You are on page 1of 2

KEBAIKAN PROPOLIS KELULUT

Apa itu ProPolis? Propolis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud
Pelindung Bandar. - Propolis dihasilkan daripada damar (resin) tunas tumbuhan
yang dikutip oleh lebah pekerja yang berumur 21 hari, bercampur dengan lilin lebah,
debunga dan air liur lebah. - Lebah akan sapukan propolis pada dinding dan
kawasan dalaman sarang untuk memastikannya sentiasa berada dalam keadaan
steril, iaitu bebas daripada sebarang kuman atau virus. Propolis juga merupakan
bahan untuk membina, mengukuh, membaiki dan mengisi rekahan pada sarang
lebah. - Propolis merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang bertindak sebagai
pelindung lebah:
1. Melindungi lebah daripada ancaman bakteria, kulat dan virus.
2. Meningkatkan daya imuniti lebah. Ramuan Utama dan Fungsi mengandungi
lebih daripada 325 jenis bahan aktif yang baik kepada manusia: - 34 jenis flavonoid -
15 jenis terpenes - > 20 jenis asid organik - > 8 jenis enzim - > 10 jenis kumpulan
ester dan aldehid - > 18 jenis asid amino - > 20 jenis zat galian - Pelbagai jenis
vitamin - Polisakarida, dan lain-lain Kelebihan ProPolis .!!!! Antibiotik semulajadi:
Anti-bakteria, virus dan kulat Meningkatkan daya imuniti badan Anti-kanser,
mencegah pertumbuhan sel kanser - Mengurangkan kesan negatif rawatan barah -
Mengurangkan jangkitan saluran pernafasan - Membantu masalah gastrousus (perut
& usus) - Membantu penyakit kulit, rongga mulut dan gigi - Membantu masalah sakit
puan - Membantu masalah alahan - Mengawal dan mengaktifkan insulin, membantu
penyakit kencing manis - Menyembuhkan keradangan dan tahan sakit - Melindungi
hati - Anti-pengoksidaan, menentang radikal bebas, mengaktifkan SOD,
melambatkan proses penuaan Membantu kecantikan dan kecerahan kulit, awet
muda - Menstabilkan emosi dan menambahkan tenaga - Menguatkan saluran darah,
membantu peraliran darah Pengesahan Saintifik Tahun Pengesahan Saintifik 1968
Pakar Sains Perancis Profesor Remy Chavin membuktikan bahawa bakteria dan
virus tidak boleh hidup di dalam sarang lebah. 1987 Menurut kajian yang dijalankan
oleh Oxford University, propolis mempunyai 149 jenis komponen bio aktif. 1991
Persidangan Lebah Antarabangsa mengesahkan bahawa propolis mengandungi
lebih daripada 100 jenis zat-zat penting yang sangat berguna kepada manusia. Di
antaranya yang terpenting sekali ialah Flavonoid. 1991 Profesor Tetsuya Matsuno
dari Persatuan Kanser Jepun mendapati bahawa propolis mengandungi agen anti-
barah yang mampu mencegah pertumbuhan dan membunuh sel barah tanpa
memberi sebarang kesan sampingan yang buruk. Fungi & Kebaikan Dibuktikan oleh
Mengurangkan masalah gigi Dr.S.Orlov (Yugoslavakia) Mengurangkan masalah
keradangan tekak Dr.P.N.Doroshenko (Russia) Mengurangkan masalah
pendengaran Dr.I.T.Pershakov (Russia) Mengurangkan masalah alahan hidung
Dr.J.K.Leipus (Russia) Membantu penyakit tuberkulosis Dr.V.H. Karinova (Russia)
Membantu masalah kulit Dr.Vernd Koning (Germany) Membantu masalah ulser perut
Dr.A.Vasilca (Romania) Membantu penyakit barah pankreas, tulang dan darah
Dr.N.Popovici (Romania) Meningkatkan daya imuniti badan Dr.Bent Havsteen
(Germany) Sudut
Persoalan.
1. Adakah ProPolis sesuai digunakan oleh semua lapisan pengguna? Ya. Ia sesuai
digunakan oleh semua lapisan pengguna terutamanya mereka yang lemah daya
imuniti.
2. Mereka yang sihat juga memerlukan ProPolis ? ProPolis dapat membantu
mereka menjaga kesihatan, mencegah penyakit, awet muda dan melambatkan
proses penuaan.
3. Apa itu Flavonoid Flavonoid adalah sejenis zat semulajadi dari tumbuhan.
Propolis merupakan salah satu sumber flavonoid semulajadi yang tertinggi. Banyak
kajian telah membuktikan kesan baik flavonoid, termasuklah anti-bakteria, anti-virus,
merawat keradangan, menstabilkan emosi, anti-pengoksidan, mencegah kanser dan
lain-lain lagi.
4. Bolehkah mereka yang alahan terhadap debunga lebah mengambil ProPolis ?
Boleh. ProPolis bukan sahaja tidak memberi kesan sampingan kepada mereka ,
malah ia membantu mengurangkan dan menyembuhkan masalah alahan yang
dihidapi.
5. Adakah ProPolis mengandungi alkohol? Tidak. ProPolis diekstrak dengan
menggunakan bioteknologi terkini iaitu Ekstraksi Cecair Superkritikal yang tidak
menggunakan alkohol. Ia adalah selamat kepada kaum Muslim.
6. Boleh ProPolis digunakan secara luaran pada kulit atau luka? Boleh. Titiskan
beberapa titik ProPolis ke dalam botol penyembur yang diisi air bersih dan disembur
terus pada permukaan kulit. Ia amat berkesan membantu menyembuhan luka,
jerawat, ruam dan masalah kulit yang lain.
7. Mengapa memilih ProPolis ? ProPolis yang mendapat pengesahan dan
penganugerahan dari Malaysia mahupun dari antarabangsa. Cara Ekstraksi Cecair
Superkritikal dapat mengekstrakkan lebih banyak jenis flavonoid dari propolis mentah
dan kesannya turut dipertingkatkan. Ia adalah pilihan utama seisi keluarga anda.

You might also like