You are on page 1of 5

Raja Mutlak & Raja Berperlembagaan di Perancis

Revolusi Perancis
Pengenalan
Pemerintahan Perancis terletak di tangan Raja, Majlis Diraja dan intendant.
Susun Lapis Masyarakat Perancis

1. Raja
Raja berkuasa mutlak sehingga kuasanya mengatasi semua undang2. Sebagai contoh, raja
berkuasa memenjarakan individu yg ingkar atau menyakiti hati golongan berpengaruh [tindakan
ini dipanggil lettre de cachet].
2. Majlis Diraja
i.
Dianggotai kerabat diraja yg berpengaruh.
ii.
Membuat keputusan penting dalam semua bidang.
3. Intendant
Sistem Intendant yang digunakan di peringkat wilayah menguruskan hal pentadbiran dan cukai.
Raja sengaja menambahkan bilangan intendant untuk mengurangkan kuasa politik golongan
bangsawan.
4. Golongan paderi [clergy]:
Golongan paderi bertugas di gereja Katolik dan institusi dalam pentadbiran agama. Golongan
yang menguasai sebahagian besar bidang pendidikan di Perancis ini terbahagi kepada 2
kelompok iaitu;
i. Bishop: paderi atasan yg diberi keistimewaan termasuk gaji lumayan dan rumah mewah.
ii. Paderi parisy: paderi bawahan yg berkerja kuat tetapi tidak diberi keistimewaan.

i.
ii.
iii.

i.
ii.

5. Golongan bangsawan
Golongan bangsawan di Perancis dibahagikan kepada dua iaitu;
Bangsawan atasan: memiliki tanah luas dan kaya serta diberi keistimewaan seperti pangkat /
jawatan.
Bangsawan rendah: Mendapat hasil mencukupi dari tanah mereka di luar Bandar. Tidak
sekaya bangsawan atasan, kuasa politik pun sedikit.
Bangsawan bergelar: golongan yg berjasa kepada negara dan tidak memiliki keistimewaan yg
dimiliki oleh bangsawan atasan.
6. Golongan bourjois
Golongan ini terdiri daripada masyarakat kelas menengah seperti golongan professional, guru,
peguam, pedagang dll. Golongan ini diberikan beberapa keistimewaan seperti;
Pengecualian cukai
Tidak perlu berkhidmat dalam angkatan tentera.

Walau bagaimanapun, golongan ini tidak berpuas hati kepada pemerintah kerana;
i.
Diskriminasi: tidak berpeluang naik pangkat dalam pegawai tentera
ii.
Diskriminasi: tidak berpeluang berkhidmat dalam pentadbiran.

i.
ii.
iii.
iv.
v.

7. Golongan petani
Golongan petani terbeban dengan pelbagai cukai seperti;
Cukai tanah [taille]
Cukai harta [vingtieme]
Cukai garam [gabelle]
Cukai feudal [menggunakan kilang gandum, dapur & alat pemerah anggur]
Cukai gereja [tithe]

Parlimen Perancis
Parlimen Perancis terbahagi kepada 3 Estet / blok yg berperanan membincangkan hal atau
masalah hal di daerah masing2.

Perubahan Raja Berkuasa Mutlak ke Raja Berperlembagaan Di Perancis


Pada tahun 1787, Raja Louis XVI telah mengadakan Perhimpunan Orang-Orang Kenamaan.
Perhimpunan ini bertujuan mengatasi masalah kewangan Perancis. Estet Pertama dan Kedua
diberi keistimewaan manakala Estet Ketiga seolah-olah disisihkan.

Estet Ketiga menuntut persamaan hak tetapi tidak diendahkan. Estet Ketiga akhirnya
mengisytiharkan diri mereka sebagai Perhimpunan Kebangsaan [Parlimen
Negara]. Perisytiharan oleh Estet Ketiga ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis.

Antara tuntutan Estet Ketiga: konsep persamaan dan keadian dan keistimewaan bukannya
diberikan berdasarkan hak atau warisan. Perjuangan Estet Ketiga mendapat sokongan
golongan miskin. Pada 14 Julai 1789 bangunan Bastille jatuh ke tangan
pemberontakan. Peristiwa ini menjadi pembakar semangat golongan revolusi di Bandar dan
desa.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Perhimpunan Kebangsaan [terdiri daripada Estet Ketiga] berjaya;


Menghapuskan sistem feudal
Menghapuskan perhambaan
Menghapuskan monopoli golongan bangsawan
Menghapuskan buruh paksa
Menarik balik hak istimewa gereja
Menyamaratakan cukai

i.
ii.
iii.

Kejayaan
Perhimpunan
Kebangsaan
menghapuskan
sistem
dengan Hari Ogos dan satu dikri pemansuhan sistem feudal dikeluarkan;
Ahli parlimen menyerahkan hak feudal mereka
Golongan feudal turut menyerahkan hak mereka
Golongan paderi menyerahkan hak gereja dan hasil kutipan.

feudal

ditandai

Pada 26 Ogos 1789, Parlimen meluluskan Perisytiharan Hak-Hak


Warganegara. Antara kandungannya ialah;
i. Hak kebebasan- harta benda, perlindungan dan tiada penindasan.
ii. Hak kesamarataan perbezaan hanya boleh diwujudkan untuk manfaat umum.

Manusia

dan

Pentadbiran Perancis;
Perancis dibahagikan kepada 83 kawasan [department]. Department pula dibahagi kepada
daerah [cantons] dan commune.Kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat tempatan dan berkuasa
di kawasan masing2.

i.
ii.
iii.

Pada tahun 1790, Perlembagaan Sivil Gereja diluluskan. Kandungan perlembagaan tersebut
ialah;
Paderi dipilih oleh rakyat
Paderi diberi gaji
Paderi mesti mengangkat sumpah taat setia kepada Perlembagaan Awam

i.
ii.
iii.

Seterusnya pada tahun 1791, Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan perlembagaan


baru yg berdasarkan teori pengasingan kuasa Montesquieu. Menurut teori pengasingan kuasa
ini, kerajaan dibahagikan kepada;
Badan legislatif
Badan eksekutif
Badan judisiari
Pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung selama setahun sebelum bertukar kepada
republik. Perancis masih tidak aman kerana berlaku perpecahan golongan pendukung revolusi
iaitu Jacobin dan girondin. Perancis turut terlibat dalam peperangan dengan negara jiran
mereka iaitu Austria dan Prusia apabila golongan bangsawan Perancis lari ke kedua-dua
negara berkenaan. Golongan bangsawan ini cuba mempertahankan sistem monarki di
Perancis.
Keadaan
kacau-bilau
ini
melahirkan
pemerintahan
diktator
yg
dikenali
sebagai Zaman Pemerintahan Ganas. Pemerintahdikuasai golongan Jacobin yg diketuai
Maximilien Robespierre. Kumpulan ini mewujudkan Mahkamah Revolusi dan menggubal
Undang2 Syak yang mengenakan hukuman tembak dan pencung kepada golongan musuh
revolusi dan golongan menyokong raja.
Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette juga dihukum pancung dengan
gilotin. Maximilien Robespierre sendiri dihukum pancung oleh puak yang menyokong parlimen
Kematian Maximilien menandakan berakhirnya Zaman Pemerintahan Ganas. Keadaan tidak
stabil ini tamat bila Napoleon Bonaparte mengambil alih pemerintahan [1799].

Napoleon Bonaparte

Kesimpulan
Perubahan sistem pemerintahan di Perancis begitu ketara. Daripada zaman feudal yang
mengamalkan pemerintahan raja berkuasa mutlak berubah kepada raja berperlembagaan.
Berlaku pelbagai peristiwa yang membawa kepada perubahan ini sebelum kestabilan politik
dicapai.

You might also like