You are on page 1of 11

Pendahuluan Mengenai Perihal Brexit

Brexit satu istilah yang biasa digunakan oleh United Kingdom keluar daripada Kesatuan
Eropah. Berikutan undi referendum pada tahun 2016 untuk meninggalkan kesatuan tersebut,
kerajaan UK memulakan proses mengeluarkan negara daripada kesatuan pada 29 Mac 2017
yang telah dirancang secara terperinci dan bakal berkuat kuasa pada April tahun ini iaitu tahun
2019.

Pada bulan Januari 2017, Theresa May yang merupakan Perdana Menteri Britain telah
mengumumkan pelan 12 yang terkandung perkara-perkara objektif rundingan dan
mengesahkan bahawa kerajaan UK tidak akan mendapatkan keahlian berterusan dalam
pasaran tunggal Kesatuan Eropah. Syarat-syarat untuk mengeluarkan negara dalam kesatuan
masih belum dirundingkan lagi sementara pada masa yang sama UK masih kekal sebagai ahli
penuh Kesatuan Eropah.

UK menyertai Komuniti Eropah (EC) yang merupakan pendahulu EU pada tahun 1973 dan
kemudiannya mengesahkan keahliannya dalam referendum pada tahun 1975. Pada 1970-an
dan 1980-an, pengeluaran daripada EEC telah diperjuangkan terutamanya oleh Parti Buruh dan
tokoh kesatuan sekerja. Dari tahun 1990-an pula, Britain keluar daripada EU lebih
diperjuangkan terutamanya oleh Parti Kebebasan UK (UKIP) yang baru ditubuhkan serta
peningkatan jumlah kerusi yang dipegang Parti Konservatif dalam Parlimen British.

Pengertian “Brexit”

Istilah perkataan Brexit atau pada awalnya, Brixit bermula dari gabungan perkataan ​"British"
dan ​Exit (keluar) yang diperolehi melalui analogi daripada Grexit yang merujuk kepada
pengeluaran negara Yunani dari zon Euro dan mungkin juga Kesatuan Eropah. Istilah "Brexit"
berkemungkinan telah digunakan dahulu untuk merujuk kepada kemungkinan pengeluaran UK
dari EU. Fakta ini telah diolah oleh Peter Wilding dalam blognya iaitu di sesawang EurActiv
pada 15 Mei 2012. Istilah "hard Brexit" ("Brexit keras") dan "soft Brexit" ("Brexit lembut") banyak
digunakan secara tidak rasmi dan difahami bagi menggambarkan hubungan bakal antara UK
dan EU selepas isu keluar daripada kesatuan. Manakala (“Brexit keras”) ia melibatkan
perdagangan UK dengan EU seperti mana-mana negara bukan ahli EU lain di bawah peraturan
Pertubuhan Perdagangan Dunia tetapi tanpa kewajipan menerima pergerakan bebas manusia,
hingga ke tahap lembut yang mungkin melibatkan pengekalan keanggotaan UK dalam pasaran
tunggal EU untuk barangan dan perkhidmatan dan sekurang-kurangnya beberapa pergerakan
bebas manusia mengikut peraturan Kawasan Ekonomi Eropah.

Kesan-Kesan “Brexit”

Pada tahun 23 Jun 2016, sejumlah 51.9% daripada daftar pemilih telah mengundi untuk UK
keluar dari Kesatuan Eropah (EU). Kejatuhan Pound Sterling British telah memecahkan satu
rekod selama 30 tahun dan harga pasangan matawang GBPUSD telah jatuh sebanyak 1780
pips (dari 1.50000 hingga 1.32300). Keputusan pungutan suara dalam masyarakat telah
mengubah kedudukan Euro iaitu dalam pasangan mata wang EURUSD pula, matawang
Eropah telah menurun sebanyak 510 pips (dari 1.14250 hingga 1.09150).

Kesan negatif BREXIT kepada Kesatuan Eropah dan UK :

a. Ancaman kepada Great Britain.

1. Gangguan hubungan perdagangan dengan negara-negara kesatuan bahkan


bukan itu sahaja, malahan negara – negara yang mendapat eksport dari British
juga akan terkesan. Keperluan untuk mewujudkan satu bentuk hubungan
dagangan yang baru adalah penting.

2. Tiada lagi pengaruh ketika membuat keputusan oleh negara strategik kesatuan
Eropah.

3. Risiko kehilangan Scotland dan Ireland Utara yang ingin dijadikan sebagai
struktur United Kingdom telah sebahagiannya didorong oleh keinginan untuk
mempunyai keanggotaan UK dalam Kesatuan Eropah.

4. Meramalkan British mengalami kemelesetan ekonomi yang panjang, kejatuhan


KDNK, penurunan peserta dalam pelaburan, penguncupan tahap gaji dan jumlah
pengangguran akan meningkat.
5. Kejatuhan Pound Sterling dan semua perkara yang berhubung kait dengannya,
ketidakstabilan dalam perbankan dan sektor kewangan negara.

b. Ancaman kepada EU ( Kesatuan Eropah)

1. Kemungkinan ada pembubaran dalam Kesatuan Eropah. Buat kali pertama


semasa kewujudan EU atau pun Kesatuan Eropah, anggota-anggota dalam
negara telah menyatakan berkenaan pemisahan negara, dan ini bukanlah satu
tanda yang baik. Great Britain boleh menjadi satu contoh bagi negeri-negeri lain
yang mana tidak berpuas hati dengan Dasar Brussels (seperti Jerman) atau
wilayah-wilayah yang mempersoalkan berkenaan hal penyekatan mempunyai
asas sejarah seperti (Catalonia, Scotland). George Soros menganggap
pemisahan British itu ialah permulaan kepada penghujungnya untuk Kesatuan
secara keseluruhannya, dan mungkin melibatkan NATO.

2. Percanggahan yang semakin meluas di antara negara-negara anggota EU


terhadap masalah dengan pendatang warga asing atau luar ke dalam negara
dan pembangunan ekonomi yang tidak sama dengan negara anggota apabila
banyak negeri lebih kukuh terpaksa akur kepada negara yang kreditnya, lemah.

3. Kelembapan ekonomi, serta kemerosotan kadar Euro. Kemungkinan


pengurangan dalam penarafan kredit negara-negara anggota.

Kesan positif BREXIT kepada Kesatuan Eropah dan UK :

a. Peluang kepada Great Britain

1. Britain dapat menjalankan dasar ekonomi luar negeri sendiri, termasuk


berkenaan pelarian. Hasilnya dapat meningkatkan tahap keselamatan dan lebih
berkesan dalam mereka memerangi ancaman keganasan dalam negara.

2. Motif-motif kewangan pada 2015 yuran keahlian Great Britain ialah £13 bilion
dan pampasan hanyalah sebanyak £4.5 bilion. Perbezaan yang amat jelas
kelihatan.
3. Satu peluang untuk meningkatkan lebih banyak hubungan-hubungan
menguntungkan dengan negeri-negeri luar daripada EU.

b. Peluang kepada EU atau Kesatuan Eropah

1. Tidak dapat dikenal pasti. Sememangnya, tiada sesiapa pun yg bercakap


tentang akibat positif untuk Kesatuan Eropah.
2. Keadaan Great Britain adalah tidak menepati standard yang tiada sesiapa dapat
memberikan ramalan yang tepat. Kita semua berharap agar senario suram yang
berlaku, terlalu dibesar-besarkan. Walaupun beberapa kumpulan politik di
Perancis, Jerman, Belanda dan beberapa negara menunjukkan niat untuk
mengadakan satu pungutan suara yang serupa.
3. Walaupun amaran Soros yang pesimis, beliau meramalkan pengurangan dalam
kos Pound untuk Dolar mencapai 15-20%, ia tidak mungkin berlaku. Malahan
penurunan 3% telah memaksa pasaran menjadi gementar.

Pihak-pihak yang mahu UK keluar daripada EU

a. Warga Britain sebanyak 50/50 berdasarkan dari tinjauan setelah kajian dalam negara.

b. Parti Bebas dalam UK.

c. Separuh MP dari Parti Konservertif (Parti David Cameron) termasuk 5 menteri kabinet

d. Beberapa wakil Parti Buruh dan DUP.


Pihak-pihak yang mahukan UK kekal dalam EU

a. Warga Britain 50/50 berdasarkan dari tinjauan yang terbaru.

b. Perdana menteri David Cameron

c. Parti Konservatif

d. Parti Buruh, SNP, Plaid Cymru dan Lib Dems

e. Barrack Obama

f. Negara-negara EU sendiri seperti Perancis dan Germany

Kesan-Kesan Brexit kepada Malaysia

Kesan Brexit pada Malaysia sekiranya referandum itu menyebelahi UK keluar dari EU
sebenarnya agak minima. UK secara dasarnya bukanlah negara teratas dalam hubungan
perdagangan dengan Malaysia. Sesetengah CEO-CEO di UK terutamanya dari kelompok
veteran masih lagi merasai kesakitan Serangan Subuh dari Malaysia dan mereka tidaklah
begitu mengutamakan Malaysia dalam hubungan perdagangan atas sentimen tersebut menurut
pendapat peribadi sesetengah pihak.

Namun kita sedia maklum ketika ini nilai pound masih agak tinggi disebabkan nilai tukaran
matawang Euro yang dijadikan sandaran. Sekiranya UK meninggalkan EU adalah diramalkan
nilai pound boleh mencecah nilai Dolar menurut ramalan Ketua Ekonomi IQI Shan Saeed dan
ini sekaligus menguatkan nilai tukaran ringgit ke pound. Apakah kepentingan nilai itu kepada
kita rakyat Malaysia?
Pertamanya dari segi pelancongan. Dari segi nilai tukaran matawang pound yang semakin
menguntungkan anda kini tidak perlu bermimpi lagi ingin pergi melancong ke UK. Nilai
matawang yang rendah adalah antara faktor penarik pelancongan yang kritikal.

Antara penyebab mengapa Greece juga berniat keluar dari EU ialah untuk mengurangkan nilai
matawang dengan sengaja untuk menarik pelancong kembali masuk ke negara mereka kerana
Greece merupakan negara yang mempunyai kebergantungan yang tinggi kepada sektor
perlacongan dalam menjana ekonomi negara. Ini amat kritikal kepada Greece untuk pulih dari
kebankrapan. Kejatuhan matawang pound dilihat bakal menjadi daya penarik kemasukkan
pelancong ke UK.

Dari segi pendidikan juga ianya secara teori menguntungkan rakyat Malaysia. Seperti mana
yang saya sebut di perenggan atas kumpulan pelajar Malaysia ialah antara kumpulan pelajar
terbesar di UK. Nilai tukaran matawang yang meningkat antara pound dan ringgit bakal
menyenangkan hidup mereka. Selain itu ia juga secara teori memungkinkan Kementerian
Pendidikan Malaysia menambah jumlah penghantaran pelajar ke UK dalam tahun-tahun
terdekat yang sekaligus boleh memberi peluang cerah kepada adik-adik kita yang kini di bangku
SPM untuk mendapat peluang yang lebih cerah untuk menuntut di UK.

Dari segi perdagangan juga Malaysia mempunyai peluang untuk meningkatkan perdagangan
dengan UK dalam tukaran matawang pound dan ringgit yang memberi kelebihan kepada sektor
perdagangan Malaysia. Ketiadaan batasan perdagangan dari EU juga memungkinkan Malaysia
meningkatkan hubungan perniagaan antara Malaysia dan UK. UK juga dilihat perlu menjalinkan
lebih jalinan perdagangan di luar EU dan ini boleh dilihat sebagai satu peluang pada Malaysia.

Semua perkara ini masih di peringkat teori dan boleh diperdebatkan. Rakyat Malaysia yang
berkerja di UK misalnya mungkin cenderung menolak Brexit kerana pendapatan mereka boleh
terjejas. Lebih-lebih lagi rakyat kita yang berkerja di syarikat UK yang mempunyai kepentingan
didalam EU. Namun dari segi kepentingan Malaysia setakat ini terutamanya dari segi nilai
matawang Brexit dilihat memberi lebih peluang kepada Malaysia dalam sektor perdagangan,
pelancongan dan pendidikan.
Masa Hadapan Kesatuan Eropah

Pendahuluan EU (Kesatuan Eropah)

Kesatuan Eropah ialah satu pertubuhan serantau yang terbesar di dunia. Terdapat 25 negara
yang terdiri di dalam EU. Negara-negara ahli memindahkan hak-hak penting kebangsaan,
seperti dasar kewangan, pasaran dalam negara, perdagangan luar kepada kesatuan ini.
Walaupun EU kelihatan seperti sebuah kerajaan persekutuan (seperti Amerika Syarikat),
kesatuan ini tidak diuruskan seperti kerajaan persekutuan tetapi berdasarkan "prinsip
subsidiariti".

Masa Depan EU

Gelombang nasionalisme semakin mendapat tempat, ancam kewujudan EU. Selepas pungutan
suara Brexit (Britain keluar daripada Kesatuan Eropah atau EU) yang memperlihatkan
keputusan di luar jangkaan pada tahun lalu dan juga kemenangan Donald Trump di Amerika
Syarikat, bukan sedikit pihak menyatakan kebimbangan tentang sejauh mana berlakunya
kebangkitan parti politik berasaskan populisme di benua Eropah.

Untuk itu tidak menghairankan apabila pilihan raya Belanda dijadikan indikator atau kayu
pengukur menjelang dua lagi pilihan raya yang penting iaitu di Perancis dan Jerman yang dilihat
turut menyaksikan sokongan kuat terhadap golongan berhaluan kiri.

Perancis akan mengadakan pilihan raya pada bulan depan untuk memilih Presiden baharu
dengan menyaksikan National Front yang merupakan parti berhaluan kanan menjangka
sokongan kepadanya dapat dipertingkatkan manakala parti populis, “Alternative for Germany”
(AfG) mungkin memenangi kerusi di Parlimen buat pertama kali dalam pilihan raya pada
September ini.

Sebelum ini, kemenangan Parti Liberal (VVD) pimpinan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte
yang pada awal dibimbangi boleh tewas antaranya akibat pertelingkahan dengan Turki
sehingga menyemarakkan sikap anti pendatang rakyat Belanda, mengatasi pesaing anti-Islam
daripada Parti Kebebasan (PVV), Geert Wilders, menyebabkan banyak pemimpin EU menarik
nafas lega.

Dengan memperoleh 54 peratus undian, Rutte memenangi 32 kerusi daripada 150 kerusi
Parlimen manakala Wilders berada di tempat kedua bersama dua lagi parti, masing-masing
mendapat 19 kerusi.

Wilders yang sering mengeluarkan kenyataan sentimen anti-Islam di Belanda tidak berpeluang
membentuk kerajaan kerana semua parti utama menolak bekerjasama dengan beliau berikutan
tidak mahu mencetuskan konflik perang agama di Eropah.

Ternyata Eropah terselamat buat sementara waktu daripada gelombang nasionalisme yang
dilihat seperti tidak dapat ditolak lagi. Parti arus perdana sememangnya sebelum ini amat
bimbang kerana kekalahan Rutte di Belanda mampu memberikan kesan domino dalam dua lagi
pilihan raya, sekali gus memberi ancaman kepada kewujudan EU.

Kebimbangan pemimpin-pemimpin utama Eropah jelas apabila Presiden Perancis, Francois


Hollande mengalu-alukan kemenangan Rutte yang dilihat sebagai kejayaan yang jelas terhadap
ekstremisme manakala Canselor Jerman, Angela Merkel pula menyambutnya sebagai
keputusan yang baik bagi demokrasi.

Seperti Belanda, parti-parti utama di Jerman dan Perancis diharapkan untuk memperlihatkan
senario politik yang hampir serupa iaitu menyekat kebangkitan parti yang berasaskan
populisme dan anti pendatang.

Di Jerman, parti pembangkang menyalahkan Merkel kerana membenarkan lebih 890,000 orang
pencari suaka masuk ke negara itu dengan banyak kes jenayah melibatkan pendatang berlaku.

Ahli Parlimen Jerman berhaluan kiri, Ulla Jelpke mendesak agar Merkel segera mengambil
tindakan lebih tegas bagi menangani isu berkenaan dan sekiranya tidak diselesaikan, mereka
sendiri akan melakukannya.
Tambahan pula, isu pendatang semakin menjadi perhatian di Jerman apabila lebih 3,000 kes
melibatkan pencari suaka dilaporkan di negara itu pada tahun lalu.

Malah, di dalam kempen pilihan raya terbaharu, parti-parti pembangkang jelas meletakkan isu
pendatang sebagai manifesto utama mereka sekiranya memenangi pemilihan itu kelak.

Keadaan serupa berlaku di Perancis apabila parti berhaluan kiri, Barisan Kebangsaan (NF)
menggesa diadakan pungutan suara berhubung keanggotaan negara itu dalam EU selepas
keputusan Brexit disambut baik.

Parti NF yang juga bersikap anti pendatang dan satu-satunya parti yang menyokong usaha
Britain sebelum ini menyuruh negara-negara di dalam EU supaya keluar daripada badan utama
itu jika mahukan kebebasan.

Jika parti-parti pembangkang di negara anggota EU berjaya memerintah sesebuah negara,


maka tidak mustahil mereka akan mengamalkan dasar tertutup kepada pendatang dan
penduduk Islam yang sedia ada di negara berkenaan akan berada dalam keadaan terancam
meskipun mereka turun menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan
negara-negara dalam EU. Keadaan itu juga menghapuskan kewujudan sebuah masyarakat
Eropah yang majmuk dan juga adil.

Kesan Brexit Terhadap Haiwan

Ketika golongan usahawan dan ahli politik masih berdepan dengan pelbagai ketidaktentuan dan
potensi risiko akibat rundingan Brexit yang belum selesai, kumpulan pengurusan dan penjaga
zoo juga turut berasa bimbang. Kebimbangan itu antara lain melibatkan sekumpulan okapi,
iaitu spesies haiwan dari keluarga zirafah yang semakin jarang ditemui.

Sejumlah 73 ekor okapi, iaitu spesies terancam yang berasal dari Republik Demokratik Congo,
tinggal dalam jagaan zoo di Kesatuan Eropah (EU), di mana peraturan mengenai pergerakan
bebas antara negara selama ini menyokong projek pembiakan haiwan itu. Sekiranya Britain,
yang mempunyai 15 ekor haiwan itu, keluar dari blok EU tanpa perjanjian, ia akan menjejaskan
kesalinghubungan dalam projek tersebut.

"Brexit adalah berita buruk bagi usaha konservasi dan pembiakan. "Sejumlah 15 daripada 73
ekor okapi berada dalam United Kingdom. Anda boleh bayangkan, jika memindahkan 15 ekor
okapi ini, ia akan menjadi tamparan hebat pada populasi yang diusahakan di sini, dan bagi
negara-negara EU lain, ia menjadi lebih teruk.

Dalam Kesatuan Eropah, sekitar 350 buah zoo adalah di bawah naungan Persatuan Zoo dan
Akuarium Eropah (EAZA), yang membenarkan pemindahan haiwan antara negara-negara EU
bagi tujuan pembiakan. Britain pula mempunyai 40 buah zoo dalam persatuan itu, termasuk
Chester yang merupakan zoo terbesar di Eropah.

Namun, EAZA menasihatkan pihak pengurusan zoo supaya segera memindahkan haiwan yang
perlu keluar atau masuk ke Britain, sekiranya Brexit tanpa perjanjian menyeluruh diputuskan.

Perdana Menteri Britain Theresa May kini memperjuangkan versi perjanjian Brexit yang lebih
ringkas di Parlimen dalam usaha mendapatkan sokongan majoriti. Di Britain, bukan hanya
spesies okapi yang terjejas dengan situasi semasa. Gajah juga berdepan nasib tidak menentu.

Mohd Nuhairi Bin Abd Rahman


MPA 18/19
S-SM0075/18

You might also like