You are on page 1of 75

AGAMA

AGAMA KRISTIAN
KRISTIAN
Disediakan oleh:
PROF MADYA DR KHADIJAH MOHD HAMBALI
JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
50603, KUALA LUMPUR
ijamh@um.edu.my
PENGENALAN
AGAMA KRISTIAN
Latarbelakang sebelum kemunculan Kristian...
 Bangsa Yahudi merasa terancam apabila Nabi Isa diutuskan
dengan membawa kitab Injil. Ini kerana intipati agama
Nasrani yang dibawa oleh Nabi Isa a.s ialah persamaan hak
dan keadilan sesama manusia.

 Mereka menganggap Nabi Isa akan meneruskan The


choosen people of God tetapi Nabi Isa telah menekankan
persamaan hak antara bangsa dan menyatukan golongan
Bani Israel melalui intpati perpaduan. Hal ini menyebabkan
orang Yahudi sangat marah kepada Nabi Isa dan menolak
ajarannya.

 Selepas Nabi Isa a.s diselamatkan oleh Allah daripada


ancaman Yahudi, golongan Nasrani mendapat penindasan
daripada golongan Yahudi. Orang Yahudi membunuh orang
Nasrani.
St.Paul
 St. Paul of Tarsus ( Paul).
 Seorang berbangsa Yahudi.
 Namanya dalam bahasa Yahudi ialah Saul.
 Keturunan Suku Benjamin, berasal dari Tarsus ( Pusat
Dagangan yang masyhur bangsa Greek).
 Penganut agama Yahudi yang fanatik. Oleh kerana terlalu
fanatik, beliau melakukan pelbagai penentangan dan
menjadi musuh kepada ajaran dan pengikut Nabi Isa a.s.
 Beliau banyak mengetuai gerakan-gerakan membasmi dan
menangkap serta membunuh pengikut Nabi Isa. Oleh itu
banyak pengikut Nabi Isa terseksa dan terbunuh.
 Antaranya Stephan, salah seorang pengikut Nabi Isa yang
setia, beliau mati akibat direjam ( dilempar dengan batu).
 Paul tidak berhenti-henti cuba menangkap pengikut Nabi
Isa yang melarikan diri ke Damsyik.
 Bagi mengaburi pengikut Nabi Isa, St. Paul beriman
kepada agama Nasrani yang dibawa oleh Nabi Isa.

 Dalam ajarannya, St. Paul telah melakukan banyak


perubahan dan mewujudkan doktrin-doktrin yang
bertentangan dengan agama Nasrani.

Antara doktrin ajarannya:


 Inkarnasi, Dosa Warisan, Penyaliban, Kebangkitan,
Ketuhanan Jesus Christ, Triniti, Iman dan Hukum, dan
Penebusan dosa. Doktrin yang dibawa ini sekali gus
telah melenyapkan ajaran samawi iaitu agama Nasrani
yang dibawa oleh Isa a.s.

 Ajaran St.Paul ini dikenali sebagai Kristian.


 Kristian ini berasal daripada perkataan ‘ yang diberkati’
Doktrin-doktrin Ajaran St.Paul

 Inkarnasi :Istilah merujuk kepada anggapan Tuhan menjelmakan dirinya dalam bentuk
manusia iaitu bentuk Jesus Christ. Tuhan meresap, menjelma dan bersatu di dalam tubuh
Jesus Christ. Tuhan bersifat adil ialah Tuhan akan menghukum manusia mewarisi dosa
warisan. Ini wajib dilakukan. Sifat Tuhan Penyayang ialah Tuhan tidak mahu melihat manusia
masuk ke neraka disebabkan dosa warisan.

 Dosa warisan :Pengorbanan Jesus Christ yang sebenarnya jelmaan anak Tuhan. Oleh Itu
Tuhan mengutuskan anaknya ke Bumi supaya disalib bagi menebus dosa warisan.

 Penyaliban

 Ketuhanan Nabi Isa : Jesus Christ adalah Tuhan. Percaya Tuhan Bapa mengangkat beliau
daripada kematian, kamu akan selamat. 3 hari selepas kejadian pensaliban Jesus, beliau hidup
kembali dan naik ke langit serta duduk di kanan Bapanya bagi memerintah seluruh manusia.

 Triniti : Konsep 3 Tuhan, Tuhan Bapa, Tuhan Anak ( Jesus Christ) dan Holy Spirit (Ruhul
Qudus)

 Iman dan Hukum :Menghazafkan khitan kerana itu zaman Moses. Tidak perlu dilakukan pada
zaman mereka. Kebahagian di akhirat hanya percaya yang Jesus Christ penyelamat dan anak
Tuhan.

 Penebusan : Anak Tunggal Tuhan (Jesus Christ) turun ke dunia bagi menebus dosa warisan
yang membelenggu seluruh manusia Setiap orang perlu beriman dengan penyaliban dan
penebusan ini demi kebahagiaan di akhirat.
Sumber: E.P Sanders, Paul A very short introduction
Konsep Triniti

 Menurut Dr. Joseph Post:


Triniti bermaksud tabiat Tuhan yang terdiri daripada
3 oknum / personality yang mempunyai taraf
kedudukan yang sama iaitu Tuhan Bapa ( Father of
God ), Tuhan Anak ( Son of God ) Tuhan Ruhul
Qudus ( The Holy Spirit)

 Ketiga-tiga Oknum ini mempunyai fungsi yang


sama sebagai Tuhan tetapi berbeza dari sudut
perlaksanaan.

 Penganut agama Kristian menyakini triniti sebagai


akidah mereka kerana ketiga-tiga oknum triniti
menggambarkan kesucian, keintelektualan dan
kasih sayang.
Father Of God ( Loving)
•Pencipta
•Penjaga Alam
•Petunjuk Alam
•Penjamin salvation kepada
semua makhluk yg meyakini
saviour dan messiah
Holy Spirit (Sharing)
Jesus Christ ( Caring)
•merestui Jesus Christ • Messiah & Saviour
•memastikan umat manusia •Anak tuhan
yang menerima konsep •Tuhan anak
salvation yg dilakukan oleh
Jesus terus berada dalam ajaran
Jesus.
•Penjaga utama kepada seluruh
umat manusia.
•Memastikan keselamatan bagi
seluruh penganut tetap berada
dalam restu dan ajaran Jesus
Tuhan Bapa
ialah tuhan Yahweh.

Tuhan Bapa adalah pencipta


dan berhubung rapat dengan
Tuhan Anak sebagai penebus
dosa, dan berhubung rapat
dengan Tuhan Ruhul Qudus
sebagai pembersih jiwa
( kesucian )
Fungsi Tuhan Bapa :
 Pencipta
 Penjaga
 Petunjuk kepada Alam
 Tuhan Bapa menjaga makhluk daripada kezaliman, gangguan syaitan
dan penyakit
Menjaga keselamatan makhlukNya ( penganut agama Kristian)
Menjamin kesejahteraan hidup selagi mereka beriman kepadaNya
dengan mempercayai bahawa pengorbanan Tuhan Anak ( Jesus Christ )
adalah kebebasan untuk manusia.
Petunjuk Tuhan Bapa kepada kebaikan dan kesejahteraan hanya
diberikan kepada penganut-penganut Kristian yang beriman dengan Nya
dan kesatuanNya.
Tuhan Anak
iaitu Jesus Christ
 Jesus Christ bertindak sebagai penyelamat
( saviour ) + penebus dosa warisan ( original
sins ) melalui pensalibannya yang dianggap
telah mengembalikan manusia kepada
kebenaran.

 Jesus ( Tuhan Anak) ini dikurniakan Roh


Tuhan ( Holy Spirit) yang sentiasa
menaunginya dan membimbingnya sepanjang
Tuhan anak menjalankan tugas sebagai
penyelamat dan pembimbing manusia ke jalan
yang diredhai Tuhan (Tuhan Bapa).
Tuhan Ruhul Qudus
( The Holy Spirit)

 Holy Spirit- Personaliti ke-3 dalam Triniti.


 Merupakan penasihat yg diutuskan oleh
Tuhan Bapa (Father of God) kepada
Tuhan Anak (Jesus Christ)
 Dlm Gospel- Holy Spirit digambarkan
sebagai seekor burung merpati yang
merupakan lambang keamanan dan
kesucian.
Holy Spirit berfungsi sebagai pembersih jiwa yang menaungi
penganut Kristian yang mentaati Triniti

Holy Spirit turut digambarkan sebagai angin puting beliung


sebagai lambang kekuatan.

 Menurut kepercayaan Kristian, Holy Spirit ini bersatu dan


meresap dalam jiwa setiap penganut Kristian semasa upacara
“ Pembaptisan” dilakukan untuk membersihkan dan menghapuskan dosa
dan kekotoran jiwa.

Holy Spirit yang bersatu dengan jiwa mereka ini akan membimbing
penganut Kristian untuk terus menghayati kebenaran ajaran agama Kristian
dan memehami hakikat KASIH SAYANG yang terjalin di antara
TUHAN BAPA, TUHAN ANAK, HOLY SPIRIT dengan setiap penganut Kristian.

Kesatuan Holy Spirit dapat memastikan kehidupan para penganut Kristian


sentiasa di dalam keamanan Kristian yang telah bersatu dengan Holy Spirit
akan sentiasa membela “ kebenaran “ ajaran agama Kristian.
 Kesatuan Holy Spirit di dalam jiwa penganut Kristian itu membawa
pengertian bahawa Roh Tuhan telah bersatu di dalam jiwa mereka.

 Kasih Sayang Tuhan Bapa dan Tuhan Anak turut bersatu di dalam jiwa
mereka kerana keyakinan penganut Kristian terhadap Penyaliban Jesus (Tuhan
Anak) yang mematuhi perintah Tuhan Bapa menyelamatkan manusia.

 Ini adalah bukti kasih sayang kedua-dua Tuhan ( Tuhan Bapa dan Tuhan
Anak) untuk menyelamatkan dan membawa penganut Kristian ke jalan yang
benar.

 Keimanan penganut Kristian terhadap doktrin triniti membuktikan kasih


sayang mereka kepada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Holy Spirit.
 Sekiranya penganut Kristian ini mengingkari salah satu dari oknum
dalam triniti ini mereka tidak mendapat jaminan hidup yang aman,
kekal, dan sukar memahami konsep Tuhan yang satu dan tidak
berpeluang untuk diadili secara saksama di kemudian hari oleh
Tuhan.

 Dengan menyakini Jesus Christ sebagai penyelamat mereka.

 Keyakinan dan kasih sayang mereka kepada Tuhan Bapa dan


Tuhan Anak membuktikan mereka taat kepada ajaran dan perintah
Tuhan dengan bimbingan Holy Spirit.

 Oleh itu, keimanan mereka kepada doktrin triniti menjamin


kehidupan setiap penganut Kristian di dunia dan dihari kemudian.
KONSEP
PENCIPTAAN MANUSIA
 1. Jesus Christ sebagai Messiah dan
Saviour.

 2. Pemberi kebenaran kepada umat


manusia.

 3. Pendorong manusia kepada


kebaikan.
1. Jesus Christ
sebagai Messiah dan Saviour.
 Kisah kedatangan Messiah telah dipaparkan dalam The Old Testament.

 Ia dijadikan hujah bahawa Tuhan telah menjanjikan kepada Bani Israel


mengenai kedatangan Messiah,
- yang akan memastikan setiap masyarakat hidup harmoni
- membimbing setiap individu ke jalan cinta kasih Tuhan.

 Masyarakat Kristian yakin dan percaya bahawa yang dimaksudkan


dengan Messiah ini adalah Jesus Christ.

 Merujuk dalam Bible:


 * Isaiah 7:14-15
”Therefore the Lord himself will give you a sign: The virgin will be with
child and will give birth to a son, and will call him Immanuel. He will eat
curds and honey when he knows enough to reject the wrong and
choose the right”.


 * John 4 : 25-26
“The woman said, ”I know that Messiah” (called Christ) ”is
coming.When he comes, he will explain everything to us.”
”Then Jesus declared, ”I who speak to you am he.”

 Kepercayaan bahawa Jesus Christ


sebagai penyelamat atau Saviour
adalah bertitik tolak daripada
kepercayaan, manusia adalah berdosa.

 Keperluan kepada seorang penyelamat


yang boleh menyelamatkan manusia
untuk menebus dosa warisan (origin
sins) tersebut.
 Kematian Jesus Christ di tiang salib merupakan tujuan utama
Jesus Christ diutuskan ke dunia sebagai penebus dosa warisan
yang ditanggung oleh manusia akibat daripada perbuatan Adam
dan Eve.

 Antara keterangan yang telah disebut dalam bible tentang


Saviour adalah :

* Matthew 1:21
“She will give birth to a son, and you are to give hin the name Jesus,
because he will save his people from their sins.”

* 1 Corinthian 15:2-3
”By this gospelyou are saved, if you hold firmly to the word I
preached to you. Otherwise, you have believed in vain.”
“For what I received I passed on to you as of first importance : that
Christ died for our sins according to the Scripcures,”
Kepentingan dan tujuan
Salvation:
Antara tujuan utama:

 untuk memperlihatkan kasih sayang Tuhan yang Kekal dan Tekal


kepada hamba-hambanya. Limpahan kasih sayang ini dicernakan
melalui pengurniaan ’Son of God’ iaitu Jesus Christ sebagai
penyempurnaan kasih sayang tersebut.

 memperlihatkan sifat kemaafan Tuhan yang tekal kepada para


hambaNya. Keampunan diperolehi melalui pengorbanan Jesus
Christ yang dipersembahkan oleh Holy Spirit kepada Tuhan. Ia
memberi erti bahawa jalinan antara Tuhan, Jesus Christ dan Holy
Spirit (triniti) adalah terserlah demi memberi rahmat dan naungan
cahaya kepada setiap individu Kristian.

 menampilkan imej Tuhan yang sempurna dalam kehidupan


mereka dengan melakukan kerja-kerja kebaikan untuk individu
lain kerana ia mencernakan imej Tuhan yang penyayang, suci dan
kudus.
2. Pemberi kebenaran kepada umat manusia:

 -Penganut agama Kristian mempercayai bahawa setiap


umat manusia di dunia dihubungkan dengan kepercayaan
kepada Tuhan melalui Jesus Christ yang merupakan
penyelamat manusia dari memikul dosa warisan.

 -Ini kerana Tuhan telah mengurniakan kesucian spiritual


milikNya ke dalam hati manusia menerusi Jesu.Oleh itu, ia
menjadi pemandu kepada jalan kebenaran.

 -Mereka juga percaya bahawa Son of God adalah wakil


Tuhan yang diutuskan ke bumi kerana hanya Jesus sahaja
yang memiliki pengetahuan tentang Tuhan dan tidak
dimiliki oleh orang lain.

 -Oleh itu, beliau adalah orang yang tepat membawa berita-


berita dan perintah dari Tuhan kepada manusia supaya
manusia berada di jalan yang benar.
Matthew (28:19-20).
”Therefore go and make disciples of all nations,
baptizing them in the name of Father and of the Son and
of the Holy Spirit, and teaching them to obey everything I
have commanded you. And surely I am with you always,
to the very end of the age.”
3. Pendorong manusia kepada kebaikan.

-Jesus Christ yang dikurnia dan diangkat


sebagai Son of God berperanan untuk menjalin
kembali hubungan suci antara manusia dan
Tuhan yang terputus akibat daripada dosa
warisan .

-Setelah salvation dicapai, akan memberikan


suatu penghidupan baru kepada penganut
Kristian.

-Hubungan yang telah pulih ini membuka


peluang bagi mereka menempatkan diri di
dalam kerajaan Tuhan yang dipimpin oleh
Jesus.[1]
 Penganut Krisitian mempercayai dan menyakini bahawa
Jesus Christ akan kembali semula ke dunia buat kali
kedua sebagai hakim yang adil.

 Kenyataan ini adalah disebut dalam Bible iaitu :

* John 5:22-23
 “Moreover, the Father judges no one, but he entrusted all
judgement to the son, that all may honor the Son just as they
honor the Father. He who does not honor the Son does not
honor the Father, who sent him.”

* Matthew 16 : 27
”For the Son of Man is going to come in his Father’s
glory with his angels, and then he will reward each person
according to what he has done .”
 Konsep ini adalah berkaitan dengan kepercayaan
penganut Kristian tentang Son of God dan Son of Man.
Ini kerana mereka berpendapat bahawa Tuhan Bapa telah
menyerahkan kekuasaan untuk menghakimi manusia
kepada Son of God (Jesus Christ).

Ia juga bersandarkan kepada kepercayaan bahawa Jesus


Christ yang juga digelar sebagai Son of Man (Anak
Manusia) kerana telah dilahirkan oleh Mary serta
mempunyai salahsilah keturunan David. Oleh itu, hanya
Ia yang lebih utama dan layak untuk menghitung dan
menghakimi kesalahan manusia.
KONSEP PEACE & UNITY
:: Peace…
- Hubungan manusia/individu terhadap
tuhannya..
 Triniti menjadi asas kepercayaan dan
pegangan penganut Kristian..
 Konsep ketauhidan, pengakuan bahawa Jesus
Christ sebagai anak Tuhan..menerima
pensalibannya..
 Penebusan dosa warisan yang dilakukan oleh
Jesus Christ adalah sebagai satu urusan
antara manusia dengan Tuhan untuk mencapai
kesejahteraan dan kesempurnaan hidup…
:: unity…
 Jesus Christ ”Tuhan Anak” sebagai pemberi
kebenaran kepada umat manusia.
 Hamba yang menerima ajaran Jesus Christ juga
bertanggungjawab menyebarkan ajaran dan
memberi pengajaran ”kebenaran” agama kristian
terhadap sekalian manusia. Hal ini dapat dilihat
melalui kenyataan
Mark (12: 30-31)
”Love the Lord your God with all your heart and with all your soul and
with all your mind and will all your strength. The second is this : ’Love
your neighbor as yourself. There is no commandment greater than
these.”
:: sejarah kristian di malaysia

 Di Malaysia, masyarakat beragama Kristian terdiri daripada kira-kira 9.1%


penduduk (banci 2000). Majoriti bilangan ini adalah penduduk
Malaysia Timur. Mazhab-mazhab besar Kristian di Malaysia termasuk
Anglikan, Baptist, Brethren, gereja-gereja Charismatic berdikari, Lutheran,
Methodist, Presbyterian, Sidang Injil Borneo dan Roman Katolik.

 Kemunculan agama Kristian boleh dilihat pada orang Nestoria dan para
pedagang di Melaka sebelum penaklukan Portugis pada 1511. British
memperolehi Pulau Pinang pada tahun 1786 dan kemudiannya pada tahun
1795, Melaka diambil semula daripada penaklukan Belanda sejak tahun
1641. Paderi-paderi dari Thailand menubuhkan Seminary Major di Pulau
Pinang pada 1810. LMS diasaskan di Melaka dan Pulau Pinang sejak tahun
1815, tetapi kebanyakan misi Mazhab Protestant jatuh setelah 1842. Kuasa
Mazhab Katolik kekal, tetapi dibahagikan di antara Portugis dan Perancis.

 Menteri buka Brethren dates dari 1860 dan Methodist dari 1885.
Presbyterianisme membesar melalui gereja-gereja Cina di Johor dan
jemaah orang asing di Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Misi ke puak
asli Sengoi bermula pada 1932. Pentecostalisme menjadi sebuah pengaruh
lebih besar melalui Gerakan Charismatic pada 1970an
:: sejarah kristian di malaysia

 Pendatang merupakan faktor utama kepada pembesaran gereja. Di Sabah,


Misi Basle bermula dalam kalangan pendatang Cina Hakka pada 1882,
yang kebanyakan mereka Kristian. Pendatang Tamil ke Malaya termasuk
Katholik, Lutheran, Anglican dan Methodist. Pendatang bertambah setelah
Pemberontakan Boxer, terutamanya ke Sitiawan dan Sibu, yang meletakkan
pusat-pusat still Methodist Cina bertambah kukuh. Gereja Mar Thoma dan
Syrian Orthodoks telah ditubuhkan pada 1930an oleh pendatang dari Pantai
Kerela di India.
 Di Sarawak semasa pemerintahan Raja Brooke yang turut memberikan
sokongan untuk seorang menteri Anglican dari 1847 dan Katholik. Pada
1928 Misi Evangelical Borneo Australia, bekerja dengan sumber-sumber
modest yang menghasilkan gereja penduduk asli terbesar di Malaysia, SIB.
 Malayan Christian Council (MCC), ditubuhkan pada 1948 yang bekerjasama
dengan pihak missionary semasa Malaya dalam suasana Perang Dunia II.
Masyarakat Cina ditempatkan ke dalam "Pekampungan Baru" yang
berkhidmat kepada para missionary dalam kerja perubatan dan
kemasyarakatan. Walaubagaimanapun setelah merdeka pada 1957,
kebanyakan gereja cuba membebaskan diri daripada pergantungan kepada
missionary asing. Pada 1970an gereja-gereja telah mulai mengembangkan
struktur-struktur berdikarinya di Singapura dan bebas dariapada sokongan
orang asing. Ini merupakan petanda keingingan untuk menubuhkan suatu
pengenalan Kristian Malaysia.
:: sejarah kristian di malaysia
 Kekuatan Kristian dapat dilihat melalui pendidikan yang
diperlihatkan melalui penubuhan sekolah Anglican, Katholik dan
Methodist; yang kemudiannya turut merupakan sebahagian sistem
pendidikan kerajaan. Selain itu, pelbagai pertubuhan kebajikan turut
ditubuhkan seperti pasukan perubatan dan pertubuhan-pertubuhan
seperti Malaysian CARE, Salvation Army dan YMCA/YWCA yang
berjaya membuat sumbangan dana terbesar dalam kerja-kerja
kebajikan kemasyarakatan.

 Kekuatan mereka ini dapat dilihat daripada kejayaan National


Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang telah memberikan
suatu fokus untuk jemaah evangelical dan merupakan antara badan
yang berdikari semenjak 1983 lagi dan berkemampuan memberikan
dana kepada yang memerlukan. Contoh yang lain seperti Christian
Federation of Malaysia incorporating the Christian Council of
Malaysia (formerly MCC), Roman Catholics, dan NECF telah
ditubuhkan pada 1986. Sabah Council of Churches dan Persatuan
Gereja Sarawak turut berperanan yang sama (fulfill similar
functions) di Malaysia Timur.
:: sejarah Katholik
 Istilah Katholik berasal dari kata sifat bahasa Yunani, καθολικός
(katholikos), bermaksud "universal".[Dalam konteks eklesiologi Kristian,
istilah Katholik mempunyai beberapa makna. Bagi sebahagian pihak, istilah
"Gereja Katholik" bermakna Gereja yang berada dalam persekutuan penuh
dengan Uskup Rome, terdiri atas Ritus Latin dan 22 Gereja Katholik Timur;
makna inilah yang umum difahami di banyak negara. Bagi umat Protestant,
"Gereja Katolik" atau yang sering diterjemahkan menjadi "Gereja Am"
bermakna segenap orang yang percaya kepada Jesus Christ di seluruh
dunia dan sepanjang masa, tanpa memandang "denominasi". Umat
Gereja Ortodoks Timur, Gereja Anglikan, Gereja Lutheran dan beberapa
Gereja Methodist percaya bahawa Gereja-Gereja mereka adalah katholik,
dalam erti kata; merupakan kesinambungan dari Gereja universal mula-
mula yang didirikan oleh para rasul @ apostles. Baik Gereja Katholik Rom
mahupun Gereja Ortodoks percaya bahwa Gerejanya masing-masing
adalah satu-satunya Gereja yang asli dan universal. Dalam "Kekristianan
Katholik" (Termasuk Komuniti Anglikan), para uskup @ bishop dipandang
sebagai pejabat tertinggi dalam agama Kristian, sebagai “gembala-
gembala” “keesaan” dalam persekutuan dengan segenap Gereja dan dalam
persekutuan satu sama lain. Katholik dianggap sebagai salah satu dari
Empat Ciri Gereja. Ketiga ciri lainnya adalah Satu, Kudus, dan Apostolik,
sesuai Creed of Nicea tahun 381: "Aku percaya akan Gereja yang satu,
kudus, katholik, dan apostolik."
:: sejarah Katholik
 Rumusannya:
 Maksud perkataan Katholik memiliki dua erti eklesiastikal, dijelaskan
dalam Kamus Webster sebagai: a) Seluruh gereja Kristian ortodoks
b) doktrin atau keyakinan kepada Gereja Roman Katholik.
 Justeru:
 Gereja Katholik Rom merupakan mazhab Kristian yang terbesar di
dunia, terdiri daripada penganut Katholik yang mengakui kuasa
uskup Rom (iaitu Paus; iaitu ketua gereja Katholik), dalam perkara
yang berkaitan dengan ajaran Kristian. Gereja Roman Katholik
menganggap mereka sebagai pewaris yang sah kepada kekuasaan
yang diturunkan oleh Jesus Christ kepada 12 orang pengikut
Hawariunnya (Apostles). Gereja ini mempunyai pengaruh yang
besar dalam pembangunan kebudayaan masyarakat Eropah dalam
pengenalan nilai-nilai kehidupan barat kepada tamadun lain
terutama ketika era penjajahan. Pada akhir 1990-an, jumlah
penganut mazhab ini mencecah jumlah 1 bilion (lebih kurang 52
peratus penganut Kristian atau 16 peratus penduduk dunia).
Kebanyakan penganut mazhab Katholik tertumpu di benua Eropah
dan Amerika Latin, walaupun pengaruhnya semakin bertambah di
bahagian dunia yang lain seperti Afrika dan termasuk Malaysia.
:: sejarah Katholik
 Katholik Barat Tradisional mempunyai tujuh sakramen atau
upacara keagamaan. Dalam tradisi Katholik Timur jumlah
sakramen ini tidak tetap. Namun sakramen yang diakui oleh
Gereja Roman Katolik adalah seperti berikut:
 Pembaptisan
 Penguatan/ Confirmation
 Ekaristi/ Eucharist/Mass
 Pengakuan Dosa
 Pengurapan orang sakit
 Imamat
 Perkahwinan

 Dalam ajaran Katholik, sakramen adalah rahmat dari Christ.


:: PeMBAPTISAN

 Pembaptisan umumnya merujuk kepada upacara amal penyucian


air yang dipraktikkan oleh beberapa agama, seperti agama Kristian,
Mandaeanisme, dan Sikhisme. Pembaptisan Kristian berasal
daripada mikvah, salah satu upacara amal Yahudi. Perkataan baptis
berasal daripada perkataan Greek, βάπτειν (infinitif; juga
disenaraikan sebagai βαπτίζω), yang secara kurang tepat
bermaksud "mencelupkan, mandi, atau mencuci".

 Bagi sesetengah kumpulan atau aliran dengan keyakinan agama,


upacara pembaptisan adalah betul-betul sama dengan
membenamkan sesuatu dengan sepenuhnya ke dalam air, supaya
air melitupinya. Sebaliknya, untuk kumpulan-kumpulan atau aliran-
aliran yang lain, pembaptisan ialah istilah perlambangan yang
bermaksud "mengaitkan diri dengan" (umpamanya, Jesus), dan
tidak mempunyai sebarang kaitan dengan upacara amal duniawi.
:: AMALAN PeMBAPTISAN
 Pada hari ini, pembaptisan air paling biasa dikaitkan dengan agama
Kristian, dan melambangkan penyucian dosa (pengampunan) serta
penyatuan penganut dengan Christ dalam kematian, pengebumian, dan
kebangkitannya, supaya dia dapat menjadi salah se
orang Kristian yang “beriman”. Kebanyakan kumpulan atau aliran
Kristian mengamalkan sesuatu bentuk pembaptisan berasaskan air atau
yang lain, dan bersetuju bahawa upacara amal ini adalah mustahak.
Bagaimanapun, mereka tidak dapat bersetuju dengan kumpulan-
kumpulan atau aliran-aliran yang lain berhubung sebahagian atau
seluruh aspek pembaptisan, seperti:
 bentuk pembaptisan
 penerima pembaptisan
 maksud/kesan pembaptisan.
 Terdapat juga beberapa kumpulan @ aliran Kristian
yang menegaskan bahawa pembaptisan berasaskan air
telah diambil alih oleh pembaptisan Roh Kudus dan
merupakan sesuatu perkara yang tidak perlu kerana
dibawa masuk daripada amalan Kristian Yahudi.
:: BENTUK PeMBAPTISAN
 Antara orang-orang Kristian yang mendukung amalan pembaptisan,
upacara dilaksanakan melalui:
 Perenjisan: merenjis air pada kepala;
 Penuangan: menuang air pada kepala; atau
 Perendaman: merendamkan seluruh badan ke dalam air.
 Bagi orang-orang Kristian yang membaptis melalui perenjisan dan
penuangan, pencucian dengan air dari atas menggambarkan penyucian
dosa seseorang melalui darah Christ oleh Roh Kudus yang menyatukan
orang yang dibaptiskan dengan Christ dalam Kematian dan
Kebangkitannya. Air itu diberikan dari atas untuk menunjukkan rezeki
daripada Roh Kudus yang memberikan hidup yang kekal abadi, serta untuk
melambangkan bahawa pembaptisan ialah perbuatan Tuhan dan bukannya,
manusia. Sebaliknya, seorang yang dibaptiskan melalui perendaman dilitupi
dengan air dan kemudian dikeluarkan untuk menandakan penyucian melalui
kematian dan pengebumian bersama-sama dengan Christ, dan kebangkitan
semula dalam hidup yang baru melalui Roh Kudus. Tidak mengira
bentuknya, pembaptisan adalah suatu upacara awam untuk membuktikan
kepada orang-orang lain, limpah kurnia yang dikurniakan kepada orang
yang dibaptiskan itu, dan sebagai lambang terhadap janji-janji Tuhan dalam
Christ kepada mereka yang percaya.
:: PENerima PeMBAPTISAN
 Pilihan untuk dibaptiskan dibuat oleh 'penganut yang mengaku' (
pembaptisan penganut), tanpa mengira usia, sebagai 'pengakuan' atau
pernyataan awam tentang kepercayaannya kepada Christ; atau bagi pihak
anak oleh ibu bapanya (pembaptisan bayi), jika ibu bapanya telah
dibaptiskan dan menyatakan agama mereka. Pada abad ke-4,
Augustine dari Hippo mengatakan bahawa pembaptisan bayi perlu
dilaksanakan. Beliau memperdebatkan bahawa pembaptisan adalah
mencuci dosa dan perlu diberikan kepada bayi-bayi yang baru lahir
disebabkan mereka telah dicemarkan oleh Dosa Pertama dan terlaknat jika
mereka meninggal dengan tiba-tiba sebelum pembaptisan.
 Bagaimanapun, sekurang-kurangnya satu abad lebih awal lagi, Tertullian
memperdebatkan untuk pembaptisan penganut: "menurut keadaan dan
pembawaan, serta juga umur setiap orang perseorangan, kelewatan
pembaptisan adalah lebih baik; terutamanya, dalam kes kanak-kanak... biar
mereka menjadi penganut Kristian apabila mereka berupaya mengetahui
Christ.“ Banyak orang Kristian evangelis berpendapat bahawa pembaptisan
ialah sesuatu yang berkaitan dengan "pernyataan luaran terhadap
perubahan dalaman". Pembaptisan dilakukan berdasarkan ketaatan kepada
Christ, dan menunjukkan secara luaran kepada orang-orang lain bahawa
mereka telah berubah secara dalaman ketika mereka mengabdikan diri
:: MAKSUD/KESAN PeMBAPTISAN
 Terdapat perbezaan-perbezaan yang amat besar dari segi
pandangan tentang kesan pembaptisan air terhadap seseorang
Kristian. Sesetengah kumpulan atau aliran Kristian
menegaskan bahawa pembaptisan ialah satu keperluan untuk
memperoleh takhlisan dan sakramen bagi orang Kristian, dan
menggelarkannya "pemulihan pembaptisan". Ini adalah
pandangan umum yang dikongsi oleh:
 Roman Katholik dan tradisi-tradisi Ortodoks Timur;
 gereja-gereja yang ditubuhkan pada awal
Pembaharuan Protestan, seperti gereja-gereja Lutheran,
Anglican dan Methodist; serta
 gereja-gereja Penyokong Pemulihan, seperti
gereja-gereja Christ.
:: MAKSUD/KESAN PeMBAPTISAN
 Umpamanya, Martin Luther menyatakan dalam Soal Jawab Besar pada
tahun 1529:

 "Untuk menghuraikannya dengan cara yang paling mudah, kuasa, kesan,


manfaat, hasil, dan tujuan pembaptisan adalah untuk menyelamatkan. Tiada
mana-mana individu yang dibaptiskan untuk menjadi putera, tetapi
sebagaimana yang dinyatakan daripada istilah-istilah yang digunapakai
ketika pembaptisan; untuk 'diselamatkan'. Untuk diselamatkan,
sebagaimana yang kita tahu, bukan apa-apa selain daripada diselamatkan
daripada dosa, kematian, dan syaitan, serta untuk memasuki alam Christ
dan hidup selama-lama dengannya."Sebagai perbandingan, kumpulan-
kumpulan atau aliran-aliran Baptis mendukung pembaptisan sebagai satu
amalan yang wajar, tetapi menafikan bahawa pembaptisan mempunyai
sebarang kuasa sakramen. Bagi mereka, pembaptisan hanya memberikan
keterangan secara luaran terhadap perjalanan kuasa Tuhan yang tak
nampak, dalaman, dan 'terasing' sama sekali daripada upacara pada
dirinya. Kumpulan-kumpulan atau aliran-aliran Baptis yang lain mengajar
dan berkhutbah bahawa istiadat pembaptisan adalah 'bermakna dan
diperlukan'.
:: EUCHARIST/EKARISTI

 Perjamuan Tuhan, atau lebih dikenali sebagai Ekaristi adalah “ibadah”


orang-orang Kristian yang melaksanakannya mengikut kenyataan Jesus di
dalam Perjanjian Baru (Gospel Luke/Lukas 22:19, 1 Chorintians/1 Korintus
11:24-25), untuk mengenangkan apa yang dilakukanNya pada Perjamuan
Terakhir apabila Dia memberikan murid-muridNya roti, dan berkata, "Inilah
jasadKu" dan wain, dan berkata, "Inilah darahKu".

 “Ibadah” merupakan salah satu sakramen agama Kristian. Istilah Ekaristi


juga dirujuk kepada roti dan wain yang disimbolkan dalam “ibadah” tersebut
yang menjelaskan para penganut Kristian mengenali kewujudan
Christ/Kristus yang istimewa, walaupun kepercayaan mereka bercanggah
terhadap kewujudan Tuhan pada masa itu.

 Istilah Ekaristi lazimnya digunakan oleh Gereja Katholik, Anglikan, Ortodoks


Timur dan Lutheran, dan berdasar dari bahasa Yunani ευχαριστω, yang
bererti berterima kasih atau bergembira.
:: KITAB IMAMAT/LEVITICUS
 Kitab Imamat (Leviticus, Bahasa Greek: Λευιτικός,
"berkenaan orang Lewi") atau Wayiqra (Bahasa Ibrani
: ‫ויקרא‬, "maka dipanggil-Nya", Ibrani Moden: Vayikra)
ialah jilid ketiga Kitab Ibrani, dan yang ketiga daripada
lima jilid kitab Taurat.
 Kitab Imamat mengandungi hukum-hukum dan
upacara kepaderian, tetapi secara amnya
memperincikan perjanjian Tuhan dengan Israel seperti
yang diceritakan dalam Kitab Kejadian/Genesis dan
Kitab Keluaran/Exodus—yang dijelaskan dalam
Taurat sebagai kesan-kesan daripada menjalin
hubungan istimewa dengan Tuhan (Yahweh). Kesan-
kesan ini dinyatakan dari segi hubungan dan tingkah
laku masyarakat.
:: KITAB IMAMAT/LEVITICUS
 16 bab pertama dan satu bab terakhirnya membentuk
Hukum Kepaderian yang menetapkan hukum-hukum
kebersihan upacara, penyembahan dosa, dan Hari Penebusan,
termasuk Bab 12 yang mewajibkan kaum lelaki berkhatan. Bab
17–26 mengandungi Hukum Kesucian yang merangkumi
peringatan dalam bab 19 supaya "kasihilah sesamamu
manusia seperti dirimu sendiri" (Rukun Besar). Kitab ini banyak
membincangkan "kekejian", khususnya larangan pemakanan
dan seks. Umumnya, hukum-hukum ini diajukan kepada
kaum Ibrani, kecuali beberapa larangan yang dikenakan sama
rata kepada "orang-orang asing yang tinggal di tengah-tengah
Israel."
 Mengikut tradisi Yahudi dan Kristian, Tuhan mengimlakkan
Kitab Imamat kepada Nabi Musa a.s. bersama jilid-jilid Alkitab
yang lain. Para cendekiawan moden memandangnya sebagai
hasil sumber Kepaderian dari abad ke-5 SM.
:: RINGKASAN KITAB IMAMAT/LEVITICUS
 Templat:Perjanjian Lama Kitab ini umumnya terdiri daripada
dua bahagian yang mengandungi banyak mitzvot (rukun).
 Bahagian pertama Imamat 1–16, dan Imamat 27, merangkumi
sebahagian utama Hukum Kepaderian, yang merincikan butiran
upacara dan penyembahan, serta butiran kebersihan dan
kekotoran ketika upacara. Isi kandungannya seperti berikut:
 Hukum-hukum tentang peraturan untuk pelbagai jenis korban
(Imamat 1–7):
 Korban bakaran, korban makanan, dan korban keselamatan
(Imamat 1–3)
 Korban dosa (untuk dosa tanpa niat), dan korban kesalahan
(Imamat 4–5)
 Tanggungjawab dan hak paderi mengenai penyembahan
korban (Imamat 6–7)
:: RINGKASAN KITAB IMAMAT/LEVITICUS
 Pengamalan hukum korban, dengan naratif pentahbisan
Nabi Harun a.s. dan putera-puteranya (Imamat 8–10)
 Korban pertama Nabi Harun demi diri dan umatnya (Imamat
8-9)
 Peristiwa "api" dibawa ke dalam
Khemah oleh putera-putera Harun,
Nadab dan Abihu, yang menyebabkan
mereka berdua mati
di tangan Yahweh
kerana melakukannya (Imamat 10)
:: RINGKASAN KITAB IMAMAT/LEVITICUS

 Hukum tentang bersih dan najis (Imamat 11–16)


 Hukum tentang haiwan bersih dan najis (Imamat 11)
 Hukum tentang kebersihan upacara selepas melahirkan
anak (Imamat 12)
 Hukum tentang tzaraath manusia, serta pakaian dan hutan,
masing-masing diterjemahkan sebagai kudus, dan jamur
(Imamat 13–14)
 Hukum tentang bahan kumuhan (seperti darah, nanah,
air mani, dsb.) dan pembersihannya (Imamat 15)
 Hukum tentang hari penebusan kebangsaan, Yom Kippur
(Imamat 16)

 Hukum tentang mengabulkan kaul (Imamat 27)


:: RINGKASAN KITAB IMAMAT/LEVITICUS

 Bahagian kedua, Imamat 17–26, dikenali sebagai


Hukum Kesucian, dan amat menekankan kesucian dan para
yang kudus. Ia mengandungi rukun-rukun yang bukan sahaja
diajukan kepada para paderi, bahkan juga seluruh penganut. Ia
bukan sekadar berbagai hukum-hakam. Isi kandungannya
termasuk:

 Hukum tentang pemujaan berhala, penyembelihan haiwan,


haiwan yang mati, dan penggunaan darah (Imamat 17)

 Hukum tentang perilaku seks—sumbang muhrim, kebinatangan


, hubungan sama gender di kalangan lelaki (ini pun
dipertikaikan), hukum tentang sihir, dan Moloch (Imamat 18,
dan juga Imamat 20, yang menyatakan hukumannya)
:: RINGKASAN KITAB IMAMAT/LEVITICUS

 Hukum tentang dewa cair, korban keselamatan, sisa-sisa hasil


tuai, penipuan, golongan pekak, buta, tua, dan miskin,
meracuni perigi, kebencian, seks bersama hamba,
menyakiti diri, bercukur, tatu, pelacuran, Shabbat, sihir, roh
pujaan, orang asing, dan ukur timbang yang tepat (Imamat 19)

 Hukum tentang para paderi/Putera-Putera Harun dan perilaku


mereka, dan faktor-faktor yang boleh melarang seseorang
menjadi paderi seperti mengalami kecacatan, kesakitan
berpanjangan (sesiapa yang mengalami kekerdilan,
penglihatan yang teruk, berbonggol, kerosakan buah pelir,
berhidung leper, etc.), dan mengalami kecacatan yang
melampau. Peraturan sebegini turut dikeluarkan bagi haiwan-
haiwan yang ingin dikorbankan. (Imamat 21–22)
:: RINGKASAN KITAB IMAMAT/LEVITICUS
 Hukum tentang sambutan pesta tahunan dan Shabbat (Imamat
23)
 Hukum tentang mazbah setanggi (Imamat 24:1–9)
 Hukum kes tentang seorang pengkufur yang direjam sampai
mati, dan kegunaan lain bagi hukuman mati (Imamat 24:10–
23), termasuk sesiapa yang ada "roh pujaan", anak yang
menghina ibu bapanya (Imamat 20), dan hukum untuk
pelacuran (Imamat 21). Hukum tentang Shabbat, tahun Yobel
dan perhambaan. (Imamat 25).
 Penutup bahagian sebagai penegur yang menabur janji kepada
yang taat kepada rukun-rukun ini, serta amaran dan ancaman
kepada yang mengingkarinya, termasuklah menghantar haiwan
liar untuk membaham anak-anak mereka. (Imamat 26:22)
 Seluruh isi kandungan kitab ini dipercayai dapat disampaikan
dalam masa sebulan, iaitu bulan pertama tahun kedua selepas
Keluaran.
:: ORTHODOKS
 merupakan sebuah kata majmuk dan berasal
dari perkataan Greek orthodoxos, yang
merupakan gabungan oρθός, orthos ("benar")
dan δόξα, dokein ("fikiran", "ajaran" atau
"pendapat"). Keorthodoksan dalam sebuah
ajaran agama ertinya adalah "ajaran yang
benar (ajaran asal seperti yang disampaikan
pada asalnya)", namun biasanya hal ini
diertikan sebagai "ajaran yang lama (ajaran
asal)", "ajaran yang kuno (ajaran asas)" atau
"ajaran yang fundamentalis (pemahaman yang
memperjuangkan ajaran asal tanpa tokok
tambah dalam ajaran yang langsung belum
tercemar (kerana ia adalah ajaran asal).
:: PROTESTANT

 Protestan merupakan satu cabang Kristian yang


berpecah daripada Gereja Roman Katholik yang
semakin cenderung kepada keduniaan dalam satu siri
gerakan yang tercetus pada kurun ke-16 di Eropah
yang dikenali sebagai gerakan Reformasi. Anggaran
jumlah penganut Protestan di seluruh dunia telah
mencecah 800 juta orang. Nama agama ini berasal
dari perkataan Inggeris "Protest" yang bermaksud
membangkang. Ia merujuk kepada sekumpulan
Putera dan Bandar Imperial yang memprotes "
Diet of Speyer" 1529 untuk menarikbalik
keputusannya pada 1526 dan menguatkuasakan
kembali "Edict of Worms" 1521.
:: PROTESTANT
 Keputusan utama dalam Diet pada 1526 ini
ialah selagi Majlis Awam atau General Council
belum berjumpa dan menyelesaikan isu-isu
teologi yang dibangkitkan oleh Martin Luther,
"Edict of Worms" tidak boleh dikuatkuasakan
dan setiap Putera boleh membuat keputusan
sama ada membenarkan atau tidak ajaran dan
pemujaan cara Lutheran di wilayah mereka
masing-masing berdasarkan prinsip
Cuius regio, eius religio atau "Siapa yang
memerintah, itulah agamanya". Namun atas
desakan gereja Roman Katholik, keputusan ini
telah ditarik balik.
:: PROTESTANT

 Pencetus reformasi ini ialah Martin Luther,


seorang paderi Augustine dan profesor di
Universiti Wittenberg, yang menyeru
pembukaan debat berkenaan penjualan
"indulgences" iaitu kad pengampunan dosa
iaitu taubat seorang itu diterima sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk menebus dosanya.
Penjualan ini digunakan secara berleluasa
sewaktu Perang Salib untuk menggalakkan
masyarakat penganut Kristian menentang
tentera Islam.
:: PROTESTANT
 John Calvin merupakan penyokong kuat fahaman
Lutheran dan merupakan tonggak utama dalam
mempengaruhi beberapa kumpulan di Switzerland,
Scotland, Hungary, Jerman dan beberapa tempat lain.
Pemisahan Gereja England dari Rom di bawah
pemerintahan Raja Henry VIII, bermula 1529 hingga
1536, menandakan kemasukan England ke dalam
gerakan reformasi ini.
 Walaupun penganut Protestant percaya kepada
Jesus Christ sebagai anak Yahweh, mereka dan juga
penganut Kristian Ortohdoks tidak mengiktiraf kuasa
biskop Rom (iaitu Paus/ketua gereja Katholik/Pope),
dalam perkara yang berkait dengan ajaran agama
Kristian.
:: KATEGORI PROTESTANT

Anglikanisme/Anglican
Methodisme/Methodist
Presbyterianisme/Presbyterian
Luteranisme/Lutheran
Baptis/Baptist
Masehi Adven Hari Ketujuh/Seven
Day Advantist
Kalvinisme/Calvinist
:: ANGLICAN

 Anglikanisme merupakan satu tradisi kepercayaan agama


Kristian. Gereja-gereja dalam tradisi ini sama ada mempunyai
hubungan sejarah dengan Gereja England atau mempunyai
kepercayaan, ibadat, dan struktur gereja yang mirip. Perkataan
Anglikan berasal daripada ecclesia anglicana, satu frasa
Bahasa Latin zaman pertengahan bertarikh sekurang-
kurangnya tahun 1246 bermaksud Gereja Inggeris. Para
penganut Anglikanisme digelar sebagai Anglicans. Kebanyakan
anggota Anglikan merupakan ahli kepada gereja-gereja yang
merupakan sebahagian daripada Anglican Communion
antarabangsa. Namun terdapat sesetengah gereja di luar
Anglican Communion yang juga menganggap mereka termasuk
dalam tradisi Anglikan dan yang paling terkenal ialah anggota
Anglikan yang dirujuk sebagai gereja-gereja
Anglikan Berterusan.
:: CALVINISME
 Calvinisme adalah satu sistem teologi dan satu aliran
Kristian yang menekankan pematuhan kepada
undang-udang Tuhan ke atas semua manusia dan
makhluk lainnya.

 Calvinisme berdasarkan tokoh John Calvin yang


berkait rapat dengan Kristian Protestant. Ia juga
dipanggil Merubah Tradisi lama, Merubah
Kepercayaan atau Merubah Teologi Kristian selama
ini yang dianggap menyimpang daripada kebenaran.
Mazhab beliau mempunyai larangan-larangan yang
amat ketat, seperti larangan menyanyi di khalayak
ramai, dan juga pengasingan di antara lelaki dan
perempuan.
:: CALVINISME

Calvinisme dikembangkan pada abad


ke-17 oleh ahli teologi dan paderi
seperti Martin Bucer,
Heinrich Bullinger,
Peter Syahid Vermigli, dan
Huldrych Zwingli dan mempengaruhi
ahli reformasi Bahasa Inggeris seperti
Thomas Cranmer dan John Jewel.
Fokus aliran ini ialah doktrin takdir.
:: SEJARAH CALVINISME
 John Calvin mengembangkan aliran ini sejak berumur
25 tahun lagi ketika menulis karya pertama 'Institutes
of the Christian Religion' pada 1534 (dicetak 1536).
Dia telah melakukan banyak kerja-kerja tafsiran dan
kajian semula terhadap Bible yang selama ini terhad
kepada golongan paderi semata-mata.
 Calvinisme berkembang serentak dengan
perkembangan Protestan di Perancis dan lain-lain
tempat yang inginkan reformasi dalam beragama
terutama Gereja Roman Katholik.
 John Calvin dilahirkan di Perancis dan dibuang negeri
ke Geneva, Switzerland. Dia menjadi penganut
Protestan yang dipimpin oleh Martin Luther King. Dia
turut menandatangani Pengakuan Augsburg
(Augsburg Confession) pada 1540.
:: SEJARAH CALVINISME

Aliran Calvin cepat berkembang di


Eropah terutama Scotland pimpinan
John Knox, di Jerman, Perancis,
Hungary, Transylvania dan Poland.
Calvinisme turut popular di bahagian
Skandinavia, terutama Sweden.
:: PErayaan easter
 Hari Easter merupakan
kepercayaan penganut
agama Kristian bahawa
Jesus Christ telah dihidupkan
kembali ("dibangkitkan")
pada hari Ahad selepas disalib
/dikebumi.
Lazimnya ia disambut antara
akhir bulan Mac dan akhir
bulan April setiap tahun
(awal April hingga awal Mei
bagi penganut Kristian Timur),
menurut kitaran bulan.
:: PErayaan easter
 Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week")
disambut oleh masyarakat Kristian dan pada Jumaat
sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu
hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm
Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci,
setiap penganut akan diberikan daun palma yang
telah diurapi oleh para paderi.
 Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur
berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi
memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi
merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya
musim bunga. Perayaan musim ini selalunya
dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan
meninggalkan musim dingin yang suram dan beku.
Telur adalah lambang kesuburan.
:: PErayaan HARI PASKAH
 Santapan Terakhir atau Jamuan Makan Malam atau
Perjamuan Malam Tuan atau Santapan Moreh
Terakhir adalah sebuah kisah yang diberi tajuk
mengenai Jesus (Nabi Isa) makan Paskah dengan
murid-muridnya adalah suatu saat makan terakhir
antara Jesus atau Nabi Isa a.s. dan keduabelas rasul
atau hawariun sebelum kematiannya (dari pandangan
umat Kristian), manakala sebelum baginda diangkat
ke langit secara hidup dan berjasad (dari perspektif
pandangan umat Islam). Peristiwa tersebut dituliskan
di Templat:Ayat, Templat:Ayat, Templat:Ayat, dan
Templat:Ayat (yang menuliskan tentang Yesus
membasuh kaki murid-muridNya). Jamuan terakhir
telah menjadi subjek dalam banyak lukisan, di
antaranya yang paling terkenal ialah lukisan
Leonardo da Vinci.
:: JESUS MAKAN PASKAH BERSAMA
MURIDNYA
 Hari tersebut merupakan hari pertama daripada hari
raya Roti Tidak Beragi atau yang disebut
Paskah Yahudi. Diberitakan sebelum santapan
terakhir tersebut diadakan, Jesus (Nabi Isa) dikatakan
telah meminta kaum Hawariyyun atau Hawari untuk
berpuasa selama 3 hari. Murid-murid Jesus lalu
mempersiapkan jamuan Paskah bagi Jesus. Ketika
sedang makan, Jesus (Nabi Isa) ada memberitahu
bahawa salah seorang di antara mereka akan
menyerahkan Jesus kepada para pemuka agama
yang membenci Jesus. Murid-murid dan sahabat-
sahabat Jesus yang tidak tahu siapa orang yang
dimaksudkan merasa sedih mendengar hal tersebut.
:: PENETAPAN JAMUAN MALAM
Menurut Injil Kristian, Templat:Ayat: Jesus
mengambil roti lalu mengucap syukur ke
atasnya, sesudah itu baginda memecah-
mecahkannya dan berkata: "Inilah
tubuhKu, yang diserahkan bagi kamu;
perbuatlah ini menjadi peringatan akan
Aku!" Lalu ia mengambil cawan anggur
dan berkata: "Cawan ini adalah perjanjian
baru yang dimeteraikan oleh darahKu;
perbuatlah ini, setiap kali kamu
meminumnya, menjadi peringatan akan
Aku!"
:: JESUS MEMBASUH KAKI MURID-MURID-
MURIDNYA
Menurut pandangan Kristian lagi, sebelum
jamuan dimulakan, Jesus menanggalkan
bajunya hingga terlihat cawatnya dan
mengambil sehelai kain putih dan
semangkuk air. Murid yang pertama kali
dibasuh kakinya adalah John (Yahya).
Jesus juga membasuh kaki Judas Iscariot.
Setelah itu, Jesus memakai kembali
pakaiannya.
:: SIMON JUDAS ISCARIOT
 Judas Iscariot atau Yudas Iscariot (bahasa Ibrani: ‫יהודה‬
‫איש־קריות‬, Yəhûḏāh ʾΚ-qəriyyôṯ) (meninggal sekitar tahun 29–
33 Masihi) anak Simon Iscariot merupakan salah seorang dari
12 Hawariyyun mengikut Perjanjian Baru. Dia bertugas sebagai
bendahara.
 Dalam kalangan penganut Kristian, nama Yudas Iscariot sudah
tidak asing lagi. Dia dianggap sebagai pengkhianat kerana
telah menyerahkan Jesus Christ kepada imam-imam Yahudi
dengan harga royalti sebanyak 30 keping perak. Kitab Bible
juga mencatatkan bahawa Yudas mati dengan kondisi perut
terbelah dan semua isi perutnya keluar.Tempatnya telah
digantikan oleh Matias setelah kesebelas murid membuang
undi untuk menentukan siapa orang ke-12 yang akan
menggantikannya.
SIMON JUDAS ISCARIOT
::

Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas


pengkhianat) telah dianggap sebagai
pengkhianat kepada Nabi Allah Isa
a.s. (Jesus Christ). Ini didasarkan
kepada tingkah lakunya yang telah
melakukan khianat kepada Nabi Isa
dan pengikutnya. Islam juga
menegaskan bahawa Yudas yang
sebenarnya disalib dan bukannya
Nabi Isa.
:: JESUS CHRIST
:: KONSEP KEPADERIAN
 Paderi merupakan ketua agama/ketua gereja Kristian
 Berperanan memastikan ajaran dan upacara keagamaan Kristian tersebar
dan dipraktikkan oleh setiap penganut Kristian
 Paderi amat dihormati kerana merupakan simbol kewujudan Jesus Christ
 Larangan/ Arahan Paderi wajib dipatuhi demi mendapat jaminan kehidupan
kekal abadi bersama tuhan.
 Paderi dalam komuniti Katholik dipandang mulia /tinggi/dihormati/disanjung.
 Paderi Katholik amat istimewa berbanding mazhab/aliran Kristian lain.
 Hieraki jawatan paderi menurut Katholik:
 Peringkat bishops; terdiri daripada pope, cardinal, archbishop dan bishop.
 Peringkat presbyters; terdiri daripada priest.
 Peringkat deacons; terdiri daripada deacons.
 Peringkat clergy; terdiri daripada sub-deacons, acolytes, exorcists, lectors
atau readers, doorkeepers, organist, clerk, tonsure, singers dan bell-ringers.
 Pentadbiran gereja Katholik dimulai oleh pope yg merupakan ketua paderi
tertinggi mengetuai gereja Roman Katholik yg dilantik dalam kalangan
bishop; memerintah di Vatican Rome.
:: KETUA PADERI
 Selain digelar sebagai pope, nama lain bagi ketua paderi adalah:
 The Vicar of Christ
 The Successor of St. Peter
 The Supreme head of church
 The Chief Pastor
 The Guardian of the faith
 Patriarch of the West
 The Keeper of the Keys
 The Servant of the Servant of God
 Bishop of Rome.
 Perlantikan pope dan paderi wajar mendapat persetujuan raja-raja. Raja-
raja berhak melucutkan jawatan mereka.
 Pope/ketua paderi adalah wakil Jesus dan pengganti St. Peter dan justeru
berhak memutuskan hukum hakam berkaitan Kristian, mengesahkan Bible-
bible yang dikeluarkan gereja. Tanpa izin pope, keputusan atau tindakan
tidak boleh dilakukan.
 Pengganti pope dipilih daripada barisan cardinal yang dinilai dari aspek
usia, paling senior dan berpengalaman dalam kepimpinan Kristian (Timothy
3:6).
:: KETUA PADERI
 Kedudukan individu kedua penting adalah Cardinal yang terbahagi kepada:
 Cardinal bishops, cardinal priests, cardinal deacons. Semuanya merupakan barisan
bishop atau paderi-paderi utama/ besar selepas pope. Mereka dipilih oleh pope atas
faktor tradisi dan perbezaan perkhidmatan atau pembahagiaan tugas dalam
pentadbiran pope. Golongan ini adalah barisan paling kanan selepas pope
ditugaskan sbg wakil pope bagi sesebuah negara atau benua. Bertindak dan
bertanggungjawab menyampaikan arahan pope juga bertanggungjawab membuat
laporan kepada pope berhubung masalah dan perkembangan ajaran Kristian di
negara masing-masing.
 Selepas cardina adalah bishop bertanggungjawab mengawal mukim.
 Archbishop mengawal daerah dan ketua kpd bishop.
 Awal kemunculan Kristian, bishop bertanggungjawab berfungsi sbg priest atau paderi
yang dibantu deacons. Era perkembangan, tugas paderi bertambah luas dan tugas
mereka dipisahkan daripada bishop. Golongan priest masih tetap berkhidmat utuk
bishop. Bishop berfungsi hanya dalam urusan penyebaran, pertemuan dan
mmeutuskan tindakan atau keputusan di bawah pentadbirannya. Tugas bishop
antaranya:
 Mewakili sebuah mukim
 Ketua upacara keagamaan
 Ketua pentadbir mukim.
 Mengetuai dan melaksanakan upacara communion dan holy orders;perlantikan
paderi atau pentahbisan paderi. Kecuali uzur diambilalih priest.
 Kedudukan setrusnya priest, deacons, sub deacons, clergy. Tempat besar ada
Canon dan Rural dean.
BIBLIOGRAFI.

1. Abdul Wahab Latif (2000), Perbandingan Methodi Dakwah Islamiah dan Methodi Misi Kristian,
Kuala Terengganu: Yayasan Islam Trengganu.

2. Ahmad Shalaby (1966), Perbandingan Agama Agama Masehi, Singapura : Penerbitan Pustaka
Nasional.

3. E.P Sanders (1991), Paul: A Very Short Introduction, New York: Oxford University Press.

4. Khadijah binti Mohd Hambali@ Khambali (1999). Konsep Salvation Menurut Agama
Kristian: Satu Huraian Awal, Jurnal Usuluddin, Kuala Lumpur: Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, Universiti Malaya, Bil.13 .

5. _________(1995), Triniti menurut agama kristian. Jurnal Usuluddin 2. h.29-52.

6. _________( 1999 ). Konsep Penciptaan Manusia Menurut Bible: Satu Huraian Awal.
Jurnal Fikrah, bil.2, h. 167-177.

7. Mohd Rosmizi Abdul Rahman(2004), 4 Agama Monoteisme, Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.

.
8. Moh Rifai. (1983). Perbandingan Agama. Wilcaksana Semerang: Jakarta.

9. Bahruddin bin Malek (1999). Doktrin Dosa Warisan Agama Kristian Menurut
Perspektif Mazhab Roman Katholik. Disertasi Master, APIUM.

10. H. Abujamin Roham.(1991) Agama Wahyu dan Kepercayaan Budaya. Media Dakwah:
Jakarta.

11. Yasin bin Nasir al Khatib. (1989) penterjemah: Fuad Moh Fachruddin. Antara Quran
dan Dua Testament.Bina Ilmu: Surabaya.

12. The Holy Bible, New International Version(1984), Michigan: Zondervan

 Baptism, Eucharist and Ministry (Kertas kerja kepercayaan dan mazhab). Majlis
Gereja-gereja Dunia, 1982. ISBN 2-8254-0709-7
 Jungkuntz, Richard. The Gospel of Baptism. St. Louis: Concordia Publishing
House, 1968.
 Kolb, Robert. Make Disciples Baptizing: God's Gift of New Life and Christian
Witness. Siri Fasikel, Nombor 1. St. Louis: Concordia Seminary Publications,
1997. ISBN 0-911770-66-6
 Scaer, David P. Baptism. Confessional Lutheran Dogmatics, Jilid XI. St. Louis:
The Luther Academy, 1999. ISBN 0-9622791-2-1
 Schlink, Edmund. The Doctrine of Baptism. Herbert J. A. Bouman,
terjemahan. St. Louis: Concordia Publishing House, 1972. ISBN 0-570-03726-
3
 Stookey, L.H. Baptism: Christ's Act in the Church. Nashville: Abingdon, 1982.
ISBN 0-687-02364-5
 Ware, Timothy (Bishop Kallistos of Diokleia). The Orthodox Church (edisi ke-
2). London: Penguin Books, 1993, m.s. 277-278. ISBN 0-14-014656-3
 Willimon, William. Remember Who You Are: Baptism and the Christian Life.
Nashville: Upper Room, 1980. ISBN 0-8358-0399-6
 ↑ Babylonian Talmud, Tractate Megillah, p. 31B; see also Rashi on
Deuteronomy, Ch. 28:23; see also the commentary of Ohr HaChaim at the
beginning of Deuteronomy, where he states, "the first four books God dictated
to Moses, letter by letter, and the fifth book, Moses said on his own." See also
Rabbi Menachem M. Schneerson, Likkutei Sichot, Vol. 19, p. 9, f. 6, and see
additional references there. See Catholic Encyclopedia. Vol. 11. New York:
Robert Appleton Company, 1911.

You might also like