JENIS-JENIS PAIP - Paip Besi Bergalvani (BG) - (Paip PVC (polyvinyl Chloride) - Paip Poli (High Density Polyethylene – HDPE)
1. Paip Besi Bergalvani (BG)
- Diperbuat dari keluli yang disadur dengan zink - Saiz yang biasa digunakan ialah 13 mm dan 20 mm - Panjang paip ialah 6 meter - Paip bersaiz 25 mm, 32 mm dan 50 mm digunakan dalam kerja industri - Hujung paip BG berulir untuk kerja penyambungan
2. (Paip PVC (polyvinyl Chloride)
- Sesuai untuk paip perkhidmatan, paip agihan, paip cuci dan paip limpah - Tidak sesuai untuk air panas - Saiz dan panjang adalah sama dengan paip BG - Paip PVC ringan dan mudah dikerjakan serta mempunyai permukaan yang licin - Terdapat 2 jenis iaitu paip nipis untuk yang berukuran 13 mm hingga 50 mm dan paip tebal yang berukuran hingga 25 mm
3. Paip Poli (High Density Polyethylene – HDPE)
- Ringan dan berwarna hitam - Tahan karat, elastik, liat dan boleh lentur akibat bebanan - Digunakan untuk pemasangan bawah tanah dan konkrit dinding atau lantai kerana tahan lasak