You are on page 1of 7

1.

Anda menggunakan unit Omron PLC model CP1E-N20DT dan anda hendak
menggunakan arahan KEEP pada rajah tangga yang anda bina. Apakah yang perlu
anda buat pada arahan tersebut agar arahan tersebut boleh berfungsi?

A. Isikan operand bit 3.00 pada bahagian BIT arahan tersebut.


B. Gunakan nombor bit 16 pada bahagian SET arahan tersebut.
C. Tukarkan channel number dengan menggunakan channel number 256.
D. Pindakan operand bit pada bahagian RESET agar sama dengan bahagian SET.

2. Arahan TIM merupakan arahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan lengah
masa pada PLC yang digunakan. Apakah yang perlu dilakukan agar arahan ini dapat
menghasilkan lengah masa selama 5 minit?

A. Tukarkan nombor TIM kepada nombor @3000.


B. Isikan angka &3000 pada bahagian timer number (N).
C. Isikan angka #3000 dibahagian Set Value arahan tersebut.
D. Gunakan dua arahan TIM berasingan agar lengah lima minit terhasil.

3. Shift Register merupakan arahan yang boleh digunakan sebagai arahan untuk
membilang pada rajah tangga yang dibina berdasarkan kepada keperluan. Apakah
yang perlu dilakukan agar pengiraan sebanyak 42 boleh dilakukan?

A. Ubahkan bit pada shift input kepada 42.


B. Tukarkan bit pada data input kepada 42.
C. Gunakan saluran 5 pada E dan saluran 7 pada ST.
D. Gunakan saluran 5 pada ST dan saluran 7 pada E.

4. Bagaimanakah kaedah yang perlu dilakukan untuk menghidupkan Omron PLC bagi
model CP1E-N30-DT-A?

A. Alihkan port L1 ke punca +24V dan port L2 kepada punca 0V.


B. Kekalkan port L1 ke punca 0V dan port L2 kepada punca +24V.
C. Tukarkan port L1 ke punca Neutral dan port L2 kepada punca Live.
D. Sambungkan port L1 ke punca Live dan port L2 kepada punca Neutral.

5. Relay merupakan antara peranti yang boleh disambung ke terminal PLC.


Bagaimanakah cara untuk memastikan relay tersebut menerima isyarat dari PLC
tersebut ?

A. Dengar bunyi daripada coil relay tersebut.


B. Lihat nyalaan indicator pada terminal keluaran PLC.
C. Sambung punca negatif pada terminal relay tersebut.
D. Perhati nyalaan indicator pada terminal masukan PLC.
6. Mikropemproses adalah unit utama yang mengawal perjalanan sesebuah PLC
beroperasi. Apakah aktiviti utama yang dilakukan oleh mikropemproses ?

A. Melaksanakan dan mengurus arahan logik yang dihantar kepadanya.


B. Melaksanakan dan mengurus arahan kritikal yang dihantar kepadanya.
C. Melaksanakan dan mengurus arahan analog yang dihantar kepadanya.
D. Melaksanakan, mengurus dan menangguhkan arahan logik yang dihantar
kepadanya.

7. “ESD wrist strap merupakan peranti keselamatan yang perlu di pakai ketika
mengendalikan mikropemproses pada unit CPU”

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, nyatakan tujuan utama amalan keselamatan


ini perlu diamalkan.

A. Untuk mengecas elektrik aktif dengan selamat ke bumi.


B. Untuk menyahcas elektrik aktif dengan selamat ke bumi.
C. Untuk mengecas elektrik statik dengan selamat ke bumi.
D. Untuk menyahcas elektrik statik dengan selamat ke bumi.

8. Nyatakan langkah yang perlu dilakukan oleh pengguna agar nilai suhu pada unit CPU
sentiasa terkawal.

I. Menggunakan heat sink.


II. Membuka pelindung CPU.
III. Memasang pengesan terma.
IV. Mengaplikasi sistem pengudaraan.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

9. Berdasarkan turutan yang diberi, anda dikehendaki menyusun semula turutan tersebut
agar menjadi turutan prosedur yang dilakukan oleh unit pengawal apabila memproses
data pada unit CPU.

I. Menyahkod arahan.
II. Mengekstrak arahan.
III. Melaksanakan arahan.
IV. Mengambil arahan dari ingatan.

A. I, II, III, IV
B. I, III, IV, II
C. II, IV, I, III
D. IV, II, I, III
10. “An arithmetic logic unit (ALU) is a digital circuit inside the processor that handles
arithmetic and logical operations by loading data from input registers”

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, nyatakan turutan prosedur yang dilakukan


oleh unit aritmetik dan logik (ALU) yang terdapat pada CPU sesebuah PLC.

I. Move this data to memory.


II. Connect to the multiple transistors.
III. Provides the ALU with the instruction.
IV. Stores the results in an output register.

A. I, II, III, IV
B. I, III, IV, II
C. III, II, IV, I
D. IV, II, I, III

11. “A model of CPU Unit that support basic control applications using instructions such
as basic, movement, arithmetic, and comparison instructions”

Berdasarkan pernyataan yang di beri di atas, pilih jawapan yang betul.

A. CP1E-E
B. CP1E-N
C. CP1E-P
D. CP1E-L

12. “CP1E-N20DT-A adalah nama model PLC keluaran OMRON dalam keluarga CP1E-
Series”

Berdasarkan pernyataan yang diberi, apakah yang dimaksudkan dengan huruf A


pada model tersebut?

A. Analog operation.
B. Application model.
C. Alternating current.
D. Arithmetic and logic unit.

13. Binaan sesebuah PLC terdapat suatu terminal yang akan menerima denyut isyarat
dan seterusnya menghantar denyut isyarat tersebut kepada unit cpu yang terdapat
pada PLC tersebut. Pilih jawapan yang paling sesuai berkaitan terminal berkenaan.

A. Laluan komunikasi seperti laluan serial dan USB.


B. Bekalan kuasa 220 VAC atau24 VDC boleh dibekalkan.
C. Peranti seperti suis atau penderia boleh disambung kepadanya.
D. Peranti seperti lampu, siren atau relay boleh disambung kepadanya.
14. Antara berikut merupakan perkara yang perlu diamalkan ketika memprogram pada
setiap model PLC yang digunakan agar proses penghasilan ladder diagram dapat
dibuat tanpa sebarang mesej ralat.

A. Meneliti perkakasan bagi model PLC yang digunakan.


B. Mengolah arahan yang digunakan mengikut kehendak.
C. Muat turun lembaran data bagi model PLC yang digunakan.
D. Menyemak pada rujukan arahan pada perisian yang digunakan.

15. Berikut merupakan turutan prosedur apabila PLC beroperasi. Susun pilihan turutan
yang diberi agar menjadi turutan prosedur yang betul.

I. Laksanakan program.
II. Pastikan sistem sedia.
III. Periksa status keluaran.
IV. Periksa status masukan.

A. I, IV, II, III


B. II, IV, I, III
C. III, II, I, IV
D. IV, I, III, II

16. Anda dikehendaki menyambung satu unit suis penghad dan satu unit toggle switch
pada sebuah Omron PLC model CP1E-N20-DT-A . Tujuan penyambungan ini
dilakukan agar CPU dapat memproses isyarat dan membolehkan PLC tersebut
berfungsi seperti yang dikehendaki.

Nyatakan port yang betul pada PLC yang boleh disambung kepada peranti-peranti
tersebut .

A. Port 02 dan 11 pada terminal keluaran.


B. Port 02 dan 11 pada terminal masukan.
C. Port 02 pada terminal keluaran dan 11 pada terminal masukan.
D. Port 02 pada terminal masukan dan 11 pada terminal keluaran.

17. Langkah berikut merupakan langkah yang perlu dilakukan apabila fungsi FORCE
hendak digunakan bagi menguji kefungsian ladder diagram yang telah dibina.
Nyatakan langkah tersebut.

A. Ubahkan mod Monitor kepada mod Run pada Project Tree.


B. Ubahkan mod Run kepada mod Monitor pada Project Tree.
C. Ubahkan mod Run kepada mod Stop/Program pada Project Tree.
D. Ubahkan mod Stop/Program kepada mod Monitor pada Project Tree.
18. Anda dikehendaki menaik taraf satu sistem agar pengiraan yang dilakukan dapat
diresetkan secara automatik tanpa perlu dilakukan oleh pekerja supaya sistem
menjadi lebih efisyen. Apakah langkah yang perlu anda lakukan agar ia dapat
dilaksanakan ?

A. Tambahkan timer condition pada bahagian set arahan counter.


B. Tukarkan operand pada bahagian set arahan counter kepada timer condition.
C. Tambahkan secara sesiri timer condition pada bahagian reset arahan
counter.
D. Tukarkan operand pada bahagian reset arahan counter kepada timer
condition.

19. Bagaimanakah kaedah yang boleh digunakan agar coil pada ladder diagram
sentiasa hidup walaupun tiada lagi isyarat yang diberi kepadanya ?

A. Gunakan arahan SET pada bahagian masukan ladder diagram.


B. Tukarkan ladder diagram supaya berfungsi menjadi interlock circuit.
C. Tambahkan arahan TIM pada ladder diagram agar lengah dihasilkan.
D. Gunakan arahan KEEP agar memori tersimpan apabila bahagian Set dipicu.

20. Pada ladder diagram yang dibina pada perisian CX-Programmer terdapat satu arahan
yang wajib ada bagi mengelakkan ralat ketika ladder diagram tersebut hendak
dimuat turun kepada PLC.

Namakan arahan tersebut.

A. FOR(512)
B. END(001)
C. JMP(004)
D. BREAK(514)

21. “Each condition in a ladder diagram is either ON or OFF depending on the status of the
operand bit that has been assigned to it. This condition is ON if the operand bit is
ON and OFF if the operand bit is OFF”

Pernyataan di atas adalah turutan prosedur yang berlaku apabila condition berkenaan
berfungsi pada ladder diagram. Pilih condition yang bersesuaian berdasarkan
pernyataan tersebut.

A. Timer condition.
B. Counter condition.
C. Normally open condition.
D. Normally closed condition.
22. Ladder diagrammerupakan bahasa pengaturcaraan yang boleh gunakan untuk
memprogram Omron PLC model CP1E-N20DT. Terdapat satu lagi bahasa
pengaturcaraan yang dibenarkan bagi memprogram PLC model berkenaan.

Nyatakan kaedah yang perlu dilakukan agar bahasa pengaturcaraan tersebut boleh
digunakan untuk menggantikan bahasa pengaturcaraan jenis ladder diagram.

A. Ubahkan set arahan yang digunakan pada ladder diagram.


B. Gantikan ladder diagram yang terhasil kepada structured text.
C. Gunakan function block diagram menggantikan ladder diagram.
D. Tukarkan ladder diagram yang digunakan kepada statement list.

23. Apakah perkara yang perlu diamalkan sebelum proses muat naik aturcara
dilaksanakan ?

A. Menukar mod perisian pada mod jenis run.


B. Memasang peranti keluaran pada port keluaran PLC.
C. Mengubah perisian supaya dalam keadaan luar talian.
D. Menyimpan aturcara sedia ada pada perisian terlebih dahulu.

24. Apakah bahasa pengaturcaraan yang paling sesuai berdasarkan kepada pernyataan
yang diberi di bawah ?

“This languages is one of graphical programming language. The main concept is the
data flow that start from inputs and passes to generate the output”

A. Structured text (ST).


B. Ladder diagram (LD).
C. Instruction language (IL).
D. Function block diagram (FBD).

25. Nyatakan turutan langkah yang perlu dilakukan ketika hendak muat naik bahasa
pengaturcaraan jenis ladder diagram yang telah dibina pada perisian CX-Programmer
pada unit PLC yang hendak digunakan.

I. Klik ‘Transfer’
II. Pilih ‘From PLC’
III. Pilih ‘Work Online’
IV. Klik ‘PLC’ pada bar menu

26. Nyatakan cara yang boleh dibuat agar antara muka diantara PLC dan perisian CX-
Programmer pada komputer dapat dilaksanakan.

A. Multi port dan USB port.


B. Static port dan USB port.
C. Serial port dan USB port.
D. Parallel port dan USB port.
27. Apakah amalan baik yang perlu dipraktikkan oleh pengguna yang menggunakan PLC
sebagai pengawal utama agar PLC tersebut selamat untuk beroperasi dan sentiasa
dalam keadaan baik?

A. Melakukan corrective maintenance pada unit PLC tersebut.


B. Melakukan preventive maintenance pada unit PLC tersebut.
C. Melakukan total productive maintenance pada unit PLC tersebut.
D. Melakukan condition-based maintenance pada unit PLC tersebut.

28. Berdasarkan pilihan jawapan yang diberi, nyatakan perkara pertama yang perlu anda
buat lakukan kepada peranti jenis suis tekan sebelum disambung ke terminal
masukan PLC yang akan digunakan?

A. Pasangkan wayar pada port COM dengan sempurna.


B Uji kefungsian peranti tersebut dengan continuity tester.
C. Kenalpasti port yang akan digunakan pada terminal masukan.
D. Sambungkan punca positif dan negatif pada terminal peranti tersebut.

29. Susunkan pilihan turutan yang betul apabila satu unit lampu pandu hendak disambung
kepada sesebuah PLC.

I. Pastikan terminal lampu pandu disambung ke punca +24V


II. Sambungkan terminal lampu pandu pada port yang dipilih
III. Semak operand bit yang digunakan pada ladder diagram
IV. Kenalpasti terminal keluaran yang akan digunakan pada unit PLC

A. I, III, II, IV
B. III, IV, II, I
C. IV, III, I, II
D. II, I, III, IV

30. Satu unit Photoelectric Sensor dari keluarga NPN telah disambung kepada terminal
masukan pada sebuah Omron PLC model CP1E-N20-DT-A.

Nyatakan punca yang perlu disambung kepada COM port terminal masukan
tersebut agar peranti tersebut boleh berfungsi untuk menghantar isyarat ..

A. Live.
B. Positif.
C. Negatif.
D. Neutral.

You might also like