You are on page 1of 25

1

1.0 PENGENALAN
Kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif kajian iaitu mengenal pasti jenis ulam-
ulaman yang menjadi amalan pemakan masyarakat dan keberkesanan ulam-ulaman bagi
mengurangkan risiko penyakit kronik dalam kalangan masyarakat di Kampung Parit Sungai
Dungun, Bagan Serai, Perak.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ‘ kepercayaan’ membawa maksud keyakinan
atau pasti akan kejujuran. Biasanya , seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu
perkara itu akan disertai oleh perasaan ‘ pasti ‘ atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan.
Kepercayaan merupakan terbitan daripada kata dasar percaya. Kepercayaan secara umumnya
bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh
kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan yakin terhadap sesuatu
perkara berkenaan.
Menurut Wikipiedia ulam boleh ditakrifkan sebagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri
daripada pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, dan bunga yang dimakan mentah, dicelur,
distim atau direbus sebelum makan. Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman yang
dimakan, ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk, atau cecahan-cecahan lain. Ulam
terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung
dan kini mulai terdapat di kawasan bandar-bandar juga.
Ulam-ulaman memberikan banyak khasiat jika sering mengamalkannya. Terdapat banyak
jenis ulam-ulaman di negara kita. Antaranya, ulam pegaga dalam Bahasa saintifiknya dikenali
sebagai Centellan asiatica. Daun pegaga berbentuk bulan dan licin. Pegaga boleh dijadikan jus
ataupun dijadikan ulam untuk hidangan makanan. Pegaga boleh menawal paras gula dalam
darah. Pengambilan pegaga dapat meningkatkan penghasilan hormon insulin. Selain itu, pegaga
jugak mampu merawat insomnia. Pegaga mempunyai keupayaan untuk merawat kegelisahan,
tekanan dan kemurungan. Pegaga juga digunakan untuk merawat bronkotis, asma, rembesan
berlebihan jus gastrik, masalah buah pinggang dan sebagainya. Herba ini juga mampu
menurunkan tekanan darah.
Seterusnya, ialah ulam pucuk mengkudu. Nama saintifik pucuk mengkudu adalah Morinda
Citrifolia. Pucuk mengkudu mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi dan dikenal pasti
boleh mengurangkan rusiko penyakit yang kronik seperti penyakit jantung, kencing manis,
kanser dan masalah penuaan. Daun dan buah mengkudu selalunya direbus terlebih dahulu untuk
mendapatkan air rebusannya. Selain itu, buahnya juga boleh dijadikan ekstrak jus minuman.
Ulam raja atau nama saintifiknya Cosmos Caudatus. Manfaat kesihatan makan ulam raja
adalah yang dikatakan membersih darah dari bahan toksik dan juga dapat menguatkan tulang.
Kebiasaanya ulam raja dimakam pada bahagian pucuk. Ulam raja dimakan dengan sambal
belacan dengan cili yang ditumbuk.
Selain itu, peria katak atau nama sainstifiknya ialah Bitter Gourd. Kebaikan Peria Katak
adalah merawat darah yang tidak sihat seperti darah bertoksin. Seterusnya, Peria Katak juga
dapat merawat penyakit kencing manis. Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic
2

( dikenali sebagai insulin tumbuhan ) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air
kencing dengan berkesan.
Di samping itu, ulam Kaduk atau nama saintifiknya ialah Piper Sarmentosum Roxb.
Membantu melancarkan proses penghadaman, melawaskan pembuangan air kecil, merawat
demam malaria.
Petai atau nama saintifiknya ialah Parkia amat digemari oleh ramai orang kerana rasanya
yang sedap dan memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan. Dalam perubatan tradisional
Melayu, Petai dipercayai berkesan dalam merawat penyakit jantung., kencing manis dan
membersihkan buah pinggang. Petai kaya dengan serat, justeru ia merangsang tenaga dengan
cepat dan berterusan. Biji Petai dikupas dan dimakan mentah dan juga dimasak dalam sambal
udang atau ikan bilis. Petai juga boleh direbus dan dijadikan jeruk untuk membuat Petai bertahan
dengan lama selama 5-6 bulan.
Cekur atau nama saintifiknya ialah Kaempferia Galaga. Dalam perubatan tradisional orang
Melayu, daun Cekur digunakan sebagai ramuan untuk merawat beberapa penyakit seperti batuk,
perut kembung, muntah dan sebagainya. Caranya adalah dengan memakan daun Cekur secara
mentah. Bukan itu sahaja, air rebusan daun Cekur boleh juga digunakan untuk merawat penyakit
tersebut.
Terung Pipit atau nama saintifiknya ialah Solanum Torvum. Terung Pipit di gunakan secra
meluas sebagai bahan masakan dan perubatan. Dalam perubatan Ayurveda, Terung Pipit sering
digunakan bagi meningkatkan imunisasi badan dalam menahan penyakit , mengurangkan haba
dalam badan dan juga sebagai tonik yang sangat baik untuk hati. Selain itu, Terung Pipit juga di
gunakan untuk rawatan lendir, kahak dan batuk. Ia juga sering digunakan bagi menguatkan saraf
mata dan dikatakan baik untuk merawat ulser mulut dan perut.
Pada masa kini, pengambilan ulam-ulaman semakin dititik beratkan kerana banyak
memberikan kesan baik untuk merawat pelbagai penyakit kronik yang dihidapi. Pengambilan
langkah awal untuk merawat risiko penyakit kronik dalam kalangan masyarakat adalah sangat
penting. Bak kata pepatah mencegah lebih baik daripda mengubati. Ulam-ulaman ini sangat
mudah didapati di pasar pagi, pasaraya besar dan lain-lain. Keenakan rasa ulam-ulaman juga
sangat penting untuk menarik minat masyarakat untuk mengamalkan amalan memakan ulam-
ulaman. Generasi muda juga perlulah, mengamalkan amalam memakan ulam-ulaman ini kerana
mampu meberikan pelbagai kesan positif antaranya ialah memberi awet muda, mengubati
masalah pencernaan yang tidak lancar dan, melancarkan aliran perjalanan darah dam badan dan
sebagainya.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


3

Dalam kajian ini, objektif tersebut telah menjadi panduan dan landasan kepada pengkaji untuk
melaksanakan kajian ini. Objektif kajian tersebut adalah :
1. Mengenal pasti jenis-jenis ulaman yang menjadi amalan pemakanan masyarakat di
Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.

2. Mengkaji keberkesanan pengambilan ulam-ulaman yang dipercayai mampu


mengurangkan risiko penyakit kronik dalam kalangan masyarakat di di Kampung Parit
Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.
3.0 LOKASI KAJIAN
Kampung Parit Sungai Dungun terletak diantara Bagan Serai dan Kuala Kurau, Perak. Bagan
Serai adalah sebuah pecan di utara Negeri Perak. Keluasan Mukim Bagan Serai adalah 143.58
km/persegi. Lokasinya di daerah Kerian yang terletak si selatan negeri Pulau Pinang dan di utara
Bandar Taiping, Perak serta Kuala Kurau di barat dan Alor Pongsu di Timur. Tempat yang
berhampiran ialah Gunung Semanggol, Alor Pongsu, Parit Buntar dan Kuala Kurau.
3.1 Peta Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.

Rajah 1 : Peta Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak


Sumber : Google Maps
3.2 Lakaran Lokasi Kajian

Rajah 2 : Kampung Parit


Sungai Dungun, Bagan
Serai, Perak
Sumber :
Google Maps
4.0 METADOLOGI
KAJIAN
4

Menurut ‘ Hornby ‘ (1985) metadologi merupakan satu set kaedah kajian yang digunakan
menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini membincangkan
reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur atau proses menganalisis data
bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Menurut Ustaz
Kenali metadologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan
menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian
( merumuskan apa yang dikaji ). Metadologi menerangkan cara sesuatu masalah dikaji dan sebab
sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metadologi adalah untuk membantu
memahami dengan lebih luas ( terperinci ) lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat
huraian tentang proses kajian.
4.1 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini berbentuk tinjauan. Kajian tinjauan dilakukan berdasarkan rujukan mengenai perkara-
perkara yang berkaitan dengan persempadanan., pengukuran dan analisis data. Kajian ini adalah
untuk mengenal pasti jenis-jenis ulaman yang menjadi amalan pemakanan masyarakat di
Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak dan mengkaji keberkesanan pengambilan
ulam-ulaman yang dipercayai mampu mengurangkan risiko penyakit kronik dalam kalangan
masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.
4.2 KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian merupakan cara atau jalan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan
penyelidikan. Maka, dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau mengkaji sesuatu fenomena.
Pemilihan kaedah bersesuaian adalah perlu. Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian
adalah untuk menghubungkaitkan persoalan atau objektif kajian dengan hasil kajian. Terdapat
dua kaedah yang digunakan dalam kajian ini iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif.
Kuantitatif merupakan suatu kajian yang umumnya menggunakan analisis statistik dan ia lebih
bersifat objektif serta berorientasikan kepada hasil. Kualitatif pula merupakan satu kajian
penyelidikan di mana pengkaji bergantung kepada padangan peserta, menanyakan soalan yang
luas dan umum, mengumpul data dalam bentuk perkataan atau teks daripada peserta,
menjelaskan dan menganalisa perkataan-perkataan tersebut dalam bentuk-bentuk tema sekutu
menjalankan inkuiri dalam bentuk subjektif.
4.3 PERSAMPELAN KAJIAN
Persempelan kajian ini bertujuan untuk menjawab objektif yang diberikan oleh pengkaji.
Seramai 30 orang responden di kawasan Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak
telah diminta ubtuk menjawab borang soal selidik. Borang soal selidik telah diberikan kepada
responden yang mempunyai kelapangan masa untuk menjawab soal selidik ini melalui Google
From.
4.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat
mengumpul data. Menurut Ustaz Kenali, instrumen kajian ialah apa-apa alat, atau cara atau apa-
5

apa kaedah untuk memperolehi dan mengumpul data kajian. Instrumen kajian diperlukan untuk
mendalami konsep berkaitan sikap, persepsi, keterangan latar belakang dan segala sumber
berbentuk primer atau sekunder. Dalam kajian ini instrumen yang digunakan untuk mendapatkan
data adalah mengunakan borang soal selidik, borang temu bual dan kaedah rujukan.
4.4.1 KAEDAH SOAL SELIDIK
Borang soal selidik telah diedarkan menggunakan Google Form kepada 30 orang responden di
kawasan Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak. Kesemua borang soal selidik ini
telah diedarkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada pelbagai jantina, peringkat
umur, pelbagai bangsa, pekerjaan yang berbeza, peringkat tahap pendidikan dan status
pendapatan. Borang soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian. Bahagian A adalah tentang latar
belakang responde. Bahagian B adalah mengenal pasti jenis ulam-ulaman yang dipercayai
mampu mengurangkan penyakit kronik dalam kalangan masyarakat di Kampung Parit Sungai
Dungun, Bagan Serai, Perak dan bahgian C adalah mengkaji keberkesanan pengambilan ulam-
ulaman dalam kalangan masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.
4.4.2 KAEDAH TEMU BUAL
Pengkaji telah menemu bual 3 orang responden bagi mendapatkan maklumat tambahan berkaitan
dengan jenis ulam-ulaman yang dipercayai mampu mengurangkan penyakit kronik dalam
kalangan masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak. Tujuan temu bual
ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis ulam-ulaman yang dipercayai mampu
mengurangkan penyakit kronik dalam kalangan masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun,
Perak.
BIL TARIKH INFORMEN
1. 8 Julai 2021 Informen A
2. 8 Julai 2021 Informen B
3. 8 Julai 2021 Informen C
( Sumber : Sesi Temu Bual 2021)
Jadual 1 : Pelaksanaan Temu Bual
Protokol temu bual mempunyai dua soalan umum. Dua soalan tersebut termasuklah dalam
objektif pertama dan objektif kedua. Kaedah ini adalah untuk mendapatkan hasil kajian terhadap
objektif pertama dan objektif kedua iaitu mengenal pasti jenis ulam-ulaman yang dipercayai
mampu mengurangkan penyakit kronik dalam kalangan masyarakat di Kampung Parit Sungai
Dungun, Perak. Sesi temu bual diadakan pada hari yang sama iaitu pada hai Khamis, 8 Julai
2021.
4.4.3 PEMERHATIAN
Berdasarkan pemerhatian yang telah pengkaji lakukan sepanjang tempoh kajian, jenis ulam-
ulaman yang menjadi amalan pemakanan masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan
Serai, Perak adalah ulam-ulaman yang mudah untuk diperolehi di kawasan rumah atau di pasar
tani.Dokumen ditulis dalam pelbagai bentuk termasuk buku, nota, rekod, dan surat. Analisis
6

terhadap dokumen merupakan perkara asas dalam menjalankan penyelidikan. Analisis dilakukan
sama ada pada tahap mengenal pasti tajuk penyelidikan, permasalahan, dan metadologi. Pengkaji
telah melakukan pemerhatian untuk menganalisis keberkesanan pengambilan ulam-ulaman yang
dipercayai mampu mengurangkan risiko penyakit kronik dalam kalangan masyarakat di di
Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.
4.5 CARA PENGUMPULAN DATA
4.5.1 SUMBER PRIMER
Menurut laman web Wikipedia sumber primer atau sumber pertama ialah bahan yang belum
diolah atau dicetak ialah sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal. Contoh sunber
primer ialah soal selidik. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data-data yang
diperlukan oleh pengkaji. Borang soal selidik ini dijalankan dengan mengunakan aplikasi Google
Form untuk mengenal pasti jenis ulam-ulaman yang dipercayai mampu mengurangkan penyakit
kronik dan mengkaji keberkesanan pengambilan ulam-ulaman dalam kalangan masyarakat di
Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.
4.5.2 SUMBER SEKUNDER
Menurut laman web Wikipedia , sumber sekunder atau sumber kedua terdiri daripada bahan atau
dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertukis atau maklumat yang telah dicatatkan di
tempat lain seperti pemerhatian dan carian bahan di laman Web. Peta dan gambar lokasi kajian
telah diperoleh daripada laman Web “ Google Maps “ . Pengkaji telah menganalisis data yang
didapati di laman Web dan menjalankan pemerhatian untuk menganalisis jenis ulam-ulaman
yang dipercayai mampu mengurangkan penyakit kronik dalam kalangan masyarakat di Kampung
Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.
4.6 CARA ANALISIS DATA
4.6.1 DATA KUANTITATIF
Pada akhir kajian ini, data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif dalam
peratusan, jadual, graf serta carta. Pengkaji telah menggunakan skala Likert sebanyak 5
peringkat dalam menganalisis data.
SKALA SKOR
Sangat tidak bersetuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5
Jadual 2
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian menerangkan tentang analisis data mengenai tindak balas responden terhadap
soal selidik melalui google form yang telah dijalankan mengenai jenis ulam-ulaman dan kesan
7

pengambilan ulam-ulaman yang dipercayai mampu mengurangkan penyakit kronik dalam


kalangan masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN


Responden yang menjawab soal selidik ini merupakan responden yang menetap di Kampung
Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.

JANTINA BILANGAN RESPONDEN (ORANG) PERATUS (%)


Lelaki 23 76.67
Perempuan 7 23.33
(Sumber : Kajian Lapangan
2021)
Rajah 3

JANTINA RESPONDEN

23%

77%

Lelaki
Perempuan

(Sumber : Kajian Lapangan 2021)

Merujuk rajah di atas, kajian ini melibatkan 30 orang responden. Responden ini terdiri
daripada 23 orang bersamaan dengan 76.67% iaitu responden lelaki manakala 7 orang responden
yang bersamaan dengan 23.33% ialah responden perempuan. Hasil daripada soal selidik
responden yang dijalankan, dapat dilihat bahawa bilangan responden lelaki di Kampung Parit
Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak lebih ramai daripada lelaki. Hal ini kerana, responden lelaki
lebih mempunyai banyak masa untuk menjawab soal selidik ini berbanding perempuan. Selain
8

itu, lelaki lebih memberikan kerjasama untuk menjawab soal selidik ini berbanding dengan
perempuan yang sibuk menguruskan rumah tangga seharian.

5.1.2 BANGSA RESPONDEN


Jadual 4 : Bangsa Responden
BANGSA BILANGAN RESPONDEN (ORANG) PERATUS(%)
Melayu 30 100
Cina 0 0
India 0 0

Rajah 4

BANGSA RESPONDEN

Melayu
Jumlah : 30 orang responden

(Sumber : Kajian Lapangan


2021)
Merujuk rajah 2 di atas, kajian ini melibatkan 30 orang responden. Responden ini
terdiri daripada 30 orang bersamaan 100% responden berbangsa Melayu manakala bagi bangsa
Cina dan India ialah 0 orang bersamaan 0%.Hal ini kerana, di Kampung Parit Sungai Dungun,
Bagan Serai, Perak majoritinya ialah berbangsa Melayu.

5.1.3 UMUR RESPONDEN


Jadual 5 : Umur Responden
9

UMUR BILANGAN RESPONDEN PERATUS(%)


(ORANG)
15-20 tahun 27 90.00%
21-30 tahun 1 3.33%
31-40 tahun - -
41-50 tahun 2 6.67%
51 dan ke atas - -
(Sumber : Kajian Lapangan 2021)

Rajah 5

UMUR RESPONDEN

7%
3%

15-21 tahun 21-30 tahun 90%


41-50 tahun

(Sumber : Kajian Lapangan 2021)

Merujuk rajah 3, kajian ini melibatkan 30 orang responden. Responden ini terdiri
daripada 27 orang responden yang berumur antara 15 -20 tahun bersamaan 90% yang tinggal di
Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak. 1 orang responden yang berumur antara 21-
30 tahun iaitu bersamaan 3.33% manakala terdapat 2 orang responden antara 41-50 tahun
bersamaan dengan 6.67%. Lingkungan umur 15-20 tahun mempunyai masa terluang untuk
menjawab borang soal selidik kerana masih belajar berbanding lingkungan umur 21-30 tahun
(3.33%) dan 41-50 tahun (6.67%) yang sedang bekerja dan tidak mempunyai masa untuk
bermain telefon pintar untuk mrnjawab boring soal selidik.
10

5.1.4 PEKERJAAN RESPONSEN


Jadual 6 : Pekerjaan Responden
PEKERJAAN BILANGAN RESPONDEN PERATUS(%)
(ORANG)
Kerajaan - -
Swasta 1 3.33%
Pelajar 27 90.00%
Suri rumah 2 6.67%
( Sumber : Kajian Lapangan 2021 )
Rajah 6

PEKERJAAN RESPONDEN
3%
7%

Pelajar Suri rumah Swasta 90%

(Sumber : Lapangan Kajian 2021)


Merujuk rajah di atas, kajian ini telah melibatkan seramai 30 orang reponden. 27 orang
responden bersamaan 90.00% merupakan golongan pelajar. Suri rumah adalah seramai 2 orang
bersamaan 6.67% manakala pekerja dalam bidang swasta ialah 1 orang bersamaan dengan
3.33%. Tiada yang bekerja dalam sektor pekerjaan. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar 27
orang (90.00%) menyumbang peratusan yang tinngi untuk borang soal selidik kerana pelajar
mempunyai banyak masa sewaktu berada di rumah manakala pekerja swasta sebanyak 1 orang
(3.33%)dan suri rumah 2 orang (6.67%) menyumbang kepada bilangan yang paling rendah. Hal
ini, disebabkan pekerja swasta dan suri rumah sangat sibuk melakukan pekerjaan seharian
sehingga kurang masa untuk bermain telefon untuk mengisi borang soal selidik yang disediakan.

5.1.5 TAHAP PENDIDIKAN RESPONDEN


11

Jadual 7 : Tahap Pendidikan Responden


TAHAP PENDIDIKAN BILANGAN PERATUS(%)
RESPONDEN(ORANG)
PMR / PT3 3 10.00
SPM 5 16.67
STPM / DIPLOMA 22 73.33
IJAZAH - -
( Sumber: Kajian Lapangan 2021 )
Rajah 7

TAHAP PENDIDIKAN RESPONDEN

10%

17%

73%

Pmr/pt3 Spm Stpm/diploma

(Sumber : Kajian Lapangan 2021)


Merujuk rajah di atas, kajian ini melibatkan 30 orang responden. Responden ini terdiri
daripada 3 orang bersamaan dengan10.00% yang mempunyai tahap pendidikan di peringkat
PMR / PT3. Seterusnya, seramai 5 orang responden iaitu bersamaan dengan 16.67% memiliki
tahap pendidikan di peringkat SPM. Manakala 22 orang responden bersamaan dengan 73.33%
mempunyai tahap pendidikan di peringkat STPM / DIPLOMA. Tiada responden yang menjawab
tahap pendidikan di peringkat IJAZAH. Hasil daripada soal selidik ini mendapati responden
yang mempuyai tahap pendidikan di peringkat STPM / DIPLOMA adalah paling ramai dan
responden yang mempunyai tahap pendidikan di peringkat PMR / PT3 adalah yang paling
sedikit. Hal ini kerana, penduduk di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak lebih
berminat untuk bekerja berbanding melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu ke
peringkat IJAZAH. Tambahan pula, penduduk kurang mampu dari segi keewangan untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana majoriti penduduk hanya bekerja
sebagai pesawah.
12

5.1.6 STATUS PENDAPATAN RESPONDEN


Jadual 8 : Status Pendapatan Responden
STATUS PENDAPATAN BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)
(ORANG)
Kurang daripada RM1500 15 50.00
RM1501-RM2000 2 6.67
RM2001-RM3000 2 6.67
RM3001-RM400 1 3.33
Lain-lain 10 33.33
(Sumber : Kajian Lapangan 2021)
Rajah 8

STATUS PENDAPATAN RESPONDEN

33%

50%

3%
7%
7%

PETUNJUK :

Kurang RM1500 RM1501-RM200 RM2001-RM300 RM3001-RM4000 LAIN-LAIN

(Sumber : Kajian Lapangan 2021)


Merujuk rajah di atas, kajian ini melibatkan 30 orang responden di Kampung
Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak. Responden ini terdiri daripada 15 orang responden
bersamaan 50.00% yang mempunyai pendapatan yang kurang daripada RM1500. Seterusnya, 2
orang responden bersamaan dengan 6.67% yang mempunyai pendapatan RM1501-RM2000. 2
responden bersamaan dengan 6.67% mempunyai pendapatan RM2001-RM3000. 1 orang
responden bersamaan dengan 3.33% mepunyai pendapatan RM3001-RM4000. 10 orang
responden bersamaan dengan 33.33% adalah responden yang mempunyai pendapatan lain-lain.
13

Kajian ini mendapati, responden yang mempunyai pendapatan yang kurang RM1500 (50.00%)
adalah paling ramai kerana majoriti penduduk bekerja kilang dan pesawah yang berpendapatan
rendah. Responden yang mempunyai pendapatan RM3001-RM4000 (3.33%) adalah yang paling
sedikit kerana hanya segelintir penduduk yang mempunyai pendapatan tinggi.

5.2 BAHAGIAN B
Bahagian ini adalah untuk menganalisis jenis ulam-ulaman yang dipercayai mampu
mengurangkan penyakit kronik dalam kalangan masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun,
Bagan Serai, Perak.
5.2.1 JENIS ULAM-ULAMAN
Jadual 9 : Jenis ulam-ulaman yang menjadi pilihan responden
JENIS ULAM-ULAMAN BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)
(ORANG)
Pegaga 6 20.00
Pucuk Mengkudu 3 10.00
Ulam Raja 5 16.67
Peria Katak 4 13.33
Kaduk 2 6.67
Petai 8 26.67
Cekur 1 3.33
Terung Pipit 1 3.33
(Sumber : Kajian Lapangan 2021)
Rajah 9
14

JENIS ULAM-ULAMAN YANG MENJADI PILIHAN RESPONDEN


30.00%
26.67%

25.00%

20.00%
20.00%
16.67%

15.00%
13.33%

10.00%
10.00%
6.67%

5.00%
3.33% 3.33%

0.00%
Pegaga Pucuk Ulam Raja Peria Katak Kaduk Petai Cekur Terung Pipit
Mengkudu

(Sumber : Kajian Lapangan 2021)


Merjuk rajah di atas, melalui pengisian borang soal selidik kajian mendapati ulam
Petai paling menjadi pilihan sebahagian besar responden di Kampung Parit Sungai Dungun,
Bagan Serai, Perak iaitu seramai 8 orang bersamaan dengan 26.67%. Terdapat 6 orang responden
iaitu 20.00% memilih ulam pegaga untuk mengurangkan penyakit kronik. Seterusnya, seramai 5
orang bersamaan 16.67% memilih Ulam Raja sebagai amalan pemakan untuk mengurangkan
penyakit kronik. Manakala, seramai 4 orang bersamaan dengan 13.33% memilih Peria Katak
untuk mengurangkan penyakit kronik. Seramai 3 orang bersamann dengan10.00% memilih ulam
Pucuk Mengkudu untuk mengurangkan penyakit kronik. 2 orang bersamaan 6.67% memilih
ulam Kaduk. Selain itu, 1 orang responden bersamaan dengan 3.33% memilih ulam Cekur dan 1
orang responden lagi bersaman dengan 3.33% memilih ulam Terung Pipit untuk menjadikan
amalan pemakanan untuk mengurangkan risiko penyakit kronik. Hasil kajian mendapati bahawa
penduduk di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak lebih gemar memakan ulam
Petai untuk mengurangkan risiko penyakit kronik kerana ulam Petai mudah untuk diperolehi di
pasar dan harganya juga berpatutan berbanding dengan ulam-ulaman lain yang sukar didapati.

5.3 BAHAGIAN C
Bahagian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pengambilan ulam-ulaman dalam kalangan
masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak.
5.3.1 KESAN PENGAMBILAN ULAM-ULAMAN
15

Jadual 10
BIL KESAN SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SANGAT
PENGAMBILAN TIDAK SETUJU PASTI (3) (4) SETUJU
ULAM- BERSETUJU (2) (5)
ULAMAN (1)
1. Melancarkan
aliran perjalanan 0 0 3 13 14
darah
2. Mengubati
masalah 0 0 3 11 16
pencernaan yang
tidak lancar
3. Meningkatkan
imuninasi badan 0 1 5 10 14
dalam menahan
penyakit
4. Mengurangkan
kadar gula dalam 1 0 10 9 10
darah
5. Mencuci buah
pinggang serta
mengeluarkan
cacing daripada 0 1 14 6 9
kanak-kanak yang
kecacingan
6. Mengurangkan
risiko penyakit 0 0 4 8 18
jantung
(Sumber : Kajian Lapangan 2021)
5.3.1.1 KESAN PERTAMA : MALANCARKAN ALIRAN PERJALANAN DARAH
Jadual 10
PERSEPSI RESPONDEN BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)
(ORANG)
Sangat tidak bersetuju 0 0.00
Tidak setuju 0 0.00
Tidak pasti 3 10.00
Setuju 13 43.33
Sangat setuju 14 46.67
(Sumber : Kajian Lapangan 2021)
Rajah 10
16

MELANCARKAN ALIRAN PERJALANAN DARAH


50.00% 46.67%
45.00% 43.33%

40.00%

35.00%

30.00%

25.00%

20.00%

15.00%
10.00%
10.00%

5.00%
0.00% 0.00%
0.00%
Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
Persepsi bersetuju
Responden

(Sumber : Kajian Lapangan 2021)


Pengkaji mendapati bahawa kesan pertama daripada pengambilan ulam-ulaman
dalam kalangan masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun ialah dapat melancarkan
perjalanan darah. Hasil kajian mendapati 3 orang responden bersamaan dengan 10.00%
menyatakan TIDAK PASTI bahawa ulam-ulaman mampu mengurangkan penyakit kronik. 13
orang responden yang bersamaan 43.33% menyatakan SETUJU bahawa ulam-ulaman mampu
melancarkan aliran perjalanan darah. Manakala, seramai 14 orang responden yang bersamaan
dengan 46.67% menyatakan SANGAT SETUJU bahawa ulam-ulaman mampu melancarkan
aliran perjalanan darah ke seluruh badan. . Manakala untuk SANGAT TIDAK SETUJU dan
TIDAK SETUJU tiada responden yang menjawab. Hal ini kerana, ramai penduduk di Kampung
Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak mengamalkan amalam memakan ulam-ulaman kerana
ia telah terbukti keberkesanannya ke atas diri mereka. Ulam-ulaman mampu melancarkan aliran
perjalanan darah ke seluruh anggota badan.
5.3.1.2 KESAN KEDUA : MAMPU MENGUBATI MASALAH PENCERNAAN YANG
TIDAK LANCAR
Jadual 10
PERSEPSI RESPONDEN BILANGAN RESPONDEN PERATUS(%)
(ORANG)
Sangat tidak setuju 0 0.00
Tidak setuju 0 0.00
Tidak pasti 3 10.00
Setuju 11 36.67
Sangat setuju 16 53.33
(Sumber : Kajian Lapangan 2021)
17

Rajah 10

MENGUBATI MASALAH PENCERNAAN YANG TIDAK LANCAR


60.00%
53.33%

50.00%

40.00% 36.67%

30.00%

20.00%

10.00%
10.00%

0.00% 0.00%
0.00%
Persepsi Responden
Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

(Sumber : Kajian Lapangan 2021)

Pengkaji mendapati bahawa kesan kedua daripada amalan pemakanan ulam-ulaman di


Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak adalah mampu mengubati masalah
pencernaan yang tidak lancar. Hasil kajian mendapati 3 orang responden bersamaan dengan
10.00% menjawab TIDAK PASTI bahawa ulam-ulaman mampu mengubati masalah pencernaan
yang tidak lancar. 11 orang responden iaitu bersamaan dengan 36.67% SETUJU bahawa
memakan ulam-ulaman mampu mengubati masalah pencernaan yang tidak lancar. Seramai 16
orang responden bersamaan dengan 53.33% SANGAT SETUJU bahawa amalan pemakanan
ulam-ulaman mampu mengubati masalah pencernaan yang tidak lancar. Manakala untuk
SANGAT TIDAK SETUJU dan TIDAK SETUJU tiada responden yang menjawab. Hal ini
menunjukkan sebilangan besar penduduk di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak
berpendapat bahawa kesan pengambilan ulam-ulaman mampu mengubati masalah pencernaan
yang tidak lancar. Mengelakkan berlakunya masalah sembelit dan pembuangan air kecil yang
tidak lawas.

5.3.1.2 KESAN KETIGA : MENINGKATKAN IMUNISASI BADAN DALAM MENAHAN


PENYAKIT
Jadual 11
PERSEPSI RESPONDEN BILANGAN RESPONDEN PERATUS(%)
(ORANG)
18

Sangat tidak bersetuju 0 0.00


Tidak setuju 1 3.33
Tidak pasti 5 16.67
Setuju 10 33.33
Sangat setuju 14 46.67
(Sumber : Kajian Lapangan 2021)
Rajah 11

MENINGKATKAN IMUNISASI BADAN DALAM MENAHAN PENYAKIT


50.00%
46.67%
45.00%

40.00%

35.00% 33.33%

30.00%

25.00%

20.00%
16.67%
15.00%

10.00%

5.00% 3.33%
0.00%
0.00% Meningkatkan imunisasi badanSetuju
Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Sangat setuju
Persepsi Responden
bersetuju dalamm menahan penyakit

(Sumber : Kajian Lapangan 2021)


Pengkaji mendapati bahawa kesan ketiga daripada pengambilan ulam-ulaman di
Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak adalah mampu meningkatkan imunisasi
badan. Seramai 30 orang responden menjawab soalan soal selidik ini.Hasil kajian ini mendapati
seorang responden bersamaan dengan 3.33% TIDAK BERSETUJU dengan kesan amalan
pengambilan ulam-ulaman yang mampu meningkatkan imunisasi badan. 5 orang responden
bersamaan dengan 16.67% TIDAK PASTI dengan kesan pengambilan ulam-ulaman mampu
meningkatkan imunisasi badan. 10 orang responden bersamaan dengan 33.33% SETUJU
manakala seramai 14 orang responden bersamaan dengan 46.67% SANGAT SETUJU bahawa
amalan pengambilan ulam-ulaman yang mampu meningkatkan imunisasi badan. Majoriti
responden sangat bersetuju bahawa amalan pengambilan ulam-ulaman yang mampu
meningkatkan imunisasi badan. Amalan pengambilan ulam-ulaman sangat penting untuk
individu meningkatkan imunisasi badan.

5.3.1.2 KESAN KEEMPAT : MENGURANGKAN KADAR GULA DALAM DARAH


19

Jadual 12 :
PERSEPSI RESPONDEN BILANGAN RESPONDEN PERATUS(%)
(ORANG)
Sangat tidak setuju 1 3.33
Tidak setuju 0 0.00
Tidak pasti 10 33.33
Setuju 9 30.00
Sangat setuju 10 33.33
(Sumber : Kajian Lapangan 2021)
Rajah 12 :

MENGURANGKAN KADAR GULA DALAM DARAH


35.00% 33.33% 33.33%
30.00%
30.00%

25.00%

20.00%

15.00%

10.00%

5.00% 3.33%
0.00%
0.00%
Sangat tidak Mengurangkan
Tidak setuju kadar
Tidak pastigula dalamSetuju
darah Sangat setuju
Persepsi Responden
bersetuju

(Sumber : Kajian Lapangan 2021)


Pengkaji mendapati bahawa kesan ketiga daripada pengambilan ulam-ulaman di
Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak adalah dapat mengurangkan kadar gula
dalam darah. Hasil kajian mendapati 1 orang responden bersamaan 3.33% SANGAT TIDAK
BERSETUJU bahawa pengambilan ulam-ulaman dapat mengurangkan kadar gula dalam darah.
Seramai 10 orang responden iaitu bersamaan dengan 33.33% TIDAK PASTI dan SANGAT
SETUJU dengan kesan pengambilan ulam-ulaman mengurangkan kadar gula dalam darah. 9
orang responden bersamaan dengan dengan 30.00% SETUJU bahawa pengambilan ulam-ulaman
mampu mengurangkan kadar gula dalam darah. Hal ini, menunjukkan ramai responden bersetuju
bahawa pengambilan ulam-ulaman mampu mengurangkan kadar gula dalam darah. Ulam-
ulaman mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri dalam bidang perubatan.
5.3.1.5 KESAN KELIMA : MENCUCI BUAH PINGGANG SERTA MENGELUARKAN
CACING DARIPADA KANAK-KANAK YANG KECACINGAN
20

Jadual 13
PERSEPSI RESPONDEN BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)
(ORANG)
Sangat tidak bersetuju 0 0.00
Tidak setuju 1 3.33
Tidak pasti 14 46.67
Setuju 6 20.00
Sangat setuju 9 30.00
(Sumber : Kajian Lapangan 2021)
Rajah 13

MENCUCI BUAH PINGGANG SERTA MENGELUARKAN CACING


DARIPADA KANAK-KANAK YANG KECACINGAN
50.00%
45.67%
45.00%
40.00%
35.00%
30.00%
30.00%
25.00%
20.00%
20.00%
15.00%
10.00%
5.00% 3.33%
0.00%
0.00% Mencuci
Sangat tidak Tidak setujubuah pinggang serta mengeluarkan
Tidak pasti Setujucacing Sangat setuju
Persepsibersetuju
Responden daripada kanak-kanak yang kecacingan

(Sumber : Kajian Lapangan 2021)


Pengkaji mendapati bahawa kesan pengambilan ulam-ulaman di Kampung Parit Sungai
Dungun, Bagan Serai, Perak adalah dapat mencuci buah pinggang serta mengeluarkam cacing
daripada kanak-kanak yang kecacingan. Hasil kajian ini, mendapati seorang responden
bersamaan dengan 3.33% TIDAK SETUJU dengan kesan pengambilan ulam-ulaman yang
mampu mencuci buah pinggang serta mengeluarkam cacing daripada kanak-kanak yang
kecacingan. 14 orang responden bersamaan dengan 45.67% TIDAK PASTI. Manakala 6 orang
responden bersamaan dengan 20.00% SETUJU dan 9 orang responden bersamaan
dengan30.00% SANGAT BERSETUJU bahawa pengambilan ulam-ulaman dapat mencuci buah
pinggang serta mengeluarkam cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. Tiada responden
yang menjawab SANGAT TIDAK BERSETUJU. Hal ini kerana majoriti responden tidak
mengetahui khasiat dan keberkesanan ulam-ulaman untuk merawat penyakit kronik. Terdapat
juga beberapa orang responden mengetahui khasiat pengambilan ulam-ulaman iaitu mampu
mencuci buah pinggang serta mengeluarkam cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.
21

Pengambilan ulam-ulaman lebih menjimatkan kos serta lebih selamat kerana tidak menggunakan
bahan kimia berbanding dengan ubat-ubatan yang di jual di pasaran.

5.3.1.6 KESAN KEENAM : MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG


Jadual 14
PERSEPSI RESPONDEN BILANGAN RESPONDEN PERATUS (%)
(ORANG)
Sangat tidak bersetuju 0 0.00
Tidak bersetuju 0 0.00
Tidak pasti 4 13.33
Setuju 8 26.67
Sangat setuju 18 60.00
(Sumber : Kajian Lapangan 2021)
Rajah 14

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG


70.00%

60.00%
60.00%

50.00%

40.00%

30.00% 26.67%

20.00%
13.33%
10.00%

0.00% 0.00%
0.00%
Sangat tidak Tidak setuju
Mengurangkan Tidakpenyakit
risiko pasti Setuju
jantung Sangat setuju
Persepsibersetuju
Responden

(Sumber : Kajian Lapangan 2021)

Pengkaji mendapati bahawa kesan keenam daripada pengambilan ulam-ulaman di


Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak adalah mampu mengurangkan risiko
penyakit jantung. Hasil kajian mendapati 4 orang responden bersamaan dengan 13.33% TIDAK
PASTI. 8 orang responden bersamaan dengan 26.67% SETUJU bahawa pengambilan ulam-
ulaman dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. 18 orang responden bersamaan dengan
60.00% SANGAT SETUJU bahawa pengambilan ulam-ulaman mampu mengurangkan risiko
22

penyakit jantung. Manakala untuk SANGAT TIDAK SETUJU dan TIDAK SETUJU tiada
responden yang menjawab. Majoriti masyarakat yang tinggal di Kampung Parit Sungai Dungun,
Bagan Serai, Perak sangat bersetuju bahawa pengambilan ulam-ulaman dapat mengurangkan
risiko penyakit jantung. Dengan mengamalkan amalan memakan ulam-ulaman ini mampu
mencegah banyak penyakit kronik. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan objektif kajian ini telah berjaya dicapai.
Kajian ini berdasarkan objektif, mengenalpasti jenis-jenis ulaman yang menjadi amalan
pemakanan dan mengkaji keberkesanan pengambilan ulam-ulaman yang dipercayai boleh
mengurangkan risiko penyakit kronik dalam kalangan masyarakat di Kampung Parit Sungai
Dungun, Bagan Serai, Perak.
6.1 DEMOGRAFI
Secara kesimpulannya, demografi responden dapat dirumuskan melalui borang soal selidik yang
dijawab oleh responden. Demografi responden wanita bangsa Melayu paling tinggi menjawab
soal selidik ini. Responden wanita Melayu memberikan kerjasama yang amat baik untuk
menjalankan kajian ini dengan menjawab borang soal selidik yang telah disediakan di Google
Form. Manakala, umur 15-20 tahun dan merupakan majority pelajar sekolah mempunyai banyak
masa lapang untuk menjawab soal selidik berbanding dengan orang yang lebih dewasa. Orang
dewasa mempunyai banyak tanggungjawab terhadap keluarga dan pekerjaan.
6.2 KESIMPULAN JENIS ULAM-ULAMAN YANG MENJADI AMALAN PEMAKANAN
Jadual 15
Jenis ulam-ulaman Bilangan responden (orang) Peratus (%)
Petai 8 26.67
Pegaga 6 20.00
Ulam Raja 5 16.67
(Kajian Lapangan,
2021)
Secara kesimpulannya, merujuk jadual 15, kajian mendapati jenis ulam-ulaman yang menjadi
amalan pemakanan masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak ialah
Petai, Pegaga, Ulam Raja. Kajian mendapati ketiga-tiga ulaman ini memperolehi jumlah
sebanyak 63.34% responden. Hal ini kerana, ulam Petai, Pegaga, Ulam Raja mempunyai
kelebihan yang menepati cita rasa masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan Serai,
Perak. Ulam Petai mendapat tempat di hati penduduk kerana ulam tersebut mudah didapati di
pasar tani dan pasaraya besar serta harganya yang berpatutan menyebabkan masyarakat mampu
membelinya. Selain itu, keenakan ulam tersebut merupakan faktor masyarakat memilih untuk
memakan ulam Petai. Seterusnya, ulam yang menjadi majoriti masyarakat di Kampung Parit
Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak ialah Pegaga dan Ulam Raja. Ulam tersebut mudah untuk
didapati kerana kebanyakkan masyarakat menanam sendiri ulam berkenaan di kawan rumah.
Banyak khasiat yang diperolehi daripada ulam Petai, Pegaga dan Ulam Raja ini. Di samping itu,
23

jenis ulam yang kurang dimakan oleh masyarakat di Kampung Parit Sungai Dungun, Bagan
Serai, Perak ialah ulam Cekur dan Terung Pipit. Hal ini kerana, ulam Cekur dan Terung Pipit
sukar untuk dijumpai pada masa kini kerana kebanyakkannya telah pupus. Selain itu, ulam Cekur
dan Terung Pipit kurang digemari oleh masyarakat kerana rasanya yang pahit dan kurang sedap
untuk dimakan.
6.3 KESAN PENGAMBILAN ULAM-ULAMAN YANG DIPERCAYAI MAMPU
MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KRONIK
Jadual 16
Bi Kesan pengambilan ulam-ulaman yang Bilangan responden mengatakan SANGAT
l dipercayai mampu mengurangkan risiko SETUJU ( Orang )
penyakit kronik
1. Melancarkan aliran perjalanan darah 14
2. Mengubati masalah pencernaan yang 16
tidak lancar
3. Meningkatkan imunisasi badan dalam 14
menahan penyakit
4. Mengurangkan kadar gula dalam darah 10
5. Mencuci buah pinggang serta
mengeluarkan cacing daripada kanak- 9
kanak yang kecacingan
6. Mengurangkan risiko penyakit jantung 18
( Sumber : Kajian Lapangan,
2021 )
Jadual 16 dibina berdasarkan penyataan ‘ sangat setuju ‘ dalam bidang soal selidik.
Pengkaji tidak dapat mengambil data dari penyataan setuju kerana bilangan responden
mengatakan SANGAT SETUJU mengenai kesan pengambilan ulam-ulaman yang dipercayai
mampu mengurangkan risiko penyakit kronik lebih ramai berbanding responden yang
mengatakan SETUJU. Oleh itu, pengkaji memilih data SANGAT SETUJU untuk menyimpulkan
objektif kajian ini.
Secara kesimpulannya, responden dari penduduk di Kampung Parit Sungai Dungun,
Bagan Serai, Perak majoritinya memilih SANGAT SETUJU di bahgian C iaitu kesan
pengambilan ulam-ulaman yang dipercayai mampu mengurangkan risiko penyakit kronik.
Merujuk rajah 16, kajian mendapati kesan utama kesan pengambilan ulam-ulaman ialah
mengurangkan risiko penyakit jantung. Seramai 18 orang responden mengatakan SANGAT
SETUJU mengenai kesan pengambilan ulam-ulaman yang mampu mengurangkan risiko
penyakit kronik. Sehubungan dengan itu, kajian mendapati bahawa penduduk di Kampung Parit
Sungai Dungun, Bagan Serai, Perak memilih ulam-ulaman yang memberikan kesan yang baik
serta mampu mengurangkan risiko penyakit kronik. Apabila terhindar daripada penyakit jantung
ini individu dapat menjalankan kehidupan dengan lebih bahagia di samping keluarga tersayang.
Aktiviti seharian dapat dijalankan contohnya, bertani, berniaga dan sebagainya.
24

Kajian juga mendapati kesan kedua dari pengambilan ulam-ulaman ialah mampu
mengubati masalah pencernaan yang tidak lancar. Seramai 16 orang responden yang menyatakan
SANGAT SETUJU bahawa ulam-ulaman memberikan kesan yang positif iaitu mampu
mengubati masalah pencernaan yang tidak lancar.Menurut kaedah temu bual yang telah
dijalankan responden mengatakan bahawa ulam-ulaman menjadi pilihan di hati penduduk kerana
mempunyai khasiat yang banyak terhadap kesihatan. Masalah seperti sembelit, buasir dapat
diatasi dengan baik jika kerap mengamalkan amalan memakan ulam-ulaman. Sistem pencernaan
membantu penyerapan nutrien makanan serta menyingkirkan agen yang memudaratkan iaitu
toksin, alergen dan mikroorganisma bahaya. Sistem pencernaan bekerja memecahkan makanan
menjadi nutrisi dan energi yang dapat digunakan oleh tubuh badan. Beberapa jenis makanan,
seperti ulam dapat membantu proses pencernaan ini.
Seterusnya, kesan dari pengambilan ulam-ulaman ialah mampu melancarkan aliran
perjalanan darah dan meningkatkan imunisasi badan dalam menahan penyakit. Masing-masing
seramai 14 orang responden mengatakan SANGAT SETUJU bahawa ulam-ulaman memberikan
kesan yang baik terhadap tubuh badan. Peredaran darah yang lancar dapat menjadikan nutrien,
mineral, dan oksigen diedarkan dengan betul ke seluruh badan. Dengan peningkatan imunisasi
dalam badan mampu mewujudkan antibodi, ia dapat melindungi diri daripda dijangkiti penyakit
berjangkit dan komplikasi penyakit tertentu, di samping mengelak serta mengurangkan
komplikasi atau gejala penyakit lain.
Selain itu, kesan dari pengambilam ulam-ulaman ialah mampu mengurangkan kadar gula
dalam darah. Seramai 10 orang responden mengatakan SANGAT BERSETUJU bahawa ulam-
ulaman mampu mengurangkan kadar gula dalam darah. Untuk pengetahuan gula di dalam darah
selalu disebutkan adaalah merujuk kepada glukosa. Kadar gula yang rendah dalam darah boleh
mencetuskan pembebasan hormon stress kortisol. Jelaslah bahawa, dengan pengambilan ulam-
ulaman mampu untuk mengurangkan kadar gula dalam. Kadar gula yang tinggi dalam darah
boleh menyebabkan pelbagai penyakit antaranya ialah diabetis, strok dan serangan jantung.
Kesan terakhir dari pengambilan ulam-ulaman ialah mencuci buah pinggang serta
mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. Seramai 9 orang responden
mengatakan SANGAT SETUJU bahawa pengambilan ulaman mampu mencuci buah pinggang
serta mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. Buah pinggang antara organ
yang sangat penting dalam berperanan mencuci darah dari sisa buangan serta lebihan air yang
diperlukan tubuh. Masalah cacing dalam kalangan kanak-kanak boleh diatasi dengan
pengambilan ulam-ulaman tradisional. Masalah cacing ini perlu diatasi untuk pembesaran dan
tumbesaran yang normal kepada kanak-kanak.
Hasil kajian mendapati bahawa ulam-ulaman ini memberikan banyak kesan yang baik
terhadap masyarakat untuk mengurangkan risiko penyakit kronik ini. Oleh itu, pengkaji berharap
kajian jenis ulam-ulaman perlu diteruskan oleh pengkaji yang lain dalam pelbagai aspek.
Pengkaji mencadangkan kepada pengkaji lain untuk melakukan kajian mengenai jenis - jenis
produk yang diperbuat daripada ulam-ulaman contohnya, jus, jamu, tonik dan sebagainya.
25

You might also like