You are on page 1of 12

AJ10203 SEJARAH

SABAH & SARAWAK


(1841-1963)

Profesor Madya Dr. Bilcher Bala

Program Sejarah
Sekolah Sains Sosial
Universiti Malaysia Sabah

KULIAH 1: LATAR BELAKANG SABAH & SARAWAK

TABURAN PENDUDUK SABAH (PERANGKAAN 1999)


Penduduk Sabah pada hari ini dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.7 juta orang
(1991). Terdapat lebih kurang 34 kumpulan suku kaum di Sabah. Pada amnya
struktur masyarakat Sabah dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama,
iaitu Bumiputra Melayu-Islam, Bumiputra bukan Islam, dan Bukan Bumiputra.
Bumiputra Melayu-Islam merangkumi kaum Melayu, Brunei, Brunei, Suluk, Bugis,
Bisaya, Bajau, Idahan, Banjar, Tidong, Orang Sungei, Illanun, Kadayan dan Cocos.
Bumiputra bukan Islam merangkumi suku kaum Kadazan-Dusun, Murut, Kwijau,
Lotud, Rungus, Tambanuo, Dumpas, Maragang, Paitan, Minokok, Rumanau,
Mangka'ak, dan termasuk Sino-Filipina. Bukan Bumiputra merangkumi kaum
Cina, India, dan lain-lain. Permasalahan timbul apabila munculnya kenyataan
Rutter (1929: 20) mengatakan bahawa semua penduduk pribumi di Sabah
berasal daripada tempat lain oleh kerana tiada bukti yang nyata tentang
kewujudan satu kaum asli di Sabah.

Jumlah [929 ribu, 1980)] tahun 1991 adalah lebih 1.7 juta (900 ribu lelaki/825
ribu perempuan). Taburan - 22.33 % dalam luas kawasan seluruh Sabah 73, 620
km. persegi. Kepadatan - 25 orang km. persegi (1991) berbanding 14 orang km.
persgi (1980). Terdapat 23 daerah - Daerah paling ramai - Tawau (244 ribu
orang), Sandakan (222 ribu orang) dan KK (209 ribu orang). Daerah paling
kurang - Kuala Penyu (14 ribu orang). Bilangan kaum etnik - lebih 34 kumpulan
pribumi + lain-lain. Bumiputera (937 ribu). Cina (200 ribu). Indonesia (139 ribu).
Lain-lain (32 ribu). Bukan warganegara (425 ribu). Dusun (216 ribu), Kadazan
(104 ribu), Bajau (203 ribu), Melayu (106 ribu) Murut (50 ribu), lain-lain
Bumiputera (255 ribu).

Taburan Penduduk Sarawak Mengikut Anggaran Buku Tahunan Perangkaan 1999


Penduduk Sarawak dianggarkan berjumlah lebih kurang 1.6 juta orang (1991).
Terdapat lebih kurang 29 kumpulan suku kaum. Struktur masyarakat Sarawak
juga lebih kurang sama dengan struktur masyarakat Sabah. Bumiputra Melayu-
Islam merangkumi kaum Melayu, Kedayan dan segelintir orang Melanau dan
Bisaya. Bumiputra bukan Islam merangkumi suku kaum Bukitan, Bisaya, Dusun,
Lun Bawang, Iban, Bidayuh, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kejaman, Lahanan, Punan,
Tanjong-Kanowit, Lugau, Lisun, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Lekit.
Manakala Bukan Bumiputra merangkumi kaum Cina, India, dan lain-lain.

Jumlah [1.2 juta, 1980)] tahun 1991 adalah lebih 1.6 juta (840 ribu lelaki/802 ribu
perempuan). Terdapat 28 daerah - Daerah paling ramai - Kuching (369 ribu
orang), Sibu (170 ribu orang) dan Miri (161 ribu orang). Daerah paling kurang -
Matu (9 ribu orang). Kepadatan - 14 orang km. persegi (1991) berbanding 11
orang km. persegi (1980). Bilangan kaum etnik - lebih kurang 28 kumpulan, 1991
- Iban (29.6%), Cina (28.9%) Melayu (20.7%), Bidayuh (8.4%), Melanau (5.8 %)
dan lain-lain (6.6%)

Secara umumnya, mmasyarakat di Sabah dan Sarawak memiliki banyak


persamaan dari segi konseptual dalam aspek sosial, ekonomi dan politik.
Sebelum kewujudan pusat-pusat petempatan di kawasan-kawasan bandar
utama, tidak wujud hubungan yang baik di antara penduduk-penduduk di Sabah
dan Sarawak. Mereka biasanya berkelompok-kelompok mengikut kumpulan kaum
masing-masing. Ini dapat dilihat berdasarkan corak petempatan mereka yang
berasingan. Keadaan ini telah diwarisi turun temurun, terutamanya di kalangan
masyarakat pedalaman. Dengan merujuk kepada nama-nama (klasifikasi) kaum
(etnik) mereka sudah jelas menggambarkan keadaan ini. Biasanya sesuatu kaum
itu mendapat klasifikasi etnik mereka berdasarkan nama tempat atau sungai
yang mereka duduki. Misalnya, sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat
Dusun-Kadazan adalah masyarakat pagan. Sungguhpun ramai yang telah
memeluk agama Islam dan Kristen, tetapi masih ada segelintir yang berada di
pedalaman yang belum beragama hingga ke hari ini. Mereka masih mengamal
sistem kepercayaan animisme.

Kelambatan proses pembangunan di Sabah dan Sarawak amnya juga


mengakibatkan dasar integrasi nasional gagal mencapai matlamatnya di
kawasan pedalaman berbanding dengan penduduk di kawasan pantai. Tambahan
kewujudan perbezaan yang ketara dari segi bahasa, adat dan kepercayaan juga
menyukarkan usaha untuk mengadakan satu hubungan yang harmoni di
kalangan masyarakat ini. Namun begitu, dewasa ini masyarakat di Sabah dan
Sarawak banyak mengalami perubahan dan pembangunan dalam aspek sosio-
ekonomi. Lebih ramai anak-anak penduduk dari pedalaman yang berjaya
mendapat pendidikan tinggi ataupun sekurang-kurangnya berjaya ke peringkat
sekolah menengah.

KEADAAN MASYARAKAT TRADISIONAL


Pada awalnya kedua-dua negeri ini dihuni oleh daripada beberapa kumpulan
suku kaum pribumi, tetapi kerana perkembangan dunia perdagangan yang pesat
berlaku sejak kurun ke-15 lagi di rantau Asia Tenggara, maka ini telah
menggalakkan proses migrasi penduduk dari luar ke Borneo, seperti orang India,
Cina, Bugis, Jawa, Melayu, dan Filipina. Proses migrasi yang telahpun sejak awal
lagi itu telah membentuk masyarakat yang berbilang keturunan dan agama di
Sabah dan Sarawak, dan proses migrasi dari luar ke Borneo bertambah pesat
akibat daripada dasar penjajahan-ekonomi orang Inggeris dalam kurun ke-19.
Sabah dan Sarawak merupakan wilayah-wilayah de facto Kesultanan Brunei dan
Kesultanan Sulu sebelum penjajahan Inggeris dalam kurun ke-19. Oleh kerana
itu, apabila hendak membicarakan tentang sejarah masyarakat awal di kedua-
dua negeri tersebut, para sarjana cenderung merujuk kepada Brunei untuk
melihat atau menggambarkan keadaan dan ciri-ciri masyarakat di Sabah dan
Sarawak. Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan rekod-rekod sejarah awal di
kedua-dua negeri tersebut. Namun begitu, para sarjana telah lupa akan
kewujudan dan peranan tradisi lisan di kalangan masyarakat pribumi. Masih
ramai sarjana moden dari Barat enggan menerima sumber lisan penduduk
pribumi sebagai sumber sejarah kerana dipercayai fakta-faktanya tidak sahih.
Memang benar pegangan ini, namun sumber lisan itu memiliki nilai sejarah yang
tinggi jika usaha mentafsirnya secara rasional dilakukan dengan baik. Kerap kali
unsur metos dan legenda diadunkan dalam cerita asal menyebabkan fikiran logik
manusia enggan menerima dan mempercayainya. Tetapi fikiran yang rasional
sentiasa menimbulkan persoalan untuk memberi pertimbangan terhadap
kewujudan unsur-usur fantasia dalam tradisi lisan penduduk pribumi. Pendek
kata, bahawa sumber lisan itu adalah merupakan 'tulisan atau sumber
maklumat' sejarah masyarakat primitif dahulu kala, dan hari ini menjadi
khazanah yang amat bernilai namun mengalami proses kepupusannya dalam
arus teknologi hari ini.

Keadaan masyarakat Sabah dan Sarawak sebelum zaman penjajahan Inggeris


tidaklah dapat digambarkan melalui kacamata masyarakat Brunei. Masyarakat
Brunei adalah didominasi oleh kaum Melayu, sama ada dari Jawa, Sumatra,
Sulawesi, Tanah Melayu dan Johor-Riau/Lingga. Walhal, boleh dikatakan
masyarakat Melayu di Sabah dan Sarawak adalah cuma kumpulan minoriti saja.
Hinggi ke hari ini, masyarakat Melayu yang sebenar sukar dikenali dan
bilangannya cuma kecil di Sabah dan Sarawak. Namun proses Islamisasi yang
terus pesat berlaku di Sabah dan Sarawak telah mewujudkan masyarakat
Melayu-Islam yang besar bilangannya. Ini adalah kerana kecenderungan
pemeluk-pemmeluk yang baru untuk meninggalkan identiti asal mereka,
ataupun tindakan ini biasanya disebut 'masuk Melayu', iaitu pada mulanya hanya
diertikan sebagai 'masuk Islam', tetapi beransur-ansur berubah menjadi 'orang
Melayu' setelah mengamal cara hidup orang Melayu, serta meninggalkan cara
hidup yang asalnya.

Masyarakat Sabah dan Sarawak sebelum zaman keagungan Kesultanan Brunei


pada kurum masehi ke-16 digambarkan sebagai masyarakat 'pagan' oleh para
pentadbir dan juga para sarjana. Keadaan ini dirujuk kepada kerajaan Brunei
[Tua] yang ketika itu mula popular sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang
aktif di rantau Asia Tenggara. Wujudnya hubungan perdagangan dan diplomatik
dengan kuasa-kuasa besar dirantau ini terutamanya negara China, Melaka dan
Majapahit telah menyumbang kemakmuran kepada kerajaan Brunei. Dengan
adanya hubungan baik ini juga memberi jaminan keselamatan kepada Brunei
untuk memperluaskan kuasa politiknya ke atas Borneo dan Filipina. Menjelang
akhir kurun Masehi ke-15, kuasa empayar Majapahit dan Melaka telah lemah,
sementara negara China pula sibuk dengan urusan masalah dinastinya [masalah
dalam negara] hingga tidak menghiraukan lagi hubungannya dengan negeri-
negeri di luar. Terutamannya semasa zaman pemerintahan Sultan yang kelima,
Sultan Bolkiah (1485-1524), Brunei dikisahkan berjaya memperluaskan kuasa
politiknya ke atas seluruh Pulau Borneo hingga ke bahagian selatan Kepulauan
Filipina. Sungguhpun begitu, masih tidak dapat diketahui dengan jelas tentang
keadaan [ciri-ciri] dan kedudukan sebenar masyarakat Sabah dan Sarawak ketika
itu. Rekod-rekod bertulis awal yang ditemui setakat ini cuma membicarakan
tentang masyarakat di Brunei.

Di Sabah, terdapat maklumat tentang kedatangan orang Cina ke Sungai


Kinabatangan atau dikisahkan dalam sumber lisan sebagai 'China Batangan'.
Kononnya seorang pembesar dihantar oleh Maharaja Yung Lo untuk meninjau
gunung [kini sebagai Kinabalu] yang terkenal di kalangan saudagar-saudagar
Arab yang membawa bekalan Kapur Barus berkualiti tinggi untuk diniagakan di
China. Manakala menurut sumber lisan mengisahkan bagaimana seorang
pembesar China membina petempatannya di 'China Batangan' dan kemudian
anak perempuannya telah dikahwinkan dengan Sultan Brunei yang kedua, Sultan
Ahmad [nama asalnya menurut sumber lisan ialah Pateh Berbai].

Manakala di Sarawak, rekod-rekod awal dinasti China ada mengisahkan tentang


kerajaan Melanau di muara Sungai Rejang. Manakala bukti-bukti daripada usaha
galicari arkeologi di Santubong [dalam kawasan Bahagian Kuching], dapat
menggambarkan kewujudan petempatan masyarakat Buddha-Hindu. Namun
tidak dapat dijelaskan setakat ini tentang asal usul penduduk Santubong pada
masa itu. Dalam rekod awal negara China menyebut tentang kewujudan sebuah
kerajaan Po-ni pada kurun masehi ke-9 yang menganut kepercayaan Buddha.
Ada pendapat merujuk kerajaan tersebut kepada kerajaan Brunei Tua yang
berpusat di tapak Kota Batu. Dan ada juga pendapat yang merujuknya kepada
Santubong. Berdasarkan bukti-bukti galicari arkeologi menunjukkan Santubong
merupakan petempatan awal yang lebih pesat berbanding dengan Kota Batu.
Namun penemuan bukti-bukti arkeologi di tapak Kota Batu menunjukkan suatu
era kemakmuran di antara kurun masehi ke-15 dan ke-16. Ini menjelaskan
bahawa Santubong merupakan suatu pusat petempatan di pantai barat Borneo
sebelum kerajaan Brunei [tapak Kota Batu] mengambil alih peranan tersebut
bermula pada kurun masehi ke-15.

Sehingga ke hari ini tidak terdapat sumber-sumber sejarah yang dapat


dirujukkan tentang asal-usul masyarakat kaum pribumi asli di Sarawak.
Kebanyakan kumpulan masyarakat pribumi di Sarawak merujuk asal-usul mereka
dari bahagian selatan Borneo [Kalimantan]. Misalnya, kaum Iban dan Bidayuh
dikatakan datang daripada lembah Sungai Kapuas. Manakala kaum Kayan dan
Kenyah pula berasal dari Lembah Sungai Batang Kayan. Daripada hasil
penyelidikan yang lepas menunjukkan proses migrasi masyarakat daripada
bahagian Kalimantan ke bahagian Sarawak berlaku seawal-awalnya selepas
kurun masehi ke-18. Pandangan-pandangan yang dikemukakan sebagai punca
migrasi tersebut adalah tertumpu kepada faktor mobilisasi perekonomian, yakni
mencari kawasan pertanian yang subur. Sebenarnya banyak faktor-faktor lain
yang menyebabkan migrasi tersebut, dan bukannya semata-mata kerana
keperluan ekonomi. Misalnya, faktor persaingan sosial, faktor peperangan, dan
faktor budaya 'merantau'. Seperti juga dengan orang Cina dan India dahulu,
mereka datang ke Asia Tenggara untuk mencari kekayaan dengan harapan
membawa balik segala perolehan mereka ke negara asal. Tetapi apa yang
berlaku kemudian ialah mereka tidak balik ke tanahair tetapi terus menetap di
luar negeri. Situasi yang serupa juga berlaku di kalangan penduduk pribumi
Borneo. Orang Iban pada mulanya migrasi ke Bahagian Kedua, namun semasa
zaman pemerintahan Regim Brooke mereka mula tersebar luas di seluruh negeri
Sarawak hingga ke negeri Sabah.

Menurut tradisi lisan masyarakat Brunei menyebut bahawa terdapat lima buah
negeri di bawah takluk kerajaan Brunei, iaitu Kalaka, Mukah, Saribas,
Samarahan, dan Sarawak [kini kawasan Kuching]. Sebenarnya sehingga kini
tidak terdapat fakta sejarah yang dapat menunjukkan tarikh yang tepat bila
wujudnya keberkesannya pemerintahan Brunei di kelima-lima negeri tersebut.
Ahli-ahli sejarah percaya bahawa peristiwa penaklukan kelima-lima negeri
tersebut berlaku sekitar di antara pertengahan kurun masehi ke-14 dan awal
kurun masehi ke-15. Sering kali pertembungan persepsi dan pandangan di
kalangan para sarjana berlaku bila hendak menghuraikan ciri-ciri masyarakat di
pulau Borneo amnya. Pada dasarnya satu kesimpulan umum boleh diberikan
bahawa daripada berbagai kumpulan etnik di Borneo itu, walau pun wujud unsur-
unsur persamaan sosial dan ekonomi yang ketara tetapi juga tidak dapat
dinafikan akan terbentuknya variasi ciri-ciri di antara kumpulan-kumpulan etnik
tersebut. Variasi ciri-ciri tersebut terbentuk daripada sejarah dan pengalaman,
pengaruh persekitaran, peranan ekonomi dan politik, kesan proses migrasi dan
mobiliti fizikal, dan kesan kontaks antara etnik.

CIRI MASYARAKAT TRADISIONAL DI SABAH DAN SARAWAK


Setiap masyarakat semestinya mempunyai sistem masyarakat tradisional. Apa
yang kita lihat pada hari ini kebanyakkan sistem masyarakat telah mengalami
banyak pembahan. Ini merupakan satu kemajuan dan ketamadunan yang dicapai
ekoran dan pembahan kemajuan masyarakat itu sendiri. Namun, sesetengah
sistem masyarakat tradisional masih diamalkan di kalangan masyarakat pada
hari ini, terutamanya dalam aspek kebudayaan dan agama bagi penduduk Sabah
dan Sarawak. Perubahan sistem masyarakat ekoran campurtangan orang luar
terutamanya penjajah yang meninggalkan sistem masyarakatnya ke atas negeri
jajahan. Ada juga disebabkan hubungan ekonomi. Penduduk tempatan akan
meniru unsur-unsur luar yang dibawa masuk oleh pedagang-pedagang yang
datang ke Borneo. Namun, tidak semua perubahan sistem masyarakat ini
mendatangkan kesan negatif. Sesetengah perkara memberikan kesan positif
contohnya, ke atas sistem ekonomi dan politik. Masyarakat dapat menyusun
sistem politik dengan lebih teratur, serta memajukan sektor ekanomi.
Masyarakat di Sabah dan Sarawak juga akan hidup bersatu padu dan tidak
terikat dengan satu kaum sahaja.

Di sini akan cuba diperihalkan sistem masyarakat tradisional di Sabah dan


Sarawak sebelum campur tangan penjajah Barat pada kurun ke-19. Terlebih
dahulu akan mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan masyarakat
tradisional. Menurut, Kamus Dewan menyatakan bahawa 'masyarakat' membawa
maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan
aturcara hidup tertentu. Manakala tradisional memberi erti sifat atau mengikut
tradisi yang menjadi kebiasaan turun temurun. Jadi, dapat disimpulkan bahawa
masyarakat tradisional ialah golongan manusia yang mendiami sesuatu kawasan
dan mengamalkan corak kehidupan berdasarkan peninggalan nenek moyang
mereka. Dalam memperihalkan sistem ini saya menyentuh aspek petempatan,
politik, sosial, kepercayaan, ekonomi dan agama.

PETEMPATAN
Petempatan merupakan perkara paling asas. Tanpa petempatan yang tetap
masyarakat di Sabah dan Sarawak sudah tentu tidak dapat menjalankan sistem
masyarakatnya dengan baik. Melalui petempatan yang tetap dapat memberi
kemudahan kepada masyarakat itu sendiri menjalankan setiap aktiviti dan
tugasan secara teratur serta berkerjasama. Di Sabah dan Sarawak mempunyai
petempatan yang tersendiri.

Sabah merupakan sebuah negeri kedua terbesar di Malaysia. la terletak di


bahagian utara Pulau Borneo. Di sebelah barat Sabah dipisahkan dengan
semenanjung Malaysia oleh Laut China Selatan. Manakala di utaranya terdapat
Laut Sulu dan dibahagian timur ialah Laut Sulawesi. Kedudukan Sabah yang
dikelilingi oleh laut ini memberikan kemudahan perhubungan bagi negeri ini
dengan negeri-negeri sekitarnya. Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu. Bandar
utama yang lain ialah Sandakan dan Tawau. Bentuk muka bumi di Sabah
bergunung-ganang dengan Banjaran Crocker di sebelah barat dan Banjaran
Brassey di sebelah timur. Tanah pamahnya terletak berhampiran dengan pantai.
Sebab itulah, kebanyakan petempatan awal di Sabah terletak sepanjang pantai
dan keadaan mi masih kekal hingga kini. Pantainya berteluk-teluk, mempunyai
banyak pulau, tanjung dan pelabuhan yang teriindung serta beriklim
khatulistiwa.

Bagi negeri Sarawak pula, merupakan negeri terbesar di Malaysia. Sarawak juga
terletak di sebelah barat Pulau Borneo dan bersempadan dengan Kalimantan di
sebelah selatannya. Manakala di sebelah barat dan utara disempadani oleh Laut
China Selatan, Brunei dan Sabah. Sarawak dianggap sebagai negeri tertua di
Asia Tenggara, Asal usul nama sebenar Sarawak tidak dapat dipastikan tetapi,
ramai sejarawan mempercayai ia adalah nama bagi Sungai Sarawak. Sesetengah
ahli sejarah zaman ini, mengatakan Sarawak telah wujud sejak 45,000 tahun
dahulu.Ia berdasarkan penemuan bukti di Gua Niah berupa tengkorak, bekas
perkuburan, pasu dan mangkuk yang diperbuat daripada tembikar, lukisan
gambar yang diconteng pada tembok gua dan alat batu. Ini menyokong bahawa
Sarawak merupakan negeri tertua di Asia Tenggara. Sarawak mempunyai
kawasan tanah pamah pantai yang luas .kawasan paya bakau dan pantainya
tidak berteluk. Ekoran keadaan ini serta iklim khatulistiwa menjadikan Sarawak
digemari oleh pedagang-pedagang. Setelah mengetahui tentang petempatan di
Sabah dan Sarawak barulah menyentuh tentang aspek-aspek lain. Ini kerana
setiap sistem yang diperihalkan selepas ini mempunyai kaitan dengan
petempatan. Tanpa petempatan segala aktiviti tidak dapat dijalankan. Jadi aspek
ini sangat penting sama ada secara langsung atau tidak langsung.
SISTEM POLITIK
Bila menyentuh mengenai politik di Sabah dan Sarawak, Brunei tidak akan
ketinggalan. Ini kerana keadaan petempatan mereka berdekatan. Sabah dan
Sarawak berada di bawah pemerintahan sultan Brunei yang kelima. Nama sultan
tersebut ialah Sultan Bulkiah. Kenaikan baginda ke atas takhta kerajaan Brunai
padaawal kurun ke-16. Sultan Bulkiah dikenali dengan nama Nahkoda Ragam.
Baginda seorang ahli pelayaran yang cekap dan handal. Semasa pemerintahan
beliau ramai saudagar berkunjung ke Brunei dan Borneo amnya. Brunei muncul
sebagai pelabuhan terpenting di Asia Tenggara. Sultan Brunei mengadakan
hubungan diplomatik dengan Raja-raja Islam di Indonesia dan China.
Memandangkan Sabah dan Sarawak terletak di bawah kerajaan Brunei,
semestinya sistem politik mereka dipengaruhi oleh corak pemerintahan Sultan
Brunei . Sultan mempunyai empat orang menteri utama yang bertugas sebagai
pembantu beliau. Pembantu utama ialah Pengeran Bendahara menyamai tugas
Perdana Menteri. Pembantu kedua ialah Pengeran Pemanca yang bertugas
sebagai Timbalan Perdana Menteri dan yang ketiga Pengeran di gudang dan
serta yang terakhir ialah Temenggung yang bertugas menjaga keselamatan dan
keamanan negeri dan sultan.

Di Sarawak Sultan Brunei telah melantik orang besar peranakan Arab bernama
Sharif Sahap yang menjadi ketua pemerintah di daerah Sungai Sekrang Cabang
Sungai Batang Lupar bagi menggantikan Laksamana Aminuddin, tetapi
perlantikan beliau tidak disukai oleh rakyat, Manakala di daerah Kuching pula
pada tahun 1836 Sultan Brunei telah menghantar Pengeran Mahkota dan orang
besar Brunei untuk memerintah kawasan tersebut.Di Sabah terdapat juga ahli
sejarah berpendapat bahawa masyarakat Sabah mempunyai sistem politik
peribumi sebelum kedatangan pemerintahan Syarikat Berpiagam. Sistem politik
Sabah dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sistem politik kesukuan,
sistem politik kesultanan dan ketua bebas.Sistem politik kesukuan biasanya
diamalkan oleh kaum Dusun, Murut, orang sungai dan kaum lain yang tinggal di
daerah pendalaman. Biasanya mereka hidup berkelompok kecil serta berpisah
dari kumpulan lain disebabkan oleh bentuk alam seperti, banjaran gunung,
sungai dan lembah-lembah.Susunan politik mereka berkaitan dengan ikatan
kekeluargaan. Orang paling tua dalam komuniti, dipanggil orang tua dan dipilih
sebagai ketua kampung. Ketua kampung biasanya peneroka awal kawasan
tersebut. Mereka mempunyai sifat berani, bijaksana dan mengetahui tentang
adat-istiadat.

Ketua kampung mempunyai tugas yang berat. Mereka berperanan untuk


memelihara keamanan awam, memimpin kampungnya dalam peperangan,
sebagai hakim, hal-hal adat dan sebagainya yang berkaitan dengan masyarakat
setempat. Dalam masyarakat Dusun ketua kampung bertanggungjawab ke atas
semua aktiviti termasuklah perkahwinan, pembahagian harta pusaka,
masalahjenayah dan ekonomi. Selain ketua kampung wujud institusi secara tidak
rasmi dipanggil Majlis Kampung. Majlis Kampung berperanan memilih ketua
kampung serta menasihati ketua kampung dalam semua aspek. Majlis penting
kepada masyarakat untuk menjadi orang perantaraan diantara ketua dan
masyarakat serta dapat menolong mereka menyelesaikan masalahsebelum,
berjumpa dengan ketua kampung. Institusi ketua kampung dan Majlis kampung
biasanya terdapat dalam masyarakat peribumi bukan Islam. Menurut kajian,
pemimpin-pemimpin ini pemah membentuk gabungan dalam menghadapi
ancaman luar. Perikatan yang khusus ini adalah bentuk organisasi politik yang
tertinggi ditemui dalam masyarakat Dusun. Sistem ini berkekalan di daerah
pedalaman. Walaupun Sabah diperintah oleh sultan Brunei dan Sulu, sistem
politik kesukuan ini bebas diamalkan sehingga kedatangan Inggeris yang
membawa perubahan baru.

Manakala sistem politik kesultanan pula wujud di bahagian persisiran pantai


barat dan pantai timur Sabah. Bahagian ini diperintah oleh Datu-datu Sulu.
Sementara daerah pantai barat terletak di tangan wakil kesultanan Brunei. Di
bawah sistem Brunei penduduk dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama
penduduk disifat sebagai 'hamba kerajaan' dan menjadi hak milik sultan.
Keduanya dimiliki oleh empat wazir digelar 'sungai kuripan ' dan yang ketiga
menjadi hak milik sultan yang di panggil 'sungai tulin' Dari segi teorinya
pembahagian ini untuk memudahkan kerajaan Bmnei memungut cukai dan
mengekalkan kewibawaannya.

Kategori ketiga sistem politik peribumi Sabah ialah ketua bebas. Mereka
tergolong atau mempunyai pertalian keluarga dengan sultan Brunei dan Sulu.
Ketua bebas ini biasanya lahir dari keberanian, kewiraan dan ketangkasan
seseorang tokoh mencabar kewibawaan sultan di daerah-daerah persisiran
pantai. Mereka mempunyai undang-undang tersendiri serta tidak mengiktiraf
kedaulatan kuasa lain. Contohnya,ketua bebas yang dikenali ialah ketua lanun
Sharif Osman yang memerintah daerah Marudu antara tahun 1830-1840 serta
Datu Kerunding yang memerintah daerah Tunku pada akhir kurun ke-19. Sistem
politik ini lebih ketara pada kurun ke-19 semasa pemerintahan Inggeris.

Di negeri Sarawak pula selain terletak di bawah kuasa Brunei, ada bukti
mengatakan Sarawak pernah diperintah oleh Majapahit di Pulai Jawa. Majapahit
berkuasa dan mempunyai tanah jajahan yang luas, terutama pada kurun Masehi
ke-14. Dipercayai Sarawak juga dibawah kuasa Majapahit kerana menurut
sejarah lisan ada menyebut terdapat beberapa buah tempat di bahagian
Kalimantan telah ditakluk oleh Majapahit. Tetapi bukti di Sarawak tidaklah
banyak ditemui. Ia hanya berdasarkan kepada sumber lisan orang Bidayuh di
Sarawak yang menyebut nama Tuhan mereka dengan perkataan 'jewata', yakni
dipercayai berasal dari perkataan Sanskrit 'dewata'. Perkataan tersebut mungkin
telah diperkenalkan di Sarawak semasa penjajahan Majapahit ke atas Borneo.
Selain daripada bukti tersebut, di Santubong juga, telah dijumpai peninggalan
aktiviti megalitik yang berupa lukisan manusia diukir pada sebuah batu besar.
Lukisan tersebut menggambarkan manusia yang sedang meniarap
mendepangkan tangan dengan kaki terkangkang sebagai menunjukkan
penderitaan kerana diseksa. Justeru itu, ianya dipercayai sebagai kesan
peninggalan zaman Hindu di Sarawak. Pada kurun Masehi ke-15 barulah Sarawak
berada di bawah kuasa kesultanan Brunei. Pada tahun 1609 ada riwayat
pengarang Portugis bernama Valentyn, mengatakan terdapat tempat bernama
Melanau, Kalaka dan Saribas di Sarawak yang diperintah oleh kerajaan Johor
(didirikan oleh raja Melayu keturunan raja melayu Melaka). Menurut penulis
Belanda pula, pada tahun 1609 juga Sarawak telah bebas daripada
pemerintahan Brunei tetapi pada awal kurun Masehi ke-19, Sarawak telah
diperintah kembali oleh Kesultanan Brunei.

Setelah meneliti keadaan politik di Sabah dan Sarawak jelas bahawa Sabah dan
Sarawak tidak mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri. Sistem politik
bagi kedua-dua negeri ini dipengaruhi oleh kuasa pemerintah luar yang
menaklukinya. Jika ada sistem politik peribumi pun, ianya hanya berkuasa secara
tidak rasmi di kawasan setempat dan ke atas suku atau kaum sahaja.

SISTEM SOSIAL
Sebelum penjajahan kuasa Barat, tidak wujud tulisan tentang etnik yang
terdapat di Sabah dan Sarawak. Kisah mengenai kemunculan dan kehidupan
masyarakat di Sabah dan Sarawak hanyalah melalui sumber lisan. Jadi tidak
dapat dipastikan bila dan bagaimana penduduk peribumi asli yang mula
menduduki Pulau Borneo amnya. Kebanyakan peribumi di Sabah dan Sarawak
mengalami banyak perubahan migrasi yang beriaku beribu-ribu tahun dahulu.
Petempatan awal kaum migrasi ini ialah di pinggir pantai kemudian barulah ke
kawasan pedalaman.

Di Sabah pengkaji sejarah telah menggolongkan kaum peribumi Sabah kepada


tiga kumpulan etnik iaitu bumiputera Melayu Islam, bumiputera bukan Melayu
dan Cina. Kumpulan Melayu Islam terdiri daripada kaum Brunei, Bisaya, Suluk,
Bugis, Bajau dan sebagainya. Kumpulan bumiputera bukan Islam pula ialah
Kadazan, Murut, Dumpas, Minokok, Maragang dan kumpulan kecil Filipina. Cina
pula terbahagi kepada beberapa kumpulan mengikut diaiek masing-masing.
Kaum Dusun dipercayai berasal dan keturunan Cina, orang Murut berasal dari
Annam di utara Burma, Bajau dari selatan Kepulauan Filipina dan Bisaya dari
kalangan kaum Hiligayamon di Filipina dan kaum-kaum lain dari kawasan
sekitamya. Jadi, amalan sosial mereka seperti amalan harian tentulah berbeza-
beza mengikut kaum masing-masing. Namun, begitu amalan yang baik seperti
menghormati orang tua, tolong-menolong dan berpegang teguh kepada adat-
istiadat menjadi pegangan utama setiap kaum.

Manakala di Sarawak juga mempunyai pelbagai kaum. Sebelum orang Cina dan
Melayu migrasi ke Sarawak, telah terdapat penduduk 'bumiputera asli' yang
dianggap sebagai 'orang liar' dan tinggal dalam hutan, mahupun 'tinggal di atas
pokok'. Mereka dikenali disebut sebagai orang Ukit, orang Bukitan, orang Punan,
orang Kayan, orang Dayak dan sebagainya. Dipercayai orang Kayan dan Kenyah
yang ada di Sarawak berasal dari keturunan Melayu dan juga dari keturunan
Bugis dari Kepulauan Indonesia. Mereka suka menindik telinga dan digantung
dengan gelang timah atau tembaga yang berat hingga cuping telinga lanjut
sampai ke bahu. Orang Kayan suka dan pandai bertukang besi untuk dijadikan
perkakas asas dan senjata.

Sistem sosial di Sabah dan Sarawak memang sukar untuk dikaji. Di kedua-dua
negeri ini mempunyai banyak kaum yang berpegang teguh kepada amalan
nenek moyang mereka masing-masing. Jadi, amalan sosial mereka bergantung
kepada peraturan kaum itu sendiri yang telah diwarisi dari tempat asal mereka.

ADAT DAN KEPERCAYAAN


Masyarakat peribumi di Sabah dan Sarawak memang patuh kepada adat dan
mempercayai sesuatu itu dengan mendalam. Setiap kaum mempunyai adat
masing-masing. Di Sabah contohnya kaum Dusun masih patuh kepada adat
pemujaan tengkorak secara besar-besaran. Bagi kaum Bisayah kaum mereka
mengamalkan adat-istiadat Melayu.

Di Sarawak juga mengamalkan adat-adat tertentu. Bagi kaum Malanau yang


ingin mendirikan rumah terlebih dahulu tapak tanah perlu disemah (jamuan
kepada hantu atau orang halus). Caranya ialah digali sebuah lubang dan
dimasukkan seorang perempuan serta dengan hiasan manik yang berharga
untuk dijadikan korban. Barulah boleh ditanam tiang, tujuannya untuk
menghalau hantu daripada mengganggu penghuninya. Bagi orang Iban pula,
seseorang pemuda yang ingin berkahwin perlu melakukan pekerjaan sebelum
masuk meminang. Kerjanya ialah menyembelih kepala orang dan kepala
tersebut diberikan kepada bakal mertua ataupun bakal isteri, barulah pinangan
akan diterima. Tujuan adat dan kepercayaan ini untuk menunjukan keberanian
dan kegagahan seseorang pemuda. la sangat penting dalam kaum Iban sebagai
jaminan kaum lelaki itu mampu menjaga keselamatan keluarganya. Sehingga
sekarang sesetengah adat dan kepercayaan di kalangan kaum bumiputera di
Sabah dan Sarawak masih kekal. Namun, adat-adat yang melibatkan kematian
jarang berlaku dan tidak dibenarkan. Tetapi ,adat yang berbentuk pemujaan dan
patang larang tertentu masih diamalkan terutamanya mereka yang tinggal di
kawasan pedalaman.

AGAMA
Agama merupakan salah satu perkara penting dalam sesuatu masyarakat.
Agama dijadikan sebagai panduan dan pegangan hidup. Dalam kehidupan harian
agama dijadikan peraturan supaya tidak melakukan kesilapan. Terdapat pelbagai
jenis agama di Sabah dan Sarawak kerana mempunyai kaum yang berbeza.

Di Sabah agama Islam sudah diamalkan begitu juga dengan Sarawak. Agama
Islam telah di bawa masuk oleh pemerintah dan pedagang-pedagang yang
beragama Islam seperti dari India, China, Melaka dan kawasan sekitamya yang
lebih dahulu mengamalkan ajaran Islam. Sebelum kedatangan Islam ada yang
menganuti agama lain yang berasal dari tempat masing-masing. Sehingga
sekarang pun agama tersebut masih kekal diamalkan.

Bagi kaum Bisayah mereka percaya kepada animisme seperti memyembah


pokok, gunung, bukit, sungai dan sebagainya yang dianggap mempunyai roh.
Ada juga yang tidak mempunyai agama. Walaupun agama asal masih kekal di
kedua-dua negeri ini namun, pada kurun ke 15 semakin ramai penduduk
memeluk agama Islam. Jadi jelas di sini, agama Islam telah berkembang ekoran
penjajahan Brunei.
EKONOMI
Bagi meneruskan kehidupan, kegiatan ekonomi sangat penting. Bagi sesebuah
masyarakat. di Sabah dan Sarawak mengamalkan ekonomi tradisional seperti
pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan menangkap ikan.
Perdagangan juga telah berlaku bagi kedua-dua negeri ini dengan negeri
sekitarnya. Kebanyakkan kaum peribumi Sabah dan Sarawak menjalankan
kegiatan pertanian. Bagi kaum Dusun di Sabah mereka mengamalkan pertanian
padi huma, padi sawah, tanam ubi kayn dan tembakau. Kaum Lun Dayeh
menanam padi huma, padi sawah, kopi, tebu sertajagung. Orang Bajau lebih
memberi tumpuan kepada pentemakan kerbau dan kuda serta menanam padi.

Di Sarawak juga mengamalkan pertanian seperti kaum yang terdapat di Sabah


iaitu menanam padi, tanamjagung serta menternak binatang. Mereka
mengamalkan corak pertanian sara diri iaitu untuk memenuhi keperluan
keluarga.

Ada juga sesetengah kaum menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ini


bersesuaian dengan kehidupan mereka yang berhampiran dengan pantai.
Contohnya, kaum Bajau yang bergantung hidup kepada sumber laut. Bagi yang
tinggal di kawasan pedalaman terutama di kawasan hutan mereka memburu
binatang dan memungut hasil hutan. Kebanyakkan kegiatan ini bagi memenuhi
keperluan keluarga. Sabah dan Sarawak juga telah terlibat dengan kegiatan
perdagangan. Ini ekoran peranan pemerintah terutamanya berkaitan dengan
Brunei. Brunei mempunyai hubungan dangan Cina dan India . Jadi secara tidak
langsung ia mempunyai hubungan dengan negeri jajahan Brunei. Maka tidak
hairanlah pada kurun ke-15 Sabah telah muncul sebagai pusat perdagangan
yang penting di kalangan negeri Cina, India dan semua bandar utama dunia
Melayu termasuklah Sumatara, Melaka dan Manila. Pedagang-pedagang ini
membawa masuk tembikar, sutera dan barang perhiasan ke Sabah dan Sarawak.
Dari Sabah dan Sarawak mereka membawa keluar hasil hutan, kapur barns,
sarang burung, rotan dan sebagainya yang terdapat di negeri tersebut. Bukti
perdagangan di Sarawak melalui penemuan wang-wang logam Cina dari wangsa
Hsin dan Han di kuala Sungai Sarawak . Ekonomi perdagangan ini maju
disebabkan kemajuan Brunei kerana Brunei telah menjadi sebuah pelabuhan
yang penting di Asia Tenggara dan ini secara tidak langsung negeri Sabah dan
Sarawak menjadi tumpuan para pedagang tadi.

Setelah dikaji tentang sistem masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak


sebelum penjajahan kuasa barat, pada kurun ke 19 jelas menunjukkan negeri
tersebut mengamalkan sistem masyarakat yang dibawa dari negara asal
mereka. Ada juga disebabkan oleh penjajahan Brunei contohnya ekonomi
perdagangan dan juga agama Islam. Sistem masyarakat ini ada yang masih
diamalkan dan ada yang tidak diamalkan ekoran perubahan yang telah dialami
oleh masyarakat tersebut. Jika dahulu masyarakat di Sabah dan Sarawak
mengamalkan kehidupan pindah randah, sekarang mereka mula tinggal secara
menetap bagi membolehkan mereka mengamalkan corak hidup yang lebih
teratur. Dan masyarakat ini tidak lagi melakukan migrasi ke negara lain seperti
yang dipercayai penduduk asal Sabah dan Sarawak adalah kaum migrasi,
kononnya dari tanah besar Asia dan Kepulauan Melayu. Dari segi ekonomi, pada
mulanya Sabah dan Sarawak mengamalkan perdagangan sistem barter dan
pertanian berbentuk sara diri. Setelah beberapa kurun telah berlalu, maka
berlaku perubahan ke atas sektor ekonomi terutamanya dengan adanya
campurtangan Brunei serta negera-negara yang berdekatan dengan wilayah
Sabah dan Sarawak, yakni mula menjalankan ekonomi perdagangan yang lebih
berbentuk komersial dan menguntungkan. Kemajuan ekonomi ini disebabkan
Sabah dan Sarawak mempunyai pelabuhan dan dikatakan orang Brunei telah
menjadi orang tengah kerana negara Brunei menjadi tumpuan utama
perdagangan pada masa itu. Kepercayaan dan agama juga mengalami
perubahan. Pada mulanya masyarakat mengamalkan agama yang dibawa oleh
mereka dari tempat asal berdasarkan keturunan nenek moyang masing-masing
seperti kepercayaan anamisme. Tetapi pada kurun ke -15 sudah ramai penduduk
Sabah dan Sarawak telah menganuti agama Islam. Ini mungkin disebabkan oleh
sebaran negeri Brunei dan pedagang-pedagang yang beragama Islam. Jadi
jelaslah di sini sistem masyarakat tradisional di Sabah dan Sarawak telah
mengalami banyak perubahan. Sehingga sekarang Sabah dan Sarawak telah
muncul sebagai sebuah negeri yang maju dalam sektor ekonomi terutama
pertanian sehingga muncul sebagai pengeksport utama lada hitam dan kayu
balak. Politik juga telah mantap dan mempunyai pemerintahan yang tersendiri.

You might also like