You are on page 1of 13

JKA218 / 4

  JKA218TG1
 

ISU-ISU ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI


ANTHROPOLOGY AND SOCIOLOGY ISSUES
Academic Session 2022/2023
 

TUGASAN TG1

MOHAMAD KHAIRUL AZHAR BIN ABDUL


Name
HALIM 
Matric No. JK/13947/21  
I.C No. 851224145993 
Regional 851224145993
IPOH
Centre.
Phone No. H/P: 019-3809104
Name NOOR FAIZAL BIN MANSUR 
Matric No. JK/13812/21  
I.C No. 810222025225 
Regional 810222025225
ALOR SETAR
Centre.
Phone No. H/P: 016-4785202
Name NOOR AZAM ZABHA BIN MUDA 
Matric No. JK/14022/21  
I.C No. 770802036285 
Regional 770802036285
IPOH
Centre.
 Phone No. H/P: 019-5578920
MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHD NOOR @
Name
NOORI 
Matric No. JK/14067/21  
I.C No. 970325035189 
Regional 970325035189
JOHOR BHARU
Centre.
Phone No. H/P: 013-9402406
  
JKA218 - ISU-ISU ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI
SIDANG 2022 / 2023

TAJUK

MASALAH SOSIAL : PENYALAHGUNAAN DAUN KETUM

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD KHAIRUL AZHAR BIN ABDUL HALIM - JK/13947/21


NOOR FAIZAL BIN MANSUR - JK/13812/21
NOOR AZAM ZABHA BIN MUDA - JK/14022/21
MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHD NOOR @ NOORI - JK/14067/21

DISEDIAKAN UNTUK
DR. BOK GUAT IM
PENGURUS KURSUS JKA 218
ISU-ISU ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI
ISU KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN 1
2.0 MASALAH SOSIAL : KETAGIHAN AIR KETUM 2
3.0 MASALAH KETAGIHAN AIR KETUM DALAM KONSEP 5
ANGGAPAN BIASA / COMMON SENSE
4.0 MASALAH KETAGIHAN AIR KETUM DALAM KONSEP 6
IMAGINASI SOSIOLOGI C. WRIGHT MILLS
5.0 KESIMPULAN 7
6.0 PAUTAN POSTER INTERAKTIF 9
7.0 RUJUKAN 10
MASALAH SOSIAL : PENYALAHGUNAAN DAUN KETUM

1.0 PENGENALAN

Pokok Ketum adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak ditemui di

Afrika, di Negeri-Negeri Utara Semenanjung Malaysia seperti Negeri Perak dan Negeri Kedai

serta di Selatan Thailand. Nama saintifik bagi Pokok Ketum adalah Mitragyna speciosa korth

(Karl & Colin, 1988). Di Malaysia tumbuhan ini dikenali sebagai Ketum manakala di Thailand

tumbuhan ini juga dipanggil sebagai Kakuam, Ithang atau Thom. Dahulunya Pokok Ketum ini

hidup subur di kawasan bertanah lembap dan boleh ditemui tumbuh secara liar di kawasan-

kawasan hutan dan persekitaran kawasan pendalaman. Namun kini, Pokok Ketum di tanam

secara meluas di kawasan kebun-kebun bersebelahan dengan rumah di kampung. Daun

ketum yang digunakan untuk memproses air ketum.

Terdapat 2 jenis daun Pokok Ketum(tetulang dedaun) yang sering digunakan untuk diproses

menjadi air minuman iaitu daun Pokok Ketumtetulang daun berwarna merah dan daun

Pokok Ketumtetulang daun berwarna putih yang dikatakan mempunyai kesan halusinogenik

yang lebih kuat. Daun ketum tersebut telah digunakan dalam perubatan tradisional sebagai

minuman tenaga kepada para petani dan juga kepada wanita yang baru melahirkan anak.

Daun ketum tersebut akan direbus dan air rebusan tersebut akan diminum untuk

memulihkan tenaga. Air rebusan daun ketum juga digunakan sebagai rawatan untuk

mengeluarkan angin dalam badan serta merawat sakit belakang. Namun begitu, dewasa ini

air rebusan dau ketum telah disalahgunakan dan telah dijual secara meluas kepada orang

ramai yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

1
Pada tahun 2003, Pokok Ketum menjadi terkenal kerana ianya dikatakan berupaya

menjadikan seseorang itu ketagihan walaupun sebelum ini tujuan asal penggunaan daun

ketum adalah untuk perubatan tradisional. Air daun ketum sering disalahgunakan oleh

sesetengah individu atau penagih dadah kerana ianya mengandungi bahan-bahan Psikoaktif

Mitragynine yang memberi kesan stimulan, sedatif dan euphoria hingga boleh

menyebabkan ketagihan. Sehubungan dengan itu Mitragynine iaitu bahan aktif dalam air

daun ketum adalah bahan psikotropik yang dikawal di Malaysia dan telah disenaraikan

dalam Jadual Ketiga Racun (Bahan-Bahan Psikotropik), Akta Racun 1952. Dengan itu air dan

daun ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003. Menurut

Seksyen 30 Akta Racun 1952, adalah satu kesalahan bagi aktiviti pengimportan,

pengeksportan, pengilangan, penjualan dan pemilikan bahan-bahan psikotropik yang

tersebut. Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan di bawah Seksyen 30(5) Akta

Racun 1952, iaitu denda tidak melebihi RM 10,000 atau 4 tahun penjara atau kedua-duanya

sekali.

2.0 MASALAH SOSIAL : KETAGIHAN AIR KETUM

Walaupun pada asasnya, daun ketum adalah sejenis tumbuhan yang dapat mengubati

beberapa penyakit dan sering digunakan orang kampung dahulu untuk meningkatkan

tenaga, namun dewasa ini air ketum telah disalahgunakan untuk memberikan halusinasi

kepada mereka yang meminumnya dan ianya kini menjadi alternatif kepada penagih dadah

jenis lain kerana pengambilan air ketum ini tidak dapat dikesan dengan ujian air kencing.

Menurut Nurhafizah binti Hasan (2014), kesan pengambilan mitragynine yang terdapat

2
dalam air ketum secara berlebihan akan menyebabkan penggunanya berasa khayal

(euforia), pening, mengantuk dan muntah-muntah. Selain daripada itu kesan buruk

pengambilan air ketum secara berterusan akan menyebabkan berlakunya masalah

ketagihan, bibir dan kulit menjadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di

pipi, kulit menjadi kering serta insomnia.

Kelemahan undang-undang di negara ini yang tidak mengharamkan penanaman Pokok

Ketum diambil kesempatan oleh sesetengah individu untuk mengusahakan tanaman Pokok

Ketum terutamanya di kawasan kampung dan seterusnya memproses air ketum untuk dijual

kepada orang ramai. Selain daripada itu juga, daun-daun ketum ini juga dijual secara

seludup ke kawasan yang sukar untuk diperolehi terutamanya di kawasan bandar.

Sekiranya ditinjau di kawasan kedai makan di kampung-kampung seperti di negeri Perak

mahupun Kedah, boleh dikatakan hampir sebahagian kedai makan menjual air ketum untuk

dibeli oleh pelanggan. Selain daripada itu juga terdapat juga pelanggan membawa sendiri air

ketum untuk diminum di kedai makan secara terbuka tanpa berselindung.

Dari perspektif Antropologi dan Sosiologi, menurut Peter L. Berger (1966) masalah-masalah

sosial adalah “sesuatu dalam masyarakat yang tidak bergerak sepertimana yang

dijangkakan mengikut interpritasi rasmi”. Maksudnya adalah sesuatu fenomena atau gejala

yang terjadi serta tidak bergerak mengikut kehendak masyarakat ini dapatlah kita katakan

sebagai masalah sosial.

Oleh yang demikian, isu penyalahgunaan atau penagihan minuman air ketum menjadi satu

isu sosial adalah kerana terdapat masalah sosiologi yang berlaku dalam struktur masyarakat

3
itu sendiri di mana kurangnya pengetahuan masyarakat tentang bahayanya meminum air

ketum secara berlebihan atau dicampur dengan bahan lain. Selain daripada itu juga

terdapat juga masyarakat yang beranggapan minuman air ketum ini adalah satu minuman

perubatan tradisional walhal mereka yang meminumnya tidak mempunyai sebarang

penyakit selain untuk memenuhi nafsu dan kepuasaan sendiri. Persekitaran tempat tinggal,

pengaruh rakan juga memungkinkan masalah sosial ini seperti sukar ditangani terutamanya

di kawasan kampung-kampung.

Penjualan air ketum secara terbuka di lokasi tertentu yang mudah diperolehi dan diketahui

menyebabkan penjualan air ketum ini tiada kawalan sehinggakan terdapatnya pelajar

sekolah yang turut minum air ketum ini. Menurut kajian yang dibuat oleh Noor Azniza Ishak

(2015), kesan pengambilan air ketum ini kepada para pelajar akan menyebabkan prestasi

akademik pelajar merosot dan kadang-kadang menyebabkan tingkah laku pelajar berubah

sehingga boleh menjadi orang tidak betul dan sentiasa mengganggu pelajar lain. Selain

daripada itu pelajar yang meminum air ketum ini akan berasa mengantuk di sekolah dan

sukar untuk memberi tumpuan kepada sesi pembelajaran.

Selain daripada itu, terdapat juga peniaga air ketum ini yang merebus daun ketum bersama

bahan camupuran lain untuk meningkatkan kesan ketagihan dan kesan khayal kepada

pengguna. Antara bahan campuran yang sering digunakan adalah minuman berkarbonat

(Coca-Cola, Pepsi, Kickapoo dan Red Bull), ubat batuk, panadol dan lain-lain. Kesan

campuran bahan lain akan memberi kesan kepada kesihatan individu yang meminumnya.

Penagih air ketum ini juga senang dikenal pasti kerana terdapat kesan kepada kulit mereka

4
di mana bibir serta kulit menjadi kehitaman seperti kesan lebam dan terbakar terutama di

pipi.

3.0 MASALAH KETAGIHAN AIR KETUM DALAM KONSEP ANGGAPAN BIASA


/ COMMON SENSE

Gegala ketagihan minuman air ketum ini banyak berlaku di kawasan luar bandar

terutamanya di negeri utara Malaysia iaitu seperti di Perak, Kedah dan Perlis sehinggakan

budaya meminum air ketum di kedai-kedai makan bersama rakan-rakan adalah perkara

biasa di sana. Namun begitu, ramai juga penduduk kampung yang kurang senang dengan

ketagihan air ketum ini sehingga ianya merebak ke golongan muda dan pelajar-pelajar

sekolah berikutan akses yang mudah untuk membeli air ketum atau merebus sendiri daun

ketum. Pelajaran para pelajar terjejas dan memungkinkan timbulnya generasi yang tiada

masa depan kesan daripada ketagihan air ketum ini.

Ketagihan air ketum ini menyebabkan si penagih ini menjadi mudah marah dan kesihatan

badan semakin terjejas. Selain daripada itu penagihan air ketum ini juga menyebabkan

masalah kewangan dihadapi oleh si penagih ini. Masyarakat beranggapan undang-undang

yang ada pada masa kini kurang memberi kesan untuk menangani masalah penagihan air

ketum. Ini berikutan penanaman Pokok Ketum tidak menjadi suatu kesalahan sebaliknya

tindakan menyimpan daun ketum serta air ketum adalah suatu kesalahan. Usaha yang

dibawa oleh Kerajaan untuk memasukkan kesalahan ketum ini dalam Akta Dadah Berbahaya

1952 harus terus direalisasikan berikutan hukuman di bawah Akta Racun 1952 kepada

kesalahan ketum ini masih gagal untuk menyekat masalah ketagihan air ketum ini.

5
4.0 MASALAH KETAGIHAN AIR KETUM DALAM KONSEP IMAGINASI SOSIOLOGI
C. WRIGHT MILLS

Pemahaman sosiologi mengenai masalah sosial sangat bergantung pada konsep imaginasi

sosiologi. Menurut C. Wright Mill’s (1959) Imaginasi sosiologi adalah perbezaan klasik antara

masalah peribadi dan masalah masyarakat. Selain daripada itu juga, imaginasi sosiologi

adalah keupayaan untuk beralih dari satu perspektif ke perspektif yang lain iaitu daripada

melihat masalah individu tunggal kepada masyarakat secara keseluruhannya. C. Wright

Mill’s turut menyentuh hubungan antara masalah peribadi dan isu awam secara struktur

sosial.

Sekiranya dilihat berkaitan masalah sosial ketagihan air ketum ini, masalah peribadi adalah

merujuk kepada masalah yang mempengaruhi individu yang terjejas serta anggota

masyarakat lain di mana dalam konteks ketagihan air ketum ini, individu-individu yang

ketagihan air ketum ini adalah subjeknya. Penyebab utama air ketum ini boleh dibeli dengan

mudah adalah kurang berkesannya undang-undang sedia dalam mengekang pengedaran

daun ketum serta air ketum. Selain daripada itu budaya masyarakat terdahulu meminum air

ketum untuk tenaga menjadi ikutan kepada generasi sedia ada untuk minum air ketum

untuk mendapat kesan khayal. Masalah awam yang sumbernya terletak pada struktur sosial

dan budaya masyarakat, merujuk kepada masalah sosial yang mempengaruhi banyak

individu. Oleh itu, masalah dalam masyarakat membantu menjelaskan masalah yang dialami

6
oleh individu. Mills merasakan bahawa banyak masalah yang biasanya dianggap sebagai

masalah peribadi paling baik difahami sebagai masalah umum, dan dia mencipta istilah

imaginasi sosiologi untuk merujuk kepada kemampuan untuk menghargai asas struktur

untuk masalah individu.

Apabila masalah ketagihan air ketum ini tidak dibendung ianya akan memberi kesan kepada

masyarakat. Penduduk kampung sanggup meninggalkan tanaman sedia ada untuk

menanam Pokok Ketum kerana permintaan yang tinggi selain memberi keuntungan berlipat

kali ganda. Ketagihan di peringkat pelajar sekolah boleh mendorong peningkatan kes-kes

jenayah seperti kecurian harta benda berikutan mereka memerlukan wang untuk membeli

air ketum akibat ketagihan.

Dengan itu, dari sudut pandangan imaginasi sosiologi ini ia dapat memberi kita peluang

untuk mengenal pasti hubungan di antara kehidupan peribadi kita dengan kehidupan sosial

masyarakat di sekeliling yang boleh mempengaruhi kita. Oleh itu, isu penyalahgunaan daun

ketum dengan memproses menjadi air ketum juga boleh dibendung sekiranya semua

masyarakat bersatu padu membanteras penanaman Pokok Ketum dan pengedaran air

ketum. Manakala pihak Kerajaan juga perlu mengubal atau memasukkan kesalahan

berkaitan ketum ini ke dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi meningkatkan hukuman

kepada pengedar, penagih dan mereka yang memiliki ketum.

5.0 KESIMPULAN

7
Secara kesimpulannya masalah sosial penyalahgunaan daun ketum dengan memproses

menjadi air ketum yang dicampur dengan bahan-bahan lain dilihat sebagai masalah besar di

Malaysia apabila melibatkan isu penagihan benda khayal selain daripada penyalahgunaan

dadah. Tidak dapat dinafikan punca kepada isu ini adalah disebabkan oleh pemikiran

masyarakat. Dalam erti kata lain, peranan common sense dan juga gelembung yang

masyarakat hidup di mana masyarakat gagal melihat bahawa ini adalah masalah awam dan

bukannya masalah peribadi individu. Untuk memecahkan isu sosial yang dinyatakan, dua

jenis pendekatan telah digunakan, iaitu konsep common sense dan juga imaginasi sosiologi

oleh C. Wright Mills.

Perbezaan kedua-dua pendekatan ini dapat membawa kita meliaht masalah sosial ini

melalui dua pendekatan yang berbeza. Dari segi common sense atau anggapan biasa,

penagihan air ketum ini adalah suatu budaya yang menjadi ikutan mereka yang terdahulu

namun generasi kini mencampur bendasing semasa merebus air ketum dan meminum air

ketum untuk berkhayal bukannya untuk memulihkan tenaga. Sebaliknya dari segi

pendekatan imaginasi sosiologi dapat membawa kita mengenal pasti sama ada isu sosial

yang dihadapi oleh seseorang individu adalah sebahagian daripada masalah yang lebih besar

yang memberi kesan kepada masyarakat. Pendekatan ini juga membawa kita mengenalpasti

punca sebenar masalah sosial penyalahgunaan daun ketum sukar dikawal dan langkah-

langkah yang perlu diambil untuk membanteras masalah ini.

8
6.0 PAUTAN POSTER INTERAKTIF

Pautan poster interaktif menggunakan aplikasi genially adalah seperti berikut:-

https://view.genial.ly/63e82641d806be001317e8e2/interactive-image-isu-sosial-masalah-
penyalahgunaan-daun-ketum

QR Code:-

9
RUJUKAN

Karl, L. R. J. & Colin, J. P. (1988). Psychoactive Properties of Mitragynine (Kratom). Journal


of Psychoactive Drugs. Volume 20, Issue 4, pages 455-457.

Nurhafizah binti Hasan (20 Jan 2014). Penyalahgunaan Daun Ketum. Dimuat turun 8 Feb
2023, daripada http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-daun-ketum/

Prof Madya Dr. Noor Azniza Ishak (2015), Kajian Penyalahgunaan Daun Ketum Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Negeri Kedah dan Perlis. Universiti Utara
Malaysia.

P. Berger (1966) Invitation to Sociology.(pp. 38-40, 49, 54)

C. Wright Mills (1959) Sosiological Imagination. Chapter One: The Promise.


https://sites.middlebury.edu/utopias/files/2013/02/The-Promise.pdf

10

You might also like