You are on page 1of 3

MODEL GLASSER

Model terakhir dalam Model Pengurusan Disiplin merupakan Model Terapi Realiti oleh
William Glasser. Model ini juga mempunyai perbezaan dan persamaan antara kelima-lima
model yang lain. Pengasas Model Terapi Realiti iaitu Willam Glasser merupakan seorang
Psikiatari dan Konsultan Pendidikan telah banyak menulis dan mengemukakan pandangan
tentang isu-isu pendidikan dan disipilin. Di dalam buku beliau yang bertajuk Reality Thearphy: A
New Approach to Psychiatry telah mengubah focus tentang menangani masalah individu
dengan mengkaji masa silam individu dan mengaitkannya dengan masalah yang dihadapi.
Model Terapi Realiti ini merupakan hasil penambahbaikkan yang di buat oleh Glasser. Pada
peringkat permulaan, Glasser memperkenalkan Teori Kawalan (Control Theory) yang
kemudiannya ditukarkan kepada Teori Pilihan (Choice Theory). Teori Kawalan yang
membincangkan proses-proses tingkah laku dalaman secara psikologi dan fisiologi yang
berkaitan dengan keperluan manusia didapati meragukan dan sukar diterima ramai. Oleh itu
Glasser telah menambahbaik teori yang terdahulu dengan memasukkan elemen-elemen
keperluan asas, kualiti dan kreativiti.

Teori dalam Model Terapi Realiti

Glasser berpendapat, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada
murid-murid berasa bosan atau tidak puas hati dengan guru di dalam bilik darjah, keadaan
persekitaran yang menyebabkan murid-murid gagal memenuhi keperluan-keperluan asas
mereka di sekolah. Teori ini mengatakan bahawa tingkah laku manusia didorong oleh keperluan
untuk memenuhi empat keperluan asas psikologi. Empat keperluan tersebut ialah kasih saying,
mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keseronokan. Pilihan yang dibuat oleh individu
Teori Kawalan
(Control Theory)
Teori Pilihan
(Choice Theory)
berdasarkan empat keperluan ini. Oelh itu, sepanjang proses pengajaran guru perlu
mengutamakan keperluan asas murid tersebut.
Keperluan pertama merupakan kasih sayang iaitu rasa dipunyai dan disayangi.
Perasaan ini merupakan keperluan yang penting bagi sesorang murid. Murid-murid perlu
merasakan bahawa mereka adalah sebahagian dari komuniti bilik darjah tersebut. Dalam hal
ini, guru perlu memberikan perhatian serta mengambil berat ke atas diri murid-murid. Rasa
kasih saying boelh dipupuk dalam persekitaran bilik darjah yang demokratik dengan guru yang
prihatin dan mengambil berat tentang kebajikan murid. Dengan cara ini, murid akan berasa
disayangi serta dihargai dalam persekitaran bilik darjahnya. Keperluan kedua merupakan
mempunyai kuasa dan kawalan. Kedua kuasa dan kawalan adalah berkait rapat. Murid
memerlukan kuasa dan kawalan kendiri bagi membuat sesuatu pilihan terhadap aktiviti-aktiviti
bilik darjah mengikut tahap perkembangan mereka.
Keperluan ketiga pula merupakan kebebasan yang mana murid bebas menentukan
matlamat hidup dan bertanggungjawab atas tingkah laku mereka sendiri. Walaubagaimanapun,
ibu bapa dan guru harus memainkan peranan sebagai pembimbing dalam kebebasan mereka
membuat keputusan. Kebebasan ini perlu diberikan kepada murid bersepadan dengan
keupayaan murid itu sendiri. Dengan kebebasan membuat pilihan, murid akan berasa
tanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat. Keperluan yang terakhir ialah
keseronokan. Menjadi lumrah seorang kanak-kanak iaitu sifat yang inginkan keseronkan dan
kegembiraan. Apabila mereka berasa seronok mereka akan bersemangat untuk melakukan
aktiviti di dalam bilik darjah.
Proses kaunseling dalam teori reality ini dapat membantu menyelesaikan masalah
disiplin yang berlaku. Pada peringkat pertama, guru perlu membina hubungan dengan murid itu
sendiri. Guru perlu menerima apa sahaja yang murid tersebut cuba sampaikan. Guru
kemudiannya perlu membuat penilaian terhadap permasalahan murid tersebut. Seterusnya,
guru memberi pilihan kepada murid tersebut. Melalui pilihan tersebut, murid akan belajar
bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih. Akhir sekali, guru perlu sentiasa
membimbing murid sehingga dia mampu melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain.
Secara keseluruhnya, model terapi ini menjelaskan konsep kaunseling. Guru sebagai
kaunselor dan murid sebagai klien. Guru akan cuba memahami dan membimbing murid
mengikut keperluan keperluan asas yang mereka perlukan. Dalam model ini murid diajar
supaya bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan yang dibuat dengan menanamkan
sifat tanggungjawab dalam diri mereka. Oleh itu, guru dan ibu bapa memainkan peranan yang
paling besar bagi mengawal masalah disiplin murid.

KESIMPULAN
Kedua-dua model ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Model-
model ini boleh dijadikan panduan untuk guru merangka satu bentuk pengurusan bilik darjah
bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran. Guru harus bijak menilai sesuati
masalah yang dihadapi oleh murid. Penegtahuan yang luas mengenai pengurusan bilik darjah
akan membantu guru mencapai bilik darjah yang kondusif. Pengetahuan ini juga berguna bagi
mengenalpasti masalah murid yang memerlukan strategi penyelesaian.

You might also like