You are on page 1of 22

031012-08-0442

NO. PERKARA MUKA SURAT

SENARAI KANDUNGAN i

1.0 PENGENALAN 1-3

2.0 PENGGUNAAN DAUN KETUM DALAM 4-5


PERUBATAN TRADISIONAL DI KAMPUNG
TASOH KAKI BUKIT, PERLIS.
3,0 PENGENDALIAN DAUN KETUM DALAM 6
PERUBATAN TRADISIONAL DALAM
KALANGAN MASYARAKAT KAMPUNG
TASOH KAKI BUKIT.

4.0 4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI 7-8

MASYARAKAT KAMPUNG TASOH KAKI BUKIT,

PERLIS MENGGUNAKAN DAUN KETUM SEBAGAI

BAHAN PERUBATAN TRADISIONAL

5.0 5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI 9-11

MASYARAKAT KAMPUNG TASOH KAKI BUKIT,

PERLIS UNTUK TIDAK LAGI MENGGUNAKAN

DAUN KETUM SEBAGAI BAHAN PERUBATAN

TADISIONAL

KESIMPULAN 12-13

NOTA HUJUNG 14-15

BIBLIOGRAFI 16

BORANG SOAL SELIDIK 17-18

LAMPIRAN 19-22

SENARAI KANDUNGAN

1
031012-08-0442

TEMA: SEJARAH PERUBATAN DAN KESIHATAN

TAJUK KAJIAN: PENGGUNAAN DAUN KETUM DALAM PERUBATAN

TRADISIONAL DI KAMPUNG TASOH KAKI BUKIT PERLIS PADA TAHUN 2010

HINGGA 2020

1.0 PENGENALAN

Menurut akhbar Berita Harian Online menyatakan bahawa daun ketum telah lama

menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru

bersalin.1 Ia juga merupakan ubat herba tradisional yang telah lama diamalkan di Malaysia

dan negara jiran dalam merawat pelbagai penyakit. 2 Antara penyakit yang dapat dirawat

menggunakan daun ketum ialah sakit perut, mengeluarkan angin dalam badan, merawat sakit

belakang dan sebagainya.3

Menurut blogspot Hello Doktor, daun ketum juga mampu menjadi ubat pemulih tenaga

jika diminum air rebusannya.4 Daun ketum mampu membuat pengambil minuman daripada

tumbuhan ini lebih cergas, kuat dan berasa lebih baik dari segi fizikal serta mental.5

Selain itu, blogspot Hello Doktor turut menyatakan bahawa daun ketum digunakan secara

tradisional di Malaysia sebagai ubat merawat sakit perut, jangkitan gastrointestinal, sakit otot,

dan batuk.6 Laporan penggunaan ketum yang awal di Malaysia adalah pada kurun ke -18,

dengan ketum dijadikan sebagai ubat penggantu untuk merawat ketagihan opiat.7 Opiat

adalah bahan yang bertindak pada reseptor opioid untuk mengahsilkan kesan seperti morfin.

Dari segi perubatan ia digunakan terutamanya untuk melegakan kesakitan, termasuklah

anestesi. Turut digunakan dalam perubatan lain termasuklah untuk melegakan kesakitan cirit-

2
031012-08-0442

birit, terapi penggantian untuk gangguan penggunaan opioid,membalikkan dos berkelebihan

opioid dan menghalang batuk. Daun ketum juga digunakan sebagai ubat pengganti untuk

rawatan kebergantungan amfetamina dalam kalangan pemandu tuk-tuk (teksi) di Thailand.8

Menurut Encik Hussin Bin Saad, penggunaan daun ketum dalam perubatan tradisional

amatlah diamalkan dengan agak meluas oleh masyarakat Kampung Tasoh Kaki

Bukit,Perlis.9 Daun ketum di Kampung ini agak mudah untuk didapati kerana terdapat

banyak sumber daun ketum daripada penduduk yang menanam daun tersebut. 10 Masyarakat

Kampung Tasoh sering menggunakan daun ini sebagai minuman pemulih tenaga bagi

mengisi kembali tenaga mereka selepas seharian penat berkerja. Oleh itu, masyarakat

Kampung Tasoh mendapat pelbagai manfaat daripada daun ketum itu sendiri dalam merawat

dan menjaga kesihatan tanpa mengira umur dan kerjaya.11

3
031012-08-0442

2.0 PENGGUNAAN DAUN KETUM DALAM PERUBATAN TRADISIONAL DI

KAMPUNG TASOH KAKI BUKIT, PERLIS.

Menurut Encik Hussin Bin Saad, penggunaan daun ketum dalam kalangan masyarakat

Kampung Tasoh Kaki Bukit, Perlis boleh dikatakan agak meluas kerana hampir separuh

daripada keseluruhan penduduk Kampung ini daripada jumlah kira-kira 300 orang penduduk

mengenali daun ini dan menggunakannya dalam merawat penyakit yang mereka hidapi tanpa

perlu pergi berjumpa doktor atau pakar di kawasan bandar. 12 Hal ini kerana masyarakat

Kampung ini lebih gemar menggunakan herba tradisional ini kerana ia mudah didapati di

kawasan Kampung Tasoh, lebih cepat dan lebih mujarab berbanding ubat-ubatan moden.

Wujud juga sikap penduduk yang lebih mempercayai perubatan tradisional berbanding

perubatan pakar seperti di hospital, klinik-klinik dan lain-lain turut mempengaruhi

penggunaan daun ketum dalam perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat Kampung

Tasoh Kaki Bukit, Perlis13

Menurut Puan Anita Binti Rajab, daun ketum dapat merawat sakit perut yang dialami

oleh masyarakat kampung ini.14 Ia sering menjadi pilihan masyarakat terdahulu dalam

merawat kesakitan sakit perut yang dialami oleh mereka sendiri atau ahli keluarga mereka.

Hal ini dikatakan demikian kerana 15


keadaan ini telah mempengaruhi anak dan cucu

masyarakat terdahulu untuk menggunakan kaedah yang sama dalam merawat penyakit

tersebut.16

Masyarakat terdahulu sukar untuk pergi berjumpa dulu kerana pusat rawatan seperti klinik

dan hospital yang serta tidak mempunyai pengangkutan yang bersesuaian. 17 Selain itu,

masyarakat terdahulu yang kurang berkemampuan untuk membeli ubat-ubatan moden yang

mahal.18 Oleh itu, masyarakat terdahulu memilih menggunakan daun ketum dalam perubatan

kerana ia mempunyai khasiat dan kesan yang sama seperti ubat-ubatan moden.19

4
031012-08-0442

Pada masa kini, terdapat juga masyarakat Kampung Tasoh yang tidak menggunakan daun

ketum sebagai ubat-ubatan tradisional kerana adanya ubat-ubatan moden yang lebih selamat

dan dijamin oleh doktor.20 Kemajuan teknologi dalam bidang perubatan Hal ini dikatakan

demikian kerana masyarakat kini Kampung Tasoh ynag semakin berfikiran jauh dan

mendapat pendidikan yang sempurna di sekolah telah menggurangkan lagi penggunaan daun

tersebut dalam kalangan masyarakat Kampung Tasoh. Reputasi daun ini yang agak buruk

kerana ia telah disalahguna oleh masyarakat kini serta kemajuan teknologi dalam bidang

perubatan telah membuatkan masyarakat di Kampung Tasoh tidak lagi menggunakan daun

ketum dalam perubatan tradisional.21

5
031012-08-0442

3.0 PENGENDALIAN DAUN KETUM DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

DALAM KALANGAN MASYARAKAT KAMPUNG TASOH KAKI BUKIT.

Menurut Encik Hussin Bin Saad, Pengendalian daun ketum dalam perubatan

tradisional dalam kalangan masyarakat Kampung Tasoh masih menggunakan cara

tradisonal iaitu menggunakan kayu api untuk merebus daun tersebut. 22 Kaedah ini

selalunya digunakan untuk merebus daun ketum dalam kuantiti yang banyak bagi

menjimatkan penggunaan gas.23

Cara tersebut dilakukan bagi mengeluarkan khasiat yang terdapat dalam daun

tersebut.24 Air rebusan yang mempunyai khasiat tersebut perlu diminum oleh pesakit

untuk melegakan diri daripada kesakitan.25 Daun ketum tersebut akan menjadi air yang

berwarna keruh serta bau yang agak pahit selepas direbus.26

Menurut Encik Hussin Bin Saad, ada juga masyarakarat terdahulu yang mencampur

air ketum ini dengan pelbagai bahan seperti air bergas bagi menggurangkan rasa pahit

minuman tersebut.27

Selain tu, daun ketum dalam perubatan tradisional juga turut digunakan dengan cara

mengunyah daun tersebut dengan mentah. Kaedah ini kebanyakannya digunakan oleh

oleh pekerja ladang kerana dapat menanmbahkan tenaga ketika bekerja serta ia lebih

mudah dan cepat.28

Di samping itu, terdapat juga pengendalian daun ketum dengan menggunakan kaedah

menjemur daun ketum itu terdahulu.29 Hal ini bagi mengeringkan daun tersebut dan

menghancurkannya sehingga menjadi serbuk. Serbuk tersebut akan dicampurkan bersama

dalam air kopi atau air teh. Terdapat segelintir masyarakat Kampung Tasoh yang hanya

memakan daun ketum yang kering itu .30

6
031012-08-0442

4.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASYARAKAT KAMPUNG

TASOH KAKI BUKIT, PERLIS MENGGUNAKAN DAUN KETUM SEBAGAI

BAHAN PERUBATAN TRADISIONAL.

Antara faktor yang mempengaruhi masyarakat Kampung Tasoh menggunakan

daun ketum sebagai bahan perubatan tradisional ialah mudah didapati di kawasan

perkampungan ini. Banyak pokok ketum telah ditanam oleh penduduk di sekitar kawasan

perumahan mereka di Kampung Tasoh . Pokok ini ditanam bagi memudahkan penduduk

tersebut untuk mencari sumber daun ketum untuk digunakan sebagai ubat untuk merawat

penyakit. Hal ini telah memudahkan masyarakat Kampung Tasoh untuk mencari sumber

daun ketum ini. Masyarakat tidak perlu bersusah payah untuk mencari daun ini di tempat

lain. Penduduk Kampung Tasoh tidak perlu bersusah payah berjumpa pakar di Pekan.31

Selain itu, daun ketum ini juga telah dikenali oleh masyarakat Kampung Tasoh tentang

khasiatnya dalam merawat pelbagai penyakit. Hal ini dikatakan demikian kerana

masyarakat Kampung Tasoh telah didedahkan tentang kebaikan daun ini dalam merawat

penyakit oleh masyarakat terdahulu. Masyarakat terdahulu Kampung Tasoh

mempercayai bahawa daun ketum mempunyai banyak khasiat dalam perubatan

tradisional dan perkara ini secara tidak langsung turut menjadi bahan perubatan

masyarakat kini Kampung Tasoh.32

Di samping itu, masyarkat Kampung Tasoh terdahulu telah menerapkan penggunaan

daun ketum sebagai ubat-ubatan tradisonal kepada generasi muda Kampung Tasoh

sekarang. Hal ini disebabkan oleh masyarakat Kampung Tasoh terdahulu lebih

mempercayai keberkesanan daun ketum ini merawat penyakit berbanding ubat-ubatan

moden. Masyarakat terdahulu kurang mempercayai ubat-ubatan moden kerana bimbang

dengan bahan-bahan yang terdapat dalam ubat tersebut.33

7
031012-08-0442

Selain itu, masyarakat terdahulu lebih mempercayai perubatan ‘Bomoh’ berbanding

perubatan moden. Hal ini dikatakan demikian kerana mentaliti masyarakat terdahulu yang

mempercayai kepercayaan karut dan lebih mempercayai perubatan bomoh kerana ia

dilakukan oleh manusia dan proses perubatan dilakukan di hadapan mereka sendiri. Pada

zaman dahulu, bomoh ialah tempat untuk masyarakat terdahulu merawat segala penyakit

mereka. Bomoh menggunakan pelbagai jenis herba dalam merawat pesakit mereka seperti

akar-akar kayu seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah serta beberapa jenis herba daun

seperti herba tutup bumi, daun lengkuas dan sebagainya.34

Menurut Puan Anita Binti Rajab lagi, daun ketum ini telah menjadi pilihan masyarakat

Kampung Tasoh dalam merawat penyakit. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila

ditanya apakah herba tradisional yang sesuai untuk merawat sesuatu penyakit seperti sakit

perut, pasti ada yang memberi saranan untuk menggunakan daun ketum sebagai ubatan

herba yang utama. Jelas bahawa keberkesanan dan reputasi daun ketum dalam merawat

penyakit telah diturunkan daripada mulut ke mulut oleh masyarakat terdahulu sehinggalah

kini.35

Akhir sekali, faktor yang mempengaruhi penggunaan daun ketum dalam kalangan

masyarakat Kampung Tasoh sebagai bahan perubatan ialah daun ketum mempunyai

khasiat dalam merawat penyakit darah tinggi. Hal ini dikatakan demikian kerana

masyarakat menggunakan daun ketum dalam merawat penyakit tersebut dengan merebus

daun tersebut di dalam air sehingga air bertukar warna kehijau-hijauan. Air tersebut akan

diminum oleh penghidap penyakit. Masyarakat terdahulu mempercayai bahawa air

rebusan daun ketum boleh menurun darah tinggi pesakit.36

8
031012-08-0442

5.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MASYARAKAT KAMPUNG

TASOH KAKI BUKIT, PERLIS UNTUK TIDAK LAGI MENGGUNAKAN DAUN

KETUM SEBAGAI BAHAN PERUBATAN TADISIONAL.

Antara faktor yang mempengaruhi masyarakat Kampung Tasoh Kaki Bukit, Perlis untuk

tidak lagi menggunakan daun sebagai bahan perubatan tradisional adalah faktor kemajuan

teknologi moden dalam bidang perubatan. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan

Malaysia Negara kita telah banyak mambawa masuk teknologi perubatan yang moden dan

canggih yang dibeli dari negara – negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Sepanyol dan

negara-negara maju yang lain. Keadaan ini telah memudahkan mastarakat Kampung Tasoh

untuk untuk memeriksa kesihatan mereka serta mendapat rawatan yang lebih baik dan

selamat dia pusat kesihatan kerajaan mahupun swasta. Kemajuan teknologi kini tekah

meyakinkan masyarakat Kampung Tasoh untuk tidak lagi menggunakan daun ketum iaitu

bahan perubatan tradisional dalam kehidupan harian mereka.37

Menurut Nur Farhah Quaratu Aini Binti Hussin lagi, faktor taraf pendidikan masyarakat

yang semakin tinggi turut menjadi faktor kepada perkara ini. Hal ini dikatakan demikian

kerana semakin ramai atau secara majoritinya, masyarakat Kampung Tasoh telah mendapat

pendidikan sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keadaan ini telah

membuktikan bahawa masyarakat Kampung Tasoh mengetahui bahawa perubatan moden

lebih baik berbanding perubatan tradsional kerana mereka telah mengetahui kebaikkan dan

keburukkan menggunakan herba tradisional yang kurang digunakan dalam perubatan moden

kerana ubat-ubatan moden telah diselidik, dikaji dan diluluskan oleh saintis yang professional

dalam bidang tersebut. Mereka akan lebih berhati-hati atau tidak lagi menggunakan daun

ketum sebagai ubat.38

9
031012-08-0442

Seterusya, faktor imej daun ketum yang buruk juga menjadi faktor yang mempengaruhi

masyarakat Kampung Tasoh untuk tidak lagi menggunakan daun ketum sebagai bahan

perubatan tradsisonal. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat pengguna daun ketum

yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan daun ketum. Mereka telah

mencampurkan pelbagai bahan yang berbahaya seperti ubat batuk dan ubat nyamuk. Perkara

tersebut boleh menjejaskan kesihatan pengguna minuman tersebut. Keadaan tersebut telah

memberi impak negatif kepada masyarakat dan negara sehingga kerajaan di beberapa negeri

di Malaysia terpaksa mengharamkan penanaman dan penggunaan daun ketum seperti negeri

Kelantan. Terdapat juga penyeludupan daun ketum secara haram dari Malaysia ke Thailand

turut memburukkan imej herba ini. Hal ini kerana di Malaysia daun ketum diharamkan untuk

diimport atau dieksport ke dalam atau luar Negara apatah lagi berlakunya penyeludupan daun

ini. Oleh itu, terbukti bahawa imej herba ini yang buruk telah menjadi faktor masyarakat

Kampung Tasoh tidak lagi menggunakan daun ini sebagai bahan perubatan.39

Terdapat juga khabar berita daripada media massa dan media sosial yang mengemukan

banyak keburukan berbanding kebaikan daun ketum begitu juga dengan penyiaran berita-

berita tentang penyeludupan daun ini yang telah Berjaya diberkas oleh pihak berkuasa.

Keadaan ini telah mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia tentang daun ketum. Hal ini

telah menggurangkan kepercayaan masyarakat terhadap daun ketum sebagai bahan perubatan

dan turut merosakkan imej daun ketum dalam masyarakat Kampung Tasoh Kaki Bukit,

Perlis.40

10
031012-08-0442

Selain itu, kemunculan pelbagai ubat-ubatan moden yang dilulus oleh pakar dan dijamin

halal oleh JAKIM. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Kampung Tasoh berasa

lebih selamat untuk menggunakan ubat tersebut kerana majoriti masyarakat kampung ini

beragama islam. Penganut agama islam diharamkan mengambil bahan makanan yang telah

diharamkan oleh Allah SWT. Oleh itu, penganut agama islam perlu berhati-hati dalam

menggunakan sesuai ubat-ubatan. Namun begitu, dengan ubat-ubatan daripada perubatan

moden, ia lebih dijamin keselamatan dan penggunaan bahan dalam sesuatu ubat tersebut.

Masyarakat mudah ,mengetahui bahan, amaran dan alahan ubat tersebut terhadap seseorang.

Keadaan ini memudahkan masyarakat menggunakan sesuai ubat berbanding ubat-ubatan

tradisional yang sukar untuk mengetahui kesan sampingan atau alahan seseorang terhadap

ubat tersebut.41

Akhir sekali, cara pengekstrak khasiat daun ketum yang agak menyusahkan. Hal ini

kerana ada sebahagian masyarakat Kampung Tasoh yang berpendapat bahawa ia agak

menyusahkan untuk merebus daun ketum sehingga khasiat daun itu sehingga siap. Mereka

perlu menggunakan dapur gas atau kayu api bagi merebus daun tersebut, malahan daun

tersebut mengambil masa yang agak lama untuk direbus, hal ini telah merugikan penggunaan

gas, tenaga dan masa pengguna daun tersebut.42

11
031012-08-0442

KESIMPULAN

Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini

akan dapat memberi pemahaman tentang penggunaan daun ketum dalam perubatan

tradisional oleh masyarakat terdahulu di Kampung Tasoh. Malah sekali gus dapat

memaparkan cara pengendalian daun ketum dalam perubatan radisional di kawasan kajian.

Daun ketum telah memberi banyak kelebihan kepada masyarakat terdahulu dalam merawat

penyakit. Daun ketum turut mempunyai pelbagai faktor yang mempengaruhi masyarakat

terdahulu Kampung Tasoh dalam perubatan tradional yang amat logik dan membantu

pengkaji dalam menyelesaikan kajian ini. Penggunaan daun ketum dalam perubatan

tradisional di Kampung Tasoh telah banyak membantu masyarakat dalam pelbagai perkara

walaupun pada masa kini, reputasi daun tersebut semakin merundum penyalahgunaan dan

penyeludupan yang berlaku di negara kita. Daun ketum telah merawat pelbagai penyakit dan

memudahkan kehidupan harian masyarakat Kampung Tasoh dalam menjalani kehidupan

harian kerana daun tersebut kaya dengan khasiat yang kita sendiri tidak ketahui. Menerusi

kajian ini, pengkaji sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan tentang khasiat daun

ketum.

Daripada kajian ini, pengkaji berpandangan terhadap daun ketum ini mempunyai banyak

kelebihannya yang tersendiri. Jika daun ini dikaji dengan lebih mendalam oleh para saintis,

daun ini berkemungkinan berpotensi dijadikan ubat-ubatan yang lebih berkesan dalam

merawat pelbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi dengan lebih baik dan

cepat. Selain itu, daun ini juga telah banyak digunakan oleh masyarakat Kampung Tasoh

12
031012-08-0442

terutama sekali sebagai alat penambah tenaga kepada masyarakat Kampung Tasoh yang

melakukan kerja buruh berat seperti petani, pekebun dan buruh kasar.

Selain itu, daun ketum ini juga turut mengalami masalahnya yang tersendiri iaitu

reputasinya yang kurang baik akibat penyalahgunaan oleh pengguna herba tersebut. Ada

pengguna air daun ketum yang bertindak mencampurkan ubat batuk, ubat nyamuk dan lain-

lain lagi sehingga ia merosakkan imej daun tersebut di mata masyarakat. Oleh itu, pihak

kerajaan yang bertanggungjawab haruslah melakukan penyelidikkan tentang daun ketum ini

bagi mengambil kesempatan dengan khasiat yang ada pada daun tersebut. Hal ini dikatakan

demikian kerana daun tersebut tidak sepatutnya dibiarkan terus disalahgunakan oleh pihak

ynag tidak bertanggungjawab. Jika daun ketum ini dijadikan ubat moden yang selamat

kepada rakyat, Negara kita tidak perlu mengimport bahan perubatan dari luar negara kerana

daun ketum mempunyai pelbagai khasiat dalam merawat pelbagai penyakit biasa dan

penyakit berbahaya. Daun ketum turut banyak ditanam di Negara Malaysia dan daun tersebut

sesuai ditanam di negara kita dan hal ini dapat menggurangkan kos perubatan negara.

Keadaan ini turut akan meningkatkan reputasi sektor perubatan Negara kerana telah

menghasilkan penawar baru daripada herba tradisional

Untuk kajian hadapan, penulis mencadangkan agar kajian berkaitan kelebihan penggunaan

daun ketum dalam perubatan moden kini dilakukan kerana daun ketum turut mempunyai

potensi dalam menjadi ubat-ubatan moden, Ia sewajarnya terus digunakan dalam perubatan

dan tidak sepatutnya terus diharamkan dalam negara tanpa mengetahui kelebihan dan

kebaikkan yang dapat kita perolehi daripada daun ketum ini. Diharapkan pada kajian yang

akan dilakukan pada masa akan datang dapat membuka mata rakyat dan Negara tentang

kelebihan daun ini dan membaiki imej herba ini yang telah rosak di seluruh Malaysia.

13
031012-08-0442

14
1
NOTA HUJUNG

http://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2016/08/185154/khasiat-daun-ketum-disalahguna
2
ibid
3
Temu ramah bersama Encik Hussin Bin Saad
4
https://hellodoktor.com/herba/ubat-ubatan/air-ketum-pro-kontra
5
ibid
6
ibid
7
ibid
8
ibid
9
Temu ramah bersama Encik Hussin Bin Saad
10
ibid
11
ibid
12
ibid
13
ibid
14
Temu ramah bersama Puan Anita Binti Rajab
15
ibid
16
ibid
17
ibid
18
ibid
19
ibid
20
Temu ramah bersama Cik Nur Farhah Quaratu’ Aini Binti Hussin
21
ibid
22
Temu ramah bersama Encik Hussin Bin Saad
23
ibid
24
ibid
25
ibid
26
Temu ramah bersama Puan Anita Binti Rajab
27
Temu ramah bersama Encik Hussin Bin Saad
28
ibid
29
ibid
30
ibid
31
Temu ramah bersama Puan Anita Binti Rajab
32
ibid
33
ibid
34
ibid
35
ibid
36
ibid
37
Temu ramah bersama Cik Nur Farhah Quaratu’ Aini Binti Hussin
38
ibid
39
ibid
40
ibid
41
ibid
42
Ibid

BIBLIOGRAFI

1. www.beritaharian.com

2. www.hellodoktor.com
3. Temu ramah bersama Encik Hussin Bin Saad

4. Temu ramah bersama Puan Anita Binti Rajab

5. Temu ramah bersama Cik Nur Farhah Quaratu’ Aini Binti Hussin

SOALAN TEMU BUAL

KERJA KURSUS SEJARAH

TEMA : SEJARAH PERUBATAN DAN KESIHATAN


TAJUK KAJIAN : PENGGUNAAN DAUN KETUM DALAM PERUBATAN TRADISIONAL DI

KAMPUNG TASOH KAKI BUKIT PERLIS PADA TAHUN 2010 HINGGA 2020

SOALAN TEMU BUAL

a) Informan 30 tahun hingga 40 tahun

1) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kebaikkan daun ketum dalam perubatan tradisional

2) Apakah faktor-faktor yang menjadikan daun ketum sebagai bahan perubatan tradisional

3) Pada pandangan anda, mengapakah daun ketum tidak lagi menjadi bahan perubatan tradisonal

masyarakat terdahulu

4) Apakah cara-cara yang digunakan untuk mengendalikan daun ketum dalam perubatan

tradisional

5) Adakah anda masih menggunakan daun ketum sebagai bahan perubatan

b) Informan 41 tahun hingga 50 tahun

1) Mengapakah daun ketum digunakan oleh masyarakat terdahulu?

2) Pada pandangan anda, adakah penggunaan daun ketum lebih berkesan dalam perubatan

penyakit berbanding perubatan moden.

3) Apakah yang dicampurkan ke dalam air daun ketum oleh masyarakat sekarang?
4) Pada pandangan anda, apakah sebab-sebab anda memilih daun ketum sebagai perubatan

tradisional berbanding tumbuhan lain

5) Apakah pendapat anda tentang herba daun ketum ini tidak digunakan lagi dalam perubataan

kini?

c) Informan 51 tahun ke atas

1) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah daun ketum ini boleh digunakan dalam

perubatan tadisional oleh masyarakat terdahulu

2) Apakah sebab masyarakat Kampung Tasoh tidak lagi menggunakan daun ketum sebagai bahan

perubatana herba?

3) Apakah bahan-bahan yang dicampurkan ke dalam air daun ketum oleh masyarakat terdahulu?

4) Adakah anda masih menggunakan daun ketum dalam perubatan kesihatan

5) Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat untuk

menggunakan daun ketum dalam perubatan tradisional?

LAMPIRAN
Foto 1: Gambar daun ketum
Kajian lapangan 2022

Foto 2: Pokok ketum


Kajian lapangan 2022
Foto 3: Pokok ketum
Kajian lapangan 2022

Foto 4: Kampung Tasoh Kaki Bukit, Perlis


Kajian lapangan 2022
Foto 5: Kampung Tasoh Kaki Bukit, Perlis
Kajian lapangan 2022

Foto 6: Kampung Tasoh Kaki Bukit, Perlis


Kajian lapangan 2022

You might also like