You are on page 1of 6

Hukum Darah Selepas Keguguran!

Wanita ni amat banyak hukum fekah bagi dia... sebab banyak permasalahannya... Banyak perkara nak kena
belajar, jaga dan ambil tahu. Wajib bagi wanita dan lelaki belajar pasal fiqh wanita. Kalau kat rumah tu wajib
ada buku fiqh pasal lelaki ataupun wanita... Supaya mudah nak buat rujukan. Tak semua nak google je... Tak
semua yang ada di Google boleh dipercayai.

Baik, kali ni, MF nak kongsikan ilmu tentang hukum darah akibat keguguran. Ramai keliru lagi termasuk
diri sendiri pun kadang keliru bab darah wanita nih... Terutama bila yang dah berkahwin ni kan... Macam-
macam masalah...

Bab keguguran.. Apa status darah selepas keguguran??? Adakah darah haid??? Darah nifas atau darah
istihadhah???

Ada tiga versi pasal ni, yang telah dibahaskan... Baca je dulu ketiga-tiga perbahasan ni, nanti MF akan
nyatakan kesimpulan permasalahan ni.

PERBAHASAN 1:

Menurut mazhab Syafiie, Tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup
atau sempurna kejadian. Asalkan disahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah
hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan
rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.

Nifas yang keluar kerana keguguran dari segi hukum sama seperti nifas kerana kelahiran. Tempoh
paling singkat ialah seketika/sedetik dan paling lama ialah 60 hari (menurut mazhab Syafiie) atau 40 hari
(menurut jumhur ulamak).

Jika nifas datang beberapa hari dan kemudian berhenti, hendaklah diperhatikan; jika tempoh berhentinya
l5 hari atau lebih, ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Jika keluar semula darah selepas itu, ia dianggap
darah haid bukan nifas lagi. Adapun jika tempoh berhentinya kurang dari 15 hari (seperti berhenti 5 hari dan
datang semula darah selepas itu), ia masih dianggap darah nifas. Sehinggalah bila melepasi tempoh maksima
nifas tadi (iaitu 40 hari mengikut jumhur ulamak atau 60 hari mengikut mazhab Syafiie), jika ditakdirkan
darah masih keluar, ia bukan lagi darah nifas akan tetapi darah haid (jika ada tanda-tanda haid dan menepati
hari kebiasaan haid) atau istihadhah (jika darah yang masih keluar itu tiada tanda-tanda haid).
Menurut mazhab Imam Malik; seorang wanita dikira bernifas jika janin yang gugur itu telah berumur
empat bulan. Jika yang gugur itu baru dalam peringkat alaqah atau mudghah, maka tidak dikira
nifas bagi darah yang keluar selepasnya.

Rujukan;

1. Buku Fiqh Toharah (Bersuci), Ahmad Adnan bin Fadzil.


2. Tamam al-Minnah, Syeikh Adil al-Azzazi, 1/142.

PERBAHASAN 2:

Penjelasan lain Berkaitan status darah keguguran yang dialami wanita, para ulama memberikan butiran
sebagai berikut:

Sumber: Google Images

Pertama, keguguran terjadi ketika janin berada pada dua fasa pertama, iaitu fasa nutfah yang masih
bercampur dengan mani, berlangsung selama 40 hari pertama dan fasa 'alaqah, iaitu segumpal darah
yang berlangsung selama 40 hari kedua. Sehingga total dua fasa ini berjalan selama 80 hari.

Apabila terjadi keguguran pada dua fasa ini, ulama sepakat bahawa status darah keguguran tidak
dihukumi sebagai darah nifas. Para ulama menghukumi darah ini sebagai darah istihadhah. Sehingga
hukum yang berlaku untuk wanita ini sama dengan wanita suci yang sedang mengalami istihadhah, sehingga
tetap wajib solat, puasa, dst. Dan setiap kali waktu solat, wanita ini disyariatkan untuk membersihkan
darahnya dan berwudhu. Jika ada darah yang keluar di tengah solat, tetap dilanjutkan dan status shalatnya
sah, serta tidak perlu diulang.

Kedua, keguguran berlaku pada fasa ketiga, iaitu fasa mudhghah, dalam bentuk gumpalan daging. Pada
fasa ini, mulai terjadi pembentukan anggota badan, bentuk, wajah, dst. Fasa ini berjalan sejak usia 81 hari
hingga 120 hari masa kehamilan.

Jika berlaku keguguran pada fasa ini, ulama memperincikan menjadi dua:

Janin belum terbentuk seperti layaknya manusia. Pembentukan anggota badan masih sangat
tidak jelas. Hukum keguguran dengan model janin semacam ini, statusnya sama dengan keguguran
di fasa pertama. Status wanita tersebut dihukumi sebagai wanita mustahadhah.
Janin sudah terbentuk seperti layaknya manusia, sudah ada anggota badan yang terbentuk, dan
secara zahir seperti prototype manusia kecil. Status keguguran dengan model janin semacam ini dihukum
sebagaimana wanita nifas. Sehingga berlaku semua hukum nifas untuk wanita ini.
Oleh kerana itu, jika mengalami keguguran pada usia 81 hingga 120

hari, untuk memastikan apakah statusnya nifas ataukah bukan, ini perlu dirujuk kepada
doktor berkaitan, mengenai bentuk janinnya.
Ketiga, ketika keguguran berlaku di fasa keempat, iaitu fasa setelah ditiupkannya ruh ke janin. Ini terjadi
di usia kehamilan bermula 121 hari atau masuk bulan kelima kehamilan. Jika berlaku keguguran pada fasa
ini, ulama sepakat wanita tersebut statusnya sebagaimana layaknya wanita nifas. (Disadur dari fatwa
Al-Lajnah Ad-Daimah (21/437))

PERBAHASAN 3:

Dua keadaan darah wanita selepas keguguran. Iaitu dikira:

1.Darah nifas
Jika yang keluar dari rahim wanita itu adalah bukan berupa gumpalan semata, namun sudah berbentuk
manusia. Dalam keadaan ini wanita keguguran tidak boleh melakukan apa-apa yang dilarang bagi
wanita yang sedang nifas, seperti shalat, puasa dan tidak boleh digauli suami.

2.Darah rusak (fasad)


Iaitu gumpalan darah yang keluar tidak berbentuk manusia, dalam hal ini hukum darah tidak
dihukumi/mengikuti hukum nifas namun hukum darah rusak (fasad) atau darah istihadhah. Hal ini
mengandung pengertian jika wanita keguguran dalam keadaan ini, dihukum wanita suci, tetap wajib solat,
puasa dan digauli oleh suami.
Umur minima kehamilan yang dengannya janin sudah terbentuk adalah 81 hari, kerana janin dalam
kandungan, sebagaimana yang dikatakan oleh 'Abdullah bin Mas'ud r.a: Rasulullah s.a.w telah bercerita
kepada kami dan beliau adalah orang yang jujur dan beritanya dibenarkan-:' Sesungguhnya salah seorang di
antara kalian penciptaannya dikumpulkan dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa mani, kemudian 40
hari berupa darah, kemudian 40 hari berupa sekerat daging. Kemudian seorang malaikat diutus kepadanya
untuk meniupkan ruh dan memberitakan tentang 4 perkara: ketentuan rezekinya, ajalnya, amalannya, dan
nasibnya apakah menjadi orang yang sengsara atau bahagia '. "(Muttafaqun' alaih) - (halaqah.net)

Jadi, nak ikut yang mana nih???

Senang kita simpul macam ni... Kita perhati corak dan tempoh haid sendiri... Kerana itu perlu tahu tempoh
haid... Jika haid tak menenti perlu jumpa doktor periksa darah untuk tentukan tempoh kehamilan...
Pengalaman peribadi sendiri pula... Pernah alami macam darah fasad... Tapi masa turun darah tu betul waktu
yang sepatutnya haid... Jadi, kira haid... dan tempohnya macam tempoh haid... Tapi jika tempoh turun
darahnya lama dan diluar waktu haid dikira darah istihadah...

Tapi, jika keliru lagi... Kita ikut hukum mengikut pendapat mazhab imam Syafie... Iaitu keguguran anak,
dikira nifas.. dan tempoh maksimum adalah 60 hari... Mudahkan...

Perbezaan pendapat dalam kalangan ulama ni satu rahmat... Jangan susah-susah fikir... Lagi satu kita belajar
kenal darah yang keluar tu sendiri...
Sumber: Majalah Solusi

Di atas adalah ciri-ciri darah haid dan istihadhah.

Ciri-ciri darah nifas:


Hari pertama hingga hari ke-3 adalah merah. Ini dikenali sebagai lochia rubra. Warnanya
bertukar menjadi merah pucat (lochia serosa) sehingga hari ke-10. Selepas hari ke-10, darahnya mula
bertukar kepada warna kuning keputihan kerana bercampur dengan sel-sel darah putih yang dikenali
sebagai lochia alba. Kandungan cecairnya pula berkurangan. Darah nifas ini biasanya berpanjangan
sehingga sebulan dan mungkin berterusan sehingga 60 hari. Setiap wanita mempunyai tempoh nifas
tersendiri. Tempoh nifas juga dipengaruhi oleh faktor umur, bilangan kandungan, berat bayi dan juga
penyusuan.

Jadi, perlu yakin dalam diri nak berpegang kepada satu pendapat yang sahih. Semua pendapat ulama bab
hukum ni takde yang salah mutlak dan takde yang betul secara mutlak. Jadi, yakin dengan hukum yang kita
pegang. Dan nak mudah, itulah.. kenali darah yang keluar tu... serta tempohnya... jadi, dari situ kita
boleh tahu hukum yang sepatutnya kita fahami.

Harap jelas... Jika tak jelas, boleh tinggalkan kat bahagian komen.. kita sama-sama belajar dan MF akan
usaha untuk cari sumber rujukan lain untuk lebih jelas. Tapi nak lagi jelas, belilah buku Fiqh yang sahih...
ada dalil serta rujukan jelas. Bukan mudah nak bagi faham kan... Nak tulis entry ni pun puas membaca bagi
faham, rujuk lima enam kitab juga la... Supaya jelas dan kita sendiri yakin dengan entry nak dikeluarkan bab
hukum ni kan... Moga bermanfaat.

Rujukan:
Buku Fiqh Perubatan
Buku Indahnya Hidup Bersyariat (Ustaz Ismail Kamus)
Buku Fikah Wanita (Mohd Zuhdi)
Sumber-sumber bacaan dan rujukan dari internet.

You might also like