You are on page 1of 2

KHB TINGKATAN 1- REKABENTUK TEKNOLOGI

BAB 4 : KERJA PAIP ASAS


4.1 SISTEM BEKALAN AIR DI RUMAH

Sistem Terus : Sistem terus ialah sistem saliran air dari meter air terus kepada kelengkapan rumah seperti paip dan tangki air. Sistem tak Terus : Sistem tak terus menyalurkan bekalan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan air rumah yang lain melalui paip agihan.

4.2 4.2.1

JENIS PAIP, PENYAMBUNG PAIP DAN BAHAN PEMASANGAN PAIP JENIS PAIP

4.2.1 Paip PVC -PVC adalah singkatan Poli Vinyl Chlorida -Berwarna kelabu & putih, permukaan licin dan ringan -Diguna sebagai paip perkhidmatan, paip agihan, sistem paip pengaliran air buangan. -Saiznya mengikut ukuran diameter bahagian dalam batang paip

-Saiz biasanya seperti 13mm, 20mm, 25mm, 32mm, 38mm dan 50mm. -PVC tidak berplastik digunakan dalam paip pembentungan sisa kumuhan, pemprosesan air dan pelupusan bahan kimia. 2. Paip Besi Galvani -Tahan lama. -Saiz yang biasa 13mm, 20mm, 25mm, 32mm, 38mm dan 50mm. -Panjang piawai (tetap) paip ini ialah 6 meter. -Ada 3 gred iaitu A,B dan C -Gred A > Kod warna coklat > Dinding nipis > Guna sbg paip limpah, paip sisa. -Gred B > Kod warna biru > Dinding sederhana tebal > Guna sbg paip agihan air panas -Gred C > Kod warna merah > Dinding tebal > Guna sbg paip perhubungan & perkhidmatan. 3. Paip Poli -Kebiasaannya warna hitam. -Diguna sebagai paip perkhidmatan, khasnya paip utama bawah tanah. -Saiz biasa 20mm, 25mm dan 35mm. ---------------------------------------------------------------------------------------------4.3 BAHAN PEMASANGAN PAIP 1.Pita PTFE (Poly Tetra Fluoro Ethylene) -Digunakan untuk penyambungan paip BG. -Dililit mengikut arah jam pada ulir (benang) sebelum bahan penyambung paip. -Lembut dan berwarna putih 2.Glu Paip PVC -Disapu pada bahagian sambungan supaya sambungan menjadi kukuh dan tidak mudah bocor. -Merupakan bahan pelarut atau pelekat seperti gam. -Dalam bentuk cecair pekat.

You might also like