You are on page 1of 2

NAMA GURU PELATIH: Norsheila Binti Abdul Rahman

BILANGAN JURNAL:KE-5
MINGGU PRAKTIKUM: 6
TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN: 18/8/2014 22/8/2014
TAJUK JURNAL:MASALAH AKTIVITI SECARA BERKUMPULAN
1. MASALAH/PERISTIWA

Minggu ini ialah minggu keempat saya menjalani praktikum di sekolah ini dan
masalah yang mula timbul dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang saya
jalankan adalah sewaktu menjalankan aktiviti secara berkumpulan.
2. ANALISIS ISU/MASALAH
Setiap kali guru menjalankan aktiviti kumpulan, terdapat pelajar yang enggan
menjalankan aktiviti berkumpulan kerana tidak mahu bekerjasama dengan ahli-
ahli kumpulan yang lain. Pelajar-pelajar ini hanya ingin terlibat dalam aktiviti
kumpulan sekiranya kumpulan tersebut terdiri daripada ahli-ahli yang
dikehendakinya.
3. KEKUATAN/KELEMAHAN
Sekiranya guru memberikan kebebasan kepada murid untuk memilih ahli
kumpulan sendiri, terdapat pelajar yang disisihkan kerana tidak dipilh oleh mana-
mana kumpulan. Hal ini akan mengakibatkan pelajar tersebut berasa rendah diri
dan sedih kerana tidak menjadi pilihan oleh rakan-rakan yang lain.
4. CADANGAN MENYELESAIKAN ISU
Guru hendaklah menggalakkan murid murid berkerja secara kumpulan dengan
natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan sosial murid
lebih luas. Guru hendaklah bersikap tegas dan bijak membuat keputusan bagi
mengatasi masalah ini
5. TEMPOH MASA UNTUK MENYELESAIKAN ISU
23 Ogos 2014 hingga 27 Ogos 2014
6. PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan masalah yang timbul,kaedah yang bersesuaian untuk mengatasi
masalah ini iaitu teknik kumpulan yang sama tahap pembelajaran diwujudkan.
Enam kumpulan diwujudkan iaitu kumpulan 2 bagi murid yang di tahap baik,
kumpulan 3 murid di tahap sederhana dan 1 kumpulan bagi murid di tahap lemah.
Jurnal Reflektif Mingguan
Pemilihan juga dibuat berdasarkan pemerhatian semasa sesi P&P dijalankan.
Murid akan dimasukkan mereka kumpulan-kumpulan yang sesuai dengan tahap
yang mereka telah kuasai. Oleh itu, setiap kali aktiviti pengajaran berpasangan,
kumpulan mengikut tahap pembelajaran akan dibentuk dan mereka sendiri
mengetahui kumpulan mereka masing-masing.
Dari segi perancangan P&P, ia disediakan mengikut tahap pembelajaran murid
juga. Setiap aktiviti berbeza untuk setiap kumpulan dari segi penguasaan. Objektif
yang digarisakan juga berbeza.
7. KESIMPULAN
Aktiviti dalam kumpulan ini merupakan salah satu strategi pengajaran yang
bersifat koperatif dan mampu memupuk nilai bekerjasama dalam kalangan murid.
Namun begitu, kelemahan guru dalam mengawal dan mengorganisasi aktiviti
kumpulan ini akan mendatangkan kesan yang tidak baik. Oleh itu, langkah efektif
hendaklah dilakukan guru agar aktiviti kumpulan ini dapat membuatkan:
Murid seronok melakukan aktiviti dan boleh lihat kerjasama yang
diwujudkan dalam kumpulan.
Penglibatan murid aktif dan masalah tingkah laku dapat dikurangkan.
Objektif pengajaran guru tercapai dan lebih berfokus.
Guru dapat fokuskan kepada kelemahan murid sekaligus murid yang
lemah lebih mudah untuk menguasai pembelajaran.
Murid di tahap baik lebih seronok kerana pengajaran berfokus kepada
topik yang mereka kuasai.
Masalah tingkah laku dapat dikurangkan dan mudah untuk mengawal
disiplin murid.
DISEMAK OLEH GURU PEMBIMBING DISAHKAN OLEH PENSYARAH PEMBIMBING

TANDATANGAN:.. TANDATANGAN:.

NAMA :...NAMA :.

TARIKH :TARIKH :...

You might also like