You are on page 1of 16

RAKAN KONGSI INFORMASI

MD EMRAN BIN SAIDI KKBBM

PENERANGAN :
Lukisan elektrik tergolong dalam lukisan teknik
bagi bangunan. Lukisan yang terkandung dalam lukisan elektrik ialah : Simbol-simbol elektrik Lukian susunatur. Gambarajah skematik. Gambarajah litar. Gambarajah pendawaian.

SIMBOL-SIMBOL PIAWAI
Tujuannya ialah untuk menyeragamkan satu-satu alat dan eksesori elektrik untuk mengelakkan kekeliruan dan memudahkan pihak-pihak yang terlibat melaksanakan tugas-tugas dengan lebih sempurna.

LUKISAN SUSUN ATUR ELEKTRIK


Perkara utama yang dimuatkan dalam lukisan ini adalah
pelan susunatur senibina atau arkitek. Susunatur elektrik merupakan simbol-simbol yang tertera dalam simbol elektrik piawai kemudiannya dimuatkan dalam lukisan yang telah di lukis simbol-simbol senibina mengikut keperluan tempat / ruang / bilik itu sendiri. Pada amnya ia dipenuhi oleh simbol-simbol lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang lain. Skala yang biasa digunakan dalam pelan susunatur ialah 1:100

Gambarajah skematik.

Gambarajah yang menunjukkan turutan kawalan / unit pengguna / alat perlindungan utama dan saiz alat perlindungan litar akhir dan saiz, saiz kabel utama dan litar akhir dan jenis beban yang tersambung dalam litar. Sambungan dari jenis beban ditulis pada litar akhir dalam bentuk yang mudah difahami sebagai contoh :

(M) menunjukkan lampu dari jenis mercury / raksa

3 1 x 36w (P) diertikan sebagai 3 bilangan pencahaya pendaflour 1 x 36w dan P menunjukkan pencahaya yang digunakan dari jenis pendaflour. 2 1 x 60w (T) dimana ia mengandungi 2 bilangan pencahaya tungsten 1 x 60w.

Gambarajah litar.

Garisan yang disebelah kiri ialah garisan bekalan hidup dan disebelah kanan pula adalah garisan untuk neutral. Alat-alat elektrik terletak ditengah-tengah kedua-dua garisan. Sistem susunan ini telah dipraktikkan dengan meluas dan boleh dianggap sebagai salah satu kaedah yang mudah bagi menggambarkan gambarajah litar.

Gambarajah pendawaian.
i. Setiap garisan menunjukkan bagi

setiap pengalir iaitu L, N, E dan dawai di sambung pada terminal yang betul bagi setiap pepasangan. ii. Menunjukkan kaedah perjalanan kabel atau pengalir mengikut gambarajah blok yang diberikan untuk satu-satu litar

SIMBOL GAMBARAJAH SUSUN ATUR BAGI LAMPU, KIPAS DAN ALAT TAMBAHAN @ KELENGKAPAN ELEKTRIK

You might also like