You are on page 1of 1

B5DT1E2

Menghasilkan karya bukan kreatif yang lengkap dengan gaya penulisan yang menarik.

Herba Malaysia

oleh: Macdelyn Phang

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai jenis herba.
Herba bermaksud tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat
makanan dan baunya. Pertumbuhan herba digalakkan oleh faktor tanih. Terdapat juga
faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan herba, iaitu bentuk muka bumi, iklim
dan bahan semula jadi.

Antara jenis herba yang terdapat di Malaysia adalah serai. Serai dapat
mengubati penyakit demam kuning dengan cara merebus pokok serai itu dengan sebalai
air hingga menggelegak. Setelah air rebusan itu beransur suam, gunakan air itu untuk
mandi. Selain itu, halia juga dapat mengurangkan kolestral yang menyebebkan
pengumpulan lemak pada pembuluh darah. Lengkuas padi bukan sahaja boleh mengubati
demam dan panas badan, malah dapat melazatkan makanan.

Di samping itu, pokok-pokok herba seperti bangun-bangun dan jerangau banyak


khasiatnya. Kedua-dua herba ini mempunyai kegunaan yang sama, iaitu merawat
penyakit asma. Tambahan pula,mengkudu hutan boleh merawat rambut dan sakit kulit.
Malah, pecah kaca mampu mengubati penyakit darah tinggi.

Seterusnya, sirih boleh merawat sakit perut, hidung berdarah, kencing tak
lawas dan menghilangkan bau busuk badan dan mulut. Pokok bunga keembung dapat
dijadikan ubat luka dan terkena gigitan binatang, manakala pokok bunga kenanga boleh
merawat sesak nafas.

Kesimpulannya, kita mestilah menghargai herba-herba Malaysia kerana ia


memberi banyak kegunaan kepada kita. Meskipun ICT penting pada masa ini dan dunia
perubatan pula semakin canggih namun perubatan tradisional masih tinggi nilainya.

You might also like