You are on page 1of 25

LAMPIRAN

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SIDANG AKADEMIK 2018/2019
TUGASAN
JKP 212 – HUBUNGAN ANTARABANGSA
ARAHAN
1. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan, seramai 3-6 pelajar dalam satu
kumpulan secara sukarela. Setiap kumpulan mestilah memastikan semua ahli
kumpulan memberikan sumbangan yang sewajarnya dalam menyempurnakan
penghasilan tugasan ini.

2. Pilih dan jawab SATU soalan sahaja.

SPESIFIKASI TUGASAN
1. Panjang maksima tugasan anda ialah 20 mukasurat (tidak termasuk lampiran dan
bibliografi) menggunakan font jenis Times New Roman, saiz 12 dan baris jarak
langkau dua (double spacing). Muka surat 21 ke atas tidak akan dibaca oleh
pemeriksa dan tidak akan dikira untuk pemarkahan.

2. Bahan rujukan mesti disenaraikan di muka surat belakang tugasan anda. Gunakan
sistem rujukan secara konsisten.

PERINGATAN
1. Tarikh akhir penghantaran tugasan ialah 11 FEBRUARI 2019. Tugasan yang lewat
daripada tarikh ini akan dipotong markah. Semakin lewat tugasan anda sampai ke
PPPJJ, semakin banyak markah yang akan dipotong. Tugasan yang dikepilkan dengan
surat memohon pertimbangan kerana lewat akan turut dipotong markah.

2. Bagi pelajar yang tidak menghantar langsung tugasannya, markah ‘0’ akan
diberikan untuk komponen tugasan. Pada masa yang sama, markah peperiksaan
berterusannya juga akan dipotong sekaligus berdepan risiko dihalang dari menduduki
peperiksaan akhir. Nilaian tugasan ialah 20 peratus dari markah keseluruhan.

3. Anda akan diberi markah ‘0’ jika anda didapati melakukan kesalahan plagiarisme,
sama ada daripada buku, modul, majalah, surat khabar, laman web internet, esei
kawan-kawan atau esei pelajar tahun-tahun lepas. Bagi kes plagiarisme dari kawan,
kedua-dua pihak - yang meniru dan kena tiru, akan diberi markah ‘0’.

TAJUK TUGASAN
1. Realisme vs. Liberalisme: Idea manakah yang mendominasikan situasi sebenar
politik dan hubungan antarabangsa kontemporari?
(100 markah)

2. Bincangkan “Brexit” serta kesan-kesannya terhadap hubungan antarabangsa dan


kerjasama serantau.
(100 markah)
3. Bincangkan faktor “senjata nuklear” dalam konteks hubungan antarabangsa.
Adakah “penyebaran nuklear” (nuclear proliferation) membawa keamanan atau
ancaman kepada dunia antarabangsa?
(100 markah)

4. Bincangkan implikasi-implikasi dasar “America First” oleh Presiden Donald


Trump dan “Belt and Road Initiative” (BRI) oleh Presiden Xi Jinping terhadap
dasar luar Malaysia di bawah Perdana Menteri Najib Razak dan Dr. Mahathir
Mohamad.
(100 markah)
- oooOooo -
Menyingkap era pasca-Brexit terhadap pasaran

DUNIA dikejutkan apabila warga Britain mengundi keluar dari Kesatuan Eropah
(EU) pada 23 Jun lalu. Kejutan ekonomi ini dikenali sebagai Brexit (Britain-exit).
Ia adalah sesuatu yang tidak diramal dan tidak diingini pasaran. Gavin Davies,
pakar ekonomi berkata, kesan Brexit besar bagi Britain, kecil bagi negara lain di
EU dan minimum untuk Amerika Syarikat (AS) dan Asia. Adakah ini benar?

Dari suatu sudut, Brexit bertentangan teori ekonomi. Perdagangan


antarabangsa sepatutnya untungkan tiga pihak iaitu pengeluar, pengguna dan
negara. Kepada pengguna, ada lebih banyak pilihan, harga barang lebih murah
dan rakyat boleh miliki barang tidak dikeluarkan dalam negara. Contohnya
rakyat Malaysia membeli iPhone7.

Kepada pengeluar, berdagang akan luaskan pasaran, galakkan penggunaan


teknologi, tingkatkan kecekapan pengeluaran serta menambah peluang
pekerjaan. Pada peringkat negara, aliran kemasukan pelaburan asing akan
meningkat. Hubungan baik dengan rakan dagang juga dapat dibentuk.
Kestabilan geopolitik serantau lebih terjamin.

Tetapi rakyat Britain berpendapat sebaliknya dengan mengundi keluar. Justeru,


mereka perlu mendepani isu seperti imigresen, kerjasama ekonomi dan konsep
pergerakan bebas EU. Reaksi awal pasaran terhadap Brexit cenderung negatif.
Pada pertengahan Julai, pasaran dunia berada dalam ketidaktentuan. Nilai
pound berbanding dolar AS menyusut hingga tahap terendah sejak 1985 dalam
tempoh enam jam. Nilai yen naik berbanding dolar AS. Harga minyak mentah
jatuh. Harga emas melonjak hingga tahap tertinggi sejak 2014.

Pasaran saham di Asia menurun. Saham Tokyo jatuh lapan peratus, kejatuhan
terbesar sejak 2008. Indeks Saham Korea Selatan (Kospi) jatuh tiga peratus.
FTSE 100 Britain pula susut pada 8.3 peratus. Keadaan pulih perlahan kerana
kelembapan ekonomi dunia.

Brexit menang tipis. Ia respons rakyat negara itu terhadap isu globalisasi dan
kewilayahan. Rakyat memilih negara bangsa atas seruan nasionalisme dan
populisme. Pertarungan pandangan Brexit sarat dengan fakta menyokong (undi
kekal) dan menolak (undi keluar).

Yang memilih kekal dalam EU adalah golongan profesional muda, pengusaha,


kosmopolitan bandar dan warga London yang mahir media sosial. Mereka ada
kepentingan merentas bangsa dan sempadan. Golongan ini berpendapat
sebarang masalah yang timbul lebih mudah diselesaikan melalui kesatuan.
Lebih mudah hadapi dunia sebagai gabungan 28 negara daripada berdiri
sebagai satu negara bangsa.

Bersatu lebih kuat. Masalah timbul bukan kerana ketidakcekapan pengurusan


EU, tetapi kurang kuasa autonomi. Sebaliknya, golongan yang undi keluar
berusia dalam lingkungan 40-an, imigran dan penduduk pinggir bandar. Undian
keluar dibuat atas dua sebab berbeza. Golongan pertama adalah nasionalis
konservatif. Mereka berasakan Britain perlu menuntut kembali hak
Perlembagaan dan demokrasi dalam pentadbiran negara.

Golongan kedua berpendapat EU tidak prihatin terhadap golongan kurang


berada. Britain juga terpaksa menanggung beban sosial penduduk Eropah
dengan jaminan pendidikan, kemudahan kesihatan dan sistem pembelajaran
yang baik. Kebimbangan pengurangan hak asasi, hak pekerja dan impak
ekonomi menyatukan dua golongan ini.

Generasi muda mahu kekal

Generasi muda Britain paling banyak mengundi untuk kekal dalam EU. Jika
kekal, faedah blok ekonomi dapat dinikmati. Kejutan ekonomi dapat ditangani
bersama. Sebaliknya, undi keluar akan membebankan golongan muda untuk
tempoh panjang.

Janet Yellen, Presiden Bank Rizab Persekutuan AS, menganggap Brexit


sebagai cabaran ekonomi terbesar 2016. Ia digambarkan dengan
penangguhan kenaikan kadar faedah AS sejurus keputusan Brexit dikeluarkan.
Dunia sekali lagi terpegun dengan kemenangan Donald Trump dalam pilihan
raya AS baru-baru ini. Kejutannya 10 kali ganda lebih besar dari Brexit.
'Trumpkonomi' adalah Brexit-kedua 2016.

Britain negara utama yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara


Kasar (KDNK) EU. Keputusan mengundi keluar mampu gugat prospek ekonomi
EU. Ini ditambah masalah hutang Greece, ekonomi yang suram dan kebanjiran
pelarian Asia Tengah. Penganalisis pasaran berpendapat Brexit bakal cetus
kesan domino kepada ekonomi dan kewangan dunia. Syarat Brexit belum
dimuktamadkan.

Britain ada dua tahun untuk melihat semula semua syarat perdagangan dengan
ahli EU yang lain dan seluruh dunia. Setiap syarat dan terma perdagangan
perlu diteliti semula sama ada mengikut EU atau peraturan UK. Ini akan
mengambil masa panjang. Adakah Britain akan beralih arah dan kembali
mengukuhkan perdagangan dengan negara Komanwel? Seluruh dunia
menanti.

Bekas Menteri Kewangan Britain, berkata negara itu tidak rugi tanpa Eropah
kerana masih ada bahagian lain yang dipanggil 'seluruh dunia.' Banyak yang
boleh dipelajari dari Brexit. Ataupun kisah Greece yang memilih untuk kekal
dalam EU. Menyingkap ekonomi pasca-Brexit, guru terbaik ke arah
pembentukan Kesatuan Ekonomi ASEAN. Umum perlu sedar walaupun
kesatuan blok ekonomi ada banyak kebaikan, penting untuk ada had dan
batasan tertentu. Contohnya kes pensijilan halal. Tiada kompromi dalam hal ini.
Pematuhan sijil halal terma yang perlu dipatuhi dalam perdagangan
antarabangsa.

Blok ekonomi bermanfaat besar jika negara ahli ada kekuatan ekonomi hampir
sama. Sebaliknya, ia mungkin mengekang jika tahap ekonomi berbeza. Ada
baik dan buruk. Yang tersurat dan tersirat. Brexit tidak bersifat hitam putih.

Yang penting rakyat, terutama generasi muda, faham sebab dan akibat sesuatu
pilihan dalam jangka masa pendek dan panjang. Kuncinya buat keputusan
berdasarkan ilmu pengetahuan. Andainya takdir, seperti tajuk lagu Anuar Zain,
terima dan reda. Cari titik penyelesaian.

Oleh Dr Nursilah Ahmad


Kesan Brexit tak signifikan kepada dagangan
Malaysia-EU

KUALA LUMPUR: Perdagangan Malaysia-Eropah dijangka tidak mempunyai


kesan yang signifikan jika Britain memilih untuk keluar daripada Kesatuan
Eropah (Brexit) berikutan negara itu bukan rakan dagang utama Malaysia di
rantau itu, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
(MATRADE).

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dzulkifli Mahmud, berkata Britain adalah


destinasi ketiga eksport negara ke Eropah selepas Belanda dan Jerman.

"Buat masa ini, saya melihat impak Brexit tidak begitu ketara. Tetapi, apabila
Britain betul-betul keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), berkemungkinan ada
elemen lain yang akan timbul mempengaruhi hubungan dua hala dan ekonomi
Malaysia-Britain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa bersama duta dari
negara-negara Islam ke Malaysia, malam tadi.

Dzulkifli berkata, kesan Brexit perlu dilihat secara keseluruhan untuk tempoh
jangka masa yang panjang.

Katanya, isu itu yang sedikit sebanyak mempengaruhi pergerakan pound


sterling, memberi impak kepada Malaysia, dari segi positif dan negatif.

Katanya, penyusutan nilai pound dapat mengurangkan kos tanggungan ibu


bapa yang mempunyai anak belajar di negara itu dan pada masa sama dilihat
mampu menjejaskan pendapatan syarikat Malaysia yang mempunyai projek
pembangunan di Britain disebabkan penurunan nilai hartanah.

"Sukar untuk kita menjangkakan kesannya. Britain masih lagi mempunyai


tarikannya yang tersendiri terutamanya kepada pembeli hartanah kerana
mereka percaya kepada kestabilan pasaran industri negara itu," katanya.

Dzulkifli berkata, jika pungutan suara menyaksikan Britain meninggalkan


kesatuan itu, Malaysia berkemungkinan membentuk satu perjanjian
perdagangan bebas (FTA) yang berasingan dengan rundingan FTA Malaysia-
EU.
Katanya, ini berikutan jika Britain keluar daripada EU, negara itu bakal
dikenakan cukai untuk memasuki pasaran kesatuan itu yang akan menjadikan
Britain tidak kompetitif.

Bagaimanapun, katanya apa juga keputusan yang bakal diumumkan pada


Jumaat ini sama ada Britain memilih untuk kekal mahupun keluar daripada EU,
hubungan dua hala Malaysia-Britain kekal baik.

Pada 2015, perdagangan Malaysia dengan EU meningkat sebanyak 3.1


peratus kepada RM148.52 bilion susulan aktiviti ekonomi yang mula meningkat
di rantau itu.

Eksport ke EU naik sebanyak 8.4 peratus atau RM6.09 bilion kepada RM78.92
bilion, dengan eksport ke United Kingdom berkembang sebanyak 17.6 peratus.

- BERNAMA
Brexit: Hubungan kukuh Malaysia-UK akan
berterusan

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell


memberi jaminan hubungan kukuh antara United Kingdom (UK) dan Malaysia
akan berterusan meskipun keputusan yang diambil negara itu untuk keluar dari
blok Kesatuan Eropah (EU).

Treadell dalam satu kenyataan hari ini berkata kedua-dua negara itu akan
mempunyai peluang unik bekerjasama dalam dua Mesyuarat Ketua-Ketua
Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 2018 dan 2020 mengenai isu-isu
termasuk perdagangan dan memerangi fahaman pelampau.

UK juga akan bekerjasama dengan Malaysia dalam isu keselamatan dan


pertahanan, serta membangunkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan
ke arah prospek menjalin perjanjian perdagangan bebas apabila tiba masa
yang sesuai, katanya.

Treadell menegaskan UK adalah sebuah negara yang berpandangan jauh dan


akan membabitkan diri dengan lebih aktif di persada global memandangkan
peluang itu akan terbuka sebaik sahaja negara itu keluar dari EU.

"Sejak referendum bersejarah EU pada Jun 2016, kita melihat dua lawatan
diraja Britain dan tiga lawatan kementerian UK ke Malaysia. Ini bukan negara
Britain yang meminggirkan diri.

"Ini adalah Britain yang berpandangan ke hadapan yang membawakan


hubungan kami dengan Malaysia ke tahap baharu demi kepentingan bersama
kedua-dua negara kita," katanya sempena dengan ucapan Brexit oleh Perdana
Menteri Britain, Theresa May malam ini.

Treadell berkata ucapan May menguatkan lagi komitmen kerajaan Britain untuk
bangkit dengan lebih kukuh daripada tempoh perubahan dan berpandangan
lebih jauh berbanding sebelumnya.

"Beliau menggariskan visi di mana UK akan kekal menjadi rakan yang boleh
dipercayai, sekutu dan rakan baik EU.

"Justeru itu kami berazam untuk meneruskan perkongsian baharu, positif dan
lebih membina dengan EU. Kami akan berbuat demikian dengan tujuan dan
kejelasan," katanya.
Dalam ucapannya May berkata, UK tidak boleh kekal sebagai ahli pasaran
tunggal EU selepas meninggalkan blok itu tetapi akan mendapatkan
persetujuan untuk membolehkan perdagangan bebas barangan dan
perkhidmatan.

- BERNAMA
Apa makna Brexit, UK keluar EU

Pada 24 Jun yang lalu warga United Kingdom (UK) telah menjalankan
pungutan suara: terus bersama Kesatuan Eropah (EU) atau keluar
daripadanya. Pungutan suara ini dikenali sebagai Brexit.

Kita semua telah membaca, mendengar dan menonton di kaca TV dan


tahu apa jawapan warga UK.

Tulisan ini bertujuan memberi pencerahan untuk memahami latar


belakang EU, untuk memberi satu lagi jalur pandangan tentang apa
yang telah berlaku.

Paling penting untuk meneliti perkara-perkara yang tersorok dan yang


sengaja disorokkan dalam EU dan Brexit ini.

Media Eropah berbondong-bondong – yang kanan dan yang liberal –


mengambil garis bahawa UK wajib terus berada dalam EU.

Media-media ini telah berdendang tentang ‘bahaya’ jika UK


meninggalkan EU. Sahinggakan di UK, akhbar liberal rasional seperti
The Guardian dan juga BBC mengambil garis yang sama.

Kerana hampir semua media Eropah cuba menghalang UK dari keluar


dari EU, maka kita wajib bertanya apa sebenarnya Brexit ini? Apa itu EU?

Dan kenapa UK keluar dari EU membahayakan Eropah?

Daripada segi sejarah, EU muncul sesudah Perang Dunia Kedua.


Berjuta-juta warga Eropah telah gugur selepas berbantai sesama sendiri
dalam dua perang dunia.

Maka, pada tahun 1948 diadakan Kongres Hague melibatkan enam


negara.
Belgium, Belanda, Luxembourg, Jerman Barat, Perancis dan Itali telah
membuat perjanjian perniagaan. Di sini jelas ekonomi adalah punca
segala punca.

Telah diuar-uarkan bagaimana Eropah akan menjadi aman damai


permai jika pertelagahan tidak wujud. Perang akan lenyap.

Eropah yang menjadi panggung dua perang dunia akan menjadi


wilayah contoh. Diimpikan warga Eropah akan bekerjasama untuk
kesejahteraan umat manusia. Apakah ini tepat dan benar?

Daripada satu segi, hingga ke satu tahap, memang benar apa yang
dipropagandakan. Ekonomi Eropah maju jaya. Taraf hidup rakyat baik.
Tetapi, di sebalik propaganda ini ada lagi satu projek rahsia terbuka.

Ketika EU mula meluas, Perang Dingin sudah bermula. Rusia yang


memimpin USSR dan blok Sosialis Eropah Timur dilihat sebagai musuh.
Sesudah tamat Perang Dunia Kedua, kuasa imperial Britain jatuh ke
tangan Amerika.

Amerika yang memonopoli bom atom menjadi kuasa empayar baru.


Maka, muncullah konsep kuasa imperial Anglo-Amerika.

Sesudah Perang Dunia Kedua, negara-negara kapitalis di Asia, Afrika


dan Amerika Latin dijajah semula oleh kuasa baru - kuasa imperial
Anglo-Amerika. Imperialis Great Britain telah digantikan dengan
imperialis Amerika.

Sistem ekonomi kapitalis tetap kapitalis kecuali di Eropah Timur, di


China, Cuba, Korea Utara dan di Vietnam.

Kempen 'orang jahat'

Di belakang projek EU ini ialah kuasa imperialis Anglo-Amerika. Amerika


menyokong kuat kewujudan EU.
Ketika Perang Dingin berjalan negara-negara EU ini menjadi tempat
Amerika mendirikan pangkalan tentera – darat, laut dan udara. Amerika
memasang bom nuklear dan peluru berpandu di negara-negara EU.

Bom nuklear dan soldadu Amerika dapat bergerak di Eropah kerana


negara EU ini bekerjasama dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
(Nato). Ini adalah perjanjian ketenteraan Eropah Barat dengan Amerika.
Hakikatnya negara EU telah menjadi tanah jajahan Amerika.

Nato melihat Rusia dan blok Sosialis sebagai musuh mereka. Justeru
senjata nuklear dan peluru berpandu semuanya diarahkan ke Moscow.
Suasana ini meruncingkan keadaan Perang Dingin.

Ini ditambah pula dengan Perang Vietnam yang menyaksikan kuasa


bala tentera Amerika dibantai oleh gerila yang dibantu oleh Rusia dan
blok Sosialis.

Pada awalnya Perancis bawah Presiden Charles de Gaulle (1958-1969)


tidak bersetuju dengan rancangan Amerika yang mahu menjadikan
Eropah tanah jajahan.

Justeru Perancis menarik diri daripada Nato. Tetapi hari ini tidak ada
negara Eropah yang berani berdiri merdeka seperti Perancis bawah
pimpinan de Gaulle.

Sesudah Tembok Berlin runtuh pada tahun 1989, Jerman Barat dan
Jerman Timur bersatu. Blok Rusia runtuh.

Suasana ini menjemput banyak negara Eropah Timur untuk menjadi


warga EU. Daripada sini muncullah EU yang terdiri dari 28 buah negara.
Hari ini ia telah menjadi 27 tolak satu (tanpa UK).

Justeru apabila warga UK bersuara untuk keluar daripada EU, ini


bermakna mereka secara tidak sedar atau secara tidak sedar telah
mensabotaj rancangan induk kuasa imperial Anglo-Amerika.
Apabila UK keluar EU, bermakna segara perancangan licik kuasa
imperial Amerika yang mahu mendominasi Eropah digagalkan.

Perkara ini bukan susah untuk difahami. Kita lihat siapa yang datang
untuk menyokong dan berkempen untuk meyakinkan warga UK agar
tidak meninggalkan Eropah.

Yang datang menyokong kempen untuk terus dalam EU ialah: Barack


Obama, George Soros, setiausaha Nato, pengerusi IMF dan Bank Dunia,
akhbar Financial Times, majalah Economist.

Berdasarkan nama-nama ini, kita sudah dapat mencium bahawa mereka


semua ini adalah ‘orang jahat’.

Kalau orang jahat sokong kerja kita bermakna kerja yang kita buat tidak
baik. Maka apabila kaum pemodal kapitalis berbondong berkempen
agar UK jangan keluar EU, maka kita wajib sedar keluar EU adalah
langkah bijak untuk menggagalkan projek kapitalis.

Betul dan tepat - apabila 52 peratus warga UK memilih untuk keluar EU


- nilai pound sterling jatuh.

Pasaran saham tunggang-langgang

Pasaran saham Eropah tunggang-langgang. Pasaran saham Amerika


dan Jepun tunggang terbalik. Apa maknanya ini?

Ini bermakna rancangan kaum pemodal, ini bermakna rancangan kuasa


imperialis Amerika untuk mendominasi Eropah dan dunia, telah
digagalkan.

Ini bermakna projek kaum kapitalis telah berjaya dibantutkan. Apabila


kaum kapitalis dalam kesusahan, ini bermakna rakyat dunia mendapat
rahmat.
Apa yang jelas projek dunia baru bawah telunjuk Amerika telah gagal di
Eropah.

Harus difahami dan wajib diingat, kuasa imperial ini dikenali sebagai
kuasa Anglo-Amerika. Ada kerjasama yang intim antara pemodal British
dan kaum pemodal Amerika.

Mereka menetas dari reban yang sama. Yang di Amerika itu berasal usul
dari United Kingdom juga. Mereka muntah kedarah melalui Bank of
England.

Sebelum wujud Wall Street kaum kapitalis ini menjarah harta kekayaan
dunia melalui City of London.

Apa yang berlaku apabila hanya 48 peratus warga UK yang bersetuju


mahu terus menetap dalam EU?

Media propemodal yang sebelum hari pungutan suara telah menakut-


nakutkan warga UK tentang malapetaka jika UK meninggalkan EU.

Apabila keputusan sampai, media membuat propaganda untuk


membuktikan bahawa warga yang menolak EU ini adalah rasis. Tidak
mahu menerima ‘orang lain’ masuk ke dalam UK.

Kenyataan pemimpin parti kanan Eropah diberi layanan muka hadapan


seolah-olah projek tinggalkan EU ini adalah projek parti kanan.

Justeru kita hanya membaca ucapan tahniah kepada warga UK yang


berjaya meninggalkan EU daripada Marine Le Pen - parti Front Nasional
Perancis, daripada Geert Wilders, Freedom Party Belanda dan juga
Heinz-Christian Strache, pemimpin Freedom Partry Austria.

Semua ini pemimpin parti berhaluan kanan.


Suara intelektual kiri seperti Tarik Ali, Pual Craig Roberts atau Socilist
Workers Party yang menyokong kempen keluar EU langsung tidak
dipungut oleh media arus perdana.

Memang betul ada agenda menolak kemasukan pendatang baru dalam


kempen Brexit. Memang betul terlalu ramai warga asing meluru masuk
ke UK.

Ini hasil dari perjanjian EU. Warga EU boleh keluar masuk ke mana
sahaja dalam 27 negeri ini. Mereka boleh mencari pekerjaan dan boleh
bermastautin.

Hakikatnya EU telah menjadi satu negara tanpa sempadan.

Cuba tanya diri sendiri, apabila Zahid Hamidi awal tahun ini merancang
untuk membawa masuk 1.5 juta Bangladesh ke Malaysia, kita
menentang langkah ini. Apakah kita rasis?

Ahli parlimen 'patung mainan'

Apabila watak kampung dan pekan kita, tempat tinggal kita, kondo kita
mula dipenuhi oleh warga Nigeria dan kita merasa tidak selesa, adakah
kita rasis?

Justeru, mempertahankan tanah air sendiri daripada berubah bentuk


dan demografi pasti bukan sikap rasis.

Berita yang amat-amat memberangsangkan apabila UK meningglkan


EU ialah sentimen anti-EU dan anti-Brussels makin melonjak.

Kempen keluar EU di UK telah membawa pencerahan. Ramai warga


Eropah baru sedar bahawa undang-undang dan hukum-hakam di EU
bukan dibuat oleh parlimen Eropah tetapi birokrat yang digaji dan tidak
dipilih oleh suara ramai.
Anggota parlimen EU hanya patung mainan. Hukum-hakam muncul
dihasilkan oleh para pelobi kaum pemodal.

Pencerahan sedemikian telah menaikkan semangat warga Belanda, Itali


dan Portugal untuk mengadakan pungutan suara seperti yang
dijalankan di UK.

Jika ini berlaku, maka rancangan besar imperialis Amerika untuk


menjadikan Eropah sebagai koloni dan Rusia sebagai musuh telah
gagal.

Kenapa pula Brexit ini penting untuk kita fahami?

Jangan lupa kalau kita di Malaysia ada TPPA. Dalam perjanjian TPPA ini
Najib telah menjual Malaysia kepada kaum pemodal Amerika.

Rakyat Eropah juga hampir terjual sama melalui Transatlantic Trade and
Investment Partnership (TTIP).

Brexit telah menyelamatkan warga Eropah. Apabila UK keluar EU, maka


projek TTIP ini boleh dianggap telah musnah.

Kejayaan warga UK meninggalkan EU adalah kekalahan kuasa imperialis


Anglo-Amerika. Kekalahan kekalahan kuasa imperialis Anglo-Amerika
adalah kemenangan rakyat dunia.

Gagalnya TTIP ini akan membawa pengaruh untuk rakyat Asia dan kita
di Malaysia khasnya untuk menggagalkan projek TPPA milik imperialis
Amerika.

MALAYSIAKINI HISHAMUDDIN RAIS


Segalanya Apa Yang Anda Perlu Tahu
Tentang BREXIT

Mengenai BREXIT: apa yang perlu anda tahu?

1. Apa yang sedang berlaku?

Sebuah referendum akan dijalankan hari ini (Khamis,23 Jun) untuk


menentukan samada Britain akan kekal atau tidak di dalam Kesatuan
Eropah (Baca EU).

Nota kaki: Apa itu referendum? referendum adalah sebuah undian


bercorak YA atau TIDAK. Pihak yang dapat lebih 50% undian adalah
pemenang.

2. Kenapa tiba-tiba ada referendum ini?

Ianya bukan berlaku secara tiba-tiba, selepas memenangi PRU 2015,


Perdana menteri David Cameron telah berjanji akan mengadakan
referendum ini akibat desakan dari MP parti beliau sendiri, mereka
berpendapat bahawa sejak berada di dalam EU, Britain tidak lagi
berkuasa untuk membuat pilihan sendiri, EU juga sudah banyak
berubah dan kini orang Britain sudah dikawal sepenuhnya.

3. Apa itu Brexit?

Hasil dari gabungan UK keluar dari EU.

BRitish EXIT = BREXIT

4. Siapa yang boleh mengundi?

Warga Britain, Ireland, rakyat Komenwel yang tinggal di UK dan juga


warga UK yang tinggal di luar UK yang telah berdaftar dengan
suruhanjaya pilihanraya UK sejak 15 tahun kebelakang.

5. Pihak yang mahu UK untuk KELUAR dari EU?


a. Warga Britain 50/50 berdasarkan dari tinjaun pendapat awam yang
terbaru.
b. Parti Bebas UK(Baca UKIP)
c. Separuh MP dari Parti Konservertif(Parti David Cameron) termasuk
5 menteri kabinet
d. Beberapa wakil Parti Buruh dan DUP.

6. Argumen- Argumen Pihak KELUAR dari EU:

a. Britain dipegang ‘telur’nya oleh EU.


b. Banyak perniagaan dikenakan peraturan dan keahlian yang
mengenakan bayaran berbilion pound kepada rakyat Britain (“red
tape”).
c. Mahukan Britain berkuasa kembali terhadap sempadannya.
d. Mengurangkan kemasukkan orang luar masuk dan berkerja di UK,
kerana prinsip EU ialah “free movement” di mana jika anda dari negara
EU, anda tak perlukan visa untuk menetap di negara EU yang lain.
e. Menentang idea “United States of Europe”.

7. Pihak yang mahu UK KEKAL dalam EU?


a. Warga Britain 50/50 berdasarkan dari tinjaun pendapat awam yang
terbaru.
b. Perdana menteri David Cameron
c. Parti Konservitif (baki)
d. Parti Buruh, SNP, Plaid Cymru dan Lib Dems
e. Barrack Obama
f. Negara-negara EU sendiri seperti Perancis dan Germany

8. Argumen- Argumen Pihak KEKAL dalam EU:

a. Britain telah memperolehi pelbagai kebaikan dari keahlian EU.


b. Aktiviti jual beli yang mudah merentasi negara EU
c. Kemasukkan imigran muda dari EU membantu Britian dari segi
ekonomi dan kestabilan negara dan merupakan peyumbang besar hasil
cukai yang digunakan untuk perkhidmatan awam.
d. Status Britain sebagai sebuah negara besar akan hilang jika
meninggalkan EU.
e. Bersatu di bawah 28 negara lebih kuat dari bersendirian.

9. Kesan keluar atau kekal Brexit ni?

a. Bisnes besar mudah untuk melakukan perniagaan di dalam EU,


mudah untuk mereka mengerakkan sumber yakni wang, orang dan juga
produk mereka ke serata dunia, jika kekal.
b. Bisnes tradisional/kecil serderhana lebih senang untuk
berniaga/bergerak dengan satu kepala daripada 28 negara
(baca:kepala), jika keluar.
c. Bisnes kecil sederhana akan lebih menguntungkan daripada langkah
“cut the red tape”, jika keluar.
d. Bisnes hartanah akan merosot jika keluar. Bagi pelabur hartanah ini
merisaukan mereka. Tetapi bagi pembeli rumah sebenar ini berita baik
bagi mereka.
e. Saham dan matawang pound akan “rally” jika Britain kekal,
manakala sebaliknya akan berlaku jika keluar.
f. Universiti-universiti top di UK akan kekal mendapat dana
penyelidikan, pelajar dan juga tenaga pengajar dari Eropah jika kekal
dan sebaliknya akan berlaku jika keluar.
g. Kerajaan Britain dapat mejimatkan dana bantuan kepada pelajar
asing jika keluar.
h. Program tajaan Erasmus Mundus tidak lagi dapat diakses oleh warga
UK jika keluar (15 ribu pelajar UK mendapat bantuan dari negara EU
sejak ’13-“14).

10. Jadi mana yang bagus? Keluar atau Kekal?

Bergantung daripada sisi mana anda analisis isu ini. Keluar dari EU
adalah satu langkah gergasi yang dianggap lebih besar dari pilihanraya.
Soalan yang perlu/sepatutnya ditanya:

Adakah langkah ini akan memerdekakan Britain atau menghantarnya


ke sebuah neraka kegagalan ekonomi?

Nota kaki : boleh rujuk link ini untuk perbandingan argumen kekal atau
keluar keatas smua isu2 berbangkit:http://www.bbc.com/news/uk-
politics-32793642

11. Apa kena mengena dengan saya?

Walaupun Brexit kelihatan hanya akan memberi impak besar kepada


ekonomi UK, ianya juga boleh menjadi titik mula untuk sebuah
gelombang kegawatan ekonomi di seluruh dunia terutamanya US (UK
adalah trading partner ke-7 terbesar US), untuk pengetahuan anda
Yellen telah menangguhkan kenaikan “interest rate” untuk
mengelakkan kesan lebih besar (systemic risk) jika ianya benar benar
berlaku.

Jika benar ianya akan memberi impak ekonomi kepada US..tidak perlu
masa yang lama untuk ia singgah ke sempadan KLSE.. Eh KL..:)

Nota kaki: Siapa Yellen? Yellen adalah chairperson untuk FED.. Ala-ala
Zeti untuk BNM tapi version US.

p/s: Yang ada duit, simpan ketat-ketat.. Beli digi bila market crash.
Haha

p/s: Buy gold and yen

Sekian.
The vocket Khairul Azri   •  Bisnes  •  June 24, 2016, 2:37 PM
Brexit
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Brexit adalah istilah yang biasa digunakan untuk United Kingdom keluar daripada Kesatuan Eropah.
Berikutan undi referendum 2016 untuk meninggalkan kesatuan tersebut, kerajaan UK memulakan
proses pengeluaran pada 29 Mac 2017 yang dirancang bakal berkuatkuasa pada April 2019. [1]
Pada bulan Januari 2017, Theresa May yang merupakan Perdana Menteri Britain telah
mengumumkan pelan 12 perkara objektif rundingan dan mengesahkan bahawa kerajaan UK tidak
akan mendapatkan keahlian berterusan dalam pasaran tunggal EU.[2] Syarat-syarat pengeluaran
belum dirundingkan sementara pada masa yang sama UK masih kekal sebagai ahli penuh Kesatuan
Eropah.[3]
UK menyertai Komuniti Eropah (EC) yang merupakan pendahulu EU pada tahun 1973 dan
kemudiannya mengesahkan keahliannya dalam referendum 1975. Pada 1970-an dan 1980-an,
pengeluaran daripada EEC telah diperjuangkan terutamanya oleh Parti Buruh dan tokoh kesatuan
sekerja. Dari tahun 1990-an pula, pengeluaran Britain daripada EU lebih diperjuangkan terutamanya
oleh Parti Kebebasan UK (UKIP) yang baru ditubuhkan serta peningkatan jumlah kerusi yang
dipegang Parti Konservatif dalam Parlimen British.

Istilah "Brexit"[sunting | sunting sumber]


Istilah Brexit (atau pada awalnya, Brixit[4]) berakar dari gabungan perkataan "British" dan exit (keluar)
diperolehi melalui analogi daripada Grexit yang merujuk kepada pengeluaran negara Yunani dari zon
Euro (dan mungkin juga Kesatuan Eropah). Istilah "Brexit" mungkin telah terlebih dahulu digunakan
untuk merujuk kepada kemungkinan pengeluaran UK dari EU oleh Peter Wilding dalam blog spot
EurActiv pada 15 Mei 2012. Istilah "hard Brexit" ("Brexit keras") dan "soft Brexit" ("Brexit lembut")
banyak digunakan secara tidak rasmi dan difahami untuk menggambarkan hubungan bakal antara UK
dan EU selepas pengeluaran, dari tahap keras yang boleh melibatkan perdagangan UK dengan EU
seperti mana-mana negara bukan ahli EU lain di bawah peraturan Pertubuhan Perdagangan
Dunia tetapi tanpa kewajipan menerima pergerakan bebas manusia, hingga ke tahap lembut yang
mungkin melibatkan pengekalan keanggotaan UK dalam pasaran tunggal EU untuk barangan dan
perkhidmatan dan sekurang-kurangnya beberapa pergerakan bebas manusia mengikut peraturan
Kawasan Ekonomi Eropah.[5]

10 Fakta yang Perlu Diketahui Apa Itu Brexit yang Menggetarkan Uni Eropa
Artikel ini telah tayang di Tribunjateng.com dengan judul 10 Fakta yang Perlu Diketahui Apa Itu Brexit yang
Menggetarkan Uni Eropa, http://jateng.tribunnews.com/2016/06/25/10-fakta-yang-perlu-diketahui-apa-itu-
brexit-yang-menggetarkan-uni-eropa?page=3.

Editor: Catur waskito Edy

TRIBUNJATENG.COM, LONDON - Hari Jumat (24/6/2016), menjadi hari


bersejarah bagi Inggris Raya (Great Britain). Setengah dari warganya, sekitar 33
juta warga negara ini, menggelar referendum, semacam voting terbuka.
Inggris berpenduduk 60,8 juta. Itu hasil sensus tahun 2012.
Media Inggris mempopulerkannya dengan Britain Exit (Brexit).
Opsinya dua. Tetap bergabung (remain) atau berpisah (leave) dengan 27 negara
lain di Uni Eropa.
Hasilnya, mengagetkan ekonomi dunia. Inggris Raya, dengan tiga negara; Inggris,
Skotlandia, dan Wales pun terbelah.
Sebanyak 52% (17,410,742 penduduk) menginginkan Inggriskeluar dari Eropa.
Sisanya 48%.(16,141,241 penduduk) ingin tetap bergabung dengan BBC
mencatat, dengan partisipasi pemilih 71.8%, menjadi partisipasi tertinggi sejak
pemilu tahun 1992
Kubu tetap bersama UE, yang dipimpin PM David Cameron, menang di tiga
wilayah besar di Inggris Raya, Irlandia Utara (55,8%), London (59,9%), dan
Skotlandia (62,0%). Sisanya 9 wilayah, menginginkan pisah.
"Ini kemenangan nasionalisme Inggris," kata Politisi senior partai
Konservativ Inggris, Michael Gove, seperti dilansir BBC.
Wilayah yang menang dihuni sekitar 92 persen warga asli keturunan Inggris.
Sedangkan yang kalah, kebanyakan dihuni imigran.
Kantor berita Inggris, BBC, kemarin, merangkum hal-hal penting dan dampaknya
bagi penduduk Inggris dan dunia.
Berikut Tribun memilahnya menjadi 10 bagian, bagi mereka yang berencana
ke Inggris dan Eropa, atau punya kerabat dan sahabat di sana.
1. Apa Itu Uni Eropa?
Kemitraan ekonomi dan politik yang melibatkan 28 negara Eropa. Gagasan ini
dimulai sejak perang dunia kedua tahun 1975, untuk menghidari perang, dan
motifnya ekonomi. Kini, 20 tahun terakhir, menjadi pasar tunggal. 19 negara
memakai mata uang tunggal EURO. Sedangkan Inggris (Pundsterling), dan Rusia
tetap memakai uang mereka.
Mereka fokus di persoalan lingkungan, transportasi, hak-hak konsumen, hingga
tarif telepon selular
2. Apa arti sih itu Brexit?
Media Inggris mempopulerkannya dengan Britain Exit (Brexit).
Opsinya dua. Tetap bergabung (remain) atau berpisah (leave) dengan 27 negara
lain di Uni Eropa.
3. Apa yang terjadi sekarang?
Di sisi Inggris, meninggalkan Uni Eropa adalah upaya untuk mengajukan
permohonan perjanjian, yang dikenal dengan Pasal 50 Lisbon Treaty (Perjanjia
Lisbon) tahun 2009.
PM Inggris David Cameron atau penggantinya, per Oktober 2016 nanti, segera
memutuskan kapan menyampaikan hasil referendum ke Dewan UE di Brussel.
Pemerintah Inggris, akan menggunakan proses hukum formal untuk menarik diri
dari Uni Eropa. Prosesnya akan memakan waktu dua tahun untuk bernegosiasi
penarikan, diri.
Pasal 50 ini sejak 2009 belum pernah ditinjau ulang. Belum ada pihak yang bisa
memastikan, apakah kehendak rakyat Inggris ini (Brexit) bekerja sesuai hasil
referendum.
4. Bagiamana Proses Lanjutan Inggris keluar dari UE?
PM Inggris David Cameron, pekan depan, akan menghadap ke Presiden Uni
Eropa Donald Tusk di Brussels, Belgia, untuk membawa surat hasil keputusan
referendum warga Inggris.
Hingga 2 tahun kedepan, secara bertahap, hukum Uni Eropamasih belaku
di Inggris. Negara ini tetap harus mematuhi semua perjanjian dan hukum Uni
Eropa. Namun Inggris tak lagi dilibatkan dalam pengambilan keputusan bersama
27 negara blok UE lainnya.
5. Bagaimana nasib Warga Inggris yang Bekerja di Uni Eropa ?
Belum ada keputusan resmi. Pemerintah Inggris masih akan bernegosiasi
dengan Uni Eropa .
Jika Inggris tetap mengakui "pasar tunggal', hampir pasti, WN Inggris tetep
memiliki hak untuk bekerja di 27 negara UE lainnya, demikian sebaliknya .
Jika pemerintah Inggris tetap memberlakukan pembatasan izin kerja,
sebagaimana usulan partai UKIP, maka 27 negara lain bisa mengajukan opsi
serupa. "Warga Inggris juga harus mengajukan permohonan visa bekerja"
6. Apakah WN Inggris masih bisa tetap traveling ke negara UE lainnya?
Sejauh ini, tulis BBC Inggris, akan da pembatasan akses WN Inggris untuk tinggal
dan bekerja di Uni Eropa. Tapi negara lain, tak bisa membatasi akses wisatawan.
Warga Amerika dan nebara persemakmuran Inggris, mislanya, bisa berkunjumng
90 hari tanpa perlu urus visa tambahan. Inggris juga masih akan bernosiasi
dengan anggota Uni Eropa .
7. Bagaimana warga negara UE yang ingin bekerja di UK?
Ini akan tergantung pemerintah Inggris. Akan ada aturabn baru yang dibuat,
pascaresmi berlaku tahun 2018.
Apakah akan ada sistem izin kerja yang berlaku untuk warga non-Uni Eropa.
Politik konservatif Inggris kini cenderung membatasi masuk ke pekerja terampil
dan profesional. Semangat partai konservativ memang membatasi Imigran bekerja
di Inggris, dan mendahulukan SDM mereka.
8. Apakah Barang "Duty Free" di Eropa tetap berlaku?
Seperti kebanyakan konsekuensi dari referendum Brexit, ini akan tergantung
negosiasi pemerintah Inggris dengan Uni Eropa.Serikat kepabeanan Uni
Eropa menunggu keputusan, apakah perjanjian Duty Free lanjut atau putus.
CEO Eurotunnel, perusahaan Duty Free, Jacques Gounon, mengaku kebijakan
Duty Free, menbuat keuntungan bisnisnya melejit.
Erik Juul Mortensen, Presiden Asosiasi Tax Free Internasional (TFWA), mengaku
pesimistis dengan kebijakan pasca_Brexit.
9. Bagaimana nasib pelat mobil di Uni Eropa dan Inggris?
Sejauh ini belum ada penjelasan detail soal ini. Koresponden BBC di Eropa, Chris
Morris, menjelaskan tidak ada hukum Uni Eropa, yang mewajibkan penggantian
itu. Simbol bendera Uni Eropadipasang sukarela oleh pemilik mobil di semua
negara.
10. Bisakah Inggris kembali bergabung dengan Uni Eropa?
Editor BBC di Eropa, Katya Adler, menjelaskan jika opsi itu ada di masa
mendatang, maka Inggris harus mulai, tanpa ada pengecualian.
Semua negara harus menyetujui keinginan Inggris untuk rejoin. Katya
mengatakan, para pemimpin lain di UE akan berpikir ulang. Jika Inggris ingin
bergabung, harus segera memakai mata uang euro sebagai mata uang tunggal,
buklan seperti saat ini, tetap memakai Poundsterling.

You might also like