You are on page 1of 5

SENARAI SOALAN (Latar belakang tokoh) 1. Assalamualaikum Tuan Haji. 2.

Untuk permulaan soalan, iaitu berkaitan dengan latar belakang Tuan Haji, bagi soalan pertama. Apakah nama panggilan Tuan Haji seharian ataupun yang digunakan oleh keluarga dan cucu? 3. Soalan kedua, bilakah Tuan Haji dilahirkan? 4. Di manakah Tuan Haji dilahirkan? 5. Di manakah Tuan Haji dibesarkan? 6. Perak, kawasan mana? 7. Adakah ibu bapa Tuan Haji masih hidup? 8. Adik beradik Tuan Haji bagaimana? 9. Bagaimanakah hubungan Tuan Haji dengan ibu bapa? Rapat ke macam mana? 10. Tuan Haji anak yang ke berapa? 11. Di manakah adik beradik Tuan Haji sekarang? 12. Bolehkah Tuan ceritakan serba sedikit tentang adik beradik Tuan Haji? 13. Apakah peristiwa yang Tuan Haji tidak dapat lupakan ketika kecil dahulu? 14. Bilakah Tuan Haji berkahwin? 15. Siapakah nama isteri Tuan Haji dan apakah pekerjaannya? 16. Berapakah umur isteri Tuan Haji sekarang? 17. Bolehkah Tuan ceritakan serba sedikit mengenai isteri Tuan Haji? 18. Pengalaman sebagai seorang isteri ataupun pekerjaannya macam mana? 19. Berapakah usia perkahwinan Tuan Haji sekarang? 20. Berapakah bilangan anak Tuan Haji? 21. Dimanakah anak-anak Tuan Haji sekarang?

22. Apakah anak-anak Tuan Haji masih tinggal dengan Tuan Haji? 23. Bagaimanakah Tuan Haji mendidik anak-anak? 24. Sekarang Tuan Haji mempunyai berapa orang cucu ataupun sudah bercicit? 25. Apakah hobi Tuan Haji di masa lapang? 26. Adakah Tuan Haji aktif beriadah dan bersukan? 27. Bagaimanakah Tuan Haji menjaga kesihatan? 28. Dari segi pemakanan, ada Tuan Haji mengamalkan apa-apa penjagaan? 29. Apakah falsafah dan prinsip hidup Tuan Haji? 30. Apakah impian hidup Tuan Haji sudah tercapai ataupun masih belum / masih mencari?

(Latar belakang pendidikan tokoh) 31. Bolehkah Tuan Haji menceritakan latar belakang pendidikan Tuan Haji dari awal? 32. Apakah nama sekolah pertama Tuan Haji dahulu? 33. Bagaimanakah Tuan Haji ke sekolah dahulu? 34. Pernahkah Tuan Haji menghadapi kesulitan ketika masih bersekolah dahulu? Maksud saya macam dari segi kesempitan wang? 35. Apakah matapelajaran kegemaran Tuan Haji sewaktu di sekolah? 36. Apakah cita-cita Tuan Haji ketika di bangku sekolah? 37. Siapakah yang menjadi idola Tuan Haji pada ketika itu? 38. Bolehkah Tuan Haji menceritakan pencapaian Tuan Haji dalam pendidikan pada suatu ketika dahulu? Macam di bangku sekolah. 39. Bolehkah Tuan menceritakan pencapaian Tuan Haji dalam pendidikan pada suatu ketika dahulu? 40. Pernahkah Tuan Haji mewakili sekolah dalam apa-apa acara atau program? 41. Adakah Tuan Haji pernah menyandang apa-apa jawatan ketika di sekolah dahulu

selain daripada prefect [pengawas]? 42. Selepas tamat sekolah rendah, adakah Tuan Haji menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah? Dan dimana?

(Semasa dalam profession perguruan) 43. Berkaitan dengan semasa dalam profession perguruan iaitu perkhidmatan. Soalan pertama, bilakah Tuan Haji memulakan khidmat sebagai seorang guru? 44. Berapakah umur Tuan Haji ketika mula berkhidmat sebagai guru? 45. Adakah Tuan Haji menerima pendidikan khas sebagai seorang guru? 46. Apakah perasaan Tuan Haji ketika pertama kali berkhidmat sebagai seorang guru? 47. Kita teruskan dengan soalan. Siapakah yang memberi galakan kepada Tuan Haji untuk menjadi seorang guru? 48. Apakah cabaran yang dihadapi oleh Tuan Haji ketika menjadi seorang guru? 49. Sekiranya Tuan Haji masih ingat, berapakah gaji Tuan pada ketika itu? 50. Ya, mula-mula kerja. 51. Apakah subjek yang diajar oleh Tuan Haji? 52. Bagaimanakah sikap pelajar-pelajar sekolah pada ketika itu? 53. Apakah sumbangan terbesar Tuan Haji ketika bergelar seorang guru? 54. Di sekolah manakah Tuan Haji dilantik menjadi pengetua sekolah? 55. Apakah tugas utama pengetua sekolah? 56. Selain menjadi pengetua sekolah, apakah jawatan lain yang pernah disandang oleh Tuan Haji? 57. Adakah Tuan Haji pernah mengalami pengalaman pahit atau manis ketika bergelar seorang guru?

(Pengalaman menerima Tokoh Guru) 58. Kita teruskan dengan pengalaman Tuan Haji menerima, salah seorang daripada tokoh guru Pulau Pinang pada tahun dua ribu tujuh. Bilakah Tuan Haji menerima anugerah Tokoh Guru bagi Negeri Pulau Pinang? 59. Apakah perasaan isteri Tuan Haji apabila mendapat tahu bahawa Tuan Haji menerima anugerah sebegini? 60. Apakah perasaan Tuan Haji apabila menerima anugerah seperti ini? 61. Di manakah majlis penganugerahan itu diadakan? 62. Pada majlis penganugerahan itu, siapakah yang berada di samping Tuan Haji? 63. Pernahkah Tuan Haji terfikir untuk menerima anugerah ini 64. Pada pendapat Tuan Haji, adakah penganugerahan Tokoh Guru perlu diteruskan? 65. Apakah tanggungjawab Tuan Haji setelah menerima penganugerahan sebagai seorang Tokoh Guru? 66. Pada pendapat Tuan Haji dengan penganugerahan Tokoh Guru ini adalah adakah memberi lebih semangat kepada Tuan Haji untuk lebih berusaha? 67. Selain danpada anugerah ini, adakah Tuan Haji pernah menerima anugerah lain? 68. Adakah Tuan Haji melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kemasyarakatan atau aktiviti politik?

(Isu Semasa) 69. Seterusnya soalan mengenai isu semasa. Bagaimanakah pula pandangan Tuan Haji terhadap mutu pendidikan negara kita sekarang? 70. Seandainya Tuan Haji diberi peluang untuk menjadi Menteri Pendidikan, apakah perancangan Tuan Haji? 71. Boleh Tuan Haji beri pandangan mengenai graduan sekarang? Bermutu atau tidak?

72. Bolehkah Tuan Haji memberi pandangan mengenai graduan sekarang yang memilih kerjaya guru sebagai pilihan terakhir kerana tidak mendapat pekerjaan lain? 73. Bolehkah Tuan Haji memberi pandangan mengenai situasi sekarang iaitu "Guru wanita lebih mendominasi danpada guru lelaki"? 74. Adakah Tuan Haji merasakan generasi sekarang dapat membangunkan Negara Malaysia? 75. Pada pandangan Tuan Haji adakah ibu bapa sekarang mementingkan pendidikan anakanak mereka? 76. Apakah perancangan atau matlamat baru dalam hidup Tuan Haji untuk mendapat yang lebih baik pada masa-masa akan datang? 77. Apakah pesanan dan nasihat kepada anak-anak muda hari ini tentang pentingnya pendidikan dalam kehidupan? 78. Sebagai penutup, apakah nasihat Tuan Haji kepada guru-guru zaman sekarang dalam memajukan anak bangsa?

You might also like