You are on page 1of 4

Sebelum tahun 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu

falsafah yang nyata dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada
bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam laporan
penyata razak (1956), laporan Rahman talib (1961), akta pelajaran, rukun
negara, dasar pelajaran & rancangan Malaysia.
Pada tahun 1979, laporan jawatankuasa cabinet telah menetapkan halatuju
pendidikan guru di Malaysia iaitu:
I. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran
untuk mengendalikan pengajaran & pembelajaran secara interaktif bagi
memperkembangkan lagi potensi pelajar.
II. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.
Sehubungan dengan itu, pada tahun 1982, kementerian pelajaran
Malaysia menerusi bahagian pendidikan guru telah menggubal dan
mendokumentasikan falsafah pendidikan guru untuk menjadi rujukan,
panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang
melahirkan guru-guru di Malaysia.
FPG yang digubal mengandungi 9 perkara yang membentuk peikiran
dan amalam profesionalisme keguruan.
1. Berpekerti mulia
2. Berpandangan progresif dan saintifik
3. Bersedia menjunjung aspirasi negara
4. Menyanjung warisan kebudayaan negara
5. Menjamin perkembangan individu
6. Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu
7. Memelihara masyarakat yang demokratik
8. Memelihara masyarakat yang progresif
9. Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin
Matlamat pendidikan guru
Matlamat pendidikan guru ialah menghasilkan guru
yang berkualiti dari segi peribadi, professional,sosial
dan amalan tingkah laku, menguasai ilmu,
kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta
berupaya mencapai kecermelangan pendidikan untuk
pengisian tuntutan wawasan pendidikan dalam abad
ke-21.

You might also like