You are on page 1of 3

ARAHAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU PPG PERINGKAT 2 / 4 Arahan Perlaksanaan Ceramah / Bengkel / Aktiviti Kemasyarakatan Assalamualaikum dan

n Selamat Sejahtera, kepada semua pelajar PPG KPM, Anda dikehendaki mengendali, mengurus dan melaksanakan satu program Ceramah / Bengkel / Aktiviti Kemasyarakatan dengan kerjasama pihak sekolah anda atau pihak yang berkenaan kepada pelajar sekolah anda atau komuniti setempat dengan mengambil kira semua domain dalam Buku Panduan ini dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Bagi melaksanakan perkhemahan berkenaan anda dikehendaki melaksanakan beberapa tindakan sebelum, semasa dan selepas sebagaimana terdapat di dalam Buku Panduan Pelaksanaan BIG PPG. Sekiranya di sekolah anda terdapat ramai pelajar PPG, anda bolehlah melaksanakan perkhemahan ini secara berkumpulan (tidak melebihi 5 orang) dengan agihan kerja dan tugas seperti yang dimaklumkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan ini. Instrumen pentaksiran BIG PPG ini adalah seperti berikut : a. Portfolio b. Laporan dalam bentuk audio dan video c. Laporan penilaian sahsiah oleh Guru Besar d. Semua audio dan video hendaklah di masukkan dalam cakera padat untuk dihantar kepada pensyarah sebagai bukti dan bahan penilaian e. Semua laporan, portfolio dan rakaman (audio / video) hendaklah diserahkan kepada pensyarah anda pada interaksi di IPG masing-masing dalam semester ini. FORMAT FOLIO (Individu) * Muka depan portfolio hendaklah diisikan dengan maklumat berikut: o Nama Institut o Bilangan siri dan tarikhj program BIG PPG o Lokasi pelaksanaan o Nama pelajar dan ahli kumpulan o Gambar pelajar dan ahli kumpulan

o Nama mentor * Format folio ceramah / seminar / bengkel mesti mengandungi perkara-perkara berikut: o Pengenalan o Objektif o Kandungan (menggunakan pengurusan grafik dan gambar, rajah dan lain-lain bentuk ilustrasi yang bersesuaian) o Refleksi kendiri (kepentingan kepada diri, kerjaya, organisasi dan komuniti) o Penutup * Laporan Reflektif (Program) o Laporan dilaksanakan secara individu o Pelajar membuat ulasan apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program o Memberikan cadangan penambahbaikan program untuk masa hadapan o Ditulis menggunakan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman) * Penilaian kendiri (Maklum balas pelajar PPG) o Menyatakan manfaat yang diperolehi oleh pelajar hasil daripada program BIG PPG yang telah dilaksanakan dan memberi cadangan penambahbaikan * Lampiran o Bahan bahan bukti seperti: * Brosur * Salinan surat * Rakaman * Gambar-gambar * dan bahan-bahan lain yang berkaitan

FORMAT PENYEDIAAN RAKAMAN AUDIO-VIDEO 1. Pelajar boleh menggunakan sebarang perisian pengauditan video (video editing) seperti Corel Video Studio, Movie Maker, Cyberlink Power Director dan sebagainya. 2. Dimuatnaik dalam cakera padat CD / DVD. 3. Rakaman yang gagal ditonton / dibuka akan dikira tidak menepati kehendak penerbitan rakaman. 4. Rakaman boleh menggunakan format PLV, Mpeg-4, AVI, WMV dan sebarang format yang menyokong perisian Windows atau Apple. 5. Pelajar tidak perlu menghantar papan cerita (story board) bersama dengan laporan ini. 6. Tempoh rakaman adalah tidak melebihi 30 minit sahaja. RINGKASAN ASPEK PENILAIAN a) Laporan (30 %) b) Portfolio (30 %) c) Rakaman (30 %) d) Penilaian pihak sekolah (10 %) Sekian dimaklumkan, semoga anda semua berjaya melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.

You might also like