggi juga
menyebabkan masalah seperti hakisan tanah, pergerakan jisim, penyahhutanan, pencemaran air
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 3
akibat pengenapan sungai dan tasik, dan banjir di kawasan kaki bukit dan dataran rendah (Wan
Abdullah, 2002; Wan Ruslan Ismail,1995; Chan et. al., 2006).
Antara tanah tinggi di Malaysia, barangkali kawasan Cameron Highlands mengalami
kesan yang paling ketara dan buruk akibat pembangunan yang tidak terkawal (Barrow et. al.,
2008; Barrow et. al., 2009). Dari segi sejarah, Cameron Highlands merupakan sebuah kawasan
semula jadi yang beriklim unik yang mempunyai alam sekitar indah yang tidak tercemar pada
tahun-tahun sebelum kemerdekaan. Pada asalnya, kawasan ini adalah digunakan sebagai tempat
perlindungan dan rawatan disebabkan oleh iklim yang sejuk dan juga udara yang segar (Lee,
2008). Tetapi pada tempoh pos-merdeka (tahun 1957 – 1973), penggunaan tanah di kawasan ini
telah menukarkan hutan dara menjadi kawasan untuk tanaman pertanian, ladang teh dan sayur-
sayuran, skim perumahan, jalan raya, pembalakan, penempatan semula untuk Orang Asli dan
juga pembangunan infrastruktur lain- lain (Barrow et. al., 2010). Sejak 1974 hingga 1990,
kawasan ini mengalami pembandaran yang lebih pesat, pembalakan haram, pembinaan loji
kuasa, pembukaan lebih banyak ladang teh, penternakan, industri kecil, pertanian, pembinaan
lebuh raya, dan pelancongan pesat. Sejak tahun 1990 higga ke hari sekarang ini, ia merupakan
satu tempoh pembangunan yang cepat di Cameron Highlands. Pada zaman sekarang, Cameron
Highlands telah menjadi salah satu tarikan perlancongan utama di Malaysia. Banyak hotel telah
dibina, dan juga pembinaan infrastruktur, ini telah menunjukkan potensi- potensi dan usaha
Cameron Highlands untuk menjadi tempat perlancongan utama di negara ini. Banyak lebuh
raya sedang dibina atau sedang dirancangkan untuk memudahkan ketersampaian. Walaupun
kesemua pembangunan ini telah membawa kemajuan dan pembangunan ekonomi tanah tinggi
tersebut, malang ianya juga telah membawa kesan- kesan negatif bagi alam sekitar seperti
pencemaran (air, udara dan sampah sarap), tanah runtuh, perubahan iklim dan lain-lain yang
menjejaskan kelestarian tanah tinggi itu.
Secara umum, pembangunan tanah untuk pertanian, perumahan, lebuh raya, empangan dan
akibat lain-lain telah menyebabkan penebangan hutan yang membawa kesan negative kepada
alam sekitar seperti hakisan tanah, tanah runtuh, pemendapan sungai, pencemaran air,
peningkatan suhu, dan kemerosotan alam sekitar. Kesemua kesan negatif ini telah
mengancamkan kelestarian di kebanyakan tanah tinggi di Malaysia termasuk Cameron
Highlands (Pahang), Lojing (Kelantan), Genting Highlands (Pahang), Kundasang dan Kinabalu
Park (Sabah), Bukit Bendera (Pulau Pinang), Bukit Antarabangsa (Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur), Ulu Kelang (Selangor), dan lain-lain. Di kebanyakan tempat tersebut, kawasan hutan
yang luas sudah ditebang untuk tujuan manusia seperti petempatan, jalanraya dan lebuh raya
baru, pembalakan, pertanian, pelancongan, perlombongan, pembinaan empangan, paip air dan
paip gas/minyak, serta pembinaan yang lain. Walaupun aktiviti tersebut tidak dapat dinafikan
membawa kemajuan, pembangunan dan banyak manfaat lain kepada masyarakat manusia, pada
masa yang sama ianya malangnya juga membawa kesan buruk yang mengancam kelestarian
alam sekitar sehingga berlakunya bencana alam yang dahsyat (Pereira et. al., 2010).

IMPAK PEMBANGUNAN TANAH TINGGI TERHADAP ALAM SEKITAR DAN MANUSIA

Impak pembangunan tanah tinggi yang tidak terkawal membawa banyak kesan buruk berbagai
yang meliputi impak terhadap alam sekitar fizikal dan juga alam sekitar budaya (manusia), kedua-
duanya digambarkan dalam Jadual 1. Hari demi hari, tanah tinggi telan menjadi sesuatu sasaran
yang penting untuk pembangunan negara. Industri perlancongan yang aktif dalam menggalakkan
pembangunan tanah tinggi, sering dianggapkan sebagai salah satu rukun di mana ekonomi
Malaysia akan bergantung pada masa yang akan datang. Oleh itu, perlancongan merupakan satu
teras utama dari segi ekonomi pembangunan di Malaysia untuk menarik dolar pelancong (Lim dan
Lee, 1992). Sejak tahun-tahun 1980an, banyak resort tanah tinggi telah dibina di Malaysia dalam
tempoh masa yang singkat, biasanya tanpa sabarang pertimbangan atas akibat- akibat terhadap
sektor yang berkaitan seperti daya tampung (kapasiti membawa) pada kawasan- kawasan yang
sensitif alam. Tambahan pula, pembangunan pesat dalam semua sektor terutamanya dalam sektor
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 4
industri, perdagangan, pembinaan, pertanian, infrastruktur dan urbanisasi telah meninggikan
keperluan atas penggunaan tanah. Pada masa kini, negeri kecil sebagai Pulau Pinang yang
mempunyai sumber tanah yang terhad, Ibu Kota Negeri dan banyak kawasan tanah tinggi telah
mengalami pembangunan yang pesat. Kebanyakan kawasan ini telah dibangunkan, dengan
disebabkan tanah tinggi merupakan kawasan tadahan air, kemusnahan ini boleh membawa kesan-
kesan negatif kepada alam sekitar. Matlamat Visi Malaysia 2020 adalah untuk menjadi sebuah
negara yang maju pada tahun 2020 yang akan datang dengan satu kejadian yang tidak baik ia itu
tanah tinggi (warisan semulajadi yang berharga) telah dimusnahkan untuk tujuan pembangunan
(Mohamad Sabri Yusoh et. al., 2007).

Jadual 1. Impak negatif pembangunan tanah tinggi di Malaysia terhadap alam sekitar fizikal dan alam
sekitar budaya (masyarakat manusia)

Kesan Terhadap Alam Sekitar Fizikal:


1 Kehilangan Ekosistem Semula jadi dan Spesies Hidupan (flora dan fauna)
2 Pemusnahan Tadahan Air
3 Perubahan Iklim
4 Peningkatan Hakisan Tanah dan Kehilangan Tanih Permukaan
5 Peningkatan Kejadian Tanah Runtuh, Batu Jatuh dan Aliran Lumpur
6 Peningkatan Kejadian Banjir di Bahagian Hilir Sungai
7 Peningkatan Kadar Pengenapan dan Pencemaran Sumber Air
8 Peningkatan Pencemaran Udara Akibat Pendedahan Permukaan Tanah Semasa
Pembinaan

Kesan Terhadap Alam Sekitar Budaya:


1 Kehilangan Tempat Tinggal Masyarakat Tempatan (Contoh: Orang Asli)
2 Peningkatan Pendedahan dan Kerentanan Masyarakat Tempatan ke “Bencana Alam”
3 Kehilangan Pendapatan Sektor Pelancongan Akibat Pemusnahan Tarikan Pelancongan
4 Kehilangan Mata Pencarian Masyarakat Tempatan, terutamanya Orang Asli
5 Kos Kawalan dan Mitigasi “Bencana Alam” dan Kos Bantuan Bencana
6 Kemerosotan Kualiti Air dan Kualiti Udara
7 Pemusnahan Sumber Air
8 Kehilangan Nyawa dan Kecederaan Akibat Bencana Alam

Sumber: Chan & Kung 2004

IMPAK TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL

Tanah tinggi merupakan kawasan yang amat rapuh dan juga kawasan persekitaran yang sensitif.
Kajian telah menunjukkan bahawa degradasi kawasan tanah tinggi boleh membawa kesan negatif
yang serius terhadap alam sekitar serta hiliran persekitaran (Lim dan Lee, 1992). Tanah bukit
merupakan kawasan alam sekitar yang sensitif atas kecuraman, keunikan iklim mikro, keamatan
hujan dan sensitiviti hidupan liar yang jarang ada perubahan (flora dan fauna). Sebarang
pembangunan boleh menjejas dan megubah sensitiviti di kawasan persekitaran bukit.
Kebanyakkan kawasan di Malaysia terutamanya kawasan luar bandar dan resort tanah tinggi,
penambahan tekanan tanah, perumahan di kawasan tinggi, permintaan pelancongan, dan
ketamakan umum di kalangan pemaju yang tidak bertanggungjawab, semua ini telah melibatkan
bukit hijau subur bertukar menjadi tandus seperti gurun. Apabila digabungkan dengan faktor lain
seperti pembangunan-pembangunan intensif cerun bukit dan tanah bukit untuk pertanian, rekreasi,
pembinaan lebuh raya, pembinaan empangan, dan lain- lain pengunaan tanah oleh manusia, semua
ini telah menyebabkan kesan negatif yang ketara terhadap alam sekitar, akibat daripada
pembangunan tanah tinggi bukanlah sahaja terhadap alam sekitar tetapi juga akan membawa kesan
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 5
negatif kepada masyarakat (Jamaluddin Md. Jahi 2001). Pembangunan tanah tinggi boleh
menyebabkan degradasi persekitaran sering menambahkan risiko bencana dan bahaya persekitaran
(Chan 2000) (Jadual 2).

Jadual 2. Kejadian tanah runtuh dan kerugian di Cameron Highlands

Tarikh Lokasi Kematian Bilangan Bilangan Kerugian


Kecederaan Pemindahan
(RM)

29.5.91 Jalan Tapah-Cameron Highlands 0 0 0 Beribu Terperangkap


30.5.91 Jalan Tapah-Cameron Highlands 0 0 0 Beribu terperangkap
8.12.94 Tanah Rata 2 (5 hilang) 0 3000 Berpuluh Ribu RM
6-7.12.94 Cameron Highlands 9 0 0 TD
24.10.95 Tringkap, Cameron Highlands 1 0 0 TD
1.11.95 Jalan Tapah-Cameron Highlands 0 0 0 Beribu Terperangkap
Dec 95 Cameron Highlands 7 0 0 Beribu RM
21.6.96 Km52.8 Jalan Tapah-Cameron Highlands 0 0 0 Beribu Terperangkap
09.10.96 Kuala Terla, Cameron Highlands 3 2 0 TD
18.10.96 Tanah Rata, Cameron Highlands 0 0 16 keluarga TD
6.12.99 Tapah-Cameron Highlands 1 0 0 TD
6.1.2000 Kg Raja, Cameron Highlands 6 5 15000 Beratus Ribu RM
8.1.2000 Taman Tringkap Puncak, 0 0 0 Jalan Musnah
Cameron Highlands
17.1.2003 Puncak Arabella,Cameron Highlands 0 0 0 Cerun Runtuh
24.2.2004 Jalan Tapah-Ringlet 0 0 0 Cerun Runtuh &
Jalan tertutup untuk 1
minggu
menyebabkan Sayuran
tidak dapat
dihantar ke pasaran.

8.8.2011 Sg Ruil, Brinchang 7 2 20 Enam rumah musnah

TD – Tiada Data
Sumber: Akhbar Tempatan

Cerita Cameron Highland merupakan satu kes yang membuktikan bahawa pembangunan
yang tidak seimbang telah membawa kepada banyak kesan negatif (Singh 2012). Cameron
Highlands kini masih jauh terletak tenang di tengah-tengah awan pada ketinggian antara 1,500
dan 1,829 meter di atas paras laut. Kawasan ini berada di dalam bidangkuasa negeri Pahang
dari segi politik tetapi ia amat dipengaruhkan oleh Cina (kebanyakannya petani) dari Perak.
Cameron Highlands pertama ditemui oleh seorang juru ukur dari British, William Cameron
pada tahun 1885 apabila dia mengetuai pasukan ekspedisi ke Banjaran Titiwangsa.
Pembangunan Cameron Highland dimula dengan pembukaan stesen bukit (Chan, 2006b).
Semasa pemerintahan jajahan British, Cameron Highlands telah diberikan nama sebagai “Little
England”, ini adalah disebabkan seni binaan dan persekitaran di Cameron Highlands adalah
serupa dengan England. Oleh itu, kawasan itu dianggap sebagai tempat kegemaran untuk
menjauhi kalangan British. Walaupun pada hari ini, kawasan itu masih terdapat banyak rumah
tumpangan, chalet Inggeris yang lama, dan juga ‘Victorian- styled’ rumah rehat kerajaan yang
terletak di tepi jalan utama. Cuaca yang sejuk, udara gunung yang segar dan udara yang masih
tidak dicemari, cerun teres panorama hijau dengan hutan yang dilindungi kabus, ini menjadikan
kawasan tanah tinggi ini sebagai kawasan percutian resort yang ideal. Selama bertahun- tahun,
Cameron Highlands telah dibangunkan sebagai suatu perlancongan resort yang terkenal di
Malaysia, sama ada untuk pelancong- pelancong tempatan dan pelancong- pelancong negara
asing. Semasa zaman pemerintahan British, Cameron Highland pernah digunakan sebagai
resort bukit (kerana cuaca yang sejuk) tetapi sekarang kawasan ini kebanyakkan telah
dibangunkan untuk pertanian tanah tinggi (sayur- sayuran dan bunga) sejak kemerekaan negara
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 6
sehingga hari ini. Ia juga dikenali sebagai ‘Mangkuk Hijau’, disebabkan pembekalan kubis,
tomato, salad, lada hijau dan sayur- sayuran tanah tinggi yang lain kepada pasaran tempatan
dan pasaran antarabangsa (kebanyakan pasaran Singapura). Kebanyakan kawasan lereng bukit
dan cerun telah digunakan sebagai kawasan untuk tanaman teh. Sayur- sayuran yang lumayan
dan bunga- bungaan perdagangan juga telah berbunga dekat kawasan yang disediakan untuk
penamanan sayur- sayuran dan juga bunga- bungaan. Selain itu, banyak pekan kecil seperti
Ringlet, Tanah Rata, Brinchang, Tringkap dan Kampung Raja telah diurbanisasi pesat, Tanah
Rata dan Brinchang telah menjadi tempat resort pelancongan utama, desebabkan oleh udara
yang sejuk dan segar dekat tanah tinggi menjadikan kawasan ini sebagai tempat percutian yang
menarik untuk pelancong dari bandar yang memohon penangguhan daripada cuaca panas,
bunyi bising daripada kenderaan, dan pencemaran udara yang teruk di kawasan bandar. Selain
itu, eko- pelancongan mempunyai potensi yang besar di Cameran Highlands dan hutan gunung
tebal, udara gunung yang segar menambahkan penarikan yang tinggi dekat kawasan tanah
tinggi ini. Namun, pembangunan pesat pada dekad-dekad kebelakangan ini, khasnya pada
1970an hingga 2010an, suhu sudaj naik dan alam sekitar indah telah tercemar (Chan et al.
2006)
Ancaman tanah runtuh dan aliran lumpur telah membawa bahaya dan risiko tinggi kepada
penduduk di tanah tinggi. Kebanyakan rumah penduduk sudah terletak di kawasan itu lebih
daripada 35 tahun dan ancaman ini tidak berlaku sebelum ini. Satu lagi contoh klasik akibat
tanah runtuh adalah berlaku di jalan digunakan untuk Simpang Pulai ke Kg Raja yang telah
ditangguhkan selama bertahun-tahun disebabkan oleh tanah runtuh (New Straits Times,
08/10/2002). Dalam makalah “Highlands of Shame”, Salleh Buang (2003) menghuraikan
keadaan teruk alam sekitar di Cameron Highlands. Dalam makalah yang bertajuk “Rape of
Cameron Highlands will resume when outcry subsides”, Mimi Syed Yusof (2000) telah
mencatatkan masalah kemerosotan alam sekitar di tanah tinggi tersebut yang masih tidak dapat
diselesai. Penulis menunjukkan bahawa beberapa jenis pembangunan yang telah dilaksanakan
di tanah tinggi pada tahun yang lalu, walaubagaimana kebanyakan telah membawa manfaat
kepada manusia, mereka sering terlibat dalam pembukaan kawasan besar tanah berhutannan
yang sering mengakibatkan kemerosotan alam sekitar. Sekali lagi, ia telah menegaskan
pandangan dari Guning Brinchang di Cameron Highlands adalah menakjubkan tetapi tercucuk
dengan parut dalam bentuk pembersihan tanah dan hakisan akibat pembangunan yang pesat.
Berita Harian (17/1/2000) melaporkan bahawa pemotongan bukit itu akan dipersalahkan kerana
akibat tanah runtuh Cameron Highlands. Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Velly berkata
bahawa aktiviti pemotongan bukit oleh petani untuk tujuan pertanian merupakan sebab utama
pada kejadian tanah runtuh baru ini di Cameron Highlands. Beliau berkata bahawa petani
Cameron telah berasa kesalahan dalam pemotongan bukit untuk aktiviti ekonomi tanpa
mengikut prosedur yang betul dengan pertimbangan hakisan tanah atau kestabilan tanah.
Mengkaji sebab- sebab kejadian hakisan tanah tinggi diperlukan untuk mengawal bahaya alam
sekitar (New Straits Times, 19/11/1996). Masalah pencemaran air, kemasukkan e. coli ke
dalam air merupakan kes yang sentiasa dilaporkan dalam surat khabar (The Star, 10/11/2004).

Impak ke Atas Pemandangan dan Bentuk Muka Bumi

Pembangunan yang tidak terancang boleh memburukkan pemandangan alam semula jadi
kawasan tanah tinggi yang indah. Sebelum kegiatan pertanian dan pelancongan simajukan
secara pesat dalam tahun-tahun 1900an, pemandanagn di Cameron Highlands hampir
keseluruhannya terdiri dari pelbagai jenis kawasan hutan rizab yang indah. Namun, hutan terus
ditebang dan pandang-darat berubah secara dramatik sejak beberapa dekad yang lalu. Kajian
Chan dan Barrow (2010) terhadap kawasan itu mendapati banyak tebing dan kawasan hutan
telah mengalami kemusnahan (disebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh). Oleh disebab
kejadian ini telah menjadikan kehilanganlah satu landskap yang indah, yang dulunya
merupakan penarikan untuk pelancongan serta sebab-sebab estetik. Ia juga dijangka bahawa
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 7
topografi di kawasan projek terdiri daripada kawasan pergunungan akan berubah dengan cerun
curam, puncak sempit dan rabung dan juga bukit banyak dengan cerun antara 6 - 40 darjah.
Pembinaan lebuh raya dan jalan baru (batang utama dan juga jalan ladang), berkemungkinan
mengikuti lereng bukit, akan dipotong ke dalam cerun dan menukar kecerunan. Ini boleh
disiapkan dengan dua cara: pertama, pemotongan cerun akan mengurangkan kecerunan; dan
kedua, jika cerun tidak dilindungi, hakisan tanah akan dipercepatkan dan tanah runtuh akan
berlaku di sepanjang jalan-jalan yang terdedah. Kejadian ini akan mengurangkan kecerunan
cerun yang lebih banyak. Pembasmian hutan di tanah yang rendah boleh menyebabkan masalah
hakisan dan pemendapan tetapi tidak menyebabkan tanah runtuh. Walau bagaimanapun,
apabila aktiviti ini dijalankan di kawasan bukit, terutamanya cerun curam yang lebih daripada
20 darjah, ia boleh menyebabkan kejadian hakisan dan tanah runtuh. Cerun berada di antara 20
- 30 darjah telah diklasifikasikan sebagai "Berbahaya" oleh Jabatan Alam Sekitar dan bagi
cerun yang lebih 30 darjah dianggap sebagai "Kritikal". Kebanyakkan kawasan di Cameron
Highlands, lebih daripada 23.3% daripada kawasan itu mempunyai cerun lebih daripada 25
darjah dan 51% lagi mempunyai cerun di antara 12 - 25 darjah. Dianggarkan bahawa hanya
10% daripada kawasan itu mempunyai kecerunan kurang daripada 6 darjah. Ini menekankan
bahawa potensi tinggi di kawasan Cameron Highlands kepada hakisan tanah dan tanah runtuh.
Peta hakisan tanah yang dihasilkan oleh SMHB, Ranhill dan Perunding Zaaba (1999:7-58)
kelaskan kebanyakan kawasan Cameron Highlands adalah di bawah kelas "Risiko Sangat
Tinggi" dengan kehilangan tanah melebihi 150 tan/ha/tahun.
Walaupun penebangan hutan boleh dikawal dengan penanaman semula dan boleh
membendung hakisan dan juga tanah runtuh, ia boleh melemahkan cerun dan menyebabkan tanah
runtuh apabila ia dijalankan dengan kadar yang tidak mampan dengan cepat. Pembasmian hutan
adalah berkaitan dengan pembangunan tanah tinggi, tanah tinggi biasanya padat dengan hutan
sebelum pembangunan dilaksanakan. Wan Ruslan Ismail (1995) telah menunjukkan bahawa
penebangan hutan boleh menambahkan aliran dan juga menyebabkan hakisan. Douglas (1999)
mendapati bahawa hakisan tanah dan sedimentasi adalah masalah yang serius di Malaysia dan
sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh penebangan hutan. Ia sering mengakibatkan tanah
runtuh. Di Malaysia, kajian telah menunjukkan bahawa kadar hakisan adalah sangat tinggi kerana
hujan yang banyak dan intensif. Perbezaan antara kadar hakisan di kawasan hutan dan kawasan
tadahan terdedah telah menunjukkan ketaranya. Pada permukaan yang terdedah, kadar hakisan
akan menjadi lebih tinggi. Dalam kajian yang lain, Goh (1978) mendapati bahawa pengangkutan
sedimen antara tadahan hutan dan kawasan tadahan separa maju adalah 50-300 kali lebih besar. Di
Malaysia, iklim khatulistiwa yang lembap telah menjana potensi yang besar untuk masalah hakisan
pesat yang selalunya mengakibatkan tanah runtuh. Dalam laporan TNB Sdn Bhd (2001), ia telah
melaporkan bahawa di perhutanan, kadar purata jumlah hakisan tanah kepada 550,000 m3 di tahun
1997 dan ini diramal akan meningkat dengan lebih banyak dan banyak kawasan dibuka untuk
pertanian dan juga tujuan lain.

Impak Terhadap Kemerosotan Biodiversiti

Kawasan tanah tinggi merupakan antaranya kawasan yang kaya dengan biodiversiti. Misalnya,
Taman Negara Kinabalu merupakan salah satu destinasi utama untuk ekopelancongan di
Malaysia sebab ia mengandungi biodiversiti yang terkaya di dunia (Chan, 2010). Taman ini
kekayaan dengan hutan hujan tropika dan hutan gunung. Yang pentingnya, ia mempunyai
Gunung Kinabalu, puncak yang tertinggi di Asia Tenggara. Sebagai sebuah taman yang
dilindungi, ia mempunyai pelbagai jenis tumbuhan flora dan fauna. Taman Kinabalu
merupakan “syurga” bagi biodiversiti, sebagai salah satu tempat yang kurang di dunia kekayaan
dengan spesies tumbuhan dan haiwan. Gunung ini mempunyai ekologi yang kekayaan dengan
pelbagai spesis endemik, ia adalah hotspot biologi dengan lebih daripada 5,000 jenis tumbuhan.
Ia juga mempunyai kira-kira 1,000 spesies orkid. Terdapat juga kira-kira 610 jenis spesies
paku pakis dan 24 jenis Rhodo-dendron spesies. Taman ini juga kekayaan dalam Nepenthes
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 8
tumbuhan, 4 daripada 10 jenis spesies yang endemik. Walaubagaimanapun, pembangunan dan
sektor perlancongan telah membawa kesan negative terhadap alam sekitar di taman ini. Apabila
taman ini secara rasminya diisytiharkan sebagai tempat “World Heritage” pertama di Malaysia
oleh UNESCO pada Desember 2000, ia membawa banyak projek pembangunan infrastruktur
dengan tujuannya adalah untuk memenuhi permintaan dari segi pertambahan pelancong.
Walau bagaimanapun, cabaran utama untuk taman ini termasuk: Perlindungan dan
Pemuliharaan warisan semulajadi; permantauan kapasiti pelancong; sekitaran dan pemuliharaan
warisan semula jadi; mengekalkan tahap pembangunan pada tahap yang baik; mengawalkan
pencemaran alam sekitar; dan memastikan pembangunan mampan sumber asli. Semua cabaran
ini adalah berkaitan dengan matlamat taman sebagai taman pemuliharaan alam sekitar,
pembangunan pelancongan dan pembangunan sosio- ekonomi. Walaupun begitu, cabaran
terbesar untuk taman itu adalah untuk mengimbangi antara segi pembangunan dan segi
pemuliharaan dan sentiasa memberi tumpuan kepada kepentingan masyarakat setempat.
Ang dan Chan (2010) mengkaji ekopelancongan di kompleks hutan Belum-Temengor di
Perak dan didapati hutan tersebut merupakan satu kawasan kaya dengan flora dan fauna,
terutamanya burung enggang. Kawasan tersebut telah diiktiraf sebagai Kawasan Penting
Burung (IBA) di peringkat antarabangsa dengan sekurang-kurangnya 274 spesis burung,
termasuk semua 10 spesies burung enggang Malaysia. Pembangunan kawasan tersebut
dikatakan mengancam burung enggang tersebu. Penyelidikan menunjukkan bahawa laluan
penerbangan burung Kenyalang Plain-bersaku di peringkat global menjangkau antara Royal
Belum dan hutan Temengor. Sebarang gangguan seperti pembukaan hutan dan pembangunan
resort dalam hutan simpanan hutan ini akan mengancam burung enggang dan seterusnya
kehilangan warisan semulajadi ini.
Kawasan hutan simpanan Ulu Muda di Kedah, selain menjadi kawasan tadahan air, juga
amat kaya dalam biodiversiti flora dan fauna. Pelan Fizikal Nasional dan deraf Pelan Struktur
Kedah mengelaskan kawasan hutan Ulu Muda sebagai “Kawasan Sensitif Alam Rank I” dan ini
bermakna kawasan tersebut adalah dilindungi dan pembalakan adalah tidak dibenarkan. Kawasan
ini mengandungi biodiversiti kaya dalam mamalia besar seperti gajah Asia, harimau Malaysia,
tapir Malaysia, seladang dan lain-lain (Sumber: Friends of Ulu Muda
http://saveulumuda.wordpress.com/ Diakses 5/4/13).

Impak Terhadap Perubahan Iklim

Kesan-kesan pembangunan tanah tinggi tanpa kawalan juga berupaya membawa perubahan
iklim mikro kepada sesuatu tempat (Jadual 3). Hal ini telah dibuktikan oleh Chan et al (2006) di
Cameron Highlands di mana pekan-pekan dan kawasan pembandaran didapati mengalami
fenomena “Pulau Haba Bandar” dengan suhu yang lebih panas berbanding dengan kawasan di
luar bandar. Selain itu, kajian Leong (2006) juga mendapati bahawa iklim mikro tanah tinggi
tersebut telah dipengaruhi oleh pemanasan global, dan membawa kepada kenaikan suhu.
Kelembapan di kawasan tanah tinggi adalah lazimnya lebih tinggi berbanding dengan kawasan
dataran rendah. Daripada segi kandungan udara, didapati kawasan tanah tinggi mengalami
kandungan udara yang lebih segar dan tidak tercemar berbanding dengan kawasan dataran
rendah, khasnya kawasan bandar.
Kajian telah menunjukkan bahawa kawasan hutan, oleh sebab kesan teduh dan penyejukan
yang rambut panjang serta pemindahan haba daripada kanopi hutan ke atmosfera melalui
evapotranspirasi, ini akan mengurangkan suhu dengan satu atau dua darjah, bergantung kepada
jenis dan kepadatanhutan (Chan dan Wan Ruslan Ismail, 2000). Pembasmian hutan di atas bukit
mengubahkan iklim kawasan tanah tinggi. Pada tahun 1991, satu kajian di Bukit Pulau Pinang
terhadap ekosistem yang mendedahkan bahawa iklim mikro telah terjejas oleh lebih penebangan
hutan, pembangunan perumahan dan juga lain-lain pembangunan (termasuk setinggan haram)
(Chan, 1991b). Kajian oleh Ho (1992) dan Friends of Penang Hill (1991) juga menunjukkan
bahawa unsur-unsur iklim boleh diubahsuai dengan ketara sebagai akibat degradasi alam sekitar
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 9
tanah tinggi. Dalam hubungan ini, kepupusan pelbagai spesies unik flora, terutama kanopi atas
pokok-pokok yang mencapai melebihi 50 meter, boleh mengubah iklim mikro di dalam hutan
dengan ketara. Leong (1992:30) telah dokumenkan bukti bahawa pembangunan secara luas di
Cameron Highlands dengan menggantikan hutan dengan jalan berturap, bangunan dan lain-lain
yang tinggi dengan bahan penyerapan solar telah menaikkan suhu min di resort tanah tinggi.
Dalam sesetengah kawasan, ia juga dilaporkan bahawa suhu tempatan telah meningkat sebanyak 4
o
C (Sham Sani, 1985). Sham Sani (1993:55-64) juga telah menunjukkan bahawa perkembangan
perbandaran seperti Kuala Lumpur dengan mengurangkan kawasan hutan dan tumbuh-tumbuhan
boleh mewujudkan " urban heat islands " yang beberapa darjah lebih panas daripada kawasan
hutan periferal.

Jadual 3. Kesan degradasi alam sekitar akibat pembangunan tanah tinggi terhadap iklim mikro

Kenaikan Suhu
Pengurangan Kelembapan (Mutlak dan Bandingan) dan Pengurangan Lembapan
Mendatar
Pengurangan Jumlah Hujan
Peningkatan Keasidan Hujan
Peningkatan Pencemaran Udara
Peningkatan Laju Angin

Impak Terhadap Hidrologi

Kumaran dan Ainuddin (2010) mengkaji hidrometeorologi di kawasan tanah tinggi dan mendapati
bahawa ciri-ciri hidrometeorologi amat berbeza di antara tanah tinggi dengan dataran rendah.
Salah satu kesan yang teruk disebabkan daripada penebangan hutan adalah berkait dengan
perubahan iklim mikro tetapi tidak banyak berkaitan dengan perubahan suhu, walaupun ia akan
mengurangkan daya tarikan resort tempatan, sebaliknya ia akan menyebabkan pengurangan dan
pemusnahan fungsi- fungsi penting hutan tanah tinggi sebagai "hutan awan". Bagi penyelidik air
dan pakar perhutanan, termasuk Kumaran dan Ainuddin (2006), salah satu fungsi utama hutan
tanah tinggi adalah keupayaan mereka untuk menangkap kelembapan udara sebagai "pemendakan
mendatar" (Salleh Mohd Nor, 1982). Istilah ini digunakan untuk teori yang menjelas kelembapan
memasuki ekosistem hutan dan melalui pemeluwapan atmosfera wap kepada daun, rumput dan
lain-lain permukaan vegetatif. Kejadian hutan awan juga bergantung kepada lokasi, hutan awan
biasanya dijumpa di Cameron Highlands, Bukit Fraser, Genting Highlands (nama Cina untuk
Genting Highlands ialah "Puncak Awan"), Gunung Belumut, Gunung Tapis, dan kawasan-
kawasan tanah tinggi di Malaysia Timur bersama Iran, Tama Abu, Kapuas Hulu, Trusmadi dan
banjaran Brassey. Hutan simpanan yang kekal di Cameron Highlands juga telah dianggap sebagai
hutan tanah tinggi dan juga berfungsi dalam memerangkap kelembapan. Hutan tanah tinggi ini
juga mengalami mikro iklim yang unik di mana suhunya sentiasa rendah dan kelembapan juga
sangat tinggi. Ini telah mejadi kawasan hutan tersebut sentiasa dikelilingi oleh lapisan kabus, kabus
atau awan. Menurut Stadmuller (1986), pada kebanyakan masa, hutan awan di kawasan tropika
lembap adalah dilindungi dengan awan atau kabus , dan selain dari penyerapan air hujan biasa,
mereka juga meyerap lembapan tambahan dalam bentuk pemeluwapan titisan air dalam udara. Jika
dalam keadaan kelembapan tinggi dan suhu rendah, ini menunjukkan keadaan yang sangat
kondusif bagi transformasi wap air ke dalam titisan air.
Walaupun apa perbezaan terhadap iklim dan tempatan, kajian terhadap hutan tanah tinggi
menunjukkan bahawa isipadu pemendakan mendatar kadang- kala boleh melebihi isipadu hujan
biasa. Terutamanya pada masa bulan kering. Sebagai contoh, Vogelmann (1973) telah
menunjukkan bahawa pemendakan mendatar di kawasan tropika lembap boleh sampai ke 300 mm
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 10
atau lebih daripada 900 mm dalam setahun. Berbanding dengan hujan biasa, ia boleh menukar ke
seberapa yang banyak di antara 7% (semasa musim hujan) sampai ke lebih daripada 100% (semasa
musim kemarau). Juvik dan Ekern (1978) juga telah menunjukkan pada musim kering, isipadu
pemendakan mendatar boleh rekod lebih daripada sepuluh kali ganda bagi hujan biasa. Oleh itu,
pemusnahan hutan tanah tinggi boleh mengakibatkan kehilangan jumlah sumber air yang besar.
Tanpa pokok, banyak lembapan di udara akan kekal di sana sehingga proses hujan berlaku.
Walaubagaimanapun, tanpa hutan tebal, kesemua lembapan dalam atmosfera akan dibawa oleh
sistem angin dan mendepositkan ia di tempat lain, ataupun kembalikan ia ke laut- lautan. Ini akan
menjadi kawasan hutan yang tidak boleh simpandan mengkekalkan kelembapan, sama ada di
udara dan di dalam tanah. Dalam kes- kes pembalakan, malah pembukaan 20% kanopi boleh
mengurangkan penangkapan kelembapan mendatar oleh pokok-pokok di kawasan tersebut. Ini
akan mengurangkan jumlah penangkapan air lintang (horizontal water capture) oleh hutan di
kawasan tadahan air empangan, dan juga akan menjejas keupayaan hutan untuk memerangkap
kelembapan semasa musim kering yang cuma ada sedikit air hujan.
Sorotan literatur saintifik mengesahkan bahawa hutan- hutan tropika memainkan suatu
peranan yang penting dalam pengawalan iklim tempatan sebab interaksi antara mereka dengan
proses kitaran air. Oleh itu, ia merupakan satu hakikat bahawa hutan hujan tropika mempengaruhi
cuaca tempatan, mereka juga telah dibukti mempunyai kesan yang besar ke atas cuaca global.
Albedo atau pantulan permukaan hutan adalah rendah, contohnya penyerapan cahaya matahari
adalah tinggi. Menurut Myers (1997) “... Kebanyakan tenaga yang menukarkan kelembapan
permukaan menjadi wap air daripada pemanasan bahangan matahari terhadap permukaan tanah.
Tenaga itu bergantung kepada albedo permukaan, atau darjah yang berkaitan dengan pemantulan
dari permukaan tanah. Seterusnya, albedo juga bergantung pada tumbuh-tumbuhan yang
menyerap haba lebih daripada tanah kosong. Dengan tumbuh-tumbuhan yang tebal, arus haba
mengambil kelembapan (disediakan oleh perlindungan tumbuhan yang sama) sampai ke
atmosfera adalah kuat, di mana ia akan memeluwap sebagai air hujan. Kesan albedo merupakan
faktor asas dalam mengawal ikli, ini adalah kerana pengaruh ke atas corak olakan arus angin,
dan juga hujan rejim”.
Kehilangan perlindungan hutan akan menyebabkan penyerapan haba kurang ditukar kepada
lembapan dan juga kurang dilepaskan ke dalam atmosfera. Dengan masa semakin lama, ini
menunjukkan kenapa kawasan-kawasan hutan akan mengalami kekurangan hujan. Gejala ini telah
dialami di Pulau Pinang sebab hampir 94 % negeri itu telah tiada hutan (Chan, 2000). Oleh itu,
pembukaan hutan yang menyebabkan kukurangan hutan telah menjadi factor untuk kekurangan air
hujan kerana kekurangan dalam menangkap kelembapan melintang. Kesusasteraan saintifik juga
menunjukkan bahawa hutan tanah tinggi meningkatkan kelembapan dalam kawasan terdekat
melalui proses transpirasi. Proses ini menambah hujan tempatan. Selepas penebangan hutan,
kekurangan prosese evapotranspirasi kelembapan ke dalam atmosfera (bergantung kepada kadar
pembersihan hutan) telah mengakibatkan kekurangan pembentukan awan hujan. Ini adalah apa
yang telah berlaku dekat Pulau Pinang apabila lebih daripada tiga suku hutannya hilang (Chan,
1997b). Oleh sebab itu, air hujan telah dikurangkan dalam semua empat kawasan tadahan air di
Pulau Pinang. Maksudnya, jumlah hujan berubah secara songsang dengan kadar penebangan
hutan, lebih banyak perlakuan penebangan hutan, lebih kurangnya hujan di kawasan itu. Senario
ini menunjukkan pada masa depan, kalau lebih banyak hutan dibersih untuk kegunaan tanah, hujan
di Pulau Pinang dijangka akan juga berkurang.
Keizrul bin Abdullah (2000) telah memberi amaran supaya memperlindungi tadahan air
kepada negeri-negeri yang banyak terdedah kepada defisit sumber air. Misalnya, Pulau Pinang
telah mengalami masalah kekurangan air hujan yang disebabkan oleh kehilangan kawasan hutan.
Cameron Highlands akan mengalami masalah yang sama iaitu kekurangan air hujan jika aktiviti
penebangan hutan berterusan di kawasan hutannya. Dengan perubahan iklim mikro, lembangan
Sungai Bertam telah mengalami kekurangan hujan tahunan seperti yang ditunjukkan dalam trend
penurungan hujan tahunan pada 1948-1997 (TNB Sdn Bhd, 2001). Dengan sebab perkembangan
dari sektor pertanian dan sektor lain penggunaan tanah oleh manusia, lebih banyak hutan akan
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 11
dibersih dan lebih banyak kawasan akan mengalami kekurangan penurunan hujan. Cameron
Highlands akan lebih terdedah kepada tekanan air pada masa yang akan datang. Apabila musim
kering, tanah akan kering dengan cepat (semasa tempoh imbangan air negatif apabila kadar
evapotranspirasi melebihi hujan). Kejadian Tempoh tekanan air tinggi atau musim kering akan
lebih kerap berbanding dengan masa dulu. Malah musim kering biasa yang ada pada akhir tahun
(biasanya Disember) sehingga Mac akan mejadi semakin lama dan juga menjadi lebih teruk.
Chan dan Wan Ruslan Ismail (1997) telah mengenalpasti bahawa pembangunan bukit
mempunyai kesan terhadap hidrologi. Pernyataan “Cameron Highlands yang bertanah tinggi
tidak akan banjir” merupakan satu tanggapan yang salah. Apabila hujan turun pada masa tempoh
yang panjang, banyak kawasan rendah seperti Kg Raja, Tringkap dan Tanah Rata akan berlaku
banjir kilat. Pembangunan pesat, penebangan hutan, pengenapan sungai, dan kemerosotan alam
sekitar (terutamanya pembandaran) semua telah mengakibatkan ganggauan atas sistem hidrologi
dan membawa kepada peningkatan kejadian banjir di Cameron Highlands. Pembandaran pesat
telah mengubahkan permukaan semulajadi ke permukaan tiruan. Semua perubahan ini telah
mengubah proses hidrologi, membawa kesan seperti kekurangan penyusupan, hanya sedikit air
hujan diambil oleh tumbuh-tumbuhan, hakisan yang teruk, air larian dipercepatkan, kekurangan
masa lag (masa yang diambil untuk air hujan turun untuk sampai ke sungai), pengelodakan dan
pemendapan sungai-sungai yang mengurangkan kapasiti sungai, dan akhirnya peningkatan
frekuensi dan magnitud banjir. Kawasan Cameron Highland telah mengalami perubahan yang luar
biasa, dalam segi perbandaran, pertanian dan juga pembangunan pelancongan. Kapasiti sungai
banyak telah dikurangkan sebab pengelodakan dan pembangunan fizikal di kawasan terdakat dan
yang meyebabkan perubahan dalam morfologi.

Impak Terhadap Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh

Pembangunan tanah tinggi juga menyebabkan hakisan tanah yang mencemarkan kualiti air
permukaan melalui proses pengenapan. Selain itu, tanah runtuh dan lumpur runtuh juga
merosotkan kualiti air permukaan. Pembangunan tanah tinggi biasanya menyebabkan pendedahan
permukaan tanah kepada unsur- unsur cuaca. Di Malaysia, iklim khatulistiwa yang lembap
menghasilkan hujan lebat dengan keamatan tinggi, biasanya lebih daripada seratus milimeter
dalam satu jam dan menyababkan hakisan (Jackson, 1977). Chan dan Wan Ruslan Ismail (1997)
juga mendapati bahawa hakisan sebab air hujan adalah sangat tinggi, ini menyebabkan kadar
hakisan tanah yang tinggi dan juga menyebabkan pencemaran kualiti air. Hutan dan tumbuhan
berupaya memberi perlindungan kepada permukaan tanah untuk mengelakkan hakisan tanah,
hakisan air larian, dan juga tanah runtuh. Friends of Penang Hill (1991) mendapati bahawa kadar
hakisan boleh dipertingkatkan dengan pembangunan tanah tinggi. Selain daripada itu, Persatuan
Pencinta Alam juga mendapati bahawa hakisan tanah boleh dipercepatkan oleh pembangunan
tanah tinggi (Lim dan Lee, 1992). Dalam kajian Hashim dan Aini (2006), didapati kadar hakisan
tanah yang tinggi telah berlaku akibat pembangunan di Cameron Highlands. Hakisan tanah yang
menyebabkan kehilangan tanih sebanyak 83 tan/ha/tahun didapati berlaku di tanah bercerun landai
(Wan Abdullah et. al., 2001). Jika kecerunan menjadi lebih curam, hakisan tanah boleh meningkat
sehingga 150 tan/ha/tahun.
Chan (1996) telah menunjukkan bahawa kadar kehilangan tanah pada kawasan curam dan
berbukit di khatulistiwa adalah banyak tinggi. Ini adalah kerana hakisan tinggi daripada hujan yang
berkeamatan tinggi dan juga kerana cerun curam. Berdasarkan Universal Soil Loss Equation
(USLE), ia telah mendapati bahawa lereng bukit yang terdedah (di kawasan Bukit Pulau Pinang)
dengan kecerunan purata 30 darjah boleh menimbulkan peningkatan 50 kali ganda dalam air larian
permukaan dan kehilangan tanah antara 700 ke lebih daripada 10,000 tan/ha/tahun. Jabatan Alam
Sekitar Malaysia mengklasifikasika kadar hakisan tanah seperti yang disebut berikut: (1) hakisan
rendah <80 tan/ha/tahun; (2) hakisan teruk - 80 hingga 150 tan/ha/tahun, dan (3) hakisan yang
amat teruk > 150 tan/ha/tahun. Berdasarkan klasifikasi yang disebut, ia boleh mendapati bahawa
potensi kehilangan tanah di cerun bukit Malaysia adalah amt tinggi. Walaupun pengiraan
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 12
kehilangan tanah di atas adalah berdasarkan pada kes senario yang teruk (iaitu menganggap
tumbuhan semua yang dibersihkan), ia tidak boleh menafikan bahawa lereng bukit di bandar yang
mempunyai tumbuh-tumbuhan yang sangat sedikit adalah di bawah tekanan tanah (contohnya di
Cameron Highlands). Oleh itu, kehilangan tanah sekurang- kurangnya 350 tan/ha/tahun masih
perlu dikira dengan sekurang- kurangnya dua kali ganda pada setiap kategori yang teruk. Sebagai
contoh, ladang di Cameron Highlands dianggarkan kira-kira 30% daripada cerunnya tumbuh-
tumbuhan telah dibersihkan, biasanya ini akan menjanakan kadar hakisan di antara 100-330
tan/ha/tahun.
Wan Abdullah (2002) mendapati bahawa kadar hakisan di kawasan penanaman terbuka
(sayuran) di Cameron Highlands adalah 40 tan/ha/tahun tetapi kawasan penanaman di bawah
perlindungan plastik mengalami kehilangan tanah dalam 1.4 tan/ha/tahun. Ini merupakan
peningkatan lebih daripada 28 kali ganda. Bagi hutan dara, kehilangan tanah tahunan hanya adalah
di antara 0.19 tan/ha/tahun ke 0.24 tan/ha/tahun. Data kehilangan data yang dikumpul di antara
Jun 1995 dan Jun 1996 di Pulau Pinang dan dikira berdasarkan Universal Soil Loss Equation, dan
hasilnya pengiraan menunjukkan kehilangan tanah kira- kira 19,000 tan/ha/tahun di tanah yang
baru dibersihkan dari penebangan hutan dengan cerunnya antara 20 hingga 30 darjah. Ini
menunjukkan hujan khatulistiwa dengan intensiti yang tinggi di Malaysia, telah menyebabkan
tanah runtuh yang tidak dielakkan di kawasan curam sebab kadar kehilangan tanah yang tinggi.
Sebagai perbandingan, kehillangan tanah di kawasan tadahan hutan yang terletak di kawasan
tadahan air Air Itam terletak di Bukit Pulau Pinang adalah hanya 0.01 to 1.3 tan/ha/tahun sahaja.
Tanaman sayuran di cerun bukit yang mencatatkan kehilangan tanah antara 30 hingga 90
tan/ha/tahun sudah dianggap sebagai bimbangan oleh pihak berkuasa. Kehilangan tanah >10
tan/ha/tahun adalah dianggap tinggi.

IMPAK TERHADAP MASYARAKAT MANUSIA

Kehilangan Tempat Tinggal Masyarakat Tempatan

Suriati Ghazali et al.(2006) telah mengkaji tentang aspek-aspek sosio-ekonomi ekopelancongan


terhadap Orang Asli di Cameron Highlands, Pahang. Mereka mendapati bahawa pembangunan
pesat di tanah tinggi tersebut telah memasuki tanah warisan orang asli dan juga hutan di mana
mereka cari makanan. Justeru itu, mereka telah hilang tempat tinggal dan juga mata pencarian.
Walaupun orang asli telah disediakan tempat tingggal alternatif di kampong-kampung baru
tersusun, kebanyakan orang asli hilang hala tuju sebab di kampong-kampung baru tersebut
mereka tidak dapat pekerjaan (sebab mereka kurang kemahiran selain kemahiran mengutip
makanan dan memburu di hutan). Begitu juga di kompleks hutan Belum-Temengor, Azreen
Rozainee Abdullah et al. (2013) telah mengkaji potensi dan cabaran penglibatan orang asli
dalam ekopelancongan di kompleks hutan tersebut dan didapati orang asli telah hilang tempat
kediaman akibat pembangunan pelancongan. Nicolas (2004) mendapati bahawa orang asli telah
hilang tanah tradisi mereka kepada pembangunan empangan, lapangan terbang, padang
permainan golf, lebuhraya, taman rekreasi dan resort, lading kelapa sawit, petempatan pekan
dan kawasan perumahan baru, konsesi pembalakan, pusat industry dan juga pihak swasta.
Empangan seperti Empangan Temenggor (di kompleks hutan Belum-Temenggor) di Perak
Utara telah menyebabkan puak Jahai dan temiar hilang tempat kediaman mereka. Khor (1994)
telah juga mengkaji pemindahan orang asli dari kediaman tradisi mereka ke skema-skema
penempatan baru dan mendapati bahawa bukan sahaja merak hilang tempat tinggal tetapi juga
mereka tidak dapat makanan yang berkhasiat (sebab mereka dipisahkan dari hutan tradisi yang
mempunyai makanan tradisi mereka). Selain itu, pembangunan pesat di kawasan tanah tinggi di
Malaysia telah membawa kepada peningkatan kejadian tanah runtuh yang lazim memusnahkan
rumah oarng asli. Misalnya, pada 29 Ogos 1996, sesuatu tanah runtuh dan aliran lumpur telah
berlaku di sekitar petempatan orang asli bernama Pos Dipang dekat Kampar, Perak telah
memusnahkan berpuluh-puluh rumah oarng asli. Selepas kejadian tersebut, kerajaan telah
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 13
mengarahkan orang asli yang terlibat untuk pindah sebab kawasan perumahan tersebut
dianggap merbahaya.

Pemusnahan Sumber Air dan Kemerosotan Kualiti Air

Menurut Lai (2012), Cameron Highlands yang terkenal dengan keindahan alam dan iklim
sejuknya kini mengalami kemerosotan kualiti persekitaran yang mendadak, di mana
pembukaan hutan secara haram dan pencemaran sumber air menjadi paling serius. Pembukaan
hutan secara haram untuk aktiviti pertanian telah dijalankan oleh petani yang tidak
bertanggungjawab, iaitu mereka yang tidak mempunyai sebarang lesen (permit) untuk berbuat
demikian. Mesin-mesin berat (yang diharamkan di Cameron Highlands) telah digunakan secara
haram pada hujung minggu. Kebanyakan pembukaan hutan dan penebangan cerun bukit (yang
berkelas “Tiga” atau “Empat”, iaitu melebihi 30-darjah gradiennya, telah menyebabkan hakisan
teruk dan tanah runtuh. Apabila hujan berlaku, air hujan membawa banyak enapan masuk ke
dalam sungai lalu menjadikan warnanya bercokolat atau warna “teh tarik”.
Apabila tanah tinggi yang merupakan kawasan tadahan air di musnahkan akibat hutan
ditebang untuk berbagai tujuan, fungsi hutan tersebut sebagai tadahan air akan musnah. Hal ini
jelas sekali berlaku di Pulau Pinang di mana pembukaan hutan untuk pembandaran, industri,
petempatan dan aktiviti manusia yang lain telah meninggalkan hanya sedikit hutan sebagai
tadahan air. Pada masa kini, Pulau Pinang hanya mempunyai hanya tinggal 6 % (62.9 km2) dari
tanahnya sebagai tadahan air (Ong, 2012). Kawasan tanah tinggi Cameron Highlands juga
mempamirkan kemerosotan fungsinya sebagai tadahan air. Ini adalah dibuktikan dengan
pencemaran sumber air dalam sungai-sungai di kawasan tersebut akibat pengenapan yang
menyebabkan air sungai berwarna kuning-oren, iaitu penuh dengan enapan. Tambahan lagi, tasik
di Ringlet yang mana banyak sungai di Cameron Highlands menglair ke dalam, telah menjadi
cetek dan tercemar dengan enapan. Satu lagi contoh pembangunan tanah tinggi yang
memusnahkan tadahan air ialah kawasan tadahan hutan rizab Ulu Muda di Kedah. Pembalakan
telah menyebabkan pengenapan berlaku dalam sungai dan Tasik Pedu (Sumber: Friends of Ulu
Muda). Pada 27 Ogos 2012 di Kampong Serian, Sarawak, pemusnahan tadahan air menyebabkan
sumber air terputus untuk 1,000 penduduk kampong (Borneo Post Online, 27 Ogos 2012).
Dalam peristiwa tersebut, sebuah syarikat swasta telah menjalankan kerja pembukaan tanah di
sekitar sebuah bukit tadahan air dari mana penduduk kampong memperolehi sumber air selama
30 tahun. Hal ini telah memusnahkan tadahan tersebut.

Kehilangan Nyawa dan Kecederaan

Chan (1998) menyatakan bahawa pembangunan pesat di kawasan tanah tinggi di Malaysia
telah membawa kepada peningkatan kejadian tanah runtuh yang lazim menyebabkan kematian
dan kecederaan. Pada 11 Disember 1993, 48 orang terkorban apabila tanah runtuh
menyebabkan pangsapuri Highland Towers teruntuh di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor.
Pada 30 Jun 1995, 20 orang terkorban akibat tanah runtuh di jalan menuju ke Genting
Highlands berhampiran lebuhraya Karak. Pada 6 Januari 1996 pulak, sesuatu tanah runtuh
berlaku di tepi Lebuhraya Utara-Selatan dekat Gua Tempurung dan menyebabkan seoarng
meninggal. Pada 29 Ogos 1996, sesuatu tanah runtuh dan aliran lumpur telah berlaku di sekitar
petempatan orang aslibernama Pos Dipang dekat Kampar, Perak. Dalam kejadian itu, seramai
44 orang terkorban dan berpuluh-puluh tercedera. 31 May 2006 - Four persons were killed in
the landslides at Kampung Pasir, Ulu Klang, Selangor. Pada 26 Disember 2007, dua orang
terbunuh dalam tanah runtuh yang memusnahkan 9 rumah di Lorong 1, Kampung Baru
Cina, Kapit, Sarawak. Pada 12 Februari 2009, seorang pekerja meninggal akibat tanah runtuh di
Bukit Ceylon, Kuala Lumpur. Pada 1 Mei 2011, 16 orang (kebanyakan kanak-kanak) sebuah
rumah yatim terkorban dalam tanah runtuh yang disebabkan oleh hujan lebat di rumah yatim
Children's Hidayah Madrasah Al-Taqwa di FELCRA Semungkis, Hulu Langat, Selangor.
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 14
PEMBANGUNAN LESTARI

Pada masa kini, proses pembangunan adalah tidak teratur dan juga berdasarkan pembangunan
sektor, iaitu setiap sektor dibangunkan (oleh pihak berkuasa yang berkenaan) tanpa
mengambilkira atau berunding dengan sektor yang lain. Oleh itu, dalam kes lembangan sungai
yang merentasi sempadan negeri- negeri, ia menjadi satu masalah yang ketara. Apabila satu
lembangan sungai adalah kesemua terletak dalam satu negeri, sebilangan besar agensi yang
terlibat dalam pengurusan sungai dan air telah menimbulkan pertikaian dan konflik (Keizrul bin
Abdullah 2002). Oleh sebab itu, pihak berkaitan perlulah Pengurusan Lembangan Sungai
Bersepadu (IRBM) untuk memastikan penyelarasan pengurusan sungai, sumber air, hutan-
hutanan dan sumber-sumber lain yang alam semula jadi dalam lembangan sungai (udara, air,
tanah, flora dan fauna) supaya keputusan pengurusan yang dibuat oleh agensi yang berbeza
tidak mempunyai sebarang konflik. Dalam kes Cameron Highlands, alam sekitar adalah
sensitive pada pembangunan, ini adalah penting untuk IRBM perlu diamalkan. Sebagai bantuan
untuk IRBM, terdapat juga kenyataan untuk pihak Negara dan pihak negeri untuk memastikan
kawasan hutan tidak titebang atau dibersihkan untuk tujuan pembangunan. IRBM juga akan
memastikan bahawa Tourism Malaysia berkerjasama dengan agensi lain supaya objektif dan
aktiviti mereka tidak mempunya konflik bagi kedua- dua pihak. IRBM juga memastikan
bahawa masyarakat tempatan seperti orang asili yang terlibat dalam proses pembangunan tidak
akan ditinggalkan. Di Malaysia, hanya Negeri Selangor telah menggunakan model IRBM
apabila Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) ditubuhkan.
Kerajaan memang mempunyai mandat untuk memerintah dan mengurus, termasuk
pengurusan kawasan tanah tinggi. Namun, dalam dunia moden kini, peranan orang awam dan
bada bukan kerajaan telah menjadi semakin penting. Oleh itu, penglibatan Badan Bukan
Kerajaan (NGO) dan masyarakat tempatan dalam perlindungan, pengurusan dan pemuliharaan
kawasan tanah tinggi adalah mustahak untuk menjamin keberkesanan. Salah satu sebab kenapa
alam sekitar di Cameron Highland telah banyak mengalami degradasi adalah kerana beberapa
petani di kawasan itu mengamalkan kaedah pertanian mampan. Sebagai contohnya, racun
perosak yang diguna dengan secara luas dan kaedah perladangan yang tidak betul telah
menyebabkan pendedahan tanah kepada masalah hakisan dan juga tanah runtuh. Petani
Cameron Highlands perlulah dilatih dengan cara- cara yang lebih sesuai supaya mereka boleh
menjalankan aktiviti pertanian dengan cara yang betul dan tidak merosakkan ladang mereka.
Dalam hal ini, badan bukan kerajaan (NGOs) seperti The Society for Regional Environmental
Awareness of Cameron Highlands (REACH) (Daniel, 2006), Malaysian Nature Society (MNS),
World Wide Fund for Nature Malaysia (WWF) dan NGOs lain telah membantu petani dan
penduduk untuk mengajar mereka tentang kaedah pertanian mampan (Barrow, 2006),
kesedaran isu- isu am alam sekitar dan juga isu- isu pemuliharaan di tanah tinggi. Pada masa
sekarang, majority petani masih tidak berpengalaman dalam pertanian tanah tinggi dan
menggunakan jentera berat untuk meleperkan tanah untuk pertumbuhan tananman mereka. Ini
merupakan kaedah pertanian yang digunakan di kawasan rendah (bukan tanah tinggi) dan tidak
sesuai untuk pertanian di tanah tinggi. REACH juga menjalankan kursus jangka pendek
mengenai pelbagai pertanian aspek supaya petani di tanah tinggi boleh belajar kaedah yang
berguna dan juga memastikan mereka mengamalkan kaedah yang betul dan juga boleh
menolong dalam pemuliharaan tanah. Dalam kursus- kursus ini, para petani telah diajar kaedah
penamaan bunga, hidroponik, sayur- sayuran dan juga teknik penyelenggaraan bagi perladang
yang besar. NGOs juga boleh menggalakkan ceramah yang dijalan oleh agensi kerajaan tentang
bagaimana menggunakan racun perosak, baja dan racun serangga. Petani perlu diajar
pemberitahu bahawa akibat- akibat yang dibawa oleh tindakan mereka (yang juga
mempengaruhi mereka diri mereka dan keluarga mereka).
Misalnya, REACH nyatakan kepada para petani tentang dos dan perkara larangan untuk
pertanian. Cameron Highlands mempunyai populasi sebanyak 30,000 dan 70% dari mereka
berada dalam sektor pertanian, dan isu- isu utama pada sektor tersebut adalah pengurusan sisa,
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 15
kekurangan air dan masalah pembersihan tanah. Sebagai usaha- usaha untuk pemuliharaan,
baru ini Cameron Highlands terima pembiayaan RM1.1 juta dari Royal Danish Embassy
melalui Danish International Development Assistance (Danida). Pembiayaan tersebut adalah
diguna untuk projek tiga tahun yang bermula di Oktober 2003, projek ini focus pada
mengurangkan ancaman kepada kualiti hidup dan kehidupan masyarakat tempatan untuk
biodiversiti di Cameron Highlands. Pengarah World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia,
Datuk Dr Mikaail Kavanagh Abdullah, berkata bahawa permuliharaan Cameron Highlands
adalah diperlukan dan segera (Sunday Star, 20/07/2003). Selain itu, Persatuan Pencinta Alam
Malaysia sentiasa menjalankan kem kesedaran untuk kanak- kanak sekolah, kanak kanak yang
merupakan ahli kelab dari kelab alam semula jadi dari sekolah di Cameron Highlands. Tujuan
kem ini adalah untuk mendidik pelajar tentang fungsi- fungsi duo ekosistem yang berbeza, iaitu
ekosistem tanah tinggi dan ekosistem tanah rendah supaya pelajar- pelajar boleh belajar dan
juga memahami keunikan untuk setiap ekosistem. Kem ini juga menyatakan bahawa saling
bergantung antara masyarakat kepada mengekalkan bekalan air di negara. Pelajar menyertai
dalam aktiviti- aktiviti seperti perjalanan hutan di tanah rendah dan hutan tembakau, menyertai
ceramah tentang ekologi tanah tinggi dan perubahan ikilm, perjalanan berseorang pada waktu
malam di dalam hutan (Sunday Star, 10/08/2003). Semua aktiviti ini adalah bertujuan untuk
persediaan masyarakat Cameron Highlands ke arah pemuliharaan alam sekitar di kawasan
mereka.
Di Pulau Pinang pula, perjuangan untuk menyelamatkan Bukit Bendera daripada
pembangunan besar-besaran telah digerakkan oleh pihak NGO dan orang awam pada
tahun 1990an. Cadangan untuk memajukan Bukit Bendera telah dibuat pada tahun
1990. Namun, pada tahun 1993, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil keputusan
untuk membatalkan cadangan projek tersebut akibat tentangan hebat daripada pihak
orang awam dan NGO. Di Kedah pulak, cadangan untuk membalak di hutan rizab Ulu
Muda telah ditentang kuat oleh pihak NGO di Kedah dan Pulau Pinang sejak 2003
hingga sekarang. Peranan yang dimainkan oleh pihak NGO dan orang awam adalah
amat penting untuk mengurus kawasan tanah tinggi secara efektif. Tanpa sokongan
orang awam dan NGO, projek pembangunan tanah tinggi tidak akan berjaya.

KESIMPULAN

Akibat pembangunan ekonomi yang pesat, sistem-sistem fizikal telah diganggu dan diubah
secara besar-besaran. Pembangunan yang memodifikasikan kitaran hidrologi didapati telah
menyebabkan peningkatan risiko hakisan tanah, tanah runtuh dan pencemaran air. Lebih-lebih
lagi, kesan-kesan buruk tersebut sering menyebabkan pengorbanan nyawa dan kemusnahan
harta dan infrastruktur. Apabila digabungkan dengan pembangunan tanah tinggi yang intensif
untuk berbagai tujuan, pendedahan dan kerentanan populasi manusia terhadap bencana alam
telah meningkat. Namun, faktor lain seperti sebab-sebab struktural, kemiskinan, mobiliti
kediaman dan pekerjaan yang rendah, serta ketiadaan tanah telah membawa kepada penetapan
penduduk di lereng bukit dan puncka bukit, iaitu lokasi-lokasi merbahaya. Jika pembangunan
tanah tinggi tidak dikawal secara menyeluruh, apabila Malaysia mencapai wawasan 2020 nanti,
kemerosotan alam sekitar, khasnya kawasan tanah tinggi akan menjadi serius. Pengawalan
pembangunan tanah tinggi adalah mustahak untuk mengurangkan kejadian tanah runtuh dan
bencana lain yang mengorbankan nyawa manusia serta memusnahkan harta.
Pembangunan pesat di kawasan-kawasan tanah tinggi di Malaysia seperti aktiviti
pembalakan, pembandaran, pertanian dan pembangunan infrastruktur telah menyebabkan
degradasi alam sekitar. Pada masa kini, kawalan pembangunan tanah tinggi adalah tidak cukup
berkesan disebabkan oleh penguatkuasaan yang kurang memuaskan dan dasar-dasar yang tidak
konsisten di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Yang disebabkan oleh ketidak
selerasan ini, kerajaan persekutuan telah mengarahkan untuk menjalan satu kajian terhadap
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 16
langkah- langkah kawalan dan peraturan pembangunan tanah tinggi. Perkembangan kawasan tanah
tinggi perlu dikawal kerana kawasan ini adalah diklasifikasikan sebagai kawasan sensitif alam
sekitar. Kertas kerja ini telah menunjukkan bahawa pembangunan yang haram, kebanyakannya
oleh para petani juga telah mengakibatkan bahaya alam sekitar. Terdapat juga masalah setinggan
dan pertanian haram, dan ini dikaitkan sebagai sebab utama untuk kemusnahan dan degradasi
tanah bukit tanah. Pembersihan hutan perlu dikawal dengan ketat, kerana kawasan persekitaran
yang rapuh, curam dan berbahaya. Akitiviti pertanian perlu dikawal berdasarkan kelulusan Lesen
Sementara Pekerjaan untuk pembersihan tanah, aktiviti pertanian, penggunaan baja dan racun
serangga. Penilaian Impak Alam Sekitar Makro hendaklah digunakan untuk mengganti Penilaian
Impak Alam Sekitar Awal dan Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci. Ini adalah kerana
Penilaian Impak Alam Sekitar awal dan Penilaian Impak Alam Sekitar terperinci hanya memberi
tumpuan pada kawasan yang sedang dibangun dan bukan fokus di kawasan bersebelahan, kawasan
sekitar dan kawasan hiliran. Dengan jelas sekali, kesan pembalakan di kawasan hulu akan
mengakibatkan kesan buruk di kawasan hiliran, tetapi Penilaian Impak Alam Sekitar awal dan
Penilaian Impak Alam Sekitar terperinci tidak menyatakan kesan- kesan di kawasan luar daripada
kawasan pembangunan.
Sebabkan sifat alam sekitar yang sangat sensitif di kawasan tanah tinggi, pilihan terbaik untuk
pembangunan di kawasan tersebut ialah digunakan sebagai tadahan air, rizab hutan, diwartakan
sebagai taman negara atau taman negeri, dan juga untuk dibangunkan sebagai destinasi
ekopelancongan. Kekayaan biodiversiti, keunikan iklim dan persekitaran semula jadi yang segar,
pemandangan yang indah dan hutan lipur kesemuanya merupakan produk pelancongan yang boleh
dibangunkan untuk ekopelancongan. Tanah tinggi tidak harus dibangunkan secara besar-besaran
tetapi sepatutnya dibangunkan secara terkawal. Di tanah tinggi yang telah dibangunkan, kegiatan
pertanian atau pelancongan, kedua- duanya perlu dikawal ketat menurut garispanduan
pembangunan lestari. Aktiviti pertanian juga haruslah dijalankan dengan mempertimbangkan alam
sekitar seperti penggunaan teres, tanaman tutup bumi, bumbung penuaian air hujan, sungkupan,
dan lain- lain langkah konservasi lagi. Pertanian organik juga haruslah digalakkan. Cameron
Highlands, dengan sejarah panjangnya sebagai pusat pertanian tanah tinggi, harus menjadi model
contoh pertanian lestari dan bukan model kemerosotan alam sekitar. Ia juga patut menjadi contoh
resort ekopelancongan yang lestari yang terkenal di dunia dan bukan sebagai contoh pelancongan
massa media yang memusnahkan alam sekitar. Tanah tinggi ini atau tanah tinggi lain di Malaysia
tidak seharusnya menjadi model bagi pengkritik untuk menunjukkan kepada dunia bagainama
teruknya pembangunan yang tersilap.

PENGHARGAAN

Pengarang ingin merakamkan terima kasih kepada pihak Pemerintah Provinsi Riau, Indonesia dalam
geran penyelidikan “Dampak Pembangunan terhadap Alam Sekitar dan Kepentingan Pengurusan Alam
Sekitar Bersepadu di Provinsi Riau, Indonesia” dan Universiti Sains Malaysia (Projek Geran Universiti
Penyelidikan 1001/PHUMANITI/816097) yang membiayai kerja penyelidikan demi menghasilkan kertas
kerja ini.

RUJUKAN
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 17
Ang, S.C. & Chan, N.W. 2010. Hornbill ecotourism in Belum-Temengor Forest Complex
(BTFC) in Ulu Perak, Northern Peninsular Malaysia. Kertas kerja dalam Regional
Conference On Tourism Research (RCTR 2010), University Conference Hall, USM
Penang, Malaysia, Disember 13-14.
Asian Development Bank. 1998. Highland Agriculture Development Project (Loan 802-PHI)
Evaluation Report (Retrieved from http://www.adb.org/documents/highland-agriculture-
development-project-loan-802-phi 4/3/13).
Azreen Rozainee Abdullah, Chan Ngai Weng & Badaruddin Mohamed. 2013. Potentials and
Challemges of Involving Indigenous Communities in Ecotourism in Belum-Temenggor
Forest Complex, Perak, Malaysia. Dlm. Badaruddin Mohamed & Azizi Bahauddin (pnyt.).
Proceedings of International Conference on Tourism Development: Building the Future of
Tourism. Penang: Sustainable Tourism Research Cluster, 332-344. ISBN:978-967-394-
133-9.
Barrow, C.J. 2006. Sustainable agriculture in the Cameron Highlands, Malaysia. Dlm. Chan,
N.W. (pnyt.). Cameron Highlands: Issues & Challenges in Sustainable Development.
Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia Hlm. 62-75.
Barrow, C.J., Chan, N.W. & Tarmiji Masron. 2008. Evolving more sustainable sustainable
agriculture in the Cameron Highlands, Malaysia. International Journal of Agricultural
Resources Governance and Ecology (IJARGE) 7(6): 450-468.
Barrow, C.J., Chan, N.W. & Tarmiji Bin Masron. 2009. Issues and challenges of sustainable
agriculture in the Cameron Highlands. Malaysian Journal of Environmental Management
10 (2), 89-114.
Barrow, C.J., Chan, N.W. & Masron, T.B. 2010. Farming and other stakeholders in a Tropical
Highland: Towards less environmentally damaging and more sustainable practices. Journal
of Sustainable Agriculture, 1540-7578, Volume 34(4): 365-388.
Barrow, C.J., Clifton, J., Chan, N.W. & Tan, Y.L. 2005. Sustainable development in Cameron
Highlands, Malaysia. Malaysian Journal of Environmental Management 6: 41-57.
Berita Harian, 17 Januari 2000.
Borneo Post Online (http://www.theborneopost.com/2012/08/27/water-catchment-destruction-
forces-1000-villagers-to-go-without-supply/ Retrieved 4/4/13).
Chiew, H. 2002. Mountains in peril. The Star, Tuesday, August 20.
Chan, N.W. (1991a) The Climate of Penang Hill: A General View of Existing Climatic
Conditions as Compared to its Surrounding Lowlands. Unpublished Report on the Short-
term Research Grant Project Kajian Tentang Ciri-Ciri Persekitaran dan Diversiti Flora dan
Fauna Bukit Bendera Pulau Pinang. Research and Development Section, Universiti Sains
Malaysia, August 1991, 20 pp.
Chan, N.W. 1991b, The Climate of Penang Island. Kajian Malaysia IX (1), June, 62-86.
Chan, N.W. 1996. Vulnerability of Urban Areas to floods. The Star, 26 January 1996, 4-6.
Chan, N.W. 1997a. Environmental Effects of Rapid Development and Urbanisation: The Case of
Hill Development and Land Reclamation in Penang. Paper presented in "Chemistry and
Technological Development in Environmental Management", 23-25 October 1997, Unversiti
Sains Malaysia, Penang.
Chan, N.W. 1997b. Chapter 4.3 Water Resources. In DCT Consultancy Services Sdn Bhd
(December 1997). Penang Environmental Conservation Strategy - Interim Report. Report
prepared for the Penang State Government, Pulau Pinang, 4-31 to 4-48.
Chan, N.W. 1998. Responding to Landslide Hazards in Rapidly Developing Malaysia: A Case
of Economics Versus Environmental Protection. Disaster Prevention and Management: An
International Journal 7 (1), 14 - 27.
Chan, N.W. 2000. Chapter 6 - Degradation of High Land Areas in Malaysia: Effects on Water
Resources. In Tanah Air Ku: Land Issues in Malaysia. Consumers’ Association of Penang,
Penang, 66-86.
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 18
Chan, N.W. 2006a. Striking a Balance between Development and Environment in Cameron
Highlands. In Chan N W (Editor) Cameron Highlands: Issues & Challenges in Sustainable
Development: Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, 12-25.
Chan, N.W. (Pnyt.). 2006b. Cameron Highlands: Issues & Challenges in Sustainable
Development: Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia.
Chan, N.W. 2010. Challenges of Conservation of natural heritage for Ecotourism in Kinabalu
Park, Malaysia. Proceedings of the 11 th International Joint World Cultural Tourism
Conference “Cultural Tourism: Beyond the Leap”, 12-14 November 2010, Hangzhou,
China. Hangzhou: World Cultural Tourism Association, 585-796 (In CD Rom).
Chan, N.W. dan Barrow, C.J. 2010. Bab 6: The Potential for Tourism to Support Sustainable
Development in Cameron Highlands. Dalam Kadir Din dan Jabil Mapjabil (Penyunting)
Tourism Research in Malaysia: What, Which Way and So What? Sintok: Universiti Utara
Malaysia Press, 107-130.
Chan, N.W., Koh, H.L. and Aminuddin, A.G. 2006. Developing a Model of Flood Hazards on
Urban Floodplains in Malaysia. In Abd. Aziz Tajuddin and K.O. Lim (Editors)
Fundamental Research at USM 2002 – 2005 Vol. 3 (Arts). Penang: Penerbit Universiti
Sains Malaysia, 32-54.
Chan, N.W. dan Kung, H.T. 2004. Issues and Prospects of Sustainable Development in
Cameron Highlands, Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di International Conference
“59th Annual Meeting of the Southeastern Division of the Association of American
Geographers (SEDAAG), 21 – 23 November 2004, Biloxi, Mississippi, USA”.
Chan, N.W., Suriati Ghazali & Norizan Md Nor. 2006. Change and Heat Island Effects in
Cameron Highlands. Dlm. Chan, N.W. (Pnyt.). Cameron Highlands: Issues & Challenges
in Sustainable Development: Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, 35-
55.
Chan, N.W. & Wan Ruslan Ismail. 1997. Impak manusia terhadap unsur-unsur kitaran
hidrologi di Malaysia. Ilmu Alam 23, May, 41 - 58.
Chan, N.W. and Wan Ruslan Ismail. 2000. The Geography, Climate and Hydrology of Pantai
Acheh Forest Reserve. Paper presented at the State Seminar – “Pantai Acheh Forest Reserve:
The Case for a State Park”. 23 – 24 September 2000, Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang.
Daniel, V. 2006. The Role of REACH in Environmental Conservation – Awareness, Education
and Monitoring. Dalam Chan, N.W. (Pnyt.). Cameron Highlands: Issues & Challenges in
Sustainable Development: Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia, 114-
120.
Douglas, I. 1999. Sediment: A Major River management Issue. In Chan, N W (Editor) Rivers:
Towards Sustainable Development. Penerbit USM, 15-24.
Friends of Penang Hill. 1991. Penang Hill: The need to save our natural heritage. Penang: FOPH.
Friends of Ulu Muda (http://saveulumuda.wordpress.com/ Retrieved 4/4/13).

Goh, K.C. 1978. Human Interference with the Malaysian tropical rainforest: its hydrological and
erosional implications with reference to Endau-Rompin. Malaysian Naturalist 4(2): 16-21.
Hashim, G.M. & Aini Hayati Abdul Rahaman. 2006. Soil Erosion and Water Pollution in
Cameron Highlands: Conservation and Strategies. Dalam Chan, N.W. (Pnyt.). Cameron
Highlands: Issues & Challenges in Sustainable Development: Penang: School of
Humanities, Universiti Sains Malaysia, 76-85.
Ho, S.C. 1992. Environmental Characteristics and Diversity of the Flora and Fauna of Penang Hill.
Universiti Sains Malaysia Short-term Research Project Report, Penang.
Jackson, I.J. 1977. Climate, Water and Agriculture in the Tropics. New York: Longman.
Jamaluddin Md. Jahi. 1999. Striking A Balance Between Environment and Development – Is
Malaysia Prepared to Manage the Environment to Face Challenges in the Next Millennium?
Bangi: Centre for Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 19
Jamaluddin Md. Jahi. 2001. Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia:Dari Stockholm ke Rio de
Janeiro dan Seterusnya. Syarahan Perdana Jawatan Profesor, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jamaluddin Md. Jahi, Kadir Arifin, Kadaruddin Aiyub dan Azahan Awang. 2009. Development,
environmental degradation and environmental management in Malaysia. European Journal of
Social Sciences 9(2): 257-264.
Juvik, J. O. and Ekern, P.C. 1978. A climatology of mountain fog on Maluna Lona, Hawaii Island.
Water Resources Research Centre, University of Hawaii, Technical Report No. 118.
Keizrul bin Abdullah. 2000. The Beris Dam Resettlement Programme. Paper submitted and
presented to the World Commission on Dams at the Commission East/South-East Asia
Regional Consultation, Hanoi, 26-27 February 2000.
Keizrul bin Abdullah. 2002. Integrated River Basin Management. In Chan N W (Ed) Rivers:
Towards Sustainable Development. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 3-14.
Khor, G.L. 1994. Resettlement and Nutritional Implications: the Case of Orang Asli in
Regroupment Schemes. Pertanika - Journal of the Society for Science and Humanit, 2(2):
123-132.
Khor, J.K. 2003. Ideal Spot For Recuperation. The Star, 4 August 2003.
Kumaran, S. & Ainuddin, A.N. 2006. Forests, water and Climate of Cameron Highlands. Dalam
Chan, N.W. (Pnyt.). Cameron Highlands: Issues & Challenges in Sustainable
Development: Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia. Hlm. 1-11.
Kumaran, S. & Ainuddin, A.N. 2010. Hydrometeorology of tropical montane rainforests in West
Malaysia: Pioneering study describing cloud water interception of two contrasting
montane rainforests in Cameron Highlands. Saarbrucken: VDM Verlag Dr. Müller.
Lai, I. 2012. Land clearing, water pollution leaves Malaysia's Cameron Highlands in terrible
shape. The Star, Asia News Network, 11 Disember 2012 (Didapati di
http://my.news.yahoo.com/land-clearing-water-pollution-leaves-malaysias-cameron-
highlands-084003265.html 5/4/13)
Lee, B.H. 2008. Pembangunan ekopelancongan di Cameron Highlands: Satu kajian kes. Tesis
Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia.
Leong, Y.K. 1992. Conservation and development of Cameron Highlands. In Lim, R.P. & Lee,
S.W. (eds.). Hill Development: Proceedings of the Seminar. Malayan Nature Society, Kuala
Lumpur, 20-32.
Lim, R.P. & Lee, S.W. (eds). 1992. Hill Development: Proceedings of the Seminar. Malayan
Nature Society, Kuala Lumpur.
Lonely Planet. 2013. Introducing Central Highlands (Retrieved from
http://www.lonelyplanet.com/vietnam/central-highlands 4/3/13).
Mimi Syed Yusof. 2000. “Rape of Cameron Highlands will resume when outcry subsides”,
New Straits Times, 30 Oktober 2000.
Mohamad Sabri Yusoh, Mahadi Mahmood, Azizan Zainuddin & Kamarul Ariffin Mansor.
2007. Impak pembangunan terhadap tahap pendidikan dan pendapatan orang asli di Tanah
Tinggi Cameron. Laporan Teknikal. Institute of Research, Development and
Commercialization, Universiti Teknologi MARA.
Myers, N. 1997. The world's forests and their ecosystem services. In Daily, G.C. (ed.). Nature's
Services - Societal Dependence on Natural Ecosystems, Washington D.C.: Island Press.
Nicholas, C. 2004. Mahathir and the invisible orang asli. In Welsh, B. (ed.). Reflections: The
Mahathir Years. John Hopkins University, Washington D.C. Hlm. 220-230.
New Straits Times, 19/11/1996.
New Straits Times, 08/10/2002.
Nurul Amirah binti Zainol. 2009. Tourism images of highland destinations in Pahang,
Malaysia. Unpublished Masters Thesis, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia.
Ong, S.W. 2012. Safeguarding Penang’s Water Supply. Penang Monthly, June 28, 2012
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md. Jahi / 20
Pereira, J.J., Tan, C.T. & Ibrahim Komoo. 2010. Bab 8 Mainstreaming climate change
adaptation and disaster risk reduction: A Malaysian approach. Dlm. Rajib Shaw, Juan M.
Pulhin & Joy Jacqueline Pereira (eds.). Climate Change Adaptation and Disaster Risk
Reduction: An Asian Perspective (Community, Environment and Disaster Risk
Management , Jilid 5), Emerald Group Publishing Limited, 147-167. ISBN: 978-0-85724-
485-7.
Salleh Buang. 2003. “Highlands of shame”. New Straits Times, 15 Februari 2003.
Salleh Mohd. Nor. 1982. The hills must be protected. In Lim, R.P. & Lee, S.W. (eds.). (1992) Hill
Development: Proceedings of the Seminar. Malayan Nature Society, Kuala Lumpur. Hlm. 1-5.
Sham Sani. 1985. Environmental Impact Assessment Study for the proposed Fantasy Hills
Development at Bukit Fraser, Pahang: Microclimate effects. Engineering Resources
Incorporated Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Sham Sani. 1993. Environment and Development in Malaysia: Changing Concerns and
Approaches. Kuala Lumpur: Centre for Environmental Studies at ISIS Malaysia.
Sham Sani. 1998. Introducing Malaysia’s environment. In. Sham Sani (ed.). The Encyclopedia
of Malaysia - Volume I Environment. Singapore: Editions Didier Millet. Hlm. 8-9.
Singh, D., Kong, L., Goh, L., Daniel, S. & Kumar, M. 2008. “PM: Enough is enough, stop the
hillside projects”. The Star, 6 Disember 2008.
Singh, J. 2012. Cameron Highlands under threat. New Straits Times, 19 September 2012.
Stadmuller, T. 1986. Cloud forest in the humid tropics. The United Nations University.
SMHB, Ranhill and Perunding Zaaba. 1999. Kajian Sumber Air Negara 2000 – 2050
(Semenanjung Malaysia), State Report. Volume 9 – Kedah. Kuala Lumpur.
Sunday Star. 20/07/2003.
Sunday Star. 10/08/2003.
Suriati Ghazali, Chan, N.W. & Norizan Md Nor. 2006. The economic and socio-cultural
impacts of ecotourism on the Orang Asli in Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. In.
Chan, N.W. (ed.). Cameron Highlands: Issues & Challenges in Sustainable Development:
Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia Hlm. 94-106.
The Star. 10/11/2004.
TNB Sdn. Bhd. 2001. TNB 995/7 The Development of Catchment Monitoring and Management
for Pergau and Cameron Highlands Batang Padang Using GIS. Bangi: TNB Sdn. Bhd.
Vogelmann, H.W. 1973. Fog precipitation in the cloud forests of eastern Mexico. Bio-science 23
(2): 96-100.
Wan Abdullah. 2002. Agro-Pollution of water Resources Under Intensive Agricultural Systems in
Cameron Highlands – An Integrated Study. In Chan N W (Ed) Rivers: Towards Sustainable
Development. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 87-93.
Wan Abdullah Wan Yusoff, Salama, R. & Aminuddin, B.Y. 2001. Impacts of agricultural
activities on soil erosion and water resources in the Cameron Highlands. In: Agrochemical
Pollution of Water Resources, ACL4R Proceedings no. 104: 26-31. Australian Centre for
Agricultural Research, Canberra, Australia.
Wan Ruslan Ismail. 1995. The impact of hill land clearance and urbanisation on hydrology and
geomorphology of rivers in Pulau Pinang. Unpublished Ph.D. thesis, the University of
Manchester.

View publication stats

You might also like