You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

STINGLESS BEE HIVE & PUMP


SARANG DAN PAM MADU KELULUT

1.0 Pengenalan

Lebah kelulut ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Madu
kelulut mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu
lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut rasanya
masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan
kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.
Kelulut biasanya membuat sarang mereka di dalam tunggul kayu atau dahan pokok, dan
sesetengah di dalam rongga di dalam tanah. Kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti
telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter
tinggi. Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen.
Hasil maklum balas daripada penternak ladang lebah kelulut, kebiasaannya ramai menggunakan
kaedah manual seperti penggunaan picagari, pam bekam yang telah diubah suai dan pengubah suaian
mesin pam susu yang mendatangkan masalah dari segi masa yang lama dan penggunaan bateri yang tidak
tahan lama semasa menuai madu kelulut. Disamping itu, penggunaan manual boleh merosakkan kantung
madu.
Dengan adanya mesin pam madu kelulut ini dapat mengatasi permasalahan dari segi masa dan
cara menyedut madu kelulut dengan lebih efisyen dan mesra alam. Kajian rekabentuk dan pembuatan
topping hive baharu ini juga dapat mempercepatkan lagi pembentukkan kantung madu dan seterusnya
dapat mempertingkatkan pengeluaran madu kelulut dengan lebih cepat dan lebih produktif.

2.0 Objektif

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objektif yang dikenal pasti. Antaranya ialah ;

2.1 Merekabentuk dan menghasilkan penempatan lebah kelulut yang lebih mesra alam.
2.2 Merekabentuk dan mengubah suai mesin penyedut madu lebah kelulut.

3.0 Lokasi

Tempat yang dicadangkan adalah Taman Kelulut, JMSK, Politeknik Port Dickson

4.0 Carta Gantt Pembinaan

Rujuk Lampiran 1
5.0 Penglibatan

Penyelia :-
1. Mohammad Mokhtar Bin Padeli

Pelajar :-
Hive & Pump
1. Nur Haziq Arif Bin Mohd Hijazi (06DKM13F1088)
2. Mohamad Adib Bin Joffri (06DKM13F1184)
3. Mohammad Hafidz Bin Mohamed (06DKM14F1168)
4. Iskandar Zulkarnain Bin Othman (06DKM14F1144)
5. Norsyafiqah Binti Abdul Manap (06DKM14F1016

Pump & Marketing


6. Mohd Syafiq Bin Daud (06DTP14F1011)
7. Muhammad Luqman Bin Esmom (06DTP14F1010)
8. Muhammad Norizwan Bin Noorazan (06DTP14F1006)
9. Mohd Nabil Bin Hashim (06DTP14F1003)
10. Muhammad Azib Bin Abdul Razak (06DTP14F1019)
11. Muhammad Aziq Fikri Bin Mohd Razi (06DTP14F1001)

6.0 Peralatan

Antara perlatan utama yang digunakan;

Kayu 1x8 inci. Kayu 2x3 inci. Papan lapis Tools Box plastic
ketebalan 5mm

Tiub Honey cup Bateri asid


Water Air
Diaphragm plumbum (12v).
Pump DC 12V

12V Battery Butang Suis Botol kaca Wayar Kabel


Charger
7.0 Anggaran Perbelanjaan

Melibatkan pembuatan DUA (2) set sarang (penggunaan cup kelulut dan biasa) dan SATU (1)
set mesin penyedut madu kelulut.

Jumlah
Bil Perkara
(RM)
1 Koloni lebah kelulut x 2 unit 600.00
2 Kayu 1x8 inci 40.00
3 Kayu 2x3 inci 20.00
4 Papan lapis ketebalan 5mm 45.00
5 Cawan madu Honey cup 10.00
6 Paku 1 inci, skru 10.00
7 Pam Air 35.00
8 Bateri asid plumbum (12v) 60.00
9 12V Battery Charger 60.00
10 Suis 3.00
11 Klip terminal 2.00
12 Tools Box plastic 20.00
13 Tiub 5.00
14 Wayar kabel 5.00
15 Botol kaca 5.00
16 Klip Hos 5.00
Jumlah RM 925.00

8.0 Impak dan Pemasaran

Projek mesin pam dan sarang madu kelulut ini dapat membantu kelab keusahawan lebah
kelulut Politeknik Port Dickson dan seterusnya pam penyedut madu kelulut ini dapat dipasarkan kepada
pengusaha luar untuk pengeluaran yang lebih mudah dan efisyen.

9.0 Penutup

Diharapkan projek ini dapat memberi suatu pendedahan dan pengalaman yang berguna dalam
pembuatan produk inovasi. Disamping itu, ia dapat memupuk semangat kerjasama,sikap
bertanggungjawab, berfikiran kreatif dan inovatif serta boleh memimpin sesebuah organisasi dikalangan
pelajar. Seterusnya, produk inovasi ini dapat dikomersialkan dengan lebih meluas dikalangan pengusaha
lebah madu kelulut.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

……………………………………… ……………………………………….
(MOHD SYAFIQ BIN DAUD) (MOHAMMAD MOKHTAR BIN PADELI)
Penyelidik Projek Penyelia projek
KERTAS CADANGAN

SARANG DAN PAM MADU KELULUT


STINGLESS BEE HIVE & PUMP

PENYELIA :-
MOHAMMAD MOKHTAR BIN PADELI

AHLI KUMPULAN
HIVE & PUMP
NUR HAZIQ ARIF BIN MOHD HIJAZI(06DKM13F1088)
MOHAMAD ADIB BIN JOFFRI (06DKM13F1184)
MOHAMMAD HAFIDZ BIN MOHAMED (06DKM14F1168)
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN OTHMAN (06DKM14F1144)
NORSYAFIQAH BINTI ABDUL MANAP (06DKM14F1016

PUMP & MARKETING


MOHD SYAFIQ BIN DAUD (06DTP14F1011)
MUHAMMAD LUQMAN BIN ESMOM (06DTP14F1010)
MUHAMMAD NORIZWAN BIN NOORAZAN (06DTP14F1006)
MOHD NABIL BIN HASHIM (06DTP14F1003)
MUHAMMAD AZIB BIN ABDUL RAZAK (06DTP14F1019)
MUHAMMAD AZIQ FIKRI BIN MOHD RAZI (06DTP14F1001)

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

You might also like