You are on page 1of 2

Perang saudara Lubnan 1982 adalah merupakan kesinambungan perang saudara yang telas

meletus sebelumnya dan perang ini telah berlaku pada 6 Jun 1982 iaitu apabila pasuka pertahanan
israel (IDF) menyerang selatan Lubnan.Selain itu perang saudara Lubnan ini juga berlaku kerana
kelompok-kelompok di negara itu sendiri yang saling memperjuangkan kepentingan diri mereka
masing-masing dengan saling menyerang antara satu sama lain.Disamping itu israel juga telah
melancarkan serangan ke atas selatan Lubnan sebagai tindak balas daripada usaha pembunuhan duta
besar israel ke London iaitu Sholomo Argov.Mereka juga telah menyerang Lubnan dengan alasan
yang berkaitan dengan peristiwa di mana sebuah lori tentera mereka telah terlamggar periuk api di
Lubnan.Melalui peristiwa berkenaan mereka ini lantas menjadi perkara ini sebagai alasan ini
menuduh rakyat palestin telah mencabuli genjatan senjata yang telah disepakati.Terdapat banyak
faktor yang menyebabakan perang saudara di Lubnan.

Antaranya ialah ketidakseimbangan kelas masyarakat yang terdapat di dalam negara Lubnan itu
sendiri.Ketidakseimbangan kelas masyarakat itu sendiri boleh di bahagi kepada beberapa bahagian
iaitu yang pertama ketidakseimbangan kelas masyarakat dari segi politik.Perkara ini berlaku adalah
berikutan hasil kolonialisme yang berlaku di Lubnan.Selepas kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah,
Negara Lubnan yang di mana sebelum ini berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah terpaksa
diserahkan kepada Perancis melalui sistem mandat.Negara Perancis ini apabila telah diberikan mandat
untuk menguasai Lubnan lalu mereka ini telah memberikan kolompok maronite kuasa untuk
memerintah Lubnan dan di dalam masa juga telah memberikan kawasan gunung Lubnan dan wilayah
di sekitarnya telah kepada kelompok Maronite yang mana kelompok ini adalah merupakan kelompok
kristian terbesar di Lubnan.Masalah timbul apabila pada masa yang sama Masyarakat Druze dan
Islam juga turut menduduki pergunungan tersebut.Perkara ini kemudianya telah menyebabakan
kolompok maronite enggan untuk berkongsi kuasa dengan saudara Arab mereka yang beragama
Islam.Selain itu kolompok maronite ini juga juga tidak mahu menerima idea Pan- Arabisme yang
menyeru kepada semangat nasionalisme Arab.Hal ini kerana mereka telah Berjaya mewujudkan
semangat Lubnanisme dalam kalangan orang kristian Lubnan.Semangat Lubnanisme merupakan
semangat yang dimana mereka menganggap diri mereka sebagai bangsa Lubanan dan bukanya bangsa
Arab.Pada tahun1943, satu perjanjian tidak bertulis yang dikenali sebagai sebagai National Pact telah
dimeterai di antara semua puak dan kaum di Lubnan.Orang Islam telah menuntut supaya bancian
dilakukan supaya pemerintahan dibahagikan mengikut demografi penduduk.Akan tetapi malangnya
usulan ini ditolak oleh kelompok maronite yang memerintah pada ketika itu.Disebabkan rasa tidak
puas hati atas penolakan usulan tersebut maka berlakulah pergolakkan antara Masyarakat Luban itu
sendiri dan secara tidak langsung menjadi salah faktor berlakunya perang saudara di Lubnan.

https://www.scribd.com/document/519187900/Perang-Saudara-Lubnan

You might also like