You are on page 1of 4

RESEPI PERAPAN BBQ LAZAT

.
.
Bahan-bahan:

• 1 ekor ayam/1.5 kg Daging/


• 8 biji bawang Besar
• 8 ulas bawang putih
• 1 inci lengkuas
• 1 inci halia
• 4 batang serai
• 3 s.besar cabai kisar 
• 3 s.besar sos lada hitam
• 2 genggam gula merah(gula merah kerek)
• 1 s.besar Gula putih
• 1 s.besar ketumbar biji *
• 1 s.kecil jintan manis*
• 1 s.kecil jintan putih*
.
Bahan yang bertanda * di sangrai 5 minit..
.
.
Cara membuatnya:

1. Sebelum tu masak gula merah dengan sedikit air sampai hancur dan tapis, Sejukkan seketika..

2. Mesin semua bahan masukkan air gula merah tadi.. kalau saya tak tambah air dah sebab air gula merah tadi dah cukup..
mesin kasar2 cikit ye.. tuangkan bahan mesin ke dalam periuk

3. Tambahkan sedikit garam dan minyak 2 sudu besar masak atas api perlahan selama 5 mnit..siap!!

4. Boleh la perap ayam, daging/sosej perap lebih lama lebih sedap


(kalau saya perap pagi malam baru bakar)..
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE”
(Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ ^^
.
.
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
.
Sumber : FB Cek Neti
Jum Like : Aneka Resepi Masakan

Resepi Akok sedap

5 biji telur
200 ml santan pekat
3 helai daun pandan
150gram gula kabung/nise/gula melaka
100 ml air
30 gram tepung gandum

Cara2 di gambar bawah yea...

ROTI NAN CHEESE


Bahan2:-
➡1kilo tepung gndum
➡½cawan plnta
➡½cawan gula
➡2½cawan air 
➡1 sdb mauripan
➡Cheese keping
Cara- cara :-
➡Masukn gula dalam air dan kacau..
➡Masukan tepung,planta,mauripan dlm bekas gaul sampai sebati.
➡Tuang air +gula ke dalam tepung sikit2 dan uli sampai tepung tak melekat tpi jagan keras bncuhan.
➡Tutup dengan kain basah dan perap dlm ½jam.
Bila bncuhan dh naik tumbuk2 kan tepung tu..pastu uli bulat2 besar dn masukn chese kdlm tepung kan

canaikan leper.
➡Biar dalam 15 minit pastu masak dlm kuali pan dgn api perlahan.
Tutup kuali dgn penutup dan bila dah nampak masak sapukan dengan majerin...tu membuat roti jdi sedap

bau nye...
➡Potong dan boleh makan cicah dengan kari dal atau terpulang nak cicah ape aje.
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda
nanti.

MACARONI CHEESE BAKAR

Bahan A
250gm macaroni
Cheese mozarell / cheddar cheese pun boleh

Bahan B (sos daging)


2 keping daging cincang (nak guna daging burger atau ayam cincang & ayam burger pun boleh)
1/2 tin cendawan butang (nak letak boleh, xnak letak pun sedap gak)
250gm sos spagetthi prego (nak letak tomato puri pun boleh)
250gm air
1 labu bawang besar kuning (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji capsicum hijau
2 sudu butter (minyak masak pun boleh)
2-3 helai daun bay (tak letak pun ok)
sedikit oregano
garam & gula secukup rasa
3 biji telur

Bahan C (sos cheese/sos putih)


125gm cheedar cheese
300gm susu segar
150gm air (kalau pekat sgt blh tambah)
1/2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
2 sudu besar lada hitam (optional)

CARA:

Panaskan air campur sedikit minyak & rebus macaroni hingga empuk. Angkat & toskan.

Sediakan sos daging


Panaskan butter, tumis bawang hingga wangi. Masukkan sos prego, daun bay & air. Kacau sebati. masukan daging dan masak
sehingga pekat. masukan cendawan, capsicum, garam, aregano dan masak lagi sehingga pekat. padamkan api. Masaukan
makaroni tadi dan gaul sehingga rata.

Sediakan sos cheese. Panaskan butter sehingga cair. masukan tepung dan kacau hingga tepung tidak bergentel. Masukan
cheese dan gaul sehingga likat, jangan bagi hangus. Kecilkan api. Masukan susu segar dan air. masakkan hingga pekat dan
berkilat. Masukkan lada hitam kacau-kacau dan angkat.

Makaroni yang telah digaul dengan sos daging dimasukkan kedalam bekas dan lapiskan dengan sos cheese. Mulakan dengan
makaroni diikuti dengan sos cheese. Pukul telur & siram sediki keatasnya...

Taburkan keju mozarella menutupi lapisan sos cheese bakar dengan suhu 180C 45-45 minit bakar sehingga nampak sos
cheese menggelegak dan permukaannya merah.

2, Makaroni Goreng Creamy


BAHAN-BAHAN:
1 paket makaroni San Remo(bentuk C)
250 gm butter
0.5 - 1 kg udang (buang kulit)
1 paket sosej (potong bulat2 kecil)
1 botol Sos tradisional Prego
1 tin cendawan butang (potong kecil2)
1 tin sos cendawan
1 kiub ayam knorr
2 labu bawang besar (dimayang)
4 biji bawang putih (dimayang halus)
1 cawan air(boleh tambah kalau pekat sgt)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak zaiton

CARA-CARA:
Rebus makaroni bersama sedikit minyak zaiton hingga masak. Toskan dalam bakul tos.
Goreng sosej hingga masak dan ketepikan.
Panaskan separuh butter dalam kuali. Tumiskan bawang2 yang dimayang tadi bersama kiub ayam knor hingga keperangan.
Masukkan sos prego + sup cendawan + air. Kacau sebati biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang dan gaul sebati. Biar hingga masak dan agak pekat.
Masukkan makaroni dan sosej, gaul sebati dan padamkan api.(jangan gaul terlalu lama nanti makaroni hancur)
Sedia dihidang. Enak dimakan dengan sos. Sesuai untuk dihidang pada kanak2 juga.
*Boleh juga ditambah daging/ayam dan sayuran. Juga boleh tambahkan cili boh dalam tumisan tadi jika sukakan pedas.

3. MACARONI FRUIT SALAD


Resepi oleh: Evelyn Gemina My Resepi

Bahan-bahan ( Di hidang sejuk )

1 bungkus makaroni
1 botol besar mayonaise
1 kotak kecil Nestle Cream (optional)
1 tin susu pekat (guna separuh)
1 tin buah campuran dlm tin (tos & buangkan airnya)
Sedikit kismis
Sedikit kacang tanah/gajus goreng di cincang

Cara-cara

~Rebus makaroni sampai lembut (jgn terlalu lembut nnt cepat hancur)
~Toskan & sejukkan sebentar.
~Dalam mangkuk besar, masukkan semua bhn2 tadi,gaul sebati.
~Masukkan pula makaroni & gaul hingga rata & sejukkan dlm peti sejuk semalaman.
siap

MAKARONI TUNA BAKAR


Bahan-bahannya :
● 250 gm makaroni
● 5 biji telur gred A
● 1 tin kecil tuna
● 2 biji bawang besar, potong dadu
● 2 ulas bawang putih, potong kecil
● 3 sudu minyak, untuk memasak
● Garam dan serbuk perasa
● Sedikit lada sulah
Untuk bahagian topping [atas]
● Sos cili
● Tomato puri 
● Mayonis dan keju
● Keju cheddar yang diparut ( mozarella )
Cara-caranya:
1.Pertama sekali, rebus makaroni sehingga empuk.Kemudian basuh dan toskan.Ketepikan.
2.Panaskan minyak di kuali.Tumis bawang besar dan juga bawang putih.
3.Kemudian masukkan tuna.
4.Masukkan makaroni yang direbus tadi.
5.Selepas itu masukkan garam, serbuk perasa dan lada sulah.
6.Masukkan telur.Gaul semua sehingga bercampur.Ketepikan.
7.Sapu loyang dengan marjerin dan tuang semua adunan makaroni tadi ke dalam loyang.
8.Tabur keju shingga menutupi makaroni.
9.Kemudian picit sos cili, tomato puri dan mayonis di atasnya.
10.Bakar dengan suhu 180 darjah C selama hampir 45 minit atau sehingga makaroni masak.
11.Setelah masak biarkan sejuk sedikit baru dipotong untuk elak dari pecah berderai.
Selamat mencuba....  :-)

You might also like