You are on page 1of 33

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER PERTAMA SESI A191

SADN 1033: KENEGARAAN MALAYSIA

GROUP: S

TAJUK TUGASAN : INOVASI BERDASARKAN KENEGARAAN

TEMA : KULINARI

INOVASI : CAWAN CERDIK (CLEVER CUP)

KUMPULAN : 15

PENSYARAH KENEGARAAN: DR. MOHAN RATHAKRISHNAN


BIL NAMA NO MATRIK

HAZREL HARIZ BIN HASNUL HADI 264318


1

MOHAMAD ABDUL HAKIM BIN 271326


2

HEMA PREYAA A/P SUBBRAMANIYAM 264591


3

SITI IZZATUL MARDHIAH BINTI SH AZHAIDI 272359


4

AMALINA BINTI AZHAR


5 261569

NUR SHAFIQAH BINTI AMIR 262131


6

ZINIRAH BINTI MOHAMED NOOR 267918


7

CHIEW YANG HUI 273729


8

LIN YI XUAN 271328


9

NOR ASYIKIN BT ABDUL AZIZ 261152


10

I. AHLI KUMPULAN:

1
II. PROFIL PELAJAR KUMPULAN 15
STUDENT LECTURER
GROUP MEMBERS
PICTURE REMARKKS
Name: HAZREL HARIZ BIN HASNUL HADI

Nick name : HAZREL

Matric number : 264318

Email: hazrel8122@gmail.com

Phone number: 0134248122


Name: MOHAMAD ABDUL HAKIM BIN

CHE ABD AZIZ

Nick name : HAKIM

Matric number : 271326

Email: hakim43199@gmail.com

Phone number: 013 9928613

Name: HEMA PREYAA a/p

SUBBRAMANIYAM

Nick name : HEMA

Matric number : 264591

Email: hemapreyaa99@gmail.com

Phone number: 0134052989

Name: SITI IZZATUL MARDHIAH BINTI SH

AZHAIDI

Nick name : DHIA

Matric number : 272359

Email: dhiazhaidi@gmail.com

Phone number: 011 14966460

2
Name: AMALINA BINTI AZHAR

Nick name : AMALINA

Matric number : 261569

Email: amalinaazhar98@gmail.com

Phone number: 011 27601791

Name: ZINIRAH BINTI MOHAMED NOOR

Nick name : ZINI

Matric number : 267918

Email:zinirah317@yahoo.com

Phone number:01123562097

Name: CHIEW YANG HUI

Nick name : YANG

Matric number : 273729

Email: c.yanghui1@gmail.com

Phone number: 0147587289

Name: LIN YI XUAN

Nick name : LIN

Matric number : 271328

Email: lin_yi_xuan@soa.uum.edu.my

Phone number: 0176622465

Name: NOR ASYIKIN BT ABDUL AZIZ

Nick name : SYIKIN

Matric number : 261152

Email: norasyikin1005@gmail.com

3
Phone number: 0174261669

Name: NUR SHAFIQAH BINTI AMIR

Nick name : PIEQAH

Matric number : 262131

Email: nurshafiqahamir@gmail.com

Phone number: 0183582862

4
III. ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
I. Ahli kumpulan 1
II. Profil pelajar kumpulan 15 2-3
III. Isi kandungan 4-5
1.0 Pengenalan 6-7
2.0 Masalah kajian 7-11

2.1. Penggunaan penyedut minuman plastik


7-8
(‘straw’) serta cawan plastik pakai buang

(polypropelene-PETE & HDPE) secara

berleluasa yang menyebabkan

kemudaratan kesihatan serta alam sekitar.


2.2. Peninggalan dan pembaziran sisa ‘topping’ 8

selepas minuman diminum.

2.3. Penumber: penyedut minuman ‘straw’ 8-10

keluli yang berkemungkinan tidak bersih


2.4. Pembuangan cawan plastik yang dibuang 10-11

merata serta ke tempat pelupusan sampah

menjadi tempat takungan air sehingga

mewujudkan tempat pembiakan nyamuk

Aedes serta pengeleuar gas Metana.


3.0 Objektif Kajian 12

3.1 Mengenal pasti kaedah mengurangkan

penggunaan penyedut minuman plastik serta

penggunan Plastik PETE & HDPE yang

5
mengancam kesihatan serta alam sekitar

3.2 Mengenal pasti cara mengurangkan atau

cara penggunaan penyedut minuman keluli

yang tidak dijamin bersih yang memudaratkan

kesihatan.

3.3 Mengkaji kaedah mengelakkan pembaziran

sisa makanan atau topping yang mencemarkan

proses kitar semula dan proses

terbiodegradasi.

3.4 Mengkaji kaedah mengelakkan takungan

air dalam cawan plastik pakai buang yang

membawa kepada pembiakan nyamuk dan

juga pengeluaran gas metana .

4.0 Kaedah kajian 12-13

4.1. Lawatan

4.2. Carian internet

4.3. Temubual
5.0 Dapatan kajian 14-17
6.0 Limitasi kajian 18
7.0 Kesimpulan 19
8.0 Rujukan 20
9.0 Lampiran 21-28

6
1.0 PENGENALAN

“Sihatkan badan? Sihatkan bumi sekali!”

Tema yang diberi kepada kumpulan kami adalah tema kulinari. Kulinari berasal dari
bahasa Perancis culinaire yang bermaksud kegiatan berkaitan penyediaan dan penyajian
makanan/ minuman dan segala aktiviti berkaitan dengannya. Bidang kulinari merupakan salah
satu cabang industri perkhidmatan yang semakin mendapat permintaan tinggi di Malaysia.
Namun adakah inovasi dan invensi dalam bidang kulinari di Malaysia cukup bagus bagi
menjamin kesihatan pengguna? Sedihnya tidak. Walaupun negara Malaysia semakin maju dan
berwaspada dalam penyediaan makanan atau minuman, namun, penyajian makanan di Malaysia
adalah amat menyedihkan. Kita masih lagi makan, minum, membungkus dan menyaji
menggunakan pinggan dan mangkuk plastik, polisterin yang digunakan sekali dan dibuang
begitu sahaja ke dalam tong sampah, bertambah buruk lagi bagi yang membuangnya ke atas
tanah begitu sahaja.

Pernahkan kita menyoal diri sendiri mengenai bahan yang terkandung dalam
bekas/pinggan/cawan/mangkuk plastik dan polysterin yang kita gunakan? Walaupun adanya
plastik terbiodegradasi, plastik yang mampu terurai sendiri, namun adakah ini mengurangkan
jumlah plastik yang dibuang ke atas muka bumi? Pernahkan kita bertanya berapa lama masa
yang diperlukan untuk plastik ini mengurai ke dalam tanah? Adakah plastik begini mempunyai
kaedah tertentu bagi menguraikannya ke dalam tanah? Jawapannya, tidak. Kita sebagai manusia
sedang mengendahkan realiti bahawa makanan dan minuman yang kita makan, sedang
menyuapkan racun secara perlahan-lahan ke dalam badan kita. Bahan-bahan penyajian dan
pembungkusan yang kita gunakan makin merosakkan kesihatan kita serta alam sekitar tanpa
kita sedari. Maka, inilah waktunya inovasi dalam bidang kulinari dalam cara penyajian dan
pembungkusan minuman harus dilakukan supaya badan kita serta alam semulajadi kekal sihat
dan sejahtera.

Kita juga tidak sedar bahawa cara kita menyaji sesuatu makanan mampu mengurangkan
kadar pembuangan sisa makanan. Ini dapat dijelaskan dengan suatu contoh seperti bungkusan
‘Bubble Tea’ yang semakin gemar diminum oleh generasi muda sehingga tua. Adakah bubble
tea yang dibeli mampu diminum sepenuhnya dengan penyajiannya di dalam suatu cawan yang
mangandungi ‘pearls’ dan teh susu dengan menggunakan sebuah penyedut minuman plastic itu
sahaja? Malangnya tidak, ‘pearls’ tersebut masih terlekat di bawah cawan plastik tersebut
selepas the susu tersebut diminum habis. Maka, ‘pearls’ tersebut menjadi sisa makanan yang
7
dibuang bersama cawan plastik yang diperbuat daripada plastik penggunaan tunggal.

Oleh itu, kumpulan saya telah mengkaji senario-senario begini bagi menghasilkan suatu
inovasi yang berdasarkan tema kulinari yang mampu mengurangkan pembuangan sisa makanan
dan minuman serta mempergunakan sampah plastik penggunaan tunggal yang mampu terurai
sendiri serta plastik terbiodegradasi bagi melestarikan alam sekitar serta meningkatkan
kesihatan manusia sejagat.

2.1 MASALAH KAJIAN

2.2 Penggunaan penyedut minuman plastik (‘straw’) serta cawan plastik pakai buang
(polypropelene - PETE & HDPE) secara berleluasa yang menyebabkan
kemudaratan kesihatan serta alam sekitar.

Penyedut minuman plastik mendapat perhatian mutakhir ini. Kemuncaknya ialah


apabila terdapat berita yang melaporkan bahawa penyedut minuman akan diharamkan di
semua premis perniagaan menjual makanan dan minuman bagi mengurangkan pencemaran
berasaskan plastik dan memulihara alam sekitar di negara ini. Kuala Lumpur, Putrajaya dan
Labuan dijangka memulakan langkah ini pada 1 Januari 2019 manakala pengharaman
sepenuhnya di Malaysia akan bermula pada 2020. Ini bermakna, penyedut minuman plastik
hanya akan diberikan apabila diminta pelanggan. Manakala penggunaan cawan plastik pakai
buang PETE & HDPE juga meningkat secara drastik apabila ‘trend’ penjualan minuman
berbungkus mula mengambil alih secara awalnya. Walaupun terdapat kedai-kedai serta
penjual minuman berjenama yang telah mengambil inisiatif menukarkan penggunaan plastik
pakai buang kepada plastik terbiodegradasi ataupun plastik kompos sendiri, namun kedai-
kedai kecil masih menggunakan plastic pakai buang PETE & HDPE yang tidak boleh dikitar
semula mahupun mengurai ke tanah secara semulajadi. Apakah puncanya? Plastik
terbiodegradasi serta plastik kompos sendiri kurang disedari serta mahal sedikit berbanding
plastik pakai buang PETE & HDPE.

Kehidupan laut merupakan makhluk yang paling terkesan dengan pencemaran plastik
seperti penyedut minuman plastic,sudu dan garpu plastik. Kebanyakan plastik yang dibuang
merata-rata atau tidak diuruskan dengan baik, akan berakhir di lautan. Plastik itu akan disalah
anggap sebagai makanan oleh hidupan lautan. Bayangkan kesan pencemaran plastik ini

8
kepada hidupan tersebut. Apatah lagi ada dalam keadaan jumlah plastik dijangka mengatasi
jumlah ikan di lautan pada 2050. Malah plastik juga akan kekal lama dalam alam ini kerana ia
mengambil masa 200 tahun untuk terurai.

Plastik juga berbahaya kepada kesihatan manusia terutamanya apabila mikro plastik boleh
dikesan dalam rantaian makanan. Selain itu, plastik juga boleh merosakkan kualiti air dan
tanah terutamanya apabila bahan kimia daripada plastik diserap ke dalam dua sumber alam
itu. Bagi sumber udara juga tidak terkecuali. Pembakaran plastik boleh membebaskan
pelbagai gas berbahaya ke udara dan ini juga tidak baik untuk kesihatan manusia dan boleh
menyumbang kepada pemanasan global. Malah, plastik yang dibuang merata-rata boleh
menyekat aliran air dan akhirnya membawa masalah banjir.

Oleh itu, amat penting untuk kita mula mengurangkan dan seterusnya menghentikan
penggunaan semua jenis plastik termasuklah penyedut minuman plastik dan cawan plastik
PETE & HDPE yang tidak boleh dikitar semula mahupun terurari ke dalam tanah dengan
menggantikannya kepada penggunaan projek inovasi kami yang tidak memerlukan dan tidak
menggunakan langsung penyedut minuman plastik dan mempunyai kelebihannya sendiri.

Ketika ini, penggunaan penyedut minuman plastik bersertakan cawan plastik PETE &
HDPE begitu berleluasa. Jika secara kasar kita menganggarkan setiap penduduk Malaysia
yang berjumlah 32 juta orang ketika ini menggunakan dan kemudian membuang tanpa
mengitar semula satu set penyedut minuman serta cawan PETE & HDPE setiap hari, maka
bayangkanlah betapa banyaknya set penyedut minuman plastik dan cawan PETE & HDPE
yang akan bertimbun di tapak pelupusan atau persekitaran jika ianya dibuang merata-rata.
Anggaran ini hanya melibatkan sekali penggunaan sedangkan hakikatnya ramai dalam
kalangan kita yang menggunakan lebih daripada satu set penyedut dan cawan PETE & HDPE
minuman setiap hari.

2.3 Peninggalan dan pembaziran sisa topping selepas minuman diminum.

Pertama sekali, ia merugikan pembeli minuman tersebut kerana tidak dapat


menghabiskan topping nya kerana kebiasaannya topping akan berada di bawah bahagian
cawan minuman tersebut. Pembeli harus menggunakan pelbagai cara untuk mengeluarkannya
dan memakannya kerana selalunya topping tersebut akan mendap di bahagian bawah cawan

9
dan itu boleh mengakibatkan atau membuatkan pembeli putus asa dan hanya makan topping
yang boleh dikeluarkan sahaja, dan mereka terdorong untuk membuang sahaja sisa-sisa
topping yang tidak dapat dikeluarkan oleh mereka. Bayangkan cawan serta straw plastic yang
boleh dikitar semula atau terbiodegradasi mengandungi sisa-sia topping yang tidak
dibersihkan semasa diasingkan untuk proses kitar semula mahupun proses terbiodegradasi.
Ini akan menganggu dan mencemarkan proses kitar semula serta proses biodegradasi yang
harus dilalui oleh plastik itu sendiri. Maka, bayangkan sisa-sisa topping ini secara
keseluruhannya terlekat pada cawan-cawan plastik dan masih mencemari proses kitar semula
serta proses biodegradasi: cawan itulah yang kita guna balik serta tanah juga tercemar akibat
proses terbiodegradasi yang tidak sempurna atau tersekat. Maka microplastik-mikroplastik
hasil daripada ini mencemarkan kandungan plastik kitar semula serta dimakan, diminum
semula semasa penggunaan plastik kitar semula kedua, serta penggunaan tanah tercemar
untuk penghasilan hasil tanaman.

Kedua, akan berlaku pembaziran secara tidak langsung terhadap sisa-sisa topping yang
ditinggalkan dan dibuang oleh pembeli tersebut. Walaupun jika dilihat secara tidak langsung
ia hanya topping sahaja yang dibuang tetapi mengikut peribahasa sedikit sedikit lama-lama
jadi bukit, sisa-sisa topping yang sedikit tersebut boleh memberi impak yang besar kerana ia
boleh dikategorikan sebagai konsep pembaziran makanan. Menurut kajian Perbadanan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), rakyat Malaysia dikatakan
terlampau membazir selepas kira-kira 3,000 tan atau tiga juta kilogram sisa makanan dibuang
setiap hari sepanjang Ramadhan.

Pembaziran sisa makanan juga berupaya memburukkan lagi situasi pemanasan global
dunia dan fenomena perubahan iklim yang dihadapi dunia sekarang. Proses berkenaan
berlaku apabila lambakan sisa makanan yang kelihatan sedikit dan tidak memberi apa-apa
kesan membuat perubahan memenuhi tapak pelupusan sampah dan lebih buruk lagi jika sisa
makanan tersebut gagal diuraikan dalam tempoh tertentu seperti contoh yang diberikan tadi
iaitu sisa-sisa topping minuman yang umum mengetahui sehari bilangan minuman yang
memiliki topping yang diminum oleh penduduk terutama penduduk rakyat Malaysia tidak
terkira yang membawa maksud pembaziran sisa-sisa topping tersebut juga tidak ternilai.

Oleh itu, projek inovasi kami boleh menjadi salah satu alternatif untuk menangani
masalah ini, di mana projek inovasi kami membolehkan pelanggan makan ‘topping’
minuman tersebut tanpa perlu risau tidak dapat capai kerana ‘topping’ tersebut tertinggal dan
10
mendap di bahagian bawah cawan kerana projek inovasi kami disertakan dengan penapis atau
jaring- jaring yang boleh menahan ‘topping’ dari jatuh ke bahagian bawah cawan.
Seterusnya, ia juga memudahkan pembeli sekiranya pembeli ingin makan ‘topping’ nya
sahaja, mereka boleh mengeluarkan penapis tersebut dan makan dari penapis itu sahaja,
sekiranya mereka tidak mahu mengeluarkan penapis itu juga tiada masalah mereka boleh
sahaja makan dari penapis yang masih berada di dalam cawan.

2.4 Penggunaan penyedut minuman ‘straw’ keluli yang berkemungkinan tidak


bersih

Penggunaan penyedut minuman ‘straw’ keluli tidak dinafikan merupakan alternatif yang
baik bagi mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik tetapi masalah kajian yang
ingin diketengahkan di bawah penggunaan penyedut minuman keluli ini ialah di mana
kebersihannya dipertikaikan. Umum mengetahui penyedut minuman besi boleh digunakan
berulang kali dan pemilik penyedut minuman yang bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan penyedut minumannya sendiri tetapi umum juga mengetahui bahawa susah bagi
kita untuk betul-betul membersihkan sesuatu objek sehingga betul-betul bersih tanpa
sebarang kuman yang berkemungkinan boleh membuat kita sakit.

Sebagai contoh botol susu bayi, peralatan di hospital, untuk menjamin kebersihannya, kita
perlu mensterilkannya (sterilize) terlebih dahulu tetapi bagi penggunaan penyedut minuman
keluli, ia tidak mudah untuk kita sterilkannya selalu dan itu boleh menyebabkan ada sesuatu
masa di mana penyedut minuman tersebut tidak bersih sepenuhnya dan menyebabkan
pemakanan dan minuman kuman serta bahan kotor.

Oleh itu, projek inovasi kami boleh membantu dengan menghapuskan sepenuhnya
penggunaan penyedut minuman keluli kerana projek inovasi kami merupakan projek yang
mengamalkan bebas penyedut minuman plastik dan keluli. Pembeli minuman yang
mempunyai ‘topping’ tidak lagi perlu risau jika terlupa beli penyedut minuman keluli, terlupa
membawanya kerana projek inovasi kami tidak memerlukan langsung penyedut minuman
tersebut, pembeli boleh minum secara terus dari cawan.

2.5 Pembuangan cawan plastik yang dibuang merata serta ke tempat


pelupusan sampah menjadi tempat takungan air sehingga mewujudkan tempat

11
pembiakan nyamuk Aedes serta pengeeluar gas Metana.

Plastic PETE & HDPE yang tidak boleh dikitar semula memerlukan kaedah
‘inceneration’ bagi menghapuskannya kerana kebanyakannya adalah plastik pakai buang.
Takungan air dari cawan-cawan plastik begini yang dibuang ke tanah pelupusan di mana
plastik tersebut tidak akan lupus akan menyebabkan takungan air yang mengakibatkan
nyamuk Aedes membiak. Menurut Ahli Majlis Zon Jenderam, Majlis Perbandaran Sepang,
Mohd Syahrul Amri Mat Sari, kurangnya kesedaran masyarakat berhubung perkara itu telah
mengundang kepada berlakunya pembiakan nyamuk Aedes. Jelasnya, kitaran hidup nyamuk
Aedes daripada telur ke peringkat nyamuk dewasa hanya mengambil masa kurang tujuh hari,
sekaligus menyebabkan populasi nyamuk semakin meningkat.

Seterusnya cawan-cawan plastic PETE & HDPE begini yang dibuang di tanah
pelupusan sampah juga tidak akan lupus beratus-ratus tahun tetapi akan mengeluarkan gas
metana yang akan dikeluarkan daripadanya. Ini menyebabkan pelupusan sampah sarap
kompos dan biodegradasi tercemar dengan metana yang akan mencemarkan tanah serta
saliran air yang akhirnya digunakan semula untuk minuman serta penanaman. Maka, manusia
yang kena akibatnya semula disebabkan kecuaiannya.

Justeru, projek inovasi kami dapat menangani isu ini di mana projek inovasi
berkonsepkan ‘foldable cup’, iaitu cawan yang boleh dilipat. Walaupun di pasaran telah ada
konsep seperti ini, tetapi konsep di pasaran mengkhususkan kepada kebolehan untuk
menggunakan sesuatu cawan itu berulang kembali serta mudah dibawa ke mana-mana sahaja
tetapi projek inovasi kami lebih berkonsepkan untuk memelihara alam sekitar, di mana
pembeli boleh melipat atau meremukkan cawan plastik tersebut dan buang ia ke dalam tong
sampah kitar semula, di samping pembeli dapat mengamalkan amalan kitar semula, mereka
juga sebenarnya telah mengurangkan risiko pembuangan cawangan plastik merata yang boleh
menjadi takungan air sehingga mewujudkan tempat bagi pembiakan nyamuk Aedes.

12
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Seperti yang dijelaskan dalam masalah kajian maka secara asasnya kajian ini adalah

untuk :-

1. Mengenal pasti kaedah mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik serta

penggunaan Plastik PETE & HDPE yang mengancam kesihatan serta alam sekitar.

2. Mengenal pasti cara mengurangkan atau cara penggunaan penyedut minuman keluli yang

tidak dijamin bersih yang akan memudaratkan kesihatan.

3. Mengkaji kaedah mengelakkan pembaziran sisa makanan atau topping yang

mencemarkan proses kitar semula dan proses biodegradasi.

4. Mengkaji kaedah mengelakkan takungan air dalam cawan plastik pakai buang yang

membawa kepada pembiakan nyamuk dan juga pengeluaran gas metana .

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang dilakukan bagi menjalankan kajian ini adalah melalui lawatan,

temubual serta carian internet. Para ahli kumpulan telah berpecah kepada beberapa kumpulan

di mana setiap satu kumpulan menjalankan pengumpulan maklumat mengenai masalah kajian

kami.

Kaedah kajian lawatan diadakan di pelbagai kawasan dalam kampus UUM serta di luar

kampus UUM seperti di Tealive Changlun, Daboba Ipoh, pasar-pasar malam, gerai-gerai

minuman biasa di tapak pesta konvokesyen, bangunan SEFB dan di dewan kuliah gugusan 6.

Lawatan ini dilakukan dari 10 oktober hingga 25 oktober. Pelbagai info dan maklumat yang

diperoleh dari lawatan ini untuk menyelesaikan masalah kajian kita. Kami telah mengumpul

13
maklumat dengan kaedah observasi melalui lawatan mengenai penggunaan cawan plastik

sekali guna & buang di dalam serta di luar kampus, penggunaan straw plastik serta

penggunaan straw keluli di kalangan masyarakat Malaysia serta pandangan mereka terhadap

penggunaan plastic terbiodegradasi dan mampu kompos sendiri yang tidak disedari ramai.

Seterusnya, kaedah kajian yang digunakan ialah temubual. Searamai 20 individu yang

tinggal di Inasis-inasis di UUM, pengunjung pesta konvo, pekerja upsb dan staf pejabat telah

dipilih secara rawak untuk ditemubual. Temubual ini dilakukan untuk mendapatkan pendapat

mereka mengenai apakah masalah yang dihadapi terhadap penyedut minuman dan apakah

tindakan yang mereka lakukan setelah tidak menggunakan lagi alat tersebut. Mereka juga

ditemubual mengenai penggunaan cawan plastik sekali guna dan buang serta implikasinya

terhadap kesihatan. Pelbagai reaksi dan balasan yang telah diterima dalam temubual ini.

Seterusnya, kaedah kajian yang dilakukan adalah kaedah carian internet di mana

pelbagai maklumat mengenai jenis-jenis plastik yang tidak boleh kitar semula, plastik yang

mampu kitar semula, terbiodegradasi serta plastik yang mampu kompos sendiri dikumpul.

Seterusnya, pelbagai video-video penghasilan cawan-cawan guna semula serta penyedut

minuman yang mengancam kesihatan serta alam dicari dan diteliti. Maklumat mengenai

topping-topping minuman serta pembuangannya juga dicari dan dikaji untuk mendapatkan

penyelesaianya.

Kaedah-kaedah ini juga dilakukan untuk mendapat respon tentang penggemaran

penggunaan cawan plastik sekali guna dan buang serta implikasi yang diketahui oleh mereka

selepas penggunaan.

14
5.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kaedah kajian yang digunakan iaitu carian internet, lawatan dan

temubual, kami telah mengenalpasti respon, maklumat serta bukti-bukti mengenai

masalah kajian yang dikemukakan bagi tujuan kajian kami.

Antara bukti-bukti dan maklumat yang diperolehi ketika lawatan dibuat

adalah kami melihat penyedut minuman serta cawan guna sekali dan buang, cawan

terbiodegradasi serta cawan kompos sendiri yang dibuang di merata tempat selain

daripada tong sampah tidak dibuang di tempat yang sepatutnya. Kami melihat

banyak penyedut minuman yang berada di dalam longkang, di padang, di sekitar

tong sampah mahupun di tandas juga dan lantai, jalan, atau kafe-kafe di sekitar. Ini

jelas memaparkan bahawa masyarakat tidak mengetahui cara pelupusan bahan

plastik dengan mengikut jenis bagi melupuskannya dengan sepenuhnya. Ini

menyebabkan berlakunya pencemaran dalam jangka masa panjang seperti

pencemaran air, pencemaran alam sekitar dan pengeluaran gas metana, pencemaran

microplastik yang memasuki makanan dan sebagainya.

Responden juga memberi respon bahawa kegemaran meminum air minuman

boba yang memerlukan set cawan plastik serta penyedut minuman plastik

memudahkan pembungkusan serta membolehkan pengguna senang membawa

minuman tersebut.Namun, apabila diberitahu tentang akibatnya responden amat

terkejut serta menyesal tidak mengetahuinya sebelum ini.

Pelbagai kes dan berita telah kita dengari mengenai penyedut minuman yang

menyebabkan kematian penyu dan hidupan laut yang lain, pengeluaran gas metana

daripada plastik yang mencemarkan pelupusan sampah dan tanah, pengurangan

15
kadar pelupusan plastik terbiodegradasi dan kompos sendiri kerana pembuangan

yang tidak tepat serta penggunaan penyedut minuman keluli yang tidak bersih

menyebabkan masalah kesihatan . Perkara seperti ini harus dielakkan demi menjaga

kebersihan dan keharmonian para penduduk pada masa kini dan akan datang.

Dengan adanya inovasi yang dicipta oleh kumpulan kami iaitu cawan

canggih, perkara seperti ini dapat dielakkan dan dibendung. Ini adalah kerana

penggunaan cawan canggih yang dicipta oleh kumpulan kami akan mengurangkan

penggunaan penyedut minuman dalam kalangan pengguna sekaligus dapat

mengurangkan penggunaan plastik, penguraian mikroplastik dan juga gas metana

yang menyebabkan kemudaratan kesihatan dan pencemaran.

Seterusnya, berdasarkan kajian yang telah kami lakukan, kami juga

mendapati bahawa penggunaan penyedut minuman boleh mendatangkan keburukan

kepada kesihatan manusia. Ini adalah kerana penyedut minuman (straw) diperbuat

daripada polypropylene iaitu daripada bahan minyak mentah dan ketika manusia

menghisap cairan melalui penyedut minuman tersebut, maka tubuh manusia

berhadapan dengan bahan kimia. Polypropylene telah terbukti dapat memendap

bahan kimia dalam cairan atau minuman dan menyebabkan kesihatan manusia

terjejas kerana ia boleh mempengaruhi hormon manusia terutama estrogen.

Penggunaan penyedut minuman juga membawa keburukan lain terhadap kesihatan

manusia antaranya kerosakan gigi, gas dan kembung perut dan sebagainya. Oleh

kerana itu, penggunaan penyedut minuman plastik harus dikurangkan atau sebaiknya

dielakkan untuk menjamin kesihatan manusia yang lebih baik.

Isu terakhir yang kami perolehi ketika membuat kajian ialah kami mendapati

bahawa kebanyakkan pengguna telah terdedah mengenai keburukan penggunaan

16
penyedut minuman plastik dalam kehidupan harian dan telah mengambil pelbagai

jenis inisiatif untuk mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik tersebut

seperti menggunakan penyedut minuman besi, penyedut minuman buluh, silicon dan

sebagainya. Oleh kerana itu, kumpulan kami juga telah mengambil inisiatif untuk

mencipta satu inovasi terbaru bagi mengurangkan lagi penggunaan penyedut plastik

minuman dan menggalakkan lagi idea-idea kreatif untuk menghasilkan suatu inovasi

tanpa menggunakan penyedut minuman sama sekali.

17
CAWAN CERDIK (CLEVER CUP)

- Penapis mampu gerak


- Penggunaan straw tidak digunakan
sama sekali
- Foldable cup – mudah remuk
- Plastik kompos sendiri

Cadangan untuk masa hadapan:


- Bahagian tambahan dibawah tapak
cawan disertakan dengan biji benih
yang tersembunyi dan tidak akan
bercampur dengan minuman.
Sekiranya cawan dibuang, benih yang
tersembunyi akan bercambah dan
cawan tersebut akan digunakan semula
sebagai tapak semaian bagi apa apa
jenis tumbuhan yang bersesuaian.

18
6.0 LIMITASI KAJIAN

Pengkaji menghadapi beberapa limitasi atau halangan dalam menjalankan kajian. Salah satu

limitasi kajian yang berlaku semasa menjalankan kajian ini adalah masa yang terhad. Masa

yang diperuntukkan sangat terhad untuk menemubual 20 responden secara rawak serta

melakukan lawatan dan pemerhatian di beberapa kedai yang menjual minuman boba dan

perlu mencari tong sampah yang berisi cawan plastik dalamnya mengandungi sisa baki

topping secara buktinya. Kekangan yang dihadapi disebabkan oleh pengkaji tidak mampu

menguruskan masa dengan baik ketika menyiapkan projek inovasi disebabkan kekangan

kerja-kerja lain yang berlambak serta pelajar sepenuh masa.

19
Selain itu, kekangan lain adalah kewangan. Bagi menjalankan projek inovasi ini, ia sangat

memerlukan penggunaan kos kewangan yang tinggi untuk membeli bahan-bahan yang

bersesuaian bagi menghasilkan sebuah produk inovasi yang kreatif. Produk inovasi akan

menjadi lebih mudah jika dihasilkan menggunakan mesin yang berteknologi tinggi tetapi ia

sangat memerlukan kos kewangan yang tinggi untuk membeli sebuah mesin.

Disamping itu, kekangan lain yang dihadapi oleh pengkaji dalam menjalankan kajian

ini adalah kekurangan bahan. Kekurangan bahan menyebabkan pengkaji tidak dapat

menjalankan projek inovasi dengan sepenuhnya. Antara bahan-bahan yang diperlukan

adalah seperti cawan yang boleh “squeeze” dan filter diantara bahagian penutup.

Kekangan lain yang dihadapi oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini adalah

kekurangan bahan rujukan. Pengkaji telah mengambil tempoh masa yang lama untuk mencari

bahan rujukan yang bersesuaian dengan tema kajian yang diberikan iaitu kulinari.

Kebanyakan kajian lepas yang dijalankan hanya memfokuskan kepada inovasi kulinari

berasaskan produk makanan. Justeru itu, pengkaji menganggap bahawa kulinari hanya

berasaskan makanan sahaja tetapi sebenarnya skop kulinari itu begitu luas seperti peralatan

memasak dan lain-lain.

7.0 KESIMPULAN KAJIAN

Secara kesimpulannya, kajian ini penting kepada masyarakat dan negara sebagai satu

alternatif untuk menjaga kesihatan dan keselamatan hidupan termasuklah manusia dan

haiwan. Selain itu, kebersihan dan kesejahteraan negara juga dapat dipelihara. Inovasi

yang dicipta secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah yang wujud di negara

kita seperti masalah pembuangan sampah secara tidak terkawal, kematian hidupan

akuatik, peningkatan penyakit berbahaya dan serta pengurangan penghasilan gas-gas

20
merbahaya. Inovasi cawan canggih tanpa penggunaan penyedut minuman (straw) dan

penapis bergerak sememangnya sangat diperlukan untuk diaplikasikan secara menyeluruh

dalam sesebuah negara supaya pelbagai masalah-masalah kajian yang dijelaskan tadi

dapat dibendung.

21
8.0 RUJUKAN KAJIAN

I. Schnurr, Riley and Walker, Tony (2018) , Why you shouldn't be a 'straw-man'

environmentalist, Dalhousie University, Canada

II. Puan Azrina Binti Sobian, (0ct 19 2018), Sia-siakah Pengharaman Straw? ,Sinar Harian,

Malaysia

III. Rabiahtul Zulkafli1 , Norinsan Kamil Othman1 *, Irman Abdul Rahman1 , Azman Jalar2,

1 School of Applied Physics, Faculty of Science and Technology, 2 Institute of Micro

Engineering and Nanoelectronics (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM

Bangi, Selangor, Malaysia (2014), Kesan Ekstrak Jerami Padi dan Alkali Lignin

Terhadap Perencatan Kakisan Keluli Karbon, The Malaysian Journal of Analytical

Sciences, Vol 18 No 1 (2014): 204 – 211

IV. Sobian, P.A. (19 October, 2018). Institute of Islamic Understanding Malaysia. Retrieved

from iklim: http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2018/10/19/sia-siakah-

pengharaman-straw/

V. Sisa makanan punca pemanasan global. (2016, Jun 28). Berita Harian. Retrieved from

https://www.bharian.com.my/node/168994

VI. Takungan air dari alat penapis air juga boleh biat nyamuk Aedes. (2019, April 14). Astro

Awani. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/takungan-air-dari-

alat-penapis-air-juga-boleh-biak-nyamuk-aedes-204548

VII. SlideShare. (2015, Apr 22). Retrieved from slideshare:

VIII. Abdullah, N. (2015, April 22). Slide Share. Retrieved from slideshare:

https://www.slideshare.net/arkmaabdullah/slide-kenegaraan-47271693

22
9.0 LAMPIRAN

Hasil bukti lawatan:

Berikut merupakan bukti lawatan yang ahli kumpulan kami perolehi sepanjang proses

lawatan. Di sini dapat dilihat sisa-sisa minuman dan lebihan topping minuman yang tidak

kehabisan dibuang begitu sahaja, malah ada juga yang dibuang bukan ke dalam tong sampah

yang telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab. Selain itu, hasil daripada kajian di

internet, kami dapati banyak haiwan seperti penyu, burung, singa laut dan sebagainya yang

terkesan akibat pembuangan sampah plastik yang tidak dikawal dengan baik. Hal inni kerana

sampah plastic yang tidak dikawal mampu memenuhi ruang lautan dan menyebabkan

pencemaran kepada alam sekitar serta mengganggu biosekuriti laut, seterusnya menjadi

punca kepada kesengsaraan haiwan tersebut untuk membesar dan berkemungkinan mati

akibat kecuaian manusia.

23
24
25
Hasil bukti temubual:

26
Salah seorang ahli kumpulan menemubual
salah seorang siswi daripada Inasis Bank
Rakyat. Responden berkongsi masalah dan
pendapat yang dihadapi terhadap bekas
minuman plastik dan penyedut minuman.
Beliau juga memberi cadangan bagi
menyelesaikan masalah tersebut.

Salah seorang ahli kumpulan menemubual


salah seorang siswa daripada Inasis Petronas.
Temubual ini dilakukan untuk mendapatkan
pendapat daripada responden mengenai
keprihatinan beliau terhadap alam sekitar serta
apakah sebab alam sekitar semakin buruk.
Selain itu, responden juga memberi pendapat
mengenai langkah yang diambil untuk
mengelakkan lebihan sisa makanan.

Salah seorang ahli kumpulan menemubual


salah seorang siswa daripada Inasis Petronas
yang merupakan penggemar minuman boba.
Temubual ini dilakukan untuk mendapatkan
pendapat daripada responden mengenai
pengetahuan beliau terhadap kesan penggunaan
cawan plastik terhadap alam sekitar.

Salah seorang ahli kumpulan menemubual


salah seorang siswa daripada Inasis Grant.
Temubual ini dilakukan untuk mendapatkan
pendapat daripada responden mengenai
masalah yang dihadapi dalam penggunaan
penyedut minuman serta keburukan
penggunaan cawan plastik dan penyedut
minuman terhadap alam sekitar.

27
Sutori Timeline:

Ahli kumpulan
1. Siti Izzatul Mardhiah binti Sh Azhaidi (272359)
2. Zinirah Binti Mohamed Noor (267918)
3. Mohamad Abdul Hakim Bin Che Abd Aziz (271326)
4. Nor asyikin bt Abdul Aziz (261152)
5. Nur Shafiqah Binti Amir (262131)
6. Hema Preyaa a/p Subbramaniyam (264591)
7. Amalina binti Azhar (261569)
8. Hazrel Hariz Bin Hasnul Hadi (264318)
9. Lin Yi Xuan (271328)
10. Chiew Yang Hui (273729)

28
29/09/2019

Kami mendapat tugasan kumpulan video


inovasi kreatif. Video tersebut hendaklah
berkaitan dengan konsep kulinari dan
memberi impak kepada kenegaraan. Deadline
diberikan sehingga 23/10/2019.

2/10/19

- Setelah kelas tamat, kami mengadakan


perbincangan antara ahli kumpulan tentang
pembahagian tugasan assignment.

- Kemudian, kami menangguhkan perbincangan dan


mencadangkan untuk membuat perbincangan secara
virtual di WhatsApp pada 7/10/19 jam 8.30 malam

7/10/19

Masa : 8.45 - 9.15 p.m.

- Perbincangan dijalankan secara virtual seperti yang


dirancang. Ahli kumpulan hadir dan memberikan idea
serta pandangan mereka untuk inovasi dalam kulinari
dan kaitkan dengan konsep kenegaraan.

- Kami membahagikan tugasan untuk progress


dan penghasilan video inovasi selanjutnya.

29
Tempat: Foyer Library (12/10/2019)
Masa: 8.30 p.m. - 10.30 p.m.

2 ahli kumpulan tidak dapat hadir namun ahli-ahli


yang lain berkumpul dan membincangkan idea-idea
baru yang telah dicadangkan.

- Kami membincangkan proses pembuatan dan alatan


yg ingin digunakan dalam inovasi kami.

- Kami membahagikan tugasan untuk progress


dan penghasilan video inovasi selanjutnya.

Tempat: Muzium Pengurusan UUM (16/10/19)


Masa: 2.30 p.m- 4.00 p.m

Lawatan sambil belajar ke Muzum Pengurusan


UUM dimana setiap kumpulan diberi tugasan
untuk meneliti bahan sejarah. Selain itu, kami
berbincang mengenai dapatan semasa melawat
muzium dengan subjek Kenegaraan.

- Kami membahagikan tugasan untuk progress

Tempat: Student Lounge, Petronas (20/10/2019)


Masa: 8.30 p.m. - 10 p.m.

Kami meneruskan perbincangan dan pembentangan


idea, seterusnya kami memilih idea inovasi yang akan
kami lakukan. Pembahagian tugasan dilakukan dan
ahli memberikan kerjasama mereka untuk
penghasilan video inovasi. Kami membahagikan
tugasan untuk progress dan penghasilan video inovasi
selanjutnya.

30
Tempat: DKG 2/1 (10/11/2019)
Masa: 3.40pm – 4.00pm

Pensyarah memanggil ketua kumpulan dan meminta


report setiap kumpulan untuk semakan. Penghasilan
video dan report sudah hampir siap dan ketua
memberi penerangan akhir untuk membaiki dan
mengatur report dan video untuk penambahbaikan
sebelum dihantar kepada pensyarah.

31
32

You might also like