You are on page 1of 30

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/349502973

BIDANG KUASA EKSKLUSIF MAHKAMAH SYARIAH DAN ISU-ISU PENDAKWAAN


DAN PENGUATKUASAAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH : SATU TINJAUAN
TERHADAP KES BERJAYA BOOKS SDN BHD & LAIN-LAIN LWN ....

Article · February 2021

CITATIONS READS
0 3,341

1 author:

Mahfudz Hasbullah
co-opbank pertama
1 PUBLICATION   0 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Mahfudz Hasbullah on 22 February 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


ISU UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN
LAW 5240

TAJUK :

BIDANG KUASA EKSKLUSIF MAHKAMAH SYARIAH DAN ISU-ISU PENDAKWAAN DAN


PENGUATKUASAAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH : SATU TINJAUAN TERHADAP KES
BERJAYA BOOKS SDN BHD & LAIN-LAIN LWN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN & LAIN-LAIN

Disediakan Oleh :

MAHFUDZ BIN HASBULLAH (G1426551)


Diploma In Syariah Law & Legal Practice [DSLP]

Disediakan Untuk :

Dr. Farid Sufian Shuaib


Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)

1
Kandungan Muka Surat

1. Abstrak 3

2. Pengenalan 3

3. Kajian Literatur 4

4. Undang-Undang Islam : Had kuasa penggubalan undang-undang

antara Negeri dan Persekutuan 8

5. Had Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Selepas Pindaan Perkara 121 (1A) 13

6. Pendakwaan Terhadap Orang Bukan Islam 20

7. Penguatkuasaan dan Pendakwaan Kesalahan Jenayah Syariah 23

8. Penutup 26

9. Rujukan 28

2
BIDANG KUASA EKSKLUSIF MAHKAMAH SYARIAH DAN ISU-ISU PENDAKWAAN DAN
PENGUATKUASAAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH : SATU TINJAUAN TERHADAP KES
BERJAYA BOOKS SDN BHD SDN BHD & LAIN-LAIN LWN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH
PERSEKUTUAN & LAIN-LAIN

Mahfudz Bin Hasbullah

Abstrak

Kedudukan Mahkamah Syariah sebagai sebuah mahkamah yang bebas dan mempunyai bidang
kuasa eksklusif untuk membicarakan kes-kes yang melibatkan undang-undang Islam telah
diperuntukkan melalui pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan. Rentetan
daripada pindaan tersebut, Mahkamah Syariah telah melalui fasa perkembangan yang berliku
berdasarkan interpretasi keputusan-keputusan mahkamah terhadap bidang kuasa eksklusifnya.
Artikel ini cuba untuk melihat dari sudut aspirasi dan hasrat disebalik penggubalan Perkara 121
(1A) ini dan menilai sejauh mana dari segi realitinya kedudukan Mahkamah Syariah dan sejauh
mana pengiktirafan terhadap bidang kuasanya bila mana had kuasa penggubalan undang-
undang Negeri dan Persekutuan menjadi persoalan interpretasi oleh mahkamah mengenai
kuasa yang termaktub sebagaimana Senarai II Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Isu-isu yang
menampakkan pertembungan atau konflik antara pihak berkuasa Negeri dan Persekutuan dan
antara perkara mengenai agama Islam dan orang bukan Islam dalam menentukan bidang kuasa
yang sah samada oleh Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil cuba dikupas secara umum
dengan melihat justifikasi keputusan mahkamah berdasarkan pendekatan interpretasi yang
berbeza. Penentuan bidang kuasa Mahkamah Syariah juga adalah penting kerana ianya
melibatkan isu-isu pendakwaan dan penguatkuasaan kesalahan jenayah syariah dan sorotan
kepada kes-kes yang relevan cuba di analisa untuk memberikan gambaran yang lebih fokus dari
sudut Perlembagaan Persekutuan.

Pengenalan

Isu pertindihan bidang kuasa diantara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil masih lagi
menjadi satu isu pertikaian yang sering dibangkitkan untuk diputuskan dimahkamah bila mana
terdapat pertembungan atau konflik diantara bidang kuasa Negeri and Persekutuan dalam
menentukan had bidang kuasa yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan.

3
Kes Berjaya Book Sdn Bhd Ors Lwn Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan & Ors 1sekali lagi
memperlihatkan persoalan mengenai bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah dipertikaikan
apabila tindakan Responden yang membuat serbuan, rampasan dan mendakwa Pemohon
dibawah Seksyen 13 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (“Akta 559”)
kerana menyalahi seksyen tersebut iaitu kesalahan mengenai penerbitan, pengedaran dan
percetakan sebuah buku yang ditulis oleh Irsyad Manji bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta
yang dikatakan menyalahi hukum syarak. Pemohon telah membawa kes ini ke Mahkamah
Tinggi untuk membuat permohonan Semakan Kehakiman terhadap tindakan Responden
tersebut. Mahkamah dalam kes ini memutuskan bahawa kesalahan dibawah Seksyen 13 Akta
559 adalah bukan dibawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah kerana kesalahan yang
sama juga terkandung didalam Seksyen 7 Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 (“Akta 301”).
Mahkamah Tinggi juga bersetuju bahawa kesalahan yang dinyatakan adalah kesalahan
terhadap ajaran agama Islam yang disifatkan sebagai kesalahan terhadap doktrin keagamaan
“religious doctrine” dan bukanlah kesalahan jenayah per se. Oleh yang demikian, Mahkamah
berpandangan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai kuasa pemantauan atau “Supervisory
Power” terhadap keputusan dan tindakan yang diambil oleh pihak Responden. Mahkamah
Tinggi mengesahkan bahawa persoalan samada berlakunya pelanggaran terhadap batasan
bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam isu ini tidak timbul kerana Akta 559 hanya terpakai
kepada Wilayah Persekutuan dan hanya terpakai kepada orang-orang yang menganut agama
Islam sahaja manakala Akta 301 bersifat lebih umum dari segi keterpakaiannya diseluruh
Malaysia tanpa ada had batasan kaum, jantina atau agama.

Kajian Literatur

Isu mengenai pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil telah
disentuh secara mendalam oleh Mohammed Imam dalam artikelnya2 yang telah merumuskan
bahawa maksud “bidang kuasa terhadap pewujudan dan penghukuman kesalahan yang
dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam” sebagaimana yang termaktub didalam
Perlembagaan Persekutuan itu tidak bermaksud bahawa semua pihak yang terlibat didalam
sesuatu prosiding mahkamah itu semestinya beragama Islam atau bermaksud setiap tuntutan
itu mestilah dibawa oleh seorang yang beragama Islam terhadap seorang Islam yang lain bagi
membolehkan Mahkamah Syariah menentukan bidang kuasanya. Melihat kepada objektif

1
[2014] 8 CLJ ; dan Rayuan Sivil No : W-01-143-04/2013

2
Mohammed Imam,”Syariah/Civil Courts ‘ Jurisdiction in the Matters of Hukum Syara : A Persisting Dichotomy
[1995] 1 CLJ lxxxi (Jan)

4
disebalik penubuhan Mahkamah Syariah, peruntukan ini boleh difahami sebagai merujuk
kepada hak-hak orang Islam dibawah Hukum Syarak dan juga sebarang tuntutan tanpa mengira
status keagamaan pihak penuntut atau pihak penentang dalam sesuatu kes yang mana
Mahkamah Syariah boleh membuat keputusan, dikri atau perintah yang boleh dikuatkuasakan.
Secara jelasnya, bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah berkait rapat dengan isu yang
dipertikaikan atau “subject matter” dan bukan terhadap status keagamaan pihak yang terlibat.
Mohammed Imam juga merumuskan bahawa penyelesaian yang amat sesuai terhadap konflik
bidang kuasa ini adalah dengan memansuhkan dua sistem kehakiman yang terpisah antara
Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dan mewujudkan satu integrasi yang menyeluruh
terhadap kedua-dua mahkamah ini dengan pengenalan divisi yang khusus bagi hakim syarie dan
hakim sivil beragama Islam untuk membuat keputusan terhadap rayuan daripada mahkamah
rendah terhadap isu syariah dan isu pertindihan antara syariah dan sivil. Pindaan perlembagaan
adalah jalan atau cara kepada perlaksanaan cadangan ini.

Tun Abdul Hamid dalam artikelnya 3mengenai konflik pertindihan bidang kuasa antara
Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil telah membahagikan konflik kepada kes jenayah dan
kes sivil. Dalam kes jenayah, pembahagian bidang kuasa jelas terbahagi berdasarkan
interpretasi senarai 1 dan senarai 2 Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Tun Abdul Hamid
telah merujuk kepada keputusan mahkamah dalam kes Sukma Dermawan sebagai panduan
terhadap isu penentuan bidang kuasa mahkamah syariah. Manakala dalam kes-kes sivil ,
masalah adalah lebih kompleks dimana wujud situasi perkara yang dipertikaikan atau “subject
matter” yang berada dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah tetapi kemungkinan melibatkan
pihak yang bukan Beragama Islam yang tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah
Syariah. Tun Abdul Hamid menyarankan sebagaimana beliau putuskan dalam kes Lim Chan
Seng dan Abdul Shaikh Bin Ibrahim bahawa kes-kes sedemikian perlu diputuskan oleh hakim
syarie yang bersidang di Mahkamah Sivil (civil court sitting with a syariah court judge). Hakim
syarie tersebut akan membuat keputusan mengenai undang-undang Islam yang akan mengikat
hakim Mahkamah Sivil, manakala hakim Mahkamah Sivil akan membuat keputusan mengenai
isu lain yang tidak melibatkan persoalan undang-undang syariah.

Dr Shad Saleem Faruqi pula menyatakan pandangan beliau dalam artikelnya 4bahawa bidang
kuasa penggubalan undang-undang antara negeri dan persekutuan menampakkan bahawa

3
Dato’ Abdul Hamid Mohamad, Civil and Syariah Court in Malaysia : Conflict of Jurisdictions, Institute of Islamic
Understanding Malaysia, International Seminar on Islamic Law in the contemporary world, [2000]

4
Dr Shad Saleem Faruqi,“The Jurisdiction of State Authorities to Punish Offences against the precept of Islam : A
Constitutional Perspective”, http://www.malaysianbar.org.my/content/view/1847/27/, 28 September 2005

5
negeri telah melangkaui skop kuasa yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan dimana
penggubal negeri telah bertindak seolah-olah keseluruhan undang-undang Islam dan jenayah
Islam adalah dibawah bidang kuasa mereka. Ini menjadikan kuasa secara “residual”oleh negeri
telah bertukar menjadi kuasa secara “inherent” dan “unlimited powers”. Dr Shad Saleem
melihat bahawa ketiadaan kemahuan politik (political will) untuk mempertahankan semangat
toleransi dan moderasi yang diinspirasikan semasa penggubalan Perlembagaan telah semakin
terhakis dan menuju kearah jalan yang tiada penyelesaian. Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan & Abdul
Rani Kamaruddin pula dalam artikelnya 5telah merumuskan tentang pertindihan bidang kuasa
antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil bahawa pendekatan yang terbaik adalah
berdasarkan keputusan Mahkamah Agung dalam kes Shaikh Zolkaffily Bin Shaikh Natar & Ors
Lwn Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang memberikan panduan untuk menentukan bidang
kuasa Mahkamah Syariah adalah berdasarkan “best possible interpretation” walaupun isu yang
dipertikaikan atau “subject matter” tidak diperuntukkan secara spesifik didalam enakmen
negeri. Oleh yang demikian Dr Nuarrual Hilal menyatakan bahawa pendekatan secara “subject
matter” adalah yang terbaik kerana senarai 2 jadual 9 kesemuanya berada dibawah bidang
kuasa Mahkamah Syariah secara “inherent”.

Dr Farid Sufian Shuib telah membuat konklusi yang jelas dalam artikelnya6mengenai bidang
kuasa Mahkamah Syariah dimana majoriti kes yang menjadi pertikaian adalah melibatkan pihak
yang beragama Islam dan bukan Islam. Pindaan perkara 121 (1A) jelas memperuntukkan bidang
kuasa eksklusif Mahkamah Syariah untuk mendengar kes-kes sebegini. Apa yang perlu
diperkukuhkan adalah dengan usaha memperkasakan struktur pentadbiran, infrastruktur dan
prosedur Mahkamah Syariah. Didalam satu artikelnya yang lain7Dr Farid secara konsisten
menyatakan pandangan mengenai cadangan untuk memperkasakan keseluruhan institusi
pentadbiran undang-undang Islam diMalaysia termasuk Majlis Agama dan institusi pendakwaan
syariah bagi mewujudkan jawatan pendakwa syariah yang bebas dan berintegriti. Melihat
kepada perkembangan pentadbiran Mahkamah Syariah sejak tahun 1957 sehingga 2009, Dr
Ramizah dalam artikelnya8 menyatakan bahawa pembaharuan yang berlaku dalam pentadbiran
Mahkamah Syariah selepas tahun 1998 menampakkan usaha untuk menyeragamkan prosedur
dan pentadbiran Mahkamah Syariah melalui penubuhan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

5
Nuarrual Hilal Md Dahlan & Abdul Rani Kamaruddin,”Civil Jurisdiction of Syariah Court in Malaysia-Should it be
Expressed or Implied?: A Reflection [2005] , Seminar Kebangsaan PPSPP Ke 2.
6
Dr. Farid Sufian Shuib “Constitutional Restatement Of Parallel Jurisdiction Between Civil Courts and Syariah
Courts In Malaysia ; Twenty Years on (1988-2008) [2008] 5 MLJ xxxiii
7
Dr Farid Sufian Shuib “Strengthening Administrative Institutions Of Islamic Law in Malaysia [2008] Jurnal Syariah,
Jil 16, Keluaran Khas 443-464
8
Ramizah Wan Muhammad (2011), The Administration of Syariah Courts in Malaysia, 1957-2009, Journal of Islamic
Law and Culture, 242-252

6
(JKSM) yang berfungsi sebagai sebuah jabatan diperingkat pusat untuk menyatu dan
menyelaras pentadbiran Mahkamah Syariah diperingkat negeri. Penambahbaikan ini dilihat
berjaya dilakukan tanpa memerlukan pindaan Perlembagaan. Dalam skop memperkasakan
institusi-institusi yang terlibat dalam pentadbiran Mahkamah Syariah, Dr Farid dalam artikel
beliau yang mutakhir 9menyatakan bahawa isu bidang kuasa Mahkamah Syariah dan isu
penguatkuasaan undang-undang negeri adalah merupakan dua perkara yang berbeza. Dr Farid
merujuk kepada keputusan hakim dalam kes Border’s Book mengenai isu penguatkuasaan
undang-undang syariah terhadap bukan Islam. Beliau menyatakan bahawa ketiadaan bidang
kuasa mahkamah yang ditubuhkan atau ditadbir dibawah kuasa negeri terhadap seseorang
tidak bermakna pasukan penguatkuasa yang ditubuhkan dibawah senarai negeri turut tidak
mempunyai kuasa. Dr Farid secara konsisten menyatakan Perlembagaan Persekutuan telah
memberikan kerangka pentadbiran keadilan jenayah syariah untuk dilaksanakan oleh
Mahkamah Syariah dan tiada kesangsian mengenai keperlembagaan sistem pentadbiran
keadilan syariah dan kuasa Mahkamah Syariah.

Siti Zubaidah dalam artikelnya10bersetuju mengenai isu perlunya bahagian pendakwaan dan
penguatkuasaan untuk mempertingkatkan kemahiran undang-undang tiga serangkai iaitu
undang-undang tatacara, kesalahan jenayah dan keterangan. Penambahbaikan dengan
mewujudkan “Standard Operating Procedure” (SOP) sebagai panduan setiap pegawai
penguatkuasa dan pendakwa akan membantu untuk menaikkan imej pentadbiran undang-
undang Islam dan Mahkamah Syariah. Ibrahim Deris & Hanifah Haydar Ali Tajuddin dalam
artikelnya 11juga merumuskan berdasarkan pengamatan dan pengalaman beliau sebagai
Pendakwa Syarie bersetuju bahawa banyak jurang dari segi kemahiran pegawai pendakwa dan
penguatkuasa syariah yang perlu diperkemaskan dengan latihan dan kursus yang berterusan.
Ibrahim Deris menyatakan bahawa tidak dapat dinafikan bahawa perubahan yang positif hanya
boleh berlaku apabila kefahaman yang jelas dalam bidang tugas dan kesediaan pelaksana
undang-undang jenayah syariah untuk menerima dan membudayakan gerak kerja positif demi
memperkasakan institusi kehakiman syariah.

9
Dr. Farid Sufian Shuib,”Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Manusia Dalam Pentadbiran Keadilan Jenayah Syariah”
[2015] 27 KANUN (1) pp 37
10
Siti Zubaidah Ismail “Dasar Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Jenayah Syariah Di Malaysia : Satu Analisis, [2008]
Jurnal Syariah Jil. 16, Keluaran Khas, hlm. 537-554
11
Ibrahim Deris & Hanifah Haydar Ali Tajuddin “ Penggunaan Garis Panduan dan Etika Dalam Penambahbaikan
Perjalanan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Kesalahan Syariah” [2015] 27 KANUN (1) ,102-121

7
Undang-Undang Islam: Had kuasa penggubalan undang-undang antara Negeri dan
Persekutuan

Didalam kes Berjaya Books Sdn Bhd , antara hujahan yang dikemukakan oleh pihak Responden
mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah ialah Seksyen 13 Akta 559 adalah kesalahan
mengenai penerbitan dan pengedaran buku yang bertentangan dengan ajaran Islam yang jelas
berada dibawah bidang kuasa Negeri yang boleh menggubal undang-undang kesalahan
terhadap ajaran agama Islam sebagaimana yang diperuntukkan dibawah Butiran 1, Senarai II
Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian secara eksklusifnya ia adalah tertakluk
dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Responden berhujah bahawa tindakan yang diambil
dan mendakwa Pemohon adalah tindakan dibawah undang-undang jenayah syariah dan bukan
undang-undang sivil. Oleh yang demikian, Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa
untuk mendengar permohonan Semakan Kehakiman oleh Pemohon.

Jika ditelusuri had bidang kuasa Negeri untuk menggubal undang-undang negeri sebagaimana
yang diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan , kuasa negeri dinyatakan dibawah
Butiran 1, Senarai II Jadual 9 iaitu :-

“….perwujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut
agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk
dalam Senarai Persekutuan.”

Jelas berdasarkan Perlembagaan Persekutuan bidang kuasa negeri untuk menggubal undang-
undang terhadap kesalahan yang dilakukan oleh penganut agama Islam terhadap perintah
agama itu adalah tertakluk kepada senarai selain perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai
Persekutuan. Tun Abdul Hamid12 menyatakan bahawa kata-kata “undang jenayah Islam” tidak
langsung digunakan didalam Butiran 1 Senarai II Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Apa yang
dinyatakan adalah pecahan tiga syarat tersebut (i) Kesalahan yang dilakukan oleh orang yang
menganut agama Islam; (ii) Terhadap perintah agama itu; (ii) Kecuali berkenaan dengan perkara
yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.

Jika diteliti syarat-syarat tersebut, ianya secara spesifik menyatakan bahawa kesalahan
terhadap perintah agama Islam itu skopnya adalah terbatas kepada doktrin keagamaan sahaja.
Walaupun menurut Dr Shad Faruqi 13“Perintah agama itu” membawa maksud sebagai “ beliefs,
tenets, dogmas, principles, articles of faith, canons, maxims, rules, doctrines, and teachings of
Islam” yang mana skop definisinya lebih luas namun dari segi interpertasinya Tun Abdul Hamid
12
Tun Abdul Hamid Mohamad, Bidang Kuasa Persekutuan Dan Negeri Mengenai Undang-Undang Jenayah Di
Malaysia , Kertas Kerja Seminar ‘Memperkasakan Undang-Undang Jenayah Islam : Mendidik Ummat [2014]
13
Dr Shad Saleem Faruqi,“The Jurisdiction of State Authorities to Punish Offences against the precept of Islam : A
Constitutional Perspective”, http://www.malaysianbar.org.my/content/view/1847/27/, 28 September 2005
8
melihat “Perintah agama” itu lebih tertumpu kepada doktrin keagaamaan dan ritual sahaja.
Walau bagaimanapun sebenarnya agak sukar untuk menyempitkan skop mengenai doktrin
keagamaan ini jika dilihat dalam konteks sebenar Islam sebagai satu agama samawi yang
syumul. Wujudnya pengkelasan sempit doktrin keagamaan ini banyak berkait rapat dengan
latar belakang keadaan di semenanjung Tanah Melayu semasa penggubalan Perlembagaan
Persekutuan setelah berlakunya penjajahan British. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Salleh
Abas LP dalam Kes Che Omar Bin Che Soh Lwn PP 14 bahawa selepas kedatangan British dan
melalui beberapa siri perjanjian bermula dengan Perjanjian Pangkor atas nasihat British,
perkara hal ehwal agama Islam telah terbahagi dua dari aspek awam dan aspek peribadi.
Perkembangan agama Islam dari aspek awam telah menjadikan agama Islam hanyalah
sebahagian perkara sampingan terhadap kuasa dan kedaulatan sultan.

Salleh Abas LP didalam penghakiman kes ini juga membuat rujukan tulisan M.B Hooker, Islamic
Law in South East Asia, 1984 15 bahawa dengan pembentukan persekutuan negeri-negeri
melayu pada tahun 1895 telah membawa kepada kelemahan kuasa-kuasa sultan terutama
dalam aspek perkara awam, Islam telah menjadi sekadar simbol kuasa kedaulatan sahaja.
Perkara ini makin terserlah apabila hanya perkara-perkara mengenai undang-undang keluarga
dan harta pusaka yang dianggap hal peribadi kepada penganut agama Islam dan undang-
undang tersebut hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Akhirnya undang-undang Islam
menjadi terpinggir apabila British mula menerapkan elemen undang-undang British dan
pentadbiran sekular dalam pentadbiran Persekutuan Negeri-Negeri Melayu pada ketika itu.

Berdasarkan latar belakang tersebut jugalah Tun Abdul Hamid menyatakan bahawa hal-hal
agama yang terletak dibawah bidang kuasa negeri adalah terhad kepada undang-undang
keluarga. Di kebanyakan negeri pada ketika itu Mahkamah Syariah masih belum diwujudkan
dan hampir kesemua masyarakat di pedalaman adalah golongan melayu beragama Islam. Tiada
perpindahan penduduk ke merata-rata tempat dan hampir tiada isu perkahwinan campur yang
membawa kepada isu-isu kompleks seperti pertukaran agama seperti sekarang. Dalam keadaan
senario sebegitulah perlembagaan dan peruntukan mengenai undang-undang jenayah dan
kesalahan terhadap suruhan agama Islam digubal. Namun persoalan mengenai maksud
“perintah Islam” ini sebenarnya telah pun dibangkitkan dalam kes Sulaiman Takrib Lwn
Kerajaan Negeri Terengganu16 dimana Tan Sri Sheikh Ghazali B. Abdul Rahman dan Prof. Dr
Kamal Hassan memberikan definisi yang lebih luas terhadap makna “perintah agama Islam”.

14
“…When the British came, however, through a series of treaties with the Sultans beginning with the Treaty of
Pangkor and through the so-called British advice, the religion of Islam became separated into two separate aspects,
viz. the public aspect and the private aspect. The development of the public aspect of Islam had left the religion as
a mere adjunct to the ruler’s power and sovereignity.” [1988] 2 MLJ 55 (MA)
15
Che Omar Bin Che Soh V Public Prosecutor [1988] 2 MLJ pp 56
16
[2009] 6 MLJ 354 (MP)
9
Menurut dua pakar tersebut ianya merujuk ajaran atau perintah agama seperti yang termaktub
didalam Al-Quran dan As-Sunnah yang merangkumi aqidah, syariah dan akhlaq. Definisi ini
telah memberikan skop definisi yang lebih luas berbanding dengan pandangan Dr Razali
Nawawi dalam kes Nordin Bin Salleh Lwn Kerajaan Negeri Kelantan & Anor 17yang memberikan
pandangan bahawa “perintah agama Islam” itu hanya merangkumi lima rukun Islam iaitu
mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat fardu lima waktu, berpuasa pada bulan
Ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan haji.

Timbul persoalan disini samada penyempitan tafsiran undang-undang Islam yang terhad kepada
undang-undang keluarga, nikah kahwin dan harta pusaka sahaja sebenarnya adalah kesan nyata
daripada penjajahan British yang telah membuat satu perubahan perundangan secara tidak
langsung dengan memperkenalkan undang-undang British bagi memperkukuhkan pentadbiran
kolonial pada era penjajahan tersebut. Catatan sejarah menunjukkan bahawa Islam telah
tersebar ke Tanah Melayu seawal kurun ke 10, bahkan undang-undang Islam telah dipraktikkan
oleh kerajaan kesultanan Melaka pada kurun ke 15 dan bukti batu bersurat Terengganu
bertarikh pada tahun 1303 menunjukkan pengkanunan hukuman dibawah undang-undang
Islam seperti kesalahan zina dan tuduhan palsu telah pun direkodkan. Walaupun Dr Shad
Saleem Faruqi memberikan pandangan berbeza bahawa berdasarkan cadangan Kertas Putih
mengenai cadangan penggubalan perlembagaan 1957, bahawa pengisytiharan Islam sebagai
agama rasmi sebenarnya tidak mengubah apa-apa kedudukan Persekutuan sebagai “secular
state” yang disifatkan telah pun wujud pada ketika itu. Pandangan ini mengaitkan pengaruh
agama Hindu dan Buddha yang juga telah wujud sejak kurun ke 13 di Tanah Melayu yang
banyak mempengaruhi sosio budaya, tradisi dan agama yang dianuti pada masa itu.

Dr. Shamrahayu 18namun merumuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti sejarah, undang-


undang Islam atau undang-undang jenayah Islam secara spesifiknya telah diamalkan secara
meluas sebelum kedatangan British lagi. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa Islam dan
perundangan Islam secara eksklusifnya terletak dibawah kuasa mutlak pemerintah iaitu Sultan.
Oleh yang demikian, pandangan yang menyatakan bahawa penggubalan undang-undang negeri
terhadap kesalahan terhadap agama Islam berkait rapat dengan keadaan semasa pada waktu
itu sebenarnya bukanlah disebabkan fahaman agama Islam yang hanya berkisar kepada hal-hal
kekeluargaan , nikah kahwin dan harta pusaka sahaja tetapi ianya adalah kesan secara halus
penjajah British untuk menyempitkan keterpakaian undang-undang Islam dengan menjamin
hak dan kuasa Sultan diperingkat negeri untuk menjadi ketua agama dalam hal ehwal tersebut.
Hakikatnya pentadbiran undang-undang British diterapkan secara holistik dalam pentadbiran

17
[1993] 3 MLJ 344 (MA)
18
Dr Shamrahayu A.Aziz, “Islamic Criminal Law in the Malaysian Federal Structure: A Constitutional Perspective
[2007] 15 IIUMLJ 101
10
negeri-negeri bersekutu dan akhirnya menjadi asas kepada penggubalan Perlembagaan
Persekutuan. Kesannya dapat dilihat akhirnya undang-undang Islam menjadi terpinggir dan
eksklusif dalam hal-hal ritual dan kekeluargaan sahaja.

Berbalik kepada isu had bidang kuasa penggubalan undang-undang Islam antara Negeri dan
Persekutuan, Dr Shad Saleem Faruqi berpandangan bahawa bidang kuasa Negeri terhadap
agama Islam bukanlah kuasa secara eksklusif dan komprehensif. Senarai II mengesahkan
bahawa terdapat perkara mengenai undang-undang Islam yang tertakluk dibawah bidang kuasa
Persekutuan seperti Senarai 1 Perkara 4 dan Senarai 1 perkata 4(l). Perkara ini menunjukkan
bahawa bidang kuasa Negeri terhadap kesalahan undang-undang Islam adalah dibawah kuasa
Persekutuan dan ianya adalah “residual” dan bukan secara “inherent”. Namun, Dr Farid Sufian
19berpendapat satu pentafsiran berbeza perlu dibuat mengenai pengecualian ruang lingkup

perkara yang boleh diwujudkan kesalahan jenayah syariah melalui frasa “kecuali berkenaan
dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan”. Jika pentafsiran secara literal
diambil iaitu penggubal undang-undang negeri hanya mempunyai kompetensi untuk
menggubal perkara yang tidak termasuk dalam Senarai Persekutuan dan merujuk kepada
Butiran 4 Senarai Persekutuan 20yang menyatakan tentang undang-undang jenayah, maka
bermakna hampir tiada langsung kesalahan yang boleh digubal oleh Negeri kerana secara
harfiahnya apa-apa sahaja yang dijadikan kesalahan dan diberikan hukuman merupakan
jenayah yang tertakluk dibawah bidang kuasa Persekutuan.

Rasionalnya menurut Dr Farid Sufian, jika pentafsiran secara harmonis diambil dengan
mengesahkan secara jelas bidang kuasa Negeri dan Persekutuan ianya dapat mengelak
pelanggaran sempadan bidang kuasa antara Negeri dan Persekutuan dalam penggubalan
undang-undang dengan pendekatan berikut; Negeri harus ditafsirkan mempunyai kuasa untuk
menggubal kesalahan syariah dan Persekutuan kekal mempunyai kuasa menggubal kesalahan
umum. Walaupun pendekatan tafsiran tersebut seharusnya memberikan satu garis
pembahagian kuasa yang jelas antara Negeri dan Persekutuan, namun masih wujud pertindihan
kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan dalam kuasa Negeri dan Persekutuan. Tun Abdul
Hamid menyatakan contoh didalam enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri sekurang-
kurangnya terdapat dua kesalahan yang boleh dipersoalkan keesahannya iaitu kesalahan judi
21dan kesalahan liwat. Kedua-dua kesalahan tersebut sudah ada didalam undang-undang

Persekutuan22. Sesuatu kesalahan itu hanya boleh wujud dalam undang-undang Persekutuan
sebagai undang-undang jenayah ataupun dalam undang-undang negeri sebagai undang-undang

19
Dr. Farid Sufian Shuib,”Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Manusia Dalam Pentadbiran Keadilan Jenayah Syariah”
[2015] 27 KANUN (1) pp 37
20
Perlembagaan Persekutuan, Butiran 4, Senarai 1, Jadual 9
21
Seksyen 18 dan 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997
22
Common Gaming House Act 1953 dan Kanun Keseksaan Seksyen 377A
11
yang dibuat dibawah Senarai II Jadual 9. Ia tidak boleh wujud didalam kedua-dua undang-
undang Negeri dan undang-undang Persekutuan. Jika ianya wujud, salah satunya adalah tidak
sah dan terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan.

Isu kewujudan kesalahan yang sama didalam undang-undang Negeri dan Persekutuan juga
dibangkitkan didalam kes Berjaya Books Sdn Bhd. Pihak Pemohon telah berhujah bahawa
perkara mengenai penerbitan dan percetakan adalah dibawah bidang kuasa penggubalan
Persekutuan sebagaimana yang termaktub didalam Perkara 21 Senarai I Jadual 9 23dibaca
bersama dengan Perkara 7424. Dengan itu, keesahan Seksyen 13 Akta 559 yang
memperuntukkan kesalahan yang sama mengenai kesalahan penerbitan dan percetakan yang
bertentangan dengan hukum syarak adalah “Ultra Vires” kepada Akta 301 dan Perlembagaan
Persekutuan. Hakim Dato’ Zaleha bersetuju dengan hujah ini. Mahkamah juga memutuskan
bahawa kesalahan yang dinyatakan didalam Seksyen 13 Akta 559 tersebut adalah kesalahan
terhadap perintah agama Islam yang merupakan kesalahan terhadap doktrin keagamaan dan
bukan satu kesalahan jenayah sebagaimana peruntukan Akta 301. Persoalan yang ingin
dibangkitkan disini adakah kesalahan terhadap perintah agama Islam juga boleh menjadi satu
kesalahan jenayah syariah pada masa yang sama? Dan apabila ianya adalah satu kesalahan
jenayah syariah, maka bukankah sepatutnya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa
untuk mendengar kes ini? Walaubagaimanapun Mahkamah Tinggi membuat keputusan dengan
melihat isu pertindihan kesalahan yang sama mengenai penerbitan dan percetakan yang
termaktub dibawah kuasa Persekutuan dibawah Senarai I Jadual 9 menjadi satu alasan kukuh
untuk diputuskan oleh mahkamah dari sudut perlembagaan. Jika sekalipun kesalahan Seksyen
13 Akta 559 itu dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah syariah yang digubal selaras
dengan bidang kuasa Negeri sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak Responden, ianya masih
dan tetap melanggar pengecualian ruang lingkup “kecuali berkenaan dengan perkara yang
termasuk dalam Senarai Persekutuan” dalam konteks kes ini, Seksyen 13 Akta 559 telah
melanggar batasan bidang kuasa Persekutuan dibawah Perkara 21 Senarai I Jadual 9.

Pembahagian had kuasa penggubalan undang-undang Negeri dan Persekutuan ini telah
diputuskan sebelum ini dalam kes Mamat Bin Daud. Lwn Kerajaan Malaysia.25 Didalam kes ini
kesahihan Seksyen 298A26 Kanun Keseksaan telah dicabar kerana ianya digubal oleh Parlimen
terhadap perkara yang termaktub dibawah bidang kuasa Negeri iaitu Perkara 11 (4)27 dan
Butiran 1, Senarai II Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Didalam kes ini pihak Pempetisyen
telah didakwa dibawah Seksyen 289A kerana melakukan perbuatan yang boleh

23
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 21
24
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 74
25
[1988] 1 MLJ 119
26
Kanun Keseksaan, Seksyen 298A
27
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11 (4)
12
memprejudiskan keharmonian orang-orang yang beragama Islam iaitu bertindak menjadi
Imam, Bilal dan Khatib pada upacara sembahyang Jumaat tanpa perlantikan sah dibawah
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Terengganu 1955. Mahkamah Agung memutuskan
bahawa parlimen telah bertindak secara “Ultra Vires” dalam menggubal Seksyen 298A Kanun
Keseksaan tersebut.

Penentuan bidang kuasa Mahkamah Sivil untuk mendengar permohonan Semakan Kehakiman
dalam kes Berjaya Books Sdn Bhd adalah secara jelas berdasarkan perlanggaran bidang kuasa
Negeri yang telah menggubal satu undang-undang mengenai perkara yang berada dibawah
kuasa Persekuatuan sebagaimana yang termaktub dibawah perkara 21, Senarai 1 Jadual 9 dan
dimana satu undang-undang yang berkaitan telahpun digubal mengenai perkara tersebut iaitu
Akta 301. Mahkamah juga dalam kes ini memutuskan bahawa kesahihan Seksyen 13 Akta 559
adalah menjadi satu persoalan kerana dari sudut perlembagaan ianya menjadi “Ultra Vires”
kepada Akta 301 dan Perlembagaan Persekutuan.

Had Bidang kuasa Mahkamah Syariah Selepas Pindaan Perkara 121 (1A).

Pindaan kepada Perkara 121 Pelembagaan Persekutuan pada tahun 1988 dengan menambah
Perkara 121 (1A) 28seperti berikut:-

(1A) Mahkamah-mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa
berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.

Prof Ahmad Ibrahim29 menyatakan bahawa satu kesan yang sangat penting daripada pindaan
perlembagaan tersebut adalah untuk mengelakkan berlaku konflik diantara keputusan
Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sepertimana yang berlaku didalam beberapa kes iaitu
Myriam Lwn Ariff 30dimana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa ia mempunyai bidang
kuasa untuk membuat keputusan mengenai hak penjagaan anak walaupun kes tersebut telah
diputuskan oleh Kadhi Besar di Mahkamah Syariah. Begitu juga sebagaimana yang diputuskan
oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Commissioner For Religious Affair & Ors vs Tengku Mariam
31dimana Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan mengenai kesahihan wakaf yang dibuat

walaupun ianya telah diputuskan oleh Mufti sebelum itu bahawa ianya adalah wakaf yang sah.
Pindaan Perkara 121 (1A) ini juga bertujuan untuk mengangkat status Mahkamah Syariah
28
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 121 (1A)
29
Prof Ahmad Ibrahim,”The Amendment of Article 121 of The Federal Constitution : Its Effect on The
Administration of Islamic Law” [1989] 2 MLJ xvii
30
[1971] 3 LNS 1; [1971] 1 MLJ 265
31
[1969] 1 MLJ 110

13
supaya ianya tidak lagi dianggap sebagai mahkamah bawahan berbanding Mahkamah Sivil.
Perubahan struktur hierarki Mahkamah Syariah kepada tiga peringkat ; Mahkamah Rendah
Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah memperlihatkan usaha selari
penggubalan perlembagaan yang dibuat untuk memartabatkan perundangan syariah di
Malaysia.

Hasrat luhur yang tersirat bersama pindaan perlembagaan tersebut sebenarnya telah melalui
beberapa fasa perkembangan yang menarik hasil keputusan kes-kes mahkamah terhadap isu
pertindihan bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil ini. Dr. Nuarrual Hilal
dan Abdul Rani 32menyatakan bahawa satu masalah yang dihadapi oleh Mahkamah Syariah
dalam menentukan bidang kuasa yang dinyatakan dibawah Perkara 121 (1A) tersebut ialah
ketiadaan bidang kuasa disebabkan kegagalan Negeri untuk menyatakan dengan jelas dan
secara komprehensif perkara-perkara yang termaktub dibawah Senarai II Jadual 9. Sebagai
contohnya disesetengah negeri tiada peruntukan khusus yang menyatakan perkara berkenaan
murtad terletak dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ekoran daripada itu walaupun
perkara yang dipertikaikan itu melibatkan isu syariah tetapi mahkamah memutuskan bahawa
Mahkamah Syariah tidak boleh dianggap mempunyai bidang kuasa secara implikasi dengan
ketiadaan peruntukan khusus dalam enekmen negeri yang menyatakan secara khusus tentang
bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar kes tersebut. Hasil daripada keputusan-
keputusan Mahkamah memperlihatkan dua pendekatan yang diambil dalam menentukan
bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil iaitu “subject based approach” dan
“remedy based approach” atau “Pith and Subtance approach”. Pendekatan mahkamah dengan
melihat kepada “isu yang dipertikaikan” ini sebagai penentu bidang kuasa mahkamah yang
berkaitan telah diputuskan dalam kes Md Hakim Lee v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur33, Soon Singh a/l Bikar Singh v Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)
Kedah & Anor34, Shaikh Zolkaffily Bin Shaikh Natar & Ors v Religious Council of Penang 35, Latifah
Binti Mat Zin v Rosmawati Bt Sharibun & Anor36, Sulaiman Takrib v Kerajaan Negeri Terengganu
(Kerajaan Malaysia , Intervener) 37dan yang terbaru kes Mahkamah Persekutuan Hj Raimi
Abdullah v Siti Hasnah Vangarama Abdullah and Anor Appeal 38. Kesemua kes-kes yang
dinyatakan bersetuju bahawa dalam menentukan bidang kuasa Mahkamah Syariah ialah

32
Nuarrual Hilal Md Dahlan & Abdul Rani Kamaruddin,”Civil Jurisdiction of Syariah Court in Malaysia-Should it be
Expressed or Implied?: A Reflection [2005] , Seminar Kebangsaan PPSPP Ke 2.
33
[1998] 1 MLJ 681
34
[1999] 1 MLJ 489
35
[2003] 3 CLJ 231
36
[2007] 5 CLJ 253 FC
37
[2009] 6 MLJ 354 MP
38
[2014] 1 SHR 89 FC
14
berdasarkan “subject matter” yang dipertikaikan samada ianya melibatkan isu syariah atau
tidak. Manakala beberapa kes lain pula mahkamah cenderung untuk menggunakan pendekatan
secara “Pith and Subtance” dan “remedy approach” iaitu dengan melihat kepada isu sebenar
yang dipertikaikan bukan bersandarkan “subject matter” samada ianya mengenai isu syariah
ataupun bukan isu syariah semata-mata. Dalam Kes Ng Wan Chan v Majlis Ugama Islam
Wilayah Persekutuan & Anor39, Lim Chan Seng v Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang
40, Barkath Ali Bin Abu Backer v Anwar Kabir Bin Abu Backer & Ors 41, In the Estate of Tunku

Abdul Rahman Putra Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid42 , Dato’ Kadar Shah Tun Sulaiman lwn
Datin Fauziah Haron43, mahkamah telah melihat kepada “pith and Subtance” dalam
menentukan samada Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil yang mempunyai bidang kuasa
untuk mendengar kes tersebut dan dalam banyak kes tersebut walaupun ianya melibatkan
“subject matter” syariah namun tidak semestinya ianya berada dibawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah. Walaupun “subject matter” tersebut tersenarai dalam senarai II ianya tidak
terus bererti bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa mengenainya. Badan
Perundangan Negeri perlu terlebih dahulu membuat undang-undang memberikan kuasa
mengenai perkara itu kepada Mahkamah Syariah. Mahkamah Sivil masih mempunyai bidang
kuasa dengan menggunakan pendekatan “remedy approach” dan melihat kepada penyelesaian
kepada isu yang dipertikaikan untuk memutuskan kes-kes tersebut. Dalam kes Berjaya Books
Sdn Bhd, telah dihujahkan bahawa Seksyen 13 Akta 559 adalah selaras dengan kuasa negeri
sebagaimana yang termaktub dibawah Butiran 1 Senarai II Jadual 9 dibaca bersama dengan
Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan dan tindakan Resposden membuat serbuan, rampasan
penerbitan yang bertentangan dengan hukum syarak adalah berdasarkan bidang kuasa Negeri
dan dengan itu Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa bukannya Mahkamah Sivil.
Manakala pihak Pemohon berhujah bahawa tindakan Responden dibawah Seksyen 13 Akta 559
tidak semestinya membolehkan bidang kuasa Mahkamah Syariah terpakai secara langsung
sedangkan di peringkat Persekutuan wujud kesalahan yang sama dibawah Seksyen 7 Akta 301
yang mana ianya jelas termaktub dibawah kuasa Persekutuan dibawah Perkara 21 Senarai 1
Jadual 9. Telah dihujahkan juga bahawa kesalahan yang dinyatakan didalam Seksyen 13 Akta
559 tersebut adalah kesalahan terhadap perintah agama Islam dan bukan satu kesalahan
jenayah. Mahkamah Tinggi bersetuju dengan hujah pihak Pemohon dalam isu bidang kuasa ini
dan menyatakan bahawa Mahkamah Sivil mempunyai kuasa pemantauan “Supervisory Power”
untuk mendengar kes ini yang mana menurut mahkamah perlu diputuskan secara “ Pith and

39
[1991] 3 MLJ 487
40
[1996] 3 CLJ 231
41
[1997] 4 MLJ 389
42
[1998] 4 MLJ 623
43
[2008] 7 MLJ 779 MT
15
Subtance” dengan melihat isu yang lebih signifikan dengan maksud dan tujuan permohonan
Semakan Kehakiman oleh pihak Pemohon.

Isu penentuan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sebenarnya
memperlihatkan kecenderungan mahkamah membuat interpretasi terhadap pindaan Perkara
121 (1A) dan sejauh mana ia memberi kesan dalam setiap keputusan mahkamah. Mohammed
Imam44 menyatakan bahawa aspirasi sebenar yang membawa kepada titik permulaan
pengiktirafan mahkamah Syariah setelah masyarakat melayu melihat keperluan kehidupan
mereka dalam konteks agama perlu diadili melalui perundangan hukum syarak, sesuatu perkara
yang sudah lama dinafikan dan dipinggirkan melalui perkembangan sejarah sejak penjajahan
British dimana kuasa raja-raja juga seolah-olah disempitkan kepada hal ehwal agama Islam yang
terhad sahaja. Perkembangan ini sebenarnya telah merencat pengaruh undang-undang Islam
pada ketika itu. Merujuk kepada obiter oleh Thorne J dalam kes Ramah Binti Ta’at Lwn Laton
Binti Malim Sutan 45 dimana Hakim menyatakan bahawa samada Mahkamah Agung adalah
merupakan tribunal yang betul untuk menentukan kes-kes perkara agama Islam, sekiranya
sebuah mahkamah khas sepatutnya dapat ditubuhkan dibawah kuasa Sultan untuk mendengar
kes tersebut yang mana bidang kuasa Mahkamah Sivil dapat dikecualikan dengan kewujudan
Enakmen tersebut.

Pindaan Perkara 121 (1A) sebenarnya adalah reflektif kepada kesedaran masyarakat Islam dan
dibantu oleh buah fikiran golongan pengamal undang-undang dan intelektual seperti
Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim yang melihat betapa pentingnya pewujudan sempadan
bidang kuasa diantara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil untuk memberikan ruang dan
kuasa kepada Mahkamah Syariah berdiri sebagai sebuah mahkamah yang setara dengan
Mahkamah Sivil dari sudut Pelembagaan. Namun secara realitinya aspirasi dan hasrat disebalik
pindaan Perkara 121 (1A) sebenarnya tidak direalisasikan secara total melalui banyak
keputusan-keputusan mahkamah. Mahkamah Rayuan dalam kes Siti Hasnah Vangarama
Abdullah lwn Tun Dr Mahathir Mohamad & Ors 46misalnya memutuskan bahawa bidang kuasa
mahkamah sivil tidak terlucut secara automatik walaupun isu pertikaian yang dibawa
mempunyai elemen undang-undang Islam dan ianya bukanlah niat pindaan Perkara 121 (1A)
(untuk menjadikan isu pertikaian yang melibatkan elemen Islam sebagai penentu bidang kuasa).

44
Mohammed Imam,”Syariah/Civil Courts ‘ Jurisdiction in the Matters of Hukum Syara : A Persisting Dichotomy
[1995] 1 CLJ lxxxi (Jan)
45
[1927] 6 FMSLR 128 “Whether or not the Supreme Court is the proper tribunal for dealing with these cases, and
whether it would not be more consonant with the views of those professing the Mohamedan religion that His
Highness the Sultan-in-Council in each State should establish special Courts for dealing with these cases with an
appeal to His Highness the Sultan-in-Council in each case; of course the jurisdiction of the Supreme Court and of the
Court of Appeal would properly be excluded by such Enactment”.

46
[2012] 7 CLJ 845 CA
16
Mahkamah berpendapat bahawa hanya isu pertikaian yang berada secara eksklusif dibawah
bidang kuasa mahkamah syariah sahaja yang memberi efek kepada pengecualian bidang kuasa
mahkamah sivil. Malah dicta yang lebih berani juga diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam
kes Dato’ Kadar Shah yang menyatakan bahawa kedudukan Mahkamah Sivil adalah lebih tinggi
status dan kuasanya dibawah Court of Judicature Act 1964 berbanding Mahkamah Syariah yang
hanya mahkamah peringkat negeri yang diwujudkan dibawah kuasa Negeri sahaja. Sentimen
yang sama juga diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdul Kahar Ahmad lwn
Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; Kerajaan Malaysia & Anor (Interveners) 47yang
menyatakan bahawa bukanlah interpertasi perlembagaan dibawah Perkara 121 (1A) untuk
mengesahkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan mengecualikan bidang kuasa
Mahkamah Sivil. Pandangan Gopal Sri Ram JCA dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja
lwn Ketua Pengarah Penjara Malaysia & Anor48 mengesahkan lagi interpretasi sama kesan
pindaan Perkara 121 (1A) tersebut. Y.A Hakim mengatakan bahawa bidang kuasa Mahkamah
Syariah tersebut merujuk kepada bidang kuasa eksklusifnya. Sekiranya seseorang individu
Muslim melakukan kesalahan yang ujud dalam kedua-dua undang-undang negeri dan Kanun
Keseksaan misalnya, maka Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa. Hanya kesalahan
eksklusif dibawah enakmen Negeri sahaja yang mana Mahkamah Syariah mempunyai bidang
kuasa eksklusif. Y.A Hakim memberikan contoh kesalahan zina bagi orang Islam yang menjadi
kesalahan dibawah enekmen Negeri maka pesalah tersebut boleh dibicarakan di Mahkamah
Syariah. Sejauh manakah kebenaran interpretasi ini berdasarkan aspirasi sebenar penggubalan
pindaan Perkara 121 (1A)? Dr Farid Sufian menyanggah interpretasi ini terutama pandangan
Gopal Sri Ram JCA yang disifatkan beliau adalah penghakiman yang tidak tepat kerana tiada
dinyatakan didalam Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan bahawa Mahkamah Syariah
perlu mempunyai bidang kuasa eksklusif. Objektif penggubalan Perkara 121 (1A) adalah untuk
memberikan bidang kuasa eksklusif kepada Mahkamah Syariah, maka sekiranya Mahkamah
Syariah sememangnya mempunyai bidang kuasa eksklusif, apa perlu lagi Perkara 121 (1A).
Namun perkembangan mutakhir menampakkan beberapa keputusan mahkamah yang
cenderung dan bersetuju dengan pendekatan isu pertikaian atau “subject matter approach”
dalam menentukan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Mahkamah Persekutuan dalam kes Hj
Raimi Abdullah lwn Siti Hasnah Vangarama Abdullah & Anor Appeal telah mengenepikan
keputusan Mahkamah Rayuan kes yang sama Siti Hasnah Vangarama Binti Abdullah lwn Tun Dr
Mahathir Bin Mohamad (PERKIM) & Ors yang mana isu mengenai samada kesahihan penukaran
agama kepada agama Islam adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Tun Arifin
Zakaria J dalam penghakiman beliau memutuskan antara lain:-

47
[2008] 4 CLJ 309 FC
48
[1999] 1 CLJ 481
17
(1) Perkara 121A Perlembagaan Persekutuan (“Perlembagaan”) jelas memperuntukkan
bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan apa-apa perkara
yang terangkum dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Perkara-perkara yang
termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah seperti yang diperuntukkan di
bawah Per. 74 Perlembagaan, antara lain, perkara-perkara yang terangkum dalam
Senarai Negeri dalam Jadual Sembilan yang adalah undang-undang Islam, peribadi dan
undang-undang keluarga bagi seseorang yang beragama Islam.

(2) Adalah undang-undang matan bahawa persoalan samada seseorang beragama Islam
atau tidak merupakan perkara yang terangkum dalam bidang kuasa eksklusif
Mahkamah Syariah. Adalah tidak wajar sama sekali bagi mahkamah sivil, yang tidak
mempunyai bidang kuasa berikutan Perkara 121A, untuk menentukan kesahan
kemasukan seseorang kedalam agama Islam kerana ia adalah secara ketat isu
keagamaan. Oleh itu, persoalan mengenai kemasukan Islam oleh Plaintif dalam tahun
1983 terangkum dalam bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.

Penghakiman kes ini memberikan skop yang jelas terhadap efek pindaan Perkara 121 (1A)
dalam menentukan bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah dan sepatutnya apabila
melibatkan sesuatu isu pertikaian yang melibatkan isu keagamaan seperti kes ini, pendekatan
“subject matter approach” haruslah diikuti dan terikat. Namun begitu masih terdapat
kesamaran apabila sesuatu kesalahan itu wujud dalam kedua-dua undang-undang Negeri dan
Persekutuan sebagaimana dalam kes Sukma Darmawan yang menampakkan konflik antara
Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan kesalahan liwat dibawah enakmen jenayah syariah. Isu
penentuan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil menjadi semakin rumit
apabila polemik mengenai perlaksanaan hukum hudud dari kaca mata perlembagaan yang juga
melibatkan pembahagian kesalahan-kesalahan jenayah yang wujud dalam kedua-dua enekmen
Negeri dan Persekutuan. Dalam hal ini, Tun Abdul Hamid memberikan pandangan apabila
terdapat kesalahan yang serupa dalam Enakmen jenayah syariah dan Kanun Keseksaan,
mahkamah perlu melihat samada kesalahan itu terletak di bawah bidang kuasa Negeri atau
Persekutuan dengan merujuk balik kepada Perlembagaan. Jika kesalahan itu termasuk dibawah
kesalahan yang diperuntukkan oleh Senarai II Jadual 9, maka undang-undang negeri itu sah dan
mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa keatasnya. Jika kesalahan itu terletak di luar
Senarai II Jadual 9, maka undang-undang Persekutuan adalah sah dan mahkamah sivil
mempunyai bidang kuasa keatasnya.

18
Pandangan Dr Farid Sufian49 juga boleh dijadikan panduan dalam mentafsir maksud perkara-
perkara yang berada dibawah bidang kuasa Negeri iaitu Senarai II Jadual 9. Dalam mentafsir
maksud Senarai II tersebut ianya perlu dilihat kepada bahasa dan maksudnya. Senarai II adalah
tertakluk kepada Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kuasa Negeri untuk
menggubal undang-undang mengenai perkara dibawah Senarai II. Pandangan yang perlu
diambil disini ialah sekiranya bahasa yang digunakan didalam Senarai II tersebut melebihi
“prima facie” maksud yang dinyatakan didalam Perkara 74, maksud dalam Senarai II tersebut
tidak sepatutnya dihadkan kepada perkara 74 sahaja50. Dengan kata lain, Senarai-Senarai dalam
Jadual 9 Perlembagaan adalah sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan dan ianya harus
ditafsirkan mengikut kehendak bahasa yang digunakan iaitu samada bermaksud “declarative”
ataupun “imperative”. Sekiranya maksud bahasa yang digunakan untuk mentafsirkan bahawa
bidang kuasa mahkamah syariah adalah terkecuali bagi kes-kes jenayah yang dilakukan oleh
orang bukan Islam, maka standard dan maksud bahasa yang sama juga boleh digunakan untuk
mentafsirkan kewujudan bidang kuasa Mahkamah Syariah sebaliknya. Mahkamah Persekutuan
dalam kes Majlis Ugama Islam Pulau Pinang & Seberang Perai lwn Shaikh Zolkaffily Bin Shaikh
Natar & Ors51 memperlihatkan pendekatan yang terbaik dalam menentukan bidang kuasa
Mahkamah Syariah. Mahkamah telah memilih pendekatan yang lebih luas dalam menentukan
persoalan samada Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhadap perkara yang
dinyatakan dalam Butiran 1 Senarai II tetapi tidak dinyatakan secara “express” atau “implied”
dalam enekmen Negeri iaitu dengan mengambil kira “purposive approach” dibawah Akta
Interpretasi 1948 dan 1967 untuk mengesahkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Sebagai
ulasan kepada penghakiman kes tersebut, Dr Farid Sufian 52mencadangkan bagi mengesahkan
lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah, satu klausa umum perlu dipinda dan dimasukkan kedalam
Enekmen Pentadbiran Agama Islam seperti berikut :- For the avoidance of doubt, the Syariah
Court shall have jurisdiction over matters stated in Item 1 of the State List.

Isu mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah telah juga dibangkitkan dalam kes Berjaya Books
Sdn Bhd dimana pihak Reponden telah menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi yang membenarkan permohonan Semakan Kehakiman pihak Pemohon. Namun isu
mengenai bidang kuasa ini ditolak oleh Mahkamah Rayuan atas alasan kegagalan pihak
Responden untuk menfailkan Notis Rayuan terhadap isu bidang kuasa mahkamah sivil yang
memutuskan bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa dan “supervisory power” untuk

49
Dr. Farid Sufian Shuib “Constitutional Restatement Of Parallel Jurisdiction Between Civil Courts and Syariah
Courts In Malaysia ; Twenty Years on (1988-2008) [2008] 5 MLJ xxxiii
50
Dr Farid Sufian Shuib “Powers and Jurisdiction of Syariah Court in Malaysia” 2 nd Edition, Lexis Nexis Petaling
Jaya,hlm. 84-85.
51
[2003] 3 CLJ 289
52
Dr Farid Sufian Shuib “Strengthening Administrative Institutions Of Islamic Law in Malaysia [2008] Jurnal Syariah,
Jil 16, Keluaran Khas 443-464
19
mendengar permohonan Semakan Kehakiman ini. Mahkamah bersetuju bahawa prinsip Res
Judicata terpakai dan pihak Responden terhalang atau “estopped” daripada membawa kembali
isu bidang kuasa ini ke Mahkamah Rayuan. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian dalam
kes ini ialah Mahkamah Rayuan telah membuat perbezaan antara permohonan Semakan
Kehakiman dan Permohonan Rayuan terhadap keputusan Mahkamah. Mahkamah telah
merujuk kepada tafsiran Lord Roskil dalam kes Chief Constable of the North West Police v Evans
53“ is not an appeal from a decision, but a review of the manner in which the decision was

made.” Oleh itu fokus alasan penghakiman Mahkamah Rayuan adalah terhadap cara bagaimana
keputusan telah dibuat oleh mahkamah. Pendekatan secara”pith and substance” terhadap isu
yang dibawa dan pelanggaran Responden terhadap hak-hak Pemohon sebagaimana yang
diperuntukkan dibawah Perlembagaan Persekutuan menjadi antara alasan kewujudan bidang
kuasa mahkamah sivil untuk mendengar permohonan Semakan Kehakiman ini.

Pendakwaan Terhadap Orang Bukan Islam

Butiran 1 Senarai II Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan dalam konteks bidangkuasa jenayah


Mahkamah Syariah menyatakan “hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya keatas orang
yang menganut agama Islam”. Oleh itu dari sudut pelembagaan, pendakwaan keatas orang
bukan Islam di Mahkamah Syariah atas kesalahan jenayah syariah adalah bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan. Pengecualian pendakwaan keatas orang bukan Islam adalah selari
dengan prinsip agama Islam itu sendiri dimana Islam tidak boleh memaksa orang bukan Islam
yang berada dibawah pemerintahan Islam untuk mengikat keterpakaian undang-undang Islam
keatas mereka. Dalam sejarah Islam, pengecualian ini disyaratkan kepada orang bukan Islam
tersebut yang dikategorikan sebagai Zimmi untuk membayar Jizyah. Dr Saleh Al-Aayed
54merujuk kepada pandangan Abul A’la Al-Maududi 55yang menyatakan dalam kes jenayah ,

hukamak Islam akan mengadili kes yang melibatkan orang bukan Islam terhadap kesalahan
yang dikira berdosa mengikut agama mereka seperti mencuri tetapi bagi perbuatan yang tidak
dianggap berdosa mengikut agama mereka seperti makan babi dan minum arak ianya
dikecualikan daripada sabitan kesalahan mengikut undang-undang Islam. Ini bertepatan dengan
praktis pada zaman Nabi Muhamad S.A.W ketika baginda mengadakan Piagam Madinah dimana
Baginda membenarkan kabilah bukan Islam untuk merujuk kepada agama dan kepercayaan
masing-masing dalam menghukum perkara-perkara berkaitan dengan kepercayaan mereka.
Mereka juga boleh merujuk kepada Baginda untuk mengadili kes mereka dan Islam

53
[1982] 1 WLR 1155,1174
54
Dr Saleh Al-Aayed, ‘The Rights of Non-Muslim (part 7 of 13) : The Right to Follow Their Religious Law,
www.islamreligion/articles/374/viewall/, published on 25 Jul 2006
55
Maududi, Abul ‘Ala, “The Rights of The People of Covenant in The Islamic State, P.20-21
20
membenarkan sebagaimana ayat Al-Quran 5 :42 56. Hassan Al-Basri 57juga menyatakan
pandangan yang sama mengenai kebebasan orang bukan Islam untuk mempraktikkan
kepercayaan agama mereka ketika mana beliau ditanya oleh Khalifah Umar Abdul Aziz tentang
perkara ini. Malah Islam amat menjaga hak-hak keadilan orang bukan Islam sebagaimana yang
dinyatakan didalam Al-Quran. Islam membenarkan mereka untuk dibicarakan mengikut agama
dan undang-undang mereka dan sekiranya mereka memilih untuk membawa kes mengikut
undang-undang Islam juga tidak dihalang. Sejarah mengenai kes kehilangan baju besi seorang
sahabat nabi bernama Qatadah yang dicuri oleh Ta’ima dan disimpan dirumah seorang yahudi
bernama Zayed adalah contoh penting prinsip keadilan yang diangkat didalam Islam. Kes ini
menjadi asbab al-nuzul penurunan ayat Al-Quran 4:105-109 58yang memberikan panduan
kepada Nabi Muhammad semasa penghukuman kes ini dijatuhkan.

Dalam konteks perlembagaan Malaysia, hak bukan Islam adalah terjamin bahawa mereka tidak
boleh didakwa diatas kesalahan jenayah undang-undang Islam. Namun persoalan yang timbul
pula adakah orang bukan Islam tidak boleh memohon remedi dibawah undang-undang Islam
sebagai contohnya dalam kes penukaran agama salah seorang pasangan berkahwin kepada
agama Islam. Kes Kaliammal a/p Sinnasamy Lwn Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan & Ors 59adalah satu contoh dimana bidang kuasa mahkamah syariah terpakai
dalam menentukan status keislaman si mati. Dalam kes ini mayat M. Moorthy atau nama
Islamnya Mohamad Abdullah telah menjadi perebutan diantara balunya dan Majlis Agama
Islam Wilayah Persekutuan apabila simati tidak pernah memaklumkan keislaman beliau kepada
keluarganya. Keputusan mahkamah ini mengesahkan pentafsiran perlembagaan bahawa dalam
menentukan bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah berkenaan “subject matter” dan pihak-
pihak yang terlibat boleh terdiri dari kalangan orang bukan Islam juga. Dr Farid Sufian
mengkategorikan tiga jenis kes-kes yang menjadi isu apabila melibatkan pihak bukan Islam iaitu,
pertamanya persoalan yang melibatkan status agama Islam simati, keduanya persoalan
kemurtadan seseorang muslim dan ketiganya apabila salah seorang pasangan bukan Islam dari
perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam60. Telah diputuskan bahawa orang bukan Islam
boleh memberikan keterangan dalam prosiding Mahkamah Syariah sebagaimana kes Nyonya

56
Al-Maidah :42
57
Hassan Al-Basri adalah seorang ulama’ terkemuka daripada generasi kedua sahabat Nabi SAW. Dilahirkan di
Madinah pada 642 CE. Dibesarkan di Basra, Iraq dan semasa hayat beliau sempat berjumpa dengan ramai Sahabat
Nabi dan meriwayatkan banyak hadith. Ibunya Ummu Salamah adalah isteri kepada Nabi SAW. Beliau meninggal di
Basra pada 728 CE ketika berumur 88.
58
Al-Nisa’ :105-109
59
[2006] 1 MLJ 685
60
Dr Farid Sufian Shuib “Powers and Jurisdiction of Syariah Court in Malaysia” 2nd Edition, Lexis Nexis Petaling
Jaya,hlm. 144.
21
Tahir 61dimana Mahkamah Syariah menerima keterangan bukan Islam dalam menentukan
status keislaman si mati. Dr Zulkfakar 62menyatakan bahawa keterangan yang diberikan oleh
saksi bukan Islam adalah sebagai Bayyinah dan bukannya Shahadah iaitu keterangan lisan yang
dibuat oleh saksi-saksi yang tidak memenuhi syarat sebagai seorang saksi untuk memberikan
kesaksian seperti yang diperuntukkan dibawah Seksyen 83(3) dan 83 (2) Akta 56163. Malah
dalam kes-kes mal seperti hibah, wasiat dan penjagaan anak, Iqrar seorang bukan Islam adalah
diterima di Mahkamah Syariah dan mempunyai kuasa perundangan iaitu pengakuan itu akan
mengikat dirinya. Mahkamah Syariah juga boleh memerintahkan saksi bukan Islam untuk hadir
memberikan keterangan atau dengan kata lainnya boleh dipaksa untuk hadir memberikan
keterangan.

Satu lagi isu yang melibatkan orang bukan Islam adalah samada penggubal undang-undang
Negeri boleh mewujudkan kesalahan yang merangkumi orang bukan Islam dan sekiranya orang
Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah, adakah mereka boleh disoal siasat untuk
membantu siasatan penguatkuasa syariah? Pandangan yang lebih tepat ialah walaupun orang
bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah, namun tidak bermakna penggubal
undang-undang negeri tidak boleh mewujudkan kesalahan yang merangkumi orang bukan
Islam. Contoh jelas adalah Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2003 (Negeri
Terengganu) dan Enekmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di kalangan Orang
Islam) 1988 (Negeri Selangor). Enakmen-enakmen tersebut mewujudkan kesalahan berkaitan
dengan syariah dan pentadbiran agama Islam dan orang bukan Islam juga boleh didakwa di
Mahkamah Sivil terhadap kesalahan tersebut. Persoalan samada orang bukan Islam boleh
dipanggil untuk disoal siasat telah dibangkitkan juga dalam kes Berjaya Books Sdn Bhd dimana
pegawai JAWI (Responden) telah menyoal kakitangan beragama Islam dan bukan Islam di
premis serbuan dan mengarahkan mereka untuk hadir di pejabat Responden untuk siasatan
lanjut. Salah satu alasan permohonan Semakan Kehakiman oleh pemohon dalam kes ini ialah
tindakan Responden mengadakan operasi serbuan di kedai buku tersebut dan menyoal siasat
kakitangan bukan Islam adalah melebihi kuasa dan tidak rasional. Walaupun mahkamah
bersetuju bahawa tindakan Responden dibawah Seksyen 13 Akta 559 adalah melebihi kuasa
dan tidak sah terhadap orang bukan Islam dan tidak terpakai kepada sebuah syarikat iaitu
Berjaya Books Sdn Bhd , namun mahkamah tidak membuat pemisahan antara bidang kuasa
Mahkamah Syariah dan bidang kuasa penguatkuasa negeri. Dr Farid Sufian menyatakan bahawa
ketiadaan bidang kuasa terhadap bukan Islam dalam kesalahan syariah tidak bermakna tiada

61
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban [2006] JH 221
62
Dr Zulfakar Ramlee Saad,” Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Kehakiman Syariah: Bukan Islam
Sebagai Saksi di Mahkamah Syariah Malaysia”, Kertas Kertas di Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di
Malaysia, 23-24 Disember 2009
63
Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997
22
juga kuasa pihak Penguatkuasa negeri untuk menguatkuasakan kesalahan tersebut. Analogi
yang diambil ialah bagaimana pihak polis masih mempunyai kuasa untuk membantu
penguatkuasa agama dalam kes-kes khalwat sedangkan pihak polis tiada kuasa untuk membuat
operasi terhadap kesalahan undang-undang jenayah syariah. Mahkamah Rayuan 64dalam kes
Berjaya Books Sdn Bhd juga telah membuat satu intrepretasi sempit terhadap isu bidang kuasa
Mahkamah Syariah terhadap bukan Islam. Mah Weng Kwai J memutuskan bahawa bukan Islam
tidak boleh didakwa di bawah enakmen syariah, malah bukan muslim juga tidak boleh
diarahkan untuk hadir ke Mahkamah Syariah disebabkan ketiadaan bidang kuasa Mahkamah
Syariah terhadap orang bukan Islam.

Jelas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut adalah berdasarkan tafsiran secara literal
Perlembagaan Persekutuan dan gagal untuk melihat kepada perspektif yang lebih luas bidang
kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan keputusan mahkamah sebelum ini. Jika tafsiran sempit
ini digunapakai, maka Mahkamah Syariah dalam kes Nyonya Tahir sepatutnya tidak menerima
keterangan pihak pemohon kerana keterangan bukan Islam (dalam kes ini anak simati) tidak
boleh diterima pakai disebabkan ketiadaan bidang kuasa Mahkamah Syariah terhadap bukan
Islam. Boleh dikatakan juga bahawa pemahaman bahawa Mahkamah Syariah adalah
merupakan mahkamah keagamaan masih lagi menebal dikalangan hakim Mahkamah Sivil yang
bukan beragama Islam malah juga yang beragama Islam telah membawa kepada anutan
pentafsiran sempit ini. Pentafsiran undang-undang Islam yang tidak hanya terikat kepada
dogma dan ritual semata-mata malah mencakupi aspek dan ruang lingkup yang lebih luas
adalah kunci kepada pemahaman konsep Islam itu sendiri sebagai sebuah agama yang
berpaksikan keadilan sejagat tanpa mengira perbezaan agama dan kepercayaan.

Penguatkuasaan dan Pendakwaan Kesalahan Jenayah Syariah

Mahkamah Tinggi dalam kes Berjaya Books Sdn Bhd telah memutuskan bahawa semasa
serbuan dan rampasan penerbitan buku tersebut dibuat, tiada sebarang perintah larangan atau
“Prohibitory Order” dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri “KDN” yang menghalang
penerbitan, penjualan dan pengedaran buku tersebut. Perintah KDN hanya dikeluarkan selepas
tujuh hari serbuan dilakukan. Mahkamah berpendapat Seksyen 13 Akta 559 harus dibaca selari

64
Rayuan Sivil No : W-01-143-04/2013, Per Mah Weng Kwai J :“The 2nd Respondent who is non-Muslim cannot be subject
to and/or be the subject of enforcement actions by the 1st Appellant under the Syariah Criminal Procedure (Federal Territory) Act
1997 as the SCO Act applies to Muslim only, as defined in the Administration of Islamic Law (Federal Terrritories) Act 1993. By
virtue of Item 1 of the State List of the Ninth Schedule of the Constitution it is beyond doubt that non-Muslim cannot be
subjected to Islamic Law. They cannot compelled to appear before the Syariah Court. Even if they consent, the Syariah Court has
no jurisdiction over them. Jurisdiction is a matter of law, not of consent, acquience or convenience..”

23
dengan Perkara 7 Perlembagaan Persekutuan 65yang menyatakan bahawa tiada seorangpun
boleh dihukum untuk sesuatu perbuatan yang belum menjadi kesalahan semasa perbuatan
tersebut dilakukan. Mahkamah juga memutuskan bahawa Akta 559 hanya memperuntukkan
kesalahan terhadap penerbitan dan pengedaran buku yang bertentangan dengan hukum
syarak, tetapi tidak memperuntukkan kuasa kepada penguatkuasa Negeri untuk menghalang
sesuatu penerbitan tersebut. Oleh yang demikian, untuk menjadikan penguatkuasaan
kesalahan tersebut selari dengan peruntukan perlembagaan , maka Seksyen 7 Akta 301 perlu
dipatuhi terlebih dahulu dengan pengeluaran perintah atau notis kepada awam dan disusuli
dengan penguatkuasaan oleh penguatkuasa Negeri. Mahkamah Rayuan juga telah bersetuju
dengan hujah Responden mengenai “pith and substance” dalam kes ini adalah mengenai
pelanggaran Perayu terhadap perkara fundamental dan hak-hak Responden dari sudut
perlembagaan yang mana Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa pemantau “supervisory role”
untuk mentafsirkan secara harmonis peruntukan undang-undang antara Mahkamah Sivil dan
Mahkamah Syariah. Berdasarkan pemerhatian, kes Berjaya Books Sdn Bhd memperlihatkan
kekurangan pemahaman oleh pihak penguatkuasa Negeri mengenai undang-undang yang ingin
dikuatkuasakan. Siti Zubaidah 66menyatakan kekurangan kemahiran hands-on dan pembacaan
tiga undang-undang serangkai iaitu kesalahan jenayah syariah, tatacara dan keterangan oleh
kebanyakan pegawai penguatkuasa menyebabkan kredililiti badan penguatkuasaan Negeri
menjadi sasaran kritikan masyarakat. Lanjutan daripada banyak kes-kes serbuan yang
mendapat perhatian masyarakat mengenai ketidak seragaman dan tindakan professional
pegawai penguatkuasa, maka satu garis panduan atau “Standard Operating Procedure” telah
dikeluarkan pada tahun 2007 iaitu Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007
(Garis Panduan Penguatkuasaan Undang-Undang Jenayah Syariah). Garis Panduan ini sedikit
sebanyak dapat membantu memberikan panduan kepada para penguatkuasa agama dalam
menjalankan operasi dan penguatkuasaan undang-undang. Yang menjadi persoalan disini,
sejauh mana garis panduan yang dikeluarkan itu dipatuhi dan diikuti dan sejauhmana pula
pemahaman terhadap garis panduan tersebut oleh badan penguatkuasa negeri. Siti Zubaidah
memberikan komennya bahawa kebanyakan pegawai penguatkuasa agama mempunyai latar
belakang dan tahap pendidikan yang berbeza-beza sedangkan dalam konteks perlaksanaan
undang-undang jenayah syariah dan sistem keadilannya segala penguatkuasaan dan
pendakwaan adalah berpandukan akta dan enakmen tatacara jenayah syariah. Ianya menuntut
pemahaman yang jitu berkaitan kehendak undang-undang yang ingin dikuatkuasakan kerana
ianya merupakan perkara asas dalam menjalankan tugas harian. Antara sebab inilah kenapa

65
Perlembagaan Persekutuan , Perkara 7
66
Siti Zubaidah Ismail “Dasar Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Jenayah Syariah Di Malaysia : Satu Analisis, [2008]
Jurnal Syariah Jil. 16, Keluaran Khas, hlm. 537-554
24
berlaku kepincangan dari segi prosedur penguatkuasaan kerana kebanyakan pegawai
penguatkuasa tidak mempunyai latar belakang undang-undang.

Perlu ditekankan disini, Mahkamah Tinggi dalam kes Berjaya Books Sdn Bhd telah membuat
satu penghakiman yang jelas mengenai kepincangan tindakan serbuan oleh pihak Responden
sebagaimana penghakiman Dato’ Zaleha J:

The applicant had shown existence of illegality, abuse of discretionary powers, irrationality,
unreasonable exercise of power, unconstitutionally and that existed procedural impropriety on
the part of respondent. There were elemen of mala fide in the handling and carrying out of the
action of respondents.

Timbul persoalan disini, apakah garis panduan yang telah dikeluarkan tidak dikuti dan dihayati
sepenuhnya yang menyebabkan tindakan penguatkuasa Negeri ini akhir mendedahkan betapa
banyak lagi ruang kefahaman yang perlu diterapkan kepada badan penguatkuasa Negeri.
Ibrahim Deris dan Hanifah Haydar 67membuat satu pemerhatian bahawa di Wilayah
Persekutuan didapati garis panduan sedia ada tidak dikaji secara mendalam. Hal ini boleh
dilihat berdasarkan kualiti kerja penguatkuasa agama sebagai contohnya alasan ketiadaan
gambar dalam operasi disandarkan kepada alasan keterlupaan dalam penyelengaraan kamera
atau siasatan yang tidak menyeluruh dalam pengambilan keterangan operasi saksi.
Pemerhatian lanjut terhadap garis panduan seperti Arahan Tetap 2007 juga masih perlu
diberikan penambahbaikan dari segi skop yang lebih luas kerana garis panduan tersebut tidak
menghuraikan tatacara peringkat lain, seperti peringkat apabila fail kes telah diserahkan kepada
bahagian pendakwaan, peringkat setelah kes didaftarkan di mahkamah dan peringkat
perbicaraan. Arahan ini juga tidak menerangkan tindakan yang harus diambil untuk memaksa
suspek hadir; prosedur apabila penguatkuasa agama ingin membuat permohonan waran
tangkap, waran geledah dan sebagainya semasa kes masih dalam peringkat siasatan.
Kepincangan prosedur oleh pihak Responden dalam kes Berjaya Books Sdn Bhd telah membawa
kepada tekanan kepada pihak Perayu dalam usaha mereka untuk meneruskan pendakwaan
keatas Pemohon ke tiga iaitu Pengurus Kedai buku yang beragama Islam bernama Nik Raina Bt
Nik Abdul Aziz di Mahkamah Syariah. Kemungkinan berhadapan dengan prosiding menghina
keputusan Mahkamah Sivil akhirnya Pendakwa Syarie memutuskan bahawa rayuan untuk
meneruskan pendakwaan terhadap Nik Raina di Mahkamah Syariah akhirnya ditarik balik.68
Ketika artikel ini ditulis, peguam bagi pihak Perayu mengesahkan bahawa kes ini akan
diteruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Seharusnya senario yang berbeza mungkin boleh
67
Ibrahim Deris & Hanifah Haydar Ali Tajuddin “ Penggunaan Garis Panduan dan Etika Dalam Penambahbaikan
Perjalanan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Kesalahan Syariah” [2015] 27 KANUN (1) ,102-121
68
www.themalaymailonline.com/malaysia/articles/nik-rainas-nightmare-finally-over-as-jawi-drops-case

25
berlaku sekiranya pihak Perayu iaitu penguatkuasa agama lebih peka dan teliti tentang bidang
kuasa undang-undang, isu-isu penguatkuasaan dan pematuhan arahan dan prosedur yang telah
digariskan sebelum tindakan penguatkuasaan ini dilakukan.

Melihat kepada keadaan semasa, pemerkasaan institusi Mahkamah Syariah memerlukan


tindakan bersepadu bukan sahaja peningkatan tahap professionalism pengurusan pentadbiran
Mahkamah Syariah, malah tindakan bersepadu untuk mengukuhkan kredibiliti badan
penguatkuasaan Negeri perlu menjadi satu objektif selari. Latihan pengukuhan dan
penguatkuasaan undang-undang perlu menjadi agenda berterusan untuk memperkemaskan
pemahaman dan pengetahuan undang-undang oleh pegawai penguatkuasa agama. Sokongan
daripada agensi persekutuan seperti pasukan polis amatlah diharapkan kerana tindakan
bersepadu dengan memperlihatkan gabungan agensi persekutuan dan penguatkuasa negeri
dalam mewujudkan rangkaian penguatkuasaan undang-undang yang lebih efektif, harmonis
dan lebih berkesan. Bagi tujuan ini, latihan bersama atau kursus pemantapan dan pemahaman
undang-undang perlu melibatkan kedua-dua peringkat negeri dan persekutuan demi mencapai
keseragaman dan objektif yang sama. Salah satu cadangan yang perlu diambil perhatian
sebagaimana cadangan Dr Farid Suffian untuk memperkasakan lagi institusi pendakwaan
syariah, ialah dengan mewujudkan jawatan Pendakwa Syariah yang bebas dan berintegriti.
Dengan kata lain selaras dengan kuasa Pendakwa Syariah untuk memulakan pendakwaan atau
pengguguran sesuatu kes jenayah syariah di Mahkamah Syariah, sepatutnya Pendakwa Syariah
dilihat lebih bebas berdiri sendiri untuk membuat keputusan tanpa melibatkan campur tangan
dari segi pengurusan oleh JAKIM. Bagi tujuan ini, cadangan untuk mewujudkan Jabatan
Pendakwaan Syariah yang terpisah daripada Jabatan Agama Islam Negeri adalah satu cadangan
yang perlu diambil perhatian yang serius. Pewujudan Jabatan Pendakwaan Syariah Persekutuan
juga adalah satu cara untuk memperkasakan badan penguatkuasaan syariah dari segi
keseragaman tindakan dan peningkatan tahap professionalism dan kedudukan institusi
perundangan Islam di Malaysia secara amnya.

Penutup

Rangkuman daripada pemerhatian penulis berdasarkan perkembangan semasa dan sorotan


kes-kes penting yang telah diputuskan oleh mahkamah apabila berlaku pertindihan bidang
kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil , pengiktirafan kepada bidang kuasa
Mahkamah Syariah jelas terjamin apabila ia melibatkan isu yang jelas “subject matter”nya
adalah berkaitan dengan undang-undang Islam dan hukum syarak sebagai contohnya apabila
mahkamah perlu menentukan yang kesahihan penukaran agama kepada agama Islam,
Mahkamah Persekutuan sebagaimana kes Hj Raimi Abdullah v Siti Hasnah Vangarama Abdullah
26
and Anor Appeal telah bersetuju dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun pendekatan
“subject matter approach” ini tidak sewenang-wenangnya diterima sebagai satu pendekatan
yang terpakai untuk kesemua kes-kes konflik antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan
Mahkamah Sivil. Dalam banyak kes, mahkamah melihat kepada “pith and substance” atau
“remedy approach” apabila isu pertikaian yang dibawa dilihat daripada sudut pertembungan
had kuasa penggubalan undang antara Negeri dan Persekutuan. Isu-isu pelanggaran hak asasi
dan hak-hak yang termaktub didalam perlembagaan adalah merupakan asas kukuh bagi
Mahkamah Sivil untuk memainkan peranan sebagai mahkamah yang mempunyai kuasa
pemantau dalam memastikan prinsip keadilan dinikmati secara menyeluruh oleh segenap
lapisan masyarakat tanpa mengira gender, kaum dan anutan agama. Secara realitinya, usaha
untuk memartabatkan institusi perundangan Mahkamah Syariah telah melepasi tempoh
perjalanan yang sukar selama 27 tahun bermula dengan pindaan Perkara 121 (1A) pada tahun
1988. Jelas sekali, aspirasi murni para penggubal undang-undang untuk melihat Mahkamah
Syariah berkembang setara dengan Mahkamah Sivil telah berada pada landasan yang betul.
Cuma usaha yang berterusan untuk memperkasakan institusi perundangan Islam ini
memerlukan usaha bersepadu samada di peringkat Negeri mahupun di peringkat Persekutuan
untuk meningkatkan kredibiliti dan tahap professionalisme kesemua pihak yang terlibat
bermula dengan kakitangan, Pendakwa, Hakim dan peguam syarie. Peningkatan kefahaman
undang-undang Islam dan prinsip keadilan sejagat perlu disampaikan kepada golongan bukan
Islam supaya pandangan yang lebih tepat dan sesuai mengenai perundangan Islam dapat
dikembangkan kedalam komuniti bukan Islam. Tanggungjawab ini tidak terhenti dibahu institusi
kehakiman Islam sahaja, tetapi ia adalah tanggungjawab dan komitmen bersepadu daripada
pihak Eksekutif dan Pentadbir negara secara amnya.

27
Rujukan

1. Prof Ahmad Ibrahim,”The Amendment of Article 121 of The Federal Constitution : Its
Effect on The Administration of Islamic Law” [1989] 2 MLJ xvii

2. Mohammed Imam,”Syariah/Civil Courts ‘ Jurisdiction in the Matters of Hukum Syara : A


Persisting Dichotomy [1995] 1 CLJ lxxxi (Jan)

3. Dato’ Abdul Hamid Mohamad, Civil and Syariah Court in Malaysia : Conflict of
Jurisdictions, Institute of Islamic Understanding Malaysia, International Seminar on
Islamic Law in the contemporary world, [2000]

4. Dr Shad Saleem Faruqi,“The Jurisdiction of State Authorities to Punish Offences against


the precept of Islam : A Constitutional Perspective”,
http://www.malaysianbar.org.my/content/view/1847/27/, 28 September 2005

5. Nuarrual Hilal Md Dahlan & Abdul Rani Kamaruddin,”Civil Jurisdiction of Syariah Court in
Malaysia-Should it be Expressed or Implied?: A Reflection [2005] , Seminar Kebangsaan
PPSPP Ke 2.

6. Dr Farid Sufian Shuib “Powers and Jurisdiction of Syariah Court in Malaysia” 2nd Edition,
Lexis Nexis Petaling Jaya.

7. Dr. Farid Sufian Shuib “Constitutional Restatement Of Parallel Jurisdiction Between Civil
Courts and Syariah Courts In Malaysia ; Twenty Years on (1988-2008) [2008] 5 MLJ xxxiii

8. Dr Farid Sufian Shuib “Strengthening Administrative Institutions Of Islamic Law in


Malaysia [2008] Jurnal Syariah, Jil 16, Keluaran Khas 443-464

9. Ramizah Wan Muhammad (2011), The Administration of Syariah Courts in Malaysia,


1957-2009, Journal of Islamic Law and Culture, 242-252

10. Dr. Farid Sufian Shuib,”Isu Perlembagaan Dan Hak Asasi Manusia Dalam Pentadbiran
Keadilan Jenayah Syariah” [2015] 27 KANUN (1) pp 37

11. Siti Zubaidah Ismail “Dasar Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Jenayah Syariah Di
Malaysia : Satu Analisis, [2008] Jurnal Syariah Jil. 16, Keluaran Khas, hlm. 537-554

12. Ibrahim Deris & Hanifah Haydar Ali Tajuddin “ Penggunaan Garis Panduan dan Etika
Dalam Penambahbaikan Perjalanan Penguatkuasaan Dan Pendakwaan Kesalahan
Syariah” [2015] 27 KANUN (1) ,102-121

28
13. Tun Abdul Hamid Mohamad, Bidang Kuasa Persekutuan Dan Negeri Mengenai Undang-
Undang Jenayah Di Malaysia , Kertas Kerja Seminar ‘Memperkasakan Undang-Undang
Jenayah Islam : Mendidik Ummat [2014]

14. Dr Shamrahayu A.Aziz, “Islamic Criminal Law in the Malaysian Federal Structure: A
Constitutional Perspective [2007] 15 IIUMLJ 101

15. Dr Saleh Al-Aayed, ‘The Rights of Non-Muslim (part 7 of 13) : The Right to Follow Their
Religious Law, www.islamreligion/articles/374/viewall/, published on 25 Jul 2006

16. Maududi, Abul ‘Ala, “The Rights of The People of Covenant in The Islamic State, P.20-21

17. Dr Zulfakar Ramlee Saad,” Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Kehakiman
Syariah: Bukan Islam Sebagai Saksi di Mahkamah Syariah Malaysia”, Kertas Kertas di
Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam di Malaysia, 23-24 Disember 2009

29

View publication stats

You might also like