You are on page 1of 3

3.

0 PERNYATAAN PROFESIONAL/ KONTRAK AKTIVITI

3.1 Pernyataan Profesional PBS

3.1.1 Sebelum PBS

Saya telah dimaklumkan tentang pelaksanaan PBS akan dijalankan sepanjang dua

minggu iaitu pada 11 Jun 2023 hingga 22 Jun 2023. Siswa siswi diminta untuk memberi

maklumat umum sekolah penempatan yang hendak menjalankan PBS. Saya memilih

SJKC CHIO MIN B sebagai sekolah penempatan yang melaksanakan PBS 1 kerana

sekolah tersebut berhampir dengan rumah saya.


Sebelum menjalani PBS, Unit Praktikum telah memberi taklimat pelaksanaan PBS

kepada semua guru pelatih yang terlibat dalam PBS fasa 1 di Dewan Munsyi, IPGK

Sultan Abdul Halim. Taklimat tersebut telah mengenal PBS dan menjelaskan perkara

yang hendak diyempurnakan semasa pelaksanaan PBS. Saya juga telah menerima soalan

tugasan kerja kursus dari Unit Praktikum melalui aplikasi Whatsapp. Bagi

menyempurnakan tugasan kerja kursus, kami diminta untuk menulis laporan

refleksi dan menyediakan portfolio melalui pemerhatian dan penilaian semasa

dalam sekolah. Tugasan portfolio dikehendaki menyertakan butiran sekolah iaitu

pengurusan pentadbiran sekolah, komuniti dan pelaksanaan dasar pendidikan

masa kini.
Tujuan PBS kali ini dijalankan bagi memahami isu pengurusan pentadbiran

sekolah semasa menjalani program sekolah. Segala maklumat yang berkenaan

dengan tugasan akan saya catatkan dan lampirkan dalam portfolio. Oleh itu,

saya juga telah merancang beberapa strategi untuk melaksanakan dan

menyempurnakan tugasan PBS saya iaitu, menyediakan soalan yang akan

bertanya semasa sesi temu bual dengan pihak tertentu, memerhati sekeliling

sekolah seperti suasana sekolah dan infrakstruktur sekolah serta mengikuti guru

bimbingan masuk ke dalam kelas untuk memerhati cara pengajaran PdP dan

memerhati suasana dan keadaan bilik darjah. Tugas yang sudah pasti adalah

melengkapkan portfolio menurut garis panduan yang telah disenaraikan oleh

Unit Praktikum. Seterusnya, laporan refleksi perlu dibuat setelah PBS ini
dijalankan bagi memerhati dan menilai secara terperinci isu pengurusan

pentadbiran sekolah dalam menjalankan program yang memenuhi dasar

pendidikan masa kini dari segi pentadbiran sekolah.


Sehari sebelum PBS, saya telah menyediakan lampiran yang perlu

diberikan kepada Guru Besar seperti Borang Kehadiran. Saya juga meyediakan

lampiran yang perlu digunakan semasa menjalankan pemerhatian di sekolah.

Saya memastikan telefon pintar saya dalam keadaan yang baik kerana akan

digunakan untuk mengambil rakaman dan gambar-gambar sekolah sebagai

bukti.

3.1.2 Semasa PBS


Semasa menjalani PBS, saya telah melakukan beberapa pemerhatian

mengenai sekolah yang telah saya pilih. Saya telah melakukan kajian mengenai

pengurusan sekolah. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang pentadbir yang

berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar.

Jawatan-jawatan pentadbir tersebut ialah Guru Besar, Penolong Kanan 1,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum.


Saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap sekeliling sekolah untuk

memahami kemudahan infrakstruktur yang terdapat, Saya dapat memasuki

kelas 4 Jujur. Setiap darjah mempunyai 3 kelas bagi tahap 1 dan tahap 2. Bagi

menyiapkan tugas yang diberikan dalam kerja kursus, saya telah menemu bual

guru bimbingan yang diaturkan oleh pihak sekolah kepada saya. Guru

bimbingan tersebut merupakan guru mata pelajaran bahasa melayu dan beliau

dapat menjawab soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut.


Saya juga menemu bual dengan komuniti sekolah seperti ibu bapa yang dari

Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan kakitangan sekolah iaitu pengawal

keselamatan sekolah. Melalui temu bual, saya lebih memahami sistem

pengurusan sekolah.
3.1.3 Selepas PBS
Selepas menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah, saya telah

mengumpul dan mengemaskini maklumat-maklumat yang telah saya kumpulkan

semasa menjalani PBS. Saya turut menambahkan ilmu pengetahuan yang

berguna dan saya yakin ilmu tersebut dapat membantu saya pada masa

hadapan. Saya juga telah mempelajari teknik bertanya yang betul dan berkesan

yang dapat mendapatkan sebarang maklumat yang ingin diperolehi.


Selain itu, saya juga terima banyak nasihat yang berguna semasa berjumpa

dengan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah telah membantu saya dan juga

memberi nasihat kepada saya supaya menjadi seorang bakal guru cemerlang

yang dapat membentuk anak didik yang dapat menerajui negara. Pentadbir

sekolah juga memberi motivasi kepada saya untuk belajar dengan berusaha

selepas PBS.
Di samping itu, saya juga dapat menganalisis bahawa persekitaran sekolah

dan pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam

perkembangan murid-murid. Persekitan sekolah dan pengurusan bilik darjah

yang menarik dipenuhi dengan suasana yang ceria. Ini dapat mendorong

perasaan ingin belajar murid-murid. Kemudahan sekolah juga dapat

memudahkan murid dan guru bagi memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Tambahan lagi, ruang

pembelajaran yang luas dan terurus dapat melancarkan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan. Guru-guru juga berasa selesa semasa

mengajar dalam kelas kerana mempunyai ruang yang banyak boleh bergerak

dengan bebas.

You might also like