You are on page 1of 20

Herba-herba di Malaysia

Sumber Blog : http://studentbako.blogspot.my/


Bismillahirrahmanirrahim..
Sebelum memulakan blog ini saya ingin memperkenalkan diri saya serta ahli-ahli yang
bertanggungjawab dalam menghasilkan blog ini. Blog ini ditulis bertujuan untuk menyiapkan
kerja kumpulan kami yang telah diberikan oleh cikgu Pengajian Am kami iaitu Cikgu Daud.
Kmpulan saya terdiri dari saya sebagai ketua kumpulan iaitu Raden Amira Amalina. Ahli-ahli
kumpulan saya ialah Nur Malia, Sub'Bha dan Syafirna. Melalui blog ini insya allah, dapat
memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada semua pelawat blog ini mengenai HerbaHerba di Malaysia. Diharapkan agar pelawat memberi komen kepada kami. Sekian, terima
kasih. Selamat Belajar.
Posted by herba-herba di malaysia at
Definisi Herba
Berdasarkan Definisi yang diperolehi dari wikipedia, herba bermaksud tumbuhan yang
mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara
meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat
gangguan makhluk halus.Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas
dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga,
kulit pokok dan bahagain lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan
herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok
herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba. Kini hampir setiap orang
menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus
atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau
dimakan, turut mengandungi bahan herba. Walaupun herba memang bermanfaat untuk
kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara
salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba
sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya
diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.

Jenis-jenis Herba di Malaysia

Balik Adap
Nama Saintifik:Mussaenda villosa wall
Famili: Rubiaceae
Nama Biasa: Balik adap
Lokasi dijumpai:
Disemak-semak dan belukar
Keterangan
Tumbuhan ini biasa dijumpai di kampung-kampung di kawasan belukar. Daunnya terdiri dari
campuran daun yang berwarna hijau dan putih. Bunganya ada yang berwarna oren dan ada
yang berwarna putih. Daunnya biasa dijadikan ulam oleh penduduk kampung.
Kegunaan
Ia digunakan untuk mengubati demam dengan cara meramas daunnya ke dalam sebesen air
sama seperti yang dilakukan dengan menggunakan daun bunga cina. Air ini digunakan untuk
menjarang (membasahkan) kepala pesakit untuk menurunkan suhu badannya.

Bangun-bangun
Nama Saintifik: Solenostemon amboinicus
Famili: Labiatae
Nama Biasa: Bangun-bangun
Nama lain: Ati-ati hijau, allspice
Lokasi dijumpai: Di tanam sebagai rempah dan ulam
Keterangan
Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman
dan penyedap rasa dalam masakan. Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal
tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam. Bangun-bangun senang membiak
melalui keratan batang dan daun. Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai
pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.
Kegunaan
Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi
penawar kepada batuk, mual-mual,sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai
daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di
minum. Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis. Daunnya yang
dilumatkan dapat menjadi penawar kepada gigitan serangga berbisa dan kulit melecur dengan
cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.

Bebuas
Nama Saintifik: Premma Cordiflora
Famili: verbenaceae
Nama Biasa: Bebuas
Lokasi dijumpai: Tumbuh meliar di tepi hutan
Keterangan
Bebuas banyak dijadikan ulam oleh masyarakat melayu . Pucuknya yang rangup dan
mempunyai rasa sedikit pahit menambahkan lagi selera makan.
Kegunaan
Antara khasiat pokok bebuas bila dimakan mentah sebagai ulam ialah ia dapat membuang
angin dalam badan dengan cepat. Air rebusan pucuk bebuas pula boleh menolong untuk
mengatasi masalah kecacingan dan menambah air susu ibu.

Cempaka telur
Nama Saintifik: Michelia Pumila/Talauma pumila Bl
Famili: Magnoliaceae
Nama Biasa: Cempaka telur
Nama lain: Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnolia
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan
Keterangan
Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan
batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi
terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika
ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan
ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang
cukup untuk membesar dan berbunga
Kegunaan
Bunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan, batuk berkahak, insomania dan
kecederaan traumatik

Bunga Cina / Melur Cina


Nama Saintifik: Gardenia Augusta
Famili:Rubiaceae
Nama Biasa: Bunga Cina / Melur Cina
Nama lain: Kacapiring, gardenia
Lokasi dijumpai: Di halaman rumah, taman-taman bunga
Keterangan
Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak
ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan
mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar
dan berbau harum. Warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar
sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh di tempat sejuk atau panas dan ia merupakan
tumbuhan yang senang dijaga. Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah
ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih
kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter. Ia
membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting
yang agak tua, buang kesemua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. Pastikan
air mencukupi bagi menggalakkanpertumbuhan akar. Pokok ini mempunyai potensi untuk di
komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang sangat harum.
Kegunaan
Boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, seriawan, demam dan sembelit.
Caranya untuk kencing manis ambil 12 helai bunga cina direbus dengan 2 gelas air sehingga
tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk seriawan pula, ambil 7 helai daunnya
diramas dengan secawan air lalu ditapis dan dicampurkan dengan 2 sudu makan madu dan
seketul gula batu. Minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya
dengan secawan air yang dicampur dengan gula batu lalu diminum 2 kali sehari. Bagi merwat
sembelit pula ambil 3 biji buahnya direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih yang
berbaki hanya satu gelas sahaja.

Cekur
Nama Saintifik: Kaempferia galangal
Famili: Zingiberaeceae
Nama Biasa: Cekur

Nama lain: Kencur


Lokasi dijumpai: Di pinggir hutan
Keterangan
Sejenis herba dan tumbuh melebar di atas tanah. Daun licin, berbentuk tirus, tersusun padat
dlm pasangan yang bertentangan. Hujung daun runcing, lebih kurang 16cm panjang, 8 cm
lebar. Daunnya mempunyai sedikit aroma. Cekur tidak berbatang, mengeluarkan bunga
berwarna putih-ungu. Akar/rizomnya bercabang-cabang, beraroma dan isinya berwarna
kuning oren. Cekur bukan bahan penting dalam masakan orang Malaysia tetapi berperanan
besar dalam masakan Indonesia, Thailand, Vietnam dan India.
Kegunaan
Di Asia Tenggara, rizom cekur dicampurkan dengan lada sulah, kayu manis dan madu untuk
mengubati selsema. Ia dijadikan tonik untuk mengubati batuk kering dan bronchitis. Cekur
juga dijadikan losyen untuk merawat sakit mata, sakit tekak, bengkak, demam, sakit dan
sengal tulang. Untuk wanita baru bersalin, cekur mengucupkan rahim dan menggalakkan
pembuangan angin. Di Indonesia, akar cekur digunakan untuk merawat keracunan makanan,
ulser mulut, batuk dan selsema. Akar cekur yang dikunyah dan ditelan boleh membuat
seseorang itu khayal. Di India, wangian daripada cekur digunakan untuk melindungi pakaian
daripada serangga. Di Filipina, air rebusan akar cekur digunakan untuk merawat sakit perut
disebabkan pencernaan makanan yang kurang baik. Air rebusan turut digunakan untuk
membasuh rambut bagi mengatasi masalah kelemumur dan menghilangkan rasa gatal dan
pedih akibat digigit ulat bulu. Di Thailand, cekur digunakan untuk merawat sakit kepala.

Cempaka telur
Nama Saintifik:Michelia Pumila/Talauma pumila Bl
Famili:Magnoliaceae
Nama Biasa:Cempaka telur
Nama lain:Dwarf magnolia, cempaka gondok, magnolia coco, egg magnolia
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar dan hiasan
Keterangan
Tumbuhan ini mempunyai batang berkayu dan boleh membiak melalui biji benih dan keratan
batang. Bunganya berbentuk bulat seperti telur dan mempunyai bau yang amat wangi
terutamanya diwaktu malam. Ia boleh mencapai ketinggian antara 3-6 kaki (1-2 meter). Jika
ditanam di dalam pasu ia perlu disiram setiap hari supaya tanahnya tidak kering. Tumbuhan
ini tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari terus tetapi memerlukan cahaya yang

cukup untuk membesar dan berbunga


Kegunaan
Bunganya boleh digunakan untuk mengubati keputihan, batuk berkahak, insomania dan
kecederaan traumatik

Dukung Anak
Nama Saintifik:Phyllanthus Niruri
Famili:Eurphorbiaceae
Nama Biasa:Dukung Anak
Nama lain:Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai:Di tepi longkang dan di kawasan pertanian
Keterangan
Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat indonesia , tumbuhan in termasuk dalam
famili Eurphorbiaceae. Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di
celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar.
Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak
gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba
tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang
berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunya bunga-bunga kecil yang
banyak . Terdapat dua jenis bunga; bunga jantan dan betina. Kapsul bijinya sangat kecil,
berpermukaan licin dan dari jenis 3-gonous. Kitaran dari satu biji ke biji yang berikutnya
adalah 2 hingga 4 minggu. Dukung anak tumbuh di kawasan yang beriklim tropika seperti
Malaysia, Indonesia,Thailand. Juga terdapat di China, India dan dalam kawasan antara
Filipina dan cuba. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana
selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal.
Kegunaan
Akar, daun, buah, jus dan keseluruhan tumbuhan ini mempunyai nilai perubatan. Perubatan
ayurveda ia digunakan sebagai penghilang dahaga, bronchitis, kusta, anemia, penyakit
kelenjar kencing, anuria dan asma. Boleh juga digunakan untuk mengubat penyakit berak
berdarah (dysentery) yang kronik (mengikut kaedah perubatan unani dari India). Buahnya
digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap.
Akarnya pula (yang masih segar) adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning
(jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. Daun yang telah dilumatkan dan dicampur
dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur

garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bisa
gigitan ular. Tumbuhan ini juga boleh digunakan sebagai tuba(racun) ikan. Kaedah perubatan
ayurveda banyak menggunakan tumbuhan ini samaada dalam bentuk tumbuhan ini
dikeringkan dan dijadikan serbuk atau terus menggunakan tumbuhan ini dalam bentuk
tumbuhan segar.
Walaupun masih sukar untuk menentukan apakah kandungan dalam tumbuhan ini yang
menyebabkan ia mempunyai nilai perubatan yang tinggi, ada kajian yang menunjukkan ia
memberikan kesan positif untuk mengubati penyakit hepaptitis B, dalam satu kajian, didapati
22 daripada 37, iaitu sebanyak 59% dari pembawa virus hepatitis B yang dirawat dengan
persediaan herba dari tumbuhan ini selama sebulan telah kehilangan antigen hepatitis B
setelah di uji selepas 15 hingga 20 hari selepas rawatan selesai. Jika menggunakan rawatan
biasa hanya 4% dari pembawa akan kehilangan antigen untuk tempoh yang sama. Persediaan
herba ini hendaklah di amalkan selama sebulan atau lebih untuk mendapatkan hasil yang
terbaik. Jika digunakan secara biasa, tiada kesan sampingan didapati setakat ini. Namun anda
dinasihatkan mendapatkan pandangan doktor sebelum memulakan rawatan. Walaupun ia
membantu mengurangkan jumlah virus hepaptitis B yang dijumpai didalam darah, ia masih
tidak dapat menghilangkan kesemuanya, jadi ia bukanlah penawar kepada penyakit ini,
namun mengambilannya dapat mengurangkan dan mengawal pertumbuhan dan pertambahan
virus hepatitis B. Kajian lanjut masih dijalankan oleh para saintis mengenai kegunaan dukung
anak untuk merawat hepatitis B.

Gandarusa
Nama Saintifik:Justicia Gendarussa linn
Famili:Acanthaceae
Nama Biasa:Gandarusa
Nama lain:Daun rusa(melayu), bo gu dan(cina),gendarussa(english)
Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar dan tanaman hiasan
Keterangan
Tumbuhan ini boleh dijumpai tumbuh liar di kawasan semak pada ketinggian 1-500 meter
dari aras laut. Ia tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter. Panjang
daunnya lebih kura 5-20 cm dan daunnya dari jenis daun tunggal. Dua jenis gandarusa biasa
dijumpai dan dibezakan oleh warna batangnya. Ada yang berwarna hitam dan ada yang
berwarna hijau. Pokok berbatang hitam lebih popular sebagai ubat dari yang berbatang hijau.
Kegunaan

Ia biasa digunakan untuk mengubat lebam akibat pukulan, tulang patah, rheumatik dan bisul.
cara penggunaannya ,untuk tulang patah daunnya yang segar atau kering dikisar hingga lumat
dan dicampur cuka untuk ditampal pada bahagian yang luka dengan syarat tulang telah
berada pada kedudukannya yang betul. Untuk rheumatik 15-30 g daunnya yang segar direbus
hingga mendidih dan airnya diminum. Untuk lebam pula daunnya dilayurkan pada api hingga
layu dan ditampal pada bahagian yang lebam. Ia juga boleh digunakan untuk menurunkan
panas badan, menyembuhkan lumpuh otot muka (selalunya disebabkan oleh minor
stroke),sakit kepala, mata dan telinga. Amaran: Tidak boleh digunakan oleh wanita hamil.

Hati-hati
Nama Saintifik:Coleus Blumei
Famili:Labiatae
Nama Biasa:Hati-hati
Nama lain:Nilam, bangun-bangun, ati-ati
Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan
Keterangan
Pokok hati-hati terdapat dalam banyak warna antaranya ungu dan hijau serta campuran merah
jambu dan hijau. Pokok ini banyak ditanam sebagai pokok hiasan dan tutup bumi.
Kegunaan
Daun hati-hati digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. Caranya
ialah dengan cara menumbuk beberapa helai daunnya dan dicampur dengan air, kemudian
tapis airnya untuk diminum dua kali sehari. Selain itu campuran daun hati-hati, daun inai,
daun jambu batu dan akar tutup bumi direbus hingga mendidih dan diminum airnya untuk
mengecutkan rahim. Untuk asma pula(terutamanya pada kanak-kanak) ambil beberapa helai
daun hati-hati yang berwarna hijau dan secubit kapur sirih. Ramas(upar) daun bersama kapur
sirih hingga hancur dan sapu pada dada pengidap asma tadi sebelum tidur.Daun ini boleh juga
direbus bersama dua cawan air hingga tinggal secawan, campurkan sedikit gula batu dan
minum.

Hempedu Bumi
Nama Saintifik: Andrographis Paniculata
Famili:Acanthaceae

Nama Biasa:Hempedu bumi


Nama lain:Akar cerita, sambilata,nivalembu,king of bitter, maha tita
Lokasi dijumpai:Malaysia, Thailand, India, Indonesia
Keterangan
Pokok Hempedu bumi juga dikenali sebagai pokok akar cerita. Pokok Hempedu bumi banyak
dijumpai di India, Thailand dan paling senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu bumi
merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai
60-70 cm. Daun Hempedu bumi berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang.
Daun Hempedu bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Kegunaan
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi di samping
merawat kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk
mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara
menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut. Kandungan bahan kimia
daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur
darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun
ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang
tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agar sukar dipisahkan dengan alam
perubatan herba tempatan. Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat
sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin.
Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu.
Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Antara
herba yang mempunyai rasa pahit adalah pokok hempedu bumi (nama saintifiknya adalah
Andrographis Paniculata) ataupun sesetengah orang memanggilnya sebagai akar cerita.
Pokok herba ini agak senang dicari kerana ia tumbuh di sekitar rumah, longkang ataupun
kawasan semak samun yang terbiar. Mungkin ia tumbuh di kawasan sedemikian, maka
sebahagian besar masyarakat hari ini kurang mengetahui khasiatnya yang agak popular bagi
tumbuhan ini adalah untuk merawat penyakit darah tinggi dan juga demam. Malah, tumbuhan
ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil
beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.
Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. Cara yang sering
diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih
dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air
panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit,
khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana
tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum

sekali sehari.

Jarum Tujuh Bilah


Nama Saintifik:Pereskia sacharosa/saecnarosa
Famili:Cactaceae
Nama Biasa:Jarum tujuh bilah
Nama lain:Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan
Lokasi dijumpai:Tanaman hiasan
Keterangan
Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang
sebenar. Ia merupakan genus paling primitif dalam keluarga kaktus. Pereskia berasal dari
Korea tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia
merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim
kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adala sinar matahari yang terang
dan iklim tropika. Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir
menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk
Arizal 2004. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah
dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat
15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat.
Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia
dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
Kegunaan
Pereskia dikatakan dapat merawat kanser terutamanya kanser kolon(usus besar), kanser
hidung dan juga kanser lain. Terdapat 3 cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan
lebih kurang 2 helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum,
kedua daunnya dimakan sebagai ulam sebanya 1-3 helai setiap hari dan ketiga dengan cara
mengisar daunnya hingga lumat, campurkan air dan jusnya diminum. Anda dilarang dari
meminum sebarang jenis minuman teh selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat
menghapuskan segala khasiat dalam badan kita. Kajian terhadap kandungan kimia yang
terdapat dalam pereskia dan tindakbalas sel kanser terhadapnya sedang giatdijalankan.

Kacang Telang

Nama Saintifik:Clitoria ternatea


Famili:Kekacang
Nama Biasa:Kacang telang
Nama lain:Butterfly pea, blue pea
Lokasi dijumpai:Tumbuhan meliar
Keterangan
Kacang telang atau nama saintifiknya clitoria ternatea dari famili Fabaceae juga dikenali
dengan nama butterfly pea, blue pea. Di kelantan ia juga dikenali dengan nama bunga nasi
kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru. Tumbuhan
ini akan membiak subur dalam medium yang agak lembap (tanah yang mempunyai
kandungan humus yang tinggi) dan tanah perlu lembab sepanjang masa. Ia memerlukan
cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar. Tumbuhan ini boleh membiak dengan
cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman
pada trailis ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu
kebiruan akan mekar sepanjang tahun. Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air
selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah
selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan
pastikan airnya mencukupi. Tumbuhan ini perlu selalu dipangkas (dipotong rantingnya) untuk
memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut.
Kegunaan
Kacang telang telah dipercayai turun-temurun berkhasiat untuk melebat dang menghitamkan
rambut. Ia juga mengilatkan rambut dan juga dapat menyuburkan kulit kepala. Selain
daripada itu kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik adalah untuk
mengelakkan keguguran batangnya dililitkan pada pinggang perempuan hamil. Daunnya dan
bunganya juga dikatakan dapat mengurangkan sakit kepala. Caranya, daun atau bunganya
dimasukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan untuk tidur oleh pesakit.
Bunganya juga boleh direndam dalam air panas dan diminum seperti teh untuk
mengurangkan sakit akibat ulcer mulut. Ia juga dapat merawat insomnia.

Kacip Fatimah
Nama Saintifik:Labisia Pumila
Famili:Myrsinaceae
Nama Biasa:Kacip Fatimah
Lokasi dijumpai:

Malaysia, Thailand, Indochina


Keterangan
Kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis
tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan
hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak
dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar). Tumbuhan ini dapat
tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai
kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di
Malaysia ialah :Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.
Kegunaan
Kacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses
kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia
juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip
fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan
perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan
tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan
merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) ke dalam seperiuk air (seeloknya periuk tanah)
dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit
buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh
digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun
tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah
tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci
untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini
supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.

Kaduk
Nama Saintifik:Piper sarmentosum roxb
Famili:Piperaceae
Nama Biasa:Kaduk
Nama lain:Sirih duduk
Lokasi dijumpai:Di kawasan yang agak lembab
Keterangan
Kaduk ialah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu

seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam. Kaduk sedap dijadikan
ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan. Ia mudah ditanam dan hidup subur
terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk
bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakala bunganya banyak,
padat, sangat kecil dan tersusun rapat. Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup
dikawasan beriklim panas seperti tropika. Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh,
lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah
keratan batang.
Kegunaan
Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula
mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan
itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan
sengal-sengal tulang. Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara
menambal pada bahagian panau itu.

Kari
Nama Saintifik:Murraya Koenigii
Famili:Rutaceae
Nama Biasa:Kari
Nama lain:Karipulei, curry leaves
Lokasi dijumpai:Diperkarangan rumah
Keterangan
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.
Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan
terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa
agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak
hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney ,
murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup
subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah
yang subur dan kaya dengan mineral. Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan
buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak
melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di
halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Hasil kajian
mendapati daun kari mengandungi : 66.3% kelembapan, 6.1% protein, 1.0% lemak, 16.0%

karbohidrat, 6.4% fiber, Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik
dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil
koenigiin.
Kegunaan
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam
perubatan india. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan
keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai
laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daunnya yang segar dicampur
dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya
akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun
kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat
menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat
digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3
bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan
kegemukan. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Buahnya dididihkan dengan
minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan
serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan
untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

Kenerak
Nama Saintifik:Goniothalamus Umbrosus
Famili:Annonaceae
Nama Biasa:Kenerak
Nama lain:Selukai, selukai putih
Lokasi dijumpai:Tumbuhan liar
Keterangan
Pokok kenerak merupakan sejenis pokok renek yang boleh ditemui dihutan dan belukar yang
agak tebal. Bunganya berbau sangat wangi, berwarna kuning keputihan ketika mula kembang
dan akan berubah menjadi kuning. Daunnya agak besar dan lebar berukuran lebih kurang 20
cm panjang dan 7 cm lebar. Ia boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Kegunaan
Secara tradisinya kenerak digunakan dalam perubatan melayu untuk merawat penyakit seperti
barah rahim. Ia juga digunakan sebagai penjarak kehamilan dan tonik selepas bersalin. Secara
saintifik ia terbukti merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri anti kanser (kulit batangnya).

Styrylpyrone derivative (SPD) ialah ialah bahan aktif yang diekstrak dari kenerak. Ia terbukti
dapat menyeimbangkan pertumbuhan sel kanser (kanser payudara) dengan cara
meningkatkan kematian sel barah. SPD dijangka akan berada dipasaran pada tahun 2005.
Kajian terhadap kenerak dan SPD yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari UKM
telah memenangi Pingat Emas dalam pertandingan ciptaan dan teknik baru yang berlangsung
di Geneva switzerland pada tahun 2000.

Kermak Putih
Nama Saintifik:Alternanthera sessilis
Famili:Amaranthacea
Nama Biasa:Kermak putih
Nama lain:Keremak, keremah, daun tolod
Lokasi dijumpai:Di kawasan berumput
Keterangan
Kermak ialah sejenis tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh bersama rumput. Struktur
hampir menyerupai pokok urang aring dan habitatnya juga sama. Ia boleh tumbuh dikawasan
lembab dan agak berair hingga ada yang menganggapnya tumbuhan akuatik.
Kegunaan
Kermak biasa digunakan untuk mengubat cirit birit, melancarkan pembuangan najis,
mengubat penyakit TB(tuberculosis) dan penyakit kuning. Ekstrak atau jus dari tumbuhan ini
boleh diminum. Ia juga boleh dijadikan ulam. Sesetengah berpendapat mengatakan kermak
dapat mencuci lemak dan toksid dari badan jika di makan sebagai ulam.

Senduduk
Nama Saintifik:Melastoma malabathricum
Famili:Melastomataceae
Nama Biasa:Senduduk
Nama lain:Keduduk,senggani,Straits Rhododendron
Lokasi dijumpai:Semak dan belukar
Keterangan
Pokok renek ini biasa dijumpai dibelukar dan semak yang tidak terlalu tebal. Tinggi purata
pokok senduduk ialah 1 m namun ia boleh mencapai ketinggian hingga 3 m. Batangnya

berwarna kemerahan dan dilitupi oleh bulu-bulu halus. Sama seperti batang daun dan
buahnya juga dilitupi bulu ini. Bunganya cantik dan mempunyai 5 kelopak dengan stamen
berwarna kuning ditengah-tengahnya. Bunga senduduk yang paling biasa dijumpai berwarna
ungu gelap hingga ke merah jambu dan putih. Jenis berwarna putih ialah jenis yang paling
jarang dijumpai tumbuh liar. Selalunya ia ditanam untuk tujuan perubatan. Bijinya berwarna
hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia
boleh meninggalkan warna hitam pada mulut dan dari sinilah senduduk mendapat nama
botaninya melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa greek. Pucuknya boleh
dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam
kelat. Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain disesetengah tempat sepeti di Thailand.
Daunnya boleh dijadikan makanan untuk ulat sutera seperti daun kertau dan mulberi
juga.Buahnya menjadi makanan kegemaran burung.
Kegunaan
Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk
mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama
daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan
dijadikan rempah untuk mandi selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas bersalin.
Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. Daun ini
ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.
Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. Daun senduduk
boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang
dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat
bulu tadi. Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, najisk
berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. Pes daunnya yang ditumbuk
juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air.

Teja
Nama Saintifik:Cinnamomum culilawan Bl
Famili:Lauraceae
Nama Biasa:Teja
Nama lain:Kayu tija(indonesia),culilawan
Lokasi dijumpai:Di hutan dan kawasan pembalakan
Keterangan
Pokok teja ialah sejenis tumbuhan renek yang senang didapati di kampung kampung. Semasa

kecil ibu selalu menggunakan rebusan daun teja bersama daun, medang turus sebagai air
mandian untuk menghilangkan lenguh badan. Tumbuhan saka ini adalah tumbuhan dari
famili yang sama dengan kayu manis dan bentuk fizikal dari bentuk daun dan bunganya juga
hampis sama. Seluruh bahagian pokok ini terutama kulit batangnya mempunyai aroma yang
kuat. Bahan aktif yang terdapat didalamnya ialah minyak volatile.
Kegunaan
Walaupun teja mempunyai banyak khasiat perubatan namun ia jarang digunakan kerana
pendedahan yang tidak meluas mengenai khasiatnya. Antara khasiat teja ialah untuk
mengembalikan kecergasan badan dan mengilangkan lenguh-lenguh dengan cara
mencampurkan daunnya bersama air suam dan dijadikan air mandian. Ia sesuai digunakan
oleh ibu yang baru melahirkan.

Tutup Bumi
Nama Saintifik:Elephantopus Scaber
Famili:Compositae
Nama Biasa:Tutup Bumi
Nama lain:Tapak leman/tapak liman,Tapak tangan, tapak tanah,tapak gajah, ku di dan
(china),Prickly-leaved Elephants Foot(English),Doh , Doh Mai Rue(Thailand) Lom
Lokasi dijumpai: Padang-padang rumput
Keterangan
Rumpai ini biasa dijumpai tumbuh liar dipadang-padang bersama rumput. Ia sesuai tumbuh
pada semua ketinggian hingga mencapai 1200 m dari aras laut.
Kegunaan
Untuk mengubat anaemia, batuk ,selsema dan serak tekak, radang rahim , hepatitis, bisul,
penyakit kulit, cirit birit dan keputihan juga radang mata. Ia juga dikatakan dapat
mempermudahkan proses kelahiran dan digunakan selepas bersalin untuk mengembalikan
kecergasan badan. Bahagian yang digunakan : seluruh bahagian tumbuhan termasuk akarnya
dibersihkan dan dikeringkan. Untuk penyakit hepatitis (sakit kuning), 120-180g akar yang
masih segar direbus bersama daging dan air(supnya) diminum selama 4-5 hari. Untuk perut
kembung pula 60g batangnya yang masih segar direbus dan diminum airnya. Untuk penyakit
lain rebus 15-50 gram pokoknya yang telah dikeringkan dan minum airnya. Pucuk dan
akarnya yang direbus bersama daun inai, daun jambu batu dapat mengecutkan rahim.

Langkah-langkah Memajukan Industri Herba


Herba tempatan mencatat nilai pasaran kira-kira RM8 bilion tahun lalu berbanding tahun
sebelumnya dengan peningkatan 10 peratus, sekali gus membuktikan industri berkenaan
mempunyai potensi luas untuk dimajukan.Ini bermakna pasaran industri herba tempatan
meningkat empat kali ganda bermula 2002 apabila ketika itu pasaran industri berkenaan kirakira RM2 bilion.Pengurus Besar Kumpulan Malaysia Herbal Corporation (MHC) Zainal
Azman Abu Kasim, berkata pasaran produk herba dunia tahun lalu mencecah RM720
bilion.Menurutnya, MHC, anak syarikat milik penuh Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia
bagi Teknologi Tinggi (Might) yang bertanggungjawab memajukan industri herba di negara
ini, melakukan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan pendapatan pengusaha herba.Katanya,
antara projek terbaru MHC ialah melancarkan portal DagangHerbal.com, sebuah portal yang
dibangun khusus untuk industri herba.Portal ini bertujuan memudahkan pengusaha termasuk
mereka yang memasarkan produk herba di Malaysia menjalankan urus niaga secara terus
kepada pelanggan, katanya di Kuala Lumpur.Menurut Zainal Azman, pelancaran portal itu
adalah lanjutan kejayaan program Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan
(4PU) produk herba yang dikendalikan MHC.Beliau berkata, berikutan kejayaan projek 4PU
herba itu, 150 syarikat yang menyertai projek berkenaan kini disenaraikan di portal
terbabit.Portal ini dibangun dengan kerjasama syarikat Dagang Net Asia Sdn Bhd.Ia juga
sebagai portal rujukan utama kepada pembeli dan penjual produk herba untuk mendapat
maklumat mengenai produk, bekalan, pengusaha dan sebagainya dalam industri herba,
katanya.Menurut Zainal Azman, portal itu mempunyai laman khusus untuk pengusaha produk
herba menyenaraikan produk mereka yang boleh dilihat bakal pembeli di seluruh dunia.
MALAYSIAN Herbal Corporation (MHC), anak syarikat milik penuh Kumpulan Industri
Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might), mengadakan misi lawatan dagang ke
beberapa negara termasuk Indonesia bagi mengenal pasti pasaran serta teknologi digunakan
pengusaha herba di negara terbabit.Pengurus Besar Kumpulan, Zainal Azman Abu Kasim,
berkata MHC bersama pengusaha herba Malaysia yang membuat tinjauan itu mahu melihat
lebih dekat teknologi dan jenis herba yang diguna pengusaha herba di luar negara supaya ia
boleh dikomersialkan di negara ini.Menurutnya, selain tinjauan teknologi itu, MHC juga
mencari pasaran bagi memudahkan pengusaha herba tempatan memasarkan hasil mereka ke
luar negara.Kami adakan pertemuan dengan pengusaha herba di luar negara dan daripada
situ pengusaha tempatan dapat menjalinkan hubungan perniagaan yang memudahkan mereka
bertukar pendapat serta maklumat mengenai industri herba, katanya kepada Bisnes Metro.

Konsep-konsep Herba
Herba telah digunakan olh pelbagai pihak dalam semua industri. Antaranya ialah sebagai
kesihatan. Iaitu dijadikan ulam-ulaman, bidang kesihatan samada memantapkan kesihatan
zahir atau batin bagi perepuan mahupun lelaki. Namun begitu, Herba juga berpotensi dalam
bidang kecantikan bagi sesiapa yang amat mementingkan kecantikan. Namun beitu, ubatubatan berasakan herba tidak mendatangkan kemudaratan kepada semua penggunanya. Hal
ini kerana ubat-ubatan ini adalah semula jadi dan tidak mengadungi bahan-bahan kimia.

Rujukan-Rujukan
- Definisi Herba
* ms.wikipedia.org/wiki/Herba
-Jenis-jenis Herba
* http://www.geocities.com/pustakaherba/pustakaherba.htm
-Langkah-langkahMemajukan Industri Herba
* http://ceoherba.blogspot.com/

Penutup Kata
Alhamdulillah.
Kini, Blog yang menyiarkan mengenai herba telah dapat dihasilkan.
Biarpun cuma sdikit sahaja yang dapat disumbang, namun, kami sekumpulan amat gembira
kerana dapat memperkenalkan kepada bukan sahaja rakan-rakan sekolah tetapi juga kepada
sluruh rakyat Malaysia tentang herba-herba yang terdapat di Malaysia.
Sekian sahaja untuk ini.
Diharap aga para pembaca memperoleh sedikit pengetahuan daripada blog kami ini.
Sebarang feedback atau komen boleh dihantar ke email
smk_bako@yahoo.com
dan
missraden91@ymail.com
sekian sahaja dari kami,
pelajar 6 Rendah 1,
SMK Bako 2009.

You might also like