You are on page 1of 5

11/4/22, 7:31 PM Resepi Sup Tulang Padu Dan Air Asam


Home / Daging

Sup Tulang Padu Dan Air Asam

Program Perkongsian FxPro


Kapital anda berisik. Peroleh komisen & CPA apabila anda beke
dengan FxPro

FxPro Law

Sup Tulang Padu Dan Air Asam


 Masa Penyediaan: 30 minit,  Masa Memasak: 1 1/2 jam  Jumlah Hidangan: 4-5 orang makan

Kali ni menu berasaskan daging iaitu Sup Tulang yang padu, dipadankan dengan air asam yang pedas menyegat, gabungan yang
mantap. Che Nom akan tunjuk cara buat sup tulang yang sedikit berempah rasa kuahnya, tak terlalu cair. Dan Che Nom akan tumis
dengan sedikit je minyak untuk naikkan rasa rempah tumis.

Sup tulang ni kita kena rebus agak lama sebab nak lembutkan dagingnya tu bila makan nanti dan khasiat tulangnya tu keluar.
Memang bagus untuk kesihatan sup tulang ni. Kalau guna daging yang fresh, ada daging korban ke boleh la masak kan.
https://resepichenom.com/resepi/sup-tulang-padu/show 1/5
11/4/22, 7:31 PM Resepi Sup Tulang Padu Dan Air Asam

Bahan-bahan:
Bahan-bahan sup tulang:

5 kilo tulang daging
Anggaran 1 liter air
Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 4 biji pelaga, 1 kayu manis, 3 cengkih)
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 inci halia
4 biji buah keras (pilihan)
1 sb serbuk lada hitam
1 batang serai (pilihan)
2 sb minyak masak
1 batang lobak merah
1 sup bunjut
2 biji kentang
2 batang saderi (pilihan)
Daun sup
Daun bawang
Limau nipis
1 kiub pati lembu / ayam (pilihan)
Bawang goreng
Bahan-bahan rempah sup tulang:
1 sb serbuk ketumbar*
1 sb serbuk jintan manis*
1/2 sb serbuk jintan putih*
Bahan (*) boleh ganti dengan 2 sb serbuk rempah sup
Bahan-bahan air asam:
1 biji tomato
1 biji bawang besar
1/2 cawan air asam jawa
1 inci belacan bakar
2 biji cili merah
5 tangkai cili padi
Sedikit perahan limau nipis
1 sb sos ikan
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Cara-cara untuk masak sup:
1. Cincang kasar bawang putih, bawang merah, halia dan buah keras. Kemudian kisar halus dengan sedikit air.
2. Potong kentang dan lobak merah kepada ketulan besar.
3. Potong kasar batang seleri. Asingkan batang daun bawang dan batang daun sup kemudian potong panjang (anggaran 2
inci). Hiris kasar daun sup dan bawang (untuk taburan).
4. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar sampai naik bau.
5. Masukkan tulang, serbuk ketumbar*, serbuk jintan manis* dan serbuk jintan putih*, serbuk lada hitam, serai, sup bunjut,
batang daun sup, batang daun bawang dan air. Rebus selama 1 1/2 jam.
6. Masukkan batang seleri, lobak merah, kiub pati lembu / ayam dan garam.
7. Masukkan kentang dan tambah sedikit serbuk lada hitam.
8. Tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
2. Cara-cara untuk air asam:
1. Potong dadu tomato dan bawang besar. Asingkan 1/2 tomato dan bawang besar tadi untuk kisar dan 1/2 lagi untuk gaul
dalam air asam.
2. Potong kasar cili merah dan potong halus cili padi.
3. Kisar kasar bahan potong kasar, belacan bakar, air asam, gula dan garam.
4. Pindah masuk dalam mangkuk, tambah sos ikan, jus limau nipis, tomato, bawang besar dan cili pagi. Gaul dan picit sampai
sebati dan mesra.

Tip:
Boleh kaut keluar kalau banyak sangat minyak (dari lemak daging yang cair).
Boleh masakkan dalam pressure cooker untuk daging cepat masak.
Boleh tambah kerisik dalam air asam jika suka.

https://resepichenom.com/resepi/sup-tulang-padu/show 2/5
11/4/22, 7:31 PM Resepi Sup Tulang Padu Dan Air Asam


Che Nom
  

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog.
Subscribe di Youtube dan Follow di
Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

KINI TRENDING by

A​D

Resepi Daging Masak Japanese Special hair- Resepi Daging Black


Merah Ala Thai growth method. Hair Pepper Confirm Sedap
grows too fast
A​D

My hair grew Resepi Daging Masak Resepi Rendang


amazingly after Hitam Daging Hari Raya
applying "this"

Resepi Daging Masak Resepi Daging Goreng Resepi Daging Masak


Kicap Dan Kentang Kunyit Kurma Kenduri Dan
Cara Buat Kerisik

Resepi Terkini
Popcorn Caramel Homemade
Nov. 3, 2022

Ayam Masak Butter


Nov. 3, 2022

Cakoi & Sos Pandan Kastard


Nov. 3, 2022

Kuih Tepung Talam


Oct. 30, 2022

Double Chocolate Chips Muffin


Oct. 27, 2022

Nasi Goreng Cili Kering


Oct. 27, 2022
https://resepichenom.com/resepi/sup-tulang-padu/show 3/5
11/4/22, 7:31 PM Resepi Sup Tulang Padu Dan Air Asam
,

Cari Resepi

Kategori
Kuih Dan Biskut Raya 44
Pasta dan Pizza 13
Snek dan makanan ringan 14
Ayam 91
Daging 26
Ikan 41
Ikan bilis 13
Kek 46
Kuih muih 98
Mee dan bihun 43
Muffin dan cupcake 19
Nasi pulut dan bubur 38
Pastri 4
Pencicah 7
Pencuci mulut 33
Roti dan bun 6
Sarapan 4
Sayur 31

https://resepichenom.com/resepi/sup-tulang-padu/show 4/5
11/4/22, 7:31 PM Resepi Sup Tulang Padu Dan Air Asam
Seafood 34
Sup 13 
Telur 7

Useful Links

 Home

 About us

 Terms of service

 Privacy policy

Join Our Newsletter

Dapatkan update resepi dan tip terbaru dari Resepi Che Nom

Subscribe

© Copyright Resepi Che Nom 2022. All Rights Reserved

   

https://resepichenom.com/resepi/sup-tulang-padu/show 5/5

You might also like