You are on page 1of 1

PENGENALAN

Seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai jenis herba dan rempah ratus yang digunakan dalam masakan tidak kiralah masakan Melayu, Cina dan India. Apa itu rempah-ratus dan herba? Rempah-ratus dan herba bermaksud tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Ianya juga digunakan dalam masakan dan juga kecantikan. Selain itu, herba adalah datang daripada daun, manakala rempah-ratus datang daripada bijian, buah, kulit kayu atau akar. Di samping itu, terdapat pelbagai fungsi rempah-ratus dan herba dalam masakan contohnya menambah perisa dan kelazatan pada masakan. Aroma yang dihasilkan daripada rempah-ratus ini juga mampu menaikkan lagi selera makan dan juga boleh menghilangkan bau yang kurang enak pada masakan seperti bau hamis daging dan hanyir ikan.

You might also like