You are on page 1of 28

Sistem Pendawaian Permukaan

Sistem pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling kayu
atau di ataslapik kayu bagi dinding konkrit
Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis ( PVK/PVK ).-
kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal
Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Permukaan
Kebaikan:
1. Kemas & elok dipandang.
2. Sesuai untuk pemasangan kecil ( rumah kediaman )
3. Pemasangan mudah dan cepat disiapkan.
4. Kerja menyelenggara / tambahan mudah dilakukan dan tidak menjejaskan pendawaian
sedia ada.
5. Kos pendawaian yang paling murah.
Kelemahan:
1. Terdedah kepada kerosakkan mekanikal (terdedah).
2. Tidak Tahan suhu panas dan lembab.
3. Sesuai hanya di tempat tertentu sahaja.
4. Tempoh ketahanan tidak lama.
Ciri-ciri pemilihan Pendawaian permukaan
a). Bangunan dibuat daripada - kayu / batu.
b). Voltan rendah fasa tunggal.
c). Bilangan litar akhir sedikit
d). Kabel yang dipasang tidak begitu banyak.
e). Kurang risiko berlakunya kerosakkan mekanikal.
f). Kerja pemasangan dibuat cepat.
g). Beban kuasa yang digunakan kecil.
h). Kos pemasangan ekonomi / murah.

Sistem Pendawaian Pembuluh (Konduit)
Sistem pendawaian yang menggunakan pembuluh yang di dalamnya akan disalurkan
kabel.
Dipasang di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik, terdedah kepada
tindakan kimia, cecair dan di luar bangunan. ( Kilang-kilang perusahaan, makmal, bengkel
dan sebagainya ).
Sistem pendawaian ini boleh dipasang sama ada secara permukaan atau tersembunyi.
Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu pembuluh hendaklah mengikut faktor ruang
iaitu tidak melebihi 40%.
Dawai pancing ( fish tape ) digunakan untuk menarik kabel ke dalam pembuluh.
Pembuluh yang digunakan dalam sistem pendawaian ini boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis, iaitu:
(a). Pembuluh Logam
(b). Pembuluh bukan logam ( PVK ).
(c). Pembuluh mudah Lentur ( Logam & PVK).

Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian Pembuluh:
a). Beban / kuasa yang digunakan besar.
b). Memerlukan voltan bekalan 1 fasa & 3 Fasa.
c). Bangunan kilang, bengkel, bangunan komersial dan gerai-gerai.
d). Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya kerosakkan mekanikal.

a) Pembuluh Logam
Di antara pembuluh logam yang digunakan ialah keluli tolok ringan (galvani ).
Pemasangan pembuluh jenis ini memerlukan peralatan khas seperti, alat pembengkok
untuk - membuat bengkokkan atau ofset, Alat pasung dan acuan bagi membuat bebenang.
Semua serpihan reja-reja pembuluh perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk
mengelakkan kabel tercedera.
Standard saiz pembuluh boleh didapati seperti 19mm/20mm, 25mm, 32mm, 40mm dan
50mm.
Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Logam:
Kebaikan:
1. Mempunyai perlindungan mekanik yang lebih baik
2. Tahan cuaca dan keadaan panas.
3. Tahan lama dan tahan lasak.
4. Boleh dijadikan pengalir keselanjaran bumi tambahan.
5. Boleh ditanam terus ke dalam tanah.

Kelemahan:
1. Bentuk tidak kemas (tidak cantik )
2. Memerlukan pekerja mahi
3. Perlukan peralatan khas mesin pembengkok.
4. Kos mahal / tinggi.

Tempoh menyiapkan lebih lama
b) Pembuluh Bukan Logam
Terdapat pembuluh bukan logam yang biasanya diperbuat dari bahan plastik (PVK ) yang
tahan dan sesuai digunakan pada suhu 60 C.
Pembuluh PVK ini tahan dari kakisan (karat) dan dapat mengelakkan sebarang kebocoran
aliran arus jika menyentuh bahagian-bahagian yang boleh menjadi pengalir.
Pembuluh PVk juga boleh didapati dalam dua jenis, iaitu pembuluh tegar dan pembuluh
boleh lentur.
Bagi tujuan membuat ofset atau bengkokan, pembuluh boleh dipanaskan terlebih
dahulu atau menggunakan pegas ( spring ) yang khas.

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Bukan Logam (PVK):
Kebaikan:
1. Tahan kakisan (karat ).
2. Selamat dari kejutan elektrik (PVK-penebat)
3. Kos murah.
Kelemahan:
1. Tidak memberikan perlindungan mekanik.
2. Mudah rosak jika sering terkena matahari / hujan

c) Pembuluh Boleh Lentur ( Logam / PVK ):
Pembuluh ini sangat berguna untuk menyambung pemasangan ke punca-punca beban
yang bergetar, bergerak, selalu diubahsuai dan pada kedudukan yang sempit dan tidak rata.
Tidak sesuai untuk memberikan perlindungan mekanik yang baik.

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Boleh Lentur:
Kebaikan:
1. Pemasangan cepat tidak perlu benang.
2. Mudah digayakan mengikut bentuk yang dikehendaki (tiada alat khas).
3. Dapat elakkan merebaknya kebakaran putus.
Kelemahan:
1. Mudah terlucut / tercabut
2. Tidak boleh dipasang pada jarak jauh.
3. Mudah patah
4. Bukan pengalir keselanjaran bumi tambahan (PVK)







Peraturan IEE Pemasangan Pembuluh :
1. Semua pemasangan pembuluh hendaklah disiapkan terlebih dahulu sebelum kerja-
kerja menarik kabel dilakukan.
2. Faktor Ruang mestilah tidak melebihi 40% dari luas muka keratan pembuluh.
3. Satu pemasangan pembuluh mestilah mempunyai tidak lebih daripada 2 sesiku
pejal, atau 2 selekoh bengkokkan 90 .
4. Jejari dalam selekoh bengkokan pembuluh mestilah tidak kurang dari 2.5 kali ganda
dari ukuran garis pusat luar pembuluh itu.
5. Sambungan kabel mestilah dilakukan dalam kotak sambungan atau kotak-kotak
alatambah.
6. Semua pemasangan pembuluh mestilah dielakkan dari terkena air atau dipasang di
tempat-tempat yang terdedah kepada air
7. Kabel-kabel litar Kuasa dan litar lampu perlu diletakkan di dalam pembuluh yang
berasingan.
8. Jika pemasangan pembuluh terpaksa melalui / menembusi lantai / dinding lubang
khas perlu diadakan.
9. Semua kesan-kesan kelembapan di dalam pemasangan pembuluh mestilah
dibersihkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel dilakukan.
10. Penarikan kabel-kabel ke dalam pemasangan pembuluh yang panjang dimulakan
dari tengah-tengah sistem tersebut.













Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)


Satu sistem di mana kabel kabel yang digunakan dalam sesuatu pemasangan dipasang pada
permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan.
Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut kerana terdedah kepada keadaan
persekitaran dan kerosakan mekanikal.

Rajah 6: Pendawaian yang bertebat di permukaan
Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu satu simen, kabel akan diklipkan atas
satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau siling.
Jenis klip yang biasa digunakan ialah klip aluminium atau plumbum.
Kebaikan sistem ini ialah ia mudah disiapkan dengan perbelanjaan yang murah, pemasangan
tambahan juga mudah dilakukan.
Biasanya diaplikasikan di rumah kediaman (lama dan sudah tidak digunakan di kawasan perumahan
baru untuk tujuan keselamatan).
Kelemahan sistem ini ialah ia tidak tahan dengan suhu yang panas dan lembap, tidak cantik dan
sistem perlindungan mekanik yang kurang memuaskan.




Pendawaian Terbenam (Embedded Wiring)


Kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung kecuali penghujung
kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori atau beban.
Kaedah ini dilakukan dengan membenamkan kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah
disediakan.
Pada kebiasaannya ia dibuat semasa peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja penurapan
simen (plaster) dijalankan.
Kabel tersebut mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke
atasnya.
Kaedah ini cantik dan kemas. Ia tidak menghadapi bahaya mekanikal dn tahan pada perubahan
cuaca, tahan lama dan kosnya juga rendah.
Tetapi sistem ini sukar untuk dibaiki apabila berlaku kerosakan dan boleh mendatangkan bahaya
semasa memaku dinding yang tersimpan kabel yang tersembunyi.

Pendawaian Pembuluh (conduit)

Dalam sistem ini, konduit digunakan untuk menyalurkan kabelkabel.
Sistem ini digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia, contohnya di
kilangkilang perusahaan, makmal, bengkel dll.

Rajah 7: Penyesuai dan pembuluh boleh lentur
Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi.
Beberapa keistimewaan pendawaian sistem ini ialah konduit ini boleh dijadikan pengalir perlindung
litar (grounding), mudah diubahsuai untuk tambahan, tahan lama, dapat mengelakkan kebakaran
dan kabelnya tidak mudah tercacat.
Sistem ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Bentuknya tidak kemas jika dipasang pada permukaan.
Untuk pembuluh boleh lentur (logam) yang boleh dibentuk mengikut kehendak pemasangan amat
berguna terutamanya untuk sambungan bagi penghujung beban yang bergerak
atau di tempat tempat yang bebannya selalu diubahsuai.
Sesalur Sistem pendawaian ini menggunakan sesalurlogam atau bahan penebat yang pada
kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau
besi rangka bangunan.
Kabel dimuatkan dalam sesalur dan biasanya bersaiz besar serta bilangan yang banyak.

Rajah 8: Palang bas sesalur atas

Rajah 9: Sistem pendawaian palang bas sesalur atas
Salur dibuat daripada logam yang berbentuk segi empat bujur memanjang tanpa penutup.
Lazimnya, salur ini tersembunyi di bawah lantai yang biasa disebut salur bawah lantai.
Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan.
Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90.
Sistem ini amat sesuai digunakan di pejabat kerana alatan dan perkakas sering diubah ubah
kedudukannya.

Rajah 10: Sistem pendawaian salur bawah tanah



PENDAWAIAN TERSEMBUNYI
Pemasangan Pendawaian Tersembunyi

Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara permukaan atau tersembunyi. Pendawaian
tersembunyi biasanya dilakukan ketika kaperingkat pembinaanpbangunan. Dalam sistem ini, kabel
atau pembuluh dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali
penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. Dimana kita
boleh tengok sistem ini? Contoh paling mudah ialah di rumah kita sendiri (rumah batu). Kita boleh
nampak kotak soket, kotak suis, lampu dan juga kipas dekat dinding atau siling, tetapi kita tak
nampak sebarang kabel diluar dinding dan siling. Inilah dinamakan sistem pendawaian tersembunyi
untuk tujuan kekemasan dan memberi perlindungan kepada kabel untuk tempoh yang lebih lama

Jenis Pendawaian Tersembunyi




Pendawaian Tersembunyi menggunakan pembuluh





Pendawaian Tersembunyi menggunakan kabel bertebat







Kaedah pemasangan kabel
Pendawaian tersembunyi boleh dibuat samada semasa bangunan sedang dibangunkan atau
bangunan sudah siap. Jika bangunan itu telah siap, proses memecah dinding konkrit untuk
menebuk alur hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran kondiut serta ketebalan kabel
yang hendak ditanam
Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan, kondiut atau kabel hendaklah diletakkan
sebelum dinding di lepa (plaster). Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian
dilakukan.
Saiz lurah akan ditandakan terlebih dahulu pada dinding atau lantai. Bahagian yang ditanda
itu kemudiannya akan dipotong dengan menggunakan mesin pencanai dan dibuang atau
dipecahkan dengan menggunakan tukul dan pahat
Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan kondiut berukuran saiz 25mm
kedalamannya ialah 40mm dan bagi kondiut berukuran 19mm kedalaman lurah dinding ialah
30mm.
Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel biasanya berukuran antara 12mm
hingga 20mm juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.
Kabel boleh dibentangkan terus pada lurah dan diklip pada bahagian batu supaya tidak
terkeluar daripada laluannya ketika kerja-kerja melepa dilakukan.
Ketika menebuk lurah, elakkan membina laluan kabel di tempat-tempat berikut untuk
mengelakkan kerosakan kabel:
a) Ruang untuk menggantung gambar, jam dan hiasan rumah
b) Di atas bahagian tingkap dan pintu
c) Tiang sokongan


Pendawaian Tersembunyi yang telah siap dipasang


Kebaikan pendawaian tersembunyi:
Pendawaian jenis ini lebih kemas / cantik.
Selamat kerana tidak terdedah kepada kerosakan mekanikal, bahan kimia dan haba.
Tahan lama

Kelemahan pendawaian jenis ini:
Apabila ada kerosakan sukar untuk diperbaiki
Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel
Punca kerosakan sukar dikesan
Kebarangkalian terkena paku akibat ketukan pengguna.
Ciri-ciri pemilihan sistem tersembunyi
Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa
Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen
Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik;
Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan;
Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak;
Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama;
Kadar kuasa beban yang dipasang kecil
Jenis-Jenis Kabel
Jenis kabel yang digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan bergantung
kepada kaedah pendawaian dan perlindungan mekanikal yang dibuat:
Pendawaian tersembunyi menggunakan pembuluh : kabel PVK
Pendawaian tersembunyi tanpa pembuluh : kabel PVK/PVK
Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan Pendawaian Tersembunyi
Rajah di bawah menunjukkan gambar foto langkah-langkah untuk melakukan pemasangan
pendawaian tersembunyi yang akan membantu anda memahami bagaimana membuat pendawaian
tersembunyi nanti.

Langkah-langkah untuk melakukan pemasangan pendawaian tersembunyi
Amalan Semasa Mendawai Pendawaian Tersembunyi
Bagi memastikan penghasilan kerja-kerja pendawaian yang baik, kemas dan selamat,amalan-amalan
kerja berikut mestilah dilakukan:
Semua kabel pemasangan hendaklah dicengkam dengan timah seberapa tegang yang boleh
Sambungan kabel hanya boleh dilakukan di tamatan alat tambah
Laluan pemasangan kabel mestilah dirancangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan litar
daripada bertindih
Punca-punca bagi kabel hidup, neutral dan suis mestilah ditandakan terlebih dahulu
sebelum kerja-kerja pemasangan kabel dijalankan
Semua pemasangan kabel atau alat tambah mestilah mengikut peraturan IEE/STM yang
telah ditetapkan.
Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat Pendawaian Tersembunyi
Semasa melakukan kerja pendawaian, peralatan asas yang diperlukan adalah sama bagi semua jenis
pendawaian seperti pemotong kabel, playar, tukul, pemutar skru dan pena penguji. Walaupun
begitu terdapat peralatan khusus yang diperlukan bergantung kepada jenis pendawaian yang
hendak dilakukan. Dalam kerja pendawaian tersembunyi ini peralatan yang anda gunakan perlulah
dalam keadaan yang baik dan boleh berfungis sepenuhnya. Bagi mesin dan peralatan elektrik yang
digunakan perlulah dipastikan peralatan tersebut menepati spesifikasi keselamatan yang diperlukan
bagi mengelakkan sebarangan kemalangan yang berpunca dari penggunaan peralatan yang tidak
menepati piawai.
Setelah selesai melakukan pendawaian peralatan yang anda gunakan mestilah disusun dengan
kemas dan diletakan ke tempat asal berdasarkan 5S. Begitu juga juga baki bahan yang digunakan
seperti kabel, dan klip timah mestilah disimpan semula. Amalkan sikap jimat cermat dan menjaga
kebersihan.
Rajah di bawah menunjukkan peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah bagi laluan
kabel dalam melakukan pendawaian tersembunyi.



Peralatan dan kegunaan peralatan untuk membuat lurah

Teknik Melepa Alur Pendawaian Tersembunyi
Setelah lurah laluan kabel disediakan, anda perlu masukkan kabel atau paip dalam lurah tersebut
bergantung kepada kaedah yang hendak anda gunakan. Setelah itu anda perlu menutup kabel dan
lurah tersebut dengan menggunakan mortar. Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-lurah yang
dibuat dengan menggunakan lepaan mortar. Dalam melaksanakan kerja melepa alur pendawaian
tersembunyi, pengetahuan dan ketelitian semasa membancuh adalah penting untuk menjamin
kekuatan serta mutu hasil kerja yang diperlukan.
Lepaan simen terdiri daripada campuran simen pasir dan air bagi menghasilkan mortar. Nisbah
bancuhan antara simen dan pasir yang digunakan adalah 1: 3, iaitu nisbah 1 untuk simen dan nisbah
3 untuk pasir.




Peralatan dan kegunaannya bagi kerja melepa lurah laluan kabel





Pengujian Pendawaian
Setiap pendawaian yang telah siap perlu dilakukan pengujian bagi memastikan semua pemasangan
litar adalah dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Pengujian yang perlu dilakukan
adalah:
1. Ujian keterusan
2. Ujian rintangan penebatan
3. Ujian kekutuban
4. Ujian rintangan elektrod bumi
5. Ujian peranti arus baki
6. Ujian Keterusan
Terdapat 3 ujian keterusan litar akhir yang utama
1. Ujian keterusan pengalir pelindung
2. Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang
3. Ujian keterusan pengalir hidup dan neutral
Semua pengujian yang dinyatakan di atas perlu dilakukan pada semua pendawaian yang telah siap
melainkan ujian keterusan pengalir litar gelang. Ujian ini hanya perlu dilakukan pada pada litar soket
alir keluar litar gelang sahaja.
Ujian Keterusan Pengalir Litar Gelang
Ujian ini dilakukan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan disepanjang litar
gelang..Alat pengujian yang digunakan ialah Meter Pelbagai (Julat Ohm) atau Meter Ohm. Kaedah
Ujian Keterusan pengalir litar gelang dilakukan seperti berikut:
1. Tanggalkan kedua-dua punca pengalir hidup dari PLM , pengalir neutral dari terminal neutral
dan pengalir bumi dari terminal bumi di kotak fius agihan.
2. Sambungkan prob penguji seperti rajah xxx ( contoh yang diberi antara punca E-E).
3. Ulang tatacara bagi punca (L-L) dan (N-N).
4. Nilai bacaan meter bagi keterusan yang baik hendaklah kurang daripada 1 ohm.

Kaedah pengujian keterusan pengalir litar gelang
Pengenalan pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan
Sesuatu pemasangan elektrik yang telah siap perlu menjalani proses
pengujian sebelum diberikan bekalan . Pengujian ini adalah bertujuan untuk
mempastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan mematuhi peraturan IEE .
Di samping itu pengujian tersebut dapat menjamin keselamatan pengguna dan
juga peralatan yang bakal digunakan .
Walaupun pengujian ke atas pemasangan elektrik tidaklah menjamin
pemasangan tersebut selamat untuk selama-lamanya tetapi perlulah dibuat
pengujian-pengujian yang berulang dalam tempoh yang sesuai .
Dalam bab ini kita akan mempelajari kepentingan-kepentingan dan juga
proses-proses pengujian yang diperlukan ke atas sesuatu pepasangan .

9.1 Memahami tujuan pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan
9.1.1 Kepentingan pemeriksaan dan pengujian bagi pemasangan
ngan baru
- Diuji terlebih dahulu sebelum digunakan bagi mempastikan
pemasangan selamat untuk digunakan dan memenuhi piawaian
peraturan IEE .

pengubahsuaian.
- Diuji sama ada sesuai ataupun tidak sesuai.

- Ujian untuk mengesan kerosakan kabel.




9.1.2 Tempoh masa ujian perlu dijalankan.


yang diberikan oleh pihak pembekal.

9.1.3 Peraturan IEE.


(termasuk pengalir pelindung) dalam setiap litar akhir gelang.
Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan
keadaan sesuatu pengalir dengan cara penyambungannya bagi
penerus pengalir bumi.

ditempatnya, semua suis (termasuk suis utama) ditutup kecuali untuk
pemasangan TN-C, semua tiang atau fasa pendawaian disambungkan
bersama secara elektrik

megaohm.
-alik yang bernilai stabil
dibekalkan antara elektrod bumi T dan elektrod bumi tambahan T1
yang diletakkan pada suatu jarak tertentu dari T supaya kawasan
rintangan kedua-dua elektrod tidak tertindih.





BAB 8 : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN
8.1PENGENALAN
Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan penggunaatau alat-
alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangantelah terlaksana
mengikut peraturan IEE, LLN atau JKR dan berfungsi dengan betulserta selamat
digunakan.Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas perkara-perkara berikut:
Pemasangan baru
Pemasangan penambahan atau pengubahsuian.
Pemasangan elektrik yang sedia ada

PEMERIKSAAN PENGLIHATAN
Tujuan pemeriksaan penglihatan dijalankan ialah:
ikan bahan-bahan dan alat-alat yang dipasang mengikutpiawaian British
(BS=British Standard ) atau dengan kelulusan SIRIM.
JKR.
memastikan kerosakan yang nyata (boleh dilihat) ke ataspemasangan atau
kelengkapan elektrik.
8.2.1Senarai Pemeriksaan Penglihatan
-pengalir kabel.

pengalir kabel bagi kapasiti membawa arus dan susutanvoltan.
engalir fasa sahaja.



-bahagian hidup.

You might also like