You are on page 1of 6

BAB 2: ELEKTRONIK (KT)

Nama, Simbol, dan Fungsi Komponen Elektronik

Litar Bersepadu (Integrated Circuit - IC)


Fungsinya adalah untuk mengecilkan saiz litar yang kompleks supaya dapat menjimatkan
ruang.
Notch Titik

Pin

IC Simbol IC

Bentuk dan Jenis IC


Bentuk dan jenis IC dibahagikan mengikut kuasa. Antara bentuk-bentuk IC yang biasa
digunakan adalah:

Binaan Litar Bersepadu (IC)


IC merupakan gabungan komponen-komponen elektronik seperti transistor, perintang, diod,
dan kapasitor yang diperbuat daripada bahan separa pengalir yang dicantumkan dalam suatu
kepingan silikon.
Kepingan silikon yang kecil ini dinamakan cip silikon atau cip mikro.
Cip silikon ini boleh dimuatkan dalam satu set yang sangat kecil.
Set ini dinamakan serpihan.
Serpihan biasanya mempunyai satu litar yang lengkap atau separa lengkap.
Lembaran emas biasanya digunakan untuk menyambung serpihan pada pin-pin IC.
Penimah plastik atau logam digunakan sebagai penutup untuk melindungi serpihan daripada
rosak.
serpihan lembaran emas

perumah

notch

pin
titik
Binaan dalaman IC
Cara Menentukan Nombor Pin IC atau Kaki IC
Setiap pin IC mempunyai fungsi yang tertentu.
Fungsi ini boleh diketahui dengan merujuk kepada lembaran data yang dikeluarkan oleh
pembekal.
IC yang terdapat di pasaran mempunyai bentuk sama.
Satu kaedah berlabel yang terdiri daripada huruf dan nombor digunakan untuk membezakan
antara satu IC dengan yang lain.
Sistem nombor bertujuan untuk mengenal pasti fungsi pin dan memudahkan penyambungan.
Cara menentukan nombor pin IC atau kaki IC NE 555 adalah seperti berikut:

8 7 6 5

NE 555

1 2 3 4
Susunan Nombor IC Pemasa 555

Kaki Fungsi
1 bumi
2 picu
3 keluaran
4 set semula masa
5 voltan kawalan
6 ambang
7 nyahcas
8 punca positif

Kaedah Penyimpanan dan Pemasangan Pin IC


IC merupakan komponen elektronik yang sensitif.
Ianya hendaklah disimpan dengan baik bagi mengelakkan kerosakan.
Kerosakan IC boleh disebabkan oleh suhu yang tinggi serta voltan yang berlebihan.
Antara langkah yang perlu diambil semasa menggunakan IC adalah seperti berikut:
- Gunakan soket IC semasa memateri.
- Pematerian dilakukan hanya pada soket IC, bukan pada pin IC.
-Gunakan nilai voltan dan arus yang sesuai dengan IC. Nilai voltan dapat diketahui menerusi
lembaran data.
-Simpan IC dalam bekas plastik yang antistatik. Pinnya hendaklah dibenamkan ke dalam
polisterina atau span supaya ia tidak bengkok.

Binaan dan Tamatan Geganti


Geganti
Geganti merupakan sejenis komponen elektronik yang biasa terdapat pada litar elektrik dan
elektronik. Ia digunakan sebagai suis kawalan pada litar yang berarus tinggi seperti litar kawalan
lampu isyarat. Kendalian geganti dikawal oleh aruhan magnet.

Binaan dan Fungsi Geganti


Binaan asas geganti terdiri daripada lima bahagian utama iaitu gegelung, armatur, teras besi, plat
sesentuh, dan tamatan.
Apabila arus mengalir melalui gegelung, aruhan elektromagnet akan dihasilkan.
Aruhan ini akan menyebabkan armatur ditarik ke arah teras besi.
Ini akan menyebabkan plat sesentuh bersentuh dan arus dapat mengalir dalam litar.
Apabila arus berhenti mengalir melalui gegelung, armatur akan terlepas dan plat sesentuh terbuka.
Geganti dilabelkan dengan kadaran voltan.
Biasanya, geganti yang digunakan dalam litar elektronik ialah geganti bervoltan rendah seperti 6 V,
9 V, dan 12 V.
Simbol Geganti

Binaan dalam Geganti

Jenis Geganti dan simbol


Jenis Geganti Simbol
Kutub tunggal satu arah (SPST)
mempunyai
empat kaki yang
bernombor
tamatan gelung
ialah kaki nombor 1
dan 3
tamatan
sesentuh NO ialah kaki
nombor 2 dan 4

Kutub tunggal dua arah (SPDT)


tamatan gelung ialah kaki nombor 1 dan 3
tamatan sesentuh NO ialah kaki nombor 5
dan 2
tamatan sesentuh NC ialah kaki nombor 4
dan 2
Kendalian Geganti

Litar kawalan terbuka

Dalam keadaan suis S terbuka, arus tidak mengalir melalui gegelung geganti. Arus tidak
mengalir melalui mentol kerana kaki 2 bersentuhan kaki 4 (Normally Close - NC). Maka, mentol tidak
menyala.

Litar kawalan tertutup

Apabila suis S tertutup, arus akan mengalir melalui gegelung geganti. Aruhan elektromagnet
terhasil di teras besi. Kaki nombor 2 yang bersentuhan dengan kaki nombor 4 (NC) akan bersentuh
pada kaki nombor 5 (NO). Arus akan mengalir dan menyala mentol.

You might also like