You are on page 1of 55

Merekabentuk PCB dan

Projek Elektronik
Melakar dan Melukis Litar
Elektronik
 Sebelum membuat lakaran dan lukisan litar elektrik,
setiap komponen-komponen elektrik perlu dikenalpasti
seperti nama, fungsi dan sebagainya.
ELEKTRONIK

 Elektronik merupakan kajian dan penggunaan peranti


yang beroperasi dengan kawalan aliran elektron atau
sebarang partikel bercaj.

 Komponen elektronik secara umumnya akan dipaterikan


pada papan litar bercetak untuk membina sebuah litar
elektronik mengikut fungsi-fungsi tertentu.
KOMPONEN ELEKTRONIK

1) Suis

2) Bateri
3) Mentol

4) Diod
5) LED

6) Transistor

7) Perintang
8) Kapasitor

9) Buzer

10) Pembesar suara


JENIS-JENIS LUKISAN
ELEKTRONIK
 Lukisan elektronik terbahagi kepada dua iaitu:
1. Lukisan Bergambar
2. Lukisan Skematik
LUKISAN BERGAMBAR

 Lukisan ini sesuai digunakan:


a) bagi orang yang baru menceburi bidang elektronik.
b) untuk membina projek elektronik yang kecil dan mudah.
 Ciri penting lukisan ini ialah menunjukkan susun atur
fizikal sebenar sesuatu litar.
 Rajah ini membolehkan orang ramai memahami suatu
litar dengan mudah kerana kurang berbentuk
teknikal.
 Lukisan bergambar tidak sesuai digunakan bagi melukis
litar yang mempunyai sambungan komponen yang
kompleks dan banyak.
 Hal ini kerana pertalian di antara komponen-komponen
elektronik akan semakin sukar dilihat.
LUKISAN SKEMATIK

 Lukisan skematik lebih sesuai digunakan untuk


mempersembahkan suatu litar yang besar atau
kompleks.
 Lukisan ini juga membolehkan suatu litar besar dilukis
dengan kemas dan dimuatkan dalam ruangan yang lebih
kecil.
 Bagi mereka yang tidak mengenali simbol elektronik,
mereka pastinya akan sukar membaca lukisan skematik.
 Lukisan rajah litar skematik menggunakan simbol
skematik bagi mewakili sesuatu komponen tertentu.
 Garisan-garisan digunakan bagi menunjukkan
sambungan di antara komponen elektronik.
 Komponen elektronik juga dilabelkan dengan huruf-
huruf tertentu. Label ini penting untuk pengenalan
komponen.
 Rajah skematik tidak memberi gambaran sebenar
tentang perkara berikut:
 Susun atur fizikal komponen yang bakal dipasang.
 Saiz dan ruang yang diperlukan oleh sesuatu litar.
PCB

 Printed Circuit Board(PCB) ialah papan litar bercetak


yang digunakan untuk menyambung dan
menyokong komponen elektronik secara elektrik.

 Komponen elektronik dipasang padanya mengikut reka


bentuk tertentu.

 Sambungan kuprum yang direka bentuk akan


menyambungkan kesemua komponen elektronik bagi
menghasilkan satu sistem elektronik.
 Ciri utama PCB ialah penggunaan kuprum ‘tercetak’
bagi menggantikan kebanyakan wayar-wayar
penyambung komponen-komponen.

 Beberapa kebaikan PCB:


 Binaan litar biasanya kecil.
 Pemasangan litar lebih kemas.
 Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat.
 Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan.
 Kaedah yang ekonomik.
Membuat surihan dan
memunar papan elektrik
1) Lukis rajah litar bagi menentukan susun atur
komponen elektronik yang akan dipasang serta
melakar litar kuprum yang akan menyambungkannya.

2) Saiz sebenar sesuatu komponen perlu diberi perhatian


semasa melukis rajah papan litar bercetak.
3) Pastikan anda melakar satu lubang untuk setiap pin
(kaki) komponen.

4) Kedudukan suatu komponen di atas papan litar bercetak


boleh ditunjukkan dengan lukisan bentuk fizikal
komponen berkenaan atau simbol skematiknya.
5) Hasil lukisan rajah litar bercetak ini dipindahkan ke atas
bod berlapik kuprum nipis untuk dicetak.

6) Langkah-langkah mencetak papan litar bercetak adalah


seperti berikut:
 1)Dapatkan sekeping bod berlapik
kuprum untuk cetakan PCB.
 2) Bersihkan permukaan kuprum
dengan bahan penggilap logam atau
atau berus keluli yang halus.
 3)Pindahkan rajah papan litar
bercetak yang telah disediakan ke
permukaan kuprum.
 4) Surih semula rajah yang telah
dipindahkan ke atas permukaan kuprum
dengan pen berdakwat kalis bahan kakis.

5) PCB akan direndamkan ke dalam


Sodium Metasilicate Pentahydrate bagi
menyingkirkan lapisan peka cahaya pada
PCB yang telah didedahkan kepada sinar
UV.
Surihan ialah melukis garisan, menggaris,
menggores(Kamus Dewan Bahasa Dan
Pustaka)
 6) PCB perlu direndam dalam
larutan developer untuk menghakis
lapisan yang telah terdedah kepada
sinar UV dan akan meninggalkan
bentuk litar di atas PCB.
 7) Punarkan permukaan kuprum dengan
merendamkannya dalam larutan ferik
klorida.
Berhenti menunar apabila semua bahagian
kuprum yang tidak dikehendaki telah
dikakis. Cuci bod kuprum dengan air dan
keringkan bod.
Larutan ini akan menghakis lapisan
kuprum di atas PCB yang tidak dilindungi
oleh cetakan litar yang terhasil melalui
surihan
 8)Buat lubang pandu pada setiap
tempat untuk memasukkan kaki
komponen.
 9)Tebuk lubang pada lubang pandu
menggunakan gerudi mini
berdiameter yang sesuai.
 10) Bersihkan dakwat kalis bahan
kakis dengan bahan pelarut yang
sesuai (seperti thinner)
Uji keupayaan litar dengan
menggunakan meter pelbagai.
Memasang dan memateri komponen
elektrik
MEMASANG KOMPONEN
ELEKTRONIK
 Berdasarkan lukisan skematik yang dibuat, susun
komponen elektronik di atas papan litar.

 Masukkan kaki komponen ke dalam lubang yang telah


digerudi.

 Pastikan kaki komponen diletakkan dengan betul.


MEMATERI KOMPONEN
ELEKTRONIK
 1) Soldering ialah proses memateri komponen untuk
dicantumkan kepada litar PCB.

Soldering Iron (Alat


Pateri)
 2) Panaskan soldering iron dan kaki komponen untuk
memateri.
 3) Potong kaki komponen yang berlebihan dengan
menggunakan cutter.
4) Pastikan cantuman komponen yang dibuat kemas dan
teguh untuk mengelakkan komponen mudah tertanggal.

5) Elakkan memateri kaki komponen terlalu lama kerana


suhu yang terlalu panas boleh merosakkan komponen.
PEMATERIAN

 Rajah 32: Timah Pateri


 Timah pateri ialah satu aloi yang
terdiri daripada campuran timah dan
plumbum pada kadar 60:40 (iaitu 60%
timah dan 40% plumbum). Timah
pateri boleh didapati dalam beberapa
saiz mengikut diameter. Timah pateri
yang baik mengandungi bahan lakur
atau fluks di bahagian tengahnya.
Rajah 32 menunjukkan contoh timah
pateri berserta bahan lakur. Fungsi
bahan ini ialah:  
 membantu mengalirkan timah pateri
lebur
 mengelakkan pengoksidaan berlaku
ketika kerja memateri
 mengasingkan lapisan oksida pada
tempat yang dipateri
 Apabila melebur (pada suhu sekitar
370oC), timah pateri bertukar
menjadi cecair yang kemudiannya
melekatkan bahagian-bahagian
logam yang hendak dicantum.
Elakkan timah pateri lebur
daripada terkena sambungan lain
kerana ianya boleh menyebabkan
litar pintas.
 Alat pemateri digunakan untuk
meleburkan timah pateri. Gambar
di sebelah menunjukkan satu
contoh alat pemateri elektrik yang
sering digunakan dalam kerja
elektrik dan elektronik. Alat ini
diletakkan pada pemegang khas
yang disertakan dengan sejenis
span apabila digunakan.
 Playar Muncung Tirus
 memegang benda kerja
kecil, membentuk dan
menyerap haba semasa
memateri
 memotong dawai
elektrik
 Pemotong sisi
 memotong dawai
elektrik dan kaki
komponen
 Penjalur Wayar Spring
 menanggalkan penebat dawai
elektrik
 Pemutar Skru
 melonggar dan mengetatkan
skru
 dua jenis pemutar skru yang
lazim digunakan ialah pemutar
skru mata rata dan pemutar
skru philip 
 Penyedut Timah Pateri
 menyedut timah pateri yang
hendak ditanggalkan daripada
bod litar setelah lebur
(digunakan serentak dengan
alat pemateri)
Langkah-langkah memateri:
  

1. Buat persediaan berikut:

1. alat pemateri dipanaskan


secukupnya

2. span telah lembabkan dengan air

2. timah pateri disediakan secukupnya


kaki komponen yang hendak dipateri
digosok sedikit dengan kertas las

3. Panaskan kaki komponen dan balapan


kuprum dengan hujung bit secara
serentak kira-kira 2 hingga 3 saat.

4. Kenakan timah pateri pada kaki


komponen yang telah dipanaskan dan
biarkan timah

5. Alihkan timah pateri dan kemudian


alat pemateri.

6. Dapatkan hasil pematerian yang baik


untuk mendapat sambungan yang baik.
Menguji dan mengesan kerosakan
Ujian Keterusan

 Ujian ini dilakukan untuk memastikan sambungan-


sambungan yang dibuat mempunyai keterusan. Pada
masa yang sama, ujian ini juga dilakukan untuk
mengesan keadaan litar terbuka dan litar pintas.
 Ujian keterusan boleh dilakukan dengan dua cara:
 Pemeriksaan Visual
 Pemeriksaan Menggunakan Alat Ujian
Pemeriksaan Visual

 Semasa membuat pemeriksaan visual, tanda-tanda


tertentu yang mungkin menyebabkan litar pintas dan
litar terbuka dikesan melalui pemeriksaan dengan mata
kasar. Antara tanda-tanda yang perlu diperhatikan dan
kesannya adalah seperti berikut:
Tanda-tanda visual Kesan

Sambungan kaki komponen longgar

Kerosakan fizikal pada komponen yang Litar terbuka


dipasang (seperti tanda hangus pada perintang
tetap)

Kaki komponen yang terdedah bersentuhan satu


sama lain

Timah pateri yang melimpah melepasi balapan


Litar pintas
lain

Timah pateri menyambungkan dua komponen


yang tidak sepatutnya bersambung

Litar terbuka atau litar


Komponen berkutub disambung dengan
pintas atau kerosakan
kekutuban yang salah
komponen
Pemeriksaan Visual

 Apabila litar terbuka, arus elektrik tidak dapat mengalir


ke dalam bahagian-bahagian tertentu litar seperti yang
sepatutnya. Keadaan ini menyebabkan projek gagal
berfungsi. Kejadian litar pintas pula bukan sahaja
menyebabkan projek gagal berfungsi tetapi juga boleh
menyebabkan kerosakan kepada komponen.
Pemeriksaan Menggunakan
Alat Ujian
 Pemeriksaan visual tidak
dapat mengesan beberapa
keadaan tertentu pada
sesuatu litar. Oleh yang
demikian, pemeriksaan
selanjutnya perlu
dilakukan dengan
menggunakan alat
pengujian tertentu.
 Meter pelbagai adalah
satu alat pengujian yang
paling biasa digunakan
dalam pemeriksaan ini.
Meter Pelbagai atau Analog
Meter
 Satu daripada tujuan pemeriksaan ini ialah untuk
memastikan bahawa jumlah rintangan keseluruhan litar
yang dipasang tidak sifar atau infiniti. Jika bacaannya
sifar, projek mempunyai litar pintas dan jika bacaannya
infiniti, projek mempunyai litar terbuka.
Langkah-langkah Berikut
Perlu Dilakukan
1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih julat
yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0 ohm).
2. Sentuhkan prob negatif dan positif kepada setiap punca
penyambung bateri dan perhatikan bacaan nilai rintangan
keseluruhan litar yang ditunjukkan oleh meter ohm.
Perhatikan nilai rintangan yang ditunjuk oleh jarum
penunjuk. Pastikan nilai rintangan yang ditunjukkan oleh
meter itu tidak sifar atau infiniti. Jika projek dipasang
dengan suis, ubah kedudukan tuil suis beberapa kali sambil
memerhatikan kedudukan jarum penunjuk meter. Anda perlu
menukar julat satu tahap lebih tinggi jika disyaki bahawa
nilai rintangan keseluruhan litar melebihi bacaan maksimum
yang boleh diukur oleh meter pada julat yang dipilih.
3. Terbalikkan kutub prob dan ulangi langkah 2.
 Jika projek dipasang menggunakan verobod, ada
kalanya pemeriksaan secara visual tidak dapat
mengesan dua balapan kuprum bersebelahan yang
pintas (kerana limpahan timah pateri yang terlalu
kecil). Keadaan ini boleh dikesan menggunakan meter
ohm mengikut langkah berikut:
1. Setkan meter pelbagai kepada fungsi meter ohm, pilih
julat yang paling rendah dan buat pelarasan sifar (0
ohm).
2. Sentuhkan satu prob pada satu balapan dan prob yang
satu lagi pada balapan bersebelahan. Bacaan meter ohm
sepatutnya menunjukkan bacaan infiniti (kecuali jika
balapan bersebelahan memang sengaja disambung
menggunakan wayar pelompat).
3. Jika bacaan sifar ohm diperolehi, lalukan bit alat
pemateri panas di sepanjang balapan untuk mencair dan
membuang limpahan timah pateri.
4. Ulangi langkah 2 untuk memastikan masalah litar pintas
telah diatasi.
 Setelah kedua-dua ujian keterusan telah dilakukan dan
semua masalah litar pintas, litar terbuka atau kerosakan
fizikal komponen dibaiki, barulah projek tersebut boleh
dikenakan punca voltan.
 Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan perkara-
perkara berikut sebelum menyambung bekalan voltan
kepada projek:
1. Wayar-wayar penyambung bateri telah disambungkan
mengikut punca yang betul. Wayar merah adalah
wayar positif (+) manakala wayar hitam adalah wayar
negatif (-).
2. Pastikan voltan sumber bekalan kuasa elektrik adalah
seperti yang dikehendaki untuk sesuatu projek
berfungsi dengan sempurna. Voltan yang lebih tinggi
boleh merosakkan komponen manakala voltan yang
rendah tidak akan memberi kesan yang memuaskan.
3. Projek yang memerlukan bekalan kuasa arus terus
TIDAK boleh disambungkan ke soket bekalan kuasa
elektrik 240 V arus ulangalik.

You might also like