You are on page 1of 15

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013

Tugasan Pertama
ULASAN BUKU AKADEMIK HUBUNGAN ETNIK
TAJUK TUGASAN :

KONFLIK ETNIK DAN RAS

Pengenalan
Konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia..
Sungguhpun konflik etnik dan ras telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia,
namun ia masih berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini, konflik etnik dan ras tetap
wujud di setiap pelusuk dunia. Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan
rasa tidak puas hati antara manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan
budaya yang masih ketara. Konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan
Soviet, Eropah Timur, negara-negara Balkan, Palestin, negara Afrika seperti Rwanda,
juga di negara maju seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini di negara jiran kita
Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku
kaum telah membawa kepada keganasan dan konfrontasi. Maka, timbullah persoalan
samada konflik etnik dan ras akan berkesudahan?

Contoh imej Etnik dan Ras


Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan
perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan
dengan jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Menurut Academic American
Encyclopedia

(Volume

16:37),

Manusia

pernah

dibahagikan

kepada

kategori

Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan perbezaan warna kulit, rupa
bentuk, warna rambut, tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual dan lain-lain.

C
ontoh Imej manusia dahulu mengikut kategori ( Ras )
NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya
prasangka dan diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau
bagaimanapun, pengertian ini telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya
menurut Encyclopedia of Religion (Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di
kelaskan mengikut ras. Contohnya, Van den Berghe (1967), berpendapat bahawa
istilah ras itu mengelirukan kerana ianya mempunyai empat pengertian utama :( i ) Ras satu konsep biologi untuk membezakan manusia atas dasar perbezaan
phenotype dan genotype tetapi pengertian ini telah pun ditolak oleh sebahagian
besar pakar sains sosial. ( ii ) Ras

suatu kelompok manusia yang mempunyai

beberapa ciri kebudayaan yang sama seperti bahasa dan agama (Misalan: ras
Peranchis dan ras Yahudi). ( iii ) Ras sebagai erti sekata dengan perkataan spesis
(species). (Misalan: ras manusia).( iv) Ras suatu kelompok manusia yang menganggap
diri atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok-kelompok
mereka atas dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah. Namun begitu, Van den
Berghe menegaskan bahawa hanya pengertian keempat sahaja sesuai digunakan
dalam konteks sains sosial.
Etnik (ethnic) pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk
kepada golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Sebagai
contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara fizikalnya
adalah sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan agama.
Pada dasarnya ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi
mengelakkan kekeliruan, konsep kelompok etnik digunakan bagi merujuk kepada
golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam,
bahasa, agama dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, dari segi amalan perbezaan di antara konsep ras dan
etnik kadang-kala menjadi kabur dan kedua-duanya digunakan secara saling-ganti
seperti di Malaysia, di mana kelompok-kelompok Melayu, Cina dan India yang
sepatutnya dikenali sebagai kelompok-kelompok etnik juga dipanggil kelompok
-kelompok ras dalam keadaan tertentu.
NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


Mendalami Konsep Rasisme
Prasangka atau prejudis (prejudice) merupakan
akar-umbi segala bentuk rasisme. Prasangka adalah satu
pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok
manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama,
pekerjaan, jantina atau kelas (Macionis, 1998). Sebagai contoh, kaum kulit hitam
dianggap kurang dari segi intelektual dan kekayaan.
Penilaian awal (prejudgement) yang dibentuk tidak dirujuk dengan tinjauan
terhadap fakta-fakta yang sebenar menjadi alat golongan majoriti menindas golongan
minoriti namun tidak bererti golongan minoriti yang tertekan tidak mempunyai
prasangka terhadap anggota majoriti atau kelompok lain Teori Scapegoat (Dollard,
1939). Perasaan cemburu dan prasangka (Oliver, 1976). Rasisme sering dikaitkan
dengan keganasan dan kemusnahan. Kes pembersihan etnik (ethnic cleansing)
pada kaum Yahudi semasa pemerintahan Hitler merupakan contoh terbaik, rasisme
telah mengakibatkan beribu-ribu keturunan Yahudi menjadi mangsa dalam tindakan
untuk menonjolkan kaum Jerman sebagai kaum terunggul (Macionis, 1998:223).
Ahli psikologi cuba untuk mencari punca rasisme dari personaliti individu, dan
dikaitkan dengan soal kecewaan atau authoritarian personality (penguasaan individu
dominan ke atas yang lemah) (Macionis, 1998:48). Bagi ahli sosiologi ( Marxis ) rasisme
sebahagian dari ideologi kaum Bourgeasie (golongan kelas atasan) mempertahankan
eksploitasi dan penindasan ke atas kaum bukan kulit putih dalam zaman penjajahan,
perhambaan dan imperialisme (Macionis, 1998:220).
Kesan-Kesan Sentimen Perkauman / Rasisme
Sentimen perkauman boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan
negara. Malaysia mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam
peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh
negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan
tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.
NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


Kaum-kaum minoriti yang tertindas akan tersisih dari segi kawasan perumahan,
peluang pendidikan dan pekerjaan serta kemajuan sebagai contoh kaum Negro, ramai
daripada mereka yang masih tinggal di kawasan-kawasan mundur yang dikenali
sebagai ghettoes, puak asli di Australia dan kaum kulit hitam di Afrika Selatan.

Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan secara besarbesaran seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman semasa
pemerintahan Hitler.
Konflik Etnik Dan Ras Di Asia Tenggara
Di Asia Tenggara, corak diskriminasi yang berlaku berbeza dari keadaan di
Amerika Syarikat, Britain atau Afrika Selatan kebanyakannya melibatkan hubungan
kaum sedangkan situasi di Asia Tenggara biasanya melibatkan isu perbezaan etnik dan
kebudayaan.
Di Malaysia
Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada
garis

perkauman

atau

etnik.

Organisasi

sedemikian

hanya

memperjuangkan

kepentingan dan merebut hak-hak yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan
golongan lain, keharmoni dan kesejahteraan negara. Konflik ras juga boleh
mengakibatkan pengasingan kumpulan - kumpulan tertentu dari segi pelajaran,
perumahan dan pekerjaan. Persaingan organisasi untuk mendapatkan sokongan seluas
mungkin dari kumpulan etnik masing-masing dengan menggunakan beberapa faktor
penting seperti persamaan bahasa, agama, ras atau pengenalan etnik. Apabila
kepercayaan dan tindakan demikian meluas dalam masyarakat, sudah tentu ia akan
dapat mempengaruhi dan kadang-kadang menentukan perkembangan politik dalam
sesebuah negara.
NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


Antara Kesan Peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia

Kesan penjajahan merupakan faktor utama punca konflik etnik dan ras di
Malaysia. Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaannya selama 40 lebih tahun,
tetapi kesan penjajahan British masih segar di minda setiap rakyat. Dasar pemeritahan
British bercorak pecah dan perintah telah mengasingkan tiga golongan utama bangsa di
Malaysia iaitu golongan Melayu, Cina dan India.
Dasar kolonial mengenai imigrasi, pelajaran, pentadbiran, ekonomi, tanah,
bahasa dan kebudayaan telah meninggalkan kesan yang berpanjangan sehingga
sekarang. Dasar imigrasinya yang bebas telah mengubah sama sekali komposisi
penduduk di negara ini. Dasar ekonominya pula telah menyebabkan timbul
pengkhususan ekonomi mengikut etnik dan pengasingan tempat tinggal di kalangan
mereka akibat dari kegiatan ekonomi yang berlainan.
Penjajah Inggeris tidak menjadikan pendidikan sebagai alat penting untuk
menyatupadukan rakyat tetapi mementingkan pendidikan bahasa Inggeris kepada
segelintir rakyat khususnya golongan yang berada demi kepentingan pentadbirannya.
Sedangkan pendidikan Melayu dan bukan Melayu dilakukan secara melepaskan batuk
di tangga tidak dipedulikan langsung. Orang-orang Cina dan India terpaksa
mengendalikan sekolah mereka sendiri dan menanggung perbelanjaan sendiri.
Perkembangan pendidikan yang tidak terkawal ketika itu akhirnya menimbulkan sikap
dan orientasi politik yang berbeza. Melalui dasar dan pentadbirannya pula, Inggeris
telah meninggalkan kesan psikologi yang meluas di kalangan rakyat dengan menanam
prasangka dan stereotaip di kalangan mereka.
Penjajah Inggeris akhirnya berjaya mempengaruhi sikap orang yang dijajahnya
itu supaya menghormati dan menyanjung tinggi mereka sebagai kumpulan yang lebih
NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


tinggi daripada kumpulan-kumpulan ras yang lain pada ketika itu. Sebaliknya pula,
terdapat banyak prasangka dan stereotaip negatif yang memandang rendah dan hina di
kalangan berbagai kumpulan ras. Hal ini bukan sahaja menghalang wujudnya
kerjasama dan persefahaman di kalangan mereka tetapi juga boleh menimbulkan syak
wasangka dan perasaan benci menbenci di kalangan mereka.
Di Indonesia

Ekonomi di Indonesia mengalami masalah dengan kejatuhan nilai mata wang


Rupiah menyebabkan konflik etnik yang serious di Indonesia. Politik perkauman yang
telah wujud di kalangan-kalangan etnik boleh menjadi punca kepada konflik etnik ini.
Dasar kerajaan yang melihat masalah politik dan ekonomi di negara ini sebagai
masalah etnik.
Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya punca utama penyebab
konflik iaitu perniagaan dan perusahaan yang tidak sama besar antara kaum, maka
ketidak wujudnya perseimbangan ekonomi di kalangan rakyat boleh membawa kepada
masalah etnik. Masalah kepincangan ekonomi di kalangan rakyat ini sebagai masalah
keturunan atau masalah kumpulan etnik.
Dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu
dan mengabaikan kepentingan kumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya
menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik itu, tetapi tidak akan
berjaya mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang tulen di kalangan rakyatnya.
Dasar perjuangan parti-parti politik perkauman yang lebih mengutamakan perjuangan
untuk kepentingan satu-satu kumpulan etnik tertentu daripada kepentingan negara dan
rakyat secara umumnya.

NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


Pengasingan dan pemisahan rakyat mengikut garis etnik itu sebenarnya lebih
kuat daripada menyatupadukan mereka. Timbul perasaan tidak puas hati, curiga
mencurigai dan permusuhan di kalangan kumpulan etnik berterusan dan mengugat
keamanan. Konflik di antara kumpulan etnik di Indonesia bukan berpunca dari faktor
keturunan atau fizikal tetapi berpunca dari faktor politik, ekonomi dan kebudayaan.
Ketiga-tiga faktor ini menarik kumpulan-kumpulan tersebut ke arah yang berlainan dan
mendorong mereka membentuk kumpulan-kumpulan berdasarkan kepada garis etnik.
Manifestasi perbezaan kelas dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu juga boleh
menyebabkan berlakunya konflik. Tiap-tiap kumpulan etnik itu mempunyai kedudukan
yang berbeza-beza berdasarkan kepada kelas ekonomi dan status sosial mereka.
Konflik Etnik Dan Ras Di Amerika Syarikat
Di Amerika Syarikat, diskriminasi ras mempunyai hubungan yang rapat dengan
sistem perhambaan yang wujud di negara itu pada kurun ke-18 dan ke-19. Walaupun
perhambaan telah dihapuskan, tetapi tidak bererti ketidaksamaan di antara kaum telah
dihapuskan. Sehingga kini, masyarakat Amerika umumnya masih menuntut ke arah
pembentukan American Creed (cita-cita kebangsaan Amerika untuk mencapai
kesamaan, demokrasi, kebebasan, keadilan dan lain-lain) dan mengecam sebarang
bentuk diskriminasi dan prasangka ras dalam sebarang bentuk.
Kesamarataan hak di antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam pernah
diperjuangkan oleh Dr. Martin Luther King pada awal sejarah Amerika Syarikat, lebih
daripada dua abad Amerika Syarikat mencapai kemerdekaan, namun hubungan antara
ras masih begitu rapuh. Peristiwa hitam 1992 (Associated Press, 3 Mac. 1998) rusuhan
kaum telah dilancarkan secara besar-besaran di seluruh bandaraya Los Angeles.
Seluruh bandaraya Los Angeles menjadi lumpuh akibat daripada rusuhan pada ketika
itu. Sentimen kebencian masih menebal di antara ras dan etnik.
Konflik ras dan etnik di Amerika Syarikat juga dipengaruhi oleh fenomena Hate
crime iaitu jenayah yang bermotifkan unsur perkauman terhadap seseorang atau harta
bendanya (Macionis, 1998: 141). Media penyebaran juga mempunyai kesan yang
NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


mendalam terhadap konflik ras dan etnik dengan isu ketidakpuasan individu atau
segelintir masyarakat diperbesar-besarkan serta dikaitkan dengan politik dan
perkauman sehinggakan mewujudkan ketegangan antara kaum atau etnik. Contoh kes
pembunuhan terhadap O. J. Simpson, di mana perbicaraan ini telah mendapat liputan
meluas media penyebaran (Macionis, 1998:220). Keputusan mahkamah telah dicabar
dan didakwa berat sebelah dalam menjatuhkan hukuman kepada kaum kulit hitam. Isu
individu dalam soal ini telah dikaitkan dengan ketidakadilan terhadap kaum kulit hitam.
Konflik Etnik Dan Ras Di Negara-negara Balkan

Senario di negara-negara Balkan adalah amat berbeza dan kompleks. Kemelut


di negara-negara Balkan diselubungi oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan
sejarah, struktur etnik dan prasangka. Salah satu punca berlakunya konflik di bekas
negara Yugoslavia adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan
kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik di mana sebuah negara
yang kecil, terdapat tiga jenis agama, empat jenis bahasa ibunda dan saling
terpengaruh dengan budaya dari tujuh buah negara sempadan yang lain, tetapi
malangnya mempunyai lima jenis kerakyatan dalam pembahagian enam wilayah
autonomi (Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Macedonia dan Serbia)
(Macionis, 1998:44)
Konflik etnik di Yugoslavia berlaku selepas kejatuhan regim komunis pada tahun
1980. Tiga kelompok etnik utama iaitu Serb, Croat dan Muslim terheret dalam kancah
pertempuran pada awal 1990an. Kaum Serb kaum majoriti di Serbia dan Montenegro
merupakan kaum dominan dari segi politik dan ketenteraan. Konflik di negara Balkan
bermula pada 25 Jun 1991, apabila wilayah Slovenia dan Croatia mengisytiharkan
kemerdekaan.

NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


Kemerdekaan Slovenia berjalan lancar dan tidak mendapat tentangan hebat dari
pihak Serb kerana tidak mempunyai kaum minoriti Serb. Croatia sebaliknya terpaksa
mempertahankan wilayahnya dari tentangan kaum minoriti Serb di bumi mereka dan
juga tentera persekutuan Serbia.
Pergerakan menuntut kemerdekaan di wilayah jiran turut memaksa BosniaHerzegovina menuntut kemerdekaan pada 7 April, 1992 selepas suatu pungutan suara.
Tindakan parlimen Bosnia ternyata gagal mengambil kira tahap kepekaan di kalangan
etniknya. Struktur etnik wilayah Bosnia yang terdiri daripada gabungan kaum Muslim,
Serb dan Croat telah terdedah kepada bahaya pertumpahan darah yang bakal menanti
(Fogelquist, 1995).
Kedudukan geografi turut menyebabkan Bosnia secara tidak tidak langsung
terheret dalam penubuhan republik Yugoslavia. Bermula dengan zaman penaklukan
oleh Empayar Rom, zaman kebangkitan Islam oleh Empayar Ottoman, dan kedua-dua
Perang Dunia, kebencian dan rasa tidak puas hati sememangnya tersemat di jiwa
setiap etnik. Walau bagaimanapun, cengkaman politik oleh diktator Josip Broz Tito
semasa pemerintahan komunis telah berjaya menangkis sebarang konflik etnik
(Reidlmayer, 1993).
Konflik di Balkan juga berpunca dari pemimpin yang mementingkan kekuasaan.
Selepas kejatuhan fahaman Sosialis, muncul pemimpin radikal Serbia, Slobodan
Miloshevich yang melaung-laungkan agenda nartional question. Agenda tersebut
bercita-cita untuk menyatupadukan kaum Serb di Serbia dalam sebuah negara yang
bebas dari kaum bukan Serb (Reidlmayer, 1993). Akibatnya, kaum minoriti Albania di
wilayah Kosovo diusir dari bumi Serbia. Melalui kempen pembersihan etnik ( ethnic
cleansing), kaum Bosnia telah dibunuh, dirompak, diusir dari kampung halaman,
wanita-wanita Bosnia dirogol, manakala lelaki pula ditahan serta diseksa di kem-kem
tahanan.
Ketidakadilan

pembahagian

sosio-ekonomi.

Miloshevich

berusaha

untuk

memperluaskan pengaruh kaum Serb dari segi pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan
NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


politik di seluruh Yugoslavia. Akhir sekali, konflik Bosnia juga memperlihatkan
kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam misi keamanan di
Yugoslavia.
Sekatan senjatan dan ekonomi yang dipengaruhi oleh kuasa-kuasa Barat seperti
Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU), ternyata berbelah bagi dan memihak
kepada Serbia serta mengeruhkan lagi konflik etnik di Yugoslavia (Fogelquist, 1995).
Konflik Etnik Dan Ras Di Lain-lain negara
Konflik Etnik Dan Ras Di Britain
Di Britain masalah diskriminasi walaupun kaum pendatang di Britain (yang terdiri
dari penduduk yang berasal dari Hindi Barat, India, Pakistan dan lain-lain) tidak
melebihi dari dua peratus dari jumlah penduduknya. Walaupun diskriminasi ras
diharamkan di sisi undang-undang, bentuk-bentuk diskriminasi yang tidak rasmi masih
berlaku, terutama sekali dalam segi pembahagian pekerjaan dan perumahan.
Konflik Etnik Dan Ras Di Afrika Selatan
Diskriminasi ras melalui Dasar Apartheid yang telah dimansuhkan pada tahun
1994 di Afrika Selatan, memperlihatkan bagaimana kaum kulit putih yang juga kaum
pemerintah melakukan berbagai-bagai jenis penindasan dan eksploitasi ke atas kaum
bukan kulit putih (Frederickson, 1981). Di Afrika Selatan, diskriminasi adalah disokong
oleh pihak pemerintah melalui undang-undangnya. Diskriminasi dan rasisme telah
menjadi satu amalan hidup. Kaum bukan kulit putih dianggap sebagai inferior atau lebih
rendah dan diberi layanan kelas kedua dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan
kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi adalah sah dari segi undang-undang dan
undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah (kaum kulit putih) untuk
memastikan kekuasaan mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.
Konflik Etnik Dan Ras Di Rwanda

NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

10

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


Konflik etnik dan ras di Rwanda pula melibatkan kaum minoriti Tutsi dengan
kaum majoriti Hutu yang mana bersangkut-paut dengan faktor kolonialisme. Pada tahun
1961, kaum minoriti Tutsi telah memenangi pilihanraya dan memegang tunggak
kepimpinan negara Rwanda. Keadaan ini telah mendapat bantahan dari pihak kaum
majoriti Hutu. Akbibatnya, konflik etnik tercetus dan hampir sejuta rakyat tempatan
terkorban (Neil Weiner, 1994). Seluruh negara Rwanda berada dalam kancak
peperangan dengan pembunuhan antara kaum Tutsi dengan Hutu.
Konflik Etnik Dan Ras Di Indo-China
Konflik di negara-negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos pula adalah
disebabkan oleh perebutan kuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979 sahaja, lebih
daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawah pemerintahan pemimpin Khmer
Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998: 223). Pertempuran ini juga merebak ke Laos dan
pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan komunis, telah
meragut nyawa seramai 300,000 orang (Pobzeb, 1997). Konflik di negara-negara IndoChina lebih merupakan jenayah kemanusiaan, di mana rakyat jelata yang tidak berdosa
telah dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran ideologi komunis.
Faktor-faktor Konflik Etnik Dan Ras
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya
konflik etnik dan ras, faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan negara
lain. Terdapat beberapa faktor yang utama yang mendorong kepada berlakunya
masalah etnik dan ras ini :1. Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek
ketidakstabilan politik dan ekonomi, perubahan politik dan perkembangan
ekonomi yang mencetuskan banyak peluang baru yang menguntungkan telah
memperhebatkan lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat.
Setiap kelompok atau kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan
padu daripada kumpulan masing-masing untuk memastikan kejayaan dan
keberkesanan persaingan itu. Apabila pilihanraya diadakan sudah tentu
NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

11

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


masyarakat majoriti akan mengalahkan masyarakat minoriti sekaligus wujudnya
penindasan, perasaan tidak puashati dan mungkin boleh menyebabkan
ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok.
2. Diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit. Terdapat sesetengah
masyarakat negara-negara tertentu masih menilai kemampuan seseorang
mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Hak kaum lain yang status lebih rendah
dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan
masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya
tidak memanafaatkan kaum yang berstatus rendah ini.
3. Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau
kelompok terhadap individu atau kelompok yang lain. Anggapan bahawa
perbezaan ras, kebudayaan, agama, kelas sosial atau lain-lain lagi sebagai
sesuatu yang boleh membezakan taraf, kedudukan dan sebagainya. Ia juga
boleh disebut sebagai diskriminasi. Kegiatan dan perjuangan organisasiorganisasi demikian boleh mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi
etnik dan ras.
4. Kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan kewujudan usaha
pemeliharaan status quo di kalangan etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-unsur
integrasi nasional.
5. Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk
mencapai tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif
perkauman. Perasaan perkauman itu dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan
persaingan atau perebutan kuasa di kalangan mereka. Golongan elit ini juga
seringkali akan menggunakan media massa samada surat khabar ataupun
media elektronik untuk menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka
6. timbulkan itu.
Antara Langkah-Langkah Mengatasi Konflik etnik dan Ras
1. Di antara langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi
kemiskinan tanpa mengira perbezaan etnik dan ras. Sesebuah masyarakat
NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

12

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki ketidakseimbangan
ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan
kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat tersebut
kepentingan umum akan lebih diutamakan daripada kepentingan kaum atau
kumpulan-kumpulan yang tertentu.
2. Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin
dalam perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan,
semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran
negara mereka, kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan
tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan manusia oleh manusia. Organisasi
politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan dan
mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah
organisasi yang sependapat.
3. Sistem pendidikan boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian
dan kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat.
Disamping dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golongan
etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya
dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang berkesan .
4. Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan
kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam
satu ikatan politik yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini
menyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan bangsa yang
bersatu. Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh
dibawa berbincang.

Kesimpulan

NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

13

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


Dalam berlakunya konflik etnik dan ras ini terdapat persamaan satu negara
dengan negara lain. Cuma ada negara-negara tertentu mempunyai sejarah tersendiri
yang boleh menyebabkan konflik ini berlaku. Konflik etnik dan ras adalah masalah yang
kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat
dengan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Dari segi politik, masalah ras
tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila
keadaan ekonomi tidak seimbang akan memperhebatkan masalah ras atau perkauman.
Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah
ras.
Walaupun

semua

manusia

inginkan

perpaduan

tetapi

masing-masing

mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang
cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan
pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu
sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras
cuma akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah
kepada rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar peristiwa
yang tidak diingini tidak berlaku.
Oleh kerana itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan
perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah
negara itu .

Bibliography
RUJUKAN
Dollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The
Basics, Prentice-Hall: New Jersey.
NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

14

SADN 1043 HUBUNGAN ETNIK PLK-PACE UUM 2013


Fredrickson, G. M., White Supremacy: A Comparative Study in American and South
African History, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New
Jersey.
Fogerquist, A. F., 1995. How the War Started, UCLA.
Katz, Phyllis A., 1976. Towards The Elimination Of Racism, New York: Pergamon
Press.
Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.
Oliver C., 1976. Race Relations : Elements And Social Dynamics, Wayne State
University Press: Detroit.
Riedlmayer, A., 1993. A Brief History of Bosnia-Herzegonia, Harvard University.
Sanusi Osman, 1989. Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia, Universiti Kebangsaan
Malaysia: Bangi.
Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.
Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P., 1983. Konsep Asas
Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.

NO MATRIK : 218545 ,218500, 218518,218552,218526

15

You might also like