You are on page 1of 15

AJ10203 SEJARAH

SABAH & SARAWAK


(1841-1963)

Profesor Madya Dr. Bilcher Bala

Program Sejarah
Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah

KULIAH 2: KEDATANGAN DAN PENEROKAAN BARAT (1500-1841)

Sejak pertengahan abad ke-18, berikutan khususnya dari Revolusi Perusahaan,


kuasa-kuasa Eropah melancarkan penjajahan kawasan yang lebih besar dari
tempoh sebelum itu. Walau bagaimanapun pertambahan kawasan jajahan dari
kesan imperialisme yang muncul sejak tercetusnya Revolusi Perusahaan dan
peristiwa-peristiwa penting lain sejak pertengahan abad ke-18 di Eropah hingga
tahun 1870 tidaklah begitu luas. Sebaliknya selepas tahun 1870 pertambahan
kawasan jajahan yang diperolehi oleh kuasa-kuasa Barat berlaku dengan besar
dan mendadak sekali. Beberapa sebab menjadi punca kepada pertambahan
yang demikian. Pertama, kemunculan Jerman khususnya sebagai sebuah kuasa
baru selepas bebas dari kongkongan Perancis memperhebatkan persaingan
antara kuasa-kuasa Barat untuk meluaskan pengaruh mereka di luar kawasan
Eropah. Mereka berlumba-lumba meluaskan empayer kerana mahu memperbaiki
status negara masing-masing disamping keinginan mendapatkan kawasan
bahan-bahan mentah yang diperlukan oleh perindustrian negara mereka.

Kedua, revolusi perusahaan yang berlaku di Eropah telah mencetuskan masalah-


masalah baru seperti pertambahan penduduk, perpindahan penduduk ke bandar
sehingga menjejaskan kegiatan pertanian, pemeliharaan binatang dan
pertukangan serta perlombongan. Justeru itu kerajaan-kerajaan di Eropah perlu
mendapatkan bahan makanan dan bahan mentah dengan harga yang murah
dari luar Eropah bagi memastikan kilang-kilang mereka berjalan lancar dan tidak
berlaku pengangguran serta kekurangan bahan makanan. Sebaliknya kepesatan
pengeluaran barang-barang dari kilang-kilang melebihi dari keperluan dalam
negara mereka sendiri sehingga pasaran baru yang lebih luas dikehendaki.
Gabungan kedua-dua keperluan ini memaksa kuasa-kuasa Eropah mendapatkan
lebih banyak kawasan pengaruhnya.

Ketiga, revolusi perusahaan juga membawa keuntungan kepada para pengusaha


kilang, perkapalan dan perniagaan sehingga mereka mempunyai lebihan modal.
Sejak pertengahan abad ke-19, para pengusaha ini semakin yakin untuk melabur
ke luar Eropah kerana pengetahuan mereka tentang kawasan luar semakin baik.
Syarikat-syarikat perniagaan dan perusahaan baru semakin giat meneroka
bidang-bidang pengeluaran tanaman dan galian di Asia. Kesanggupan syarikat-
syarikat itu untuk bergiat di kawasan ini berpunca daripada beberapa sebab.
Diantara sebab utama ialah wujudnya sistem hubungan yang semakin baik
melalui perkhidmatan kapal wap dan telegraf. Pembukaan Terusan Suez pada
tahun 1867 meningkatkan lagi kemudahan perhubungan antara Asia dan Eropah.

Keempat, wujudnya ciptaan baru saintifik yang menggunakan bahan-bahan


mentah yang dahulunya tidak begitu diketahui faedahnya. Contohnya,
penciptaan automobil yang menggunakan petroleum dan tayar getah
menyebabkan kedua bahan itu menjadi penting.

Kelima, kemajuan teknologi perkilangan, pengangkutan dan ketenteraan,


disamping kemajuan sains, perubatan, pendidikan dan pentadbiran
meningkatkan lagi rasa bangga orang-orang Eropah terhadap peradaban
mereka. Keadaan ini menebalkan lagi keyakinan bahawa peradaban Barat,
termasuk budaya dan agamanya adalah baik untuk seluruh dunia.

Faktor lain yang tidak kurang pentingya ialah kegagalan negara-negara utama di
sebelah timur seperti India dan China mempertahankan diri dari penjelajahan
kuasa-kuasa Barat meningkatkan keyakinan kuasa-kuasa Barat tentang keutuhan
dan ketinggian peradaban mereka dan menawarkan kepada mereka potensi
ekspoiltasi ekonomi yang besar. Di Asia Tenggara, khususnya, kejayaan kuasa
imperialis mengukuhkan kedudukan dan pengaruh politik adalah dengan cara
turut campur tangan dalam sengketa antara pembesar setempat. Kebanyakan
pemimpin di Asia Tenggara pada kurun ke-19 tidak memahami tentang keadaan
dunia luar. Raja-raja Burma misalnya tidak memahami tentang hakikat kekuatan
tentera British, apabila menghadapi British di India. Burma terlalu yakin dengan
kekuatan sendiri apabila mempertahankan kedaulatan negara mereka daripada
pencerobohan British. Akhirnya Burma kalah kepada pihak British. Kesilapan
yang sama dilakukan oleh pemerintah Vietnam, apabila negara tersebut
membuat hubungan dengan Perancis. Sebaliknya, bagi para pemimpin setempat
yang cepat sedar tentang bahaya imperialisme Barat, dapat mengambil langkah
yang sesuai bagi menghindari penguasaan kuasa Barat. Kejayaan Raja Mongkut
dan Chulalongkorn mengekalkan kemerdekaan negara Thai membuktikan
bahawa ancaman Barat boleh dikawal. Mereka berjaya menjaga kepentingan
Thai kerana mereka memahami keadaan yang sebenar tentang matlamat dan
kepentingan kuasa-kuasa Barat.

Kesemua faktor-faktor tadi membantu mempertingkatkan kegiatan kuasa-kuasa


Barat untuk meluaskan empayer masing-masing terutamanya selepas
pertengahan abad ke-19. Perkembangan baru ini menyebabkan kegiatan
peluasan kawasan jajahan dikenali sebagai imperialisme baru. Oleh kerana
kebanyakan faktor-faktor tadi bersabit dengan kepentingan ekonomi, maka apa
yang dicetuskan ialah pembentukan ekonomi yang bersifat menyeluruh ke
serata penjuru dunia (global).

PERSAINGAN
Perkembangan yang berlaku di Eropah sejak akhir abad ke-18, terutamanya
akibat Revolusi Perusahaan menggalakkan kuasa-kuasa Barat melakukan
peluasan kawasan bukan sahaja untuk mendapatkan bahan-bahan mentah yang
diperlukan oleh kilang-kilangnya, tetapi juga untuk meluaskan pasaran kepada
hasil-hasil kilang tersebut. Asia menjadi sasaran kuasa-kuasa Barat untuk
mendapatkan sebahagian daripada bahan-bahan mentah yang diperlukan dan
juga sebagai kawasan pasaran kepada bahan-bahan yang dihasilkan di Eropah.
Kawasan utama di Asia yang awal menjadi sasaran ialah benua India.

Keruntuhan Empayer Moghul (akhir abad ke-17-awal abad ke-18 mengalakkan


penyertaan Perancis dan Inggeris mendapatkan kawasan-kawasan perniagaan di
India. Perancis melalui usaha Joseph Francois Dupliex (yang tiba di India pada
tahun 1715) berstatus seumpama Gabenor-Jeneral Perancis di India bercita-cita
mewujudkan empayer Perancis di India. Cita-cita ini meningkatkan kegiatan
politik dan perdagangan Perancis di India. Oleh itu Perancis menjadi seteru kuat
Inggeris bagi menguasai India sehingga mencetuskan peperangan untuk
beberapa tahun.

Peperangan antara Inggeris-Perancis atau dikenali sebagai Perang Tujuh Tahun


yang muktamad hasilnya (kalah/menang) berlaku pada tahun-tahun 1756
dengan 1763. Kekalahan telah dialami oleh Perancis hampir menyeluruh iaitu di
Eropah, di Hindia Barat, di Amerika Utara dan di India; dan boleh juga dikatakan
kalah di Filipina apabila Manila ditawan oleh Inggeris (1762-3) kerana Sepanyol
yang menguasai beberapa tempat di Filipina adalah sekutu Perancis. Pergelutan
antara Inggeris-Perancis diselesaikan melalui Perjanjian Paris (1763) dan dalam
soal berkaitan India, perjanjian itu menetapkan, pihak Inggeris membenarkan
orang Perancis ke India, bukan sebagai tentera atau membina kota atau markas
(khususnya di Bengal), tetapi sebagai pedagang sahaja.

Kemenangan dan kejayaan Inggeris selepas Perang Tujuh Tahun merubah sikap
Inggeris terhadap India dari kawasan untuk perdagangan kepada kawasan yang
dijadikan tanah jajahan, dalam ertikata lain, Inggeris mahu menguasai dairah-
dairah yang penting dari segi perdagangan dan strategik sahaja (tidak
menyeluruh) dan menjalankan pentadbiran cara sendiri. Kempen-kempen
peluasan penguasaan Inggeris di India diteruskan dan sehingga tahun 1805
sebahagian besar dari India sudah dikuasai oleh Inggeris berikutan kejatuhan
empayer Mogul.

Manakala di kawasan Asia Tenggara, sehingga akhir abad ke-18, terdapat dua
kuasa sahaja yang mempunyai pertapakan ekonomi yang baik di Asia Tenggara,
iaitu Belanda di Jawa, Melaka dan Maluku, dan Sepanyol di bahagian utara
kepulauan Filipina. Sepanyol merupakan kuasa utama dari segi keluasan
kawasan kerana menguasai seluruh kepulauan Filipina, kecuali kawasan yang
dikuasai oleh orang Islam di sebelah selatan (Sulu dan Brunei). Dari segi
ekonomi, Belanda merupakan kuasa yang berpengaruh. Pulau Jawa serta
beberapa kawasan strategik di Nusantara yang kaya dengan hasil pertanian
berada di bawah kekuasaan Belanda. Hanya Pulau Timur masih di bawah
kekuasaan Portugis. Pengkalan British hanya terdapat di Bangkahulu, sebuah
pelabuhan lada hitam di pantai barat Sumatera.
Kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Portugis, Denmark, Jerman dan Amerika
tidaklah mempunyai kegiatan ekonomi yang boleh menggugat kedudukan
Belanda ataupun Sepanyol di rantau ini. Manakala British yang cuba menyaingi
pertapakan ekonomi di Kepulauan Melayu tidak begitu berjaya kerana terpaksa
pula menyaingi usaha Perancis untuk menguasai benua India.

Mulai dari akhir abad ke-18 kuasa Britain semakin kuat untuk membuat
pertapakan ekonominya di Kepulauan Melayu bagi menyaingi Belanda. Kejayaan
melemahkan kekuatan Perancis dan pertumbuhan perindustrian (barangan bulu)
semakin pesat di England menggalakkan perluasan wilayah perdagangan
Inggeris. Justeru itu jika Inggeris dapat mengwujudkan satu emporium besar di
Kepulauan Melayu, terasing dari pengawalan Belanda dan Sepanyol, maka
emporium ini boleh membentuk perdagangan tiga segi/hala - iaitu barang dari
Barat dibawa ke India dan Kepulauan Melayu dan ditukarkan dengan barangan
tempatan, manakala barang tempatan ini dijadikan tukaran bagi mendapatkan
teh dari China, dan sebaliknya teh dari China, atau barang dari Kepulauan seperti
timah dan rempah, di bawa ke arah Barat - yang akan memberi keuntungan tiga
cara atau ganda keuntungan.

Dalam usaha-usaha untuk mendapatkan stesyen-stesyen perdagangan di


kawasan Kepulauan Melayu, Alexander Dalryample ditugaskan bagi mencari
stesyen di kawasan laut Sulu. Beliau bertolak dari India pada 1759 dan berhasil
mengadakan pakatan perdagangan dengan Sultan Sulu pada tahun 1761. Sultan
Sulu mengalu-alukan pihak Inggeris kerana kehadiran Inggeris akan
menghindarkan tekanan Belanda atau Sepanyol ke atasnya, dan kegiatan
perdagangan Inggeris akan membawa keuntungan kepada Sulu. Sultan
memberikan Balambangan kepada Dalryample yang menaikkan bendera
Inggeris "Union Jack" di situ pada tahun 1763.

Bagaiamana pun kegagalan Inggeris untuk kekal di Balambangan menyebabkan


usaha mencari stesyen lain dilakukan. Antaranya ialah Cochin-China, pulau
Menado (Makasar-Sulawesi) dan Acheh. Usaha ke Acheh lebih banyak berpunca
kepada masalah keselamatan India yang semakin mendapat ancaman dari
tentera laut Perancis. Walaupun Inggeris mempunyai stesyennya di Benkulen
(menjadi stesyen Inggeris sejak 1685 dan dinaikkan tarafnya sebagai sebuah
Presidensi pada tahun 1760) tetapi Benkulen tidak begitu sesuai untuk dijadikan
pengkalan tentera laut. Justeru itu Acheh dan kawasan lain sekitar seperti Kedah,
Andaman dan Negrais menjadi tumpuan usaha Inggeris bagi memenuhi
keperluannya itu. Atas peranan dan desakan Francis Light, Pulau Pinang diambil
dari Kedah pada tahun 1786 untuk dijadikan stesyen yang diperlukan oleh
Inggeris. Apabila mendapati Pulau Pinang mempunyai beberapa kekurangan
khususnya bagi menyekat penguasaan perdagangan Belanda di kepulauan
Melayu, maka Singapura pula diambil oleh Inggeris atas usaha dan gesaan
Stamford Raffles. Penguasaan Singapura merupakan langkah yang penting
kepada British kerana Singapura merupakan pelabuhan persinggahan utama
untuk pedagang ke negara China. Pada masa itu perdagangan dengan negara
China sangat menguntungkan. Singapura juga dijadikan sebagai pangkalan
British untuk menembusi kawasan perdagangan di Kepulauan Indonesia yang
dibolot oleh Belanda. Pengambilan Singapura mendapat bantahan daripada
Belanda yang mahu memulihkan kembali penguasaannya di kepulauan Melayu
setelah terlepas dari penguasaan Perancis dan masalah peperangan di Eropah.
Perbalahan antara Inggeris dan Belanda berhubung dengan soal Singapura
akhirnya membawa kepada termetrinya perjanjian antara kedua kuasa itu pada
tahun 1824. Perjanjian ini telah membahagikan kawasan pengaruh masing-
masing. Pihak Inggeris berhak melebarkan pengaruhnya ke kawasan Tanah
Melayu. Walaupun Inggeris pada mulanya mengamalkan dasar tidak campur
tangan terhdap negeri-negeri Melayu, tetapi menjelang suku akhir abad ke-19,
dasar itu ditinggalkan. Melalui Perjanjian Pangkor 1874, Perak menjadi negeri
Melayu yang pertama diletakan di bawah pengaruh Inggeris. Selepas itu negeri-
negeri Melayu lain secara langsung dan tidak langsung dikuasai olehnya.

Selepas tahun 1874, kuasa British berkembang ke semua negeri di Tanah


Melayu. Seorang British yang bernama James Brooke telah menguasai wilayah
Sarawak. Sebuah syarikat dagang British, iaitu British North Borneo Company,
"membeli" wilayah-wilayah Sabah daripada Sultan Brunei dan Sultan Sulu. Tidak
berapa lama kemudian, Kesultanan Sulu dikuasai oleh Sepanyol dan Kesultanan
Brunei diletakkan di bawah naungan British.

Kuasa imperialis Barat lain yang muncul di Asia Tenggara untuk mencari bahan
mentah dan pasaran baru ialah Perancis, Amerika Syarikat dan Jerman. Perancis
mempunyai alasan yang tersendiri untuk melibatkan diri dalam hal ehwal di
rantau ini. Mubaligh Kristian Perancis sudah bertapak di Vietnam sejak kurun ke-
17. Menjelang tahun 1800, terdapat lebih kurang 300,00 rakyat Vietnam yang
beragama Kristian. Pihak berkuasa Vietnam mencurigai penganut agama Kristian
ini kerana mereka tidak lagi mengamalkan tradisi orang Vietnam, sebaliknya
mempunyai hubungan rapat dengan kaum mubaligh Perancis. Tindakan kerajaan
Vietnam menindas penganut agama Kristian dan mubaligh Perancis menjadi
alasan Perancis untuk campur tangan sebanyak dua kali. Pada peringkat
pertama antara tahun 1859 hingga tahun 1861, pihak Perancis telah menguasai
bandar Saigon serta Cochin-China di selatan Vietnam. Pada peringkat kedua
antara tahun 1885 hingga tahun 1886 mereka menguasai semua wilayah
Vietnam yang lain. Perancis tertarik kepada Vietnam kerana ingin menembusi
pasaran negara China melalui wilayah Tonkin ataupun melalui Sungai Mekong.
Faktor yang sama juga mendorong mereka menguasai Kampuchea dan Laos
yang berhampiran dengan Sungai Mekong itu.

Amerika Syarikat merupakan kuasa imperialis yang terbaru di rantau ini. Amerika
Syarikat juga telah memainkan peranan utama membuka negara Jepun kepada
perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1898, Amerika Syarikat berperang
dengan Sepanyol berkaitan dengan soal Cuba, sebuah tanah jajahan di kawasan
benua Amerika. Perang ini merebak ke Filipina, dan pada tahun yang sama
Amerika Syarikat berjaya menyingkirkan pemerintahan Sepanyol di Filipina.
Kemudian, mereka menghadapi tentangan daripada golongan kaum nasionalis
Filipina, tetapi dalam tempoh tiga tahun mereka berjaya menumpaskan golongan
tersebut, serta menguasai seluruh kepulauan Filipina.
Satu lagi pihak penjajah yang berminat terhadap negara-negara di rantau ini
ialah Jerman. Walaupun orang Jerman memperolehi tanah jajahan di Papua New
Guinea dan di beberapa pulau di Lautan Pasifik, mereka gagal menguasai
sebarang kawasan di Asia Tenggara. Ketiadaan tapak tidak bererti ketiadaan
perdagangan. Syarikat perniagaan dan orang perseorangan Jerman bergiat
cergas di Asia Tenggara terutama selepas tahun 1871. Mereka bergiat di pusat
perdagangan antarabangsa seperti Singapura, Manila dan Bangkok. Kegiatan
Jerman ini membimbangkan pihak British. Faktor ini menjadi salah satu sebab
British mula meluaskan kuasa mereka di Tanah Melayu dan Sabah.

Antara tahun 1800 dan tahun 1914, semua negara di Asia Tenggara dikuasai oleh
kuasa imperialis Barat, melainkan Negara Thai. Walaupun negara Thai dapat
mengekalkan kedaulatannya, tetapi ekonominya dikongkong oleh kuasa
imperialis Barat. Negara ini tidak dikuasai oleh kuasa imperialis Barat kerana
dasar raja-raja Thai yang bijaksana serta adanya persaingan hebat antara British
dan Perancis untuk menjaga kepentingan masing-masing di Dataran Menam
Chao Phraya.

Pada mulanya, Negara Thai seperti juga Burma dan Vietnam, mengamalkan
dasar tutup pintu (menghalang kemasukan) perdagangan dan pengaruh politik
Barat. Walau bagaimanapun, Raja Mongkut yang menaiki takhta kerajaan Thai
pada tahun 1851, tidak mengamalkan dasar tersebut. Sebelum baginda menaiki
takhta kerajaan, baginda pernah mempelajari bahasa Inggeris. Oleh hal yang
demikian, baginda dapat membaca buku-buku dalam bahasa Inggeris yang
memberikan gambaran tentang keadaan di dunia luar. Apabila Mongkut menjadi
raja, langkah pertama baginda ialah menandatangani Perjanjian Bowring pada
tahun 1855 dengan pihak British, yang membuka Negara Thai kepada
perdagangan British. Perjanjian ini diikuti dengan perjanjian perdagangan
dengan kuasa Barat yang lain. Di samping itu, Raja Mongkut melancarkan
rancangan pemodenan dalam negeri yang berjalan dengan perlahan, dan
berperingkat-peringkat. Dasar ini diteruskan oleh putera baginda, iaitu Raja
Chulalongkorn.

Sungguhpun begitu, menjelang akhir kurun ke-19, ancaman dari luar terhadap
Negara Thai semakin ketara. Negara Thai tersepit antara tanah jajahan British di
sebelah selatan dan barat, dengan tanah jajahan Perancis di sebelah timur dan
utara. British dan Perancis sememangnya sudah lama bersaing untuk merebut
tanah jajahan di Asia Tenggara. British bimbang terhadap kemungkinan Perancis
bertindak di Burma ataupun di Segenting Kra. Sebaliknya, Perancis mencurigai
cita-cita British tentang jalan masuk ke negara China melalui Sungai Mekong dan
Laos.

Hubungan antara British dengan Perancis di kawasan ini menjadi semakin


runcing pada pertengahan tahun 1890-an, apabila Perancis meletakkan kerajaan
Laos di bawah naungannya. Tindakan Perancis ini ditentang oleh Negara Thai
yang selama ini menganggap bahawa kerajaan Laos berada di bawah naungan
Bangkok. Pada tahun 1894, sebuah kapal perang Perancis membedil kubu-kubu
Thai yang mengawal muara Menam Chao Phraya. Kapal perang itu kemudiannya
mudik ke Bangkok untuk memaksa Raja Chulalongkorn tunduk kepada tuntutan
Perancis ke atas Laos. Berikutan dengan peristiwa tersebut, Britain dan Perancis
hampir berperang, tetapi peperangan itu dapat dielakkan. Setahun kemudian,
kedua-dua kuasa imperialis ini mencapai persetujuan sulit yang menyelesaikan
punca pertikaian mereka di Asia Tenggara. Menurut persetujuan tersebut, kedua-
dua kuasa berjanji menghormati kedaulatan Negara Thai. Di samping itu,
kepentingan Perancis di Kampuchea dan Laos, kepentingan British di utara Tanah
Melayu dan Segenting Kra diakui oleh kedua-dua pihak.

Sungguhpun pada kurun ke-19, Asia Tenggara merupakan sasaran utama kuasa
imperialis Barat, terutamanya Inggeris, bagi mendapatkan bahan-bahan mentah,
tetapi perhatian utama mereka tetap tertumpu kepada negara India dan China.
Hal tersebut disebabkan kedua-dua negara ini mempunyai rakyat yang banyak
dan mempunyai pasaran yang luas bagi hasil keluaran kilang mereka. Menjelang
kurun ke-19, British telah muncul sebagai kuasa utama di India. Pada kurun ke-
19 juga British telah memperkukuh kedudukan mereka di situ, walaupun mereka
menghadapi tentangan hebat bagi menggulingkan pemerintahannya di India
pada tahun 1857. Dengan menguasai kekayaan India serta menggunakan tenaga
manusia yang banyak untuk dijadikan tentera, kuasa British di Asia Selatan
adalah terjamin.

Manakala di kawasan Asia Timur, China dan Jepun masih tertutup kepada
perhubungan luar. British memainkan peranan utama dalam usaha memaksa
kerajaan China membuka pelabuhannya kepada pedagang Barat. Namun
demikian beberapa kuasa Barat yang lain turut memainkan peranan. Rusia
misalnya mara ke sempadan China melalui darat dari Siberia. Pada akhir kurun
ke-19, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat, dan Jepun mempunyai kepentingan
perdagangan yang luas di negara China. Perlumbaan hebat sesama kuasa-kuasa
imperialis ini menyebabkan negara China terselamat daripada dibahagi-
bahagikan diantara kuasa-kuasa tersebut. Namun demikian tekanan dari kuasa-
kuasa luar ini dan pelbagai masalah dalam negara China menyebabkan usaha-
usaha pembaharuan dilancarkan dengan beberapa kaedah yang tidak sukar
mendapatkan titik persamaan terutamanya dari aspek ideologi politik.

Percubaan kuasa-kuasa Barat untuk mengadakan perhubungan perdagangan


dengan Jepun juga terhad kerana dasar layanan tidak imbang yang diamalkan
oleh kerajaan ketenteraan Shogun Tokugawa (1603-1867). Pada dasarnya, reaksi
pemimpin Jepun terhadap ancaman kuasa imperialis Barat hampir sama dengan
reaksi Raja Mongkut yang menjalankan dasar pemodenan negaranya. Pada
tahun 1854, Amerika Syarikat memaksa kerajaan feudal Jepun membuka
pelabuhannya kepada pedagang Barat. Keadaan ini menyebabkan runtuhnya
sistem pemerintahan feudal di negara itu. Pemerintahan baru Jepun, kerajaan
Meiji melakukan pembaharuan dengan usaha gigih para pemimpin mudanya.
Usaha mereka berjaya memodenkan Jepun untuk menghadapi cabaran kuasa
imperialis Barat. Hasilnya pada tahun 1890, Jepun telah muncul sebagai sebuah
negara perindustrian moden dan berkeupayaan tinggi dalam bidang
ketenteraan. Kejayaan Jepun mengalahkan negara China (1895) dan tentera
Rusia (1905) menjadikannya sebagai kuasa imperialis terbaru dunia.
PENJAJAHAN PULAU BORNEO
Pada abad keagungannya (16-17) Brunei memerintah wilayah Sarawak dan
Sabah, termasuk kepulauan Sulu. Kuasa pengaruhnya yang berpusat di Kota
Batu telah diperluaskan ke seluruh Borneo dan Philippina. Kerajaan Brunei jelas
terbukti kewibawaan politiknya dan kemasyhurannya berdasarkan kepada
laporan pelayaran Magellan dalam lawatannya pada tahun 1521, menyebut
bahawa Brunei adalah sebuah bandar besar dan dihuni oleh sekitar 25,000
keluarga.

Pada tahun 1645, kerajaan Melayu Brunei dengan bantuan Sulu telah menyerang
orang Sepanyol di Philippina, iaitu satu serangan balas ke atas serangan orang
Sepanyol ke atas kepulauan Sulu sebelum itu. Sebelum itupun Brunei pernah
dimusnah bakar oleh pihak Sepanyol [pada tahun 1578]. Namum, sungguhpun
orang Sepanyol pernah tewas kepada orang Sulu pada tahun 1751, tetapi
kerajaan Brunei telah merosot dan kehilangan banyak wilayah pengaruhnya.
Malahan, orang Sulu kini menjadi kuasa yang kuat di utara dan musuh ketat
kepada kerajaan Brunei. Jelas terbukti dengan perjanjian antara Brunei dan
Inggeris di Balambangan pada tahun 1774, yang menyebut perjanjian Inggeris
untuk memberi perlindungi kepada Brunei daripada serang orang Sulu. Orang
Inggeris telah mendapat ganjaran untuk memonopolikan pengeluaran lada di di
Brunei. Sebelum itu, orang Inggeris terlebih dahulu menduduki Pulau
Balambangan pada tahun 1761 tetapi hanya mendapat kebenaran rasmi
daripada Sultan Sulu pada tahun 1763. Sebenarnya, jelas bahawa minat Inggeris
terhadap Borneo sudah terpendam sekian lama. Di bahagian Borneo yang lain,
pada tahun 1706 orang Inggeris berhasrat untuk menubuhkan kilangnya di
Banjarmasin, tetapi telah dihalau oleh Sultannya. Namun kemudiannya, oleh
kerana Sultan tersebut sedar akan kemerosotan hasil negerinya, maka dia telah
menawarkan suatu perdagangan bebas kepada Inggeris di Banjarmasin. Pihak
Inggeris telah menghantar kapten Daniel Beeckman ke Banjarmasin tetapi beliau
gagal menubuhkan kilang Inggeris di sana.

Pada tahun 1747, muncul pula orang Belanda di Borneo dan menduduki
Banjarmasin hingga tahun 1880, apabila Gabenor Jeneral Marshall Deandals
mengundur dari rantau Asia Tenggara untuk mempertahankan negaranya,
Holland daripada serangan Napolean (Perancis). Pihak Inggeris pula mengambil
kesempatan ke atas kelemahan Belanda ini untuk mengambil-alih pemerintahan
Belanda di Jawa dan juga untuk menduduki Banjarmasin.

Dalam awal kurun kesembilan belas, kemenangan Perancis dibawah


pemerintahan Napoleon telah memberi inspirasi kepada orang Inggeris untuk
membentuk empayar mereka sendiri di kepulauan Melayu. Serangan Napoleon
ke atas negara Holland (Perang Perancis-Belanda) telah memberi peluang
kepada pihak Inggeris menakluk kepulauan Maluku pada tahun 1808. Dengan
petempatan Inggeris di Maluku amat mencemaskan pihak Belanda di pulau Jawa
ketika itu. Tambahan pula, pada tahun 1811, kesultanan Banjarmasin di selatan
Borneo telah meminta perlindungan daripada Inggeris di Melaka. Wakil Gabenor
Inggeris bagi Negeri-negeri Melayu, Thomas Stamford Raffles telah menghantar
seorang Resident, Alexander Hare ke Banjarmasin pada tahun yang berikutnya.
Namun, hanyalah pada 1 Oktober 1812, Sultan Banjarmasin bersetuju
menandatangani perjanjian yang mengesahkan penyerahan hak bidang kuasa
tertinggi yang sepenuhnya kepada Syarikat Hinda Timur Inggeris (SHTI) ke atas
bekas-bekas tanah jajahan Belanda di Borneo.

Sebenarnya, sebaik sahaja Belanda jatuh ke tangan Perancis pada tahun 1810,
Inggeris telah mara ke pulau Jawa. Akhirnya pulau Jawa diduduki secara
rasminya pada 18 September 1811 setelah pihak Belanda menyerah kalah.
Seterusnya, Raffles mula mengatur rancangan penjajahan beliau ke atas Borneo.
Raffles telah mengatur perundingan-perundingan dengan pemerintah-
pemerintah pribumi (tempatan) seperti di Mataram, Madura, Bali dan lombok.
Pada tahun yang berikutnya (1811), Raffles telah menghantar ejen politik dan
perdagangannya ke pantai barat Borneo, khususnya ke Sambas dan Pontianak.
Tindakan ini adalah bertujuan untuk menyiasat kehilangan beberapa buah kapal
perdagangan Inggeris di perairan rantau tersebut. F. Burn (ejen tersebut)
melaporkan bahawa perairan tersebut menjadi kubu kegiatan perlanunan yang
amat aktif dan berkuasa di perairan Asia Tenggara.

Sungguhpun pihak Inggeris berjaya mendapat kerjasama daripada kerajaan


Pontianak untuk membenteraskan kegiatan lanun di rantau itu tetapi Sambas
enggan berkerjasama. Justeru itu pihak Inggeris telah cuba menyerang Sambas
dalam bulam Oktober 1812 tetapi gagal mencapai sebarang kejayaan bermakna.
Pada 28 Jun 1813, sekali lagi Inggeris menyerang Sambas dan berjaya menawan
Sambas. Dengan itu Inggeris mula melancarkan perintah amnya ke atas Borneo,
kecuali Banjarmasin, Pontianak dan Brunei. Perintah ini merangkum monopoli
perdagangan kepada Inggeris ke seluruh pulau Borneo kecuali di ketiga-tiga
negeri tersebut di atas.

Pada umumnya, kejayaan penjajahan Inggeris tercapai di Borneo selepas


meletakkan keempat-empat negeri tempatan yang terbesar (yang disebut di
atas) mengiktirafkan kewibawaan kuasa pemerintah Inggeris pada
keseluruhannya di kepulauan Melayu. Menjelang tahun 1814, empayar Inggeris
meliputi pulau-pulau Borneo, Sulu, Lingga dan Riau, Bali, Pantai Timur Sumatra,
Siam, Kemboja, Cochin-China, Tanah Melayu, Burma dan India.

Perlantikan Lord Moira, mengganti Lord Minto sebagai Gabenaor Jenaral di pusat
pentadbiran jajahan SHTI di India pada 4 Oktober 1813 membawa banyak
perubahan dan kesan buruk kepada dasar penjajahan Inggeris di kepulauan
Melayu. Misalnya pada awal 1814, arahan dari India telah sampai untuk
memberhentikan dasar atau rancangan penjajahan Raffles, khususnya ke atas
Borneo. Penaklukan Napoleon di Eroupah pada ketika ini telah sampai ke
penghujung. Britain dan Holland telah menandatangani satu konvensyen pada
13 Ogos 1814 untuk menetapkan penyerahan semula semua bekas tanah
jajahan Belanda yang dahulunya diambil-alih oleh Inggeris (sejak perang meletus
di Eropah pada 1 Januari 1803). Pada tahun 1816, Belanda mula berkuasa di
kepulauan Melayu sekali lagi dengan pusat pentadbirannya di Betawi.

Sungguhpun demikian, pertikaian meletus di antara Inggeris dan Belanda oleh


kerana keenganan pihak Inggeris melepaskan wilayah Banjarmasin. Pengganti
Rafles, John Fendall sebagai Leftenan Jeneral telah mengutarakan kesahan
pemerintahan Inggeris di Banjarmasin berdasarkan perjanjian Alexander Hare
dengan Sultan Banjarmasin pada tahun 1812. Wujud pertentangan perjanjian
1812 dengan konvensyen 1814 di sini. Setelah melalui jalan buntu untuk
mempertahankan Banjarmasin, akhirnya pihak Inggeris mula meninggalkan
wilayah tersebut pada 9 November 1816. Dalam bulan Disember, Pesuruhajaya
Belanda tiba di wilayah itu untuk mendirikan kuasa pemerintah yang baru.

PERJANJIAN ANGLO-BELANDA 1824


Berdasarkan konvensyen 1814, semua bekas jajahan Belanda di timur
dipulangkan oleh Inggeris. Inggeris merasa terancam apabila mendapati Melaka
akan menyekat perdagangan yang menguntungkan ke Pulau Pinang. Tambahan
pula perhubungan baik pihak Inggeirs dengan negeri Perak, Selangor, Riau-Linga,
pantai barat Borneo dan lain-lain akan turut terjejas apabila berlaku pemulihan
kuasa Belanda di Melaka nanti. Lantara itu, Gabenor Pulau Pinang telah
mengadakan satu perjanjian perdangan yang bebas tanpa sekatan (tiada sistem
monopoli) dengan negeri-negeri tersebut pada tahun 1818 bagi menjamin
penerusan perdagangan dua hala di masa hadapan. Ini adalah kerana Inggeris
mengandaikan pihak Belanda akan melancarkan sistem monopoli sebagai
langkah awal untuk menegakkan semula kuasa mereka di rantau Asia Tenggara
nanti.

Pada 21 Julai 1818, Residen Melaka, Mejar John Farquhar diutus ke pantai barat
Borneo, iaitu ke Pontianak dan tiba di sana pada 7 Ogos. Beliau mendapati pihak
Belanda telahpun mendarat di san lebih awal 3 minggu. Keadaan ini memaksa
beliau berundur ke Riau-Linga dan seterusnya ke Siak. Leftenan Jeneral
Bangkahulu, Raffles telah menuntut jawatankuasa sulit SHTI di London untuk
meluluskan rangkaian penjajahan ke atas Pontianak, Sambas, Brunei, Kutai dan
Pasir pada bulan Mac 1818. Ini bertujuan untuk menyekat penyebaran pengaruh
Belanda di pulau Borneo. Menurut Raffles, bahawa belanda tidak ada hak
langsung untuk menuntut pulau Borneo berdasarkan konvensyen 1814.
Malangnya, Lord Hastings @ Marquis Hastings (asalnya dikenali sebagai Lord
Moira-Gabenor Jeneral di India) tidak setuju dengan cadangan Raffles tersebut.
Keadaan yang mendesak telah mengubah sikap Hastings pulau Borneo langsung
terhadap Raffles pada lawatan Raffles ke Culcutta pada bulan Oktober 1818.
Hastings membenarkan Raffles mencari satu penempatan baru untuk pihak
Inggeris yang bebas daripada tuntutan Belanda. Ini telah membawa kepada
penemuan Singapura dalam bulan Februari 1819.

Namun, tindakan Raffles ini menaikkan permusuhan antara kerajaan di India dan
Jawa. Belanda tidak berpuas hati dengan tindakan Inggeris yang "bertindak
dahulu, dan minta kebenaran kemudian". Dalam beberapa siri perundingan yang
diadakan, Inggeris (SHTI) jelas menunjukkan reaksi yang tidak akan berganjak
melepaskan dan meninggalkan penempatan mereka di Singapura dengan
mudah. Sungguhpun pada tahun 1823, utusan Belanda telah melawat Brunei,
tetapi tiada ikatan yang rasmi dibuat. Akhirnya pada 24 Mac 1824, satu
perjanjian damai di antara Raja Inggeris dan Raja Belanda telah ditandatangani.
Menurut Perjanjian 1824, dalam artikel 12 menjelaskan bahawa pulau-pulau
yang terletak di selatan Selat Singapura diletakkan di bawah pengaruh Belanda.
Inggeris hanya dibenarkan menempatkan kuasa politiknya di Utara Borneo
sahaja, dan harus berundur dari Sumatra. Pada dasarnya, Belanda dan Inggeris
bersetuju supaya garisan perbatasan pengaruh masing-masing tidak
merangkumi Borneo atau tidak melebihi Selat Singapura. Dengan itu, Belanda
mempunyai harapan ke atas Banjarmasin, Pontianak, Sambas, Mampawa dan
Landak. Oleh kerana kesbukan perang dan mengumpul kekayaan di pulau Jawa
telah menyebabkan pihak Belanda kurang berminat lagi ke atas Borneo. Hingga
tahun 1840, wilayah Belanda di Borneo hanya tinggal Banjarmasin. Sikap tidak
berminat kerajaan Belanda di Betawi terhadap Borneo amnya, Brunei, Sabah dan
Sarawak khususnya telah memberi peluang kepada seorang pengembara
Inggeris, James Brooke menduduki sungai Sarawak dengan kapalnya The Royalist
dalam bulan Ogos 1839.

PENJAJAHAN KAPTEN JAMES BROOKE DI SARAWAK.


Kapal Brooke, the Royalist tiba di Kuching, (pada asalnya dikenali sebagai
Sarawak) pada 15 Ogos 1939 dalam misi pengembaraan dan penyelidikan beliau
menuju ke Sulawesi. Beliau meninggalkan Sarawak menuju ke Sulawesi selepas
sebulan melakukan peninjauan di sekitar wilayah Sarawak. Pada tahun
berikutnya, beliau kembali ke Sarawak dan bersedia menawarkan diri untuk
membantu Pengiran Muda Hashim (bapa saudara kepada Sultan Brunei ketika
itu) membenteras pemberontak Pengiran Usop di Sarawak. Tawaran untuk
memiliki sebuah kerajaan sendiri di Sarawak tidak melengahkan Brooke untuk
memberi bantuan beliau sehingga berjaya. Dalam bulan Februari 1841, beliau
menerima gelaran "Residen Sarawak" pada teorinya sahaja. Kawasan Sarawak
meliputi keluasan dari Tanjung Datu hingga Sungai Samarahan pada ketika itu.
Sarawak mempunai penduduki Melayu seramai 2,000 orang semasa
pemerintahan Pengiran Mahkota. Selepas pendudukan Brooke, penduduk
Sarawak menigkat kepada 8,000 orang yang tertumpu di Kuching. Penduduk ini
diletakkan dibawah tiga orang pemimpin (Datu) tradisional; iaitu Datu Patinggi,
Datu Bandar dan Datu Temenggung. Namun Datu yang paling berpengaruh ialah
Datu Patinggi Gahpur. Beliau mempnyai hubungan yang rapat dengan kaum
Dayak dan memberi kerjasama yang sebaiknya dengan pihak Brooke.

Brooke berhasrat untuk menjadi penguasa sepenuhnya ke atas wilayah Sarawak.


Justeru itu, oleh kerana tanggungan kewangan yang kian merosot telah
mendorong beliau untuk mengemukan tuntutan hak mutlak ke atas Sarawak
daripada Sultan Brunei. Beliau bersedia untuk menyerang dan merampas
Sarawak daripada Raja Muda Hashim ketika itu. Raja Muda Hashim menjadi
gusar lalu segera mencari penyelesaian damai dengan Brooke. Maka pada 24
September 1842, Brooke dilantik sebagai 'Gabenor' Sarawak yang baru dengan
kuasa sepenuhnya. Sultan Brunei turut memberi pengiktirafan bangind kepada
Brooke dalam lawatannya pada bulan Julai 1842. Kesempatan ini telah Brooke
ambil untuk mewujudkan perjanjian berkenaan dengan haknya ke atas Sarawak
secara muktamad. Pada 1 Ogos 1842, Sultan Brunei menandatangani perjanjian
tersebut dengan syarat pihak Brooke memberi ufti tahunan sebanyak $2,500.00.
Sebagai langklah awal, Brooke menerbitkan "Surat dari Borneo" pada tahun
tersebut untuk tujuan kempennya bagi mendapatkan pengiktirafan daripada
kerajaan British berhubung dengan kedudukan beliau sebagai 'raja' di Sarawak.

Sepanjang pemerintahan James Brooke, usaha-usaha mengaman wilayah-


wilayah jiran Sarawak Proper dijalankan dengan intensif dengan harapan dapat
menjaminkan kedudukan politiknya di Sarawak Proper dan juga secara tidak
langsung bermotifkan perluasan wilayahnya. Kegiatan perlanunan orang Melayu
di perairan Sarawak Proper dibenteraskan dengan bantuan angkatan laut British
dari Singapura. Manakala di darat, Rajah Brooke menangani permusuhan di
kalangan penduduk pribumi di kawasan-kawasan pedalaman. Menjelang
penghabisan suku akhir kurun Kesembilan belas, penglibatan Regim Brooke
secara aktif dalam masalah-masalah penduduk pribumi merupakan suatu alasan
kemanusiaan yang terbukti berkesan dalam usaha mengukuh dan meluaskan
kuasa politik pihak kaum penjajah. Kejayaan James Brooke di Borneo telah
mendapat pengiktirafan dan telah dianugerahkan pingat kepahlawanan oleh
Ratu England pada tahun 1848. Penghormatan juga diberi pada tahun 1864
dengan perlantikan sebuah konsul British ke Sarawak Proper, dan juga pada
tahun 1888 telah diberi perlindungan British.

Dalam pemerintahan Rajah Kedua, banyak wilayah-wilayah tradisional Brunei


telah diserap masuk ke dalam wilayah Sarawak Proper. Sistem pentadbiran yang
baik dan keadaan aman telah dicapai ketika ini, dan aktiviti memburu kepala di
kalangan penduduk pribumi hampir berjaya dihapuskan. Perkembangan lain
adalah seperti kemasukan pedatang-pedatang dan peningkatan aktiviti
perniagaan yang secara tidak langsung bertumbuhnya pusat-pusat komersial.

Dalam pemerintahan Rajah Ketiga dan terakhir dari tahun 1917 hingga 1946,
perkembangan sejarah dan pembangunan di Sarawak agak lambat tetapi
tenang. Perdagangan dan pendapatan bertambah, sementara perkhidmatan
sosial meningkat dengan pengekalan keamanan di Sarawak. Pada tahun 1941,
Rajah mencadangkan Perlembagaan Sarawak yang pertama untuk mengagihkan
kuasanya kepada sebuah Majlis Tinggi (Supreme Council) yang mengandungi 5
ahli, dan sebuah Majlis Rendah yang mengandungi 25 ahli keseluruhan termasuk
14 ahli daripadanya adalah dilantik daripada perkhidmatan awam. Kesemua ahli
Majlis Tinggi dan Majlis Rendah dilantik oleh Rajah sendiri. Malangnya, sebulan
sebelum penyerahan Perlembagaan Sarawak tersebut, tentera Jepun telahpun
mendarat dan menakluk Sarawak.

PENJAJAHAN SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA BRITISH DI SABAH


Bermula dengan tindakan kerajaan Brunei memberi pajakan selama 10 tahun
kepada konsul Amerika ke Borneo, Charles Lee Moses ke atas wilayah Ambong
dan Marudu menjadi titik tolak bermulanya pengaruh Inggeris di Sabah. Oleh
kerana desakan daripada pihak British di Labuan ketika itu, Moses bergegas ke
Hong Kong dan menyerahkan surat kontrak pajakannya kepada dua kapitalis
senegara, Joseph W. Torrey dan Thomas B. Harris, dan rakan mereka seorang
Cina, Wo Hang. Moses meletak jawatannya di sebagai konsol amerika di Borneo,
dan diganti oleh Lee Assing dan Pong Ampong. Torrey, Harris, Assing dan
Ampong telah mencapai persetujuan untuk mengabli-alih kontrak pajakan Moses
tersebut dan mereka menubuhkan sebuah syarikat, The American Trading
Company of Borneo, bermodalkan Strait $7, 000 pada Oktober 1865. Pada bulan
November 1865, mereka belayar ke Borneo. Torrey dilantik sebagai Gabenor
dengan gelaran Rajah di Ambong and Marudu. Kemudian Sultan Brunei
menganugerahkan kepada beliau gelaran Sir Maharajah of North Borneo. Pusat
pentadbiran beliau terletak di Kimanis, yang ditukar nama oleh Torrey sebagai
Ellena. Syarikat mereka mengalami masalah kewangan yang teruk, terutamanya
selepas Thomas B. Harris (Ketua Setiausaha) meninggal dunia pada bualn Mei
1866. Akhirnya mereka meninggalkan Kimanis pada hunjung tahun tersebut.
Kuasa Italy juga pernah mencuba untuk menduduki Pulau Banggi. Namun, oleh
kerana tentangan yang kuat dari Gabenor Inggeris, Hugh Low dari Labuan
memaksa pihak Italy meninggalkan pulau tersebut.

Torrey muncul kemudian pada tahun 1875, ketika kontrak pajakan hampir tamat
tempohnya. Beliau membawa seorang pelabur berbangsa Austriam Baron von
Overbeck dari Hong Kong. Overbeck ternyata berminat terhadap pajakan
tersebut sejak awal lagi. Pad 11 Julai 1874, Overbeck berpakat dengan kwan-
kawan beliau untuk mengambil-alih pajakan daripada Torrey. Malangnya Sultan
Brunei enggan memperbaharui kontrak tersebut atas nasihat Hugh Low di
Labuan. Namun, mereka berjaya memujuk Pengiran Temenggung untuk
memperbaharui kontrak tersebut.

Sebenarnya ramai lagi individu yang menaruh minat terhadap wilayah utara ini.
Salah seorang yang tertarik ialah seorang dari Scotland, William Clarke Cowie,
pernah dihadiahkan kepada Sulu oleh Sultan Brunei pada tahun 1704. Cowie
ialah pengurus Syarikat Labuan Trading Company yang beribu pejabat di
Singapura. Pada tahun 1876, Cowie belayar ke Hong Kong membawa hasil dari
Sandakan. Beliau terus mengadakan hubungan yang baik dengan Sultan Sulu
dan secara tidak langsung memajukan wilayah Sandakan itu sendiri.

Sementara Overbeck yang gagal mendapat bantuan kewangan di Hong Kong


terpaksa ke London, dan berjaya memujuk seorang saudagar, Alfred Dent
melabur sebanyak paun sterling 10,000 dalam penubuhan Chartered Company
of North Borneo. Kemudian Overbeck mendapat bantuan daripada seorang
pegawai British di Tanah Melayu, William Hood Treacher memohon persetujuan
Sultan Brunei untuk memberi geran kontrak pajakan ke atas wilayah Borneo
Utara. Pada 29 Disember 1877, satu perjanjian telah ditandatangani bagi
memberi hak kontrak ke atas lebih 28,000 kilometer persegi wilayah Borneo
Utara dengan kadar bayaran sewa sebanyak Strait $15, 000 kepada Sultan
Brunei. Kemudian Treacher juga berjaya mengajak dan memujuk Sultan Sulu
untuk menyewakan wilayah takluknya di Borneo Utara (Teluk Sandakan) pada 22
Januari 1877 dengan kadar bayaran sewa sebanyak Strait $5,000 setahun.

Apabila Sepanyol menakluki Sulu pada tahun 1879, Sepanyol menuntut semua
hak wilayah Sulu di Borneo Utara. Sebaliknya, pentadbir Inggeris di Sandakan
ketika itu, William Prayer telah mendapat sokongan penuh daripada penduduk
Bajau dan Sulu untuk mempertahankan daerah Sandakan. Secara beransur-ansur
Prayer memperluaskan pengaruh dan kuasanya ke arah timur dan
menghapuskan kegiatan lanun orang Bajau dan Illanun di perairan timur. Dalam
bulan Jun, petempatan kompeni Inggeris di Sandakan telah terbakar. Kemudian
ditubuhkan petempatan baru dengan menukarkan nama Sandakan kepada
Elopura.

Pada bulan Mac 1885, satu perjanjian damai di Eropah antara England, Jerman
dan Sepanyol ditandatangani. Perjanjian ini mengiktirafkan jajahan Sepanyol ke
atas Sulu, manakala Sulu menarik balik tuntutannya ke atas Borneo Utara.
Dalam pada itu, pihak Belanda turut menuntut hak ke atas Borneo Utara
berdasarkan Perjanjian Anglo-Belanda 1824 yang menetapkan pihak Inggeris
tidak boleh mewujudkan petempatan di mana-mana pulau India Timur. Dalan
tahun 1846, pihak Inggeris mendapati bahawa Perjanjian 1824 cuma
menyatakan larangan di bahagian selatan garisan Khatulistiwa. Walhal, Borneo
Utara terletak di bahagian utara garisan tersebut. Perebutan ini telah
diselesaikan dengan usaha satu perjanjian pada 1891 untukmenetapkan garisan
sempadan pengaruh kedua-dua pihak.

Pada masa yang sama, wujud penentangan Amerika Syarikat terhadap


petempatan Inggeris di Borneo Utara. Pihak Amerika menuntut tidak diberitahu
tentang penyerahan kontrak konsesi kepada pihak Inggeris. Tambahan pula
kontrak konsesi tersebut adalah dianggap bertindih dengan Perjanjian 1850
dengan Sultan Brunei sebelum itu.

Dengan perubahan politik di England, terutamanya kemenangan Parti Liberal


dibawah pimpinan Galdstone pada tahun 1880 yang berfahaman anti-
imperialisme, telah memberi geran Charter kepada British North Borneo
Company pada bulan November 1881. Geran tersebut memberi kuasa penuh
kepada kompeni menjalankan kuasa pentadbiran dan undang-undang di wilayah
mereka. Kerajaan England bertindak hanya sebagai pengarah tanpa berbelanja.
Chatered Company of North Borneo telah ditubuhkan pada bulan April 1882.
Treacher dilantik sebagai Gabenor North Borneo yang pertama dalam bulan Ogos
yang berpusat di Labuan. Pada tahun yang Treacher bertindak terus meluaskan
jajahan British ke Padas dan semenanjung Klias. Pada tahun yang berikutnya
beliau sudah sampai di Sandakan. Manakala, di bahagaian selatan pula Charles
Brooke telah menakluki daerah Sungai Trusan sekembalinya beliau dari Borneo
Utara dalam lawatan protestnya ke atas tindakan kompeni mengambil Padas dan
semenanjung Klias tersebut. Di pihak kompeni pula, oleh kerana mengkhuatiri
Brooke akan bertindak melampau terus, kompeni telah memohoon kerajaan
England untuk menubuhkan satu dasar perlindungan ke atas Brunei. Pengerusi
kompeni ketika itu, Sir Rutherford Alcock juga bimbang akan kuasa lain
menduduki Brunei, khususnya orang Jerman yang menaruh minat terhadap
perlombongan Arang Batu di muara Sungai Brunei ketika. Pertelingkahan wujud
kerana tuntutan hak dan sempadan wilayah antara Sarawak, North Borneo dan
Brunei ke atas Trusan. Keadaan ini menggesa Charles Brooke bertindak menjajah
wilayah Limbang pada bulan Mac 1890. Brunei pula didesak menerima
pampasan sebanyak Strait $6,000 satahun. Brunei dalam keadaan tanpa Residen
British dan telah kehilangan Limbang hanya menandatangani satu perjanjian
perlindungan British pada 17 September 1888.
Menurut penilaian Tregonning (1965) bahawa kerajaan di London mengharapkan
ejen-ejen mereka di Timur amnya menjalankan dasar memenangi hati pribumi
dengan "kindness" dan "sympathy". Sebaliknya, adalah amat berbeza dengan
apa yang hakikatnya terjadi. Misalnya, pulau Labuan dijajah oleh British pada 24
Disember 1846 dengan angkatan Sepoy-India. Kemudiannya, menjelang tahun
1888, pulau Labuan menghadapi keadaan ekonomi yang teruk sehingga
membawa kepada penyerahan pentadbirannya kepada Syarikat Berpiagam pada
tahun 1889. Di samping itu, akibat daripada tekanan oleh undang-undang dan
peraturan-peraturan yang diperkenalkan oleh pihak kompeni juga melahirkan
masalah baru iaitu kebangkitan rasa tidak puas jahit di kalangan pribumi
seterusnya. Pada tahun 1895, Leicester P. Beaufort telah dilantik sebagai
Gabenor yang baru. Masa pentadbiran beliau dibayangi dengan banyak masalah
timbul daripada rasa tidak puas hati di kalangan pegawainya sendiri dan juga
tekanan daripada penentangan pribumi, terutamanya kebangkitan
pemberontakan Mat Salleh. Mohamed (Mat) Salleh berjaya menghasut penduduk
Bajau pada tahun 1896 di Inanam dan Mengkabong untuk menyerang pihak
kompeni di Pulau Gaya. Mat Salleh melarikan diri ke pedalaman, sementara
pihak kompeni menuntut pampasan daripada Sultan Brunei ke atas tindakan Mat
Salleh. Tekanan ini telah mengakibatkan Sultan dan para pembesar di wilayah
Borneo Utara kehilangan kuasa masing-masing dan dibayar pampasan tahunan
yang agak rendah. Justeru itu, wilayah-wilayah Inanam, Mengkabong, Menggatal,
Api-api, Simbulan dan Nafas Tambalang menjadi sebahagian daripada North
Borneo. Lantaran tidak adanya persefahaman dengan Beaufort di Labuan telah
membawa Treacher berpindah dan membuka Kudat di Teluk Marudu sebagai ibu
pejabat North Borneo yang pertama. Di samping itu, tindakan Beaufort
mengeluarkan arahan mengenakan cukai ke atas beras telah menimbulkan
kemarahan penduduk pribumi dan Cina. Dasar yang diambil oleh Beaufort
sebenarnya bertujuan untuk menampung kos pembinaan landasan keretapi dan
pendawaian talian telegraf dari Sandakan ke Beluran. Justeru itu, cukai kastam
yang sedia ada perlu dinaikkan. Kesannya, Beaufort terpaksa meletak jawata
beliau pada tahun 1900. Jawatan tersebut telah dipangku oleh William C. Cowie .
Tidak lama kemudian, Hugh Clifford telah didatangkan dari Pahang untuk
mengambil-alih jawatan Gabenor North Borneo dan Labuan.

You might also like