You are on page 1of 25

TAJUK LAPORAN

KESAN COVID-19 TERHADAP MATAWANG NEGARA

NAMA DAN KOS KURSUS


PENGURUSAN DAN ANALITIK DATA (LMCW2022)

NAMA PENSYARAH
DR. AFIFUDDIN HUSAIRI MAT JUSOH @ HUSSAIN
DR. FIRDAUS AZIZ
DR. YUSNAINI MD. YUSOFF
DR. NURUL HANIS AMINUDDIN JAFRY

NAMA AHLI KUMPULAN


KUMPULAN 7

NUR ALIYAH BINTI AZHAR A186816

AAINA BALQIS BINTI SMUNDER KHAN A187049

AIN NAJWA BINTI JAMAL A187351

NIK ALISA BINTI MUHAMADDIN @ NIK MUHAMADDIN A187428

SITI FATIMAH BINTI ARIFIN A186773

NURUL QISTINA BINTI HALIMI A186610


1

ISI KANDUNGAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Lokasi
1.2 Jenis Negara
1.3 Populasi
1.4 Latar Belakang Ekonomi
1.5 Latar Belakang Politik
1.6 Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

BAB 2 MAKLUMAT RINGKAS BERKAITAN KESAN COVID KEPADA


EKONOMI

2.1 Pola Kes Covid-19


2.2 Data Ringkas Berkaitan Covid-19
2.3 Status Covid-19 Terkini
2.4 Polisi: Langkah Pencegahan oleh Kerajaan dalam Mengawal Ekonomi Negara
2.5 Refleksi: Keberkesanan Polisi Dalam Menangani Pandemik Covid-19

BAB 3 STATUS MATAWANG

3.1 Laporan Pola Pertukaran Matawang Terhadap US Dollar (USD)


3.2 Laporan Pertukaran Matawang Terhadap Singapore Dollar (SGD)
3.3 Refleksi: Impak Covid-19 Terhadap Kestabilan Matawang
3.4 Refleksi: Impak Politik Semasa Terhadap Kestabilan Matawang
3.5 Refleksi: Impak Polisi Kerajaan Dalam Mengawal Kestabilan Matawang

BAB 4 KAJIAN KEMUNGKINAN

4.1 Cabaran Terhadap Cadangan Menjalankan Pelaburan


4.2 Cadangan Keberkesanan Pelaburan

BAB 5 PENUTUP

5.1 Refleksi Impak Pendamik Covid Dan Geo Politik Keatas Matawang Dunia

RUJUKAN

LAMPIRAN
2

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Lokasi
Kumpulan kami memilih dua lokasi bagi menjalankan kajian berkaitan kesan
covid-19 terhadap mata wang negara. Lokasi pertama yang kami pilih adalah Singapura
dan lokasi kedua adalah Amerika Syarikat. Singapura, secara rasminya Republik
Singapura, merupakan sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan
Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 bt) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia
Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau
Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat
terunggul dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting
dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah
daripada lima pelabuhan tersibuk dunia.
Amerika Syarikat, disingkatkan kepada A.S. atau AS) ialah sebuah negara yang
terletak di Amerika Utara. Ia sebuah republik berperlembagaan persekutuan terdiri
daripada 50 negeri, sebuah daerah persekutuan, lima wilayah yang tidak diperbadankan,
326 tanah rizab Indian, dan sembilan pulau kecil terpencil. Dengan keluasan hampir 3.8
juta batu persegi (9.8 juta kilometer persegi), negara ini merupakan negara keempat atau
ketiga terbesar di dunia. Negara ini berkongsi sempadan darat dengan Kanada di utara
dan Mexico di selatan serta sempadan maritim dengan Bahamas, Cuba, Rusia dan banyak
lagi.

1.2 Jenis Negara


Singapura merupakan sebuah negara maju. Sebuah negara ditakrifkan sebagai
negara maju adalah negara yang mempunyai Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang
tinggi. HDI adalah ukuran pembangunan negara yang mengambil kira faktor seperti
jangka hayat, pendidikan dan pendapatan. Singapura mempunyai HDI yang sangat tinggi,
menduduki tempat ke-11 di dunia pada tahun 2022 (Nations, 2023).
Amerika Syarikat (AS) juga merupakan negara maju. Ia adalah sebuah negara
perindustrian tinggi dengan taraf hidup yang tinggi. Amerika Syarikat mempunyai
ekonomi yang kukuh, penduduk yang berpendidikan tinggi, dan tahap pembangunan
3

teknologi yang tinggi. A.S. turut mempunyai HDI yang tinggi dan menduduki tempat
ke-17 di dunia pada tahun 2022 (Nations, 2023).

1.3 Populasi
Menurut Jabatan Perangkaan Singapura, populasi Singapura setakat Jun 2022
ialah 5.64 juta. Ini menjadikan Singapura negara ke-15 paling ramai penduduk di Asia.
Penduduk Singapura berkembang pada kadar kira-kira 0.2% setahun.
Menurut Biro Banci A.S., populasi Amerika Syarikat pada 24 Jun 2023
dianggarkan seramai 336,761,423. Ini menjadikan Amerika Syarikat negara ketiga paling
ramai penduduk di dunia, selepas China dan India. Penduduk Amerika Syarikat
berkembang pada kadar kira-kira 0.7% setahun.

1.4 Latar Belakang Ekonomi


Singapura adalah ekonomi pasaran bebas yang sangat maju dengan ciri-ciri
“dirigiste”. Singapura ialah sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dengan pendapatan
negara kasar sebanyak AS$54,530 per kapita, setakat 2017 (Anon, 2017).Ekonomi
Singapura sebelum ini telah disenaraikan sebagai yang paling terbuka di dunia, bersama
ke-4 paling kurang rasuah, dan paling pro-perniagaan. Singapura mempunyai kadar cukai
yang rendah dan KDNK per kapita kedua tertinggi di dunia dari segi pariti kuasa beli
(PPP). Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) beribu pejabat di Singapura. Singapura
menyediakan salah satu persekitaran kawal selia yang paling mesra perniagaan di dunia
untuk usahawan tempatan dan disenaraikan dalam kalangan ekonomi paling kompetitif di
dunia (Anon, 2017).
Amerika Syarikat mempunyai ekonomi terbesar dunia mengikut KDNK nominal,
dan kedua terbesar dengan pariti kuasa beli (PPP) di belakang China. Ia mempunyai
KDNK per kapita ketujuh tertinggi di dunia (nominal) dan KDNK per kapita kelapan
tertinggi (PPP) pada 2022. A.S. menyumbang 25.4% daripada ekonomi global pada 2022
dari segi nominal, dan sekitar 15.6% dalam PPP syarat (O’Neill, 2023). Ekonomi
Amerika didorong oleh produktiviti tinggi, infrastruktur pengangkutan, dan sumber
semula jadi yang luas (Wright et al. 2007). Rakyat Amerika mempunyai purata
pendapatan isi rumah dan pekerja tertinggi di kalangan negara anggota OECD. Pada
4

2021, mereka mempunyai pendapatan isi rumah median tertinggi. A.S. mempunyai salah
satu ketidaksamaan pendapatan tertinggi di dunia di kalangan negara maju. Rakan
dagangan A.S. terbesar ialah Kanada, Mexico, China, Jepun, Jerman, Korea Selatan,
United Kingdom, Taiwan, India dan Vietnam. A.S. ialah pengimport terbesar dunia dan
pengeksport kedua terbesar.

1.5 Latar Belakang Politik


Singapura ialah sebuah republik demokrasi perwakilan parlimen di mana presiden
Singapura adalah ketua negara, perdana menteri Singapura adalah ketua kerajaan, dan
sistem berbilang parti. Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Kabinet daripada parlimen, dan
pada tahap yang lebih rendah, presiden. Kabinet mempunyai hala tuju umum dan
kawalan kerajaan dan bertanggungjawab kepada Parlimen. Terdapat tiga cabang kerajaan
yang berasingan: badan perundangan, eksekutif dan kehakiman yang mematuhi sistem
Westminster. Singapura telah digambarkan sebagai negara satu parti secara de facto.
Latar belakang politik Amerika Syarikat berakar umbi daripada pengalaman
penjajah negara dan Revolusi Amerika. Revolusi Amerika adalah titik perubahan utama
dalam sejarah politik Amerika. Ia membawa kepada penubuhan kerajaan baharu,
Amerika Syarikat, yang berasaskan prinsip demokrasi dan republikanisme. Perlembagaan
Amerika Syarikat, yang diterima pakai pada 1787, menubuhkan kerajaan persekutuan
dengan tiga cabang: eksekutif, perundangan, dan kehakiman.

1.6 Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


KDNK Singapura pada 2023 dianggarkan berjumlah $380 billion. Ini menjadikan
Singapura ekonomi ke-13 terbesar di dunia mengikut KDNK. KDNK per kapita
Singapura ialah $65,000, iaitu yang tertinggi di Asia dan yang kelima tertinggi di dunia
(Singapore Data, 2023). KDNK Singapura didorong oleh beberapa faktor, termasuk
lokasinya yang strategik, tenaga kerjanya yang berpendidikan tinggi, dan ekonominya
yang terbuka dan berdaya saing. Singapura ialah hab kewangan dan perdagangan utama,
dan ia juga merupakan pusat pembuatan dan teknologi. KDNK Singapura telah
berkembang dengan mantap dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2022,
5

KDNK meningkat sebanyak 3.8%, dan ia dijangka berkembang sebanyak 3.5% pada
tahun 2023.
KDNK Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia, pada 23.3 trillion USD
pada 2023 (Statista,2023). KDNK Amerika Syarikat dikira dengan menjumlahkan nilai
semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan di negara itu pada tahun tertentu. Ini
termasuk segala-galanya daripada kereta dan komputer kepada potongan rambut dan
lawatan doktor. KDNK ialah ukuran saiz ekonomi dan prestasinya. KDNK Amerika
Syarikat telah berkembang dengan mantap dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada
tahun 2022, KDNK meningkat sebanyak 5.7%, kadar pertumbuhan terpantas sejak 1984.
Pertumbuhan ini didorong oleh perbelanjaan pengguna dan pelaburan perniagaan yang
kukuh. KDNK Amerika Syarikat dijangka terus berkembang pada tahun-tahun akan
datang. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan mungkin akan perlahan apabila
ekonomi mencapai potensi sepenuhnya.
6

2.0 MAKLUMAT RINGKAS BERKAITAN KESAN COVID-19 KEPADA EKONOMI


2.1 Pola Kes Covid-19

Rajah 1: Pola Kes Covid-19 Global Rajah 2: Pola Kes Covid-19 Amerika Syarikat

Rajah 3: Pola Kes Covid-19 Singapura Rajah 4: Pola Kes Covid-19 Malaysia

Seperti yang dapat dilihat dalam rajah 1, menunjukkan pola sejak wabak itu
bermula iaitu jumlah kes global Covid-19 telah meningkat dengan pesat iaitu mencecah
hingga lebih 1 juta kes pada bulan Januari 2021 berbanding lebih kurang 1000 kes sahaja
pada bulan Mar 2020. Bilangan kes yang mencapai tahap tertinggi pula ialah pada Januari
2022 dan kemudiannya telah menurun secara berterusan sejak itu. Manakala bagi pola
purata 7 hari ialah ukuran arah aliran dalam kes yang lebih lancar dan boleh membantu
untuk melihat cara bilangan kes berubah dari masa ke semasa. Purata 7 hari telah
menurun sejak Januari 2022, yang merupakan satu petanda yang baik.
Selain itu, rajah 2 menunjukkan pola kes Covid-19 di Amerika Syarikat di mana
ia menunjukkan peningkatan mendadak pada sekitar hujung tahun 2020 dan awal tahun
2021. Namun pada bulan Januari 2022 juga merupakan kes tertinggi Covid-19 yang telah
dicatatkan iaitu lebih 7.8 juta kes dan menunjukkan penurunan selepas itu kepada 2 juta
kes setiap purata 7 hari dengan jumlah 84,653,923 kes pada bulan Jun 2022.
7

Rajah 3 pula menunjukkan pola kes Covid-19 di Singapura, kes Covid-19 di


Singapura mencatatkan peningkatan yang besar pada bulan Januari 2022 dengan jumlah
lebih 20,000 kes dalam seminggu secara purata mengakibatkan Singapura mencatatkan
jumlah kes sebanyak 1,393,653. Manakala rajah 4 pula menunjukkan pola kes Covid-19
di Malaysia. Malaysia juga mencatatkan kes tertinggi pada bulan Januari 2022 iaitu lebih
40,000 kes menyebabkan Malaysia mencatat jumlah sebanyak 2,841,785 kes. Kes
Covid-19 menunjukkan penurunan selepas itu dengan purata sebanyak 7000 kes dalam
seminggu.

2.2 Data Ringkas Berkaitan Covid-19

i) Kes pertama yang dilaporkan


Kes pertama Covid-19 yang dilaporkan adalah di Wuhan, China iaitu pada 31
Disember 2019. Manakala bagi negara Amerika Syarikat pada tarikh 20 Januari 2020.
Singapura dan Malaysia mencatatkan kes pertama masing-masing pada 23 Januari 2020
dan 25 Januari 2020.

ii) Kes kematian pertama yang dilaporkan


Kes kematian pertama Covid-19 yang dilaporkan adalah di Wuhan, China iaitu
pada 9 Januari 2020. Amerika Syarikat pula mencatakan kes kematian pertama akibat
wabak ini pada 29 Februari 2020. Manakala bagi Singapura pada tarikh 21 Mar 2020
dan Malaysia mencatatkan kes kematian pertama pada 17 Mar 2020.

iii) Bulan kes tertinggi


Pada peringkat global, bulan dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi ialah Januari
2022 iaitu terdapat 28,237,644 kes dilaporkan. Ketiga-tiga negara iaitu di Amerika
Syarikat, Singapura dan Malaysia juga mencatatkan bulan dengan jumlah kes
COVID-19 tertinggi juga ialah Januari 2022. Masing-masing dengan 84,635,923 kes,
1,393,653 kes dan 2,841,785 kes dicatatkan.
8

iv) Kes keseluruhan sehingga kini


Sehingga 21 Jun 2023, terdapat lebih 551 juta kes Covid-19 yang disahkan di
seluruh dunia. Bagi Amerika Syarikat pula mencatakan lebih 83.2 juta kes
menjadikan negara yang mencatatkan kes tertinggi Covid-19. Singapura pula menjadi
negara ketiga tertinggi di Asia Tenggara dengan lebih 2,2 juta kes dan Malaysia
negara kedua tertinggi dengan melaporkan lebih 5.1 juta kes Covid-19.

v) Status Covid sehingga kini


Sejak ia mula-mula ditemui iaitu pada Disember 2019, wabak Covid-19 telah
menjadi krisis kesihatan global kerana betapa mudahnya wabak ini untuk merebak dan
dijangkiti. Lebih 551 juta kes Covid-19 telah dilaporkan secara rasmi di seluruh dunia
sehingga 21 Jun 2023, dan lebih 6.9 juta orang telah terkorban akibatnya. Ekonomi,
masyarakat dan kesihatan global semuanya telah terjejas dengan ketara oleh wabak
tersebut. Norma dan tingkah laku sosial juga telah berubah akibat daripadanya.
Wabak Covid-19 ini masih berterusan tetapi terdapat beberapa berita baik iaitu
bilangan kes dan kematian telah menurun dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan
kini terdapat vaksin dan rawatan yang berkesan tersedia oleh pakar-pakar. Namun
begitu, adalah masih penting untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga untuk
melindungi diri anda dan orang lain daripada Covid-19. Vaksinasi adalah cara terbaik
untuk melindungi diri anda daripada virus.

2.3 Polisi: Langkah Pencegahan Diambil oleh Kerajaan dalam Mengawal Ekonomi
Negara Sepanjang Covid-19
Setiap kerajaan di seluruh dunia telah mengambil pelbagai langkah pencegahan
untuk mengawal ekonomi negara sepanjang wabak Covid-19. Langkah-langkah ini
termasuk seperti perintah kawalan pergerakan (lockdown). ‘Lockdown’ ialah
penutupan sepenuhnya atau sebahagian perniagaan dan aktiviti lain dalam usaha
untuk mengehadkan penyebaran virus. Lockdown telah dilaksanakan di banyak
negara, termasuk China, Itali, Amerika Syarikat termasuklah negara-negara di Asia
Tenggara seperti negara Malaysia sendiri. Selain itu, sekatan perjalanan juga telah
9

dijalankan di kebanyakan negara untuk mencegah penyebaran virus. Sekatan ini


termasuk larangan perjalanan antarabangsa, serta sekatan perjalanan domestik.
Seterusnya langkah pencegahan yang diambil oleh kerajaan dalam mengawal
ekonomi negara sepanjang wabak ini ialah bantuan kewangan. Kerajaan telah
menyediakan bantuan kewangan kepada perniagaan dan individu yang terjejas oleh
wabak itu iaitu seperti pinjaman kewangan dan pelepasan cukai. Beberapa langkah ini
sedikit sebanyak dapat mengawal ekonomi negara walau pada dasarnya ekonomi
setiap negara mengalami kesan negatif yang amat teruk.

2.4 Refleksi: Keberkesanan Polisi dalam Menangani Pandemik Covid-19


Bergantung kepada negara, strategi kerajaan yang berbeza mempunyai tahap
kejayaan yang berbeza-beza dalam memerangi wabak Covid-19 ini iaitu dari segi
mengawal penyebaran virus dan mengelakkan krisis kewangan. Kejayaan dasar
kerajaan telah dipengaruhi oleh pelbagai keadaan. Faktor-faktor ini termasuk tahap
keterukan wabak itu, tahap pematuhan masyarakat terhadap undang-undang, dan
sebagainya. Salah satu kaedah terbaik untuk mengurangkan penyebaran virus adalah
perintah kawalan pergerakan atau lockdown. Lockdown, bagaimanapun, juga telah
memberi kesan yang ketara kepada ekonomi. Sekatan perjalanan juga berkesan dalam
memperlahankan penyebaran virus, tetapi ia juga telah mengganggu rantaian bekalan
dan menyukarkan perniagaan untuk beroperasi.
Penjarakan sosial dan pemakaian penutup mulut (mask) adalah sedikit sebanyak
membantu dalam mengurangkan jumlah kes dan kematian. Bantuan kewangan adalah
penting dalam membantu perniagaan dan individu yang terjejas oleh wabak itu.
Secara keseluruhannya, keberkesanan dasar kerajaan dalam menangani pandemik
Covid-19 adalah berbeza dari satu negara ke negara. Walau bagaimanapun, adalah
jelas bahawa dasar-dasar ini mempunyai kesan yang besar terhadap penyebaran virus
dan ekonomi.
10

3.0 STATUS MATAWANG


3.1 Laporan Pola Pertukaran Matawang Terhadap US Dollar (USD)

Jadual 3.1.1 Pola Pertukaran Matawang US Dollar (USD) Pada Tahun 2021

Purata Pola Pertukaran Matawang USD pada Tahun


2021

BULAN PURATA MATAWANG (USD)

Januari 4.03

Februari 4.04

Mac 4.11

April 4.12

May 4.13

Jun 4.13

Julai 4.20

Ogos 4.22

September 4.16

Oktober 4.16

November 4.18

Disember 4.21

Merujuk Jadual 3.1.1, pada bulan Januari 2021, jumlah purata bagi mata wang
USD adalah sebanyak 4.03 manakala pada bulan Februari terdapat peningkatan purata
mata wang USD kepada 4.04 dan kemudian semakin meningkat kepada 4.11 pada bulan
11

Mac, 4.12 pada bulan April, 4.13 pada bulan May dan Jun, 4.20 pada bulan Julai dan
seterusnya kepada 4.22 pada bulan Ogos 2021. Kenaikan yang berterusan ini adalah
disebabkan oleh kenaikan kadar vaksinasi di USA serta pematuhan SOP oleh masyarakat
di USA telah menyebabkan kes Covid-19 semakin berkurangan dan ekonomi di USA
mula pulih kembali. Namun, pada bulan September, purata bagi matawang USD telah
menurun kepada 4.16, begitu juga dengan bulan Oktober disebabkan oleh sambutan
kemerdekaan di USA yang menyebabkan orang ramai berkumpul dan tidak mematuhi
SOP, menjadikan kes covid pada ketika itu mencanak naik dan menyebabkan ekonomi
yang baru sahaja mula untuk pulih kembali mula terkesan kembali. Kemudian, purata
matawang USD mula mengalami peningkatan kembali kepada 4.18 pada bulan
November dan semakin meningkat kepada 4.21 pada bulan Disember. Hal ini mungkin
adalah disebabkan kerajaan USA telah mengedarkan vaksin Pfizer-BioNTech di negara
itu pada awal November dan mengurangkan kes Covid-19 di USA. Pada tahun 2021 ini,
dapat dilihat ekonomi di USA semakin pulih dari pandemik Covid-19 berdasarkan
matawangnya yang semakin baik berbanding tahun 2020.

3.2 Laporan Pertukaran Matawang Terhadap Singapore Dollar (SGD)

Jadual 3.2.1 Pola Pertukaran Matawang SG Dollar (SGD) Pada Tahun 2021

Purata Pola Pertukaran Matawang SGD pada Tahun


2021

BULAN PURATA MATAWANG (SGD)

Januari 3.04

Februari 3.05

Mac 3.06

April 3.09

May 3.10
12

Jun 3.10

Julai 3.10

Ogos 3.11

September 3.09

Oktober 3.08

November 3.08

Disember 3.09

Merujuk kepada Jadual 3.2.1, dapat dilihat bahawa purata matawang bagi SGD
mengalami kenaikan pada bulan Januari sehingga bulan Ogos 2021 iaitu daripada 3.04
kepada 3.11. Hal ini adalah disebabkan oleh kerajaan Singapura berhasil dalam
tindakannya yang pantas melalui SOP dan lockdown dalam mengatasi penularan wabak
Covid-19 sehingga dianggarkan bahawa hanya sebanyak 18 orang per hari kes positif
Covid-19 sepanjang bulan Jun 2021 berbanding kes positif Covid-19 negara-negara asia
yang lain yang mencapai sehingga beratus-ratus kes positif. Kes positif Covid-19 di
Singapura mengalami penurunan yang amat tinggi dan berterusan membantu
meningkatkan ekonomi negara itu kerana kecemerlangan kerajaan dalam mengawal
wabak tersebut telah meyakinkan lebih banyak pelabur untuk melabur di negara tersebut.
Disebabkan ini juga, eksport dan import di Singapura menjadi semakin meningkat
menyebabkan matawang SGD semakin baik. Namun, pada bulan September hingga
November 2021, matawang SGD terdapat sedikit penurunan daripada 3.11 pada bulan
Ogos kepada 3.08 pada bulan Disember. Hal ini adalah disebabkan oleh munculnya
gelombang baharu jangkitan Covid-19 yang telah dikesan pada penghujung bulan Ogos
di Singapura. Namun begitu, purata matawang SGD menunjukkan peningkatan semula
kepada 3.09 pada bulan Disember. Hal ini adalah disebabkan ketangkasan Singapura
dalam mengawal gelombang baharu Covid-19 dan pemberian vaksin lengkap kepada
13

kira-kira 80% penduduk di Singapura. Jelaslah, ekonomi Singapura berkembang kukuh


sebanyak 7.6% untuk keseluruhan tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.

3.3 Refleksi: Impak Covid-19 Terhadap Kestabilan Matawang


Sejak 2019, dunia telah dilanda dengan wabak Covid-19 yang banyak
mendatangkan implikasi buruk terhadap sesebuah negara terutamanya dalam sektor
ekonomi. Matawang dunia turut terjejas akibat daripada wabak yang serius ini.
Misalnya, semasa Covid-19 melanda, hampir seluruh dunia menjalankan operasi
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di setiap negara yang dimana tiada lagi
pergerakan bebas dan urusan pelancongan juga dibatalkan. Kesan daripada operasi
ini, aktiviti ekonomi terhad menyebabkan ramai yang hilang pekerjaan. Apabila
ekonomi di negara Malaysia khususnya tidak berjalan, maka akan berlaku kejatuhan
kuasa beli oleh masyarakat dan secara tidak langsung menjejaskan kestabilan
matawang negara.
Bukan itu sahaja, covid-19 ini memberi implikasi negatif terhadap kestabilan
matawang apabila tiada lagi pelabur asing yang ingin melabur di sesebuah negara.
Hal ini demikian kerana, ekonomi di sesebuah negara tersebut merudum dan tidak
berlaku proses dagangan, import dan eksport serta pertumbuhan ekonomi yang
lemah. Para pelabur sudah pastinya menginginkan keuntungan dan pulangan daripada
negara yang dilabur serta mereka juga sudah pasti ingin mengelak daripada pelaburan
yang berisiko. Pertumbuhan ekonomi yang lemah akan menyukarkan pelabur untuk
melabur walaupun sedikit. Oleh itu, ia memberikan penekanan terhadap kestabilan
matawang yang berpotensi untuk jatuh berbanding mata wang negara lain yang
menerima pelaburan yang tinggi.

3.4 Refleksi: Impak Politik Semasa Terhadap Kestabilan Matawang


Ketidakstabilan politik memberi impak negatif yang besar terhadap kestabilan
matawang. Politik yang mengalami masalah dan tidak stabil menjadi satu faktor
kepada pengurangan jumlah pelabur yang secara tidak langsung ia menjejaskan
kestabilan matawang. Kerajaan dan dasar yang diperkenalkan oleh mereka yang
sering bertukar memberi kesan kepada pelaburan khususnya. Pemerintahan kerajaan
14

baharu mungkin lain dengan kerajaan yang sebelum apabila mereka ini telah
mewujudkan dasar-dasar baharu yang memberi implikasi negatif kepada sektor
ekonomi. Misalnya, perletakkan cukai yang tinggi dalam segala urusan. .Kesan
daripada isu ini adalah ia menyebabkan para pelabur lari dan memilih untuk tidak
melabur di negara tersebut. Kejatuhan nilai matawang yang tidak stabil akan mula
berlaku apabila perkara sebegini terjadi.
Contoh yang dipetik dari artikel adalah isu yang sama berlaku di Egypt. Kadar
mata wang dan perubahan turut berlaku pada Egyptian Pound (EGP) sepanjang
peristiwa ‘Arab Spring’ di Mesir selama 3 tahun. Pada 25 Januari 2011, tiada
perubahan yang berlaku ke atas mata wang EGP (0.00%) kerana serangan daripada
kumpulan protes terjadi pada 28 Januari 2011. Setelah serangan dijalankan, kadar
mata wang EGP tidak mengalami perubahan iaitu 0.00% selama 9 hari. Pada 10
Februari 2011, kadar mata wang menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 0.01%
dan menurun kepada 0.00% sehingga 20 Februari 2011. Pada 22 November 2012,
terdapat penurunan pada perubahan kadar mata wang iaitu sebanyak -0.15%
disebabkan oleh kumpulan protes yang semakin agresif membuatkan kerajaan
semakin goyah. Pada 3 Julai 2013, perubahan mata wang meningkat dengan tinggi
iaitu 0.14% kerana pentadbiran yang gagal membanteras protes tersebut berjaya
digulingkan dengan kuasa tentera. Secara purata keupayaan mata wang EGP untuk
menurun dan meningkat selama 3 tahun adalah 0.000199. Nilai purata yang kecil
membuktikan bahawa ekonomi negara Mesir pada waktu itu berada di tahap yang
sangat lemah berpunca daripada kedudukan politik yang tidak kukuh. Contoh isu
diatas yang dirujuk adalah berpunca daripada politik yang tidak stabil yang
menjejaskan kestabilan nilai matawang negara.

3.5 Refleksi: Impak Polisi Kerajaan Dalam Mengawal Kestabilan Matawang


Polisi kerajaan memainkan peranan penting terhadap ekonomi negara
khususnya status matawang. Jika polisi kerajaan itu sendiri yang sering berubah dan
tidak tetap, maka kadar nilai matawang negara itu akan rendah bergantung kepada
faktor polisi tersebut. Andai kata polisi kerajaan di sesebuah negara itu tidak tetap dan
sering berubah sehingga mengalami masalah dalam pemerintahan, maka status
15

matawang akan merudum dan terus jatuh. Hal ini kerana para pelabur asing
mengambil keputusan untuk tidak melabur lagi di negara tersebut. Polisi yang
bertukar sudah tentu menjejaskan ekonomi negara itu. Para pelabur tidak mahu
mengambil risiko yang tinggi untuk terus melabur di negara yang ekonominya tidak
stabil, pertumbuhan ekonomi lemah, urusan import dan eksport rendah dan
sebagainya. Oleh itu, polisi kerajaan yang tetap dan telus memberi impak kepada
kestabilan matawang negara jika ianya tidak bertukar-tukar tanpa polisi yang jelas.
Jika adanya campur tangan pertukaran wang asing dalam isu ini, sudah tentu kerajaan
mampu mempengaruhi dan menstabilkan nilai matawang melalui urusan penjulan
matawang sendiri dalam pertukaran matawang asing.
Sebagai langkah untuk mengatasi masalah kestabilan matawang ini, pihak
kerajaan perlu melaksanakan beberapa langkah untuk meningkatkan dan menaikkan
semula nilai matawang negara. Sebagai contoh, kerjaan di Malaysia
bertungkus-lumus menjalinkan kerjasama dan membawa masuk pelaburan asing yang
lebih banyak dari beberapa negara di Asia termasuk China. Insentif ini dilakukan bagi
menstabilkan semula ekonomi negara yang merudum sebelum ini. Bukan itu sahaja,
kerajaan juga mengawal perbelanjaan negara dengan teliti bagi mengelakkan beban
hutang yang tinggi serta memastikan pertumbuhan ekonomi negara semakin maju dan
aktif. Usaha yang dilakukan ini akan menyakinkan para pelabur untuk terus melabur
di Malaysia.
16

4.0 KAJIAN KEMUNGKINAN


4.1 Cabaran Terhadap Cadangan Menjalankan Pelaburan
Pada tahun 2020, umum mengetahui pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
telah membuat pengumuman secara rasmi bahawa penularan wabak Covid-19 ini
telah menjadi pandemik di seluruh dunia apabila lebih 118,000 orang dijangkiti di
110 buah negara di seluruh dunia. Pengumuman secara drastik ini telah
mengakibatkan para pelabur membuat penjualan saham secara panik yang
mengakibatkan pasaran saham global jatuh merudum serta merta. Hal ini secara tidak
langsung telah memberi kesan yang signifikan kepada sesebuah negara terutamanya
sektor aktiviti ekonomi yang hamper lumpuh semasa penularan wabak ini berlaku.
Pelaksanaan dasar ‘stay at home’ atau ‘lockdown’ di seluruh dunia telah
mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi global yang menjadi satu cabaran
kepada aktiviti ekonomi seperti pelaburan. Selain itu, penularan wabak Covid-19
ditambah pula dengan isu pencerobohan Rusia keatas Ukraine telah memburukkan
lagi kesan pandemik Covid-19 terhadap aktiviti pelaburan sehingga berlakunya
peningkatan kadar inflasi apabila kos makanan dan petrol naik melambung tinggi
menjejaskan pemulihan ekonomi. Akhir sekali, keadaan ekonomi yang tidak stabil
juga turut menjadi cabaran kepada kelangsungan aktiviti pelaburan di seluruh dunia.

Kemelesetan ekonomi kebiasaannya ditakrifkan sebagai satu fasa kemerosotan


yang berlaku secara berterusan di mana aktiviti ekonomi tergendala serta berlakunya
penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara.
Kemelesatan ekonomi atau aktiviti ekonomi yang menguncup ketika penularan
Covid-19 ini berlaku kesan daripada pelaksanaan dasar ‘stay at home’ yang
mengakibatkan kebanyakkan sektor ekonomi seperti sektor pelancongan, hiburan dan
peniaga-peniaga tidak dapat beroperasi seperti sedia kala mengakibatkan sumber
pendapatan masyarakat terjejas. Kesannya, kuasa beli pengguna menurun kerana
mereka mula menghadkan jumlah perbelanjaan mereka akibat daripada sumber
pendapatan yang terjejas bagi mengelakkan masalah kewangan sehingga
mengakibatkan permintaan terhadap barang dan perkhidmatan berkurangan. Selain
itu, penutupan sempadan dan sekatan ke atas perjalanan antarabangsa mewujudkan
ketidaktentuan dalam pasaran kewangan dan pelaburan membuatkan pelabur
17

teragak-agak untuk mengambil risiko dalam pasaran asing kerana berlakunya


penurunan eksport dan import yang jelas sekali merugikan . Hal ini menjadi satu
cabaran kepada pelabur kerana kemelesetan ekonomi yang berlaku ini mempengaruhi
pasaran kewangan untuk cenderung merundum.

Selain itu, penurunan tingkat harga barangan dan perkhidmatan secara berterusan
atau juga dikenali sebagai inflasi negatif atau deflasi turut menjadi cabaran kepada
aktiviti pelaburan. Secara umumnya, deflasi berlaku apabila pengurangan permintaan
terhadap barangan di pasaran berlaku dalam tempoh yang panjang di mana pelanggan
menunggu penurunan harga mereka selanjutnya menangguhkan aktiviti pembelian
dan penggunaan yang menghalang seluruh kitaran ekonomi sehingga memberi kesan
kepada firma untuk menurunkan harga barang agar dapat meningkatkan kembali
permintaan terhadap sesuatu barangan. Kesan daripada deflasi ini firma terpaksa
menanggung kerugian sehingga terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan perniagaan
dengan membuang pekerja. Rentetan daripada itu, pendapatan yang lebih rendah
boleh menjejaskan pendapatan pelaburan dan dividen yang diterima oleh pemegang
saham. Senario penurunan tingkat harga barangan atau deflasi ini menyebabkan
pelabur berisiko tinggi untuk mengalami kerugian sehingga mengakibatkan mereka
mengelak daripada membuat pelaburan akibat daripada kejatuhan harga aset dan
pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

4.2 Cadangan Keberkesanan Pelaburan


Penularan wabak Covid-19 yang menjadi pandemik di seluruh dunia telah
menjadi salah satu peristiwa besar yang menjadi punca kepada berlakunya
kegawatan ekonomi. Pandemik Covid-19 yang melanda ini telah memberi impak
yang besar kepada kegiatan ekonomi di seluruh dunia sehingga menjejaskan
kehidupan seharian masyarakat. Oleh yang demikian, antara langkah yang boleh
diambil untuk memastikan keberkesanan kegiatan pelaburan berjalan seperti sedia
kala adalah dengan membuat analisis dan penyelidikan yang mendalam sebelum
18

melabur, menetapkan matlamat dan membuat perancangan yang jelas serta


mempelbagaikan portfolio pelaburan.

Menjalankan penyelidikan dan analisis yang mendalam sebelum melabur


adalah salah satu komponen yang penting untuk mengetahui tentang instrument
pelaburan yang sedang dipertimbangkan. Penyelidikan ini dilakukan bagi meneliti
asas-asas syarikat yang ingin dilaburkan agar dapat membuat keputusan yang lebih
bermaklumat selain mengenalpasti kesesuaian syarikat dengan minat, risiko dan
sasaran pelaburan masing-masing. Selain itu, hasil analisis yang dibuat juga
membantu pelabur untuk memahami potensi pertumbuhan, mengenalpasti risiko dan
prospek jangka panjang serta mengelakkan pelabur daripada terpedaya dengan
promosi yang ditawarkan pelabur tidak berlesen. Pemahaman pelabur tentang konsep
dan strategi pelaburan boleh ditingkatkan dengan membaca buku, menghadiri
seminar atau berunding dengan pakar kewangan serta membuat fundamental analisis.
Fundamental analisis adalah tinjauan terhadap maklumat kewangan bagi mengetahui
kedudukan kewangan syarikat dan prestasinya supaya pelabur dapat mengetahui
adakah syarikat tersebut mempunyai sumber yang cukup untuk berkembang dan
mempunyai modal yang cukup untuk melabur dalam projek baru. Antara empat ratio
fundamental analisis yang boleh dilakukan pelabur adalah ‘Gross Profit Margin’
yang digunakan untuk mengukur hasil syarikat daripada pendapatan yang diperoleh,
‘Earning Per Share’ yang memberi maklumat kepada pelabur potensi syarikat itu
untuk memperoleh pendapatan dan pulangan yang mencukupi kepada pelaburnya,
‘Return On Equity’ digunakan untuk mengenalpasti tahap pulangan yang akan
diperoleh bagi setiap RM1 modal yang dilaburkan dalam syarikat dan akhir sekali
Price Earning Ratio (PE) yang menunjukkan nilai yang pelabur sanggup bayar untuk
memperoleh pendapatan dalam syarikat.

Seterusnya, langkah yang boleh diambil pelabur untuk melakukan pelaburan yang
berkesan adalah dengan menetapkan matlamat dan merancang dengan jelas sebelum
melakukan pelaburan. Hal ini demikian penting kerana setiap pelabur mempunyai
matlamat kewangan dan toleransi risiko yang berbeza. Antara perkara yang perlu
dilakukan ialah menetapkan matlamat kewangan sama ada berintensifkan
19

pertumbuhan modal jangka panjang, pendapatan pasif, persaraan atau matlamat lain
serta menilai tahap risiko pelaburan dengan baik sebelum menyusun strategi serta
mengetahui tahap risiko yang ingin ditanggung supaya dapat menyesuaikan portfolio
pelabur mengikut toleransi risiko .

Akhir sekali, mempelbagaikan bentuk atau portfolio pelaburan bagi


mengurangkan risiko pelaburan kerana kerugian tersebut dapat dikurangkan melalui
bentuk pelaburan yang dipelbagaikan. Kepelbagaian portfolio pelaburan mampu
membantu melindungi portfolio daripada ketidakstabilan pasaran yang mengalami
turun dan naik apabila dikaitkan dengan aset atau sektor tertentu serta pergerakan
pasaran yang mendadak. Antara bentuk-bentuk pelaburan yang boleh disertai ialah
pelaburan tunai dan faedah tetap, bon, Dana Unit Amanah, Dana Amanah Pelaburan
Hartanah (REIT), saham dan hartanah. Kepelbagaian bentuk pelaburan merupakan
salah satu cara yang terbaik untuk melaksanakan pelaburan yang berkesan. Namun
begitu, segala keputusan ini haruslah dibuat berdasarkan kefahaman dan pengetahuan
sendiri kerana setiap pelabur mempunyai tahap toleransi risiko dan matlamat
kewangan yang berbeza.
20

5.0 PENUTUP
Secara kesimpulannya, pandemik Covid-19 yang melanda negara telah
memberikan kesan buruk terhadap status matawang negara. Hal ini dikatakan demikian
kerana apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan secara
berperingkat telah memberikan beberapa kesan buruk terhadap status ekonomi negara.
Antara kesan buruk yang terjadi adalah sebahagian masyarakat kehilangan pekerjaan
tetap mereka kerana syarikat-syarikat perniagaan di Malaysia telah berhadapan dengan
masalah kurang perbelanjaan syarikat. Perkara ini telah menyebabkan berlakunya
masalah pengangguran sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Selain itu, masalah
kesihatan masyarakat juga turut terjejas ekoran tempoh PKP yang dilaksanakan selama
dua tahun. Hal ini dikatakan demikian kerana sepanjang tempoh PKP dilaksanakan,
kebanyakan masyarakat tidak dibenarkan keluar rumah kecuali untuk membeli barang
keperluan rumah serta tidak dibenarkan merentas negeri. Tambahan lagi, sebahagian
besar masyarakat telah diberhentikan kerja semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
berlaku dan menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan kerana kehilangan
pekerjaan tetap dan tidak mampu untuk menyara keluarga.
Di samping itu, status mata wang negara juga jatuh merundum semasa berlakunya
pandemik Covid-19. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak kerajaan telah
melaksanakan beberapa langkah untuk membendung penyebaran wabak Covid-19 ini.
Antara langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah penutupan sempadan negara,
industri pelancongan dan perkhidmatan penerbangan ditutup semasa berlakunya Perintah
Kawalan Pergerakan dan sebahagian perniagaan peruncitan terpaksa ditutup. Perkara ini
telah memberikan kesan terhadap ekonomi negara pada tahun 2019 dan tahun 2020.
Ekonomi negara mula meningkat semula pada pertengahan tahun 2021 dan tahun 2022 di
mana, pihak kerajaan telah menyusun semula bajet 2022 dengan teliti. Pada April 2022,
kerajaan telah membuka semula sempadan negara namun rakyat masih perlu untuk
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pembukaan semula sempadan negara sedikit sebanyak menaikkan semula ekonomi
negara.
21

5.1 Refleksi Impak Pandemik Covid Dan Geo Politik Keatas Matawang Dunia
Pandemik Covid-19 yang melanda di Malaysia telah menimbulkan beberapa
kesan buruk kepada negara dan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana
masalah pemberhentian kerja oleh majikan terhadap pekerja telah menimbulkan
masalah pengangguran dan masalah kesihatan kepada masyarakat. Penutupan sektor
ekonomi juga telah menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh selama dua tahun lamanya.
Pandemik ini bukan sahaja memberikan kesan kepada status matawang dunia,
malahan ia turut memberi kesan terhadap hubungan politik antarabangsa. Misalnya,
masyarakat Amerika Syarikat (AS) telah membuat keputusan untuk mengundi Joe
Biden sebagai Presiden AS yang baharu kerana Donald Trump gagal mengawal
wabak Covid-19 dan menyebabkan ekonomi AS jatuh merundum dan semakin ramai
masyarakat yang terkesan dengan wabak tersebut.
22

RUJUKAN

Andi Triawan. 2023. Dampak Covid-19 Terhadap Perkonomian di Negara Singapura. Vol. 11,

no. 1, pp. 1-12, http://repo.unida.gontor.ac.id/2094/1/477-2427-1-PB.pdf.

Anon. (2017). World Bank. https://www.worldbank.org/en/country/singapore/overview.

Bangi, Nadi. “Kesan Coronavirus Terhadap Ekonomi Global Dan Malaysia.” Nadibangiukm, 2

Jan.2021,www.nadibangiukm.com/post/kesan-coronavirus-terhadap-ekonomi-global-dan-malays

ia.

Eton Khir. 2022. Melabur dengan bijak, fahami risiko pelaburan.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/melabur-dengan-bijak-fahami-risiko-pelaburan-377

405 [8 Julai 2023]

Johns Hopkins University Center for Systems Science and Engineering (JHU CSSE). (2023,
June 21). Coronavirus Resource Center. Retrieved from https://coronavirus.jhu.edu/

Ketidakstabilan, Pengaruh, et al. Jurnal Personalia Pelajar, vol. 24, no. 2, pp. 181–188,

www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2022/05/Artikel-2_Dr-Wong-Wai-Yan_FEP-2.pdf.

Nadeyya Rahmat. 2018. Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Nak Mula Melabur.

https://www.majalahlabur.com/pelaburan/perkara-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-memulakan-pel

aburan/ [8 Julai 2023]


23

Nations, U. (2023). Human Development Index. Human Development Reports.


https://hdr.undp.org/data-center/human-development-index#/indicies/HDI

O’Neill, A. (2023). United States - Share of global gross domestic product (GDP) 2028 | Statista.
Statista; Statista.
https://www.statista.com/statistics/270267/united-states-share-of-global-gross-domestic-product-
gdp/#:~:text=In%202021%2C%20the%20United%20States,purchasing%20power%20parity%20
(PPP)

Our World in Data. (2023, June 21). COVID-19 cases. Retrieved from
https://ourworldindata.org/covid-cases

Singapore Department of Statistics: (2022) https://www.singstat.gov.sg/: The official source of


population statistics for Singapore.

Singapore GDP - 2022 Data - 2023 Forecast - 1960-2021 Historical - Chart - News. (2022).
Tradingeconomics.com. https://tradingeconomics.com/singapore/gdp

Topic: GDP of the United States. (2022). Statista; Statista.


https://www.statista.com/topics/772/gdp/#topicOverview

U.S. Census Bureau: (2021) https://www.census.gov/popclock/: The official source of


population estimates and projections for the United States.

World Health Organization (WHO). (2023, June 21). Coronavirus disease (COVID-19)
dashboard. Retrieved from https://covid19.who.int/

Worldometers. (2023, June 21). Coronavirus. Retrieved from


https://www.worldometers.info/coronavirus/ Wright, Gavin, and Jesse Czelusta,
"Resource-Based Growth Past and Present", in Natural Resources: Neither Curse Nor Destiny,
ed. Daniel Lederman and William Maloney (World Bank, 2007)
24

LAMPIRAN

You might also like