You are on page 1of 17

Masak

Apakah Piramid Makanan


Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan yang dimakan seharian
perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian paling bawah Piramid, dan paling sedikit
daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas. Piramid Makanan mengandungi makanan yang
dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan kepada kandungan zat dan fungsinya. “Pengambilan makanan
perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh
badan.”

ARAS 1
Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
Mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga
yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Di dalam setiap
hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini
adalah nasi, bubur, mi, mihun, roti, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, biskut, dan ubi keledek, keladi dan
kentang. Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil penuh atau tepung
atta, dan roti atau biskut mil penuh.

ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan vitamin, mineral
dan serat. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalamcsetiap
hidangan.

ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin
B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada
daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan
kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal
dan kacang merah.

Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya
dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Plihlah hasil tenusu rendah lemak.
ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula
Lemak, minyak dan gula, juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan
hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.
Ikan Bawal Masam Manis Istimewa

Bahan-Bahan :

1 ekor ikan bawal


3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 biji lada merah/hijau
1 cm halia
1 biji tomato
Sedikit lobak merah
Sedikit kacang buncis
Sedikit bunga kubis 2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Garam
Sedikit gula (jika suka)

Cara :

1. Ikan dibersihkan dan digoreng.


2. Bawang merah dan bawang putih ditumbuk.
3. Bawang besar, lada, halia dan sayur-sayur di hiris.
4. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
5. Masukkan bahan-bahan yang dihiris, gaul sebati.
6. Masukkan pula sos cili, sos tomato, garam dan gula, gaul sebati.
7. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.
8. Biar beberapa ketika kemudian angkat dan hidang.
Agar-agar puding STRAWBERRY

Bahan-Bahan:

Bahan agar-agar:
½ oz. (15 g.) agar-agar (direndamkan & ditoskan)
3 pt. (1.8 l.) air
secubit garam
14 oz. (440 g.) gula pasir
1 ½ camt. esen vanila Bahan agar-agar berwarna:
¼ oz. (7 g.) agar-agar (direndam & ditoskan)
1 pt. (600 ml.) air
8 oz (250 g.) gula pasir
½ camt. esen vanila
3-4 helai daun pandan (ditumbuk & diambil airnya)
1 camt. air
Bahan pewarna merah dan kuning

Cara:

Untuk menyediakan agar-agar berwarna:


Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga hancur. Bila mendidih, angkat dan
tapiskan. Campurkan esen vanila dan bahagikan campuran itu kepada 3 buah mangkuk. Warnakan dengan air
daun pandan, pewarna merah dan kuning tiap-tiap satunya. Masukkan ke dalam petisejuk hingga beku.

Untuk menyediakan agar-agar:


Masak agar-agar seperti diatas. Masukkan garam dan gula. Apabila telah masak, tuangkan ke dalam sebuah
acuan agar-agar. Biarkan sejuk dan pekat. Keluarkan agar-agar berwarna daripada acuan-acuannya dan parut
dengan pemarut rojak. Campurkan rata-rata dan kacau ke dalam acuan agar-agar yang besar sebelum ia
menjadi keras. Masukkan ke dalam petisejuk hingga menjadi keras dan keluarkan. Hidangkan setelah ia sejuk.
Nasi Goreng Istimewa

Bahan-Bahan:

2 mangkuk nasi sejuk


2 biji telur
1 cawan isi ayam, di potong kecil-kecil
1 cawan udang, dipotong kecil-kecil
1 keping katlet ikan 1 cawan daun bawang/dimayang
1 camca teh gula
½ cawan minyak masak
Garam secukupnya

Cara :

Panaskan miyak di dalam kuali. Goreng udang, isi ayam dan katlet ikan beberapa minit dan angkat. Tambah
minyak dan panaskan. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Apabila telur masak masukkan nasi dan
kecilkan api. Masukkan udang, isi udang, isi ayam, katlet ikan, garam, gula dan daun bawang. Kacau hingga
rata. Besarkan api dan goreng hingga semuanya betul-betul masak.
Fresh orange

Bahan – bahan :

2 biji oren

100 g gula pasir

125 ml air

1 liter air masak sejuk

Hiasan:

Hirisan oren / limau

Daun pudina

4 biji ceri merah

CARA :

1. Masakkan gula bersama 125 ml air untuk dijadikan sirap dan sejukkan . bersihkan oren / limau dan
belah dua melintang.
2. Perahkan jusnya.
3. Campurkan jusnya kedalam sirap yang telah sejuk.
4. Campurkan air serta masukkan ke dalam jag. Sejukkan dalam peti sejuk.
5. Hias dengan sehiris oren, ceri serta daun pudina dan hidangkan.

Perancangan Menu
Menu adalah satu senarai lengkap untuk sesuatu sajian. Perancangan menu memerlukan kemahiran dan daya
kreatif seseorang bagi menyediakan hidangan yang berkhasiat, menarik dan menyelerakan.

Tujuan Merancang Menu

a) Menyediakan sajian yang mengandungi nutrien yang diperlukan

b) Menjimatkan masa, tenaga dan bahan makanan

c) Mengikut anggaran belanjawan yang ditetapkan

d) Menyediakan sajian yang berkhasiat, menarik dan menyelerakan

Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu

a) Jenis Hidangan
Jenis hidangan yang dirancang hendaklah berasaskan tujuan mengadakan sajian, samaada majlis formal
atau informal. Contoh majlis formal adalah kenduri kahwin.

b) Keperluan & Kegemaran


Pilihan menu perlu membekalkan nutrien untuk keperluan setiap individu.
Setiap individu mempunyai makanan kegemaran masing-masing. Aspek ini perlu juga dititikberatkan semasa
merancang menu.

c) Pilihan Sajian
Menu perlulah dirancang supaya setiap sajian mempunyai keseimbangan dan variasi dari segi kaedah
memasak, tekstur, rasa dan bahan makanan. Perbezaan warna, rasa dan tekstur memberi variasi kepada
sajian ; membuat makanan menarik dan menyelerakan

Pelbagai bahan dalam sajian dapat memenuhi keperluan nutrien

Dalam pilihan sajian, berbagai-bagai kaedah memasak digalakkan untuk memberi kesan yang berbeza
terhadap makanan yang dihidang

d) Perbelanjaan
Perancangan menu perlu mengikut peruntukan perbelanjaan yang ditetapkan untuk mengelakkan
pembaziran berlaku.

e) Sumber Makanan
Kemudahan mendapat makanan mempengaruhi perancangan menu. Jika bahana yang digunakan ada pada
musimnya, makanan yang dihasilkan adalah lebih segar dan murah

f) Kemudahan Fizikal dan Sumber Tenaga


Kemudahan dan sumber tenaga akan mempengaruhi perancangan menu. Kemudahan yang ada akan
membolehkan makanan disedia, dimasak dan dihidang dengan sempurna.

Hidangan sepinggan lengkap


Maksud
Hidangan seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh

Ciri-ciri hidangan sepinggan lengkap :

 Mudah
 Ringkas
 Berkhasiat
 Cepat disediakan

Contoh hidangan sepinggan lengkap

 Bihun goreng
 Nasi goreng

 Kuetiau goreng
 Burger

 Pizza
 Sandwich
 Kebab

 Nasi kerabu
 Lontong
 Bubur nasi

 Roti canai dengan kuah dal


Alatan Dan Kelengkapan Dapur

Alatan Menyedia

   

Landas cincang Camca besar

 
Pisau sayur
 
Mangkuk adunan

 
Pisau daging

Jag Penyukat

Pisau roti
   
   

Alatan Memasak

 
 
Dapur gas
Periuk
   

 
Kuali  
Periuk
 

 
 
Pan Penggoreng
Periuk Nasi Elektrik
   
Alatan Menyaji / menghidang

  Camca

Mangkuk telur

 
  Garpu
Teko teh

 
Pisau mentega

 
Cawan dan piring
   
 
 
 

Dapur Yang Baik Haruslah

a. Mempunyai ruang kerja yang selesa untuk bergerak dan meletakan alatan dan bahan
b. Mengandungi alatan penjimat masa seperti pengisar, ketuhar dan lain-lain
c. Mengandungi alatan makanan seperti pinggan, camca, garpu, cawan dan sebagainya
d. Terdapat alatan pembersih dan kain pembersih
e. Meja kerja dan alatan yang bersih
f. Mengandungi peranggu meja yang bersesuaian dengan jenis sajian

Dapur mestilah kemas dan bersih


Etika Makan

Maksud Etika Makan


Adab dan sopan semasa makan

Beberapa Etika Makan


 Duduk dengan selesa dan rapatkan kaki
 jangan menundukkan badan dan meletakkan siku di atas meja
 Duduk bersimpuh atau bersila jika makan di bawah
 Tunggu semua orang hadir
 Jemput tetamu atau orang yang lebih tua makan dahulu
 Ambil makanan yang paling hampir dahulu
 Minta orang yang berdekatan dengan makanan untuk menghulurkan makanan
 Kunyah makanan dengan perlahan
 Jangan minum minuman dalam keadaan panas
 Kumpulkan sisa makanan dihujung pinggan atau dalam piring

 Gunakan kutleri dengan senyap dan betul

Kutleri

a. Minta izin dahulu jika ingin meninggalkan tempat makan


b. Jangan mencungkil gigi dihadapan orang lain

Peranggu Meja

Peranggu meja ialah susun atur meja hidangan

Adab Makan

Orang Melayu dan India terkenal dengan makan bersila


Orang Inggeris terkenal dengan makan dimeja
ISI KANDUNGAN

1. KATA-KATA ALUAN

2. PERANCANGAN MENU

3. FAKTOR PENYEDIAAN MENU

4. PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN HIDANGAN


Hidangan sepinggan lengkap
Alatan dan kelengkapan dapur
Alatan dapur

5. ETIKA MAKAN

6. REFLEKSI
Refleksi

Saya rasa

You might also like