You are on page 1of 15

FUNDAMENTAL OF

ISLAM
(CTU 101)
KONSEP KETUHANAN PERBANDINGAN ANTARA AGAMA
ISLAM DAN AGAMA KRISTIAN.
NAMA

ADELIN SURAYA BINTI MOKHTAR.


2016469964
NUR ALAINA BINTI MOHAMAD ASRI.
2016469698

NAMA PENSYARAH : ENCIK IMAADUDDIN

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN...............................................................................................2
PENDAHULUAN................................................................................................2
KONSEP KETUHANAN MENGIKUT ISLAM.....................................................2
PERSAMAAN AGAMA ISLAM DAN KRISTIAN................................................2
PERBEZAAN ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN................................................2
RUJUKAN..........................................................................................................2

PENGHARGAAN

Assalamulaikum dan salam sejahtera kami ucapkan. Bersyukur kepada Allah


s.w.t kerana telah memberikan kami peluang untuk menyiapkan tugasan
berkenaan topik yang amat sensitif untuk dibincangkan, iaitu perbandingan di
antara agama Islam dan agama Kristian, dalam aspek konsep ketuhanan.
Alhamdulillah, kami dapat menyiapkan kajian kami walaupun banyak perkaraperkara dan istilah-istilah baru yang kami temui yang amat mengelirukan
semasa melakukan kajian.

Tidak lupa juga kepada pensyarah kami iaitu Encik Imaaduddin yang telah
memberi sedikit sebanyak taklimat tentang tugasan kami seperti memberi
penjelasan yang jelas tentang tajuk yang telah kami kaji, dan memberi nasihat
dan tips-tips berguna untuk kami menyiapkan kajian kami dengan
sempurnanya.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga jasa baik anda
dibalas

dengan

balasan

yang

baik

assalamualaikum .

daripada

Allah

s.w.t.

Sekian,

PENDAHULUAN
Tuhan merupakan satu entiti kewujudan yang Maha Berkuasa, Maha
Peyayang dan Maha Esa; yang akan disembah oleh manusia. Setiap agama
mempunyai tanggapan terhadap Tuhan yang berbeza-beza, contohnya Islam
berlandaskan Tuhan itu mutlak iaitu Allah. Manakala aliran utama agama
Kristian menganggap imej Tuhan adalah seperti manusia, tetapi agama lain
yang

menganggap

bahawa

imej

Tuhan

tidak

dapat

ditanggapi.

Walaubagaimanapun, Tuhan merupakan satu konsep yang boleh dijumpai


secara universal di setiap bangsa.
Setiap agama mempunyai kitab suci agama masing-masing. Kitab agama
sentiasa dianggap oleh penganutnya sebagai sumber utama yang sahih
untuk hal ehwal ketuhanan. Bagi masyarakat yang tidak beragama atau
Atheist, mereka tidak mempercayai Tuhan dan tidak mempunyai kitab.
Lumrah manusia secara semula jadi mempunyai minat untuk mengenal
Tuhan. Tetapi setiap orang mempunyai bentuk keyakinan yang berbeza
mengenai kewujudan Tuhan. Antara tahap keyakinan yang adalah seperti
berikut:

KONSEP KETUHANAN MENGIKUT ISLAM

Katakanlah: Dia adalah Allah, Maha Esa. Allah adalah pergantungan. Tidak
Dia beranak dan tidak Dia diperanakkan. Dan tidak ada bagi-Nya setara
sesuatu jua pun.
(Ayat 1-4: Surah al-Ikhlas)

Berdasarkan konsep ketuhanan mengikut Islam, Allah s.w.t tidak termasuk di


dalam proses beranak dan diperanakkan, yang bukan sekadar kelahiran bayi
daripada ibunya, malah ia juga termasuk pertumbuhan pokok dari benihnya,
perubahan sifat seperti daripada air kepada wap, pemecahan daripada satu
kepada lebih daripada satu, pengeluaran cahaya dan bunyi daripada diri,
pengeluaran bau, warna, peluh atau sebagainya dan apa-apa sahaja proses

yang ada sumber dan ada hasilnya. Allah s.w.t tidak dikurung oleh semua
proses tersebut.
Dia adalah Allah, Maha Esa. Dia adalah Maha Suci, Maha Tinggi dan Maha
Besar daripada apa yang difikirkan, digambarkan, dikhayalkan, diibaratkan,
ditekakan, dirasakan dan disifatkan. Apabila Dia mengatakan bahawa Dia
Melihat dan Mendengar, maka Melihat dan Mendengar-Nya tidak serupa
dengan melihat dan mendengar yang tergambar dalam fikiran dan perasaan
manusia. Allah mempunyai 20 sifat yang dikatakan sebagai sifat-sifat yang
wajib bagi-Nya, tetapi sifat-sifat tersebut bukanlah sifat-Nya Yang Hakiki. Dia
tidak tertakluk kepada sempadan wajib, mungkin dan mustahil. Wajib,
mungkin dan mustahil adalah sempadan dalam ilmu. Sifat-sifat yang 20 itu
muncul untuk memperkenalkan-Nya. Perkenalan melalui ilmu itu hanyalah
sekadar untuk menafikan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya bukan untuk
menyatakan sifat-Nya Yang Hakiki. Akal bukanlah alat untuk mengetahuinya
dan hati juga bukanlah alat untuk mengenali-Nya Yang Hakiki. Akal dan hati
adalah alat untuk beriman kepada-Nya dan mentaati-Nya. Apabila akal dan
hati sudah tunduk dengan segala kelemahan dan kerendahan, lalu menyerah
kepada-Nya baharulah akal dan hati itu dikatakan Islam.

Asas kepercayaan islam

Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 asas
dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Iman. Perkara ini didasarkan
kepada Hadis Jibril. Yang pertama, Beriman kepada Allah, beriman kepada
Malaikat, beriman kepada Kitab, beriman kepada Rasul, beriman kepada Hari
Akhirat dan yang terakhir adalah beriman kepada Qada dan Qadar.
Manakala, Allah SWT menyuruh hamba-Nya mentaati suruhan-Nya yang
dikenali sebagai Rukun Islam. Ia terdiri daripada lima perkara iaitu: mengucap
dua kalimah syahadah, solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan
Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi yang mampu.

Pegangan islam
Islam mempunyai dua pegangan, iaitu kitab Al-Quran dan As-sunnah. AlQuran merupakan kata-kata Allah atau Kalamullah yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril. Tujuan Al-Quran diturunkan
adalah sebagai panduan hidup untuk umat Islam, dan ia sesuai digunakan
dan diamalkan sepanjang zaman.
As-sunnah pula merupakan kata-kata (qaul) dan perbuatan (fiil) Nabi
Muhammad s.a.w yang menjadi ikutan kepada umat Islam. As-sunnah dan AlQuran melengkapi sesama sendiri. Tanpa penjelasan di dalam As-Sunnah,
perintah Allah di dalam Al-Quran tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Pendek kata, As-sunnah menjadi panduan penting untuk melaksanakan
ibadah dan perintah Allah.

KONSEP

KETUHANAN

MENGIKUT

KRISTIAN
Agama Kristian merupakan salah satu agama langit. Maksud agama langit
ialah agama yang berasal daripada ajaran tauhid - mengesakan Allah, sama
ada masih kekal atau telah berubah. Mereka juga disebut sebagai Ahli Kitab.
Oleh sebab itu, penilaian yang sewajarnya perlu dibuat untuk menentukan
sama ada kebenaran Kristian sebagai agama tauhid atau tidak.

Gereja Katholik:
Orang Kristian mempercayai bahawa adanya Pencipta iaitu Allah, tetapi
mereka telah membahagikan Allah kepada tiga Oknum atau konsep triniti.
Maksud Oknum ialah zat atau ain yang bermaksud Allah SWT mempunyai
tiga zat yang bersatu.
Konsep triniti mempercayai adanya tuhan bapa, anak dah roh Qudus (Holy
spirit). Bapa itu dianggap sebagai Pencipta dan Pentadbir Alam. Anak ialah
kalimah Allah yang diturunkan ke bumi ke dalam perut Maryam. Roh Qudus
pula ialah sifat hidup dan ilmu Allah yang berpindah randah daripada jasad
Nabi Isa ke tubuh-tubuh Saints dan kepadanya diberi urusan penyucian.
Menurut mereka, setiap satu Oknum ini berdiri dengan sendiri, mempunyai
tugas sendiri dan mempunyai sifat ketuhanan yang sempurna. Namun,
ketiga-tiganya ialah tuhan yang satu. Konsep mudah untuk akidah ini adalah :
1+1+1 = 1

Gereja Ortodoks:
Tafsiran triniti gereja ini pula adalah Allah SWT, Isa as dan Roh Qudus ialah
satu tetapi berada dalam 3 Oknum yang berbeza. Pada mulanya, Allah di
langit kemudian turun masuk ke dalam perut Maryam dan bersembunyi di
dalamya selama sembilan bulan, lalu keluar berjasad dalam Nabi Isa dan
penghubung di antara Allah (bapa) dan Allah di bumi (anak) adalah Roh
Qudus (Holy Spirit ).

Konsep Triniti

Jesus Christ

PERSAMAAN AGAMA ISLAM DAN


KRISTIAN
Kebenaran tentang Nabi Isa dan Jesus disalib.
Al-Quran telah menyatakan bahawa Nabi Isa telah diangkat ke langit dan
akan turun semula pada hari kedatangan Dajjal sebagai umat Nabi
Muhammad

dan

menjadi

pembela

kepada

orang

beriman.

Hal

ini

membuktikan bahawa Nabi Isa tidak disalib atau dibunuh atau meninggal
dunia.
Ayat Al-Quran di bawah akan menjadi bukti tentang keterangan di atas:

Dan karena ucapan mereka (orang-orang Yahudi): Sesungguhnya


kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul
Allah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula)
menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang
diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orangorang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa,
benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu.
Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang
dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka
tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa.
(An-Nisa: 157)

10

Tuhan sebagai Pencipta dan Pentadbir Alam


Agama Islam mempercayai bahwa Allah itu Maha Esa dan Dia merupakan
Pencipta alam ini. Mengikut Kristian pula, mereka juga menganggap Allah
(Bapa) itu Pencipta. Namun, mereka mempercayai konsep trtiniti atau dalam
kata lain, tiga dalam satu, satu dalam tiga.

11

PERBEZAAN

ANTARA

ISLAM

DAN

KRISTIAN

Menurut Islam, konsep Tuhan ialah zat yang Maha Tinggi Yang Nyata dan
Maha Esa. Dia adalah Pencipta Yang Maha Kuasa dan Maha
Mengetahui. Dia yang menentukan takdir dan mentadbir semesta alam.
Konsep Kristian adalah sama. Namun Al-Kitab Kristian mengajar bahawa
walaupun Tuhan menentukan takdir manusia, ia masih memberi
kebebasan

terbatas

kepada

manusia

untuk

bertindak

menurut

kehendaknya sendiri.

Menurut Al-Quran ada 99 nama untuk Allah. Nama yang paling terkenal
dan sering dipakai ialah Maha Pengasih (Ar-Rahman) dan Maha
Penyayang (Ar-Rahim). Menurut Al-Kitab, Kristian ada jauh lebih banyak
daripada 99 nama untuk Allah .Malahan, ada ratusan nama yang
diberikan untuk menolong manusia mengerti siapakah Allah. Al-Kitab
mengemukakan bahawa Allah sebagai Maha Pengasih dan Maha
Penyayang dan oleh kerana itu orang yang bersungguh-sungguh masuk
Kerajaan-Nya diberi hak memanggil-Nya Bapa.

12

Orang Islam mempercayai bahawa penciptaan alam semesta dan


penguasaannya oleh Allah adalah bukti utama bahawa Allah itu Maha
Pemurah, kerana Allah boleh muncul di mana-mana pun, dan Dia juga
tidak perlu menjelma dalam apa-apa bentuk. Dalam Al-Quran ada tertulis;
Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata sedang Dia dapat melihat
segala yang kelihatan dan Dialah Yang Maha Halus (lemah lembut) lagi
Maha Mengetahui, Maksud ayat Surah Al-Anam ; ayat 103. Menurut
pandangan

Kristian,

salah

satu

cara

Allah

(Bapa)

menyatakan

kemurahan-Nya adalah dalam penciptaan-Nya. Namun Allah (Bapa)


melihat

manusia

juga

terbelenggu

oleh

dosa

dan

menyatakan

kemurahan-Nya dalam menyediakan jalan keselamatan daripada dosa,


iaitu dengan penjelmaan Kalimah-Nya, Isa Al-Masih (Anak) untuk menjadi
juru selamat orang yang percaya kepada-Nya dapat dilepaskan daripada
belenggu dosa.

13

RUJUKAN
Abul Fidaa Ismail bin Katsir Al-Quraisy, Kisah Para Nabi : Teladan Bagi Orang
Berakal Jilid 2, 2001, Johor Bahru, Perniagaan Jahabersa.
http://pendidikanislamsmkbsp.blogspot.my/p/perbandingan-agama-antara-islamdan.html
http://skolarbete.nu/ms/skolarbeten/likheter-och-skillnader-inom-judendomkristendom-och-islam/
http://quran.com/4/157-158
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tuhan
http://alhakiki.tripod.com/hakiki015.html
https://mashoori.wordpress.com/2008/11/15/konsep-ketuhanan-dalam-ajarankristian/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Iman
https://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Islam
https://www.youtube.com/results?search_query=dr+zakir+naik+jesus+disalib
http://didit-pekiringan.blogspot.my/2014/08/kisah-nabi-isa-dan-ibu-maryam.html
http://hazriey-secebisilmu.blogspot.my/2012/01/konsep-trinity-dalam-agamakristian.html

14

You might also like