You are on page 1of 6

Konsep Merkantilisme, Imperialisme dan Kolonialisme Merkentilisme 1.

Sejak abad ke-16, benua Eropah mengalami perubahan ekonomi dan politik yang pesat. Sistem feudal yang menjadi amalan ekonomi dan politik di Eropah mengalami kemerosotan. Keruntuhan system feudal telah membentuk beberapa buah negara bangsa seperti England, Sepanyol, Portugal, Perancis dan Belanda. 2. Pembentukan negara bangsa dan pembentukan system kerajaan berpusat membolehkan berlakunya percantuman bidang politik dan ekonomi. Kerajaankerajaan di Eropah telah dapat meningkatkan pembinaan system perhubungan yang lebih baik bagi menghubungkan satu wilayah dengan wilayah yang lain. 3. Perkembangan sistem perhubungan ini telah membantu membina sebuah pasaran ekonomi yang tunggal bagi negara-negara berkenaan. Akhir sekali, pelaksanaaan dasar ekonomi yang tinggal menyumbang kepada perkembangan pertanian, industri dan perdagangan. Sektor ekonomi nasional ini dibangunkan dengan matlamat untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekuatan ekonomi negara. 4. Perubahan dan perkembangan ekonomi yang berlaku di Eropah sejak abad ke-16, ada kaitan dengan dasar ekonomi negara-negara berkenaan. Dasar ekonomi yang diamalkan oleh negara-negara Eropah pada abad ke-16 hingga pertengahan abad ke-18 dikenali sebagai merkantilisme. 5. Merkantilisme boleh ditakrifkan sebagai satu sistem campur tangan kerajaan dalam hal ehwal ekonomi negara. Merkantilisme bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan kekayaan negara. Melalui campur tangan secara langsung dalam bidang ekonomi, kerajaan dapat memastikan supaya perkembangan ekonomi yang berlaku seiring dengan matlamat dan kepentingan sesebuah negara bangsa. 6. Mengikut Abdul Ghapa Harun, dasar merkantilisme mempunyai tiga unsur penting. Unsur pertama dasar ialah bersifat nasionalisme.. Hal ini bermaksud, setiap negara perlu membina satu sistem ekonomi yang bersifat kendiri iaitu tidak memerlukan pergantungan ekonomi kepada negara lain. Dengan itu, sesebuah negara dapat mengekalkan kedaulatan, kebanggaan, dan menambahkan kekuatan politik dan kekayaan ekonominya. 7. Untuk mencapai tahap kendiri dalam bidang ekonomi, negara perlu membangunkan ekonominya dalam sektor pertanian dan sektor perindustrian. Dasar ekonomi yang perlu diberi perhatian dan perlindungan ialah sektor perindustrian. 8. Kemajuan dalam bidang ekonomi dapat memenuhi permintaan dalam negara dan mengelakkan pengimportan barangan dari luar. Keupayaan mengeksport hasil sektor industri menambahkan kekuatan ekonomi sesebuah negara. 1
Hasil eksport Nilai eksport Britain pada tahun 1701 ialah enam juta pound meningkat kepada 36 juta pound pada tahun 1801, manakala di Perancis pula, nilai eksport barangannya meningkat lima kali ganda. Peningkat terhadap eksport menyebabkan menyebabkan sektor pembuatan barangan industri menjadi semakin penting dalam ekonomi di Eropah. Di Britain misalnya para saudagar dan pengusaha tekstil terpaksa mengimport beriburibu tenaga pekerja untuk menghasilkan barangan yang diperlukan.
1

9. Unsur kedua dalam merkantilisme ialah paternalisme. Paternalisme bererti kerajaan perlu memainkan peranan yang besar dan secara langsung dalam mengatur aktiviti ekonomi, politik dan sosial rakyatnya. Dengan cara ini. kehidupan rakyat dapat dirangka sesuai dengan kehendak dan matlamat negara. Antaranya termasuklah kerajaan melaksanakan peraturan tentang perkahwinan, aspek berkaitan pertumbuhan penduduk, menentukan kualiti dan kuantiti barang industri, menetapkan harga barang, menetapkan harga upah buruh dan jumlah jam bekerja. Melalui dasar ini, rakyat terpaksa akur dengan aspirasi dan matlamat ekonomi dan politik negara. 10. Unsur ketiga ialah imperialisme. Melalui unsur imperialisme, tanah jajahan menjadi simbol kebanggaan sesebuah negara. Tanah jajahan penting bagi memenuhi keperluan ekonomi negara induknya. Dengan itu, sesebuah negara akan dapat membebaskan diri daripada bergantung kepada negara lain. Justeru, dasar ekonomi yang ketat sangat perlu bagi mengawal tanah jajahan supaya tidak menjalin hubungan perdagangan dengan negara lain. Tanah jajahan juga perlu disekat daripada mengembangkan kegiatan ekonomi yang menyaingi sektor ekonomi di negara induk. Pendek kata, tanah jajahan diwujudkan semata-mata untuk membekalkan keperluan bahan mentah dan menjadi pasaran untuk hasil keluaran industri negara. 11. Selain itu, kerajaan perlu melakukan tiga cara untuk menguasai perdagangan asing iaitu memonopoli keluaran barangan eksport, mengawal pertukaran asing dan mendapatkan imbangan perdagangan yang positif. Fahaman imperialisme biasanya lebih mengutamakan cara ketiga iaitu mendapatkan imbangan pembayaran yang positif. Hampir kesemua negara di Eropah mementingkan imbangan perdagangan yang memihak kepada negara induk. Pengaliran keluar emas dan perak ke luar negara tidak dibenarkan sama sekali. 12. Amalan dasar imperialisme di Eropah mempunyai implikasi khususnya dalam bidang ekonomi yang cukup besar di Eropah. Kesannya yang paling ketara ialah berlakunya revolusi pertanian dan perindustrian di Britain pada abad ke-18 dan negara-negara lain di Eropah. 13. Kesan daripada amalan dasar merkantilisme di Eropah telah mewujudkan persaingan yang sengit di kalangan negara bangsa di Eropah bagi menguasai perdagangan dunia. Setiap negara berlumba-lumba membangunkan industri perkapalan dan persenjataan bagi membolehkan mereka memonopoli perdagangan. 14. Di samping itu, perkembangan perdagangan dalam negeri dan galakan kerajaan telah membuka peluang luas kepada para saudagar di Eropah mengumpul kekayaan yang mereka peroleh dalam perdagangan dalam mahupun luar negeri. 2 15. Amalan merkantilisme di Eropah dikatakan berakhir pada akhir abad ke-18, apabila beberapa orang penulis menekankan bahawa kekayaan negara bukan
Galakan Galakan kepada perniagaan dan perdagangan bebas di dalam negeri mempercepatkan pembentukan sebuah ekonomi pasaran yang bersifat nasional. Manakala pengpusan halangan dalam perniagaan dan perdgangan serta penyeragaman peraturan dan undang yang dilakukan oleh kerajaan menyebabkan berlakunya proses integrasi politik dan ekonomi di kebanyakan negara Eropah. Selain itu pelbagai kemudahan disediakan seperti pemberian subsidi
2

hanya boleh dicapai melalui simpanan emas dan perak. Mereka menyatakan bahawa kekayaan juga boleh dicapai melalui tanah, buruh dan modal. Antara penulis-penulis yang beranggapan sedemikian ialah Adam Smith yang menyarankan ideanya dalam buku Wealth of Nation. Selain Adam Smith, Thomas Malthus dan david Ricardo turut mengkritik dasar merkantilisme kerana bagi mereka, kekayaan negara perlu dinikmati bersama oleh semua rakyat. 16. Pada akhir abad ke-18 juga menunjukkan kelemahan dasar merkantilisme ini leboh ketara apabila Britain sendiri kehilangan 13 koloninya di Amerika Utara pada tahun 1776. 17. Pemberontakan tersebut dikatakan berpunca daripada dasar kejaan Britain yang kurang mengambil berat tentang masalah penduduk tempatan. Pemberontakan tersebut merugikan Britain kerana terpaksa mencari pasaran baru. Imperialisme 1. Secara umumnya, imperialisme bermaksud kecenderungan dan kegiatan sesebuah masyarakat atau negara meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat atau negara lain. Imperialisme menonjolkan sifat-sifat keunggulan (hegomoni) oleh sesuatu bangsa ke atas bangsa lain. 2. Konsep imperialime juga meragkumi gerak perluasan masyarakat atau negara bangsa tertentu untuk membina empayar. Bentuk empayar boleh bersifat tanah jajahan atau memperoleh kedudukan istimewa dalam kegiatan pasaran, penguasaan bahan-bahan mentah dan penindasan terhadap penggunaan buruh. Justru, konsep imperialisme mempunyai kaitan dengan hubungan ekonomi yang tidak seimbang antara dengan rakan perdagangan kecil, besar, miskin dan kaya, yang akan melibatkan pergantungan politik dan ekonomi pihak yang miskin dan kecil kepada negara yang besar dan kaya. 3. Para sarjana membahagikan imperialisme kepada dua bentuk iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru. Imperialisme lama mendukung cita-cita antarabangsa( internationalisme) kerana sesebuah kerajaan akan mengembangkan kawalan dan pengaruhnya ke atas kawasan-kawasan yang diduduki. Cita-cita antarabangsa ini bermula daripada kebanggaan rupa bangsa yang berkembang dalam sesebuah kerajaan tersebut. Ciri-ciri seperti ini wujud dalam perluasan empayar Rom, Perancis semasa Napoleon, Jerman semasa diperintah oleh Charlemagne dan empayar Turki Uthmaniyyah. 3 4. Berbanding dengan imperialisme lama, imperialisme baru tidak berteraskan cita-cita nasionalisme dan antarabangsa. serangan dan penindasan terhadap
Empayar Jepun dan Siam Terdapat juga empayar yang tidak mahu mengenakan pengaruhnya yang ketat terhadap negara jajahannya. Empayar China walaupun memaksa Vietnam menerima banyak unsure China selama penjajahannya, tetapi China tidak mempunyai persamaan bangsa. China menganggap kerajaannya sebagai negara perantaraan antara bumi dan syurga, mempunyai mandat syurga, bertanggungjawab mentadbir dan memajukan orang gasar yang mendiami dunia luar China. Martabat China kekal tinggi daripada bangsa-bangsa lain yang sering kali dianggap sebagai benaung melalui sistem ufti kepada empayar China. Kerajaan Thai juga mengamalkan hubungan bersifat ufti dengan jajahan takluknya. Oleh itu, corak imperialisme China dan Thailand mempunyai sedikit persamaan imperialisme baru terutamanya dalam aspek eksploitasi dan pencerobohan, tetapi persamaan itu terhad kepada aspek tersebut sahaja.
3

bangsa yang lemah menjadi fenomena biasa dalam dasar imperialisme baru. Selain itu kewujudan golongan berkepentingan ekonomi dan agama mendorong kerajaan mereka bertindak melakukan pencerobohan ke atas kerajaan dan bangsa lain. Setelah berjaya mewujudkan empayar, sesebuah kerajaan itu akan mempertahankan ancaman terhadap empayar mereka dari dalam dan luar negeri. Faktor-faktor kepentingan dan persaingan itulah yang menjadi cirri utama imperialisme baru. 5. Imperialisme baru dikatakan bermula pada zaman penjelajahan Barat. Biarpun begitu, terdapat pendapat yang mengatakan imperialisme sebelum 1870, masih bercirikan imperialisme lama kerana kebanyakan perluasan kuasa dilakukan melalui penghijrahan. 6. Selepas tahun 1870-an, imperialisme baru berlaku sepenuhnya. Persaingan sengit antara kuasa-kuasa Barat terus berlaku khususnya untuk merebut tanah jajahan baru di Asia dan Afrika.Persaingan tersebut disebabkan oleh kepentingan golongan kapitalis dan menjaga maruah politik masing-masing. 7. Negara-negara imperialis ingin memperoleh keuntungan daripada negeri yang mereka jajah kerana hasil ekonomi mereka tidak mencukupi. Biasanya negaranegara yang dijajah menghadapi masalah politik dalaman, tidak mempunyai pertahanan yang kuat. 8. Selain itu terdapat kepercayaan bahawa bangsa sendiri lebih mulia daripada bangsa lain seperti bangsa Aryan (Jerman) dan Itali. 9. China dan India menjadi sasaran kuasa-kuasa Barat kerana jumlah penduduk yang ramai mampu mewujudkan potensi pasaran yang luas bagi hasil barangan Barat. 10. Pertambahan kawasan empayar kuasa-kuasa Barat berlaku secara mendadak selepas tahun 1870. Keadaan ini berpunca daripada sebahagian besarnya oleh faktor ekonomi perindustrian. 4 11. Menurut Khazrin Tamrin dan Nabir Abdullah, huraian tentang berlakunya imperialisme dapat dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, huraian yang menunjukkan perkembangan imperialisme berpunca daripada perkembangan yang berlaku di Eropah. Kedua, huraian yang menunjukkan keadaan di kawasan pinggir seperti di Asia dan Afrika yang menjadi punca perluasan imperialisme. 12. Menurut mereka lagi, huraian kategori pertama lebih popular dan teori imperialisme kapitalis adalah satu daripadanya. Kategori pertama ini pula dilelaskan kepada tiga jenis. Jenis pertama menumpukan perhatian kepada peranan ahli politik dan menjelaskan bahawa pengambilan tanah kerana kepentingan politik atau strategi keselamatan. Jenis kedua lebih menumpukan penelitian kepada pandangan awam orang Eropah dan menerangkan bahawa imperialisme adalah berpunca daripada perluapan semangat kebangsaan. Bagi

Perluasan kuasa Jepun Berlainan pula dengan Jepun yang membentuk empayarnya pada tahun 1895 hingga 1945. Sungguhpun terdapat motif ekonomi, namun pembentukan empayar Jepun lebih bertujuan memenuhi keinginan mencapai taraf kuasa besar standing dengan kuasa-kuasa Barat dan kerana aspek ketenteraan. Walaupun cara perluasan empayarnya menyerupai kaedah Barat, iaitu melalui penghijrahan dan pencerobohan, tetapi kedua-dua kaedah itu berlaku dalam tempoh yang cukup singkat.

jenis ketiga pula, berpendirian bahawa bahawa imperialisme berpunca daripada keperluan perdagangan negara-negara Eropah. 13. Teori imperialisme yang menggunakan kawasan pinggir sebagai asas penghuraian menetapkan bahawa penjajahan merebak ke kawasan-kawasan berdekatan (daripada tanah jajahan lama) khususnya pada awal abad ke-19. Perluasan itu dikatakan berlaku kerana tindakan peneroka bangsa Eropah untuk mendapatkan lebih banyak tanah atau tenaga buruh tempatan. 14. Perluasan jajahan juga dihuraikan sebagai berpunca daripada keadaan tidak aman di kawasan jiran sehingga memerlukan percantuman dengan kawasan yang dijajah bagi mewujudkan keadaan yang lebih terjamin. 15. Perluasan itu juga boleh berlaku daripada peranan mubaligh agama, peladang Eropah, pencari buruh dan pengembara Eropah. 16. Pada akhir abad ke-19, wujud pula semangat kapitalisme telah menjadi penggerak utama kepada kolonialisme. Fahaman kapitalisme dan imperialisme inilah yang mencorakkan sejarah dunia khususnya di negara-negara Asia termasuk Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.

Kolonialisme 1. Secara umumnya istilah kolonialisme mempunyai dua pengertian. Pertama, bermaksud proses sesuatu kuasa mendapatkan kawasan petempatan baru melalui kaedah penaklukan dan penghijrahan. Kaedah penaklukan bererti perluasan penaklukan melalui tindakan ketenteraan. Kaedah penghijrahan pula bererti perpindahan rakyat sesebuah negara ke kawasan yang belum diterokai atau didiami orang lain seperti penghijrahan rakyat British ke Australia, dan Amerika Syarikat. Oleh itu para penghijrah mengekalkan hubungan dan menerima kuasa pemerintahan British. Kawasan tersebut juga merupakan sebahagian daripada tanah jajahan British. 5 2. Pengertian kedu pula, kolonialisme merujuk kepada dasar melalui aktiviti imperialisme. Apabila disebut kolonialisme, terjelmalah kefahaman tentang masalah penindasan, penghinaan atau eksploitasi yang dilakukan oleh kuasakuasa imperialis Barat terhadap penduduk peribumi. 3. Koloni merupakan negeri, tanah jajahan yang ditakluk oleh sesebuah kuasa asing dan berada di luar sempadan negara asal atau negara induk. Biasanya koloni merupakan kawasan yang kurang maju dan terletak jauh daripada negara induk.Bagaimanapun koloni yang dijajah memiliki bahan-bahan mentah yang banyak. 4. Oleh itu negara induk menjangka akan menerima bahan-bahan mentah dari koloni dan koloni pula akan merima barang-barang kilang dari Eropah. Pada
Pandangan sarjana tentang kolonialisme Evans dan Newnham menyatakan kolonialisme melibatkan pertapakan kuasa asing, pemerintahan sebuah kuasa luar ke atas masyarakat golongan bawahan dan pemisahan golongan bawahan daripada golongan pemerintah. Rakyat asing mendominasikan politik dan ekonomi negara berkenaan menyebabkan ketidakseimbangan kaum dan kebudayaan. Kolonialisme akan memisahkan pusat kota metropolitan bagi menguatkan kekuasaan koloni dan menindas golongan bawahan.
5

masa yang sama, negara-negara di Asia Tenggara yang dijajah menerima banyak model tanaman dagangan yang diusahakan untuk kepentingan penjajah. 5. Melalui dasar kolonialisme, satu bentuk pemerintahan telah dilaksanakan sama ada melalui paksaan atau secara aman. Penaklukan dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Pada mulanya, kuasa-kuasa Barat membeli barang-barang daripada pemerintah tempatan. Untuk memastikan bekalan barangan boleh didapati secara tetap, kuasa-kuasa Barat itu mula campur tangan dalam pentadbiran negara berkenaan dan seterusnya menjadikan negara tersebut sebagai tanah jajahan. 6. Setelah menguasai bidang politik (pemerintahan), kuasa-kuasa Barat cuba memisahkan masyarakat golongan bawahan daripada golongan pemerintah. Golongan pemerintah adalah golongan minoriti yang terdiri daripada kolonial. 7. Di Asia Tenggara, kolonialisme dikaitkan dengan kemasukan golongan imigran bagi merealisasikan hasrat penjajah untuk menguasai hasil bumi koloni dengan cepat dalam dalam kuantiti yang banyak. Kedatangan imigran dari China di Indonesia dan Filipina serta imigran India ke Myanmar jelas menunjukkan sikap rakus penjajah untuk menguasai hasil bumi negara-negara yang dijajah. 8. Kolonialisme berkembang pesat sebelum Perang Dunia Pertama (1914-1918). Pihak penjajah mula menguasai pelabuhan-pelabuhan strategik dan jalan perdagangan utama pada masa itu. Modal yang dimiliki saudagar mewujudkan pasaran baru dan perkembangan ini menggalakkan pengeluaran barangan serta meningkatkan persaingan bagi menguasai bekalan bahan mentah. 9. Selepas Perang Dunia Kedua (1945), konsep dan pelengamalan kolonialisme mula ditentang oleh penduduk tempatan. Jepun dan sekutunya telah menanam semangat bencikan penjajahan. Keadaan ini menimbulkan kesedaran kebangsaan apabila Jepun mengalahkan kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara. 10. Gerakan antiimperialisme dan antikolonialisme dikenali sebagai gerakan kebangsaan atau nasionalisme yang melihat penindasan atau eksploitasi yang tidak memberikan apa-apa keistimewaan atau hak kepada penduduk tempatan cuba dihapuskan.

You might also like