You are on page 1of 75

Modul Pementoran RE

IPG

Program Pementoran
Rakan ELIT Baharu IPG

IPG Peneraju
Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna

Institut Pen didikan Guru Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia
2018
1
Modul Pementoran RE
IPG

SLOT PENGENALAN

KERANGKA TS25 DAN KERANGKA LATIHAN RAKAN


EDUCATIONAL LEADERSHIP AND INSTRUCTIONAL TEAM
IPGM
‘Penggerak Pembelajaran Bermakna’

Pengenalan

Bahagian ini membincangkan kerangka konsep Program Transformasi Sekolah


2025 (TS25) dan kerangka pelaksanaan latihan Rakan Educational Leadership and
Instructional Team (ELIT) IPGM. Peserta dikehendaki memahami setiap elemen
dalam kerangka TS25 dan peranan yang berkaitan dengan Rakan ELIT (RE). Peserta
diharap mempunyai kefahaman yang mantap mengenai kedua-dua kerangka ini
supaya pelaksanaan TS25 memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi peserta dapat;

i. Menggunakan kerangka TS25 untuk menerangkan peranan RE IPG

Kriteria Kejayaan

i. Menerangkan elemen dalam kerangka TS25


ii. Menerangkan rasional kerangka pelaksanaan latihan RE
iii. Menghubung kait kerangka dengan peranan RE IPG di sekolah

Aktiviti Permulaan

i. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan aspek


kemenjadian murid dan 11 anjakan.
ii. Keperluan kepada kerangka dalam Program Transformasi Sekolah.

1
Modul Pementoran RE
IPG

Aktiviti 1 : Elemen Kerangka TS25 ( 10 minit )

i. Peserta merujuk jadual di bawah, yang menyenaraikan elemen-elemen yang


perlu ada dalam Kerangka TS25 (Rajah 1). Peserta diminta tentukan satu
elemen lagi yang sesuai untuk ‘X’.

Elemen-elemen dalam Kerangka Konsep TS25

● Dokumen standard ● Pemimpin Berkesan


● Guru Berkualiti ● Pentaksiran
● PIBG & Komuniti ● Elemen X?
● Persekitaran Pengajaran dan
Pembelajaran Bermakna

ii. Peserta diminta melengkapkan Rajah 1 di bawah dengan elemen-elemen


yang terdapat dalam jadual di atas.

Rajah 1: Kerangka Konsep TS25 yang difikirkan

2
Aktiviti 2 : Kerangka Konsep TS25 ( 10 minit )

i. Pamerkan Kerangka TS25 sebenar. Peserta diminta melengkapkan Kerangka


TS25 (Rajah 2).

Rajah 2 : Kerangka Konsep TS25 yang lengkap

Aktiviti 3 : Kerangka Pelaksanaan Program Pementoran RE IPG ( 60 minit )

i. Pamerkan Kerangka Pelaksanaan Program Pementoran RE IPG (Rajah 3).

ii. Peserta diminta membincangkan kerangka pelaksanaan Program Pementoran


RE IPG.
Rajah 3 : Kerangka Pelaksanaan Program Pementoran RE IPG

iii. Peserta diminta berbincang untuk mengaitkan Kerangka TS25 (Rajah 2) dan
Kerangka Pelaksanaan Program Pementoran RE IPG (Rajah 3) dari aspek
peranan RE IPG di sekolah.

Rumusan

Kerangka TS25 berperanan merangkai titik-titik (connecting the dots) yang ada
dalam sistem pendidikan di sekolah. RE IPG memainkan peranan penting
membantu sekolah dalam aspek pedagogi, pentaksiran dan pelaksanaan kurikulum
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Di samping itu,
RE IPG juga perlu menguasai aspek kehendak konsep guru berkualiti pemimpin
berkesan.

Rujukan

Amin Senin (2018). Melangkah ke hadapan: Fokus dan Gerak Kerja Professional
KPPM 2018. Firdaus Press: Kementerian Pendidikan Malaysia
SLOT 1
MENERAJUI PEMBELAJARAN
‘Eksplorasi Teknologi Dalam
Talian’

Pengenalan

Bahagian ini bertujuan untuk mengaplikasi dan memantapkan pengetahuan yang


berkaitan dengan aspek Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada semua peserta
untuk melancarkan pelaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Ia
memberi panduan tentang penggunaan alatan dalam talian yang boleh digunakan di
dalam pengajaran harian. Selain itu juga, ia memberi panduan tentang bagaimana
peserta boleh menggabungjalinkan elemen teknologi dengan elemen pembelajaran
dalam perancangan pengajaran mereka.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi peserta dapat;

i. Menggunakan teknologi digital yang sesuai dengan Pedagogi Pembelajaran


Abad 21

Kriteria Kejayaan

i. Mencipta akaun bagi aplikasi dalam talian yang ditetapkan.


ii. Menghasilkan produk PdP menggunakan aplikasi dalam talian.
iii. Mempamerkan produk PdP yang dihasilkan pada laman Padlet.

Aktiviti Permulaan

i. Memberi pendedahan asas Padlet, Blendspace dan Quizziz


Aktiviti 1 : PADLET ( 45 Minit )

i. Peserta diberi input tentang pengenalan kepada Padlet dengan menonton kilp
video tentang Padlet
ii. Memberi contoh-contoh laman Padlet berkaitan PdP.
iii. Peserta diminta mengumpul semua link Padlet IPG zon masing-masing Cth:
Zon Utara Timur

Padlet Zon Utara Timur https://


padlet.com/drazmanf/reipg2017

Di dalam kumpulan IPGK masing-masing, peserta mengeksplorasi Padlet berkaitan


PdP yang telah disediakan. Peserta dikehendaki membina SATU akaun Padlet yang
mengandungi keperluan berikut:

i. Profil Rakan Elit IPG


ii. Memuat naik bahan PdP yang berkaitan dengan TS25 RE IPG
iii. Berkongsi bahan PdP di Padlet Zon masing-masing
iv. Peserta diminta membentangkan hasil kerja kumpulan
Aktiviti 2 : BLENDSPACE ( 30 minit )

i. Peserta diberi input tentang pengenalan kepada LMS Blendspace


ii. Peserta menonton kilp video tentang LMS Blendspace.
iii. Memberi contoh-contoh laman Blendspace berkaitan PdP.
iv. Peserta mengeksplorasi LMS Blendspace berkaitan PdP.

Aktiviti 3 : QUIZZIZ ( 30 minit )

i. Peserta diberi input tentang pengenalan kepada Quizizz.


ii. Peserta menonton klip video tentang Quizizz.
iii. Memberi contoh-contoh kuiz menggunakan Quizizz.
iv. Peserta mengeksplorasi Quizizz berkaitan PdP.

Aktiviti 4 : Parking Lot ( 15 minit )

i. Mencipta akaun Padlet sebagai e-Parking Lot untuk setiap IPGK.


ii. Menggunakan fitur-fitur Padlet untuk pengumpulan bahan-bahan dan aktiviti
TS25.
iii. Mempamerkan (showcasing) dan berkongsi hasilan kerja kumpulan tersebut
di tapak Padlet.
Rumusan

Bahagian ini akan membantu meningkatkan tahap profesionalisme pensyarah


sebagai RE IPG daripada aspek kesedaran dan kepentingan menguasai kemahiran
membina dan mengunakan alatan dalam talian untuk melaksanakan PdP Abad 21
di IPG dan sekolah.

Tugasan

Tarikh / Tugasan
Masa Aktiviti
Peranan RE Eviden (ePortfolio)

Status Aplikasi ● Peserta dibahagikan ● · Laman web:


Dalam Talian kepada kumpulan
· mengikut IPGK - https://www.tes.com/
● Mengaplik lessons/
asi ● Peserta diminta - https://padlet.com/
aplikasi dalam membangun dan
- https://quizizz.com/
talian menggunakan Padlet
● · Video tutorial:
mengikut keperluan
- Pautan pada video bagi
yang ditetapkan.
tutorial ketiga-tiga alatan.
● Peserta akan ● Laman Padlet:
mempamerkan - rujuk Laman Padlet
(showcasing) hasilan Zon masing-masing
kerja kumpulan
tersebut di tapak
Padlet.

Rujukan

Tes Teach (2018). Create Digital Lesson in Five Minutes. Retrieved from https://
www.tes.com/lessons/
Padlet (2018). Collaborate Better,Be More Productive. Retrieved from https://
padlet.com/
Quizziz (2018). Motivate Students and Reclaim Your Time. Retrieved from https://
quizizz.com/
Video :

EdTech Tidbits (2014, Mac). BlendSpace Tutorial. Retrieved from https://


www.youtube.com/watch?v=ICw-MlgPAlI

Richa rd Byr ne (2013, Sept). How to use Padlet. Retrieved from https://
www.youtube.com/watch?v=UuzciL8qCYM
Josep h B r eisc h (2015, Julai). Quizizz Tutorial. Retrieved from https://
www.youtube.com/watch?v=bz0fB4u9uF8
SLOT 2
BIMBINGAN DAN PEMENTORAN

Pengenalan

Bahagian ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang peranan pemimpin


pertengahan dalam melaksanakan program TS25 bagi memperkukuhkan peranan
RE IPG dalam memberikan bimbingan dan pementoran sebagai budaya dalam
sekolah.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir sesi peserta dapat;

i. Mengenal pasti peranan pemimpin pertengahan dalam melaksanakan program


TS25
ii. Menguasai kemahiran asas dalam pendekatan Coaching & Mentoring
menggunakan model GROW

Kriteria Kejayaan

i. Menyenaraikan domain-domain utama amalan Pemimpin Pertengahan sebagai


pembimbing
ii. Mengaplikasikan model GROW dalam melaksanakan Coaching and Mentoring
iii. Melaksanakan coaching secara sistematik menggunakan kemahiran asas
dalam Model GROW
iv. Membuat pemetaan antara peranan pemimpin pertengahan dengan kemahiran
coaching

Aktiviti Permulaan

i. Senaraikan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan


‘coaching’.

Aktiviti 1 : Peranan Pemimpin Pertengahan ( 30 minit )

i. Berdasarkan Toolkit S2-1a, peserta RE IPG mengenal pasti domain-domain


Pemimpin Pertengahan (PP) yang memerlukan peranan mereka sebagai
pembimbing.
ii. Peserta menganalisis data domain amalan pemimpin pertengahan (Toolkit
S2-1b) untuk mengenal pasti domain amalan PP yang perlu diberikan
perhatian semasa bimbingan oleh RE di sekolah.

Toolkit S2-1a : Domain Amalan Pemimpin Pertengahan

Domain Amalan Pemimpin Pertengahan Kepentingan / Implikasi


1. Komitmen pemimpin pertengahan
2. Penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran
3. Keupayaan membangun kapasiti guru
4. Keupayaan menyokong organisasi
5. Kemampuan memotivasi
6. Meningkatkan inisiatif jaringan dan jalinan
7. Menjadi teladan terbaik/pemimpin rujukan

Toolkit S2-1b : Data Domain Amalan Pemimpin Pertengahan


● Rujuk data Domain Amalan Pemimpin Pertengahan Toolkit S2-1b (fail data
dikepilkan)

Senario Kes:

Tujuh domain amalan PP telah dikenal pasti. Berikut ditunjukkan data Pemimpin
Pertengahan (PP) di sebuah sekolah TS25 (Toolkit S2-1b : Data Domain Amalan
Pemimpin Pertengahan). Berdasarkan data tersebut kenal pasti aspek amalan yang
perlu ditingkatkan / dikembangkan. Peserta mencadangkan cara tindakan yang
boleh dilakukan oleh RE untuk membantu meningkatkan amalan PP.

( Bincangkan dalam kumpulan dan kongsikan )


Rajah S2-1 : Domain Amalan Pemimpin Pertengahan

Rajah S2-1: Domain Amalan : Komitmen


Aktiviti 2 : Pengenalan Kepada Coaching & Mentoring ( 30 minit )

i. Peserta mengenal pasti peranan dan konsep coaching & mentoring


menggunakan Toolkit S2-2a. Seterusnya peserta membuat pemetaan antara
peranan pemimpin pertengahan dengan kemahiran coaching menggunakan
Toolkit S2-2b.

Toolkit S2-2a : Peranan Coaching & Mentoring

Aspek Huraian

Mengapa Coaching & Mentoring?

Peranan Coaching & Mentoring

Matlamat Coaching & Mentoring

Kemahiran Coaching

Toolkit S2-2b : Pemetaan peranan pemimpin pertengahan dengan kemahiran


coaching.

Domain Amalan Pemimpin Pertengahan Kemahiran Coaching

Komitmen pemimpin pertengahan


Penambahbaikan pengajaran dan
pembelajaran
Keupayaan membangun kapasiti guru
Keupayaan menyokong organisasi
Kemampuan memotivasi
Meningkatkan inisiatif jaringan dan jalinan
Menjadi teladan terbaik/pemimpin rujukan
Aktiviti 3 : Model GROW ( 60 minit )

i. Peserta mengenal pasti pendekatan langkah dalam Model GROW dengan


menggunakan Toolkit S2-3a. Seterusnya peserta menentukan kemahiran
asas yang diperlukan dalam setiap langkah Model GROW menggunakan
Toolkit S2-3b. Peserta juga diminta menyatakan contoh soalan yang sesuai
dikemukakan dalam Toolkit S2-3c berasaskan Model GROW.

Toolkit S2-3a : Huraian Langkah-langkah GROW.


Langkah Huraian
GOAL
Menetapkan Matlamat

REALITY
Memahami keadaan / isu sedia ada

OPTION
Mengenal pasti opsyen / pilihan

WAY FORWARD
Langkah-langkah selanjutnya

Toolkit S2-3b: Kemahiran Asas Melaksanakan GROW


Langkah Kemahiran Diperlukan

GOAL
Menetapkan Matlamat

REALITY
Memahami keadaan / isu sedia ada
OPTION
Mengenal pasti opsyen / pilihan

WAY FORWARD
Langkah-langkah selanjutnya

Toolkit S2-3c: Soalan berasas Model GROW


Langkah Contoh soalan-soalan

GOAL
Menetapkan Matlamat
REALITY
Memahami keadaan / isu sedia ada

OPTION
Mengenal pasti opsyen / pilihan

WAY FORWARD
Langkah-langkah selanjutnya
Rumusan

Modul ini memberi pendedahan tentang peranan pemimpin pertengahan dalam


melaksanakan TS25 bagi memperkukuhkan peranan memberikan bimbingan dan
pementoran sebagai amalan biasa dalam sekolah TS25.

Tugasan

Tugasan
Tarikh Aktiviti
/
Peranan RE IPG Eviden
Masa
(ePortfolio)

Mengaplikasi ● Melaksanaan Mendokumentasi aktiviti


Coaching & amalan coaching semasa
Mentoring coaching menggunakan memberi bimbingan di
model GROW semasa sekolah dan IPG
memberi bimbingan di
IPG dan sekolah

How do we get there?


How will we know when
have done so?

Rujukan

Holliday, M. (2005). Coaching, Mentoring and Managing. 2nd. Ed. Advantage Quest
Publications. Petaling Jaya, Malaysia.

Landsberg, M. (2003). The Tao of Coaching. Profile Books Ltd. London.

Robertson, J. (2005). Coaching Leadership. Building Educational Leadership


Capacity through Coaching Partnerships. NZCER Press. Wellington.

Robertson, J. (2005, Sept.). Coaching and Mentoring Course Handout: Leaders


Coaching Leaders through Professional Partnerships. 4th. Ed.
SLOT 3
PEMBUDAYAAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)

Pengenalan

Bahagian ini mempunyai matlamat untuk membantu peserta memahami konsep


utama proses Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dalam program TS25.
Selain itu, tiga elemen utama dalam PLC juga akan diketengahkan dalam slot ini
bagi memastikan peserta memahami tiga idea utama dalam PLC iaitu memastikan
pembelajaran murid berlaku, budaya kolaborasi dan fokus kepada pencapaian. Apa
yang lebih penting ialah penekanan dalam slot ini bukan hanya pendedahan
pengetahuan dan kemahiran yang ada di dalam PLC namun peserta dibimbing
untuk menentukan bagaimana hendak memastikan PLC yang dilaksanakan dapat
membantu sekolah untuk mencapai peningkatan profesionalisme guru dan berfokus
kepada pembelajaran murid.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi, peserta dapat;

i. Menjelaskan Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dalam


meningkatkan profesionalisme guru dalam TS25
ii. Mengenalpasti proses pelaksanaan PLC
iii. Menyenaraikan alat-alat kolaboratif bagi pelaksanaan PLC
iv. Mengenalpasti elemen-elemen dalam matrik pelaksanaan PLC
v. Merancang tindakan pelaksanaan PLC dalam usaha memastikan peningkatan
profesionalisme guru dan pembelajaran murid

Kriteria Kejayaan

i. Menghasilkan Matriks Pelaksanaan PLC


ii. Merancang tindakan PLC bagi memastikan peningkatan profesionalisme guru
dan pencapaian murid.
iii. Melaksanakan PLC berdasarkan idea utama yang telah ditetapkan.
Aktiviti Permulaan :

i. Menyatakan pengetahuan sedia ada tentang PLC. Peserta melengkapkan


Carta K-W-L berkenaan PLC menggunakan Toolkit S3-1.

Toolkit S3-1: Carta K-W-L

K W L

- I think I Know - I Want to know - I have Learn

Aktiviti 1 : Konsep dan Idea Utama PLC ( 35 minit )

i. Peserta menonton video: Profesional Learning Communities A Focus on


Student Learning. (https://www.youtube.com/watch?v=36Ltuaailm4) untuk
mengenal pasti konsep dan idea utama PLC.
ii. Peserta melengkapkan maklumat mengenai PLC menggunakan Toolkit S3-2
Toolkit S3-2 : Konsep dan Idea Utama PLC

KONSEP PLC:

TUJUAN PLC:

TIGA IDEA UTAMA PLC:

SOALAN KRITIKAL DALAM PLC:

Aktiviti 2 : Connecting the Dots ( 25 minit )

i. Menggunakan Sumber : Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia Bil. 7/2015,


peserta bincangkan perkaitan di antara konsep, tujuan dan idea utama PLC
dengan konsep peningkatan profesionalisme guru dalam TS25.
ii. Soalan-soalan panduan:
• Apa tujuan PLC?
• Apa alat-alat kolaboratif PLC?
• Learning walk (sebagai alat yang paling berkesan dalam TS25)
• Lihat contoh data Learning Walk (LW)
https://www.teachingchannel.org/videos/the-learning-walk
• Bagaimana PLC dapat membantu peningkatan profesionalisme guru
dalam TS25
iii. Connecting the dots boleh dibuat dalam bentuk peta grafik
iv. Laksanakan Gallery Walk
v. Kumpulan lain melaksanakan “A Star and A Wish”

Aktiviti 3 : Pengoperasian PLC ( 20 minit )


i. Peserta menonton video The Good PLC (https://www.youtube.com/watch?
v=Pu3LkGR6nGQ) atau https://youtu.be/kb69Doc_tuI (5 minit)
ii. Peserta membina soalan-soalan kritikal yang diperlukan bagi memastikan
pelaksanaan PLC mengikut matriks yang disediakan menggunakan Toolkit
S3-3

Toolkit S3-3: Matriks Pelaksanaan PLC

Tindakan Proses Pelaksanaan PLC Soalan- Alat Kolaboratif


Pemimpin soalan yang Dipilih dan
Pertengahan Kritikal Protokol

Plan/ 1. Membina kumpulan


Perancangan
2. Menentukan fokus
(menggunakan data apa?)

3. Inkuiri

4. Inovasi

Do/ Pelaksanaan 1. Praktis

Check/ Penilaian 1. Refleksi

Act/ Tindakan 1. Penambahbaikan


Aktiviti 4 : Simulasi PLC ( 20 minit
)
i. Peserta mengenal pasti isu mengenai amalan PdP yang perlu ditambah baik
dengan menggunakan data Learning walk.
ii. Peserta melaksanakan satu simulasi PLC bagi membantu guru menambah
baik amalan dalam PdP tersebut.

Aktiviti 5 : Pelan Tindakan PLC ( 20 minit )


i. Berdasarkan isu amalan PdP guru dalam Aktiviti 4, rancang satu pelan
tindakan PLC bagi memastikan matlamat PLC untuk meningkatkan
profesionalisme guru dan pembelajaran murid dapat dicapai.
ii. Peserta diminta menghasilkan peta alir tindakan PLC dan dikongsikan.
iii. Pastikan pelan tindakan merangkumi tindakan yang perlu dilakukan bagi
memastikan impak PLC terhadap pembelajaran profesionalisme guru dan
pembelajaran murid.

Soalan: Apakah impak kepada pembelajaran profesional guru dan pembelajaran


murid selepas PLC dijalankan?

Tugasan
Setiap kumpulan perlu mengenal pasti isu yang perlu ditambahbaik. Laksanakan
PLC yang menerapkan matriks pelaksanaan PLC dan teknik GROW. Peserta boleh
memilih satu alat kolaboratif PLC yang sesuai bagi memastikan berlaku
peningkatan profesionalisme rakan sekumpulan dan pembelajaran murid.

Lengkapkan borang PLC di bawah


LAPORAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)
TAJUK PLC :
NAMA SEKOLAH/IPG:
PANITA/UNIT/BIDANG: TARKH/HARI: MASA:

NAMA AHLI TURUT HADIR

PERBINCANGAN

Isu Punca/Data Strategi PLC

TINDAKAN (Pelaksanaan PdP)

Perkara Tindakan guru Pembelajaran Murid Alat pemantauan impak


PLC

Dilaporkan Oleh: Disemak Oleh:


Rumusan

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara ini adalah


pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai
usaha meningkatkan profesionalisme guru. Usaha ini selaras dengan Anjakan 4
dalam PPPM untuk membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan
setugas di bawah inisiatif mentransformasi profesion keguruan. Apa yang perlu
dipastikan ialah budaya PLC berjaya dilaksanakan secara berterusan di sekolah.
Begitu juga tindakan bagi memastikan profesionalisme guru dan pembelajaran
pelajar dapat dicapai dan bukan sekadar melengkapkan borang PLC sahaja.

Rujukan

Richard DuFour. (2004). What is a Professional Learning Community?. Educational


Leadership Jurnal. Vol. 61. No. 8, page 6 -11 retrieved from http://
www.ascd.org/publications/educational-leadership/may04/vol61/num08/What-
Is-a-Professional-Learning-Community%C2%A2.aspx

Video Learning Walk retreived from https://www.teachingchannel.org/videos/the-


learning-walk

Video Professional Learning Communities A Focus on Student Learning retrieved


from https://www.youtube.com/watch?v=36Ltuaailm4

Video The Good PLC retrevied from https://www.youtube.com/watch?


v=Pu3LkGR6nGQ

Video Effective PLC retreived from https://youtu.be/kb69Doc_tuI


SLOT 4
MENERAJUI KEPIMPINAN

Pengenalan

Bahagian ini menekankan aspek membina keupayaan dan kapasiti pemimpin


sekolah untuk mengupayakan pemimpin pertengahan dalam menggerakkan
program transformasi di sekolah masing-masing. Kemahiran menganalisis dan
menginterpretasi data dimantapkan dalam kalangan peserta supaya mereka
berupaya memacu perubahan dan menilai tindakan penambahbaikan di sekolah
berfokuskan data menggunakan PinTaS. Bagi memastikan pelaksanaan proses
penambahbaikan dilaksanakan dengan berkesan di sekolah, para peserta juga
dilatih menggunakan OPPM sebagai alat yang cekap untuk memantau dan
mengawal pelaksanaannya.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi peserta dapat;

i. Menerangkan ciri-ciri utama pemimpin pertengahan dan peranannya di


sekolah
ii. Menghasilkan PInTaS dan mentaksir status PInTaS berasaskan eviden yang
dikumpul
iii. Memantau dan mengawal proses pelaksanaan PInTaS secara berkesan
melalui
OPPM

Kriteria Kejayaan
i. Menyenaraikan peranan pemimpin pertengahan serta menghuraikan tindakan-
tindakan yang perlu dilaksanakan.
ii. Memproses dan memilih data-data yang relevan secara bermakna untuk
membina PInTaS.
iii. Membina satu PInTas berasaskan data yang telah diproses.
iv. Membina satu OPPM yang lengkap berdasarkan PInTaS yang telah disediakan.
Aktiviti Permulaan

i. Peserta diminta untuk mengisi Toolkit S4-1: Carta K-W-H-L berkaitan aspek
Perancangan dan OPPM

Toolkit S4-1: Carta K-W-H-L


Apa yang Apa yang saya Bagaimana saya belajar Apa yang saya baru
saya hendak tahu lebih lagi belajar
Telah Tahu

Aktiviti 1 : Siapa Pemimpin Pertengahan di Sekolah ( 10 minit )


i. Dengan menggunakan kaedah Brain Storming, nyatakan pemimpin
pertengahan yang ada di sekolah dan berikan justifikasi menggunakan Toolkit
S4-1.
Toolkit S4-1: Pemimpin Pertengahan Sekolah

Bil. Siapa Justifikasi


1.
2.
3.
4.
5.
6.
Aktiviti 2 : Peranan Pemimpin Pertengahan ( 15 minit )
i. Peserta diminta meneliti gambar di bawah yang menunjukkan watak pemimpin
pertengahan sekolah.

ii. Dengan menggunakan “Think, Pair, Share”, bincangkan peranan pemimpin


pertengahan sekolah. Peserta diminta memberikan justifikasi menggunakan
Toolkit S4-2.
Toolkit S4-2 : Peranan Pemimpin Pertengahan

Bil Watak Justifikasi


1.

2.

3.

4.
Aktiviti 3 : Membuat Keputusan Berasaskan Data ( 10 minit )

i. Peserta menyenaraikan sumber-sumber data yang ada di sekolah yang boleh


digunakan untuk membuat perancangan.
ii. Peserta menentukan satu keputusan berasaskan hasil sumber data yang telah
dianalisis.
iii. Kongsikan hasil dengan kumpulan lain dalam bentuk grafik.

Aktiviti 4 : Suara Guru & Suara Murid ( 25 minit )


i. Peserta diminta membina satu soal selidik Suara Guru (Teacher Voice, TV) dan
satu soal selidik Suara Murid (Student Voice, SV). Kongsikan soal selidik yang
dihasilkan dengan kumpulan lain melalui Padlet.

Aktiviti 5 : Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS) ( 30 minit )

i. Secara berkumpulan, peserta berbincang untuk membina PInTaS, dengan


mengenal pasti hasil data análisis yang diperolehi daripada PLC, LW, TV, SV,
SKPMg2, Keputusan, dsb.)
ii. Peserta memilih data yang relevan dan bermakna untuk menghasilkan PInTaS
dengan menggunakan Toolkit S4-3 Templat PInTaS dan dikongsikan.
Toolkit S4-3 : Templat PInTaS

Aktiviti 6 : One Page Project Management (OPPM) ( 30 minit )


i. Peserta diberi pendedahan dalam bengkel pembinaan OPPM (Bidang/Projek).
ii. Peserta diminta untuk membina satu OPPM berdasarkan Bidang/Projek
PInTaS yang telah dihasilkan menggunakan Toolkit S4-4 : OPPM

Toolkit S4-4 : OPPM

Rumusan
Pembinaan keupayaan dan kapasiti pemimpin sekolah untuk mengupayakan
pemimpin pertengahan dalam menggerakkan program transformasi di sekolah
masing-masing melalui modul GROW (Slot 2).
Kemahiran menganalisis dan menginterpretasi data (yang terkumpul daripada Slot 3
: PLC) dimantapkan dalam kalangan peserta supaya mereka berupaya memacu
perubahan dan menilai tindakan penambahbaikan di sekolah berfokuskan data
menggunakan PInTaS. PinTaS yang dihasilkan akan sentiasa dikemaskini selagi
ada kemasukan data atau informasi baru supaya tindakan penambahbaikan
boleh dilaksanakan segera.

One Page Project Manager (OPPM) merupakan satu alat yang dapat meningkatkan
tahap kecekapan dalam pelaksanaan Pelan Intervensi Transformasi Sekolah
(PInTaS) di kalangan pemimpin sekolah. Keupayaan memantau pelaksanaan setiap
aktiviti dapat memberi peluang untuk melaksanakan penambahbaikan dan
menggerakkan transformasi sekolah untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.

Tugasan

Peserta diminta untuk membina satu PinTaS dan OPPM (berdasarkan sekolah
bimbingan)
SLOT 5
MENERAJUI PEMBELAJARAN

“Pembelajaran Abad 21”

Pengenalan

Bahagian ini bertujuan untuk mengaplikasi dan memantapkan pengetahuan yang


berkaitan dengan aspek Pengajaran dan Pembelajaran kepada semua RE IPG untuk
melancarkan pelaksanakan Program Transformasi Sekolah sebagaimana yang
diharapkan. Ia memberi panduan tentang aplikasi aktiviti Pembelajaran Abad 21
(PA21) mengikut kesesuaian tajuk dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP). Ia juga memberi panduan tentang bagaimana guru boleh
menggabungkan segala elemen pembelajaran dalam perancangan mereka.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi peserta dapat;

i. Menyediakan aktiviti PA21 mengikut kesesuaian tajuk.


ii. Mengorganisasi aktiviti PA21 dalam keadaan yang selamat dan
menyeronokkan.

Kriteria Kejayaan

i. Mereka bentuk aktiviti PA21 mengikut kesesuaian kandungan.


ii. Mengaplikasi aktiviti PA21 mengikut prosedur yang betul.
iii. Memberi pandangan yang bernas tentang kandungan dan pelaksanaan aktiviti
yang telah dijalankan.

Aktiviti Permulaan :

i. Peserta diminta untuk mengisi Toolkit S5-1: Carta K-W-H-L untuk


menyatakan aspek berkaitan PA21.

Toolkit S5-1 : Carta K-W-H-L

Apa yang Apa yang saya Bagaimana saya belajar Apa yang saya baru
saya hendak tahu lebih lagi belajar
Telah Tahu
Ciri-ciri Aktiviti-aktiviti Menyediakan aktiviti Mengaplikasi aktiviti
PA21 PA21 PA21 yang bersesuaian PA21 yang dirancang
ii. Peserta diberi penjelasan tentang kandungan Pembelajaran Abad 21 (PA21)
menggunakan slaid yang disediakan.
Aktiviti 1 : PA21 - Think-Pair-Share (TPS) ( 10 minit )

i. Dengan menggunakan Toolkit S5-1, satu topik diberikan kepada peserta


secara berpasangan untuk berbincang.
ii. Setiap peserta diminta untuk berfikir berkaitan topik dalam jangkamasa
tertentu.
iii. Peserta berkongsi idea bersama pasangan masing-masing.

Toolkit S5-1 : Topik Perbincangan

Topik Perkongsian Idea


1. Sekolah Bergabung
2. Berorientasikan peperiksaan.
3. Digital tools
4. Penggunaan gajet dalam PdP

Fokus Perbincangan :-
● Pengertian topik
● Kelebihan
● Kelemahan
● Adakah anda setuju atau tidak dan
justifikasinya?
Aktiviti 2 : PA21 : Round Table (RT) ( 10 minit )

i. Peserta berada dalam kumpulan kecil.


ii. Peserta diberikan topik dalam Aktiviti 1 untuk dibincangkan. Setiap peserta
dikumpulkan mengikut topik dalam Aktiviti 1
iii. Peserta berbincang secara round table untuk mengemukakan idea masing-
masing menggunakan Toolkit S5-2
iv. Peserta mengeluarkan idea yang dikongsikan daripada rakan lain.

Toolkit S5-2 :
Bil. Idea Sendiri Pandangan Rakan Sekumpulan

1.

2.

3.

4.

5.
Aktiviti 3 : PA21 - Gallery Walk (GW) ( 10 minit )

i. Peserta berada dalam kumpulan masing-masing.


ii. Berdasarkan Aktiviti 2, peserta mencatatkan hasil perbincangan menggunakan
kertas sebak yang disediakan.
iii. Secara berkumpulan, peserta menghasilkan satu peta minda atau i-Think yang
kreatif menggunakan Toolkit S5-3 : kertas sebak yang disediakan untuk
menggambarkan idea dan hasil yang dibincangkan.
iv. Mempamer hasil perbincangan dan melaksanakan gallery walk (GW)

Toolkit S5-3 : Hasil Peta minda atau i-Think

Aktiviti 4 : PA21 - Three Stray One Stay (3s1s) ( 10 minit )

i. Aktiviti ini adalah kesinambungan daripada Aktiviti 3. Peserta berkongsi idea


hasil perbincangan Toolkit S5-3 dengan kumpulan lain.
ii. Setiap kumpulan menyediakan contoh soalan dalam Toolkit S5-4 berkaitan
hasil perbincangan Toolkit S5-3.
iii. Setiap kumpulan menentukan seorang peserta (secara bergilir) untuk berada di
di kaunternya. Peserta ini akan menjawab persoalan yang diajukan oleh ahli
kumpulan lain berkaitan hasil perbincangan Toolkit S5-3. Manakala peserta
lain daripada kumpulan yang sama akan bergerak (GW) ke setiap stesyen.

Toolkit S5-4 : Contoh Soalan

● …………………………………………………………………………………?
● …………………………………………………………………………………?
● …………………………………………………………………………………?
Aktiviti 5 : Membina Model Pembelajaran (PBL) ( 30 minit )

i. Fasilitator menjelaskan tentang projek PBL yang akan dihasilkan dengan


menggunakan peralatan yang disediakan seperti contoh di bawah.

Contoh : Project Based Learning di SMK Agama Sibu, Sarawak

ii. Peserta diminta membina satu model bahan pembelajaran yang bersesuaian
berkaitan isi kandungan pelajaran mengikut bidang masing-masing
menggunakan peralatan yang disediakan.

iii. Model bahan pembelajaran dipamerkan dan peserta memberikan justifikasi


pemilihan model tersebut dalam satu sesi gallery walk.

iv. Fasilitator membuat pemantauan dan penilaian sewaktu aktiviti berlangsung.

v. Setiap projek dikumpulkan dan fasilitator membuat penilaian daripada aspek :

a) Idea utama : 50%


b) Kreativiti dan kekemasan : 30%
c) Pembentangan : 20%

vi. Fasilitator membuat rumusan kepentingan aktiviti PA21 terhadap kemenjadian


murid daripada aspek 6C dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Peserta diminta
menandakan ( X ) aspek atau elemen 6C menggunakan Toolkit S5-5.
Toolkit S5-5 : Aspek Elemen 6C

Aktiviti Communication Critical Creative Collaborative Character Citizenship


Skill

1
(TPS)
2
(RT)
3
(GW)
4
(3s1s)
5
(PBL)

Rumusan

RE IPG memainkan peranan penting membantu sekolah dalam aspek pedagogi,


pentaksiran dan pelaksanaan kurikulum berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP). Sehubungan itu, pengetahuan mengaplikasikan aktiviti
Pembelajaran Abad 21 (PA21) dalam aspek Pengajaran dan Pembelajaran perlu
dimantapkan untuk membimbing guru di sekolah melaksanakan pembelajaran
bermakna.

Rujukan

SMK Seri Tualang, Temerloh. (2017). Toolkit IB Middle Years Programme. Edisi
kemas kini sehingga Januari 2017.

SMK Agama Sibu. (2017). Bengkel Pembelajaran Koperatif untuk guru-guru.

SMK Semerah Padi, Kuching. (2018). Bengkel Pembelajaran Berasaskan Projek.


SLOT 6
MENERAJUI PEMBELAJARAN
Kepelbagaian Gaya Pembelajaran

Pengenalan

Bahagian ini membincangkan pendekatan yang perlu diambil kira oleh guru
sebelum merancang aktiviti pengajaran. Kefahaman terhadap perbezaan individu
adalah penting dalam membuat pertimbangan semasa merancang aktiviti-aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai dengan kemahiran yang dirancang.
Perancangan aktiviti PdP yang berkesan perlu memenuhi keperluan pembelajaran
individu. Gaya pembelajaran yang berbeza dalam kalangan murid perlu diambil kira
bagi memastikan setiap fokus pembelajaran mereka tidak terjejas. Penekanan
perancangan berdasarkan keperluan perbezaan individu dan perkembangan proses
pemikiran adalah penting dalam memastikan kemenjadian murid.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi peserta dapat;

i. Menghubungkait kepelbagaian gaya pembelajaran terhadap aktiviti


pembelajaran di dalam bilik darjah.
ii. Mengaplikasikan kepelbagaian pendekatan dalam perancangan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira gaya pembelajaran,
kecerdasan pelbagai dan brain-based learning.
iii. Menyedari kesan kepelbagaian gaya pembelajaran terhadap keupayaan
terbaik pembelajaran individu.

Kriteria Kejayaan

i. Membuat perkaitan antara kepelbagaian gaya pembelajaran terhadap aktiviti


pembelajaran di dalam bilik darjah.
ii. Merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
kepelbagaian gaya pembelajaran untuk diaplikasikan dalam bilk darjah.
iii. Menentukan kesan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
terhadap keupayaan pembelajaran individu.
Aktiviti 1 : Kenali Potensi Diri ( 10 minit )

Aktiviti ini bertujuan untuk memahami setiap individu mempunyai kebolehan yang
berbeza. Oleh sebab itu adalah penting bagi guru untuk memahami keperluan
merancang proses PdP bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang
pelbagai kebolehan.

i. Fasilitator menayangkan empat keping gambar dan meminta peserta


memerhatikan gambar tersebut.
ii. Peserta dikehendaki mengenal pasti dan menyatakan imej yang tersembunyi di
sebalik gambar tersebut.

Gambar 1:

Summer : https://blogs.ancientfaith.com
Gambar 2:

Sumber : https://blogs.ancientfaith.com

Gambar 3:

Sumber : https://blogs.ancientfaith.com
Gambar 4:

Sumber: https://blogs.ancientfaith.com

Aktiviti 2 : Memahami Kepelbagaian Individu ( 20 minit )

Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan peserta memahami bahawa setiap individu
mempunyai perbezaan yang unik. Walau bagaimanapun setiap perbezaan individu
itu boleh dibangunkan secara bersama dan sistematik melalui perancangan aktiviti
pengajaran yang terancang bagi mencapai matlamat PdP. Kesedaran terhadap
perbezaan individu perlu difahami oleh guru sebelum merancang aktiviti PdP.
Manakala matlamat objektif pengajaran boleh dicapai apabila guru dapat mengesan
kebolehan murid yang pelbagai. Guru perlu menyedari dan menghargai keunikan
tersebut.

i. Aktiviti dilaksanakan mengikut Toolkit S6-1 Prosedur Pelaksanaan Aktiviti


menggunakan bahan-bahan yang disediakan.
ii. Bahan-bahan:
i. Kertas warna
ii. Gunting
iii. Kertas A3
iv. Gam
Toolkit S6-1 : Prosedur Pelaksanaan Aktiviti

A. Peranan Peserta

i. Setiap peserta dikehendaki memikirkan hanya satu bentuk sahaja.


ii. Gunting lima keping bentuk tersebut pada kertas yang diberikan.

B. Peranan Fasilitator

i. Meminta setiap peserta memikirkan satu bentuk sahaja dan menggunting bentuk
tersebut sebanyak lima keeping.
ii. Fasilitator menetapkan satu tema dan meminta peserta membuat aktiviti secara
berkumpulan dengan membentuk imej berdasarkan tema yang dipilih.
iii. Gamkan bentuk tersebut di atas kertas A3.

Contoh tema yang boleh diberikan adalah seperti:


• Kenderaaan
• Tumbuhan
• Haiwan
• Bangunan

Syarat aktiviti:
• Bentuk yang telah dibuat tidak boleh diubah suai
• Setiap bentuk tidak boleh digam secara bertindih

Contoh Jawapan Aktiviti 2 :

Alternatif 1 : Susunan bentuk yang berbeza

Catatan:

i. Aktiviti dijalankan dalam


kumpulan yang mempunyai
bentuk-bentuk yang berbeza.
ii. Tema : Kenderaan. Peserta
bekerja secara berkumpulan
dengan menggabungkan
semua bentuk bagi membentuk
kenderaan di atas kertas A3
yang disediakan.

Strategi
• Kolaborasi
• Pembelajaran koperatif
• KBKK
• Kreativiti
Alternatif 2 : Susunan bentuk yang sama

Catatan:

i. Aktiviti dijalankan dalam


kumpulan yang mempunyai
bentuk-bentuk yang sama.
ii. Tema : Objek bermakna.
Peserta bekerja secara
berkumpulan dengan
menggabungkan semua
bentuk bagi membentuk objek
bermakna di atas kertas A3
yang disediakan.

Strategi
• Kolaborasi
• Pembelajaran koperatif
• KBKK
• Kreativiti

Aktiviti 3 : Mengesan gaya pembelajaran individu ( 15 minit )

i. Peserta dikehendaki menjawab soalan secara dalam talian untuk mengenal


pasti gaya pembelajaran masing-masing.
ii. Peserta melayari Toolkit S6-2 Soal selidik di alamat : https://goo.gl/EocdP
atau Toolkit S6-3 Soal selidik di alamat https://goo.gl/yiDFL
iii. Peserta membuat refleksi kendiri berdasarkan analisis kenal pasti gaya
pembelajaran masing-masing sama ada keputusan analisis menunjukkan gaya
pembelajaran mereka yang sebenar.

Toolkit S6-2 : Soal selidik : https://goo.gl/EocdP


Atau:

Toolkit S6-3 : Soal selidik : https://goo.gl/yiDFL

Aktiviti 4 : Ujian Kecerdasan Pelbagai ( 25 minit )

Setiap individu mempunyai kecerdasan pelbagai yang berbeza-beza. Tujuan aktiviti


ini adalah untuk menunjukkan perbezaan antara individu semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Fasilitator boleh menukar aktiviti ini dengan aktiviti
lain yang bersesuaian.

i. Peserta dikehendaki menjawab Toolkit S6-4, soalan kuiz di dalam talian bagi
mengenal pasti kecerdasan pelbagai masing-masing.
ii. Peserta diminta melayari alamat website : goo.gl/53LWSf
iii. Berdasarkan keputusan kuiz, peserta dikehendaki bergerak dalam kumpulan
mengikut gaya pembelajaran yang paling dominan.
iv. Peserta membuat refleksi kendiri tentang ketepatan ujian kuiz terhadap gaya
pembelajaran masing-masing, iaitu adakah keputusan yang diperolehi
mewakili gaya pembelajaran sebenar mereka.
v. Peserta membandingkan refleksi dirinya dengan rakan kumpulan yang sama
untuk menentukan adakah terdapat persamaan ciri yang nyata.
vi. Seterusnya fasilitator menayangkan gambar Toolkit S6-5 susunan planet-
planet di angkasa lepas.
Toolkit S6-4 : Soalan Kuiz goo.gl/53LWSf

Toolkit S6-5 : Kedudukan Planet Angkasa Lepas

i. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, setiap peserta dikehendaki


bergerak dalam kumpulan kecerdasan pelbagai yang sama.
ii. Peserta kongsikan persamaan ciri-ciri sepunya dengan ahli kumpulan.
iii. Fasilitator menayangkan gambar kedudukan planet-planet dalam sistem solar.
iv. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang bagi mengingati kedudukan nama-
nama planet tersebut mengikut kecerdasan pelbagai masing-masing.
v. Fasilitator meminta beberapa kumpulan untuk membuat simulasi berdasarkan
hasil perbincangan mereka.
Aktiviti 5 : Keperluan guru dalam merancang pengajaran ( 10 minit )

Penyataan 1:

Hasil penyelidikan terhadap peranan otak menyatakan kurikulum yang dibina perlu
bermakna. Ia perlu disusun dengan mengambil kira keperluan berdasarkan
kategori, konsep dan prinsip-prinsip pendidikan...

Jika kita mahu pelajar mengekalkan, memahami, dan menggunakan idea-idea,


maklumat, dan kemahiran, kita mesti memberi mereka peluang yang mencukupi
untuk mereka memahami makna pembelajaran tersebut..."

Carol Ann Tomlinson


The Differentiated Classroom

Penyataan 2:

Seorang guru mengajar tajuk berkaitaan cuaca. Beliau mengarahkan


pelajarnya…

“lihat ke atas dan perhatikan pelangi yang terbentuk…”

Tetapi pelajarnya melihat ke bawah dan bertanya soalan…

“Mengapa cacing keluar ke permukaan tanah selepas hujan?”

Strategi Koperatif : Rally Table

i. Dalam kumpulan, peseta diminta membincangkan implikasi kedua-dua


penyataan tersebut terhadap situasi pendidikan masa kini. Bagaimanakah
situasi ini mempengaruhi perancangan pengajaran guru?

Nota:
Strategi Koperatif : Rally Table

Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi maklum balas atau menyelesaikan


masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang
sama
Aktiviti 6 : Hello…siapa di sana ( 25 minit )

Aktiviti ini bertujuan untuk mencetuskan pemikiran berfikir murid secara kreatif
dalam mengaplikasikan pembelajaran selari dengan perkembangan teknologi.
Aktiviti ini dapat membangunkan kemahiran berfikir murid melalui pendekatan brain-
based learning.

i. Peserta dikehendaki membina telefon dengan menggunakan cawan kertas/


tin susu dan tali yang disediakan.
ii. Seterusnya, peserta dikehendaki berkomunikasi dengan rakan dan
mencatatkan apa yang diperkatakan.

Bahan-bahan yang disediakan:

i. Cawan kertas / Tin susu


ii. Benang

Contoh : Telefon tin


Kemahiran lanjutan

i. Bagaimanakah aktiviti ini boleh dikembangkan dalam menjana pemikiran


pelajar selaras dengan perubahan semasa dan sesuai dengan PA21.
ii. Seterusnya cuba fikirkan bagaimana komunikasi berkumpulan boleh
dilakukan selaras dengan kemajuan teknologi masa kini.

Kemahiran berfikir lanjutan:

Strategi Pengajaran Alternatif:

Aktiviti ini boleh dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan pelbagai strategi seperti:

i. Pembelajaran konstekstual
ii. Pembelajaran koperatif
iii. Konstruktivisme
iv. Pembelajaran berasaskan Projek
v. Pembelajaran berasaskan masalah
vi. Pembelajaran koperatif

Tugasan kumpulan:

Dalam kumpulan peserta, mencadangkan satu aktiviti yang boleh dijalankan untuk
menjana pemikiran berfikir aras tinggi murid-murid.
Strategi koperatif: Talking chips
Nota:
Strategi Koperatif : Talking Chips

i. Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin


bercakap dan memberi pendapat.
ii. Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi
peluang.

Aktiviti 7 : Perubahan Dunia Pendidikan Semasa ( 10 minit )

i. Peserta menonton Video : Five Keys to Rigorious Project-based Learning

ii. Dalam kumpulan peserta, buat satu rumusan berkaitan dengan


perkembangan pendidikan semasa. Bincangkan perkaitannya dengan
peranan guru dalam membangunkan pedagogi selari dengan Pembelajaran
Abad 21.

Strategi koperatif: Think – Pair - Share

Rumusan :

Fasilitator meminta peserta kursus berbincang dalam kumpulan untuk membuat


rumusan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan. Setiap kumpulan dikehendaki
membuat rumusan dan berkongsi dengan peserta.

Strategi koperatif : Stand and Share.


Nota:
Strategi koperatif : Think-Pair-Share

i. Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan.


ii.. Setiap ahli diberi masa untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan
ahli pasukan yang lain secara berpasangan.
iii. Semua ahli pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian
masalah.
Nota:
Strategi koperatif : Stand and Share

i. Seorang ahli kumpulan bangun dan memberi pandangan terhadap isu yang
dibincangkan.
ii. Semua peserta mendengar dan mencatat.

Fasilitator membuat rumusan dan mengaitkan perbincangan dengan konsep


Transformasi Sekolah (TS25). seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Rajah: Perhubungan antara Pedagogi dengan peranan guru berkesan


dalam mencapai matlamat kemenjadian murid
SLOT 7
MENERAJUI PEMBELAJARAN
Rancangan Pengajaran Harian dan Pentaksiran

Pengenalan

Bahagian ini bertujuan untuk mengaplikasi dan memantapkan pengetahuan yang


berkaitan dengan aspek Pengajaran dan Pembelajaran kepada semua peserta
untuk melancarkan pelaksanaan Program Transformasi Sekolah sebagaimana yang
diharapkan. Ia memberi panduan tentang penulisan Objektif Pembelajaran (OP) dan
Kriteria Kejayaan (KK) serta bahagian-bahagian dalam penyediaan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) mereka. Ia juga memberi panduan tentang bagaimana
guru boleh menggabungkan segala elemen pembelajaran dan pentaksiran di dalam
perancangan mereka.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi peserta dapat;

i. Menulis OP dan KK dengan betul.


ii. Menghasilkan RPH berdasarkan OP dan KK yang telah ditentukan.
iii. Menguasai dan mengurus 3 jenis pentaksiran dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah

Kriteria Kejayaan

i. Menganalisis dan mencatat elemen-elemen dalam setiap contoh penulisan


objektif berdasarkan model-model penulisan OP.
ii. Membuat banding-beza antara OP dan KK.
iii. Menulis satu OP dan dua KK yang sepadan.
iv. Menulis RPH berdasarkan OP dan KK yang disediakan.
v. Mengaitkan kaedah 3 jenis pentaksiran dengan instrumen
Aktiviti Pemulaan

i. Peserta membuat refleksi RPH berdasarkan pengalaman sedia ada anda.


Catatkan maklumat dalam Lajur 1 dan 2.
Carta K-W-L-H
Apa yang saya Apa yang saya Apa yang saya baru Bagaimana saya
telah tahu (K) hendak tahu (W) belajar (L) belajar lebih lagi (H)
(1) (2) (3) (4)

Aktiviti 1 : Penulisan Objektif Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ( 30 minit )

i. Peserta meneliti Toolkit S7-1 Jadual Contoh Penulisan Objektif berkaitan tiga
model penulisan objektif RPH
● Model Mager (perlakuan, situasi, kriteria.)
● Model Gronlund (objektif umum, contoh spesifik)
● Model ABCD (audience, behaviour, condition, degree)

Toolkit S7-1 : Jadual Contoh Penulisan Objektif

Matapelajaran: Sains Tingkatan 1


Model Mager Model Gronlund Model ABCD
Di akhir pembelajaran, murid Di akhir pembelajaran, murid Di akhir pembelajaran,
dapat: dapat: murid tingkatan 1 Averroes
● menyenaraikan sekurang- ● menerangkan apa itu dapat:
kurangnya 5 contoh campuran. ● menyenaraikan
campuran dalam a. Di dalam kumpulan sekurang-kurangnya 5
kehidupan harian dan berempat, murid contoh campuran dan
mengasingkan campuran dapat menyenaraikan mengasingkan
menggunakan kaedah sekurang kurangnya campuran
penurasan dengan tepat 5 contoh campuran menggunakan kaedah
di dalam kumpulan di dalam kehidupan penurasan dengan
berempat. seharian. tepat di dalam
kumpulan berempat.
b. Di dalam kumpulan
berempat,
mengasingkan
campuran
menggunakan
kaedah penurasan

Matapelajaran: Matematik Tahun 6


Model Mager Model Gronlund Model ABCD
Di akhir pembelajaran, murid Di akhir pembelajaran, murid Di akhir pembelajaran,
dapat: dapat: murid tahun 6 Omega
● menyelesaikan 5 dari 6 ● menyelesaikan masalah dapat:
soalan yang berkaitan harian rutin yang ●
dengan peratus seperti melibatkan peratus. menyelesaikan
jumlah simpanan a. Mencari penyelesaian masalah harian rutin
seseorang selepas kepada yang melibatkan
setahun setelah menerima soalan berbentuk peratus; dengan
dividen . jumlah wang
simpanan selepas berpandukan contoh
setahun setelah yang diberi guru;
dividen diterima. tanpa sebarang
kesalahan

Matapelajaran: Bahasa Inggeris Tingkatan 1


Model Mager Model Gronlund Model ABCD
At the end of the lesson, At the end of the lesson, At the end of the lesson,
students should be able to: students should be able to: Students of 1 Anggerik
● skim and scan a 5- a. skim and scan a should be able to:
paragraph factual text factual text. Find at ● skim and scan a 5-
with a partner to find the least 3 out of 5 paragraph factual text
advantages of home advantages of home within a group of four
schooling and list out at schooling from the to list out at least three
least three out of five text. List out the out of five advantages
advantages advantages in a of home schooling as
graphic organiser. mentioned in the text.

b. Write out the details


of each advantage
using bullet points in
a given template.

Aktiviti 2

i. Berdasarkan contoh-contoh penulisan objektif dalam Toolkit S7-1, analisis


dan kenalpasti elemen-elemen dalam setiap contoh penulisan objektif
berdasarkan model-model tersebut
ii. Pilih satu model penulisan objektif di atas dan nyatakan mengapa model
tersebut dipilih.
iii. Berdasarkan satu mata pelajaran pilihan, tuliskan satu OP mengikut model
yang dipilih.
iv. Senaraikan ciri-ciri penulisan OP yang baik.
Aktiviti 3 : Penulisan Kriteria Kejayaan (KK) ( 25 minit )

Kriteria kejayaan adalah Success criteria are ‘I can’ statements that


pernyataan-pernyataan yang specifically outline what the students need to do in
menunjukkan: order to achieve their learning goal.
● Bagaimana murid “…success criteria summarize the key steps or
membuktikan mereka telah ingredients the student needs in order to fulfill the
belajar learning intention (goal) – the main things to do,
● Apakah yang boleh mereka include or focus on.”
hasilkan?
-Shirley Clarke
(Ireland School Board)

Penulisan KK perlu diselaraskan dengan OP

Contoh: (Penulisan di hadapan kelas)

OP:

Kami belajar untuk :


● membina sekurang-kurangnya 5 ayat menggunakan 5 kata majmuk dengan
betul.

KK:

Saya dapat:
● menyenarai 10 kata majmuk dari petikan yang diberikan oleh guru
● mengisi sekurang-kurangnya 10 tempat kosong bagi melengkapkan ayat
dengan kata majmuk yang telah disenaraikan dengan betul
● menulis sekurang-kurangnya 5 ayat dari 5 kata majmuk yang dipilih
berdasarkan gambar yang diberikan dengan betul
Aktiviti 4

i. Secara berpasangan, bincang dan senaraikan bagaimana menulis KK yang


efektif
ii. Banding-beza antara ciri-ciri OP dan KK.

CIRI-CIRI OP KK

iii. Menggunakan OP yang ditulis dalam aktiviti di atas


iv. Bina dua KK yang sesuai.

Aktiviti 5 : Penulisan Rancangan Pengajaran Harian ( 50 minit )

● Komponen-komponen utama dalam RPH

● Aktiviti Pemulaan (Starter)


● Set Induksi
● Aktiviti Utama (3 bahagian)
● Penyampaian Isi Kandungan/ Pengajaran
● Praktis
● Penyemakan Pemahaman
● Aktiviti Penutup
● Plenary
● Merujuk OP
Contoh RPH

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN MINGGU KEEMPAT

Mata Pelajaran: Tema: Penulisan ( B ) Kelas : 5 Tarikh :24 Januari


Bahasa Melayu Topik: Peranan Uthman 2017
Keluarga Masa: 7.25 – Hari : Selasa
● Sukan 8.40

Kod Standard Nilai Moral: Hubungan Rentasan Kurikulum:


Pembelajaran: Kerjasama, Kerajinan Ilmu: P.Moral,P.S.K
FU:12.0 FS:2.3 ,7.1 KBT: Kemahiran berfikir

Objektif Pembelajaran: Kriteria Kejayaan.


Pada akhir pelajaran pelajar dapat:
1. Membina Peta Buih berkaitan lima isi karangan.
1. Menyenaraikan lima isi 2. Melengkapkan jadual (isi, huraian dan contoh
karangan
2. Menjelas dan menghuraikan
lima isi dengan penerangan
dan contoh yang sesuai
Konsep Utama / Bahan Bantu Belajar:
Perbendaharaan Kata Utama: Video : https://www.youtube.com/watch?
1. Kosa Kata v=kcp435dG3wY
2. Keindahan bahasa

Rangka Pengajaran Impak / Refleksi


Aktiviti Permulaan 1. Secara berkumpulan dengan Pembelajaran
(Bahagian 1) menggunakan Idea Rush, Koperatif
● Aktiviti untuk menarik pelajar menyenaraikan Sumbang saran
minat murid beberapa contoh sukan.
● Memaklumkan kepada 2. Paparkan video (Peranan PA21 (Pemikiran
murid tentang OP dan keluarga dalam menggalakkan kritis)
pelajar bersukan – contoh (Mencetus idea
KK
Datuk Nicol Ann David) tentang peranan
● Merangsang ingatan 3. Minta pelajar nyatakan peranan keluarga dalam
terhadap pembelajaran yang dimainkan oleh ibu Nicole menggalakkan
terdahulu Ann David dalam pelajar bersukan)
menggalakkannya bersukan?”
4. Paparkan tajuk akan ditulis
Karangan: Peranan keluarga
dalam menggalakkan pelajar
bersukan yang
5. Minta persetujuan dan Pembelajaran
kesediaan pelajar Pembezaan
(menggunakan traffic light) Menyemak
tentang tajuk tersebut. kesediaan pelajar
6. Guru menyemak OP dan KK untuk memulakan
bersama pelajar untuk aktiviti utama
mengetahui apa yang mereka
perlu capai.
Aktiviti Utama 1. Secara One-Two-Group, minta Pembelajaran
pelajar sumbang saran tentang Koperatif
● Penerangan kandungan peranan keluarga dalam One-Two-Group
pembelajaran menggalakkan pelajar
● Contoh dan tunjuk cara bersukan.
● Peluang membuat latihan 2. Minta pelajar memilih lima isi KBAT
● Bimbingan dan maklum dan lengkapkan Peta Buih. Peta Buih
balas berterusan 3. Minta pelajar lekatkan hasil
● Beri pelbagai gaya untuk aktviti Jejak Galeri.
pembelajaran 4. Minta pelajar memberi komen
dengan menggunakan 2 Stars- PA21 (Pemikiran
● Cabaran bersesuaian kritis)
untuk semua murid N- A Wish.
5. Dalam kumpulan berempat,
● Peluang untuk belajar
minta pelajar memilih satu isi
secara kolaboratif yang boleh mereka huraikan
● Pentaksiran untuk dengan penerangan dan
pembelajaran (AFL) contoh.
6. Guru menunjukkan satu contoh
isi yang dihuraikan di atas Slaid
PPT dan minta pelajar
membuat perbandingan dengan
hasil kumpulan. PA21 (Kolaboratif)
7. Minta setiap kumpulan memilih Bekerja secara
satu isi untuk di bentangkan kolaboratif
secara “Roam and Remain”.
8. Selesai pembentangan, secara
berkumpulan pelajar Pentaksiran
melengkapkan jadual (isi,
huraian dan contoh). Pentaksiran untuk
9. Guru menilai jadual dan pembelajaran (AFL)
memberi komen untuk
penambahbaikan.
Aktiviti Penutup 1. Minta pelajar menilai jadual Pentaksiran
● Aktiviti penutup kumpulan yang difikirkan Pentaksiran untuk
lengkap. pembelajaran (AFL)
2. Minta pelajar membuat
rumusan aktiviti
pembelajaran tersebut.

Kerja Susulan Pemulihan Pengukuhan Pengayaan


Murid
Pelajar Pelajar diminta menulis 2 Pelajar diminta
diminta perenggan karangan untuk 2 menulis satu
menulis 1 isi beserta huraian. Pelajar karangan yang
perenggan isi diminta memasukkan lengkap termasuk
beserta peribahasa atau simpulan perenggan isi dan
huraian. bahasa yang sesuai di dalam penutup.
perenggan mereka.
Pelajar diminta
memasukkan
penanda wacana
yang sesuai serta
peribahasa yang
boleh digunakan
dalam karangan
mereka.
Refleksi
Refleksi: Kajian
dan penilaian
pembelajaran Video set induksi kurang sesuai untuk kumpulan pelajar yang lemah.
akan datang:
Kenal pasti
langkah-langkah
seterusnya

Aktiviti 6 : Aktiviti RPH ( 15 minit )

i. Di atas kertas sebak, dengan menggunakan satu objektif pembelajaran dan


dua kriteria kejayaan dari aktiviti di atas, lengkapkan RPH dengan aktiviti-
aktiviti PdP yang sesuai.
ii. Lengkapkan Jadual KWLH yang dibuat dalam Aktiviti Permulaan.

Aktiviti 7 : Jenis Pentaksiran ( 15 minit )

i. Fasilitator menjelaskan tiga jenis pentaksiran:


● Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Assessment of Learning/AoL)
● Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment for Learning/AfL)
● Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment as Learning/AaL)
ii. Peserta diminta menentukan kesesuaian kaedah pentaksiran dengan jenis
pentaksiran dan kemahiran PA21.
iii. Peserta mengisi Toolkit S7-2 Jadual di bawah semasa atau setelah menonton
video berikut: https://www.youtube.com/watch?v=Q7QuQpMStS4&t=37s

Toolkit S7-2 : Jadual Penentuan Kaedah / Jenis / Kemahiran

Jenis Pentaksiran Kemahiran Abad 21 (4C)


Bil Kaedah Pembelajaran
AfL AaL AoL Komunikasi Kolaboratif Kreatif Kritikal

1. Kuiz
2. Latihan Rumah
3. Lembaran Kerja
4. Pemerhatian
5. Persembahan
6. Pensel dan
Kertas (Ujian)
7. Spesifikasi
Produk
8. Soal Jawab
9. Senarai Semak
10. Tugasan Bertulis

Rumusan

Penulisan RPH yang baik dan pemilihan kaedah pentaksiran yang sesuai dapat
melicinkan pelaksanaan PdP di sekolah. RPH yang komprehensif dapat membantu
guru-guru merancang skop dan aktiviti pengajaran mereka agar sejajar dengan
keperluan Pendidikan Abad ke 21. Oleh itu, bahagian ini telah dirancang sebegitu
rupa supaya dapat membantu RE IPG untuk program TS 25 semasa membimbing
guru-guru di sekolah dan rakan pensyarah di IPG melaksanakan tugas-tugas PdPc
mereka dengan lebih berkesan.
Tugasan

Tugasan
Tarikh/ Aktivti
Masa Peranan RE IPG Eviden (ePortfolio)

Membangunkan satu Mendokumentasi satu RPH


RPH lengkap menggunakan lengkap yang telah dihasilkan
Penulisan format yang dicadangkan dan memuat naik dalam e-
RPH (contoh RPH) berasaskan Portfolio.
PA21

Rujukan

Gronlund, N. E. (1999). How to write and use instructional objectives (6th ed.).
Bellevue, WA: Merril Press.

Leong, A. J. W. (2016). Kriteria Kejayaan: Kompas Pembelajaran Bahasa Melayu


dalam Pendidikan Abad 21 (pp. 1-30, Kertas Kerja).

Mohd Nordin Abu Bakar (2017). RMK EDUP 3063. Pentaksiran Dalam Pendidikan.
Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Video:

Modul 2-Assessment FOR, AS, & OF Learning AERTeamGECDSB Published Oct, 2011.
Retrieve from https://www.youtube.com/watch?v=Q7QuQpMStS4&t=37s
SLOT 8
KEFAHAMAN MELALUI REKA BENTUK (KmR)
‘Merungkai Standard’
Pengenalan

Kerangka Kefahaman melalui Reka Bentuk (KmR) mengemukakan proses


merancang dan struktur bimbingan terhadap kurikulum, pentaksiran dan
pengajaran. Merangkumi dua idea utama iaitu (a) memberi fokus kepada pengajaran
dan pentaksiran terhadap kefahaman dan pembelajaran bermakna, dan (b) mereka
bentuk pelaksanaan kurikulum secara terbalik (backward).

Melalui kerangka KmR, pembelajaran dapat dibugarkan apabila guru mempunyai


matlamat atau hala tuju yang jelas tentang proses perancangan kurikulum atau
standard. Proses yang dikemukakan tidak rigid tetapi fleksibel. Fokus pengajaran
adalah membangunkan kefahaman mendalam dan pembelajaran bermakna
secara autentik apabila murid dapat mengguna dan menghubungkait pengetahuan
dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Kefahaman murid dipamerkan melalui
pencapaian autentik dan kebolehan melaksanakan ‘six facets of understanding’ iaitu
memberi penerangan, menginterpretasi, mengaplikasi, memindah perspektif,
empati dan taksiran kendiri.

Keberkesanan pelaksanaan kurikulum atau standard dirancang secara terbalik


(backward) melalui proses reka bentuk tiga peringkat iaitu hasil pembelajaran,
evidens dan pelan pembelajaran. Proses ini sangat membantu guru melaksanakan
P&P yang berasaskan hasil (outcome-based) kerana terbina hubungkait antara guru
dan standard (connected), wujud rasa kepunyaan (ownership) dan meningkatkan
keyakinan diri (in-control).

Hasil Pembelajaran :

Pada akhir sesi peserta dapat;

i. Mengenal pasti elemen utama yang terdapat di dalam kurikulum berasaskan


penyataan standard.
ii. Mengenal pasti proses merungkai standard yang terkandung dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Kriteria Kejayaan:

i. Menerangkan Kerangka Modul KmR yang terdiri daripada merungkai standard,


pengajaran inovatif (PBL Bersepadu) dan showcasing murid.
ii. Menghuraikan konsep merungkai standard (DSKP) menggunakan The Big
Idea
(TBI), Essential Questions (EQ) dan Backward Design (BD).
Aktiviti 1 : Kerangka Modul KmR ( 30 minit )

i. Peserta mengenal pasti peranan komponen yang terdapat dalam kerangka


KmR.
ii. Menghubungkait kerangka KmR menggunakan urutan langkah intervensi
(Intervensi → Input → Output → Outcome → Impak) menggunakan Tool Kit
S8-1.

Aktiviti 2 : Konsep Merungkai Standard (DSKP) ( 90 minit )

i. Peserta menggunakan TBI, EQ dan BD untuk memahami proses merungkai


standard menggunakan Tool Kit S8-2.

Toolkit S8-1: Urutan Langkah Intervensi

Langkah Huraian / Contoh


1. Intervensi / Aktiviti
2. Input
3. Output
4. Outcome / Keberhasilan
5. Impak

Toolkit S8-2: Merungkai Standard (DSKP)

Pendekatan / Tools Huraian / Contoh


1. The Big Idea (TBI)
2. Essential Questions (EQ)
3. Backward Design (BD)
Tugasan

Tarikh/ Tugasan
Masa
Aktiviti
Peranan RE Eviden

Status Mengenal pasti Rekod pelaksanaan KmR di


Pelaksanaan KmR pelaksanaan KmR di sekolah seperti Showcase
sekolah yang dibimbing murid
● Memantau
perlaksanaan semasa aktiviti
KmR di shadowing dengan Menyemak data dan eviden
sekolah Master Trainer. yang berkaitan

How do we get there?


How will we know when
have done so?

Rujukan

Appleton, K., & Asoko, H. 1996. A case study of a teacher’s progress toward using a
constructivist view of learning to inform teaching in elementary science. Science
Education, 80(2), 165-180.

Barber, M., Mourshed, M., & Whelan, F. 2007. Improving education in the Gulf. The
McKinsey Quarterly, 3947.

Barrows, H.S. l986. “A Taxonomy of Problem-based Learning Methods” Medical Education,


Vol.20, pp.481-486.

Barrows, HS, .1998. “The essentials of problem-based learning” Journal of Dental


Education. Vol.62, Iss.9, pp.630-633.

Schmidt, H. G. 1993. Foundations of problem‐based learning: some explanatory notes.


Medical education, 27(5), 422-432.

Stigler, J. W., & Hiebert, J. 2009., June 16. The teaching gap: Best ideas from the world's
teachers for improving education in the classroom. Simon and Schuster.

Wiggins, G. & McTighe, J. 1998. Understanding by Design. Alexandria, VA: Association for
Supervision & Curriculum Development.

Wiggins, G. & McTighe, J. 2000. Understanding by design. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

Wiggins, G. & McTighe, J. 2004) Understanding by design professional development


workbook, Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development
SLOT 9
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Pengenalan

Kemenjadian murid dan sekolah berkualiti merupakan tunggak utama Program


Transformasi Sekolah 2015 (TS25). Seluruh warga sekolah berkongsi aspirasi yang
sama untuk memberi tumpuan terhadap pembelajaran yang bermakna melibatkan
semua murid. Sekolah perlu menjadi tapak yang subur untuk menyediakan ruang
dan peluang pembelajaran yang berterusan dalam kalangan warganya. Persekitaran
pembelajaran positif diperlukan oleh sekolah untuk membina keupayaan dan
kelestarian melaksanakan agenda transformasi TS25 perubahan yang melibat
seluruh aspek budaya sekolah. Semua pihak perlu terlibat dalam pembelajaran,
terutamanya pembelajaran profesional yang mempunyai kesan secara langsung
dengan pembelajaran murid.

KerangkaTeras pembelajaran profesional dan Model Inkuiri Pembelajaran Profesional


dikemukakan untuk membantu peserta mengenal pasti bidang fokus pembelajaran
profesional dalam kalangan guru selaras dengan idea utama bahawa guru adalah nadi
transformasi di sekolah. Peranan pemimpin pertengahan untuk membina persekitaran
positif di sekolah dengan menyokong pembelajaran profesional guru.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir sesi peserta dapat;

i. Mengenal pasti konsep-konsep persekitaran pembelajaran profesional dan


faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaannya
ii. Menganalisis faktor, isu dan cabaran terhadap guru untuk membina
persekitaran pembelajaran profesional
iii. Merungkai peranan Pemimpin Pertengahan dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran profesional
iv. Mengenal pasti konsep pembelajaran profesional sebagai komponen
persekitaran pembelajaran profesional
v. Mengenal pasti teras pembelajaran profesional berdasarkan bidang fokus dan
keutamaan sekolah
vi. Mengenal pasti perbezaan antara pembangunan profesional dengan
pembelajaran profesional
vii. Melakukan refleksi terhadap pembelajaran profesional yang pernah dilalui
viii. Mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh PPS dalam
pembinaan persekitaran pembelajaran profesional di sekolah
ix. Mengenal pasti peranan Pemimpin Pertengahan dalam menyokong
persekitaran pembelajaran profesional.

Kriteria Kejayaan:

i. Menyelaraskan teras pembelajaran profesional yang boleh membantu


pelaksanaan aktiviti TS25
ii. Menyenaraikan perbezaan antara pembangunan profesional dengan
pembelajaran profesional
iii. Berkongsi hasil refleksi terhadap pembelajaran profesional
iv. Menyenaraikan pengetahuan dan kemahiran PPS dalam pembinaan
persekitaran pembelajaran profesional di sekolah melalui senarai semak
v. Mencadangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk memantapkan pengetahuan
dan kemahiran PPS berdasarkan Model Inkuri Pembelajaran Profesional
vi. Menyenaraikan peranan Pemimpin Pertengahan dalam menyokong
persekitaran pembelajaran profesional.

Aktiviti 1: Konsep Persekitaran Pembelajaran Profesional ( 30 minit )

i. Fasilitator akan memberi penerangan tentang konsep pembelajaran


profesional sebagai komponen persekitaran profesional. Toolkit S9-1 (Konsep
Pembelajaran Profesional)
ii. Berdasarkan Rajah 1 (Teras PP) dan Rajah 2 (Huraian Teras PP) - Toolkit S9-
2, kenal pasti tujuh teras pembelajaran profesional.Sebagai pensyarah di IPG,
peserta menyusun teras pembelajaran profesional berasaskan keutamaan
menggunakan Toolkit S9-3.
iii. Peserta membuat undian secara online untuk menentukan teras pembelajaran
profesional di IPG mengikut keutamaan masing-masing. (URL:)
iv. Peserta berkongsi idea dengan dengan PPS sekolah lain menggunakan
‘Share-N-Turns’.
v. Berdasarkan maklum balas yang diterima, kemaskini dan murnikan hasil
kumpulan dan tampalkan diruang yang sediakan.

Toolkit S9-2 (Huraian Teras Pembelajaran Profesional)

Toolkit S9-3 Senarai Teras Pembelajaran Profesional berdasar keutamaan


(letakkan teras yang paling di atas):

Teras Justifikasi
Teras 1:
Teras 2:
Teras 4:
Teras 5:
Teras 6:
Teras 7:

Aktiviti 2: Pembangunan Profesional vs Pembelajaran Profesional ( 30 minit )

i. Peserta melengkapkan Toolkit S9-4 untuk menyenaraikan perbezaan antara


pembangunan profesional dengan pembelajaran profesional.
ii. Menggunakan kaedah ‘Turn & Talk’ kongsikan dengan rakan sebelah tentang
perbezaan pembangunan profesional dengan pembelajaran profesional.
Lakukan banding beza dapatan anda dengan ahli kumpulan anda.
Toolkit S9-4 : Perbezaan antara Pembangunan Profesional dengan Pembelajaran
Profesional

Pembangunan Profesional Pembelajaran Profesional

Aktiviti 3: Inkuiri Pembelajaran Profesional (30 minit)

i. Peserta melengkapkan Jadual dalam Toolkit S9-5 setelah meneliti Model


Inkuri Pembelajaran Profesional (MIPP).
ii. Sebagai seorang RE IPG, anda diminta membimbing seorang Guru Besar
tentang pembelajaran profesional yang diperlukan. Menggunakan kaedah
‘Share-N-Turns’’ kongsikan aktiviti-aktiviti yang telah anda pilih bagi setiap
langkah dalam model tersebut.
iii. Setelah perkongsian dan perbincangan, peserta memurnikan dan
mengubahsuai aktiviti yang berkaitan sebagai hasil kumpulan.
iv. Setiap kumpulan mempamerkan hasil kumpulan untuk tujuan jelajah galeri
(gallery walk)

Toolkit S9-5 : (Jadual Langkah-Langkah MIPP)

Langkah Huraian Aktiviti


(MIPP)
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Aktiviti 4: Peranan Pemimpin Pertengahan - Bimbingan Instruksional
(Instructional Coaching) ( 60 minit )

Bimbingan Instruksional merupakan sokongan profesional yang penting untuk


membantu pengajaran guru dan pembelajaran murid. Toolkit S9-06 menunjukkan
Kitaran Impak untuk bimbingan instruksional yang terdiri daripada tiga peringkat
iaitu (a) Kenal pasti (Identify), (b) Belajar (Learn) dan (c) Meningkat (Improve).

Toolkit S9-06 - Kitaran Impak (Bimbingan Instruksional)

Rajah 9.1 : (Kitaran Impak). Adaptasi daripada: Knight, J. (2017). The Impact Cycle: What
Instructional Coaches Should Do to Foster Powerful Improvements in Teaching. Corwin
Press
Rajah 9.2 : (Kitaran Impak). Adaptasi daripada: Knight, J. (2017). The Impact Cycle: What
Instructional Coaches Should Do to Foster Powerful Improvements in Teaching. Corwin
Press.

Definisi Pembimbing Instruksional (IC):

Pembimbing instruksional (IC) merupakan rakan kongsi / rakan pembelajaran guru


untuk membantu mereka meningkatkan pengajaran dan pembelajaran supaya
murid menjadi lebih berjaya. Untuk melakukan ini, IC bekerjasama dengan guru
untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang realiti semasa, mengenal pasti
matlamat, memilih strategi mengajar untuk memenuhi matlamat, memantau
kemajuan, dan menyelesaikan masalah sehingga matlamat dipenuhi. (Hal. 26)

Peranan Pembimbing Instruksional (IC):

Pembimbing instruksional (IC) rakan berkongsi dengan guru untuk:


● menganalisis realiti semasa,
● menetapkan matlamat,
● mengenal pasti dan menerangkan strategi mengajar untuk mencapai
matlamat, dan
● memberi sokongan sehingga matlamat dipenuhi.
(Hal. 25)
Perbandingan Pendekatan Pembimbing Instruksional (Instructional Coach)

Top-Down Rakan Kongsi (Partnership)


Pematuhan (Compliance) Komitmen

Orang luar bilik darjah mengetahui Orang dalam bilik darjah mengetahui
keperluan murid keperluan murid
Satu saiz untuk semua Satu saiz untuk seorang
Maklum balas membina Dialog
Pembimbing memikirkan penyelesaian Guru memikirkan penyelesaian
Menghukum (Judgmental) Tidak menghukum

Status pembimbing lebih tinggi Status pembimbing dan guru adalah


sama
Akauntabiliti terhadap pemimpin Akauntabiliti terhadap murid

Toolkit S9-07 : Cadangan Aktiviti Bimbingan Instruksional

Fasa Langkah Cadangan Aktiviti


Kenal Pasti Realiti Semasa
Matlamat
Strategi Pengajaran
Belajar Pemodelan
Senarai Semak
Meningkatkan Hala tuju
Kemajuan
Pencapaian
Tindakan
Tugasan
Tarikh/ Tugasan
Masa Aktiviti
Peranan RE Peranan MT

Status Persekitaran Sejauh mana program / aktiviti Rekod membantu


Pembelajaran / inisiatif sedia ada sekolah menyelaras
Profesional menyokong persekitaran aktiviti / inisiatif untuk
● Menentukan pembelajaran profesional. membugarkan
program / aktiviti / persekitaran
How do we get there? pembelajaran
inisiatif untuk
How will we know when have profesional.
membugarkan
persekitaran done so?
Menyemak data dan
pembelajaran eviden yang
profesional. berkaitan.

Peranan Pemimpin Mengemaskini intervensi Rekod membantu


Pertengahan untuk pengupayaan pemimpin sekolah
● Kesediaan dan pertengahan melaksanakan melaksanakan latihan
Pengupayaan bimbingan instruksional bimbingan
Pemimpin instruksional
Melaksanakan program /
Pertengahan
aktiviti / inisiatif latihan Menyemak data dan
bimbingan instruksional. eviden pelaksanaan
bimbingan
instruksional

Rujukan:

Darling-Hammond, L. (2008). Teacher learning that supports student learning. Teaching for
intelligence, 2(1), 91-100.

Darling-Hammond, L., & Bransford, J. (2007). Preparing teachers for a changing world:
What teachers should learn and be able to do. John Wiley & Sons.

Darling-Hammond, L., Lapointe, M., Meyerson, D., M. T., & Cohen, C. (2007). Preparing
School Leaders for a Changing World: Lessons from Exemplary Leadership
Development Programs. Standford, CA: Stanford University, Stanford Educational
Leadership Institute.

Knight, J. (2017). The Impact Cycle: What Instructional Coaches Should Do to Foster
Powerful Improvements in Teaching. Corwin Press.

Timperley, H., Wilson, A., Barrar, H., & Fung, I. (2007). Teacher professional learning and
development: Best evidence synthesis iteration. Wellington: New Zealand Ministry of
Education.

Vermunt, J.D. (2014). Patterns in student learning: the past, present and a future. Paper
presented at the European Association for Learning and Instruction, SIG 4
Conference, Leuven.
SLOT 10
PELAKSANAAN LATIHAN RE IPGM
IPG-BASED, SCHOOL BASED, LAPORAN DAN PEMANTAUAN

Pengenalan

Bahagian ini akan menghuraikan pelaksanaan latihan RE IPG di peringkat IPGK dan
di peringkat sekolah. Peranan Master Trainer dan RE IPG baharu juga akan
dibincangkan. Kaedah pemantauan latihan ini juga akan dijelaskan. Adalah
diharapkan dengan memahami bahagian ini peserta berupaya melaksanakan latihan
dan melaksanakan tugasan seperti mana yang dihasratkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Hasil Pembelajaran
Pada akhir sesi peserta dapat;

i. Menjelaskan kaedah pelaksanaan latihan berasaskan IPG dan berasaskan


sekolah
ii. Menghuraikan peranan dan tugas RE IPG TS25
iii. Menjelaskan kaedah pemantauan yang akan dilalui

Kriteria Kejayaan

i. Melengkapkan tugasan PINTRE

Aktiviti Pemulaan
● Rujuk slot-slot yang dilalui.
Aktiviti 1: Tugasan PINTRE

Bincangkan.
S10-1

Bil Tugasan Bukti

1. Anda dikehendaki melaksanakan suatu Case-based Dokumen


Learning berdasarkan pembelajaran dalam kursus Gambar
ini. Temubual
Tugasan ini dilaksanakan dalam kumpulan mengikut Video
IPGK. E-Portfolio
Laporan Bertulis
Setiap ahli kumpulan dikehendaki memilih satu
daripada aspek yang berikut;- Tempoh:
3 bulan
● Coaching dan Mentoring
● Pengurusan PinTaS
● Pedagogi Abad ke 21
● Pentaksiran
● Gaya Pembelajaran
● PLC, CPD
● Rancangan Pengajaran Harian

Dalam aspek yang dipilih, anda perlu menyelidik


amalan tersebut di peringkat sekolah bersama MT.

Anda perlu melaporkan Case-based Learning


menggunakan format berikut;

● Tajuk
● Pengenalan
● Objektif
● Soalan kajian
● Metodologi
● Dapatan Kajian
● Rumusan

Laporan anda perlu dimuat naik ke dalam tapak


Google Drive yang disediakan mengikut IPGK.
Bahan-bahan yang boleh dimuat naik boleh dalam
bentuk laporan bertulis, E-Portfolio (gambar, video
dan lain-lain)
Aktiviti 2 : Peranan MT, RE IPG dan Penyelaras TS25

Bincangkan.
S10-2
Peranan Master Trainer IPGK

1. Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa bersama RE IPG berkaitan


pelaksanaan latihan ini.
2. Membimbing RE IPG memahami isi kandungan dan keperluan modul-modul
latihan TS25 V 2.0
3. Membimbing RE IPG untuk menguasai kemahiran C&M (bimbingan
& pementoran) kepada SISC+, SIP+, Pengetua, Pemimpin
Pertengahan khususnya dalam aspek pedagogi.
4. Membimbing RE IPG melaksanakan tugasan case-based learning (CBL)
seperti dalam S10-1
5. Melaporkan aktiviti bimbingan RE IPG kepada Pengarah dan IPGM mengenai
perkembangan bimbingan yang dilakukan.
6. Menilai laporan tugasan RE berdasarkan rubrik yang diberikan.
7. Menyediakan jadual lawatan ke sekolah dalam tempoh yang ditetapkan (surat
punca kuasa dari IPGM).
8. Memberi motivasi dan perangsang kepada RE IPG untuk terus belajar dan
bersedia menjadi Master Trainer kepada kumpulan RE IPG yang akan dilatih.

Peranan RE IPG

1. Memahami isi kandungan dan keperluan modul-modul latihan TS25 V 2.0


2. Menguasai kemahiran bimbingan kepada SISC+, SIP+, Pengetua, Pemimpin
Pertengahan khususnya dalam aspek pedagogi.
3. Melaksanakan tugasan Case-based Learning (CBL) seperti dalam S10-1 dalam
tempoh masa yang ditetapkan
4. Melaporkan perkembangan pembelajaran dalam latihan kepada Master Trainer,
Pengarah dan pihak-pihak lain.
5. Memuat naik bahan tugasan ke dalam tapak (Google Drive) yang disediakan.
6. Mempamerkan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugasan sebagai
RE IPG.
7. Melaksanakan apa-apa tugasan yang berkaitan dengan program TS25 seperti
yang diarahkan oleh pihak atasan.

Peranan Penyelaras TS25 IPGK

1. Bertanggungjawab terhadap MT dan pengarah.


2. Menyimpan segala dokumen dan laporan TS25.
Aktiviti 3: Memahami Carta Alir Pelaksanaan

Bincangkan.

Bil Aktiviti Tanggungjawab Tempoh

Menyediakan Modul latihan RE IPG IPG


Master Trainer

Melaksanakan Training of Trainers (TOT) IPGM


32 orang MT IPGK

Menghadiri Latihan RE IPGM mengikut tiga zon MT Zon


RE IPGM

Melaksanakan Latihan IPG-Based dan School- MT IPGK


Based RE IPGM

Menyiapkan laporan PINTRE MT IPGK


RE IPGM
Menghantar laporan PINTRE RE IPGM
Laporan keseluruhan IPG-Based dan School MT IPGK
Based Pengarah

Penyampaian Sijil Konsultan RE IPGM IPGM


IPGK
Pengarah

Aktiviti 4: Kaedah Pemantauan

Bincangkan.

Bil Pemantau Aktiviti Tool


1. Master Trainer Bimbingan RE IPGM Borang Bimbingan
IPGK
2. Pengarah & Berbincang dengan MT IPGK Laporan Bertulis oleh MT
Penyelaras TS25 Mesyuarat berkala IPGK
Google Drive

3. Rektor Berbincang dengan SMT dan Laporan Bertulis oleh MT


Penyelaras TS25 IPGK
Google Drive

Rumusan

1. Pelaksanaan latihan RE IPGM perlu mendapat komitmen daripada semua


pihak khususnya di peringkat IPGK.
2. MT perlu membuat bimbingan dan mentoring kepada RE IPGM.
3. Pemantauan perlu dibuat secara berkesan.

You might also like