You are on page 1of 3

REMPAH & HERBA DALAM MASAKAN MELAYU

Seperti yang kita ketahui, dalam masakan Melayu terdapat banyak penggunaan rempah-ratus dan herba yang digunakan dalam masakan. Contohnya, kulit kayu manis, lada hitam, jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, buah pelaga dan buah keras.

Selain daripada dalam makanan, rempah dan herba juga turut digunakan dalam rawatan kecantikan dan kesihatan. Antara yang biasa digunakan ialah serai, pandan, manjakani dan habbatussauda yang digunkan dalam rawatan seperti mandi rempah contohnya. Ia bukan sahaja mewangikan badan, malah dikatakan mampu

menghilangkan toksid di dalam badan. Sifat anti-mikronya sesuai dijadikan pengawet semulajadi dan digunakan secara meluas dikala ketiadaan peti sejuk pada zaman dahulu. Rempah-ratus dan herba seperti kunyit, halia, kayu manis, juga digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional pelbagai bangsa. Pengubatan yang melibatkan makhluk halus turut turut menggunakan herba dan rempah seperti lada hitam dan bawang putih yang dibaca dengan bacaan tertentu.

REMPAH & HERBA DALAM MASAKAN CINA

Di dalam Masakan Cina juga terdapat penggunaan rempah ratus dan herba. Contohnya, bunga cengkih merupakan rempah ratus yang selalu digunakan di Negara Cina. Penggunaannya di catatkan di Negara Cina apabila masyarakatnya mengunyah bunga cengkih bagi menghilangkan bau mulut ketika menghadap Negara Cina. Walaupun jarang kita mendengar bahawa masyarakat Cina menggunakan rempah ratus dan herba dalam masakan, tetapi agak berbeza dengan sekarang kerana ratarata masyarakat Cina menggunkan rempah-ratus dan herba dalam masakan mereka. Selain itu, masyarakat Cina menggemari untuk menggunakan herba yang pelbagai dalam masakan mereka. Contohnya, mereka menggemari untuk masak sup herba Cina. Pelbagai khasiat yang diperoleh daripada memakan masakan sebegitu. Tambahan pula, mereka gemar untuk minum teh herba yang dapat membuang toksid di dalam badan.

REMPAH & HERBA DALAM MASAKAN INDIA

Selain Melayu, India juga begitu gemar memasukkan rempah dan herba di dalam masakaan mereka. Contohnya, rempah kulit kayu manis digunakan oleh orang India sebelum 500 Masihi lagi. Selain dijadikan sebagai bahan masakan, ianya juga dijadikan sebagai bahan untuk membuat minyak wangi. Selain itu, ia dijadikan ubat dalam pelbagai penyembuh penyakit sejak dahulu kala. Jika masakan India selatan lebih menjurus cita rasa pedas dan lemak santan, masakan India Utara pula terkenal dengan keaslian rasa dan kemewahan masakan diraja serta baik untuk kesihatan. Selain itu, masakan India Utara juga dikenali hidangan raja segala herba kerana penggunaan banyak rempah ratus seperti rempah kari, kunyit, bunga cengkih, bunga lawang, bunga pelaga dan sebagainya. Lazaimnya, dalam sesuatu resipi masakan ada antara 12 hingga 13 jenis rempah-ratus.

You might also like