You are on page 1of 8

PEMBANGUNAN LUKISAN KEJURUTERAAN 3 DIMENSI

PENGENALAN LUKISAN ORTOGRAFIK

• Dalam abad ke-18, bermulalah era Lukisan Kejuruteraan (LK) moden. Gespard Monge
telah memperkenalkan lukisan ortografik yang digunakan sehingga kini.

• Unjuran Ortografik merupakan satu kaedah yang digunakan dalam penghasilan produk
bidang kejuruteraan bagi menerangkan di mana bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa
hasil dari bidang kejuruteraan ini.

• Kaedah ini merupakan sistem banyak pandangan iaitu seluruh bentuk objek dapat
ditunjukkan dengan jelas tanpa mempengaruhi dimensi objek yang sebenar.
DEFINISI
• Unjuran ortografik adalah satu kaedah melukis objek tiga dimensi (3D) yang menghasilkan
bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah - satah yang
bersudut tepat antara satu sama lain.

 Orto - bererti lurus sudut tepat

 Grafik - bererti tulisan atau lukisan

 Unjuran - bererti memanjang


MENGENAL SATAH DALAM UNJURAN
ORTOGRAFIK
 LUKISAN INI MENGGUNAKAN TIGA SATAH UTAMA IAITU:

 satah tegak

 satah ufuk (mendatar)

 satah menegak tambahan (susuk).

Satah dalam lukisan teknikal merupakan gambaran satu rataan atau satu permukaan yang tidak
mempunyai ukuran tebal atau kedudukan tertentu. Pandangan suatu permukaan objek yang hendak
dilukis mestilah berkedudukan tepat 90 darjah dengan satah dan mata pelihat seperti dalam rajah .
• Daripada RAJAH 1, kedudukan kedua - dua satah menegak dan satah mendatar adalah bersilang di antara satu
sama lain dalam sudut 90 darjah.

• Menghasilkan empat bahagian yang dikenal sebagai sukuan pertama, sukuan kedua dan sukuan ketiga dan
seterusnya sukuan keempat.

• Dari empat sudut itu hanya dua bahagian sahaja yang boleh digunakan iaitu sudut pertama dan sudut ketiga.

• Keadaan ini berlaku kerana satah - satah mendatar dikisarkan mengikut pusingan jam, lukisan (pandangan)
yang terhasil pada satah - satah pada unjuran sudut kedua dan keempat akan bertindih di antara satu sama
lain. Lukisan tersebut tidak boleh digunakan kerana mengelirukan.
PANDANGAN - PANDANGAN DALAM
UNJURAN ORTOGRAFIK .
• Dalam lukisan ortografik terdapat enam pandangan asas yang boleh diunjurkan dalam enam arah ortogonal.

• Pandangan-pandangan tersebut boleh dibayangkan seperti objek 3D diletakkan di dalam kotak yang telus dan
pandangan dijangka berserenjang ke enam dinding kotak.
TIGA PANDANGAN UMUM

 Pandangan Hadapan
 Pandangan Sisi
 Pandangan Pelan (atas)

You might also like