You are on page 1of 3

Tarikh :…………………………………….

Lembaran PDPR EKONOMI T5 (Q&A)

TAJUK : 2.2.4 Kesan Tarif, Subsidi dan Kuota terhadap Perdagangan Antarabangsa

2.2.5 Kebaikan dan keburukan sekatan perdagangan antabangsa dan liberalisasi

2.2.6 Blok ekonomi dan perjanjian perdagangan

Soalan : Dengan menggunakan rajah, huraikan kesan pelaksanaan tarif terhadap ekonomi negara
pengimport [10 markah]

JAWAPAN

Tarif ialah cukai import yang dikenakan oleh negara pengimport terhadap negara pengeksport. Rajah
diatas menunjukkan kesan pelaksanaan tarif kepada negara pengimport.
Sebelum PAB, keluk S0S0 bersilang dengan keluk D0D0 dan mencapai keseimbangan pada titik E0.
Harga keseimbangan ialah 0P0 dan kuantiti keseimbangan ialah 0Q0.
Apabila sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa tanpa tarif, penawaran
barangan akan bertambah.Keluk Penawaran akan beralih ke kanan .Berdasarkan rajah diatas,
Selepas PAB,(tanpa tarif) keluk D0 D0 bersilang dengan keluk S1 S1. Keseimbangan baharu akan
tercapai pada titik E1. Harga keseimbangan baharu akan jatuh menjadi P 1.kuantiti kesembangan
baharu akan meningkat menjadi Q1. Jumlah import ialah Q1 Q2
Apabila perdagangan antrabangsa yang dijalankan oleh sesebuah negara dikenakan tarif,
penawaran sesuatu barang akan berkurang. Keluk penawaran akan beralih ke kiri. Berdasarkan
rajah, PAB setelah tarif dikenakan, keluk D0 D0 akan bersilang dengan keluk S2 S2 dan mencapai
keseimbangan baharu selepas tarif dikenakan ialah E 2. Harga keseimbangan akan jatuh dari P 1
kepada P2. Kuantiti keseimbangan juga akan jatuh menjadi Q 3. Kuantiti import ialah Q3 Q4.
Pelaksanaan tarif kepada ekonomi negara pengimport ialah keuntungan pengeluar akan
berkurang. Pengeluar menjadi kurang insentif untuk membuat pelaburan ke luar negara. Tingkat
output sesebuah negara akan berkurang dan akan menyebakan masalah pengangguran meningkat.
Hal ini akan menyebabkan taraf hidup rakyat juga akan merosot Jumlah hasil kerajaan daripada cukai
pendapatan dan cukai barangan akan berkurang. Berdasarkan rajah jumlah hasil kerajaan ialah
AE2GH

SOALAN : Pada pendapat anda, bincangkan kesan apabila Malaysia turut serta dalam blok ekonomi
dan perjanjian perdagangan. [6 markah]

JAWAPAN:
Penglibatan Malaysia dalam blok ekonomi dan perjanjian berdagangan telah mempengaruhi
ekonomi negara. Pada pendapat saya antara kesan negatif yang terpaksa Malaysia hadapi ialah
penyebaran budaya tidak sihat dalam negara. Budaya luar yang tidak sesuai dengan budaya dan adat
resam setempat dapat disebarkan secara berleluasa melalui internet dan televisyen satelit. Generasi
muda yang mudah terikut-ikut dengan budaya luar menyebabkan nilai dan budaya setempat mula
terhakis dan akan menimbulkan keruntuhan nilai akhlak .

Selain itu, masalah lambakan barang dari luar negara juga akan berlaku kesan dari
penglibatan Malaysia dalam blok ekonomi dan perjanjian perdagangan. Sebagai contoh, lambakan
barang murah dari China telah berlaku di Malaysia. Hal ini menjejaskan industri tempatan.
Pengeluaran barang tempatan semakin merosot kerana pengguna sering terdorong membeli barang
yang murah. Ini akan menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan terjejas, wujud masalah
pengangguran, pendapatan isi rumah terjejas dan taraf hidup semakin merosot.

Corak penjajahan ekonomi baharu juga akan wujud kesan daripada perjanjian perdagangan
dan blok ekonomi. Pembukaan pintu ekonomi negara akan memberi peluang kuasa monopoli
syarikat multinasional. Syarikat multinasional asing cenderung untuk mengeksplotasi tenaga kerja
tempatan dengan kadar upah yang murah berbanding beban kerja yang banyak. Sumber ekonomi
negara membangun seperti Malaysia akan dikaut oleh syarikat multinasional asing demi kepentingan
dan keuntungan mereka semata-mata.
Walaupun perjanjian perdagangan dan kesatuan ekonomi ini banyak kesan negatif kepada
negara, terdapat juga kesan positif ekoran dari penglibatan tersebut, antara kesan positif ialah
menggalakkan permindahan teknologi moden dan kepakaran dari negara asing. Menerusi perjanjian
perdagangan, kemasukan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju seperti
Jepun dan German dalam bidang robotik dan automotif dapat membangunkan ekonomi dan tahap
teknologi di Malaysia.

Selain itu, melalui penglibatan dalam perjanjian perdagangan dan kesatuan ekonomi
membolehkan barangan tempatan dipasarkan lebih luas. Era globalisasi yang terbuka telah
memberikan kuasa mutlak kepada kuasa pengguna dalam urusniaga barang dan perkhidmatan.
Penghapusan dasar perlindungan dan sekatan Tarif serta provokasi pasaran telah memberikan
peluang kepada produk tempatan menembusi pasaran negara maju dengan hak yang sama rata.

You might also like