You are on page 1of 2

Fokus kertas 2

Soalan 4

Set 1

Maklumat berikut berkaitan dengan produktiviti.

QE/5S Tingkatkan produktiviti

Kota Bharu 5 Sept. – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pejabat Negeri Kelantan buat julung kali
bekerjasama dengan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) menganjurkan bengkel
praktikal Sistem Pengurusan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) di kolej itu di sini, hari ini.

Program itu telah Berjaya menarik sebanyak 75 peserta dari 15 agensi kerajaan dan swasta di negeri ini
termasuk syarikat besar serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pengarah Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) negeri, Nik Mohd Fahim Muhaimin berkata, bengkel
praktikal pelaksanaan QE/5S penting supaya organisasi terutamanya IKS dapat belajar langkah
meningkatkan produktiviti mereka lebih-lebih lagi dalam berhadapan era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Sumber :www.utusan.com.my

(a) Jelaskan konsep produktiviti tersebut. [4 markah]

(b) Mengapakah bengkel tersebut diadakan? [7 markah]

(c) Peningkatan produktiviti dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mampu meningkatkan ekonomi
negara.
Buktikan. [9 markah]

Set 2

Maklumat berikut berkaitan dengan harga barang di Malaysia pada tahun 2018

Mekanisme kekal harga barang keperluan diperkenal

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mewujudkan satu mekanisme untuk
mengekalkan harga barang keperluan dan menguruskan keseimbangan antara penawaran dengan
permintaan dengan sistematik.

Selain itu, Salahuddin berkata harga barang keperluan menjelang Hari Raya telah menurun berbanding
tahun lepas.

“Contohnya, harga ayam turun kepada RM5-RM6 (satu kg) berbanding dengan lebih kurang RM7
tahun lepas, manakala sayur-sayuran yang ada juga harganya turun sebanyak 50 peratus berbanding
dengan harga tahun lepas.
(a) Jelaskan jenis keanjalan harga penawaran bagi ayam. [4 markah]

(b) Mengapakah keanjalan harga penawaran bagi ayam adalah seperti dijelaskan di bahagian 4(a) di atas? [7
markah]

(c) Bagaimana penurunan harga ayam dan sayur memberi kesan kepada pengguna? [9 markah]
Fokus Kertas 2 Bahagian A (wajib jawab)
1. Terangkan konsep kos lepas firma berdasarkan keluk kemungkinan pengeluaran. [5 markah]

2.

You might also like