You are on page 1of 21

Disediakan oleh:

Hafeez Shafeek bin Ahsoh Mohd.Fikri bin Ibrahim Muhammad Muhidin bin Samsudin Peyona binti Mohtar Jenny Bailin
PISMP BM (SJKT) 2012

Kamus Dewan Edisi Ketiga fitrah ialah sifat semula jadi, bakat dan pembawaan seseorang. Perkataan Arab sifat, asal kejadian, bakat dan kesucian. Aa Gym (2005), fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa masuk sejak lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah. Ragib Al-Isfahmi (Dalam Pikiran Rakyat, 2005), fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptakannya.

Ini bererti fitrah merupakan;


Suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental. Suatu ketetapan Tuhan sejak manusia belum dilahirkan, yang merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan fizikal.

Agama ialah satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran.
Agama memberi struktur kepada kehidupan manusia dan membantu memenuhi keperluan manusia untuk hidup bersama dan bersosial. Konsep ketuhanan merupakan satu aspek luas namun semua agama menekankan kebaikan dan kebenaran.

Manusia pertama yang dihidupkan di atas muka bumi ini oleh Allah S.W.T ialah Adam a.s.
Dalam Islam, manusia dikatakan berasal daripada tanah dan roh di mana unsur jasad dan roh telah disatukan untuk memberi nyawa kepada Adam a.s. Zuriat bagi keturunan Adam a.s pula bermula daripada nutfah. Nutfah bermaksud percantuman air mani lelaki di dalam rahim wanita.

Nutfah merupakan proses percantuman ovum dan sperma di mana dalam berjuta-juta sperma lelaki, sperma yang terkuat sahaja akan dapat memasuki ke dalam ovum wanita. Proses ini juga juga di kenali sebagai survival of the fittest. Setelah berlakunya proses nutfah, alaqah pula akan terbentuk. Alaqah juga dikenali sebagai embrio dalam bahasa sains di mana air mani yang telah masuk ke dalam rahim wanita akan membentuk segumpal darah. Seterusnya alaqah akan membentuk pula sepotong daging iaitu mudghah.

Dari sepotong daging, akan terbentuk pula tulang-temulang di dalam rahim yang dikenali sebagai idzam. Lahman ialah daging-daging yang akan tumbuh menyelaputi tulang-temulang yang terbentuk. Pada ketika ini, sudah terbentuk rupa manusia di dalam rahim wanita. Seterusnya tulang-temulang yang diselaputi atau di tumbuhi daging-daging akan membentuk janin iaitu bayi yang berada di dalam kandungan wanita. Selepas terbentuknya janin bayi di dalam rahim wanita, roh akan ditiupkan untuk memberi nyawa kepada bayi di dalam kandungan dan seterusnya sehinggalah berlakunya kelahiran.

Agama Kristian Manusia terdiri daripada badan, jasad, roh dan juga spirit. Agama Hindu Manusia dicipta daripada zat Tuhan itu sendiri. Agama Sikh Tuhan Sirguna mencipta makhluk sendiri.

Ahli falsafah Barat menganggap fitrah kejadian manusia berasaskan 3 konsep, iaitu : 1/ semula jadi berdosa 2/ tabula rasa 3/ innate goodness

Pada kurun ke pertengahan, kanak-kanak dipercayai lahir dengan dosa dan kejahatan. Justeru, tujuan pengasuhan kanak-kanak adalah untuk membersih atau mensuci mereka daripada dosa tersebut.

Pada kurun ke 17, John Locke memperkenalkan konsep tabula rasa. Kanak-kanak diibaratkan seperti Blank blanket keperibadiannya terbentuk daripada pengalaman.

Pada kurun berikutnya, Jean-Jacques Rousseau memperkenalkan konsep innate goodness. Menurutnya kanak-kanak dilahirkan dengan keadaan yang sedia baik.

Di Barat, falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori Darwin.

Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi. Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia.

Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak dan meyakinkan.
Bukti berupa fosil adalah makhluk yang merupakan antara beruk dan manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah terjadi.

Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara bentuk kera dengan manusia sempurna yang selama ini dicari. Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan untuk melengkapi teori Darwin. Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia disebut Pithecantrophus erectue (Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah manusia manakala erectus bermaksud berdiri).

Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti manusia dan tingginya kurang dari manusia kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia kurang dari 1000cc.
Demikianlah fosil tersebut melengkapi bukti teori bahawa manusia itu merupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi fosil yang ditemui memperkuatkan teori Darwin.

Manusia mempunyai dua sifat, iaitu : a/ mahluk jasmani b/ makhluk rohani

Secara fitrahnya, manusia dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik yang dianugerahkan oleh penciptanya. Manusia dianugerahkan akal dan mempunyai kebebasan memilih, lantaran itu dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk.

Sekian, Terima Kasih !!

You might also like