You are on page 1of 8

BAB 4 KERJA PAIP : SISTEM BEKALAN AIR DI

RUMAH [ KHB TINGKATAN 1 ]


A) Sistem bekalan air di rumah
a. Sistem terus membekalkan air terus dari
paip perkhidmatan ke semua pili.
b. Sistem tidak terus membekalkan air ke
tangki simpanan air yang akan menyalurkannya
semula kepada pili di dalam rumah.

Tangki Simpanan Air


Fungsi: menyimpan air sebelum diagihkan ke
kelengkapan perpaipan lain di rumah.
Terletak di atas bilik air dan bertutup untuk
mengelakkan pencemaran.
Menerima air dari paip perkhidmatan dan
dikawal oleh injap bebola serta pelampung.
Ia diperbuat daripada bahan kepingan galvani,
gentian kaca atau poli.
Muatan tangki biasanya antara 140 liter hingga
450 liter.

BAB 4 KERJA PAIP : JENIS PAIP,


PENYAMBUNG PAIP DAN BAHAN
PEMASANGAN
Jenis Paip
1. Paip besi bergalvani (BG)
Diperbuat daripada keluli yang bersadur
dengan zink.
Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter
bahagian dalam batang paip
Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah
13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.
Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji
pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32
mm, 38 mm dan 50 mm.
Hujung paip BG diulir untuk tujuan
penyambungan dan pemasangan.

2. Paip polivinil klorida (PVC)


Diperbuat daripada plastik polivinil klorida
(PVC)
Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan
paip limpah
Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak
sesuai untuk menyalurkan air panas.
Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm,
25 mm, 32 mm dan 50 mm.
Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.

3. Paip Poli (HDPE)


boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan
hujan.

berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak


berkarat, ringan dan boleh digulung.
ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai
diameter pelbagai.
lebih mahal dan tidak boleh ditegakan.
apabila penyambungan dibuka, hujung paip
perlu dipotong kerana terdapat kesan
pencengkam pada hujung paip itu.
boleh dipotong menggunakan pemotong paip
PVC atau gergaji.
penyambungan tidak memerlukan glu kerana
terdapat sleeve dalam penutup untuk
mencengkam paip poli.
di dalam sleeve terdapat gelang getah.

Penyambung Paip

Bahan Pemasangan Paip


1. Pita PTFE
untuk sambungan paip yang berulir.
dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam
sebelum penyambung dipasang pada paip.

2. Glu Paip PVC (simen pelarut)


bahan perekat cecair yang dijual dalam tin.
disapu pada paip atau pemyambung PVC yang
tidak berulirsebelum pemasangan dilakukan.

BAB 4 KERJA PAIP : JENIS DAN KELENGKAPAN PAIP


[ KHB TINGKATAN 1 ]
Alatan Tangan
1) Pita pengukur
digunakan untuk mengukur

2) Gergaji besi
untuk memotong paip PVC dan paip besi
bergalvani
mempunyai bingkai yang boleh dilaraskan bagi
saiz mata gergaji yang berlainan ukuran.

4) Ragum paip yoke


memegang dan mengapit batang paip besi
bergalvani supaya tidak bergerak semasa
memotong, mengulir dan melakukan kerja-kerja
pemasangan.

4) Kikir bulat
untuk membuang gerigis di dalam hujung paip
selepas dipotong

5) Kikir rata
membuang gerigis luar pada hujung paip
3) Pemotong paip beroda
memotong paip besi bergalvani dengan tepat
dan cepat

6)Pemotong paip PVC/Poli


untuk memotong paip PVC/poli dengan tepat
dan cepat
apit pemotong paip PVC/poli pada batang paip
yang hendak dipotong dan pusing disekelilingnya
tambah tekanan perlahan-lahan

9) Playar cengkam seribu


mencengkam batang paip dan mengetatkan
penutup penyambung poli semasa menjalankan
kerja pemasangan paip poli
7) Perengkuh Paip
mencengkam dan memutarkan batang paip.
rahangnya boleh dilaraskan untuk mencengkam
batang paip
tidak sesuai untuk melonggarkan atau
mengetatkan bahagian kepala pili, nat atau
penyambung yang tepinya rata

BAB 4 KERJA PAIP : TANGKI SIMBAH DAN PILI [KHB


TINGKATAN 1]
D) TANGKI SIMBAH
terdapat 2 jenis tangki simbah
tangki simbah aras tinggi dipasang 2 meter dari
paras lantai
tangki simbah aras rendah dipasang 1 meter
dari paras lantai
digunakan untuk menyimpan air dan
kemudiannya menyimbah keluar melalui paip
simbah untuk membersihkan mangkuktandas
diperbuat daripada plastik atau tembikar
boleh menyimpan air sehingga 9 liter

8) Sepana boleh laras


melonggarkan atau mengetatkan nat pada pili
dan penyambung.
rahangnya boleh dilaraskan untuk disesuaikan
dengan saiz benda kerja

2. Paip alur keluar (paip simbah)


menyalurkan air keluar dari tangki simbah
untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk
tandas.
3. Paip limpah
menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika
berlaku kerosakan pada injap bebola atau
pelampung.
4. Injap bebola
mengawal kemasukan air ke dalam tangki
simbah.

Tangki Simbah Aras Rendah

5. Pelampung
terapung di atas permukaan air akan bergerak
bersama paras air. Pelampung mengawal paras
air dengan menutup dan membuka injap bebola
melalui lengan pelampung. Lengan pelambung
yang bergerak ke atas menolak omboh dalam
injap bebola.
6. Injap gegendang
mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil
tarik, injap gegendang akan naik dan
membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk
menyimbah mangkuk tandas.

Tangki Simbah Aras Tinggi


BAHAGIAN UTAMA DAN FUNGSI TANGKI
SIMBAH

7. Tuil tarik/tangkai pelepas


tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila
mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk
menyimbah air.
8. Tiub sifon
menyalurkan air ke paip simbah

OPERASI TANGKI SIMBAH

1. Paip alur masuk (paip agihan)


membekalkan air masuk ke dalam tangki
simbah.

digunakan untuk mengawal pengaliran air


keluar melalui batang paip.
diperbuat daripada loyang (campuran kuprum
dan zink), pili PVC dan pili bersadur kromium.
terdapat 2 jenis pili iaitu pili berbibir dan pili
bertiang.
PILI BERBIBIR
alur masuk mendatar.
biasa digunakan pada tab mandi dan singki di
dapur.

PILI BERTIANG
alur masuk menegak.
biasa dipasang pada tab mandi dan singki jenis
tembikar.

MENGAWAL ARAS AIR DALAM TANGKI


SIMBAH
kedudukan injap bebola perlu dilaraskan supaya
air dalam tangki simbah tidak melebihi paras paip
limpah dan melimpah keluar; paras air yang
terlalu rendah dan kekurangan air menyebabkan
tangki tidak dapat melakukan proses simbahan.
E) PILI

BAB 4 KERJA PAIP : KERJA PENYENGGARAAN [KHB


TINGKATAN 1]
F) KERJA PENYENGGARAAN
dilakukan kerana perangkap tersumbat dengan
enapan sisa kotoran.
PERANGKAP
berfungsi untuk menghalang bau busuk masuk
ke dalam rumah.
terdapat 3 jenis perangkap, iaitu;
1. perangkap botol
2. perangkap S
3. perangkap P

langkah-langkah penyenggaraan adalah seperti


berikut;
1. Isikan air ke dalam singki melebihi paras
pelocok.
2. Letakkan pelocok pada singki dengan
diafragma pelocok diletakkan pada lubang singki.
3. Tekan dan tarik pelocok beberapa kali sehingga
air yang menakung mengalir keluar.

cara kedua membersihkan perangkap ialah


mengeluarkan kotoran melalui plag buangan atau
mangkuk enapan bagi perangkap botol.
di dalam perangkap sentiasa terdapat air di
paras kedap perangkap seperti dalam
gambarajah di atas.
masalah biasa yang dihadapi ialah perangkap
kerap tersumbat kerana sisa kotoran.
cara menyenggara perangkap yang tersumbat
adalah dengan menggunakan pelocok.

Langkah-langkah membersihkan perangkap


yang tersumbat melalui lubang buangan :1) Letakkan baldi di bawah perangkap.
Longgarkan dan tanggalkan plag buangan
dengan sepana boleh laras.
2) Masukkan dawai kasar melalui lubang plag
buangan dan jolokkan endapan kotoran dalam
perangkap untuk mengeluarkan kotoran.
3) Pasang semula plag buangan dan uji aliran air.

You might also like