You are on page 1of 11

Litar Skematik & Litar bergambar

LITAR ELEKTRONIK

• Litar elektronik adalah gabungan beberapa komponen


elektronik yang digabungkan antara satu sama lain.
• Litar ini terdiri daripada lukisan skematik dan lukisan
bergambar
Lukisan Skematik
• Mengandungi susunan komponen-komponen
elektronik dalam bentuk simbol.
• Simbol ini memberi panduan untuk membuat
pemilihan komponen yang betul.
• Lukisan rajah litar skematik menggunakan
simbol skematik piawai untuk mewakili
sesuatu komponen tertentu.
• Garisan –garisan digunakan untuk
menunjukkan sambungan di antara
komponen-komponen.
• Selain daripada simbol, komponen-komponen
juga dilabelkan dengan huruf-huruf tertentu.
Litar Bergambar
Litar yang diterjemah daripada litar skematik dalam
bentuk gambar komponen bagi membantu kerja
pemasangan kerja komponen dengan mudah dan
tepat.
Litar skematik sesuai digunakan
untuk membina projek elektronik
yang kecil dan mudah.
Papan Litar tercetak
• Berfungsi untuk menyambung dan menyokong
komponen elektronik secara elektrik.
• Komponen elektronik dipasang padanya mengikut
reka bentuk yang telah dihasilkan oleh pereka
bentuk papan litar tercetak. Sambungan kuprum
yang di rekabentuk akan menyambungkan
kesemua komponen elektronik bagi menghasilkan
satu sistem elektronik, dipanggil pemasangan
papan litar tercetak (PCBA).
Kebaikkan PCB
1. Binaan litar biasanya kecil kerana kurangnya penggunaan wayar-
wayar penyambung. Ciri ini menyebabkan penjimatan ruang.
2. Pemasangan litar lebih kemas dan komponennya tersusun rapi
3. Pembinaan litar boleh dijalankan dengan cepat
– cuma perlu letakkan komponen di tempat yang disediakan dan
pateri.
4. Kesilapan semasa memasang litar dikurangkan kerana
pendawaian dan susunan komponen telah ditentukan lebih awal.
5. Kaedah yang ekonomik jika litar yang sama hendak dihasilkan
dengan banyak.

You might also like