You are on page 1of 29

ISI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

HALAMAN

1.0

PENGENALAN

2.0

PENGERTIAN PENYUSUAN

2-3

3.0

DALIL PENSYARIATAN PENYUSUAN

4-7

4.0

RUKUN PENYUSUAN DI DALAM ISLAM

8 - 11

5.0

HAK PENYUSUAN MENURUT ISLAM

12 - 15

6.0

7.0

ISU BERKAITAN PENYUSUAN


-

PENUBUHAN BANK SUSU IBU

16 - 25

KESIMPULAN

26

RUJUKAN

27

1.0

PENGENALAN

Bab penyusuan atau al-radhaah adalah salah satu bab kekeluargaan dalam Islam yang mana
dalil pensyariatannya telah jelas diterangkan di dalam Al-Quran mahupun hadis Nabi
Muhammad SAW itu sendiri. Namun, para ulama fiqh dan juga mufassirin mempunyai
perbezaan pendapat dalam mentafsirkan ayat tersebut serta perbezaan pendapat dalam
menjelaskan konsep penyusuan itu sendiri.

Penyusuan ini telah dibincangkan secara khusus dalam sistem kekeluargaan Islam, iaitu dalam
bab al-radaah. Ini kerana, penyusuan dalam Islam bukan hanya melihat kepada kesan positif
kepada tumbesaran kanak-kanak, tetapi juga mempunyai kesan dalam mensabitkan nasab
kanak-kanak kepada ibu susuannya.

Justeru, Islam menekankan perbincangan berkenaan kepentingan penyusuan ibu, mengambil


kira juga rukun-rukunnya dan hak penyusuan tersebut, sama ada penyusuan tersebut hak bayi
sepenuhnya atau hak ibu yang menyusukan ataupun hak bapa kepada bayi tersebut.

2.0

PENGERTIAN PENYUSUAN

Pengertian penyusuan susu ibu boleh dibahagikan kepada dua, iaitu pengertian menurut
bahasa dan menurut istilah syarak. Menurut bahasa, penyusuan berasal daripada perkataan
radia iaitu penyusuan anak oleh ibunya. Ia juga membawa makna daraba (Ibn Manzur) yang
membawa makna pukul. Perempuan yang menyusukan anak digelar al-murdiah, manakala
anak yang disusui pula digelar al-radi.

Selain itu, ar-radhaah adalah sebuah istilah bagi hisapan susu, sama ada hisapan susu
manusia mahupun susu binatang. Dalam pengertian etimologi ini, tidak disyaratkan bahawa
yang disusui itu (ar-radhi) adalah seorang bayi atau bukan.1

Menurut istilah syarak, terdapat beberapa pandangan daripada mazhab tertentu berkenaan
beberapa maksud dan takrif penyusuan. Antaranya Mazhab Hanafi mentakrifkan penyusuan
sebagai meminum susu perempuan pada waktu tertentu (al-Ghunaymi).

Mazhab Maliki pula berpendapat penyusuan ialah memasukkan susu perempuan sama ada
sesudah mati atau perempuan kecil meskipun melalui puting atau alat bantuan makanan atau
susu yang bercampuran (dengan syarat hendaklah susu melebihi dari benda lain) dengan
makanan lain dalam tempoh tidak melebihi dua tahun (al-Dardir).

Mazhab Shafii yang menjadi pegangan kebanyakan umat Islam di Malaysia menyatakan
penyusuan ialah sesuatu perkara yang digunakan untuk memasukkan susu perempuan ke
dalam hidangan kanak-kanak yang memberi kesan kepada pembesaran (al-Sharbini).

Seterusnya Mazhab Hanbali berpendapat penyusuan ialah memasukkan susu secara semula
jadi atau alat bantuan minuman kepada sesiapa yang umurnya tidak melebihi dua tahun (alBuhuti).

Abdurrahman al-Jaziri.1987. Kitab al-Fiqh ala al-Madzahib al-Arbaah. Juz IV. Beirut: Dar al-Kutub alIlmiyyah. hlm. 250-252

Berdasarkan maksud dan takrif yang telah dibincangkan, dapat dirumuskan bahawa
pengertian penyusuan susu ibu ialah memasukkan susu perempuan ke dalam rongga kanakkanak yang tidak melebihi usia dua tahun.

3.0

DALIL PENSYARIATAN PENYUSUAN

Penyusuan susu ibu adalah amalan yang baik dan digalakkan oleh Islam bagi menjamin
kesihatan tumbesaran bayi dan pemulihan kesihatan ibu selepas melahirkan bayi. Terdapat
dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang menyokong dan menggalakkan amalan
penyusuan ibu tersebut. Peranan susu ibu dalam proses pembangunan modal insan telah
dinyatakan dalam firman Allah SWT:





Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi
orang yang ingin menyempurnakan penyusuan itu..
(Surah al-Baqarah: 233)

Dalam ayat ini, Allah SWT menyatakan dengan jelas bahawa para ibu itu hendaklah
menyusukan anak mereka selama dua tahun bagi mereka yang berkemampuan dan
mengingininya. Namun begitu, tidak menjadi kesalahan sekiranya mereka ingin mengupah
orang lain untuk menyusukan anak mereka kerana sebab-sebab tertentu. Tetapi terdapat
banyak perbezaan bagi bayi yang disusui oleh ibu sendiri dengan disusui oleh perempuan lain.
Walaupun anak mendapat khasiat yang sama, tetapi kasih sayang ketika menyusukan anak
tidak dapat dicurahkan oleh seseorang ibu.

Dalam keadaan yang tertentu ada kalanya anak terpaksa diserahkan kepada orang lain untuk
disusui kerana susu ibu kering atau ibu sakit dan sebagainya, dan amalan sedemikian
dibenarkan oleh Islam. Namun sekiranya ibu sihat dan mempunyai susu, sewajarnya si ibu
sendiri yang menyusukannya untuk kesihatan tumbesaran anak dan pemulihan kesihatan ibu
sebagaimana dalam firman Allah SWT:


Maksudnya:
Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada
salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara
yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah
sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
(Surah al-Baqarah: 233)

Mengenai tempoh penyusuan yang paling ideal pula, ianya telah disebut di dalam ayat yang
lain, firman Allah SWT:






Maksudnya:
Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
(Surah al-Ahqaf: 15)

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menceritakan
tentang kelebihan menyusu badan dan pensabitan haram akibat penyusuan. Antara hadisnya
ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Daripada Ummu Salamah katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tidak diharamkan
daripada penyusuan melainkan penyusuan yang menguatkan usus melalui puting susu dan ia
berlaku sebelum bayi bercerai susu (pada kebiasaannya).2

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


Sesungguhnya penyusuan itu daripada sebab kelaparan.3

Baginda SAW bersabda lagi yang bermaksud:


Tidak ada hukum susuan melainkan penyusuan yang menguatkan tulang dan menumbuhkan
daging. 4

Ayat al-Quran dan hadis tersebut jelas menyatakan bahawa penyusuan susu ibu adalah
digalakkan kerana ia adalah makanan terbaik untuk bayi dan membantu tumbesaran mental
dan fizikal bayi yang sihat. Walau bagaimanapun, penyusuan dalam Islam tidak hanya
memfokuskan kepada isu kesihatan, tetapi juga menitikberatkan pensabitan nasab anak susuan
dengan ibu susuannya, yang jika cukup rukun dan syarat-syaratnya menyebabkan sabitnya
nasab anak susuan tersebut kepada ibu susuannya. Ayat yang berkaitan dengan pensabitan
nasab disebabkan susu ibu dinyatakan dalam firman Allah SWT:

al-Tirmidhi, kitab al-radaah


al-Bukhari, kitab nikah, bab penyusuan selepas dua tahun.
4
al-Shawkani, kitab nikah, bab penyusuan dewasa.
3




Maksudnya:
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu
kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu,
dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak
saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam
pemeliharaan kamu dari isteri-isteri kamu yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu
belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka
tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan)
bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu
menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah
berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
(Surah an-Nisa: 23)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Aishah ra katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: Tidak


diharamkan nikah oleh satu dan dua kali hisapan.5

al-Muslim, kitab al-radaah, bab satu dan dua kali hisapan.

4.0

RUKUN PENYUSUAN DI DALAM ISLAM

Bagi mensabitkan nasab kanak-kanak dengan ibu susuannya, beberapa rukun dan syaratnya
perlu dianalisis dan ini menyebabkan para ulama membahaskan tiga perkara yang dikenal
pasti sebagai
rukun-rukun penyusuan susu ibu. Dalam Islam, penyusuan akan melibatkan tiga pihak utama
yang saling berhubungan antara satu sama lain, iaitu ibu susuan (murdiah), bayi susuan
(radi) dan bapa susuan (murda lah ).

4.1

IBU SUSUAN

Al-Murdiah membawa makna ibu yang menyusukan anak. Ini berdasarkan firman Allah
SWT:





Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi
yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
(Surah al-Baqarah: 233)

Al-Walidat dalam ayat ini membawa maksud ibu yang melahirkan anak dan seterusnya
menyusukan anak tersebut. Namun, terdapat pertikaian para mufassirin dalam menentukan
maksudnya, iaitu sama ada ia khusus kepada ibu yang telah diceraikan ataupun ibu yang
masih menjadi isteri ataupun semua wanita atau ibu yang melahirkan anak tidak kira masih
berada dalam ikatan perkahwinan atau telah diceraikan.

Pendapat pertama ialah seperti yang dinyatakan dalam Tafsir al-Manar yang mentafsirkan
kalimah al-walidat ini khusus kepada para ibu yang telah diceraikan sahaja. Ini kerana ayat ini
secara keseluruhannya diturunkan dalam bab talak dan penceritaannya juga adalah hukumhakam yang berkaitan dengan talak. Perkara ini terjadi apabila sepasang suami isteri bercerai
dan mereka mempunyai anak yang masih menyusu. Maka turunlah ayat ini untuk menjelaskan
keadaan tersebut.

Pendapat kedua ialah merujuk kepada al-Qurtubi yang mentafsirkan perkataan ini membawa
makna para ibu yang masih menjadi isteri atau masih dalam ikatan pernikahan serta mereka
mempunyai anak untuk disusui. Pendapat ini berhujah bersandarkan firman Allah SWT:




Maksudnya:
Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara
yang sepatutnya.
(Surah al-Baqarah: 233)

Ayat ini membuktikan bahawa ibu yang dimaksudkan sebagai penyusu atau ibu yang masih
menjadi isteri dan berada dalam ikatan perkahwinan dan bukannya isteri yang telah
diceraikan. Ini kerana yang berhak mendapat nafkah dan pakaian daripada seorang bapa atau
suami ialah seorang isteri yang sah dan bukannya yang telah diceraikan. Isteri yang telah
diceraikan sebaliknya tidak berhak mendapat nafkah, mereka hanya berhak mendapat upah
sahaja.

Pendapat ketiga pula menyatakan perkataan alwalidat tersebut bermaksud semua wanita atau
ibu yang melahirkan anak tidak kira berada dalam ikatan perkahwinan atau telah diceraikan.
Mereka semua adalah murdiah dan perlu menyusukan bayi mereka.

10

Pendapat ini ditarjihkan oleh al-Alusi dalam kitabnya Ruh al-Maani. Mereka berhujah
dengan ayat di atas. Menurut pendapat ini, Allah SWT menggunakan lafaz am dalam
menyebut kalimah al-walidat, iaitu semua ibu-ibu tanpa ada ayat yang mentakhsiskannya.
Maka hukumnya merangkumi semua ibu sama ada yang belum diceraikan atau yang telah
diceraikan. Pendapat ini merupakan pendapat yang rajih berasaskan kepada hujah yang
berdasarkan kepada qawaid usuliyah yang bermaksud: Umum itu akan kekal dalam keadaan
umumnya sehingga datang dalil yang mengkhususkannya (al-Shawkani).

4.2

BAYI SUSUAN

Al-Radi membawa maksud bayi yang disusui berdasarkan firman Allah SWT:




Maksudnya:
Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara
yang sepatutnya.
(Surah al-Baqarah: 233)

Para mufassirin bersepakat mengatakan bahawa penyusuan adalah hak kepada bayi
sepertimana nafkah kepada anak yang telah besar. Oleh itu, bapa bertanggungjawab memberi
nafkah pakaian dan makanan kepada si ibu yang menyusukan anak. Ini kerana, hasil daripada
pemakanan yang sihat daripada ibu susuan tersebut, terhasillah susu untuk diminum oleh bayi.
Pensabitan nasab melalui penyusuan dalam Islam menetapkan bahawa bayi yang menyusu
adalah bayi yang berusia kurang daripada dua tahun, berdasarkan firman Allah SWT:





11

Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi
yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
(Surah al-Baqarah:233)

4.3

BAPA SUSUAN

Al-Murda lah pula ialah bapa kepada anak yang disusui berdasarkan firman Allah SWT:




Maksudnya:
Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara
yang sepatutnya.
(Surah al Baqarah: 233)
Menurut Al Zamakhshari, beliau menjelaskan kalimah al-mawlud lah sebagai bapa kepada
bayi yang disusui. Bapa dikehendaki memberi nafkah kepada ibu yang masih menjadi
isterinya dan menyusui anaknya serta memberi upah kepada isteri yang telah diceraikan tetapi
masih menyusui anaknya.

Selain daripada memenuhi rukun-rukun tersebut, penyusuan juga boleh berlaku dengan cara
mengupah perempuan yang berkemampuan untuk menyusukan bayi, ketika ibunya sendiri
tidak berdaya menyusukan bayinya sendiri. Di samping itu, terdapat kaedah baru iaitu dengan
menubuhkan bank susu untuk dimanfaatkan oleh anak-anak yang terdesak memerlukan susu
ibu, seperti bayi pramatang, alahan dengan susu formula dan masalah kesihatan lain yang
hanya boleh dijamin kesihatan dengan meminum susu ibu sahaja.

12

5.0

HAK PENYUSUAN MENURUT ISLAM

Penyusuan adalah perkara yang sabit berdasarkan kepada al-Quran dan al-sunnah. Sejak janin
terbentuk di dalam rahim seorang ibu, Allah SWT telah menetapkan makanan dan minuman
untuk janin tersebut. Setelah lahir ke dunia makanan yang utama kepada bayi ialah susu ibu.
Justeru, penyusuan susu ibu adalah menjadi hak kepada anak kerana anak berhak mendapat
sesuatu yang terbaik dalam hidupnya melalui khasiat penyusuan susu ibu.

Walaupun begitu, terdapat sebahagian ulama yang berpendapat penyusuan bukanlah hak bayi
sebaliknya hak ibu. Sekiranya ia adalah hak anak secara mutlak, sudah tentu semua ibu akan
berdosa kerana tidak memberi susunya kepada anak selama tempoh yang telah ditetapkan.
Golongan yang menyatakan penyusuan adalah hak anak adalah bersandarkan firman Allah
SWT:





Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi
yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
(Surah al-Baqarah: 233)

Ahli tafsir menerangkan bahawa ayat ini datang dalam bentuk khabar yang menyuruh para
ibu menyusukan anak mereka. Imam al-Razi dalam tafsirnya menyatakan setiap kata-kata
yang menggunakan lafaz khabar adalah satu suruhan yang wajib. Justeru, suruhan penyusuan
oleh Allah SWT kepada para ibu adalah satu suruhan yang wajib. Ayat kedua yang dijadikan
sebagai sandaran pendapat mereka ialah firman Allah SWT dalam ayat yang sama:

13




Maksudnya:
Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara
yang sepatutnya.
(Surah al-Baqarah: 233)

Allah SWT mewajibkan para bapa supaya memberi nafkah termasuk makanan, pakaian dan
tempat tinggal kepada ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Ini kerana rezeki yang masuk
ke dalam perut anak adalah daripada susu yang keluar daripada seorang ibu. Justeru para bapa
perlu memberi nafkah dan makanan yang sebaiknya kepada para ibu yang menyusukan anak.
Hasil daripada nafkah tersebut, ibu akan menjadi sihat dan dapat mengeluarkan susu yang
menjadi rezeki kepada anak. Kewajipan ini tidak lain tidak bukan kerana penyusuan adalah
hak kepada anak yang kecil sama seperti kewajipan nafkah kepada anak yang telah besar.

Walaupun penyusuan adalah hak kepada anak dan wajib ke atas ibu menyusukan, namun
masih berlaku pertikaian di kalangan ulama berkaitan dengan masa kewajipan tersebut iaitu
adakah ketika ibu masih bergelar sebagai isteri, atau sebaliknya. Pendapat yang menyatakan
penyusuan wajib selagi bergelar sebagai seorang isteri bersandarkan kepada firman Allah
SWT:




Maksudnya:
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap
(Surah al-Baqarah: 233)

Mereka berhujah dengan ayat ini, kerana pada urufnya, wanita yang mempunyai anak adalah
mereka yang masih dalam ikatan perkahwinan. Selain itu, suruhan dalam ayat ini juga tidak
14

jelas kewajipan penyusuan kepada semua ibu. Sekiranya wajib kepada semua ibu pasti
suruhan tersebut akan bermaksud dan ibu-ibu mestilah menyusukan anak mereka.
Maka kesimpulan yang mereka buat adalah berdasarkan uruf, iaitu penyusuan wajib ketika
perempuan tersebut masih berada dalam ikatan perkahwinan dan bukannya bagi mereka yang
telah bercerai.

Pendapat kedua pula berpandangan penyusuan wajib kepada semua wanita yang bergelar ibu.
Mereka juga menggunakan dalil daripada ayat di atas, cuma cara mereka mengadaptasikan
ayat itu adalah berbeza. Pendapat yang kedua ini menyatakan suruhan Allah SWT dalam ayat
di atas adalah mutlak, iaitu suruhan kepada semua perempuan, tidak kira mereka masih
bergelar isteri atau telah bercerai. Selagi mereka sihat dan mempunyai susu, penyusuan wajib
dilakukan.

Pendapat yang rajih ialah ibu wajib menyusukan anaknya ketika masih bergelar seorang isteri.
Sebaliknya, sekiranya mereka telah bercerai, ibu tidak lagi wajib memberi susu kepada anak
tersebut. Melainkan dia ingin berbuat demikian secara sukarela demi kebaikan anaknya.
Bahkan ibu yang telah bercerai juga perlu dibayar upah oleh bekas suaminya di atas
penyusuan yang diberikan kepada anak tersebut atas persetujuan kedua-dua belah pihak,
sebagaimana firman Allah SWT:

15

Maksudnya:
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya itu di tempat kediaman kamu sesuai
dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di
tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka
keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka
berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya;
kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka
upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik.
Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah
perempuan lain menyusukannya.
(Surah al-Talaq: 6)

Ayat ini jelas menunjukkan ibu wajib menyusukan anaknya ketika masih bergelar isteri dan
bukannya ketika mereka telah bercerai. Ini kerana sesuatu yang wajib tidak perlu dibayar.
Sedangkan ibu yang telah bercerai mereka berhak mendapat upah daripada bekas suaminya di
atas penyusuan tersebut. Abdul Karim Zaidan telah memilih pendapat yang pertama sebagai
pendapat yang rajih kerana ketepatan dalil dan hujah-hujahnya.

16

6.0

ISU BERKAITAN PENYUSUAN : BANK SUSU IBU

Menurut al-Qaradawi, tidak diragukan lagi bahawa tujuan diadakannya bank air susu ibu
adalah tujuan yang baik dan mulia, yang didukung oleh Islam, untuk memberikan pertolongan
kepada semua yang lemah, apa pun sebab kelemahannya. Lebih-lebih lagi berkaitan bayi yang
baru dilahirkan yang tidak mempunyai daya dan kekuatan.
Tidak disangsikan lagi bahawa perempuan yang menyumbangkan sebagian air susunya untuk
makanan golongan anak-anak lemah ini akan mendapatkan pahala dari Allah, dan terpuji di
sisi manusia. Bahkan air susunya itu boleh dibeli, jika ia tidak berkenan menyumbangkannya,
sebagaimana ia dibolehkan mencari upah dengan menyusui anak orang lain.
Juga tidak diragukan bahawa yayasan yang bergerak dalam bidang pengumpulan air susu itu
yang mensterilkan serta memeliharanya agar dapat dinikmati oleh bayi-bayi atau anak-anak
patut mendapatkan ucapan terima kasih dan mudah-mudahan memperoleh pahala.
Namun perkara yang dikhuatirkan di sebalik kegiatan yang mulia ini ialah bahawa anak yang
disusui (dengan air susu ibu) itu kelak akan menjadi besar dengan izin Allah, dan akan
menjadi seorang remaja di tengah-tengah masyarakat, yang suatu ketika hendak menikah
dengan salah seorang dari puteri-puteri bank susu itu. Ini yang dikhuatirkan, bahawa wanita
tersebut adalah saudaranya sesusuan. Sementara itu dia tidak mengetahuinya kerana memang
tidak pernah tahu siapa saja yang menyusu bersamanya dari air susu yang ditampung itu.
Lebih dari itu, dia tidak tahu siapa saja perempuan yang turut serta menyumbangkan susunya
kepada bank susu tersebut, yang sudah tentu menjadi ibu susuannya. Maka haram bagi ibu itu
menikah dengannya dan haram pula ia menikah dengan puteri-puteri ibu tersebut, baik puteri
itu sebagai anak kandung (nasab) maupun anak susuan. Demikian pula diharamkan bagi
pemuda itu menikah dengan saudara-saudara perempuan ibu tersebut, kerana mereka sebagai
ibu saudaranya. Diharamkan pula baginya menikah dengan puteri dari suami ibu susuannya
itu dalam perkahwinannya dengan wanita lain, menurut pendapat jumhur fuqaha, kerana
mereka adalah saudara-saudaranya dari jurusan ayah serta masih banyak masalah dan hukum
lain berkenaan dengan susuan ini.
Oleh kerana itu, al-Qaradawi membahagikan masalah ini menjadi beberapa kategori, sehingga
hukumnya menjadi jelas. Pertama, menjelaskan pengertian radha (penyusuan) yang menjadi

17

acuan syara untuk menetapkan pengharaman. Kedua, menjelaskan kadar susuan yang
menjadikan haramnya perkahwinan. Ketiga, menjelaskan hukum meragukan susuan.
Makna radha (penyusuan) yang menjadi acuan syara dalam menetapkan pengharaman
(perkahwinan), menurut jumhur fuqaha, termasuk tiga orang imam mazhab, iaitu Imam Abu
Hanifah, Imam Malik, dan Imam SyafiI, ialah segala sesuatu yang sampai ke perut bayi
melalui kerongkong atau lainnya, dengan cara menghisap atau lainnya, seperti dengan alwajur.
Al-Allamah Ibn Qudamah menyebutkan dua riwayat dari Imam Ahmad mengenai wajur dan
sauth. Riwayat pertama, lebih dikenal sebagai riwayat dari Imam Ahmad dan sesuai dengan
pendapat jumhur ulama: bahwa pengharaman itu terjadi melalui keduanya (iaitu dengan
memasukkan susu ke dalam perut baik melalui mulut maupun melalui hidung). Adapun yang
melalui mulut (wajur), kerana hal ini menumbuhkan daging dan membentuk tulang, maka
sama saja dengan menyusu. Sedangkan melalui hidung (sauth), kerana merupakan jalan yang
dapat membatalkan puasa, maka ia juga menjadi jalan terjadinya pengharaman (perkahwinan)
kerana susuan, sebagaimana halnya melalui mulut. Riwayat kedua, menolak bahawa kaedah
berkenaan tidak menyebabkan berlakunya pengharaman perkahwinan dengan alasan ia bukan
salah satu bentuk penyusuan (iaitu melalui hidung).
Disebutkan di dalam al-Mughni: Ini adalah pendapat yang dipilih Abu Bakar, mazhab Daud,
dan perkataan Atha al-Khurasani mengenai sauth, kerana yang demikian ini bukan
penyusuan, sedangkan Allah dan Rasul-Nya hanya mengharamkan (perkahwinan) secara
penyusuan. Memasukkan susu melalui hidung bukan penyusuan (menghisap puting susu),
maka ia sama saja dengan memasukkan susu melalui luka pada tubuh.
Sementara itu, pengarang al-Mughni sendiri menguatkan riwayat yang pertama berdasarkan
hadith Ibn Masud yang diriwayatkan oleh Abu Daud: Tidak ada penyusuan kecuali yang
membesarkan tulang dan menumbuhkan daging.
Hadith yang dijadikan hujah oleh pengarang kitab al-Mughni ini sebenarnya tidak dapat
dijadikan hujah untuknya, bahkan kalau direnungkan ia menjadi hujah untuk menyanggah
pendapatnya. Sebab hadith ini membicarakan penyusuan yang mengharamkan perkahwinan,
iaitu yang mempunyai pengaruh (bekas) dalam pembentukan anak dengan membesarkan
18

tulang dan menumbuhkan dagingnya. Hal ini menafikan penyusuan yang sedikit, yang tidak
mempengaruhi pembentukan anak, seperti sekali atau dua kali hisapan, kerana yang demikian
itu tidak mungkin mengembangkan tulang dan menumbuhkan daging. Maka hadith itu hanya
menetapkan pengharaman (perkahwinan) kerana penyusuan yang mengembangkan tulang dan
menumbuhkan daging. Oleh kerana itu, pertama-tama harus ada penyusuan sebelum segala
sesuatunya (iaitu penyusuan itu merupakan faktor yang utama dan dominan).
Selanjutnya pengarang al-Mughni berkata, Kerana dengan cara ini air susu dapat sampai ke
tempat yang sama, jika dilakukan melalui penyusuan, serta dapat mengembangkan tulang dan
menumbuhkan daging sebagaimana melalui penyusuan, maka hal itu wajib disamakan dengan
penyusuan dalam mengharamkan (perkahwinan). Kerana hal itu juga merupakan jalan yang
membatalkan puasa bagi orang yang berpuasa, maka ia juga merupakan jalan untuk
mengharamkan perkahwinan sebagaimana halnya penyusuan dengan mulut.
Dalam hal ini, al-Qaradawi berpendapat, jika itu dijadikan illat atau sebab yang boleh
mengharamkan perkahwinan kerana ia boleh membentuk tulang dan menumbuhkan daging
dengan cara apa pun, maka apa kurangnya memasukkan darah seorang wanita kepada seorang
anak yang membolehkan wanita tersebut atau anak tersebut haram berkahwin dengannya.
Malah proses memasukkan darah melalui pembuluh darah ini lebih cepat dan lebih kuat
pengaruhnya daripada proses penyusuan. Tetapi hukum-hukum agama tidaklah dapat
dipastikan dengan dugaan-dugaan, kerana persangkaan adalah sedusta-dusta perkataan, dan
persangkaan tidak berguna sedikit pun untuk mencapai kebenaran.
Justeru itu al-Qaradawi berpendapat bahawa asy-Syari (pembuat syariat) menjadikan asas
pengharamnya itu pada keibuan yang menyusukan sebagaimana firman Allah ketika
menerangkan wanita-wanita yang diharamkan mengahwininya: dan ibu-ibumu yang
menyusui kamu dan saudara perempuanmu sepersusuan (Surah an-Nisa ayat 23).
Adapun keibuan yang ditegaskan Al-Quran itu tidak terhasil semata-mata kerana
diambilkan air susunya, tetapi kerana menghisap teteknya dan selalu lekat padanya sehingga
melahirkan kasih sayang si ibu dan ketergantungan si anak. Dari keibuan ini maka muncullah
persaudaraan sepersusuan. Jadi, keibuan ini merupakan asal (pokok), sedangkan yang lain itu
mengikutinya.

19

Dengan demikian, kita wajib berhenti pada lafaz-lafaz yang dipergunakan Syari di sini.
Sedangkan lafaz-lafaz yang dipergunakanNya itu seluruhnya membicarakan irdha dan
radhaah (penyusuan), dan makna lafaz ini menurut bahasa Al-Quran dan As-Sunnah sangat
jelas dan terang, iaitu memasukkan tetek ke mulut dan menghisapnya, bukan sekadar memberi
minum susu dengan cara apa pun.
Oleh itu, al-Qaradawi bersetuju dengan pandangan Ibnu Hazm mengenai hal ini. Beliau
berhenti pada petunjuk nash dan tidak melampaui batas-batasnya, sehingga mengenai sasaran,
dan menurut al-Qaradawi bahawa pendapat Ibn Hazm ini sesuai dengan kebenaran.
Di sini dijelaskan pandangan Ibn Hazm yang menyebutkan: Adapun sifat penyusuan yang
mengharamkan (perkahwinan) hanyalah yang menyusu dengan cara menghisap tetek wanita
yang menyusui dengan mulutnya. Sedangkan orang yang diberi minum susu seorang wanita
dengan menggunakan bejana atau dituangkan ke dalam mulutnya lantas ditelannya, dimakan
bersama roti atau dicampur dengan makanan lain, dituangkan ke dalam mulut, hidung, atau
telinganya, atau dengan suntikan, maka yang demikian itu sama sekali tidak mengharamkan
(perkahwinan), meskipun sudah menjadi makanannya sepanjang masa. Alasannya adalah
firman Allah SWT: Dan ibu-ibumu yang menyusui kamu dan saudara perempuanmu
sepersusuan (Surah an-Nisa:23). Dan sabda Rasulullah SAW: Haram kerana susuan apa
yang haram kerana nasab.
Maka dalam hal ini Allah dan Rasul-Nya tidak mengharamkan nikah kecuali kerana irdha
(menyusui), kecuali jika wanita itu meletakkan susunya ke dalam mulut yang menyusu.
Dikatakan (dalam qias istilahi): ardhaathu-turdhiuhu-irdhaan, yang bererti menyusui.
Tidaklah dinamakan radhaah dan radha/ridha (menyusu) kecuali jika anak yang menyusu itu
mengambil tetek wanita yang menyusuinya dengan mulutnya, lalu menghisapnya. Dikatakan
(dalam qias istilahi, dalam ilmu sharaf): radhaa -yardhau / yardhiu radhaan / ridhaan wa
radhaatan / ridhaatan.
Adapun selain cara seperti itu, sebagaimana yang saya sebutkan di atas, maka sama sekali
tidak dinamakan irdha, radhaah, dan radha, melainkan hanya air susu, makanan, minuman,
minum, makan, menelan, suntikan, menuangkan ke hidung, dan meneteskan, sedangkan Allah
SWT tidak mengharamkan perkahwinan sama sekali yang disebabkan hal-hal seperti ini.

20

Abu Muhammad berkata, orang-orang berbeza pendapat mengenai hal ini. Abul Laits bin
Saad berkata Memasukkan air susu perempuan melalui hidung tidak menjadikan haramnya
perkahwinan (antara perempuan tersebut dengan yang dimasuki air susunya tadi), dan tidak
mengharamkan perkawinan pula jika si anak diberi minum air susu si perempuan yang
dicampur dengan ubat, kerana yang demikian itu bukan penyusuan, sebab penyusuan itu ialah
yang dihisap melalui tetek. Demikianlah pendapat al-Laits, dan ini pula pendapat kami dan
pendapat Abu Sulaiman iaitu Daud, imam Ahli Zahir, dan sahabat-sahabat kami, iaitu Ahli
Zahir.
Sedangkan

pada

waktu

menyanggah

orang-orang

yang

berdalil

dengan

hadith:

Sesungguhnya penyusuan itu hanyalah kerana lapar, Ibnu Hazm berkata: Sesungguhnya
hadith ini adalah hujah bagi kami, kerana Nabi saw. hanya mengharamkan perkahwinan
disebabkan penyusuan yang berfungsi untuk menghilangkan kelaparan, dan beliau tidak
mengharamkan (perkahwinan) dengan selain ini. Kerana itu tidak ada pengharaman
(perkahwinan) kerana cara-cara lain untuk menghilangkan kelaparan, seperti dengan makan,
minum, menuangkan susu melalui mulut, dan sebagainya, melainkan dengan jalan penyusuan
(menetek, iaitu menghisap air susu dari tetek dengan mulut dan menelannya), sebagaimana
yang difirmankan oleh Allah: Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah mereka
itulah orang-orang yang zalim. (Surah al-Baqarah: 229)6
Dengan demikian, al-Qaradawi melihat bahwa pendapat yang menenteramkan hati ialah
pendapat yang sejalan dengan zahir nash yang menyandarkan semua hukum kepada irdha
(menyusui) dan radha/ ridha (menyusu). Hal ini selari dengan hikmah pengharaman kerana
penyusuan itu, iaitu adanya rasa keibuan yang menyerupai rasa keibuan kerana nasab, yang
menumbuhkan rasa kekanakan (sebagai anak), persaudaraan (sesusuan), dan kekerabatankekerabatan lainnya. Maka sudah dimaklumi bahwa tidak ada proses penyusuan melalui bank
susu, yang melalui bank susu itu hanyalah melalui cara al-wujur (menuangkan ke mulut,
bukan menghisap dari tetek, dan menelannya), sebagaimana yang dikemukakan oleh para
fuqaha.
Seandainya kita terima pendapat jumhur yang tidak mensyaratkan penyusuan dan pengisapan,
nescaya terdapat alasan lain yang menghalangi pengharaman (perkahwinan). Iaitu, kita tidak
6

Al-Muhalla. karya Ibnu Hazm, juz 10, him. 9-11

21

mengetahui siapakah wanita yang disusu (air susunya diminum) oleh anak itu? Berapa kadar
air susunya yang diminum oleh anak tersebut? Apakah sebanyak yang dapat mengenyangkan,
lima kali susuan menurut pendapat terpilih yang ditunjuki oleh hadith dan dikuatkan oleh
penalaran, dapat menumbuhkan daging, dan mengembangkan tulang, sebagaimana pendapat
mazhab Syafii dan Hambali?
Apakah air susu yang sudah dicampur dengan bermacam-macam air susu lainnya terhukum
sama dengan air susu murni? Menurut mazhab Hanafi, sebagaimana yang dikatakan oleh Abu
Yusuf, bahwa air susu seorang perempuan apabila bercampur dengan air susu perempuan lain,
maka hukumnya adalah hukum air susu yang dominan (lebih banyak), kerana pemanfaatan air
susu yang tidak dominan tidak tampak bila dibandingkan dengan yang dominan.
Al-Allamah Ibn Qudamah berkata dalam al-Mughni: Apabila timbul keraguan tentang
adanya penyusuan, atau mengenai jumlah bilangan penyusuan yang mengharamkan, apakah
sempurna ataukah tidak, maka tidak dapat menetapkan pengharaman, kerana pada asalnya
tidak ada pengharaman. Kita tidak boleh menghilangkan sesuatu yang meyakinkan dengan
sesuatu yang meragukan, sebagaimana halnya kalau terjadi keraguan tentang adanya talak dan
bilangannya.7
Sedangkan di dalam kitab al-Ikhtiar yang merupakan salah satu kitab mazhab Hanafi,
disebutkan: Seorang perempuan yang memasukkan puting susunya kedalam mulut seorang
anak, sedangkan ia tidak tahu apakah air susunya masuk ke kerongkong ataukah tidak, maka
yang demikian itu tidak mengharamkan pernikahan.
Demikian pula seorang anak perempuan yang disusui beberapa penduduk kampung, dan tidak
diketahui siapa saja mereka itu, lalu ia dinikahi oleh salah seorang laki-laki penduduk
kampong (desa) tersebut, maka pernikahannya itu diperbolehkan. Kerana kebolehan nikah
merupakan hukum asal yang tidak dapat dihapuskan oleh sesuatu yang meragukan.

Al-Mughni maa al-Syarh al-Kabir, juz 9, him. 194

22

Dan bagi kaum wanita, janganlah mereka menyusui setiap anak kecuali kerana darurat. Jika
mereka melakukannya, maka hendaklah mereka mengingatnya atau mencatatnya, sebagai
sikap hati-hati. 8
Tidaklah samar, bahwa apa yang terjadi dalam persoalan kita ini bukanlah penyusuan yang
sebenarnya. Andaikata kita terima bahawa yang demikian sebagai penyusuan, maka hal itu
adalah kerana darurat, sedangkan mengingatnya dan mencatatnya tidaklah memungkinkan,
kerana bukan terhadap seseorang yang tertentu, melainkan telah bercampur dengan yang lain.
Arahan yang perlu dikukuhkan menurut pandangan saya dalam masalah penyusuan ini ialah
mempersempit pengharaman seperti mempersempit jatuhnya talak, meskipun untuk
melapangkan kedua masalah ini juga ada pendukungnya.
Menurut al-Qaradawi, beliau tidak menjumpai alasan untuk melarang diadakannya semacam
bank susu selama bertujuan untuk mewujudkan maslahat syariyah yang muktabarah
(dianggap kuat); dan untuk memenuhi keperluan yang wajib dipenuhi, dengan mengambil
pendapat para fuqaha yang telah disebutkan di muka, serta dikuatkan dengan dalil-dalil yang
di kemukakan di atas.
Kadang-kadang ada orang yang mengatakan, Mengapa kita tidak mengambil sikap yang
lebih hati-hati dan keluar dari perbedaan pendapat, padahal mengambil sikap hati-hati itu
lebih terpelihara dan lebih jauh dari syubhat? Dalam hal ini, al-Qaradawi mengatakan
bahawa apabila seseorang melakukan sesuatu untuk dirinya sendiri, maka tidak mengapalah ia
mengambil mana yang lebih hati-hati dan lebih wara (lebih jauh dari syubhat), bahkan lebih
dari itu boleh juga ia meninggalkan sesuatu yang tidak terlarang kerana khuatir terjatuh ke
dalam sesuatu yang terlarang.
Akan tetapi, apabila masalah itu bersangkut paut dengan masyarakat umum dan kemaslahatan
umum, maka yang lebih utama bagi ahli fatwa ialah memberi kemudahan, bukan memberi
kesulitan, tanpa melampaui nash yang teguh dan kaedah yang telah mantap.
Kerana itu, menjadikan pemerataan ujian sebagai upaya meringankan beban untuk menjaga
keadaan masyarakat dan kerana kasihan kepada mereka. Jikalau kita bandingkan dengan
8

Al-Ikhtiar, Ibn Maudud al-Hanafi, juz 3, hlm. 120

23

masyarakat kita sekarang khususnya, maka masyarakat sekarang ini lebih memerlukan
kemudahan dan kasih sayang.
Hanya saja yang perlu diingat disini, bahwa memberikan pengarahan dalam segala hal untuk
mengambil yang lebih hati-hati tanpa mengambil mana yang lebih mudah, lebih lemah
lembut, dan lebih adil, kadang-kadang membuat kita menjadikan hukum-hukum agama itu
sebagai himpunan kehati-hatian dan jauh dari ruh kemudahan serta kelapangan yang
menjadi tempat berpijaknya agama Islam ini. Dari Jabir r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Aku diutus dengan membawa agama yang lurus dan toleran, (HR al-Kharaithi).
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya kamu diutus untuk
memberikan kemudahan, tidak diutus untuk memberikan kesulitan, (HR Tirmidzi).
Manhaj yang kami pilih dalam masalah-masalah in ialah pertengahan dan seimbang antara
golongan yang memberat-beratkan dan yang melonggar-longgarkan: Dan demikian pula
Kami jadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan (Surah al-Baqarah: 143).
Menurut Dr Wahbah al-Zuhayli dalam Fatawa Muasirah, mewujudkan institusi bank susu
adalah tidak dibolehkan dari segi syarak kerana ianya mengandungi unsur-unsur kerosakan
(mafsadah) dari segi percampuran keturunan secara tidak Syariy dan ketidatentuan ibu
susuan sekalipun idea ini dikatakan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan terhadap bayi-bayi
yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu. Idea ini juga menerbitkan keraguan hukum
antara keharusan dan pengharaman kerana seseorang itu boleh menjadi mahram melalui
penyusuan (radha) seperti mana menjadi mahram disebabkan keturunan (nasab).
Majlis Feqah Islami, melalui Badan Muktamar Islam yang diadakan di Jeddah pada tanggal
22 hingga 28 Disember 1985, setelah penelitian terhadap isu Bank Susu berdasarkan disiplin
ilmu Fikah dan perbincangan mendalam yang berlangsung dalam 2 sesi, Majlis Feqah Islami
telah mendapati bahawa:
Oleh itu Wahbah al-Zuhayli amat mendokong Penetapan (Qarar) 6 (2/6) Majlis Feqah Islami
Antarabangsa yang menentang idea ini dan Majlis telah pun memberikan penyelesaian
alternatif berhubung isu ini. Beliau amat tidak bersetuju terhadap pandangan Ibnu Hazm AzZahiri yang syaz (pelik) yang menyatakan bahawa meminum susu dengan perantaraan botol,

24

gelas dan sebagainya tidak di anggap penyusuan (Radha) Syariy. Dalam hal ini, perantaraan
untuk meneguk susu tidak diambil kira kerana pada pandangan ulama muktabar, illat (punca)
hukum ini iaitu sampainya susu ke dalam perut bayi (walau dengan apa jua cara) sudahpun
wujud. Tegasnya meminum susu dari bank susu adalah tidak dibolehkan kerana ia membawa
kepada percampuran nasab secara tidak syariy.
Pertama : Insititusi Bank Susu adalah merupakan ujian dan eksperimen bangsa Barat. Namun
institusi ini semakin kurang mendapat perhatian kerana timbul anasir-anasir negatif
berdasarkan kajian dan tinjuan ilmiah.
Kedua : Seluruh umat Islam telah berijmak bahawa kesan dan akibat penyusuan adalah sama
seperti pertalian keturunan dan darah (nasab). Sementelah pula Islam datang dengan tujuan
untuk menjaga kepentingan keturunan (nasab) dan kewujudan Institusi Bank Susu boleh
menyebabkan percampuran keturunan secara tidak Syariy dan menyebarkan keraguan.
Ketiga : Bayi-bayi yang kekurangan berat badan atau menghidapi penyakit-penyakit tertentu
(yang menjadikan susu badan sebagai penawar) masih boleh dirawat melalui proses
penyusuan biasa sama ada daripada ibu kandung atau penyusu upahan. Dari sudut ini, institusi
Bank Susu dilihat tidak relevan diwujudkan.
Atas sebab-sebab tersebut, penetapan (Qarar) Majlis adalah seperti berikut:
1. Menentang kewujudan Bank-bank Susu Ibu di seluruh negara Islam.
2. Mengharamkan pengambilan susu dari bank tersebut.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, para ulamak telah bersepakat bahawa telah sabit
anak susuan dengan hisapan mulut manakala melalui cara yang lain seperti melalui hidung
juga dianggap sebagai anak susuan seperti pandangan Dr. Wahbah al-Zuhaili asalkan ia
dengan lima kali hisapan atau suapan yang mengenyangkan. Sementara pengunaan bank susu
diharuskan dengan beberapa syarat ini dipatuhi iaitu:
1. Hendaklah susu itu diberikan kepada anak-anak oleh seorang wanita sahaja dan tidak
bercampur aduk agar tidak bercampur nasab apabila ia memberikan susu lebih dari
lima kali yang mengenyangkan.

25

2. Hendaklah pihak pengurusan bank susu itu mengeluarkan sijil Ibu susuan agar ia
mengetahui ibu susuan dan saudara susuannya.
Sementara wanita yang tidak berkahwin lalu mengambil anak angkat dan dijadikan anak
susuan. Maka ia juga tertakluk kepada kaedah dan hukum di atas.

26

7.0

KESIMPULAN

Setiap bayi yang dilahirkan di muka bumi ini memerlukan penyusuan yang sempurna bagi
menjamin kesihatan mereka. Ini terbukti melalui ayat-ayat al-Quran yang memberikan
tanggungjawab kepada ibu bapa bagi mempastikan anak mereka mendapat penyusuan yang
sempurna pada awal kelahiran sehingga mereka dewasa. Malah ahli-ahli sains juga mengakui
kebenaran al-Quran dalam menyampaikan saranan dan ajaran kepada manusia terutama
mengenai penyusuan ini. Rukun dan hak penyusuan menjelaskan bahawa penyusuan lebih
mengutamakan hak anak.
Hal ini juga telah dipersetujui di kalangan jumhur ulama. Kesan penyusuan dalam Islam yang
telah menepati rukun dan syarat-syaratnya, sebagaimana yang telah dibahaskan jelas
menunjukkan bahawa isu hak penyusuan dan pensabitan nasab anak susuan dengan ibu
susuannya adalah antara elemen utama yang perlu diperjelaskan, di samping kelebihan dan
keistimewaan susu ibu dari aspek kesihatan bayi dan ibu. Seterusnya isu ibu susuan juga
penting kerana ia memberi kesan kepada pensabitan nasab yang perlu diambil perhatian bagi
mengelakkan sebarang permasalahan berkahwin dengan mahram.

27

RUJUKAN

1.

Al-Quran al-Karim.

2.

Abd al-Ghani al-Dimashqi al-Maydani al-Hanafi al-Ghunaymi. 1993. al-Lubab fi


sharh al-kitab. Lubnan: Maktabah al-Ilmiyyah.

3.

Abd al-Karim Zaydan. 2003. al-Mufassal fi ahkam al-marah wa al-bayt al-muslim fi


al-shariah alislamiyyah. Cet. ke-3. Beirut: Muassasat al-Risalah.

4.

Abdullah ibn Ahmad Ibn Qudamah. 1983. al-Mughni. Beirut: Dar al-Fikr.

5.

Abdurrahman al-Jaziri.1987. Kitab al-Fiqh ala al-Madzahib al-Arbaah. Juz IV.


Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

6.

Abi al-Hasan Ali ibn Muhammad ibn Habib al-Mawardi. 1999. al-Hawi al-kabir fi
fiqh madhhab al-Imam alShafii. Jil. 2, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

7.

Abu al-Barakat Ahmad ibn Muhammad al-Dardir. al-Sharh al-saghir ala aqrab almasalik ila madhhab al-Imam Malik. Beirut: Dar al-Maarif.

8.

Abu al-Hasan Ali ibn Muhammad ibn Habib al-Mawardi. 1996. Kitab al-rada.
Beirut: Dar Ibn Hazm.

9.

Abu Qasim Mahmud ibn Umar al-Zamakhshari. 1977. al-Kashf an haqaiq al-tanzil
wa uyun al-aqawil wa wujuh al-tawil. Jil. 1. Beirut: Dar al-Fikr.

10.

Ali al-Sharbaji, Mustafa al-Khinn dan Mustafa Bugha. 2009. al-Fiqh al-manhaji ala
madhdhab al-Imam

11.

Marzuki Wahid. n.d. Ar-Radhaah. n.p.

12.

Muhammad Rashid Rida. 2005. Tafsir al-manar. Jil. 2, Beirut: Dar al-Kutub alilmiyyah.

13.

Normadiah daud et al. 2012. Breastfeeding and Milk Bank According to Islam.
Islamiyyat 34

14.

Sayyid Qutb. 1992. Fi zilal al-Quran. Jil. 1. Kaherah: Dar al-Shuruq.

15.

Walid ibn Rashid al-Suwaydan. 2007. Isu-isu Fiqh Perubatan Semasa. Terj. Basri
Ibrahim. Kuala Lumpur: al Hidayah Publications.

16.

Yusuf al-Qaradawi. 1995. Fatwa masa kini. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

28

You might also like