You are on page 1of 4

Adab Makan Di Majlis Rasmi: Penggunaan Pisau, Garpu dan Sudu Menggunakan pisau, garpu, sudu dan kadang-kadang,

tangan! Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh, steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya. Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlu tahu sudu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika anda keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah mengikut kedudukan sudu dan garpu. Gunakan sudu atau garpu yang terletak paling hujung atau jauh sekali dan bergerak ke arah dalam. Sebagai contoh, appetizer akan dihidangkan dahulu, seperti sup, jadi gunakan sudu yang paling kanan. Begitu juga salad, gunakan garpu yang paling kiri. Namun, trend yang digunakan sekarang ialah sudu atau garpu akan diberikan mengikut juadah yang akan dihidangkan. Jadi, anda hanya perlu mengikut sahaja! Pisau hendaklah dipegang dengan tangan kanan dan garpu dengan tangan kiri. Hal ini kerana banyak orang yang memotong dengan tangan kanan. Jadi, keadaan ini sematamata untuk keselesaan. Lain pula sekiranya anda kidal, anda boleh memotong dengan tangan kiri. Cara memakan steak dengan betul ialah anda menggunakan garpu yang dipegang dengan tangan kiri untuk memegang daging dan memotong dengan pisau. Potong kecil beberapa ketul daging dan letakkan pisau anda melintang di atas bahagian depan pinggan dengan bahagian tajam menghadap ke dalam. Tukar garpu ke tangan kanan dan makan perlahanlahan. Jangan gelojoh. Sudu dan garpu hendaklah dipegang secara mendatar dengan mengimbanginya di antara jari hantu dengan jari telunjuk, dan distabilkan oleh ibu jari. Sudu dan garpu yang telah digunakan tidak boleh diletakkan di atas meja kerana akan mengotorkan alas meja. Sudu dan garpu juga tidak boleh diletakkan di dalam mangkuk atau di dalam gelas kerana tidak stabil. Sudu atau garpu hendaklah diletakkan di tepi piring yang digunakan untuk mengalas mangkuk. Kenali jenis-jenis makanan yang boleh dimakan menggunakan utensil yang sesuai atau dengan tangan 1. Sup harus menggunakan sudu yang disediakan bagi sup. Sudu tersebut agak dalam dan bulat bentuknya. Sup mesti dihirup perlahan-lahan. Jangan sampai mengeluarkan bunyi kerana perbuatan tersebut tidak sopan. 2. Salad gunakan garpu yang dikhaskan untuk salad. Garpu salad kecil sedikit berbanding garpu biasa. 3. Ikan gunakan garpu dan pisau yang dikhaskan untuk ikan. Garpu untuk ikan selalunya pendek sedikit daripada garpu untuk daging. 4. Daging gunakan garpu utama yang disediakan.

5. Pencuci mulut sebagai contoh agar-agar, puding, bubur dan sebagainya. Biasanya sudu untuk pencuci mulut dibawa bersama dengan mangkuk atau piring sebelum juadah pencuci mulut dihidangkan. 6. Asparagus asparagus boleh dimakan dengan tangan asalkan asparagus tersebut tidak disaluti apa-apa sos. Jika tidak, anda boleh menggunakan garpu yang disediakan untuk salad. 7. Bacon apabila bacon iaitu kepingan daging nipis dibakar sehingga garing dan tidak berminyak, anda boleh menggunakan jari untuk memakannya seperti snek biasa. Hal ini kerana agak susah untuk memotong bacon yang garing menjadi kepingan kecil. Anda juga tidak mahu bacon tersebut terpelanting ke tempat lain semasa memotong! 8. Roti roti mesti dipecahkan dengan tangan, jangan sekali-kali gunakan pisau. Koyak secebis yang sederhana besar dan makan dahulu sebelum mengoyak cebis yang seterusnya. Jika mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu mentega tersebut pada cebisan roti sebelum anda memakannya. Sekiranya anda dihidangkan roti ban yang masih panas, anda dibenarkan memotong ban berkenaan memanjang di tengah dan menyapu mentega di rekahan tersebut bagi mencairkannya. 9. Biskut biskut lazimnya dimakan dengan tangan walaupun dihias dengan buahbuahan atau tuna di atasnya. 10. Jagung sekiranya hanya butir (kernel) jagung yang dihidangkan, anda boleh menggunakan garpu untuk memakannya tetapi jika dihidangkan secara sebiji-biji, anda dibenarkan makan dengan menggunakan tangan. Sekiranya mentega disediakan, gunakan pisau untuk menyapu pada dua baris jagung dan makan dahulu dengan bersih sebelum menyapu dua baris berikutnya. 11. Kentang goreng, ayam goreng dan burger makanan seumpama ini dikategorikan sebagai makanan ringan dan selalunya tidak dihidang di majlismajlis formal. Makanan ini boleh dimakan dengan tangan tetapi ayam bakar atau chicken chop hendaklah dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu. 12. Sandwich sandwich biasa yang dihidangkan tidak mempunyai filling yang terlalu tebal atau lembik dan boleh dimakan dengan tangan. 13. Buah-buahan kecil bertangkai kadang-kadang pada juadah pencuci mulut, dihidangkan buah-buahan kecil seperti ceri, beri dan strawberi yang masih bertangkai. Anda boleh mengambil dan memakannya dengan tangan. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan tangan, anda boleh menggunakan sudu tetapi berhati-hati, jangan pula buah tersebut melayang! Bagi gugusan buah anggur yang dihidangkan dengan tangkainya, anda boleh memotong sedikit bersama tangkainya dan letakkan di dalam pinggan anda. Jangan ambil buahnya sahaja kerana tangkai yang kosong di hidangan nampak kurang elok dan tidak menyelerakan bagi orang lain.

1. PENGENDALIAN MAJLIS RASMI Protokol Majlis

2. Pengertian dan Kepentingan Majlis rasmi Suatu majlis formal yang mengandungi tatacara-tatacara tertentu dan protokol yang perlu diikuti Contoh Sukan Tahunan, Perhimpunan, Mesyuarat Agong PIBG, Konvokesyen, Hari GERKO dsb.

3. Apa itu protokol majlis? Peraturan sama ada secara tersurat atau tersirat mengenai tatacara amalan yang perlu diamalkan dalam memenuhi agenda kehidupan bermasyarakat Amat penting kerana ia amat berkaitan dengan tatasusila dan ketertiban atau peradaban yang perlu diikuti demi mengekalkan keharmonian acara itu Menjadi lambang ketinggian adat dan budaya dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya mesyarakat berbilang kaum

4. Tujuan Protokol Lebih profesional Mengelakkan berlaku ketidaksempurnaan Menjaga imej penganjur Menjaga imej tetamu Memastikan majlis berjalan lancer

5. Kesilapan-kesilapan yang sering berlaku Juruacara tersasul menyebut pangkat, gelaran atau tetamu kehormat Juruacara menyebut nama tidak mengikut urutan yang sepatutnya Juruacara sering tersasul atau teragak-agak tentang aturcara majlis.

Pembesar suara tidak berfungsi dengan sempurna Dulang atau alas dulang hadiah tidak disediakan Majlis penerimaan hadiah kelam-kabut, (pemenang atau penerima hadiah tidak teratur naik ke pentas, pemenang lambat naik ke pentas dsb.

Pertujukan-pertunjukan kelam-kabut atau dilaksanakan secara tidak sempurna

6. Senarai Jemputan Empat jenis senarai jemputan hendaklah disediakan: Ringkasan senarai jemputan Senarai nama Senarai keutamaan Senarai kehadiran

7. Majlis Perasmian Aturcara Majlis Perasmian Pembukaan dan Penutup hendaklah dirancang dengan teliti mengikut urutan dan dicetak secara khusus dalam buku program.

8. Teks Juruacara Majlis Mengandungi kesemua maklumat tentang majlis tersebut Ditaip menggunakan kertas A4 (dibahagi dua atau sepenuhnya jika ada dua juruacara) Pada setiap helai kertas teks juruacara ditulis nombor muka surat, masa, cue dan pengumuman Cue peristiwa yang berlaku sebagai panduan kepada juruacara Pengumuman kata-kata yang dilafazkan oleh juruacara

9. Contoh teks juruacara Masa : 9.10 pagi Cue : Tetamu kehormat dan jemputan duduk Pengumuman: Untuk memulakan majlis pada hari bersejarah ini, saya mempersilakan Yang Mulia Ustaz Saad bin Hassan membaca doa selamat. Dengan segala hormatnya dipersilakan 1

10. Masa : 9.15 pagi Cue : Ustaz Saad duduk Pengumuman: Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia Ustaz Saad Hassan. Untuk meneruskan majlis kita pada hari ini, daya dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha En. Hassan bin Asit, Pengetua SMK Seri Medan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan 2

11. Masa : 9.30 pagi Cue : Tuan Pengetua duduk Pengumuman: Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan beliau itu tadi. Seterusnya Majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat Dato Mahad Kama Piah Che Othman, Ketua Eksekutif ASNB untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 3

You might also like